The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariatiezz54, 2021-08-28 03:34:59

ZIAD ZIKRI BIN BAHARUN

SEPAK TAKRAW

ZIAD ZIKRI BIN BAHARUN
5D

SEPAK TAKRAW

ISI KANDUNGAN

1.PENGENALAN – M/S 3
2. SEJARAH PERMAINAN – M/S 4
3.PERATURAN PERMAINAN – M/S 3-6

4.KEJOHANAN – M/S 7-9
5. KEBAIKAN – M/S 10

6.KESIMPULAN – M/S 11

PENGENALAN

Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan antara dua
pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu.
Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di
gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula
pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan
bola buatan.

Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan
dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulalatus Salatin ada diceritakan mengenai
Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad, yang tertanggal tanjaknya
akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

1

SEJARAH PERMAINAN

Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma
'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada
sekarang merupakan pengubahsuaian permainan sepak raga dan badminton. Pada
tahun 1940-an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan
mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal
permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15
April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf
sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh UMNO bahagian
Jelutong, cawangan Jalan Patani, Pulau Pinang.

Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat
antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia.
Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan
yang hangat telah berlaku antara wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil
dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai nama permainan ini.
Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah
memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK
TAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.
Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi yang mana permainan
beregu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun
diperkenalkan.
Sepakrakraw menjadi popular di seluruh dunia termasuk Rusia

2

PERATURAN PERMAINAN

1. Bilangan pemain seramai 3 orang setiap regu.
• Salah seorang pemain berada di belakang dinamakan tekong.
• Dua orang lagi berada di hadapan,seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang di

sebelah kanan(Apit Kanan).
• Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.

2. Sistem kiraan mata.
• Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak
mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula
seterusnya.
• Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata.
• Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit rehat antaranya.
• Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 dijalankan.
Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
• Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set
ketiga yang dinamakan ‘Tie Break’ dengan 15 mata.
• Sebelum Pusingan ‘tie Break’ bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan
yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak akan berlaku apabila
satu regu mencapai 8 mata.

3. Memulakan Permainan.
• Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi.
• Mata akan diperolehi apabila bola dimatikan di gelanggang lawan.
• Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan mendapat mata.
Antara kesalahan:
a. Melanggar jaring dan tiang.
b. Menggunakan tangan.
c. Mengawal bola lebih dari 3 sentuhan.
d. Bermain dengan cara berbahaya.
e. Mana-mana pemain yang membaling bola untuk sepak mula dengan
mengangkat kaki ,memijak garisan atau tangan melepasi jaring atau
menyentuh jaring semasa campakkan dibuat.
f. Mana-mana bahagian anggota pemain yang memasuki kawasan lawan
sama ada di atas atau di bawah jaring.

3

1. GELANGGANG
 Berukuran 13.4 x 6.1 m dan bebas dari sebarabg halangan setinggi 8 m dari
permukaan lantai.
 Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04 m dan dilukis hala
dalam dari penjuru ukuran gelanggang.
 Garisan teras ialah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada 2
bahagian yang sama besar.
 Pada pertemuan silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi,
garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke garisan tengah berjejari
0.9 m dan diukur serta dilukis hala keluar dari jejari tersebut.
 Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m dan dilukis pada petak kiri dan kanan
gelanggang, yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan gelanggang belakang
gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.

4

2. TIANG
 Ukuran tiang mestilah mempunyai ketinggian 1.55 m (1.45 m untuk wanita).
 Permukaan gelanggang hendaklah cukup tehug untuk mengekalkan
ketegangan jaring.
 Tiang hendaklah diperbuat daripada bahan yang teguh dan jejarinya tidak
boleh melebihi 0.04 m.
 Kedudukan tiang hendaklah didirikan dan ditempatkan 0.3 m dari garisan tepi
dan sebaris dengan garisan teras.

3. JARING
 Diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga
0.08 m.
 Lebar jaring ialah 0.7 m dan panjang jaring ialah tidak kurang dari 6.10 m selari
dengan garisan tengah gelanggang.
 Kedua-dua hujung jaring dilekatkan Pita yang dijadikan sebagai sempadan dari
atas ke bawaj dan kedudukannya ialah sebaris menegak dengan garisan tepi.
 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan menggunakan
pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon.
 Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
 Setelah diregangkan, bahagian atas jaring hendaklah berukuran 1.52 m ( 1.42
m untuk wanita) tinggi di bahagian tengah gelanggang dan 1.55 m (1.45 m untuk
wanita) tinggi di tiang.

4. BOLA SEPAK TAKRAW
 Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang.
 Diperbuat daripada satu lapis rotan atau fiber sintetik.
 Ukur garis lilitnya mestilah di antara 0.24 m hingga 0.44 m (0.43 m hingga 0.45
m untuk pemain wanita).
 Berat bola sebelum dimainkan hendaklah di antara 170 gm hingga 180 gm (150
gm hingga 160 gm untuk wanita).
 Bola boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna atau warna yang terang
tetapi tidak boleh mempunyai warna yang boleh mengganggu perhatian, fokus dan
prestasi pemain.

5

Diperbuat daripada rotan Diperbuat daripada fiber sintetik

5. PAKAIAN DAN KASUT
 Pakaian sukan yang sesuai dan berkasut.
 Memakai kasut sepak takraw yang bertapak getah yang sesuai dan selesa.
 Berstoking.
 Baju atau jersey sepak takraw haruslah dimasukkan ke dalam seluar dengan kemas.

Contoh kasut sepak takraw

6

KEJOHANAN PERINGKAT
ANTARABANGSA

Regu Malaysia – Kejohanan 5 Negara Kuala Lumpur
2018

Regu Malaysia – Sukan SEA Manila 2019

Regu Malaysia – Pra Sukan SEA Hanoi 2003

Regu Malaysia – MP Taiping Kejohanan Hatyai 2016

Regu Malaysia / Perlis – Kejohanan Hatyai 2016

Pasukan Malaysia – Kejohanan ASEAN School
Singapura 1991

7

Regu Malaysia / Trimbun Waris – Kejohanan Hatyai Beregu Malaysia – Kejohanan Hatyai 2019
2019

Pasukan Malaysia – Kejohanan Sekolah ASEAN
Singapura 2011

Regu Malaysia – Kejohanan Hatyai 2019

Regu Malaysia UPM – Sukan ARAFURA, Darwin,
Australia 2019

Beregu Malaysia UPM – Sukan ARAFURA, Darwin,
Australia 2019

Pasukan Malaysia – SSN Perak, TSSG, KHON KAEN
Thailand 2019

8

Regu Malaysia – Kelab E-MAS Dragon Cup ELMSHON
Jerman 2010

Regu Malaysia – Kejohanan ASIAN, Kunming China
2019

Regu Malaysia – Kedah Veteran Piala Mayor Hatyai
2011

Regu Malaysia – Terbuka Krabi Thailand 2017

Regu Malaysia – Perlis Piala Mayor Hatyai 2016 Regu Malaysia – Kelab E-MAS Dragons Cup,
ELMSHORN, Jerman 2012

9

KEBAIKAN

1)TULANG DAN OTOT AKAN MENJADI LEBIH KUAT
Pada saat bermain sepak takraw tulang akan menjadi semakin kuat kerana

gerakan yang dilakukan semasa bermain dapat melatih otot-otot untuk bergerak lebih
pantas melompat, menimbang atau lain-lain dalam permainan sepak
takraw.Permainan ini sangat bagus untuk membentuk otot dan tulang yang kuat.

2)MELATIH OTAK
Dalam permainan sepak takraw, pemain bukan sahaja mengerakkan tubuh badan

malah pemain juga harus menggunakan pemikiran untuk mengatur
strategi.Permainan amat untuk pemain mengatur strategi untuk mengalahkan atau
mencari kelemahan pihak lawan supaya memenangi pertandingan itu.Permainan ini
dapat mengasah pemikiran supaya dapat menandangi masalah yang boleh
diselesaikan.

3)MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Semasa bermain sepak takraw,pemain akan berpeluk dan akan mengeluarkan

toksik di dalam badan.Ini akan menyebabkan peredaran darah dalam tubuh badan
akan lancar dan kesihatan jantung akan terjaga.

4)MENCEGAH RISIKO TERKENA DIABETES
Semasa bermain sepak takraw,pemain akan terhindar dari gejala diabetes.Ini

kerana permainan melakukan tenaga yang banyak dan dapat melancar peredaran
darah yang membuat kadar gula dalam darah akan menurun.Ini dapat mengelakkan
daripada berlakunya penyakit diabetes.

5)DAPAT MENGURANGI STRES
Setiap orang akan mengalami stres dalam kehidapannya dan mengalami pelbagai

masalah seperti masalah dalam pekerjaan atau masalah dalam
pembelajaran.Permainan ini akan mengurang stres dalam kerana permainan
memerlukan fokus yang tinggi untuk bermain dan kita tidak akan memikirkan perkara
yang lain hanya fokus dalam permainan sahaja.Permainan sepak takraw sangat
bagus untuk seseorang itu menghilang stres dalam kehidupan sehariannya.

10

KESIMPULAN

Sepak takraw adalah suatu permainan yang menggunakan bola terbuat dari
rotan atau fiber. Dimainkan diatas lapangan yang berukuran panjang 13,42 m dan

lebar 6.10 m
Memperhatikan perkembangan olahraga sepak takraw sekarang ini , besar
harapan prestasi cabang olahraga sepak takraw dimasa mendatang cukup cerah ,
karena olahraga ini sudah mulai diperhatikan oleh berbagai pihak walaupun belum

seperti cabang olahraga lainnya.
Semoga prestasi dibidang olahraga sepak takraw ini sudah bisa ditingkatkan
lebih baik lagi dan untuk itu semua pihak harus mendukung olahraga ini agar bisa
berkembang dan banyak generasi muda yang bisa mengukir prestasinya dibidang

olahraga ini maupun yang lainnya.

11


Click to View FlipBook Version