Siri
01
SaInhspAirbasai T
JAMINAN SYURGA
KHAIRUL FARIS BIN ABDUL AZIZ
HAK CIPTA SMITI TAHFIZ TOK GURU
Khas untuk bacaan penyumbang
sahaja
Tidak dibenarkan berkongsi
Tidak dibenarkan mengeluar ulang
Penulis
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Calon Ijazah Sarjana Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Pembaca Pruf
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Reka Bentuk
Alfateh Art®, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Terbitan
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
ISI KANDUNGAN
Pendahululan ………………………………………………………………………………………..…ii
Sahabat : Pengertian dan Keistimewaan ……………………………………………….…1
Abu Bakar as-Siddiq ………………………………………………………………………………...5
Umar al-Khattab …………………………………………………………………………………….14
Uthman bin Affan …………………………………………………………………………………..20
Ali bin Abi Talib ………………………………………………………………………………………24
Talhah bin Ubaidillah ……………………………………………………………...31
i
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Pendahuluan
ازZn ًْﺰا3 َاْﻮًاﺟِﺎِﻹ ُ ْﻣﻋِﻨWَﻟj َِﺬiَ ْذوِاﻧ ِ َﻪوhUُِ َ ِﻳTِو ْوا َوَﻧSَ آ1 ِإ َﺎﻦQًا َوَاوَﻧَﻷِْﻧﺬ ْﻳَ ًﺼﺮاﺎ َ َرو َادﻟا ِِﺬﻋْﻳIﱢ َ ًنJﻮاHََ اﻠﻟَﺘ َﻔُﻪ ْ َﻀﺷ َﺎﻞ ِﻫوُاﺪﻟاﱢﺮَ ْو ُﺿﻣC ﺳTَ ِأ ْر1 َﻣ ْﻦ = َن1ﺧَُﻫﺮ َوواﺠاﻟُﺮﱠوﺼا اَﻼ َُﻷة ْو َواﻃﻟﺎ ﱠَنﺴ َ َﻳﻼْ`ُ َمﺘ ُﻐ َْﻋﻮ2ََ4 دﻦ3َْﺎﺬﻟ ْﻳِاﻤﱠ1 ﻤ=ﻦُﺪا َﻣ َﺎﻷ ِْ َ*ﺻﺟ َََﻤرﺤ ُ ﱢﺎﻌ ْبِﻮابا َﻟاوَﻟَﻌﻣِﺎn ْ ْﺤﻳ1 ااَﻟﻟو ﱢََﻋﺪ
ِﻣ َﻦ
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad ﷺserta ahli keluarga Baginda dan para sahabat yang
telah mengabdikan diri mereka dalam memperjuangkan agama Islam.
Para sahabat merupakan insan pilihan Allah Taala yang ditakdirkan untuk hidup
bersama Baginda dalam memperjuangkan agama Islam yang tercinta. Mereka sentiasa
berada di sisi Rasulullah ﷺuntuk mempertahankan Baginda daripada segala ancaman.
Seperti yang kita maklum bahawa Baginda Rasulullah merupakan sebaik-baik
ikutan. Sememangnya Baginda diutuskan untuk menjadi ikutan kepada manusia dalam
pelbagai aspek kehidupan. Allah Taala berfirman:
﴾٢١ :ا ﴿اﻷﺣﺰابZً 3 ﻛ ِﺜ1 öَ í † َﺮ ا1 ﻟ َﻴ ْﻮ َم ا ْﻵ ِﺧ َﺮ َو َذC َواöَ í ﺎ َن َﻳ ْﺮ ُﺟﻮ اî1 أ ْﺳ َﻮ ٌة َﺣ َﺴ َﻨ ٌﺔ ِﻟ َﻤﻦj öِ í َر ُﺳﻮ ِل اóò 4 ِ ْﻢïj ﻟ1 ﺎ َنî1 ﻟ َﻘ ْﺪí
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik iaitu bagi mereka yang mengharapkan(keredhaan) Allah dan Hari
Pengakhiran serta pula dia sentiasa mengingati Allah.
(al-Ahzab : 21)
Berdasarkan ayat ini, jelas Allah menyatakan kepada kita bahawa ikutan yang
paling baik dalam kalangan manusia ialah Rasulullah ﷺ. Siapakah yang mendapat
didikan langsung daripada baginda? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah para
sahabat. Sudah pasti mereka boleh dikatakan sebaik-baik generasi umat Islam kerana
mendapat didikan langsung daripada Baginda Rasulullah ﷺ.
Mereka sanggup mengorbankan harta bahkan nyawa demi melihat Islam
dijulang tinggi. Tanpa pengorbanan yang mereka lakukan sudah pasti kita tidak dapat
menikmati nikmat Islam dan iman pada hari ini. Hasil berkat perjuangan mereka inilah
yang akhirnya membolehkan Islam tersebar ke seantero dunia.
Umat Islam sebenarnya tidak pernah ketandusan tokoh-tokoh yang hebat
sepanjang sejarah. Sepatutnya kita menjadikan para sahabat sebagai suri tauladan
untuk diikuti bukannya tokoh barat yang tidak pernah dididik melalui acuan Islam.
ii
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Pada hari ini banyak kepincangan yang berlaku adalah disebabkan kurangnya
motivasi untuk hidup bermatlamatkan Islam. Manusia hidup semata-mata untuk
kesenangan hidup di dunia tanpa memikirkan apa yang dapat disumbangkan untuk
agama. Cara yang berkesan untuk menumbuhkan rasa ingin berkorban untuk agama
adalah dengan mengenalkan umat ini dengan individu yang menjadikan akhirat sebagai
matlamat hidup.
Oleh itu, saya menyajikan di dalam buku ini kisah sepuluh orang para sahabat
yang dijanjikan syurga oleh Allah Taala. Ini tidak lain dan tidak bukan hanya kerana ingin
memperkenalkan para sahabat di mata masyarakat dengan harapan mereka dapat
mencontohi para sahabat dalam kehidupan mereka. Saya yakin sekiranya kita benar-
benar menghayati kehidupan mereka, matlamat hidup kita akan lebih terarah dan kita
akan mempunyai tujuan yang jelas dalam kehidupan.
Semoga apa yang disajikan di dalam buku ini bakal memberikan kita semua
ransangan untuk lebih terkehadapan dalam memperjuangkan Islam serta menjadikan
akhirat sebagai matlamat utama kehidupan.
Siru ‘ala barakatillah.
Penulis,
Khairul Faris bin Abdul Aziz
iii
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Sahabat: Pengertian dan Keistimewaan
Siapakah yang diertikan dengan Sahabat Rasulullah?
Sahabat Rasulullah ialah mereka yang pernah berjumpa dan beriman dengan Nabi
Muhammad ﷺdi bumi selepas Baginda dilantik menjadi Nabi walaupun orang tersebut
buta tidak dapat melihat.
Berdasarkan definisi ini, Abdullah Ibnu Ummi Maktum termasuk dalam kalangan
sahabat walaupun beliau tidak dapat melihat. Begitu juga malaikat yang pernah
berjumpa dengan Baginda Rasulullah seperti malaikat Jibril.
Generasi Paling Mulia
Sahabat merupakan generasi paling mulia. Di dalam sebuah hadis, Baginda Rasulullah
ada bersabda:
ﺨﺎريøﻠ ْﻮَﻧ ُﻬ ْﻢ رواە اﻟj ºَ ﻠ ْﻮَﻧ ُﻬ ْﻢ ُﺛ ﱠﻢ اﻟ ِﺬ ْﻳ َﻦj ºَ ∫ ُﺛ ﱠﻢ اﻟ ِﺬ ْﻳ َﻦò 4 ِ اﻟ ُﻘ ُﺮ ْو ِن َﻗ ْﺮZُ ْ3 َﺧ
Maksudnya: Sebaik-baik kurun ialah kurunku kemudian kurun selepas kurunku dan
kemudiannya kurun berikutnya.
Hadis Riwayat Bukhari
Berdasarkan hadis ini, Baginda Rasulullah menyatakan terdapat tiga generasi
yang dianggap paling baik berbanding dengan generasi yang datang terkemudian. Tiga
generasi tersebut didahului dengan generasi para sahabat yang sezaman dengan
Baginda Rasulullah. Selepas itu mereka yang hidup selepas generasi para sahabat yang
dikenali sebagai Tabi’in. Akhir sekali generasi selepas Tabi’in iaitu generasi Tabi’ Tabi’in.
Tiga generasi inilah yang dipanggil sebagai generasi salaf. Kemuliaan generasi
tersebut diakui sendiri oleh Baginda Rasulullah ﷺ. Adapun generasi yang datang selepas
daripada tiga generasi ini, terdapat khilaf ulama padanya. Pandangan pertama
mengatakan bahawa umat Islam yang terdahulu lebih baik daripada umat Islam yang
datang terkemudian. Jadi, mengikut pandangan ini umat Islam yang ada pada zaman
nenek moyang kita lebih baik daripada generasi kita sekarang.
1
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Pandangan kedua pula mengatakan generasi yang datang selepas daripada 3
generasi yang disebutkan di dalam hadis tersebut tidak ada kelebihan antara satu sama
lain. Hal ini berdasarkan sebuah hadis:
ﻣﺬيZ≈ أ ْو آ ِﺧ ُﺮُە رواە اﻟ1 Zٌ ْ3 ﻟ ُﻪ ُﺧjأ ﱠو1 ْﺪ َرىºُ ﺮ َﻻn ِﻣ ْﺜ ُﻞ اﻟ َﻤ َﻄƒò ≈ ِ أ ﱠﻣj َﻣ َﺜ ُﻞ
Maksudnya : Perumpamaan umatku seperti hujan. Tidak tahu awalnya terlebih baik
atau akhirnya.
Hadis riwayat Tirmizi
Siapakah Sahabat Paling Mulia?
Tidak semua sahabat sama dari sudut darjat kemuliaannya. Ada yang lebih tinggi
darjatnya berbanding yang lain. Sahabat yang paling mulia ialah Saidina Abu Bakar as-
Siddiq lalu diikuti dengan Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Mereka
berempat ini merupakan Khulafa ar-Rasyidin. Jadi, tertib darjat kemuliaan mereka
mengikut turutan mereka memegang tampuk pemerintahan Khilafah Islamiah.
Empat orang sahabat ini termasuk di dalam 10 orang sahabat yang dijamin
syurga oleh Rasulullah ﷺ. Baginda Rasulullah ﷺbersabda:
ﻦn َ ُﺠ ﱠﺪﻨ ِاﺔﻟ ﱠﺮر ْوﺣا َﻤەøْ وا َﻟﻋóْ òﺔ4 ِِ ﺠٍ ّﺪﻨ⁄َُﻦاﻟَ ْزóﺑòْ4 ِ ﺪZُُ Qْ3ْ iوو َاﻟﺳ ُ ِ“َﻌ ااﻟﻟ َ َﺠﺠﱠﻨﱠﻨِ ِﺔﺔ óْóò 4òِ4 ِ ﻠ َﺤ ُﺔC َو َﻃ اَيﻟﺪ َ َةﺠ ْﱠﺑﻨ ُِﺔﻦQْó َﺬﺒòﻋ4 ُِ=ﻣZ ﱞﻮò ≈َِاأﻋُﻟﺑ1ااﻟﻟ َ َﺠ ﱠﺠﻨﱠﻨِ ِﺔﺔ َووóóò 4òِ4 ِ نصœ ُ َْ∫و َُﻋوْﺜّﻗ َﺎﻤﺎò ِأِ÷ﺔ1 ُاﺪﻟ ْﺑَ ُﺠ ﱠﻦﻨó ْﻌò 4 َﺠَ ﱠوﻨ ُﻋﺔ َﻤ ُوﺮَ ِﺳ،ﱠﻨ ِاﺔﻟóﺠòَ4 ِ ٍ افﻟóﻮò 4ِْ َﺮﻋœ ŒC ﻦÕَُ أ ُﺑ ْْﺑﻮ1
حn اﻟ َﺠ ﱠﺮا
Maksudnya : Abu Bakar di syurga, Umar di syurga, Uthman di syurga, Ali di syurga,
Talhah di syurga, Zubair di syurga, Abdurrahman bin Auf di syurga, Sa’ad bin Abi
Waqqas di syurga, Abu Ubaidah bin al-Jarrah di syurga, dan Sa’id bin Zaid di syurga.
Hadis riwayat Tirmizi
Selepas daripada empat orang sahabat Khulafa ar-Rasyidin maka enam sahabat
yang berbaki di dalam hadis di atas merupakan sahabat yang paling mulia jika
dibandingkan dengan mereka yang lain. Namun tidak ada nas yang menunjukkan tertib
kemuliaan di antara enam sahabat tersebut berbeza dengan empat orang sahabat
Khulafa ar-Rasyidin seperti yang telah dinyatakan tadi.
Satu perkara yang perlu kita tahu disana terdapat sahabat lain yang turut dijamin
syurga seperti Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Saidina Husain namun bezanya
mereka tidak dihimpunkan di dalam satu hadis sepertimana di atas.
2
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Golongan Sahabat Yang Turut Mendapat Keistimewaan
Jika di atas kita mengetahui satu persatu sahabat yang diberikan kelebihan. Di sini kita
akan mengenal pula siapakah kumpulan para sahabat yang diberikan kemuliaan
melebihi sahabat yang lain.
Selepas daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga, terdapat beberapa
kumpulan yang mempunyai darjat yang lebih mulia jika dibandingkan dengan sahabat
yang lain. Kumpulan pertama ialah para sahabat yang menyertai peperangan Badar.
Mereka berjumlah 313 orang. Ada yang mengatakan jumlah mereka seramai 317 orang.
Di Badar, mereka berhadapan dengan 1000 orang tentera musyrikin. Dengan bantuan
bala tentera daripada Allah yang terdiri daripada 5000 malaikat, akhirnya kemenangan
berpihak kepada tentera muslimin.
Kumpulan kedua pula ialah para sahabat yang menyertai peperangan Uhud.
Pada mulanya bilangan kekuatan umat Islam seramai 1000 orang. Tetapi sebelum
berlakunya peperangan, 300 orang daripadanya menarik diri. Mereka ini ialah golongan
munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Tentera musyrikin pula
berjumlah 3000 orang. Seramai 70 orang para sahabat gugur syahid di medan
peperangan ini.
Manakala kumpulan yang ketiga pula ialah para sahabat yang bersumpah
berjuang bersama Rasulullah ketika di Hudaibiyah. Rasulullah ﷺbersama para sahabat
bertolak ke Mekah pada tahun 6 Hijrah untuk menunaikan umrah namun disekat di
Hudaibiyah. Bilangan mereka kesemuanya 1400 orang sahabat. Merekalah yang
bersumpah bersama dengan Rasulullah untuk berperang melawan musyrikin Mekah
hingga ke titisan darah yang terakhir. Sumpah ini dinamakan dengan Bai’atul Ridhwan.
Perkara tersebut menimbulkan ketakutan ke dalam hati musyrikin sehingga akhirnya
termeterai perjanjian Hudaibiyah di antara pihak muslimin dan musyrikin Mekah.
Kesimpulannya, sahabat yang paling tinggi darjatnya ialah Abu Bakar as-Siddiq
kemudian disusuli dengan Umar, Uthman dan Ali. Selepas daripada mereka berempat
pula ialah enam orang yang berbaki daripada 10 orang sahabat lain yang dijanjikan
syurga. Kemudian ahli perang Badar disusuli dengan ahli perang Uhud dan akhir sekali
mereka yang terlibat dengan Bai’atul Ridhwan.
Sudah tentu setiap seorang daripada mereka mempunyai kisah tersendiri yang
dapat diambil sebagai pengajaran. Namun di kesempatan ini penulis hanya ingin
menumpukan perhatian kepada sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga oleh
3
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Baginda Rasulullah ﷺ. Sudah pasti kisah hidup mereka mempunyai pengajaran tersendiri
yang dapat kita renungi dan diambil iktibar untuk kehidupan kita.
4
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Abu Bakar as-Siddiq merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam
kalangan kita. Beliau merupakan sahabat yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah
Taala. Abu Bakar bukanlah nama sebenar beliau. Nama beliau yang sebenarnya ialah
Abdullah bin Uthman. Beliau juga merupakan keturunan daripada Quraisy sepertimana
baginda Rasulullah ﷺ. Ayahnya bernama Uthman namun digelar dengan nama Abu
Quhafah dan ibunya pula bernama Salma tetapi digelar dengan nama Ummu Khair.
Gelaran as-Siddiq membawa maksud orang yang sentiasa membenarkan.
Gelaran ini diberikan sendiri oleh Nabi Muhammad ﷺ. Ini kerana beliau sentiasa
membenarkan Nabi Muhammad ﷺ. Sewaktu Nabi Muhammad ﷺdiperjalankan oleh
Allah Taala dari Mekah ke Masjid Aqsa dalam tempoh satu malam, ada segelintir umat
Islam telah murtad kerana tidak mempercayai Baginda Rasulullah. Orang kafir pula
menjadikan peristiwa tersebut sebagai modal untuk menghina dan mengejek Nabi
Muhammad ﷺ. Namun Abu Bakar as-Siddiq tetap mempercayai Baginda dengan
seluruh jiwa raganya.
Kisah Lelaki Pertama Beriman dengan Nabi Muhammad
Ya, terdapat khilaf dalam kalangan ulama dalam menentukan siapakah yang paling awal
beriman dalam kalangan lelaki sama ada Abu Bakar atau Ali bin Abi Talib. Walaupun
begitu perkara yang pasti kita boleh katakan bahawa Abu Bakar as-Siddiq merupakan
lelaki pertama yang beriman dengan risalah Nabi Muhammad ﷺdan Ali bin Abi Talib
pula merupakan kanak-kanak yang pertama beriman dengan Rasulullah ﷺ.
Nabi memuji sifat Abu Bakar yang terus beriman dengan Nabi tanpa ada sedikit
pun rasa ragu-ragu. Nabi Muhammad ﷺbersabda:1
ِﻪQْ َو َﻻ َﺗ َﺮ ﱠد َد ِﻓ،† ْ ُﺮﺗ ُﻪ1 َذ2َ4 3ْ ﺮ َﻣﺎ َﻋ ﱠﺘ َﻢ َﻋ ْﻨ ُﻪ ِﺣœ ŒC Õَ ﺎÕ إ ّﻻ أ،ﻈ ٌﺮ1 ﻛ ْﺒ َﻮ ٌة َوَﺗ َﺮ ﱡد ٌد َوَﻧ1 ﺎ َﻧ ْﺖ ِﻋ ْﻨ َﺪ ُە1 î ا ِﻹ ْﺳ َﻼِم ِإ ﱠﻻSَ أ َﺣ ًﺪا ِإ1 َﻣﺎ َد َﻋ ْﻮ ُت
Maksudnya : Apabila aku menyeru seseorang selain daripada Abu Bakar kepada Islam,
pasti mereka ragu-ragu dan berfikir terlebih dahulu. Abu Bakar pula tidak berlengah-
lengah dan tidak ada keraguan terhadap seruanku
1 Ibnu Athir, Asadul Ghabah mukasurat 701
5
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Sebelum daripada Nabi Muhammad ﷺdilantik menjadi Nabi, Abu Bakar telah
pergi ke Yaman. Di Yaman, beliau berjumpa dengan seorang pakcik tua yang berasal
daripada Kabilah Azd. Pakcik tersebut merupakan seorang yang alim dengan pelbagai
ilmu pengetahuan dan arif dengan kitab-kitab lama. Sewaktu orang tersebut melihat
Abu Bakar, terus dia bertanya, “Adakah kamu berasal dari tanah haram?
Abu Bakar : Ya.
Orang tua : Aku rasa kamu ini daripada bangsa Quraisy.
Abu Bakar : Ya.
Orang tua : Aku rasa kamu ini daripada keturunan Taym.
Abu Bakar : Ya, aku daripada keturunan Taym bin Murrah. Namaku Abdullah bin
Uthman daripada keturunan Kaab bin Saad bin Taym bin Murrah.
Orang tua : Ada satu perkara lagi yang aku kurang jelas.
Abu Bakar : Apakah perkara tersebut?
Orang tua : Tunjukkan kepadaku perutmu.
Abu bakar : Tidak boleh, kecuali kamu sebut kepadaku sebabnya.
Orang tua : Aku telah mendapati daripada sumber ilmu yang sahih bahawasanya Nabi
akan dibangkitkan di tanah haram. Mereka yang akan menolongnya terdiri daripada
orang muda dan dewasa. Orang muda tersebut ialah mereka yang berani berhadapan
kesusahan dan mampu menolak segala kesulitan. Orang dewasa tersebut pula
mempunyai warna kulit yang putih, berbadan kurus dan di perutnya ada tanda. Begitu
juga di pehanya yang kiri. Kamu tidak perlu menjawab pertanyaanku kerana sifat itu aku
dapat lihat secara jelas pada dirimu kecuali apa yang tidak kelihatan.
Abu Bakar pun berkata, “Aku pun terus menunjukkan kepadanya perutku. Dia pun
dapat melihat kesan tanda hitam di bahagian atas pusatku.”
Pakcik itu terus berkata, “Demi tuhan kepada Ka’bah! Kamulah orang yang aku
maksudkan. Aku mahu berpesan kepada kamu satu perkara. Jaga pesananku ini.
Abu Bakar berkata, “Apakah perkara tersebut?”
Orang tua itu pun berkata, “Janganlah kamu berpaling daripada hidayah. Berpeganglah
dengan jalan pertengahan. Hendaklah kamu merasa takut kepada Allah dengan apa
yang telah dikurniakan kepada kamu.”
6
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Lalu Abu Bakar pun selesaikan segala urusannya di Yaman. Sebelum pulang ke
Mekah beliau berjumpa dengan pakcik tua tersebut buat kali yang kedua. Orang tua itu
melantunkan syair yang menyebut tentang perihal Nabi dan meminta Abu Bakar
sampaikan kepada Nabi. Abu Bakar pun bersetuju.
Apabila Abu Bakar sampai di Mekah, beliau didatangi oleh sekumpulan
pemimpin Quraisy. Abu Bakar pun bertanya, “Adakah ada sesuatu telah berlaku?” Jawab
mereka, “Ya, suatu perkara yang besar. Anak yatim Abu Talib menyangka dirinya Nabi.
Kalau tidak kerana engkau, kami sudah tidak merasa sabar dengannya. Kamu telah
datang maka kamulah harapan kami.”
Abu Bakar pun bergegas pergi ke rumah Nabi Muhammad ﷺdan menanyakan
soalan kepada Nabi Muhammad, adakah Nabi Muhammad ﷺtelah meninggalkan
agama nenek moyangnya.
Nabi menjawab, “Wahai Abu Bakar, aku utusan Allah kepada kamu dan seluruh
manusia. Berimanlah kamu kepada Allah.”
Abu Bakar pun bertanya apakah dalil yang menyokong perkara tersebut. Lantas Nabi
menjawab, “Orang tua yang kamu jumpa di Yaman.”
Kata Abu Bakar, “Ramai orang tua yang aku jumpa di Yaman.”
Nabi pun berkata, “Orang tua yang telah mengirimkan kepadamu syair.”
Abu Bakar bertanya kehairanan, “Siapakah yang menceritakan perkara tersebut
kepadamu wahai kekasihku?”
Nabi menjawab, “Malaikat agung yang pernah mendatangi para nabi sebelumku”
Abu bakar pun terus meminta Nabi menghulurkan tangan Baginda lalu Abu Bakar
bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Abu Bakar Seorang Pendakwah
Terdapat ramai para sahabat yang memeluk Islam di tangan Abu Bakar as-Siddiq.
Disebut dalam kitab Asadul Ghabah, sejurus selepas Abu Bakar memeluk Islam, beliau
terus keluar berdakwah. Pada hari beliau memeluk Islam, beliau telah berjaya
mengislamkan beberapa orang sahabat iaitu Uthman bin Affan, Talhah bin Ubaidillah,
Zubair bin Awwam dan Saad bin Abi Waqqas. Pada keesokan hari beliau berjaya
mengajak beberapa orang sahabat lain untuk memeluk Islam. Mereka tersebut ialah
7
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Abdurrahman bin Auf , Abi Salamah bin Abdul Asad, Arqam bin Abi Arqam dan Abu
Ubaidah bin al-Jarrah.
Ini bukti kesungguhan Abu Bakar dalam berdakwah. Beliau tidak merasa selesa
sekiranya hanya beliau yang beriman. Beliau cuba dengan bersungguh-sungguh untuk
mengajak mereka yang lain keluar daripada kegelapan syirik kepada cahaya keimanan.
Hijrah Bersama Nabi Junjungan
Sewaktu Islam ditindas oleh golongan musyrikin Quraisy. Allah Taala telah mengizinkan
umat Islam untuk keluar berhijrah ke Madinah. Madinah bakal menjadi pusat
pemerintahan Islam. Penduduk Madinah telah memeterai perjanjian Aqabah yang
kedua untuk mempertahankan Nabi dengan nyawa mereka sekiranya Nabi tinggal di
Madinah. Oleh itu, Nabi mengarahkan para sahabat untuk keluar berhijrah ke Madinah.
Abu Bakar meminta izin dengan Nabi untuk keluar berhijrah bersama mereka
yang lain. Namun Rasulullah ﷺmeminta kepada Abu Bakar untuk tidak terburu-buru
keluar berhijrah. Nabi berkata kepada Abu Bakar :
ﺎøً ﻟ َﻚ َﺻﺎ ِﺣ1 ْﺠ َﻌ ُﻞºَ Tَ ﻟ َﻌ ﱠﻞ1 َﻻ َﺗ ْﻌ َﺠ ْﻞ
Maksudnya : Janganlah kamu terburu-buru. Moga-moga Allah Taala memberimu
teman.
Mendengar kata-kata Nabi tersebut, Abu Bakar membatalkan hasratnya. Abu
Bakar sedar bahawa Nabi mahu beliau menjadi teman Baginda apabila Baginda sudah
diizinkan oleh Allah untuk keluar berhijrah.
Rasulullah tetap tinggal di Mekah menunggu arahan daripada Allah untuk keluar
berhijrah ke Madinah. Lalu datang Malaikat Jibril membawa arahan daripada Allah
untuk Nabi keluar berhijrah ke Madinah. Pada malam tersebut, Quraisy telah membuat
perancangan menghantar beberapa orang pemuda daripada kabilah yang berlainan
bagi membunuh Nabi Muhammad ﷺ. Jibril mengarahkan Nabi supaya tidak tidur di
tempat tidurnya pada malam tersebut. Nabi pun keluar daripada rumah Baginda dalam
keadaan musuh masih berada di hadapan rumah Baginda. Dengan pertolongan Allah,
mereka tidak menyedarkan diri lalu Nabi mengambil tanah dan menaburkannya ke atas
kepala mereka.
Nabi pun terus pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq. Ketika itu Abu Bakar sedang
nyenyak tidur lalu Nabi mengejutnya dan memberitahu kepadanya bahawa Baginda
8
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
telah diberi izin untuk keluar berhijrah dari Mekah. Abu Bakar berasa begitu gembira
sehingga beliau menangis kegembiraan. Lalu mereka berdua pergi ke Gua Tsur untuk
bersembunyi terlebih dahulu sementara menunggu keadaan menjadi reda. Nabi
Muhammad dan Abu Bakar tinggal di Gua Tsur selama tiga hari.
Ketika berada di Gua Tsur, Abu Bakar merasa risau sewaktu meilhat musuh
berada berdekatan dengan pintu gua sehingga beliau berkata:
!ﻧﺎhَ ْ َ Õْ ِﻪ َ َﻷQْ َﺗ ْﺤ َﺖ َﻗ َﺪ َﻣS1 ﻈ َﺮ ِإ1 أ َﺣ َﺪ ُﻫ ْﻢ َﻧ1 أ ﱠن1 ﻟ ْﻮ1
Maksudnya : Kalaulah mereka melihat di bawah kaki mereka pasti mereka akan melihat
kita!
Nabi pun cuba menenangkan Abu Bakar dengan berkata:
َﺛﺎِﻟ ُﺜ ُﻬ َﻤﺎTُ 24n 3ْ ﺎ ْﺛ َﻨÕِ ﻇ ﱡﻨ َﻚ1 ﺮ َﻣﺎœ ŒC Õَ ﺎÕَ أ1 ﺎºَ
Maksudnya : Wahai Abu Bakar, apa yang kamu fikirkan terhadap dua orang yang mana
Allah menjadi yang ketiga.
Akhirnya mereka berdua terselamat dan selamat sampai di Madinah. Di dalam
kisah ini jelas menunjukkan bahawa Abu Bakar mempunyai kedudukan yang mulia di
sisi Nabi Muhammad ﷺ. Kalau tidak, kenapa Nabi Muhammad mahukan Abu Bakar
sebagai peneman Baginda untuk menempuh perjalanan yang penuh risiko sewaktu
berhijrah ke Madinah.
Abu Bakar Khalifah Menggantikan Nabi
Sewaktu Nabi Muhammad ﷺmeninggal dunia, Baginda tidak menyebut secara jelas
siapa yang bakal menggantikan Baginda. Namun terdapat riwayat hadis yang
menunjukkan bahawa Abu Bakar mendapat keutamaan daripada Baginda dalam
pelbagai sudut. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah:
ﻣﺬيZ≈ ُە رواە اﻟZُ ْ3 أ ْن َﻳ ُﺆ ﱠﻣ ُﻬ ْﻢ َﻏ1 ﺮœ ŒC Õَ أ ُﺑ ْﻮ1 ِﻟ َﻘ ْﻮٍم ِﻓ ْﻴ ِﻬ ْﻢÒò 4 ِ øَ ْ َﻻ َﻳ: T ﻗﺎل رﺳﻮل
Maksudnya : Rasulullah bersabda, “Tidak sepatutnya bagi satu kaum yang ada padanya
Abu Bakar untuk melantik orang lain sebagai imam”.
Hadis Riwayat Tirmizi
Diriwayatkan oleh Jubair bin Mut’im bahawa ada seorang perempuan datang
membawa hajat bertemu Nabi Muhammad ﷺ. Apabila Nabi menunaikan hajatnya,
9
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
perempuan itu pun bertanya, “Bagaimana wahai Rasulullah jika aku tidak lagi
menjumpaimu”. Baginda pun bersabda:
ﻣﺬيZ≈ ﺮ ر واە اﻟœ ŒC Õَ ﺎÕَ أ1 ∫ْ ò ≈ ِﺄC َﻓƒْ ò 4 ِ ﻟ ْﻢ َﺗ ِﺠ ِﺪ ْﻳ1 ِإ ْن
Maksudnya : Jika kamu tidak menjumpaiku, pergilah berjumpa Abu Bakar.
Hadis Riwayat Tirmizi
Jadi para pembaca yang dihormati Allah, hadis-hadis ini jelas menunjukkan
bahawa Abu Bakar as-Siddiq merupakan insan yang istimewa disisi Rasulullah ﷺ. Oleh
itu, tidak pelik jika sekiranya Umar al-Khattab bersungguh-sungguh untuk melantik Abu
Bakar sebagai pengganti selepas Baginda meninggal dunia.
Sejurus Baginda meninggal dunia, kaum Ansor mahu melantik pemimpin
daripada kalangan mereka. Lalu Umar al-Khattab membawa Abu Bakar berjumpa
dengan mereka di Bani Saqifah. Pada mulanya, mereka mencadangkan untuk melantik
dua pemimpin. Seorang daripada kalangan mereka dan seorang daripada kalangan
Muhajirin. Umar al-Khattab terus berkata:
ﺎ ِن1َ ْﺼ َﻄ ِﺤ-َ ْ" َﻏ ْﻤ ٍﺪ َﻻ% # ِ َﻔﺎ ِنQْ َﺳ
Maksudnya : Dua pedang tidak boleh bersama dalam satu sarung.
Umar al-Khattab menyambung lagi dengan membaca firman Allah:
﴾٤٠ :ﺔiı َﻣ َﻌ َﻨﺎ ﴿اﻟﺘöَ í ِﻪ َﻻ َﺗ ْﺤ َﺰ ْن ِإ ﱠن اøِ ُﻘﻮ ُل ِﻟ َﺼﺎ ِﺣºَ ر ِإ ْذn ﻟ َﻐﺎC اóò 4 ِ ِإ ْذ ُﻫ َﻤﺎ
Maksudnya : Sewaktu mereka berdua berada di dalam gua, berkata seseorang kepada
sahabatnya “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”.
( Taubah : 40)
Umar al-Khattab bertanya, “Rasulullah bersama siapa dalam gua tersebut?”.
Umar pun terus membaiah Abu Bakar sebagai khalifah sambil diikuti dengan mereka
yang lain.
Kelebihan Abu Bakar as-Siddiq
Sudah terang lagi bersuluh bahawa Abu Bakar mempunyai banyak kelebihan. Beliau
merupakan sebaik-baik sahabat Rasulullah ﷺ. Ini diakui oleh Baginda Rasulullah sendiri.
10
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim daripada Jundub bin Abdullah bahawa beliau
mendengar Nabi Muhammad ﷺbersabda:
ﺎÕَ أ1 ًﻼ َﻻ ﱠﺗ َﺨ ْﺬ ُتQْ ﻛەْﻨﻣُﺖﺴ ُﻠﻣ ﱠﺘﻢ ِﺨ ًﺬا َﺧ ِﻠjﻟ ْرﻮوا1ﻼ ًﻼ َوQًْ Qْ َﻢﻢ َ َﺧ ِﺧﻠِْﻠQْ ïﻫj َِنَﻤﺎا ﱠﺗا ﱠَﺗﺨ َ ْﺨﺬ َﺬُ ِإت ْﺑ َِﻣﺮاْﻨî1† ًْﻼﻮj Qْأ1 أ َ ْﺧنِﻠ1 ∫Tِْò 4 ِﺨ َﺬSَ ﺗ1∫ﺮأ ِاإ ﱠj َò أر÷ْ ﱢﺑ1 َ ∫ْنòﱢﱠ4 ˘˘ِﻗﺎ ًُﻼء ََوِوQَْ ﻷﺮ ْ َﺻﺧِِﻠﺪœَ ŒC واÕََ ْﻢ ِأ ْﺧ َﻮ ٌةïj Qْ ِﻓSْ ò ِ ﺎ َنî1 َﻗ ْﺪ
Maksudnya: Sesungguhnya aku dalam kalangan kamu seumpama sahabat. Aku
berlepas diri kepada Allah daripada mengambil salah seorang daripada kamu sebagai
kekasih. Sekiranya aku boleh mengambil kekasih pasti aku akan menjadikan Abu Bakar
sebagai kekasihku tetapi tuhanku telah menjadikanku kekasih-Nya sepertimana tuhanku
menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya.
Hadis riwayat Muslim
Daripada hadis di atas jelas kepada kita bahawa Khalil(kekasih) merupakan suatu
kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Allah telah memilih Nabi Muhammad sebagai
kekasih-Nya. Kalaulah sekiranya Allah memberi pilihan kepada Nabi Muhammad untuk
menjadikan selain-Nya sebagai kekasih pasti Nabi akan menjadikan Abu Bakar sebagai
kekasihnya. Ini menunjukkan betapa dekatnya Abu Bakar dengan diri Baginda
Rasulullah.
Dalam hadis yang lain riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah menggelar Abu Bakar
dan Umar sebagai penolongnya di muka bumi sepertimana malaikat Jibril dan Mikail
menjadi penolong Baginda di langit.
ﺎóﻢﱠﻣò 4 ِﱠﺄ1 ﺮض(َ َﺐﺛﻓn†ُِﻋ ْرَﻤيﻮŒْ َﻷ1ﻣااﻟو َﺬZﻞوﺮœ ِ≈ﻢْاﻫﻟﻜأÕَەأ1ا ِﻟﻓﻣَرﺄﻨ ْﺑوْﻦاﺠﻮ.ﺎنضﻦn َnﻤ⁄َ ُﺮَرْﻫ˙ْو⁄ذﻞَاَﻤوَاﺎَوكََﺗﻷ َْْزîَِء1 ِأَ ُْﻤ ْﻞﻢﺎﻫ1ﻣأ َْْﻨ ْﻦُﺴﻫﻬ1 ِﻣﻟ:َأَﺳﻗْﺮاَﺎﻫﻔ ِلَيﻞﻞ ِا⁄1ﻦأ؟ ْزn1أ َﻦﱠﻌﻣُﻫِﺎَﻤﻣَ َﺎﻮ ْوnْأ ْوﻦﻧ⁄1ْ˙ﻣَمَﺎﻣ⁄ﻼ َْزnﻫﺴ ََْوﻢو:ُSْاZòَاَِﻟﺪ3Qﺎﻟن1ﻤﻌﱠ2َ)ﺳِإ4ﻬ3ْﻴ:ِﻠ∫ﻠﱢﻴTﻋﻋò ِ÷ﻷTأﻮ ُُْﻫلﺖ َُﻞ1= ﱠنﻗﺳﻠí ﻤلﺎ)ِ(إﺻر:َ ﻧﻗلَﺎُﻌﻞQْْﺋﺎأ1ِو:ﺎﻘï1ﻢلﻓQْ َرﺮ ُﺴﻞيَﻣﻤَﻨﺎوﻗِِﻬءﺎﻣ⁄َZْﺪﻤﻟnَُﺠﺨﻋ÷ْاS ِو1ﺮِاَإﻓﻟœﺎﺳ ِﻜءﺪﻪQﻤÕَﺎﺴرأ َﻌC ﺳÕََ ﻞ ﱠ∫انﻟﷺأò˘ِ÷أِوTِأء ْﻦِﻫ1ﻮَِﻣﺔُﺴل َْﻤﻦﻋﺎQْ ََﺮﻋار ُ اﺳﻄيﻟ⁄َﻦ ْزﻊn َرﻋََﻓو
Maksudnya : Diriwayatkan oleh Atiyyah daripada Abi Said al-Khudri berkata : Rasulullah
bersabda : “Sesungguhnya aku mempunyai dua penolong daripada penduduk langit dan
dua orang penolong daripada penduduk bumi. Adapun dua penolong daripada
penduduk langit maka iaitu Malaikat Jibril dan Mikail moga-moga Allah limpahkan
rahmat ke atas mereka berdua. Adapun dua orang penolongku di muka bumi maka iaitu
Abu Bakar dan Umar”. Lalu Rasulullah mengangkat kepala Baginda dan melihat ke
langit dan berkata, “Sesungguhnya penduduk I’liyyin boleh dilihat oleh mereka yang di
bawah sepertimana kamu melihat bintang di langit dan sesungguhnya Abu Bakar dan
Umar daripada kalangan mereka dan kedua-duanya diberikan nikmat itu.” Aku pun
berkata kepada Abu Sai’d, Apakah makna mereka diberikan nikmat itu? Berkata Abu
Said : Mereka berdua penduduk I’liyyin
Hadis Riwayat Tirmizi
11
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Pada suatu hari, Nabi mengambil tujuh biji batu kecil dan meletakkannya di atas
tapak tangan Baginda kemudian Nabi memberikan batu-batu tersebut kepada Abu
Bakar. Batu-batu itu bertasbih di tangan Abu Bakar sepertimana ia bertasbih di tangan
Baginda. Kemudian Nabi mengambil dan memberikannya kepada Umar dan batu itu
bertasbih seperti mana ianya bertasbih di tangan Abu Bakar kemudian diberikan batu
tersebut kepada Uthman. Batu itu juga bertasbih di tangan Uthman sepertimana ianya
bertasbih ditangan Abu Bakar dan Umar.
Ini menunjukkan kelebihan yang Allah Taala berikan kepada sahabat Nabi yang
banyak berjasa kepada Islam. Mereka bertiga ini jugalah yang bakal menggantikan
kepimpinan Nabi selepas kewafatan Baginda.
Sifat Pemurah Abu Bakar
Abu Bakar juga terkenal dengan sifatnya yang zuhud dan pemurah. Ketika turunnya
ayat:
﴾٢٧١ :ﻘﺮةø﴿اﻟ... #َ ò ِ ُﺪوا اﻟ ﱠﺼ َﺪ َﻗﺎ ِت َﻓ ِﻨ ِﻌ ﱠﻤﺎøْ ِإن ُﺗ
Mafhumnya : Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu(secara terang) maka yang
demikian itu adalah baik(kerana menjadi contoh yang baik).
(al-Baqarah : 271)
Umar al-Khattab datang membawa separuh daripada hartanya untuk dinfaqkan
di jalan Allah. Tiba-tiba Abu Bakar membawa keseluruhan hartanya untuk diinfaqkan di
jalan Allah. Perkara tersebut membuatkan Rasulullah bertanya:
† َﺖ ِ َﻷ ْﻫ ِﻠ َﻚ؟C َﻣﺎ َﺗ َﺮ
Maksudnya : Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?
Abu Bakar menjawab:
َو ِﻋ ﱠﺪ ُة َر ُﺳ ْﻮِﻟ ِﻪTِ ِﻋ ﱠﺪ ُة
Maksudnya : Janji Allah dan Rasul-Nya.
Umar pun berkata kepada Abu Bakar, “Aku bersumpah dengan diriku dan ahli
keluargaku, apa-apa kebaikan yang kami buat pasti engkau yang akan mendahuluinya.”
12
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Kewafatan Abu Bakar
Ibnu Ishaq menyebut bahawa Abu Bakar meninggal dunia pada Hari Jumaat 7 Jamadil
Awal tahun ketiga belas hijrah pada usia 63 tahun. Sewaktu Abu Bakar nazak, beliau
sempat melantik Umar al-Khattab sebagai penggantinya.
Ziyad bin Hanzalah menyebut bahawa kematian Abu Bakar disebabkan
kesedihan yang teramat sangat dengan pemergian Baginda Rasulullah ﷺ. Inilah contoh
kecintaan para sahabat terhadap Baginda Rasulullah. Bagaimana mungkin Abu Bakar
tidak merasa kehilangan apabila meninggalnya Rasulullah kerana beliaulah yang menjadi
tulang belakang kepada dakwah Baginda Rasulullah dan sentiasa bersama Baginda.
13
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Umar al-Khattab
Saidina Umar al-Khattab merupakan sahabat Nabi yang terkenal dengan
ketegasannya. Nama penuh beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
bin Riyah bin Abdullah bin Qurt bin Razah bin Adiyy bin Kaab bin Luay. Beliau juga
berasal daripada keturunan Quraisy sepertimana Abu Bakar.
Beliau digelar oleh Nabi sebagai al-Faruq yang membawa erti pembeza kerana
Umar disifatkan sebagai orang yang dapat membezakan antara kebenaran dan
kebatilan. Ianya boleh dilihat di dalam suatu riwayat yang diriwayatkan oleh Ayyub bin
Musa bahawa Nabi Muhammad ﷺbersabda:
ﻣﺬيZ≈ ﺎ ِﻃ ِﻞ رواە اﻟøَ اﻟ َﺤ ﱢﻖ َواﻟ2َ4 3ْ ِﻪ َﺑÕِ Tُ َﻓ ﱠﺮ َق: ِﻪ َو ُﻫ َﻮ اﻟ َﻔﺎ ُر ْو ُقøِ ﻠC ﺮ و َﻗn َﺟ َﻌ َﻞ اﻟ َﺤ ﱠﻖ ﻋ= ِﻟ َﺴﺎ ِن ُﻋ َﻤTَ ِإ ﱠن
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menjadikan kebenaran di atas lidah dan hati Umar.
Beliau merupakan pembeza yang Allah Taala membezakan dengannya antara
kebenaran dan kebatilan.
Hadis riwayat Tirmizi
Umar 13 tahun selepas daripada peristiwa Tahun Gajah. Ini bererti Umar lebih
muda 13 tahun daripada Baginda Rasulullah kerana Baginda Rasulullah dilahirkan pada
Tahun Gajah.
Beliau memeluk Islam pada bulan Zulhijah tahun keenam selepas Nabi dilantik
menjadi rasul. Nabi Muhammad ﷺsendiri yang mendoakan keislaman beliau. Nabi
berdoa:
ﻣﺬيZ≈ ﻦ ِﻫ َﺸﺎ ٍم رواە اﻟn أ ْو َﻋ ْﻤ ٌﺮو ْﺑ1 ﻦ اﻟ َﺨ ﱠﻄﺎ ِبn ُﻋ َﻤ ُﺮ ْﺑ: َﻚQْ ﻟ1 ِإ24n 3ْ ﻠ1 ﺄ َﺣ ﱢﺐ اﻟ َﺮ ُﺟ1 Õِ أ ِﻋ ﱢﺰ ا ِﻻ ْﺳ َﻼ َم1 اﻟﻠ ُﻬ ﱠﻢ
Maksudnya:Ya Allah, teguhkanlah agama Islam dengan salah satu daripada dua lelaki
yang kamu lebih sukai sama ada Umar bin al-Khattab atau Amru bin Hisyam(iaitu Abu
Jahal).
Hadis riwayat Tirmizi
Nabi berdoa dengan doa tersebut pada Hari Rabu lalu Allah Taala perkenankan
doa Baginda sehingga pada keesokan harinya Umar terus memeluk Islam. Umar
memeluk Islam sewaktu umat Islam berjumlah 40 orang lelaki dan 11 orang perempuan.
Ada pandangan lain mengatakan Umar merupakan lelaki yang keempat puluh memeluk
Islam.
14
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Pada mulanya Umar al-Khattab merupakan antara orang yang bersikap kasar
terhadap umat Islam. Suatu hari sewaktu beliau berjalan di bawah terik matahari, beliau
berjumpa dengan lelaki yang mengkhabarkan kepada beliau bahawa adik
perempuannya Fatimah telah memeluk Islam. Umar pun bergegas pergi ke rumah
adiknya dalam keadaan marah yang membuak-buak.
Apabila sampai ke rumah adiknya, terdapat lelaki lain selain adik iparnya di
dalam rumah tersebut. Lelaki tersebut sedang mengajarkan mereka berdua al-Quran.
Lelaki tersebut ialah Khabab bin Arat. Dalam keadaan takut Khabab terus bersembunyi
apabila mendengar Umar sudah berada di hadapan rumah. Lalu Fatimah membuka
pintu dan Umar terus bertanya adakah benar adiknya telah memeluk Islam. Kemudian
Umar terus memukul adiknya sehingga mengalir darah di wajahnya. Fatimah terus
menangis apabila melihat darah yang mengalir lalu berkata:
Tِ أ ﱠن ُﻣ َﺤ ﱠﻤ ًﺪا َر ُﺳ ْﻮ ُل1 أ ْﺷ َﻬ ُﺪ1 وTُ ﻟ َﻪ إﻻ1 أ ْن َﻻ ِإ1 أ ْﺷ َﻬ ُﺪ1 ِد ْﻳ ِﻨ َﻚZn ْ3 َﻏóò 4 ﺎ َن اﻟ َﺤ ﱡﻖî ﺎ ُﻋ َﻤ ُﺮ ِإ ْنº
Maksudnya : Wahai Umar, bagaimana kalau sekiranya kebenaran itu berada pada
selain agamamu. Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh
Allah.
Apabila Umar melihat darah yang mengalir pada wajah adiknya, Umar meminta
untuk diberikan kepadanya helaian al-Quran tersebut dan meminta untuk dibacakan
kepadanya. Pada mulanya Fatimah tidak mahu menyerahkannya kepada Umar kerana
menganggap Umar berada dalam keadaan kotor dan perlu membersihkan diri terlebih
dahulu. Selepas Umar al-Khattab mandi barulah adiknya memberi helaian al-Quran
tersebut kepada Umar. Umar pun membaca apa yang di tangannya. Surah yang
dibacanya tersebut ialah Surah Taha. Apabila Umar membaca surah tersebut sehingga
kepada ayat yang keempat belas, beliau merasa kagum dengan ayat al-Quran dan
meminta untuk dipertemukan dengan Baginda Rasulullah.
Lalu Umar pun datang berjumpa Baginda Rasulullah dan mengucap dua kalimah
syahadah di hadapan Nabi Muhammad ﷺ.
15
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Keberanian Umar al-Khattab
Apabila Umar memeluk Islam, umat Islam bertambah kuat. Cukuplah kata-kata Abdullah
bin Mas’ud menjadi bukti bahawa sifat keberanian Umar membuatkan musyrikin takut
untuk menggangu umat Islam selepas keislamannya. Abdullah bin Masud berkata:2
ﻠ َﻢ1 أ ْﺳ1 ƒ ِﺖ َﺣ ≈ﱠQْ اﻟ َﺒóْ ò 4 ِ =َ ò + أ ْن ُﻧ َﺼ1 ﻠْ ْﻴﺴَ َﻨﺘﺎ ِﻄ ْﻴ ُﻊí ُ†) َْﻨﻮﺎَﻧﺎَو ََﻓﻣﺎَ َ*ﺼj َرأ ْﺮﻳ1 ﺪ ََﺗƒْ ﻟﺣ َ ≈ﱠﻘ1َﻠ َُﻤﻬ ًْﺔﻢ َو1ﻠﺖَ ِﻢإ َﻣُﺎﻋ َ َ ُرﻤﺗ ُ ُﺮﻪ ََﻗرﺎ َْﺗﺣ1ْﺎأَﻧ ْﺳ1 (اﻠ َّﻤوﺎh(ﺎ َﻧ ْﺖ ِﻫ ْﺠ َ ُﺮﺗ ُُﻪﻋ ََﻧﻤ ُ ْﺮ ًﻓ1 ﺮ َﻓ ْﺘ ًﺤﺎ َوn ﺎ َن ِإ ْﺳ َﻼ ُم ُﻋ َﻤî1
Maksudnya : Islamnya Umar merupakan sebuah kemenangan dan hijrahnya Umar juga
merupakan sebuah kemenangan. Kepimpinannya pula sebuah rahmat. Sesungguhnya
aku sendiri melihat kami tidak mampu untuk solat di kawasan Baitullah sehingga
islamnya Umar. Apabila Umar memeluk Islam, dia telah memerangi golongan musyrikin
sehingga mereka tidak lagi mengganggu kami untuk solat.
Antara bukti lain yang menunjukkan keberanian Umar al-Khattab ialah peristiwa
hijrahnya beliau ke kota Madinah. Sewaktu Umar mahu berangkat untuk keluar
berhijrah ke kota Madinah, beliau terlebih dahulu pergi tawaf di Ka’bah. Umar pun
mengugut golongan Musyrikin yang berada di hadapan Ka’bah dengan ugutan sekiranya
mereka ingin melihat seorang ibu kehilangan anak, seorang anak menjadi yatim, dan
seorang isteri kehilangan suami maka cubalah untuk menghalangi dirinya daripada
keluar berhijrah. Akhirnya tidak ada seorang pun daripada kalangan musyrikin Quraisy
yang berani menghalangnya.
Kezuhudan Umar al-Khattab
Umar al-Khattab juga dapat menjadi contoh kepada umat Islam untuk hidup
bersederhana. Perkara tersebut diakui oleh seorang sahabat bernama Talhah bin
Ubaidillah. Kata Talhah bin Ubaidillah:3
اﻵ ِﺧ َﺮةóò 4 ِ أ ْر َﻏ َﺒ َﻨﺎ1ﺎ َوQَ اﻟ ُﺪ ْﻧóò 4 ِ أ ْز َﻫ َﺪ َﻧﺎ1 ﺎ َنî1 ﱠﻨ ُﻪŒِ ﻟ1أ ْﻗ َﺪ ِﻣ َﻨﺎ ِﻫ ْﺠ َﺮًة َو1 ﺄ ﱠوِﻟ َﻨﺎ ِإ ْﺳ َﻼ ًﻣﺎ َوَﻻ1 Õِ ﺎ َن ُﻋ َﻤ ُﺮ ْﺑ ُﻦ اﻟ َﺨ ﱠﻄﺎ ِبî1 َﻣﺎ
Maksudnya : Tidaklah Umar bin al-Khattab orang yang terawal dalam kalangan kami
yang memeluk Islam. Beliau juga bukanlah orang yang awal berhijrah tetapi beliau
merupakan orang yang paling zuhud dalam kalangan kami terhadap dunia dan orang
yang paling loba terhadap akhirat.
Anas bin Malik pernah berkata:4
2 Ibnu Athir, Asadul Ghabah, mukasurat 900
3 Ibid mukasurat 902
16
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
ِﺼ ِﻪQْ َﻗ ِﻤóò 4 عœ رَﻗﺎn ـ َﻊiأ ْ َر1 ﻦ اﻟ َﺨ ﱠﻄﺎ ِبn ﺮ ْﺑn ُﻋ َﻤ,ْ ò َ4 ﻛ ِﺘ1 2َ4 3ْ ُﺖ َﺑºْ رأ1 َ ﻟ َﻘ ْﺪ1
Maksudnya : Sesungguhnya aku pernah melihat di antara dua bahu Umar terdapat
empat kesan tampalan di bajunya
Cuba kita perhatikan, Umar al-Khattab walaupun beliau seorang khalifah umat
Islam ketika itu namun beliau tidak disibukkan dengan dunia. Pakaiannya yang compang
camping menjadi bukti kezuhudannya. Bukan mudah bagi seorang yang berjawatan
lebih-lebih lagi pemimpin sebuah negara untuk hidup secara sederhana. Berbeza
dengan kebanyakan pemimpin pada zaman sekarang. Apabila diuji dengan kesenangan
terus tenggelam dengan keasyikan duniawi sehingga mengabaikan tugas yang
diamanahkan kepadanya.
Kelebihan Umar al-Khattab
Terdapat banyak kelebihan yang ada pada diri Umar al-Khattab. Antaranya yang
dinaqalkan oleh Ibnu Asakir daripada kalam Abdullah bin Masud di dalam kitabnya
Tarikh Madinah Dimasq. Abdullah bin Masud berkata:
ﻦƒَْﱢﻢò 0ﺑj÷ِْﺎاﱠﻟﺴَاﻨºﺎﻟﻮ ِ َةَﻤ1 َﻠ َْْﻴﻖﻋَﻨ1ﺳ َََﻋﺒﺪiِ َ(ﻚَ َوöﱠﻧ ِبíٍ˘ِ َﻦﺠ َﺎاو:َ ٌِءبُ ِﺐﱢﻣﺣ َرا⁄َﻟﻻ ُﻦﻪِﻛ َََﺘوْزﺎ1ﱠﻟْﻦ ْﺖﻮَِﻣí )ﻟﻫ1ُﺎ: َﻘﻮTَُﻟﻓj ﺄ1 ﺳ2َْ4 ﺤﺄًَْﻋﻧﺘ َﺎ ِﺰ َﺠَﻓْ÷لﺎ1 َﺘ َْﺎﻓºَﻮ ََﺘُﻌﻫﺎِِﻟأﱠﻪِ ْﻦﻬن ْ َﻢﻣºﺎِ َﷺﻘÕﻤÕِ َُ ﻟَ ُسﺘﺮnCﻣƒَﺄ1أﺳﱢò1َِﻨﻨِ÷رَﺎœ َْذاااﺪﻟﻟÕأﻮﱠﺴ)َوﺎَم َوَِء˘َل1َْ :ﺟﺎﺮى ﱠَِﻞ*َنﻳîَ1Wَأوَﺮَﻣœَ1 ْŒCﱠ َﻷبﺰÕََﺮﺎ∫ َاﻋòﺠnT÷َُِﻛأ1C ﺬﺤóِِ ò 4ÕِِﺰِﻊﻪَالﻟœەºَِِأﻧـﺮiرْﺮCَn َﺄ1ﻓْﻛiِﺄCَ1وÕبﺎَِ ِﺬiﺨ ٌُ ُﱠﻌﺑﻢ َُﻄﻴ(ﻤﺎَْﻮَِِﺮﺗوَ(ِﻨQóÕِ َ ﻈò 4ﻦ ََُﻋلﻼاَ ِﻟِمZُﺳn4 ْﺑب4ْْ ِﺮﻹٌَﻳ1ُﺬُاﻤاòَ َﻮَُِﻋْﻋﺪºَﻟسأ ﱢ1ﻄﻞأ)ﺎاَاﻟِﻟﺧﻠَُْﻨبﺬﺎﻬ ُﺗَﱠ ْوﻢاَﻢ1 َ: ََ َﷺﺨﻤﻀ ﱠﺎQِاَﻓﻓﻟ
Maksudnya : Umar diberi kelebihan ke atas manusia yang lain disebabkan empat
perkara. Pertama, cadangan beliau untuk dibunuh tawanan perang Badar lalu Allah
Taala turunkan ayat yang bermaksud, “Kalaulah tidak adanya ketetapan yang telah
terdahulu daripada Allah, tentulah kamu dtimpa azab seksa yang besar
disebabkan(penebus diri) yang kamu ambil(dari orang tawanan tersebut”. Kedua,
pandangan beliau untuk isteri-isteri Nabi bercakap di sebalik tabir. Sayyidah Zainab pun
berkata kepada beliau, “Kamu menegur kami wahai Ibnu Khattab sedangkan wahyu
turun di rumah kami”. Lalu turun ayat al-Quran yang bermaksud, “Dan apabila kamu
meminta sesuatu dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik
tabir”. Ketiga, Umar dilebihkan dengan sebab Nabi pernah berdoa khusus untuk beliau,
“Ya Allah teguhkanlah Islam dengan Umar”. Keempat, disebabkan cadangan beliau
terhadap Abu Bakar dan beliaulah merupakan orang pertama membaiah Abu Bakar.”5
4 Ibnu Mubarak, Zuhd wa Raqaiq mukasurat 208
5 Ibnu Asakir, Tarikh Madinah Dimasyq, mukasurat 222 jilid 24,
17
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Berdasarkan kenyataan Abdullah bin Mas’ud di atas, Umar al-Khattab
mempunyai kedudukan yang mulia sehingga Al-Quran turun bertepatan dengan
pandangan beliau. Beliau mencadangkan untuk dibunuh tawanan perang Badar bagi
menunjukkan keizzahan Islam namun sebahagian sahabat memberi pandangan untuk
memberi peluang kepada musuh bagi menebus tawanan tersebut. Nabi mengikut
pandangan sahabat yang mencadangkan untuk dijadikan tawanan sebagai tebusan.
Akhirnya, Allah menurunkan ayat al-Quran yang menyokong pandangan Umar.
Selain itu, Umar kerap kali menegur isteri Nabi untuk mengelakkan diri daripada
dilihat para sahabat yang lain. Umar amat mengharapkan turunnya ayat al-Quran yang
mengarahkan isteri Nabi berurusan dengan mereka yang lain di sebalik tabir. Akhirnya
turun ayat Al-Quran sesuai dengan keinginan Umar al-Khattab. Selain dua perkara di
atas, Umar juga didoakan khusus oleh Baginda Rasulullah dan beliau jugalah yang
mencadangkan Abu Bakar sebagai khalifah dan beliau orang yang pertama membai’ah
Abu Bakar sebagai khalifah. Inilah empat perkara yang dapat difahami daripada kalam
Abdullah bin Mas’ud di atas.
Nabi Muhammad ﷺsendiri mengangkat tinggi kedudukan Umar. Perkara ini
dalam dilihat dengan jelas daripada sabdaan Nabi yang diriwayatkan oleh Uqbah bin
Amir:
ﻣﺬيZ≈ ﺎ َن ُﻋ َﻤ ُﺮ ْﺑ ُﻦ اﻟ َﺨ ﱠﻄﺎ ِب رواە اﻟï1 ﻟ1 ƒ ﱞò ÷ِ ْﻌ ِﺪ ْي َﻧÕَ ﺎ َنî1 ﻟ ْﻮ1
Maksudnya : Kalaulah sekiranya ada Nabi selepasku maka sudah pasti Umar
orangnya.
Hadis riwayat Tirmizi
Gelaran Amirul Mukminin
Seperti yang kita maklum Abu Bakar digelar dengan nama Khalifah Rasulullah yang
membawa maksud pengganti Rasulullah. Apabila Abu Bakar meninggal dunia, Umar al-
Khattab yang menggantikan beliau. Oleh itu, Umar dipanggil dengan gelaran Khalifah
Khalifah Rasulullah yang membawa makna pengganti kepada pengganti Rasulullah.
Umar al-Khattab berkata, “Sesungguhnya Abu Bakar dipanggil, wahai Khalifah
Rasulullah. Dan aku pula dipanggil wahai Khalifah Khalifah Rasulullah. Gelaran ini
panjang. Kamu orang mukmin dan aku pula amir(ketua) kepada kamu.” Jadi disebabkan
inilah dipanggil khalifah kepada orang mukmin dengan gelaran Amirul Mukminin selepas
daripada itu.
18
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Peristiwa Pembunuhan Umar
Umar al-Khattab dibunuh di tangan seorang hamba kepada Mughirah bin Syu’bah.
Hamba tersebut bernama Abu Lu’luah. Pada mulanya Abu Lu’luah datang bertemu
Umar untuk mengadu kepada Umar tentang perbuatan tuannya yang memberi kerja
yang berat kepada dirinya. Umar pun menjawab:
َﻣ ْﻮَﻻ َكS1 أ ْﺣ ِﺴ ْﻦ ِإ1 َوTَ ا ﱠﺗ ِﻖ
Maksudnya : Bertakwalah kamu kepada Allah dan berbuatlah baik kepada tuanmu.
Lalu hamba tersebut merasa marah dan berkata:
ْيZn ْ3 ﻟ ُﻪ َﻏj ﻠ ُﻬ ْﻢ َﻋ ْﺪí îj َو ﱠﺳ َﻊ اﻟ َﻨﺎ َس
Maksudnya : Keadilannya dirasai oleh semua manusia kecuali aku.
Perasaan marahnya terhadap Umar membuak-buak sehingga beliau berdendam
dan mahu membunuh Umar. Walhal Umar sememangnya mahu untuk berjumpa
dengan Mughirah bin Syubah dengan tujuan meminta Mughirah untuk mengurangkan
beban kerja hambanya itu.
Jadi, hamba tersebut mempersiapkan senjata untuk membunuh Umar. Dia
menggunakan pisau belati yang telah disalut dengan racun. Kemudian dia menunggu-
nunggu peluang untuk membunuh Umar. Ketika solat subuh, dia datang mendekati
Umar sehingga dia dapat berdiri di belakang Umar sebelum daripada Umar mengangkat
takbiratul ihram.
Apabila Umar mengangkat takbiratul ihram, dia terus menikam Umar di
bahagian bahu dan juga pinggangnya. Dikatakan dia menikam Umar dengan enam kali
tusukan. Umar pun rebah. Lalu Abu Lu’luah juga menikam orang yang lain sewaktu
bergelut dengan mereka. 13 orang yang lain turut ditikam oleh Abu Lu’luah. 7
daripadanya meninggal dunia dan enam yang lain terselamat.
Ibnu Qutaibah berkata Umar ditikam pada Hari Isnin, empat hari sebelum
tamatnya bulan Zulhijjah. Selepas daripada tiga hari, Umar pun meninggal dunia pada
umur 63 tahun dan jasadnya ditanam berdekatan maqam Nabi Muhammad ﷺdan Abu
Bakar. Tempoh Umar menjadi khalifah ialah selama 10 tahun 6 bulan 5 hari.
19
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Uthman bin Affan
Saidina Uthman bin Affan berbangsa Arab Quraisy. Jalur keturunan beliau secara
terperinci ialah Uthman bin Affan bin Abi al-As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul
Manaf. Jadi keturunan Uthman bertemu dengan keturunan Baginda Rasulullah pada
Abdul Manaf. Baginda Rasulullah daripada keturunan Hasyim manakala Uthman pula
daripada keturunan Abdul Syams. Uthman juga digelar dengan nama Abu Abdillah
kerana beliau mempunyai anak yang bernama Abdullah.
Selain itu, Uthman digelar Dzu Nurain yang membawa maksud orang yang
mempunyai dua cahaya. Ini kerana beliau telah mengahwini dua orang anak perempuan
Baginda Rasulullah. Isteri pertama beliau ialah Ruqayah. Hasil perkahwinannya dengan
Ruqayah inilah lahirnya Abdullah. Selepas daripada Ruqayah meninggal dunia, beliau
berkahwin dengan Ummu Kulsum.
Kemudian selepas daripada itu Ummu Kulsum pula yang meninggal dunia
sehingga Rasulullah berkata kepada Uthman6:
ﻟ َﺰ ﱠو ْﺟ َﻨﺎ َك1 ﻟ َﻨﺎ َﺛﺎِﻟ َﺜ ًﺔ1 أ ﱠن1 ﻟ ْﻮ1
Maksudnya : Sekiranya kami mempunyai anak yang ketiga, kami akan
mengahwinkannya denganmu.
Ini jelas menunjukkan betapa kasihnya Rasulullah terhadap menantunya Uthman.
Bukan itu sahaja bahkah Rasulullah juga ada bersabda7:
ِﻣ ْﻨ ُﻬ ﱠﻦ َوا ِﺣ َﺪ ٌة,َ≈ øْ َﻻ َﻳƒ ْﻌ َﺪ َوا ِﺣ َﺪ ٍة َﺣ ≈ﱠÕَ ًﺘﺎ َز ﱠو ْﺟ ُﺖ ُﻋ ْﺜ َﻤﺎ َن َوا ِﺣ َﺪ ًةْ ِﺑ2َ4 3ْ ِﻌiأ ْ َر1 Sò ِ أ ﱠن1 ﻟ ْﻮ2
Maksudnya : Kalau sekiranya aku mempunyai empat puluh anak perempuan, aku akan
mengahwinkan seorang demi seorang dengan Uthman sehingga tidak terbaki seorang
pun.
Cuba kita bandingkan hubungan kita dengan bapa mertua kita. Bagaimana
perilaku kita dengan mereka? Adakah mereka sanggup mengahwinkan anak mereka
yang lain sekiranya isteri kita meninggal dunia? Pasti Uthman begitu menjaga
hubungannya dengan Rasulullah sehingga Baginda sanggup untuk mengahwinkan anak
perempuan Baginda dengan Uthman bin Affan.
6 Ibnu Athir, Asadu مGhabah mukasurat 826
7 Ibid mukasurat 826
20
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Uthman bin Affan merupakan di antara orang yang terawal memeluk Islam.
Keislaman Uthman berkat usaha dakwah Abu Bakar. Seperti yang telah dinyatakan
sebelum ini bahawa selepas Abu Bakar memeluk Islam beliau terus berdakwah
mengajak orang yang lain memeluk Islam. Selain Uthman ramai lagi yang memeluk Islam
hasil dakwah Abu Bakar.
Keluarga Pertama Berhijrah
Sewaktu umat Islam ditindas di Mekah, Baginda Rasulullah memberi cadangan kepada
para sahabat untuk berhijrah ke Habsyah. Ini kerana Habsyah dipimpin oleh seorang raja
yang adil. Rasulullah yakin bahawa umat Islam akan selamat di sana. Beberapa orang
sahabat menyahut baik cadangan Nabi.
Di antara mereka yang keluar berhijrah ialah Uthman bin Affan dan isterinya
Ruqayah binti Rasulullah. Mereka berdua keluarga yang pertama berhijrah di jalan Allah.
Jadi berkeluarga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak menjalankan gerak kerja
Islam. Contohilah Uthman dan isterinya yang sanggup keluar meninggalkan tanah
kelahiran semata-mata untuk memastikan kelangsungan dakwah Islam. Tidak lama
selepas itu, Uthman pun kembali ke Mekah dan seterusnya berhijrah ke Madinah.
Perantara Baginda di Hudaibiyah
Pada tahun keenam hijrah, Rasulullah bersama 1400 orang sahabat bertolak menuju ke
Mekah untuk menunaikan umrah. Tetapi apabila Rasulullah berada di Hudaibiyah,
Rasulullah dan para sahabat disekat oleh musyrikin Quraisy daripada memasuki tanah
haram Mekah. Oleh kerana inilah Rasulullah menghantar Uthman bin Affan untuk
berunding dengan pihak Quraisy.
Uthman bin Affan pun pergi bertemu Quraisy bersama dengan 10 orang sahabat
yang lain. Namun rundingan tersebut tidak membuahkan hasil. Musyrikin Quraisy tetap
tidak membenarkan Baginda dan para sahabat memasuki Mekah pada tahun tersebut.
Lalu Uthman ditangkap oleh mereka sehingga tersebar berita bahawa Uthman telah
dibunuh.
21
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Sewaktu berita tersebut sampai ke telinga Baginda Rasulullah ﷺ, Rasulullah
berkata:8
ُﻧ َﻨﺎ ِﺟ َﺰ ُﻫ ْﻢ اﻟ َﺤ ْﺮ َبƒ ُح َﺣ ≈ﱠZَ ْ÷ َﻻ َﻧ
Maksudnya : Kita tidak akan berganjak daripada sini sehingga kita berperang dengan
mereka.
Rasulullah pun menyeru para sahabat yang lain berbaiah untuk berperang
sehingga titisan darah yang terakhir di bawah satu pokok yang diberi nama Syajaratul
Ridhwan. Ini membuatkan golongan musyrikin Quraisy ketakutan. Akhirnya mereka
menghantar kembali Uthman bin Affan dan termeterailah perjanjian Hudaibiyah di
antara umat Islam dan musyrikin Mekah.
Terbunuhnya Khalifah Dalam Keadaan Berpuasa
Uthman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah selepas Umar bin al-Khattab meninggal
dunia akibat kesan tikaman Abu Lu’luah. Sebelum Umar meninggal dunia, beliau tidak
memilih calon penggantinya sepertimana yang dilakukan oleh Abu Bakar. Tetapi dia
menyerahkan urusan perlantikan khalifah kepada enam orang sahabat Rasulullah yang
lain. Mereka ialah Uthman, Zubair, Talhah bin Ubaidillah, Sa’ad bin Waqqas, dan
Abdurrahman bin Auf. Jadi enam orang ini perlu berbincang sesama mereka bagi
menentukan siapakah dalam kalangan mereka yang akan menggantikan Umar. Akhirnya
Uthman bin Affan menjadi pilihan. Uthman bin Affan pun diba’iah menjadi khalifah
selepas 3 hari Umar al-Khattab selamat dikebumikan. Peristiwa Uthman bin Affan
dibai’ah tersebut berlaku pada Hari Sabtu awal bulan Muharram tahun 24 Hijrah.
Selepas berlalu 11 tahun daripada peristiwa pembunuhan Umar, Uthman pula
mati dibunuh. Jadi mereka berdua telah syahid semasa menjadi khalifah. Sebenarnya
perkara tersebut telah disebut oleh Baginda Rasulullah. Suatu ketika Baginda Rasulullah
mendaki bukit Uhud dengan Abu Bakar, Uthman dan Umar. Tiba-tiba bukit Uhud
bergoncang lalu Rasulullah pun bersabda:
ﺨﺎريø َﺪا ِن رواە اﻟQْ َو ِﺻ ﱢﺪ ْﻳ ٌﻖ و َﺷ ِﻬƒ ﱞò ÷ِ َﻚ َﻧQْ ﻠ1 أ ُﺣ ٌﺪ َﻓِﺈ ﱠﻧ َﻤﺎ َﻋj ْﺖHِ أ ْﺛ1
Maksudnya : Diamlah wahai Uhud, di atas kamu adalah seorang Nabi, siddiq dan juga
dua orang syahid. Hadis riwayat Bukhari
8 Muhammad Khudhori, Nurul Yakin mukasurat 139
22
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Jadi berdasarkan hadis tersebut, Nabi sudah tahu bahawasanya Umar dan
Uthman akan dibunuh. Oleh kerana inilah Nabi memanggil mereka berdua dengan
gelaran syahid.
Beliau dibunuh selepas dikepung beberapa hari oleh kumpulan pemberontak.
Pemberontak tersebut terdiri daripada penduduk Mesir,Basrah dan sebahagian
penduduk Madinah. Mereka mahu Uthman meletakkan jawatan. Akhirnya mereka pun
membunuh Uthman bin Affan.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abi Sa’id bahawa Uthman berkata
ketika hari beliau dibunuh:
ﻠ َﺔ1 Õِ َﻓِﺈ ﱠﻧ َﻚ ُﺗ ْﻔ ِﻄ ُﺮ ِﻋ ْﻨ َﺪ َﻧﺎ اﻟ َﻘﺎZْ ÷ِ ا ْﺻ: Sò ِ ﻟﻮاj َو َﻗﺎ،ﺮ َو ُﻋ َﻤ َﺮœ ŒC Õَ ﺎÕأ1 ُﺖºْ رأ1 َ اﻟ َﻤ َﻨﺎ ِم َوóò 4 ِ ر َﺣ َﺔn ﺎøَ اﻟTِ ُﺖ َر ُﺳ ْﻮ َلºْ رأ1 َ ∫ò 4ِإ ﱢ
Maksudnya : Sesungguhnya malam kelmarin aku bermimpi bertemu Rasulullah, Abu
Bakar dan Umar. Mereka berkata kepadaku, “Sabarlah, kamu akan berbuka dengan
kami pada keesokan hari”.
Uthman pun meminta al-Quran untuk dibaca. Ketika dibunuh beliau mati dalam
keadaan berpuasa dan al-Quran berada di hadapannya. Umurnya pada ketika itu ialah
82 tahun.
23
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Ali bin Abi Talib
Saidina Ali bin Abi Talib merupakan sepupu Rasulullah ﷺ. Ini kerana ayah beliau
Abu Talib merupakan bapa saudara Nabi Muhammad ﷺ. Nama penuh beliau ialah Ali
bin Abi Talib bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin
Murrah bin Kaab bin Luay. Jadi beliau juga merupakan arab keturunan Quraisy . Ali juga
digelar dengan Abu Hasan kerana beliau mempunyai anak yang bernama Hasan.
Kisah Ali Memeluk Islam
Sehari selepas Saidatina Khadijah memeluk Islam, Ali ternampak Khadijah sedang solat
dengan Baginda Rasulullah. Ali pun terus bertanya Rasulullah, “Wahai Muhammad,
apakah ini?” Rasulullah terus menjawab,
ﺎﻟ َﻼ َت واﻟ ُﻌ ﱠﺰىÕِ † َﻔ َﺮ1 ﺎ َد ِﺗ ِﻪ َوøَ ِﻋS1 ˘ِ َوTِ S1 ﺄ ْد ُﻋ ْﻮ َك ِإ1 ﻠ ُﻪ َﻓ1 ِﻪ ُر ُﺳÕِ َﻌ َﺚiَ ِﻟ َﻨ ْﻔ ِﺴ ِﻪ َو,َ4 اﻟ ِﺬي ا ْﺻ َﻄTِ ِد ْﻳ ُﻦ
Maksudnya : Ini adalah agama Allah yang telah Dia tetapkan untuk-Nya dan
mengutuskan para rasul kerananya. Jadi aku menyeru kamu kepada Allah, perhambaan
kepada-Nya dan mengingkari al-Latta wa Uzza.
Lalu Ali pun berkata kepada Baginda, “Perkara ini tidak pernah aku dengari
sebelum ini. Aku tidak boleh membuat keputusan sehingga aku ceritakan terlebih
dahulu kepada Abu Talib.”
Nabi Muhammad melarang Ali untuk memberitahu sesiapa dan berpesan
kepadanya untuk merahsiakannya walaupun dia tidak mahu beriman. Pada malam
tersebut perkara tersebut bermain di benak fikiran Ali sehingga akhirnya Allah telah
menggerakkan hatinya untuk menerima Islam.
Bila tiba waktu pagi, beliau terus bergegas berjumpa Rasulullah dan terus
beriman kepada Allah. Pada waktu tersebut Ali hanya berumur 10 tahun tetapi beliau
mempunyai pandangan yang tajam dan yakin apa yang diseru oleh Baginda Rasulullah
ialah perkara yang benar.
24
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Saudara Taakhi Rasulullah
Taakhi membawa makna perbuatan mempersaudarakan antara sesama muslim. Jika
kita telusuri sirah Rasulullah ﷺ, kita akan mendapati Rasulullah mempersaudarakan
sesama muslim sebanyak dua kali. Kali pertama sewaktu di Mekah, Nabi
mempersaudarakan sesama golongan Muhajirin. Kali yang kedua pula ketika Baginda
sampai di Madinah. Kali ini Nabi mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar .
Tujuan ‘taakhi’ ialah untuk mendidik para sahabat saling bantu membantu sesama
mereka. Segala penderitaan saudaranya seharusnya menjadikan dirinya resah gelisah
dan apabila saudaranya gembira pasti seorang lagi akan turut bergembira. Nabi
Muhammad menjadikan Ali bin Talib sebagai saudara ‘taakhi’ Baginda semasa masih
berada di Mekah dan setelah berhijrah ke Madinah. Rasulullah berkata kepada Ali:
ﺎ َواﻵ ِﺧ َﺮةøَ اﻟ ُﺪ ْﻧóò 4 ِ 1ò 4ِ أ1 أ ْﻧ َﺖ1
Maksudnya : Kamulah saudaraku dunia dan akhirat.
Hal ini tidak lain dan tidak bukan ianya menunjukkan hubungan yang rapat
antara Baginda Rasulullah dengan Ali bin Abi Talib. Perkara ini bukanlah sesuatu yang
ganjil kerana sebelum Baginda dilantik menjadi Nabi lagi, Ali sudah tinggal serumah
dengan Baginda Rasulullah. Beliau mendapat didikan terus oleh Baginda. Ini kerana
ayahnya iaitu Abu Talib bukan orang yang berada. Jadi bagi membalas perbuatan baik
Abu Talib yang telah menjaga Baginda sewaktu kecil, Rasulullah pun mengambil tugas
mendidik dan menjaga Ali.
Berkorban Diri Buat Baginda
Sewaktu Nabi Muhammad ﷺdiizinkan Allah untuk keluar berhijrah. Nabi menyuruh Ali
bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidur Baginda. Nabi juga meminta Ali untuk jadikan
kain rida Baginda yang berwarna hijau sebagai selimut. Sekumpulan pemuda yang mahu
membunuh Nabi pada malam tersebut menyangka bahawa Baginda Rasulullah tidur di
tempat tidurnya bukannya Ali. Apabila tiba waktu pagi barulah mereka sedar bahawa
sebenarnya Ali yang tidur di tempat Baginda pada malam tersebut. Ali sanggup
meletakkan dirinya dalam bahaya demi Rasulullah.
Di dalam kitab Asadul Ghabah karya Ibnu Athir, kisah ini diceritakan dengan lebih
terperinci. Rasulullah berkata kepada Ali pada malam tersebut:9
9 Ibnu Athir, Asadul Ghabah mukasurat 877
25
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
S ﺗﻌﺎTُ ُﺮ ْو ٌە ِإ ْن َﺷﺎ َءŒC َﻚ ِﻣ ْﻨ ُﻬ ْﻢ َﻣQْ ﻟ1 ْﺨ ِﻠ ُﺺ ِإºُ َﻓِﺈ ﱠﻧ ُﻪ َﻻhn َ4 ا َﻷ ْﺣ8ْ ò hِ َ ْ4 ِد ْي اﻟ َﺤZْ ُ÷ ِﺸ ْﺢ ِﺑ6ا ﱠ
Maksudnya : Pakailah kain rida yaman yang berwarna hijau milikku. Dengan izin Allah
tidak akan menimpa kepada kamu perkara yang tidak diingini.
Ali pun melakukan apa yang diarahkan oleh Baginda. Allah pun mewahyukan
kepada Malaikat Jibril dan Mikail bahawa Allah telah mempersaudarakan di antara Jibril
dan Mikail dan menjadikan umur salah seorang daripada mereka berdua lebih panjang
daripada seorang lagi. Lalu Allah bertanya, “Siapakah di antara kamu berdua yang
sanggup untuk mengorbankan waktu hidupnya kepada saudaranya?” Tetapi kedua
malaikat tersebut masing-masing menginginkan untuk hidup lebih lama. Lalu Allah
menyebut, “Kenapa kamu berdua tidak menjadi seperti Ali bin Abi Talib? Aku telah
mempersaudarakan dirinya dengan Nabi Muhammad dan dia sanggup untuk tidur
menggantikan Muhammad dan menggadaikan nyawanya. Turunlah kamu berdua ke
bumi dan jagalah dia daripada musuh.” Dua malaikat tersebut turun ke bumi untuk
menjaga Ali pada malam tersebut. Jibril di bahagian kepala dan Mikail di bahagian kedua
kakinya. Jibril berkata, “Beruntunglah orang seumpama engkau wahai Ali. Allah
berbangga dengan orang seumpamamu di hadapan malaikat”. Kemudian sewaktu Nabi
Muhammad menuju ke Madinah , Allah Taala pun menurunkan ayat yang berbunyi:
﴾٢٠٧ :ﻘﺮةøﺎ ِد ﴿اﻟøَ ﻟ ِﻌC ﺎÕِ َرُءو ٌفöُ í َواöِ í ي َﻧ ْﻔ َﺴ ُﻪ ا ْﺑ ِﺘ َﻐﺎ َء َﻣ ْﺮ َﺿﺎ ِت اIn ْJ :َ س َﻣﻦn َو ِﻣ َﻦ اﻟ ﱠﻨﺎ
Mafhumnya : Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari
keredaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan kepada hamba-hamba-
Nya.
(al-Baqarah : 217)
Nabi memberikan tugas kepada Ali bin Abi Talib untuk menyerahkan barangan
yang telah diamanahkan kepada Nabi untuk dijaga. Selain itu Ali bertanggungjawab
menunaikan hak penduduk Mekah dengan Nabi yang belum selesai. Jadi selepas
daripada menunaikan segala amanah tersebut, Ali pun berangkat ke Madinah. Oleh
sebab itulah beliau diantara orang yang terakhir berhijrah ke Madinah dalam kalangan
penduduk Mekah.
Kelebihan Ali bin Abi Talib
Ali bin Abi Talib mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah kelebihannya dari sudut
keilmuan. Rasulullah sendiri mengakui keilmuan Ali. Dalam sebuah hadis, Rasulullah
bersabda:
26
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
ﻣﺴﺘﺪرﻛﻪóò 4 ﺎ َب رواە اﻟﺤﺎ(ﻢøَ ﺄ ِت اﻟC Qَ ﻠC ﻠ َﻢ َﻓC أ َرا َد اﻟ ِﻌ1 ﺎ ُﺑ َﻬﺎ َﻓ َﻤ ْﻦÕَ = ﱞò ِ ﻠ ِﻢ َو َﻋC أ َﻧﺎ َﻣ ِﺪ ْﻳ َﻨ ُﺔ اﻟ ِﻌ1
Maksudnya : Aku merupakan kota ilmu manakala Ali merupakan pintunya maka sesiapa
yang menginginkan ilmu datangilah pintunya.
Hadis riwayat Hakim di dalam kitab Mustadrak
Ibnu Abbas antara sahabat yang mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang agama. Beliau pernah didoakan oleh Baginda agar diberikan kefahaman dalam
agama. Walaupun begitu, Abdullah bin Abbas mengakui kealiman Ali bin Abi Talib.
Beliau berkata:10
Wn ِJ اﻟ َﻌﺎIn ْJ اﻟ ُﻌóò 4 ِ † ُﻬ ْﻢ1 َﺷﺎ َرTِ ُﻢºْ أ1ﻠ ِﻢ َوC ر اﻟ ِﻌn أ ْﻋ َﺸﺎ1 ْﺴ َﻌ ُﺔ6ِ = ﱞò ِ َ; َﻋò ِ أ ْﻋj ﻟ َﻘ ْﺪ1
Maksudnya : Sesungguhnya Ali dikurniakan sembilan persepuluh daripada ilmu. Demi
Allah, beliau hanya berkongsi satu persepuluh ilmunya dengan manusia.
Selain itu, Ali bin Abi Talib mempunyai kekuatan yang luar biasa. Perkara ini
boleh dilihat sewaktu peperangan Khaibar. Peperangan Khaibar ialah peperangan di
antara tentera muslimin dengan golongan Yahudi. Golongan Yahudi Khaibar masyhur
dengan benteng pertahanan mereka yang sukar ditembusi. Pelbagai cara dilakukan
untuk menerobos ke dalam kubu mereka namun segalanya berakhir dengan kegagalan.
Rasulullah pun meminta Ali bin Talib untuk mengetuai serangan. Pada awalnya,
Ali merasa tidak layak kerana pada ketika itu mata beliau sakit. Lalu Rasulullah menyapu
mata beliau dengan air liur Baginda. Serta merta mata beliau pulih. Beliau pun
menyatakan kesanggupan untuk memimpin bala tentera. Pada keesokan hari, beliau
memulakan serangan. Disebut di dalam kitab Sirah Nabawiyyah karangan Syeikh Ahmad
Zaini Dahlan bahawa Ali telah mencabut pintu gerbang hanya dengan menggunakan
tangan beliau. Tahukah anda sebesar manakah pintu gerbang kubu Yahudi tersebut?
Tingginya sahaja mencecah 80 jengkal!
Jika kebiasaan pintu rumah zaman sekarang panjangnya dalam lingkungan 12
jengkal, cuba bayangkan sebesar manakah pintu yang dicabut oleh Ali bin Abi Talib.
Beliau bukan sahaja cabut pintu gerbang tersebut bahkan beliau jadikan ia sebagai
perisai sewaktu berlawan dengan tentera Yahudi. Sahabat Nabi bernama Jabir
menggambarkan beratnya pintu yang dijadikan perisai oleh Ali bin Abi Talib dengan
katanya:
ُﻌ ْﻮ َن َر ُﺟ ٌﻼiأ ْ َر1 ﻠ ُﻪC ْﺤ ِﻤºَ ﻠ ْﻢ1 ْﻌ َﺪ َذِﻟ َﻚ َﻓÕَ َوِ˘ ﱠﻧ ُﻪ ُﺟ ﱢﺮ َبZَ÷ ﺎ َب َﻳ ْﻮ َم َﺧ ْﻴÕَ َﻋ ْﻨ ُﻪ َﺣ ِﻤ َﻞTُ =َ ò 4ِ ﺎ َرQ< ِإ ﱠن َﻋ ِﻠ
10 Ibnu Athir, Asadul Ghabah mukasurat 875
27
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Maksudnya : Ketika peperangan Khaibar, sesungguhnya Ali telah mengangkat sebuah
pintu. Selepas itu pintu itu cuba diangkat oleh 40 orang lelaki namun tidak berjaya
Disamping itu, Rasulullah juga menjadikan Ali bin Abi Talib sebagai tanda aras
seseorang itu munafik atau tidak. Tanda aras tersebut ialah sesiapa yang membenci Ali
maka dia tergolong dalam kalangan orang munafik. Rasulullah berkata kepada Ali dalam
sebuah hadis:
ﻣﺬيZ≈ ِﻐ ُﻀ َﻚ ِإ ﱠﻻ ُﻣ َﻨﺎ ِﻓ ٌﻖ رواە اﻟøْ َﻚ ِإ ﱠﻻ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ َوَﻻ ُﻳø ِﺤ ﱡºُ َﻻ
Maksudnya : Tidak mencintai kamu kecuali mukmin dan tidak membenci kamu kecuali
orang munafik.
Hadis riwayat Tirmizi
Dilantik Menjadi Khalifah
Ali bin Abi Talib merupakan khalifah yang keempat dilantik selepas Baginda Rasulullah
meninggal. Beliau merupakan salah seorang daripada khalifah yang dipuji oleh Baginda.
Perkara tersebut berdasarkan pertanyaan yang ditujukan kepada Baginda tentang
siapakah yang bakal dilantik menjadi pemimpin selepas Baginda.
Rasulullah ﷺmenjawab :
ﻟ ْﻮ َﻣ َﺔ1 Tِ ﺪóòﻤ4 ِ و َاﺨەﺎأ ُفﺣºَﺎ َﻢ َﻻرQْأﺴِ َﻣﺘ ِْﻴﻘًﻨ1ْ ﻤﺎ⁄ُ<ıﻟn اْ َوەط َﻗاhَﻤْ َﻢﺮاَﺗﻟ ِ ﱢﺠ ُ َﺪ0j ﻋÕُِ ﺄﻣ ُ ُﺮﺧ ُواﺬCﱢºُﺗﺎ َ َﺆº< ﺮِﺎة ََﻣوِْ˘ﻬ ِْنﺪºً َ ُەا َﻵﻫ ِﺎ ِﺧدóْوò 4ﺠﺎُ ِﺪøً ِرا َﺗِﻏ2َ َ4 3ﻠ ْﺎQَِﻢاﻟَﻓُﺎﺪ ِْﻧﻋóْ (òj4 ِﺪأ َارا1 ً ﺎﺎ َ َزاوَِﻫﻻQ<اأ ِﻣَ ْﻋﻴِﻠًﻨ1 ˘ﺮ ْ َنﺗ ُِﺗﺠَ ُﺆ ﱢﺪﻣ ُوﺮەوœ ِوŒَC Õﺋﺎٍ َﻢÕَِأَﻻ1 ِإ ْن ُﺗ َﺆ ﱢﻣ ُﺮ ْوا
Maksudnya : Kalau kamu melantik Abu Bakar, kamu akan mendapati beliau seorang
yang amanah, zuhud terhadap dunia dan cintakan akhirat. Kalau kamu melantik Umar,
kamu akan mendapati beliau seorang yang kuat, amanah dan tidak takut kepada
sesiapapun jika apa yang dilakukan itu kerana Allah. Jika kamu melantik Ali , kamu akan
dapati beliau seorang yang diberi petunjuk membawa kamu ke jalan yang benar namun
aku rasa kamu semua tidak akan melantiknya.
Hadis riwayat Ahmad
Di dalam hadis ini apabila Rasulullah ditanya tentang siapakah yang bakal
menggantikan Baginda, Rasulullah tidak menyebut secara jelas pengganti Baginda
bahkan seolah-olah memberi cadangan kepada para sahabat. Beliau menyebut
kelebihan Abu Bakar, Umar dan Ali. Jika kita perhatikan apabila Rasulullah menyebut
kelebihan Ali bin Abi Talib, Baginda mengatakan bahawa Baginda merasakan Ali bin Abi
28
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Talib tidak akan menjadi pemimpin selepas kemangkatannya. Ini seolah-olah memberi
isyarat bahawa Ali bin Abi Talib tidak akan menjadi khalifah kecuali selepas Abu Bakar
dan Umar dilantik menjadi khalifah. Walaubagaimanapun, hadis ini jelas menunjukkan
bahawa Ali merupakan antara sahabat yang Nabi cadangkan untuk menjadi khalifah
selepas Baginda.
Ali bin Abi Talib dibaiah menjadi khalifah kepada umat Islam pada tahun 35
Hijrah berikutan pembunuhan Uthman bin Affan. Ya, Uthman bin Affan juga mati
dibunuh seperti Umar bin al-Khattab. Ini menandakan fitnah wujud sejak zaman para
sahabat lagi. Mereka para sahabat syahid sewaktu melaksanakan amanah memimpin
umat. Moga-moga Allah memberikan mereka sebaik-baik ganjaran.
Ibnu Muljam Pembunuh Ali bin Abi Talib
Ketika pemerintahan Ali bin Abi Talib, muncul golongan Khawarij. Golongan ini
merupakan golongan pemberontak yang sentiasa menimbulkan huru-hara dalam
sejarah tamadun Islam. Disebabkan tindakan Ali bin Talib memerangi golongan ini,
mereka bertindak ganas dengan merancang pembunuhan Ali bin Abi Talib.
Abdurrahman bin Muljam ialah pembunuh Ali bin Abi Talib. Kisahnya bermula
dengan kedatangan beliau ke Kufah untuk menziarahi sahabatnya yang lain dalam
kalangan Khawarij. Suatu hari, beliau menziarahi kabilah Taym ar-Rabab dan terlihat
seorang perempuan kabilah tersebut yang bernama Qutam binti Syajnah. Ibnu Muljam
jatuh hati terhadap perempuan tersebut dan berazam untuk berkahwin dengannya.
Namun perempuan tersebut memberi syarat kepada Ibnu Muljam jika dia bersungguh-
sungguh ingin mengahwininya. Apakah syaratnya?
Syaratnya ialah wang berjumlah 3000 dirham dan pembunuhan Ali bin Talib. Ini
kerana ayah dan saudara kepada perempuan tersebut telah terbunuh dalam
peperangan di Nahrawan sewaktu menentang Ali bin Talib. Tanpa berfikir panjang Ibnu
Muljam pun bersetuju kerana dia sememangnya datang ke Kufah bertujuan untuk
membunuh Ali.
Akhirnya ketika Ali bin Abi Talib dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan
solat subuh, Ibnu Muljam menikam Ali dengan pisaunya yang disalut dengan racun. Dia
melakukan perbuatan tersebut bersama temannya yang bernama Syabib bin Bajrah.
Namun temannya tersebut sempat melarikan diri. Hanya Ibnu Muljam yang sempat
ditangkap.
29
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Beberapa hari selepas ditikam, akhirnya Ali menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Kematian beliau pada bulan Ramadhan tahun 40 Hijrah. Selepas Ali meningggal
dunia, Ibnu Muljam pun dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum mati di atas
perbuatannya.
30
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Talhah bin Ubadillah
Saidina Talhah bin Ubaidillah merupakan sahabat Rasulullah yang berbangsa
Quraisy. Beliau antara orang yang terawal memeluk Islam. Selain itu, beliau merupakan
peniaga yang berjaya. Kisah keislaman beliau bermula sewaktu beliau pergi berniaga ke
Syam. Di sana terdapat peniaga yang datang dari pelbagai daerah.
Suatu hari semasa beliau berniaga di pasar Busra,Syam. Tiba-tiba datang seorang
paderi ke pasar tersebut. Paderi tersebut bertanya adakah di pasar tersebut terdapat
peniaga yang berasal dari Mekah. Lantas Talhah menjawab pertanyaan paderi tersebut
dengan mengakui bahawa beliau berasal dari Mekah.
Paderi itu pun berkata bahawa di tanah haram Mekah akan dibangkitkan
seorang Nabi yang terakhir dan menasihati Talhah untuk segera beriman kepada Nabi
tersebut. Kata-kata paderi itu membuatkan Talhah bergegas pulang ke Mekah dan
meninggalkan kafilah perniagaan di Syam. Apabila sampai di kota Mekah, beliau terus
bertanya ahli keluarganya adakah berlaku apa-apa di Mekah sepanjang beliau berada di
Syam. Ahli keluarganya mengiyakan Talhah dan mengatakan bahawa Muhammad telah
mendakwa dirinya Nabi dan Abu Bakar telah menjadi pengikutnya.
Talhah sangat mengenali Abu Bakar kerana Abu Bakar juga seorang peniaga.
Selain itu, Abu Bakar juga orang yang amat arif tentang sejarah Quraisy dan juga ilmu
berkenaan nasab keturunan. Tanpa melengahkan waktu, Talhah terus pergi berjumpa
Abu Bakar untuk bertanya lebih lanjut tentang Nabi Muhammad. Abu Bakar mengambil
peluang tersebut untuk mengajak Talhah memeluk Islam lalu Talhah pun menceritakan
apa yang berlaku di Syam.
Apabila Abu Bakar mendengar kisah tersebut, beliau mengajak Talhah untuk
bertemu Baginda Rasulullah serta menceritakannya kepada Baginda. Rasulullah
gembira mendengar apa yang diceritakan Talhah dan akhirnya Talhah memeluk Islam di
hadapan Baginda Rasulullah ﷺ.
Diseksa Kerana Islam
Naufal bin Khuwailid seorang musyrikin Quraisy yang amat digeruni di dalam kalangan
penduduk Mekah. Dia digelar sebagai “Singa Quraisy”.Selepas mendengar berita
keislaman Talhah, dia mengikat Talhah bersama Abu Bakar kemudian membiarkan
31
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
orang bodoh dalam kalangan penduduk Mekah menganiayai mereka berdua dalam
keadaan mereka terikat tidak mampu berbuat apa-apa.
Bukan itu sahaja bahkan ibunya sendiri menganiayai Talhah apabila mendapat
tahu anaknya telah memeluk Islam. Ibunya tersebut bernama So’bah binti Hadrami. Ibu
Talhah menginginkan anaknya menjadi pemimpin kaumnya kerana Talhah mempunyai
keperibadian yang mulia namun apabila Talhah memeluk Islam segalanya berubah.
Pada suatu hari, Talhah diikat dan dipukul di kepala sambil berjalan antara bukit
Sofa dan Marwah. Ibunya pada ketika itu berada di belakangnya sambil menghina dan
mengeji dirinya. Inilah pengorbanan yang terpaksa Talhah hadapi pada permulaan Islam.
Ibu sendiri tidak menyokong keislamannya bahkan mengeji dan menghina.
Uhud Saksi Keimanan
Pasti ramai dalam kalangan kita sudah mengetahui peristiwa peperangan Uhud.
Tahukah kita bahawa antara sahabat yang bermati-matian melindungi Rasulullah ﷺ
dalam peperangan tersebut ialah Talhah bin Ubaidillah. Sewaktu barisan tentera
muslimin berada dalam keadaan huru-hara, Talhah yang melindungi Nabi Muhammad
ﷺdaripada terkena serangan musuh. Sewaktu Rasulullah mendaki sebuah bukit di
medan peperangan Uhud, satu demi satu sahabat Nabi terbunuh demi
mempertahankan jasad Nabi yang mulia. Talhah juga termasuk daripada salah seorang
yang mempertahankan Baginda pada ketika itu. Beliau terus menerus berlawan dengan
musyrikin yang cuba menyerang batang tubuh Nabi.
Di dalam peperangan Uhud, Tubuh mengalami kecederaan yang amat parah.
Terdapat lebih 70 kesan luka di badannya. Luka tersebut akibat daripada tusukan
lembing dan panahan daripada anak panah. Tangannya terputus sehingga akhirnya
beliau pengsan terjatuh di dalam sebuah lubang.
Disebabkan pengorbanan inilah Abu Bakar berkata:11
ﻠ َﺤ َﺔC ?ﻠ ُﻪ ِﻟ َﻄîj َذِﻟ َﻚ َﻳ ْﻮ ٌم
Maksudnya : Hari peperangan Uhud kesemuanya bagi Talhah
Di dalam peperangan ini juga, Talhah merebahkan badannya untuk membantu Baginda
naik ke sebuah batu besar sehingga Rasullah berkata:
11 Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sahabah mukasurat 472 jilid 1
32
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
ﻣﺬيZ≈ ﻠ َﺤ َﺔ رواە اﻟC أ ْو َﺟ َﺐ َﻃ1
Maksudnya : Wajib (Syurga) bagi Talhah.
Hadis riwayat Tirmizi
Ini merupakan penyaksian daripada Baginda Rasulullah ﷺsendiri bahawa Talhah
akan digolongkan bersama ahli syurga. Beliau sememangnya layak mendapat
penghargaan tersebut disebabkan kesanggupannya menggadaikan nyawa demi
Rasulullah ﷺ. Moga-moga kita juga dapat mencontohi perjuangan beliau.
Talhah al-Khair
‘Talhah al-Khair’ merupakan salah satu gelaran kepada Talhah bin Ubaidillah. Ini kerana
beliau terkenal dengan sikapnya yang amat pemurah. Seperti yang kita sebut tadi
bahawa Talhah juga merupakan peniaga yang berjaya.
Suatu hari Talhah mendapat untung daripada perniagaan di Hadramaut
sebanyak 700,000 Dirham. Disebabkan itu beliau merasa resah gelisah dan kesedihan.
Isterinya Ummu Kulsum binti Abu Bakar as-Siddiq menyedari perubahan yang berlaku
pada diri suaminya. Apabila Talhah menceritakan sebab beliau merasa tidak tenang lalu
isterinya pun berkata kepada beliau, “Di manakah kamu pada ketika kaum dan
sahabatmu dalam keadaan memerlukan?! Pada waktu keesokan hari bahagikanlah harta
tersebut kepada mereka”.
Kata-kata isteri Talhah tersebut membuatkan beliau memujinya. Beliau berkata:
ُﺖ ُﻣ َﻮ ﱠﻓ ٍﻖْ ِإ ﱠﻧ ِﻚ ُﻣ َﻮ ﱠﻓ َﻘ ٌﺔ ِﺑ،Tُ َر ِﺣ َﻤ ِﻚ
Maksudnya : Moga-moga Allah merahmatimu. Sesungguhnya kamu perempuan yang
diberi taufiq anak kepada lelaki yang diberi taufiq.
Pada keesokan hari, Talhah pun membahagi-bahagikan harta tersebut kepada
mereka yang memerlukan. Inilah keluarga yang diberkati Allah. Bukan sahaja suami yang
bertakwa bahkan isteri juga seorang yang sentiasa mendorong suaminya dalam perkara
kebaikan.
33
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Perang Jamal Medan Kematian Talhah
Perang Jamal merupakan salah satu peperangan yang berlaku dalam kalangan sahabat.
Peperangan ini berlaku sewaktu Ali bin Talib menjawat jawatan sebagai khalifah.
Peristiwa tersebut berlaku disebabkan rasa tidak puas hati sebahagian sahabat dengan
cara pemerintahan Ali bin Abi Talib. Aisyah binti Abu Bakar, Zubair bin Awwam dan
Talhah bin Ubaidillah antara sahabat yang menyertai peperangan ini untuk melawan
pihak kumpulan Ali bin Abi Talib. Akhirnya, peperangan ini dimenangi oleh Ali bin Talib
dan beliau memaafkan semua orang yang berperang melawan beliau ketika itu.
Peristiwa inilah yang menyebabkan kematian Talhah bin Ubaidillah. Sebab
kematian Talhah ialah terkena serangan anak panah yang dilepaskan oleh Marwan bin
Hakam sewaktu peperangan . Anak panah tersebut mengenai bahagian lutut Talhah
sehingga darah tidak berhenti daripada terus mengalir. Akhirnya, Talhah pun meninggal
dunia. Pada ketika itu Talhah berusia 60 tahun dan perang Jamal ini berlaku pada 10
Jamadil Akhir tahun 36 Hijrah.
34
Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru
Bibliografi
Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sahabah, Mesir, Darul Adab Islami, 2015.
Abdullah bin al-Mubarak, Zuhd wa Raqaiq, Lubnan, Darul Kutub Ilmiah.
Ali bin Hasan bin Hibatillah bin Asakir, Tarikh Madinah Dimasq, Lubnan, Dar Kutub
Ilmiah, 2012.
Ali bin Muhammad al-Jazari Ibnu Athir, Asadul Ghabah fi Ma’rifati Sahabah, Lubnan, Dar
Ibnu Hazm, 2012.
Muhammad Khudhori Bik, Nurul Yakin fi Sirah Sayyidil Mursalin, Lubnan, Dar Sadir,2005.
Ingin terus membantu
pihak kami menjayakan proses penyelenggaraan
bangunan SMITI Tahfiz Tok Guru bagi menyediakan
ruang pendidikan yang sempurna dan selesa kepada
anak-anak tahfiz kita?
Klik butang di bawah untuk menyumbang
https://bit.ly/danasmiti
atau
Anda juga boleh menyumbang secara manual ke
akaun bank SMITI Tahfiz Tok Guru
5530 1064 2856
PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU
sumbangan” Reference”