The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga-Siri 02

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HADIJAH BINTI ABD WAHAB Moe, 2020-12-22 08:38:50

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga-Siri 02

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga-Siri 02

Siri

02

SaInhspAirbasai T
JAMINAN SYURGA
KHAIRUL FARIS BIN ABDUL AZIZ

HAK CIPTA SMITI TAHFIZ TOK GURU

Khas untuk bacaan penyumbang
sahaja

Tidak dibenarkan berkongsi

Tidak dibenarkan mengeluar ulang

Penulis

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Calon Ijazah Sarjana Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Pembaca Pruf

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Reka Bentuk

Alfateh Art®, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Terbitan

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

ISI KANDUNGAN
Zubair bin Awwam …………………………………………………………………….2
Abdurrahman bin Auf ……………………………………………………………….6
Saad bin Abi Waqqas ………………………………………………………………10
Abu Ubaidah al-Jarrah ……………………………………………………………..14
Sa’id bin Zaid …………………………………………………………………………..18

1

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Zubair Bin Awwam

Nasab keturunan Saidina Zubair bin Awwam sebelah ayahnya bertemu dengan
Baginda Rasulullah pada moyang mereka Qusai bin Kilab. Ibunya bernama Sofiah binti
Abdul Muttalib pula merupakan ibu saudara Baginda Rasulullah. Jadi, Zubair mempunyai
hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Beliau dilahirkan 15
tahun sebelum Baginda Rasulullah dilantik menjadi Nabi. Oleh itu, beza umur beliau
dengan Baginda Rasulullah adalah sebanyak 25 tahun kerana Rasulullah ‫ ﷺ‬dilantik
ketika umur 40 tahun.

Zubair telah kehilangan ayahnya sebelum daripada dilahirkan. Ayahnya terbunuh
dalam medan peperangan. Jadi, ibunya Sofiah yang membesarkannya sejak daripada
kecil. Ibunya agak kasar dalam mendidiknya tetapi hasil didikan ibunya yang kasar inilah
yang membuatkan Zubair menjadi seorang yang berani.

Diseksa Bapa Saudara Kerana Islam

Zubair bin Awwam memeluk Islam di tangan Abu Bakar as-Siddiq. Pada waktu tersebut
Zubair masih berumur 15 tahun. Keislamannya mengundang pelbagai ancaman dan
seksaan. Antara orang yang menyeksa Zubair ialah bapa saudaranya sendiri Naufal bin
Khuwailid. Naufal mengambil sebidang tikar dan menggulung Zubair di dalamnya. Tidak
cukup dengan itu bahkan dia membakar hujung tikar tersebut sehingga Zubair
kepanasan di dalamnya.

Asap pun memenuhi ruangan dalam tikar sehingga menyebabkan Zubair sukar
untuk bernafas. Dalam keadaan getir tersebut Naufal memaksa Zubair untuk
meninggalkan agama Islam. Namun beliau tetap bersabar dan berkeras tidak akan
meninggalkan agama Islam. Apabila melihat kecekalan Zubair tersebut, bapa saudaranya
pun melepaskannya.

Sahabat yang Berani

Jika Saad bin Abi Waqqas merupakan sahabat pertama yang melepaskan anak panah
menentang musyrikin, Zubair pula dikenali sebagai sahabat yang pertama menghunus
pedang mempertahankan Baginda Rasulullah ‫ﷺ‬.

2

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Pada suatu hari, tersebar berita di Mekah bahawa Baginda Rasulullah telah
ditangkap oleh musyrikin Mekah untuk dibunuh. Apabila perkara tersebut sampai ke
telinga Zubair, beliau terus menghunuskan pedangnya dan mencari Rasulullah ‫ ﷺ‬untuk
diselamatkan. Akhirnya beliau bertemu Baginda dalam keadaan selamat. Rupa-rupanya
berita yang tersebar itu tidak benar. Namun perbuatan Zubair tersebut jelas
menunjukkan keberaniannya. Zubair menonjolkan keberaniannya walaupun umat Islam
di Mekah pada waktu tersebut masih lagi dalam keadaan lemah dan tertindas.

Selain itu, terdapat bukti lain yang menunjukkan keberanian Zubair. Beliau
termasuk dalam kalangan tiga orang sahabat yang berhijrah ke Madinah secara terang-
terangan. Zubair bin Awwam, Umar al-Khattab dan Hamzah bin Abdul Muttalib adalah
tiga orang sahabat yang berani keluar berhijrah berseorangan secara terang-terangan
tanpa bersembunyi manakala mereka yang lain keluar secara beramai-ramai dalam
keadaan sembunyi.

Zubair bin Awwam menyertai setiap peperangan yang dihadiri Rasulullah ‫ﷺ‬.
Pada peperangan Badar, Allah menghantar malaikat sebagai bantuan kepada umat
Islam. Ramai dalam kalangan musyrikin mati dalam peperangan tersebut. Antaranya
ialah bapa saudara Zubair sendiri iaitu Naufal bin Khuwailid. Malaikat yang dihantar
sebagai bantuan tersebut memakai serban kuning sepertimana Zubair bin Awwam lalu
Rasulullah bersabda:1

oq ْp nَlُ ‫ َﻤﺎ اﻟ‬jْ ‫ ِﺳ‬ha ‫ﺰﻟ ْﺖ َﻋ‬a َ ‫ﻜ َﺔ َﻧ‬a ‫ِإ ﱠن اﻟ َﻤ َﻼ ِﺋ‬

Maksudnya : Sesungguhnya malaikat turun seperti pakaian Zubair.

Di dalam peperangan Hunain, Zubair antara sahabat yang tidak berganjak dalam
medan peperangan. Sewaktu musyrikin hampir mengepung Baginda Rasulullah, sahabat
yang mempertahankan Baginda daripada diapa-apakan ialah Zubair bin Awwam.

Beliau mengabdikan seluruh hidupnya untuk Islam. Pada waktu pemerintahan
Umar al-Khattab, beliau dihantar oleh Umar ke Mesir. Ianya bertujuan sebagai bantuan
kepada Amru bin al-Asr untuk membuka Mesir. Pada mulanya, jumlah tentera muslimin
yang dipimpin oleh Amru berjumlah 3500 orang. Namun apabila Amru melihat bahawa
jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membuka Mesir, beliau mengutuskan surat
kepada Umar bagi menghantar tentera bantuan.

1 Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sahabah mukasurat 171 jilid 2

3

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Jadi, Umar pun menghantar bala tentera tambahan berjumlah 4000 orang yang
diketuai beberapa orang ketua iaitu Zubair bin Awwam, Miqdad bin Aswad, Ubadah bin
Somit dan Maslamah bin Mukhallad. Umar pun menulis kepada Amru bin al-Asr:2

‫ﻟ ٍﻒ‬ä ‫أ‬a ‫ َﻣ َﻘﺎ ِم‬êْ v t ِ ‫ﻟ ٍﻒ ِﻣ ْﻨ ُﻬ ْﻢ َر ُﺟ ٌﻞ‬ä ‫أ‬a ‫ ﱢﻞ‬àâ ha ‫ َﻋ‬،‫ َﻌﺔ آﻻ ِف َر ُﺟ ٍﻞ‬n‫ﺄ ْ َر‬a }ِ ‫أ ْﻣ َﺪ ْد ُﺗ َﻚ‬a sv t‫ِإ ﱢ‬

Maksudnya : Aku memberikan bantuan kepadamu sebanyak 4000 orang tentera. Setiap
1000 orang daripada 4000 orang tersebut diketuai oleh seorang ketua yang mempunyai

kekuatan 1000 orang.

Umar menggambarkan kekuatan tiap-tiap daripada panglima yang beliau hantar
menyamai dengan 1000 orang tentera. Ini kerana Umar yakin dengan kebolehan mereka
berempat.

Sewaktu Zubair sampai ke tempat Amru bin al-Asr, beliau mendapati Amru bin
al-Asr tengah mengepung sebuah kubu di Fustat. Tentera muslimin mengambil masa
yang lama mengepung kubu tersebut. Akhirnya Zubair mengambil keputusan untuk
menjadikan dirinya sebagai korban. Beliau berkata:

¢َt pْ ‫ اﻟ ُﻤ ْﺴ ِﻠ ِﻤ‬ha ‫ ِﺑ َﻬﺎ َﻋ‬ûُ ‫ ْﻔ َﺘ َﺢ‬õَ ‫أ ْن‬a ‫أ ْر ُﺟﻮ‬a‫ َو‬òِ ِ óv ِ ‫أ َﻫ ُﺐ َﻧ ْﻔ‬a sv t‫ِإ ﱢ‬

Maksudnya : Aku akan mengorbankan diriku kerana Allah. Aku harapkan Allah Taala
akan memberikan kemenangan dengannya.

Zubair pun memesan kepada tentera muslimin sekiranya mereka mendengar
suara takbir beliau maka mereka hendaklah menjawab dengan suara takbir dan masuk
beramai-ramai ke dalam kubu. Beliau pun meletakkan tangga bersandarkan kubu
tersebut dan naik ke dalam kubu tersebut berseorangan. Beliau berjaya masuk ke dalam
kubu tersebut lalu melaungkan takbir.

Tentera muslimin pun menyahut seruan takbir tersebut beramai-ramai dan
meluru masuk melalui tangga ke dalam kubu. Zubair dan beberapa orang sahabat pun
berjaya membuka pintu kubu dari dalam. Dengan perbuatan tersebut tentera yang lain
boleh masuk melalui pintu gerbang dengan jumlah yang ramai. Tanpa mengambil masa
yang lama tentera Rom dapat ditewaskan.

2 Ibid mukasurat 173 jilid 2

4

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Pembunuhan Zubair

Sewaktu peperangan Jamal, Zubair bin Awwam memihak kepada Aisyah isteri Baginda
Rasulullah menentang Ali bin Abi Talib. Ali pun memanggil Zubair untuk bercakap
berseorangan dengannya dan cuba mengingatkan beliau kata-kata Rasulullah
terhadapnya. Rasulullah pernah berkata kepada Zubair sewaktu Ali ada bersama mereka
berdua:3

‫ﻇﺎِﻟ ٌﻢ‬a ‫ﻟ ُﻪ‬a ‫أ ْﻧ َﺖ‬a‫ﻠ ﱠﻨ ُﻪ َو‬a ‫ﻟ ُﺘ َﻘﺎ ِﺗ‬a‫َو‬

Maksudnya : Kamu akan berperang melawan Ali dan kamulah yang menzaliminya.

Apabila Zubair teringatkan kata-kata Rasulullah ‫ ﷺ‬tersebut, beliau terus
meninggalkan medan peperangan. Namun dalam perjalanan pulang beliau singgah di
Wadi Siba’ untuk berehat. Sewaktu beliau menunaikan solat, Ibnu Jurmuz datang dan
membunuhnya. Ibnu Jurmuz pun membawa pedang Zubair kepada Ali bin Abi Talib.

Ali bin Abi Talib merasa marah dan berkata:4
‫ر‬q ‫ ِﺔ ِ}ﺎﻟ َﻨﺎ‬j‫ َﻗﺎ ِﺗ َﻞ ا ْﺑ َﻦ َﺻ ِﻔ ﱢ‬±‫ َ∞ ≤ﱢ‬...ûِ ‫´ ْﺮ َب َﻋ ْﻦ َر ُﺳﻮ ِل‬a ‫ﻟ َﻤﺎ َﻓ ﱠ© َج اﻟ‬a ‫ َﻒ َﻃﺎ‬jْ ‫ِإ ﱠن َﻫﺬا اﻟ َﺴ‬

Maksudnya : Pedang inilah yang sentiasa menghilangkan keresahan daripada Baginda
Rasulullah. Khabarkan kepada pembunuh anak Sofiah ini dengan api neraka.

Ali tidak meredhai apa yang dilakukan oleh Ibnu Jurmuz. Ini kerana Ali berusaha
sedaya upaya untuk tidak menumpahkan darah muslimin lebih-lebih lagi dalam
kalangan sahabat. Tambahan pula Zubair bin Awwam sudah menarik diri daripada
medan peperangan. Peristiwa pembunuhan tersebut berlaku pada Hari Khamis 10
Jamadil Awal tahun 36 Hijrah. Ada yang mengatakan umur Zubair ketika itu 67 tahun
dan ada pandangan yang lain mengatakan 66 tahun.

3 Ibnu Athir, Asadul Ghabah mukasurat 408
4 Ibid mukasurat 408

5

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Abdurrahman bin Auf

Nama asal beliau sewaktu jahiliyyah ialah Abdul Amru namun apabila beliau
memeluk Islam, Rasulullah pun menukar nama beliau kepada Abdurrahman. Beliau juga
berketurunan Quraisy dan nasabnya bertemu dengan nasab Baginda pada moyang
mereka Kilab. Saidina Abdurrahman dilahirkan 10 tahun selepas Tahun Gajah. Ini
bermakna beliau lebih muda 10 tahun daripada Baginda Rasulullah ‫ﷺ‬.

Seperti yang kita telah sebut sebelum ini bahawa Abdurrahman di antara para
sahabat yang memeluk Islam di tangan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau sepertimana sahabat
yang lain tidak terlepas daripada ancaman dan gangguan Quraisy. Oleh sebab tekanan
dan gangguan daripada musyrikin, beliau berhijrah ke Habsyah bersama 14 para
sahabat yang lain.

Pandai Berniaga

Apabila umat Islam diarahkan untuk berhijrah ke Madinah, Abdurrahman di antara
orang yang terawal berhijrah. Di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan beliau
dengan Saidina Said bin Rabi’. Perbuatan Nabi mentaakhikan antara Muhajirin dan
Ansar sememangnya bertujuan untuk Ansar membantu golongan Muhajirin yang sehelai
sepinggang datang membawa diri ke Madinah.

Sa’id sedaya upaya ingin membantu saudara taakhi beliau. Sai’d bin Rabi’
berkata, “Aku mempunyai harta untuk dibahagikan separuh denganmu. Aku juga
mempunyai dua isteri, kamu lihatlah yang mana satu kamu berkenan. Aku akan
ceraikannya untukmu dan apabila dia sudah habis iddah kamu kahwinlah dengannya.”

Apakah reaksi kita sekiranya diberikan tawaran sebegitu rupa? Sudah pasti kita
menerimanya dengan tangan yang terbuka. Namun apakah tindak balas Abdurrahman?

Abdurrahman menjawab:
‫ ُﺳ ْﻮ ٍق رواە اﻟ¿ﺨﺎري‬ha ‫ َﻋ‬sv t ِ‫ﻟ ْﻮ‬Ω ‫أ ْﻫ ِﻠ َﻚ َو َﻣﺎِﻟ َﻚ َد‬a êv t ِ ºv ِ ‫َﻻ َﺣﺎ َﺟ َﺔ‬

Maksudnya : Aku tidak berhajat kepada ahli keluarga dan juga hartamu. Tunjukkan
pasar kepadaku.

Hadis riwayat Bukhari

6

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Ini menunjukkan bahawa para sahabat dalam kalangan Ansar sanggup
memberikan apa sahaja bagi menolong golongan Muhajirin lebih-lebih saudara taakhi
mereka yang dipersaudarakan sendiri oleh Baginda Rasulullah ‫ﷺ‬. Namun Abdurrahman
tidak cuba untuk mengambil kesempatan di atas peluang tersebut tetapi beliau cuba
untuk berusaha dengan tenaganya sendiri.

Beliau pun terus berniaga dan tidak lama selepas itu beliau memperoleh harta
yang banyak lalu berkahwin dengan seorang perempuan.

Jihad Nyawa dan Harta

Abdurrahman juga antara sahabat yang turut serta setiap peperangan yang dihadiri
Baginda Rasulullah. Pada peperangan Uhud, sewaktu barisan tentera muslimin dalam
keadaan huru-hara beliau tetap teguh dalam medan peperangan sehingga badannya
tercedera dan terdapat 21 kesan luka disebabkannya. Kakinya juga tercedera di dalam
peperangan tersebut sehingga menyebabkan beliau tempang.

Tetapi jihad harta Abdurrahman lebih mengagumkan. Suatu hari, Rasulullah ingin
mempersiapkan satu rombongan tentera dan meminta para sahabat untuk
menginfaqkan harta mereka. Abdurrahman bergegas pulang ke rumah dan datang
kembali berjumpa Rasulullah seraya berkata, “Ya Rasulullah, aku mempunyai 4000
dinar. 2000 dinar daripadanya aku ingin gunakan untuk tuhanku dan 2000 dinar lagi aku
tinggalkan untuk keluarga aku.”

Rasulullah pun bersabda:5
‫ﻜ َﺖ‬ä ‫أ ْﻣ َﺴ‬a ‫ َﻤﺎ‬jْ ‫ﻟ َﻚ ِﻓ‬a ûُ ‫ﺎ َر َك‬nَ‫ َﺖ َو‬jْ ‫أ ْﻋ َﻄ‬a ‫ َﻤﺎ‬jْ ‫ﻟ َﻚ ِﻓ‬a ûُ ‫َ}ﺎ َر َك‬

Maksudnya : Moga-moga Allah memberkati apa yang kamu berikan dan Allah
memberkatimu apa yang kamu miliki.

Pada peperangan Tabuk, umat Islam terpaksa berhadapan dengan empayar Rom
dan memerlukan dana yang cukup banyak bagi membiayai kos peperangan. Pada tahun
tersebut pula Madinah ditimpa kemarau. Oleh kerana itu, Baginda Rasulullah ‫ﷺ‬
meminta para sahabat untuk menginfaqkan harta.

Berduyun-duyun kaum muslimin datang untuk bersedekah di jalan Allah.
Sahabat yang terkehadapan dalam menginfaqkan harta ketika itu ialah Abdurrahman

5 Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sobah mukasurat 251 jilid 1

7

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

bin Auf sehinggakan Umar berkata kepada Rasulullah, “Aku melihat Abdurrahman telah
membuat dosa. Beliau tidak meninggalkan apa-apa untuk ahli keluarganya”.

Oleh sebab itu, Rasulullah ‫ ﷺ‬bertanya kepada Abdurrahman adakah beliau ada
meninggalkan sesuatu untuk ahli keluarganya. Abdurrahman pun berkata bahawa beliau
telah tinggalkan perkara yang lebih berharga daripada apa yang telah beliau infaq.
Apabila ditanya berapakah yang dia telah tinggalkan untuk ahli keluarganya, beliau
menjawab:6

‫ﺮ‬q ‫ َوا َﻷ ْﺟ‬oq ْp ‫ﻟ ُﻪ ِﻣ َﻦ اﻟ ﱢﺮْز ِق َواﻟ َﺨ‬â‫ َوَر ُﺳ ْﻮ‬ûُ ‫َﻣﺎ َو َﻋ َﺪ‬

Maksudnya : Apa yang telah Allah dan Rasul-Nya janjikan daripada rezeki, kebaikan dan
ganjaran.

Disebabkan doa Baginda Rasulullah, harta beliau melimpah ruah. Beliau jugalah
yang bertanggungjawab menunaikan keperluan isteri-isteri Rasulullah setelah Baginda
meninggal dunia.

Suatu hari, Madinah digemparkan dengan ketibaan kafilah perniagaan
Abdurrahman yang terdiri daripada 700 binatang dimuati dengan pelbagai makanan
dan barangan. Apabila Saidatina Aisyah mendengar berita kedatangan barang dagangan
tersebut, beliau pun berkata : “Aku mendengar Nabi berkata : Abdurrahman memasuki
syurga dalam keadaan merangkak.”

Sejurus selepas Abdurrahman mendengar kata-kata Aisyah, beliau pun terus pergi
bertemunya dan berkata:7

ûِ ‫ ِﻞ‬jْ …ِ ‫ َﺳ‬êv t ِ ‫أ ْﺣ َﻼ ِﺳ َﻬﺎ‬a‫أ ْﻗ َﺘﺎ ِﺑ َﻬﺎ َو‬a‫ﺄ ْﺣ َﻤﺎِﻟ َﻬﺎ َو‬a }ِ ‫ َﻌ َﻬﺎ‬jْ ‫ َﺟ ِﻤ‬oَ ْp ‫أ ﱠن َﻫ ِﺬ ِە اﻟ ِﻌ‬a ‫أ ﱠﻣ ْﺔ‬a ‫ﺎ‬õَ ‫أ ْﺷ ِﻬ ُﺪ ِك‬â

Maksudnya : Aku bersaksi wahai Aisyah bahawa kesemua kafilah dengan segala
muatannya diberikan pada jalan Allah.

Kekayaan yang dikurniakan kepada Abdurrahman tidak menyebabkan beliau lalai
dengan dunia. Suatu hari beliau didatangkan dengan makanan. Beliau melihat makanan
tersebut lalu berkata:8
‫رأ ُﺳ ُﻪ ُﺛ ﱠﻢ‬ä َ ‫ ِﻪ َ} َﺪا‬jْ ‫ﻠ‬a ‫ر ْﺟ‬q —‫ﻏﻟ َﱠﻨﺎ‬aَ ‫ﻨرﺎ ْﺟَ َﻗ ْﻼﺪ ُە ُﻋَوِﱢ”ﺠْن َﻞ‬qَ ‫ﺳ´ ُْﻪﻮ ََ}نَﺪَﺛ َْﻮاتُﺑ‬â َõَ ‫رأ‬ä ‫أ— ْ َن‬a ó‫ﺎ َِإ َﻷ ْ ْنﺧ ≤ََﻏ ﱠ‬s‫ ًﻨ‬v‫ﱢﻔ‬tْ ”‫وِﻛ‬aَ ‫ﻟ ُﻂﻪ‬aَ ‫ﺎﺎ َ َوﻣ َﺎﺟ َْ∞ﺪ ََﻧﺴﺎ‬jَ‫ﻟ َُﻓﺪ َْﻧﻤ‬Õ‫ ا‬v ‫ﻦ‬t‫ِﻣِﻣَ ﱢ‬oٌ‫ْﺎ‬p‫َﻟ َﺧﻨ‬a û‫ﻂَو ُﻫ َ ُﻮ‬oَÀ ‫ْﺴ‬p ‫ﻟ َﻘ ْﺪ ُﻗ ِﺘ َﻞ ُﻣ ْﺼ َﻌ ُﺐ ْﺑ ُﻦ َُ∞ﻋ ََﻤ‬a

6 Ibid mukasurat 252
7 Ibnu Athir, Asadul Ghabah mukasurat 780
8 Abdurrahman Rafat Basya, mukasurat 256 jilid 1

8

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Maksudnya : Sesungguh Mus’ab bin Umair telah dibunuh sedangkan beliau lebih baik
dariku. Kami tidak mempunyai kain kapan untuknya. Jika kami menutup kepalanya
kakinya akan terdedah dan jika kami menutup bahagian kakinya kepalanya pula akan
terdedah. Kemudian Allah Taala memberikan kita pelbagai nikmat . Aku takut ganjaran
kita sudah dipercepatkan.

Lalu Abdurrahman pun menangis dan meninggalkan makanan tersebut.
Begitulah jiwa para sahabat. Walaupun dunia di tangan mereka namun hati mereka
tetap dengan negeri akhirat. Abdurrahman berasa takut dengan sebab pelbagai
kemewahan yang beliau memiliki di dunia, beliau tidak mendapat balasan ganjaran di
akhirat kelak.

Sifat pemurah Abdurrahman boleh dilihat sehingga akhir kehidupannya. Sebelum
beliau meninggal dunia, beliau telah berpesan dengan beberapa wasiat. Antaranya,
beliau mewasiatkan untuk diberikan kepada ahli perang Badar yang masih hidup dengan
400 dinar emas setiap seorang. Bilangan ahli Badar yang masih hidup ketika itu
berjumlah 100 orang. Jadi 40,000 dinar diwasiatkan untuk mereka. Urwah bin Zubair
ada menyebut Abdurrahman bin Auf juga mewasiatkan harta sebanyak 50,000 dinar
untuk digunakan di jalan Allah.

Selain itu Beliau juga ada mewasiatkan harta yang banyak kepada isteri-isteri
Baginda Rasulullah ‫ﷺ‬. Oleh yang demikian, berapa pula yang masih tinggal untuk
keluarganya? Walaupun banyak harta yang telah diwasiatkan kepada orang lain namun
masih tinggal banyak lagi harta untuk ahli keluarganya. Beliau telah meninggalkan
mereka dengan 1000 ekor unta, 100 ekor kuda dan 3000 ekor kambing.

Ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan doa Baginda Rasulullah ‫ﷺ‬
terhadapnya agar Allah memberkati hartanya. Pada tahun 31 Hijrah, beliau meninggal
dunia di Madinah sewaktu berumur 75 tahun.

9

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Saad bin Abi Waqqas

Abi Waqqas merupakan gelaran bagi ayahnya. Nama ayahnya yang sebenarnya
ialah Malik. Jadi nama penuh Saidina Saad ialah Saad bin Malik bin Wuhaib bin Abdul
Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Keturunan ini juga merupakan jalur keturunan bangsa
Quraisy. Jika kita perhatikan antara moyang Saad ialah Zuhrah seperti ibu Baginda
Rasululah. Oleh itu, Saad mempunyai hubungan dengan Rasulullah melalui ibu Baginda.

Hidayah Melalui Mimpi

Pada suatu malam, Saad bermimpi di dalam tidurnya bahawa dia berada di dalam
kegelapan. Tiba-tiba sewaktu beliau meraba-raba dalam kegelapan, beliau terlihat bulan
yang terang bercahaya. Beliau terus mengejar bulan tersebut dan ternampak tiga orang
sudah berada di hadapannya. Tiga orang tersebut ialah Zaid bin Harithah, Ali bin Abi
Talib dan Abu Bakar as-Siddiq.

Tiga hari selepas itu, beliau mendengar bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬menyeru manusia
kepada Islam secara sembunyi-sembunyi. Beliau pun yakin Allah mahu membawa beliau
kepada cahaya Islam. Jadi beliau terus bertemu Baginda Rasulullah di kawasan Bukit
Jiyad dan memeluk Islam di tangan Baginda Rasulullah. Lalu beliau pun berkata:9

‫ﻠ ِﻢ‬â ‫ اﻟ ُﺤ‬êv t ِ ‫رأ ْﻳ ُﺘ ُﻬ ْﻢ‬a َ ‫ﺮ اﻟ ِﺬ ْﻳ َﻦ‬q ‫أ َﺣ ٌﺪ ِﺳ َﻮى َﻫ ُﺆَﻻ ِء اﻟ ﱠﻨ َﻔ‬a Õv t ِ ‫َﻓ َﻤﺎ َﺗ َﻘ ﱠﺪ َﻣ‬
Maksudnya : Tidak mendahului aku selain daripada mereka yang aku lihat di dalam
tidur

Sudah pasti Khadijah orang pertama memeluk Islam. Jadi berdasarkan kata-kata
Saad ini maka ia menunjukkan Saad orang yang kelima memeluk Islam seperti yang
dipegang sebahagian ulama walaupun ada juga yang mengatakan Saad orang kelapan
memeluk Islam. Beliau memeluk Islam sewaktu umurnya baru berusia 17 tahun.

Ujian daripada Seorang Ibu

Saad seorang yang taat kepada ibunya sebelum daripada beliau memeluk Islam lagi.
Apabila beliau memeluk Islam, beliau diuji dengan ibunya. Ibunya berkata:

9 Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sahabah mukasurat 284
10

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

sْ v ·ِ oَ ‫ﱠ‬p ‫أ ُﻣ ْﻮ َت َﻓ َﺘ َﻌ‬a Õ‫ ُب َﺣ ‡ﱠ‬flَ ْ≤ ‫أ‬a ‫ ُﻞ َوَﻻ‬fiâ ‫أ ْو َﻻ آ‬a ‫ﻟ َﺘ َﺪ َﻋ ﱠﻦ ِد ْﻳ َﻨ َﻚ َﻫ َﺬا‬a ‫أ ْﺣ َﺪ ْﺛ َﺖ؟‬a ‫ َﻣﺎ َﻫ َﺬا اﻟ ﱢﺪ ْﻳ ُﻦ اﻟ ِﺬي‬،‫ﺎ َﺳ ْﻌ ُﺪ‬õَ

Maksudnya : Wahai Sa’ad, apakah agama yang kamu reka ini? Kamu mesti
meninggalkan agama kamu ini ataupun aku tidak akan makan dan minum sehingga

mati lalu kamu dimalukan denganku.

Saad melarang perbuatan ibunya dan menegaskan bahawa beliau tidak akan
sesekali mengubah agamanya. Ibunya tidak menghiraukan larangan anaknya tersebut
dan terus dengan mogoknya untuk beberapa hari. Tubuh ibunya mula kelihatan kurus
dan lesu disebabkan tidak makan dan minum. Saad pun berkata kepada ibunya:10

‫ ٍء‬óْ v َ≤ ‫ َﻫ َﺬا ِﻟ‬Õv t ِ ‫„ ُﺖ ِد ْﻳ‬ä ‫ﺲ َﻓ َﺨ َﺮ َﺟ ْﺖ َﻧ ْﻔ ًﺴﺎ َﻧ ْﻔ ًﺴﺎ َﻣﺎ َﺗ َﺮ‬À ‫ﻟ ُﻒ َﻧ ْﻔ‬ä ‫أ‬a ‫ﻟ َﻚ‬a ‫ﺎ َﻧ ْﺖ‬àa ‫ﻟ ْﻮ‬a ûِ ‫َو‬

Maksudnya : Demi Allah, seandainya kamu mempunyai seribu nyawa dan nyawa
tersebut keluar satu persatu, aku tetap tidak akan meninggalkan agamaku ini untuk

sesuatu pun.

Apabila ibunya melihat kesungguhan Saad mempertahankan agamanya. Dia tahu
bahawa mogoknya tidak akan mampu membuatkan Saad meninggalkan agamanya. Dia
pun mula menyentuh makanan dan minuman. Disebabkan peristiwa ini, Allah
menurunkan firman-Nya :
‫أ َﻧﺎ َب‬/ ‫ َﻞ َﻣ ْﻦ‬TZِ ‫َﻣ ْ﴾ﻌ ُﺮو ًﻓﺎ َوا ﱠﺗ ِﺒ ْﻊ َﺳ‬١‫ﺎ‬٥Tَ ‫ﺪ ْﻧ‬:‫ﻤﺎاﻟنﱡ‬P:‫ﻘ‬Q ِ ‫ﺎﻠ ِﻮﺣ َْﺒنُﻬ َﻤ﴿ﺎﻟ‬b ‫ْﻛﻌ ُﻨﻬُﺘ َ ْﻤﻢﺎ ََﺗوْﻌَ َﺻﻤ‬b ‫َﻓ َﻢﻼ ِ@ ُﺗَﻤ ِﺎﻄ‬ab ‫ٌ ُﻢﺌ‬Z‫ﻧﻠ ﱢ‬Cَ ‫ﺄﻋ‬b ِ‫ ِ@ْ ِﻢﻪ َﻓ‬ab ‫ِﻟﺟ َُﻌﻚ‬/ ‫ ﱠْ=_ َﻣَ ْﺲﺮ‬:‫ﻟ‬// ‫ﺛ ﱠ َﻢﻣﺎِإ‬8ُ : _9ِ‫ ﱠ‬: ‫ك‬/ ‫ َِإ‬47 ْ5 2ُ ‫أن‬/ .ٰ / ‫ن َﺟﺎ َ) َﺪا َك َﻋ‬$ِ‫َو‬

Mafhumnya : Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan
dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahunya maka janganlah engkau taat
kepada mereka dan hendaklah kamu bergaul dengan mereka di dunia dengan cara yang
baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku(dengan tauhid dan amal-
amal soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan.

(Luqman : 15)

Dalam ayat ini, Allah memberi panduan kepada muslimin cara untuk berhadapan
dengan kedua ibubapa yang tidak beriman. Sekiranya mana-mana orang memaksa
untuk syirik kepada Allah kita tidak boleh taat kepada mereka walaupun mereka ibu dan
ayah kita. Allah juga mengarahkan muslimin untuk tetap bergaul dengan ibu ayah
mereka dengan cara yang baik walaupun mereka bukan Islam. Jadi, walaupun ayat ini

10 Ibnu Athir, Asadul Ghabah mukasurat 874

11

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

ditujukan kepada Saad bin Abi Waqqas namun sebenarnya ia perlu diamalkan oleh
seluruh umat Islam.

Pemanah Hebat dan Orang Pertama Menumpahkan Darah Musyrikin

Islam pada awalnya berada dalam keadaan lemah. Tidak ramai daripada kalangan
Quraisy yang berpengaruh memeluk Islam. Oleh itu, musyrikin mengambil peluang
tersebut untuk menggangu umat Islam. Ada yang diejek bahkan ada yang diseksa.

Jadi apabila orang Islam ketika itu mahu menunaikan solat, mereka akan pergi ke
kawasan yang terletak berjauhan daripada kaum musyrikin bagi mengelakkan gangguan.
Walaupun begitu, mereka tetap diejek dan diganggu oleh musyrikin. Suatu hari, Saad
bin Abi Waqqas bersama para sahabat yang lain mahu menunaikan ibadah. Tiba-tiba
beliau dan para sahabat diganggu oleh musyrikin Mekah. Akhirnya ia membawa kepada
pergaduhan dan Saad telah memukul seorang lelaki dalam kalangan musyrikin dengan
tulang unta sehingga berdarah kepalanya. Itulah darah musyrikin yang pertama
ditumpahkan dalam sejarah Islam. Saad berbuat sedemikian demi mempertahankan
Islam daripada dihina dan diejek.

Selain itu, Saad bin Abi Waqqas dikenali dengan kemahirannya dalam memanah.
Beliau juga merupakan muslim pertama yang memanah di dalam lipatan sejarah Islam.
Beliau telah menyertai semua peperangan yang dihadiri Baginda Rasulullah. Pada
peperangan Uhud, ketika berperang melawan tentera musyrikin beliau telah
melepaskan sebanyak 1000 anak panah. Ini bukti kecekapan dan kemahiran beliau
dalam memanah.

Pahlawan Membuka Tanah Parsi

Pada zaman Rasulullah, empayar Parsi merupakan antara kuasa besar dunia selain Rom.
Walaupun begitu, selepas daripada itu tanah jajahan takluk empayar tersebut jatuh satu
persatu di tangan umat Islam. Pasti kita pernah mendengar peperangan Qadisiyah.
Peperangan ini berlaku pada 13 Syaban tahun 15 hijrah. Peperangan ini menjadi sebuah
permulaan kepada kejatuhan empayar Parsi di tangan umat Islam.

Siapakah yang menjadi ketua panglima dalam peperangan ini? Tidak lain dan
tidak bukan orang tersebut ialah Saad bin Abi Waqqas. Beliau jugalah orang yang
berjasa dalam pembukaan ibu kota empayar Parsi iaitu kota Madain.

12

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Mengambil Pendirian Berkecuali

Sewaktu berlaku fitnah pembunuhan Uthman bin Affan. Berlaku pertembungan besar
antara beberapa orang sahabat dengan Ali bin Abi Talib. Ada sebahagian sahabat tidak
berpuas hati dengan beberapa tindakan Ali. Saad bin Abi Waqqas lebih memilih untuk
mendiamkan diri dan tidak menyokong mana-mana kumpulan. Baginya cara tersebut
lebih selamat.

Kewafatan

Saad bin Abi Waqqas meninggal pada tahun 55 hijrah. Ada yang mengatakan beliau
meninggal pada tahun 54 hijrah dan ada juga yang mengatakan beliau meninggal pada
tahun 58 hijrah. Beliau merupakan sahabat yang paling akhir meninggal dalam kalangan
Muhajirin. Ini boleh dibuktikan melalui kata-kata anak beliau yang bernama Amir. Amir
menceritakan peristiwa sewaktu ayahnya ketika nazak:11

‫ﻟ ُﻪ ِﻣ ْﻦ ُﺻ ْﻮ ٍف‬/ ‫ ٍﺔ‬z‫ﻠ ِﻖ ُﺟ ﱠ‬/ ‫ﺗ ُﻪ اﻟ َﻮ َﻓﺎ ُة َد َﻋﺎ ِ@ َﺨ‬uْ َ َQ ‫ﻟ ﱠﻤﺎ َﺣ‬/‫ َﻦ َﻣ ْﻮ ًﺗﺎ َو‬tْs7 ‫ﺎ َن َﺳ ْﻌ ٌﺪ آ ِﺧ َﺮ اﻟ ُﻤ َﻬﺎ ِﺟ‬p/

Maksudnya : Saad merupakan Muhajirin yang terakhir meninggal dunia. Sewaktu Saad
nazak, beliau meminta dibawakan untuk sehelai baju lusuh yang diperbuat daripada
kapas.

Sewaktu baju tersebut dibawa di hadapan mereka, Saad pun berkata:
‫أ ْﺧ ِﺒ ُﺆ َﻫﺎ ِﻟ َﻬ َﺬا‬a ‫ﻛ ْﻨ ُﺖ‬â ‫ َوِ” ﱠﻧ َﻤﺎ‬h‫ ﱠ‬v a ‫ َﻋ‬Èَ v ِ ‫ َو‬،‫ر‬À ‫ ِﻓ ْﻴ َﻬﺎ َﻳ ْﻮ َم َ} ْﺪ‬¢َt pْ ‫ﻛ‬±ِ q ْ≤ ‫ ُﺖ اﻟ ُﻤ‬jْ ‫ﻟ ِﻘ‬a ‫ﻛ ْﻨ ُﺖ‬â sv ‫ﱢ‬t ‫ ِﻓ ْﻴ َﻬﺎ َﻓِﺈ‬sv t ِ‫ِﻛ ﱢﻔ ُﻨ ْﻮ‬

Maksudnya : Kapanlah diriku dengannya. Aku memakainya sewaktu berperang dengan
musyrikin di perang Badar. Aku telah menyimpannya untuk tujuan ini.

Akhirnya, Saad pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Begitulah
pengakhiran insan syurga yang bernama Saad bin Abi Waqas. Beliau layak menjadi insan
yang dijamin syurga kerana sejak daripada kecil lagi beliau menghabiskan masa dan
tenaga demi untuk agama Islam tercinta.

11 Ibnu Athir, Asadul Ghabah mukasurat 475

13

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Abu Ubaidah al-Jarrah

Saidina Abu Ubaidah merupakan gelaran beliau manakala nama penuh beliau
ialah A’mir bin Abdullah bin al-Jarrah yang berakhir keturunannya kepada bangsa
Quraisy. Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa Abu Ubaidah antara orang yang
terawal memeluk Islam berkat dakwah Abu Bakar as-Siddiq. Abu Ubaidah termasuk
orang yang dihormati dalam kalangan sahabat. Abdullah bin Umar pernah berkata:12
‫´ ﱢﺬ ُﺑ ْﻮ َك‬a õَ ‫ﻟ ْﻢ‬a ‫ا´ ِحﺬ ُﺑ ْﻮ َك َوِ” ْن َﺣ ﱠﺪ ْﺛ َﺘ ُﻬ ْﻢ‬ä‫ﱠﺮ‬õَ‫اﻟﻟْﻢَﺠ‬a ‫ﻮَﺪَ ِةك‬jْْ ‫ْأنُﺑ ْ َﻮﺣ ﱠُﻋﺪَُﺒﺛ‬a‫ﺎﺎ ًِءن ِإَو‬jَ‫ُأ ْنﺛ َ…ْﺑُﺘ َُﻬﻦﺎ َﻋَ ﱠﺣﻔ‬a‫ﺧ َ ُﻼﻋ ًْﺜﻗﺎَﻤ َﺎو‬،ْ‫أُﻖ‬a ‫أﺮ ْاﺣﻟ َ ﱢﺴ ُﺼﻨ ﱢَﺪﻬ ْﻳﺎ‬Àa‫ َ´و‬ä ‫ﺟأ ُْﺑﻮْﻮًﻫَ}ﺎ‬a ُ :‫س ُو‬q ‫أ ْﺻ َﺒ َﺢ اﻟ َﻨﺎ‬a ‫ﺶ‬À Îْ©َ ‫َﺛ َﻼ َﺛ ٌﺔ ِﻣ ْﻦ ُﻗ‬
Maksudnya : Tiga orang Quraisy yang paling disegani, paling baik akhlaknya dan paling

menebal malunya. Sekiranya mereka berbicara kepada kamu mereka tidak akan
berdusta. Orang tersebut ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah.

Beliau digelar oleh Baginda Rasulullah dengan nama Qawiyyul Amin yang membawa
maksud seorang yang kuat lagi amanah. Anas meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah
bersabda:

‫ح‬q ‫ َﺪ َة اﻟ َﺠ ﱠﺮا‬jْ ‫أ ُﺑ ْﻮ ُﻋ َﺒ‬a ،‫أ ﱠﻳ ُﺘ َﻬﺎ ا ُﻷ ﱠﻣ ُﺔ‬a ‫ َﻨﺎ‬Ûَ ‫أ ِﻣ ْﻴ‬a ‫ َوِ” ﱠن‬¢ٌt pْ ‫أ ِﻣ‬a ‫أ ﱠﻣ ٍﺔ‬â ‫ ﱢﻞ‬Úâ ‫ِﻟ‬
Maksudnya : Bagi tiap-tiap umat ada orang yang amanah. Sesungguhnya orang yang

amanah dalam kalangan kita wahai umat sekalian ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan satu peristiwa yang menyaksikan rombongan
Kristian datang berjumpa Baginda Rasulullah untuk meminta Nabi Muhammad
menghantar seorang wakil daripada kalangan sahabat bagi menyelesaikan perbalahan
mengenai masalah harta. Rasulullah ‫ ﷺ‬pun bersabda:

¢َt pْ ‫ﻮ ﱠي ا َﻷ ِﻣ‬q ‫ ْﻢ اﻟ َﻘ‬Úâ ‫أ ْ} َﻌ ُﺚ َﻣ َﻌ‬a ‫ َﺔ‬j‫ اﻟ َﻌ ِﺸ ﱠ‬sْ v t ِ‫ا ْﺋ ُﺘ ْﻮ‬
Maksudnya : Kamu datang berjumpa aku kembali pada waktu malam, aku akan

menghantar bersama kamu seorang yang kuat lagi amanah.

Umar yang mendengar kata-kata Nabi tersebut berasa gembira dan terus
bergegas awal bagi menunaikan Solat Zuhur. Beliau berharap bahawa beliau yang dipilih
untuk tugas tersebut bukan kerana mahukan jawatan tetapi beliau inginkan sifat yang
disebut oleh Rasulullah tersebut.

12 Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sahabah mukasurat 89 jilid 1

14

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Selepas selesai Rasulullah menunaikan Solat Zuhur, Baginda berpaling kiri dan
kanan seolah-olah mencari seseorang. Apabila Rasulullah ‫ ﷺ‬terlihat Abu Ubaidah al-
Jarrah terus Baginda berkata, “Keluarlah bersama mereka dan buatlah keputusan
dengan kebenaran pada perkara yang menjadi perselisihan antara mereka.”

Lalu Abu Ubaidah pun pergi bersama gologan Kristian tersebut. Ternyata sifat
‘Qawiyyul Amin’ ditujukan kepada Abu Ubaidah al-Jarrah.

Kematian Ayah Bukti Keimanan

Peperangan Badar menjadi saksi keteguhan iman Abu Ubaidah. Beliau memerangi
golongan musyrikin dengan penuh keberanian. Walaupun begitu beliau cuba untuk
mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan seseorang. Orang tersebut ialah
ayah beliau sendiri. Pada ketika itu, ayah beliau berada di barisan musuh melawan
tentera muslimin.

Di dalam peperangan tersebut, ayahnya cuba sedaya upaya untuk bertemu dan

berlawan dengan anaknya. Oleh sebab itu, usaha Abu Ubaidah untuk tidak bertembung

dengan ayahnya gagal. Beliau pun terpaksa berlawan dengan ayahnya sehingga ayahnya

mati terbunuh di tangannya sendiri. Ya, beliau sanggup untuk membunuh ayahnya

sendiri seandainya apa yang dipertaruhkan tersebut ialah agama beliau sendiri. Beliau

lebih memilih kepentingan Islam melebihi kepentingan kekeluargaan. Oleh sebab

peristiwa tersebut, Allah Taala menurunkan ayat yang berbunyi:

‫أ ْو‬a ‫ﺧﺧﺎَِ﴾ﻟﻮاَِﻧﺪ ُﻳﻬ َْﻦﻢ‬٢َْ ‫ِإ‬٢‫ﻬأﺎُْور‬:a َ‫أﺤ ِْﺑﻤﺘ ََﻨﻬﺎﺠَﺎءﺎا ُْدﻫﻟَﻷْْﻧﻢﺔ‬a‫أَﺗ﴿ْاوْﻟ‬a ‫آﻠ َﺮ} ُﺎﺤَيءﻮُِﻫﻣَ ْنﻢﻦ‬q ِ ‫ﻧﻟ َﺗُﻤﻮ ْاْﻔﺠ‬äُ ‫ﺎتا‬àa‫ﱠﻟُﻨﻫْﺎﻮُ ٍﻢ‬a‫ََﺟو‬òِ ‫ ْﻟ ˜ﻢُﻪ‬a‫ﻠﺳبُﻬﻮا‬â َ‫ُˇِ َْﺣﺪوَْ ِﺰر ُﺧ‬ò‫أﺎَﱢ ﱠﻣدﻻْﻨ ِاإُﻪ ﱠ˜نََو‬a‫َحﺣ‬òÀِ ‫ا َﱡِدﺪﺣ ُْوﻫﺰَنُﻢبَِﺑﻣ ُا ْﺮﻦ˜و‬õ‫أﻚﻮﱠ‬aَ‫نِﺮﺌ َُﻳَو‬q‫َﻵأﻤِﺎوَﺧﻟَٰـ‬â õ‫ِﻟﻬﻮَاﻴُ ْﻢﻮَِﻋاْمْﻨِ ُاﻹْﻪ‬ä ‫وﺿـا‬nِ ˝َُ ‫ﻠر‬òâَِ‫ َ˜ ُوﻗ‬ê‫}ﻢﺎ‬vِْt ِ‫ﻛﻣ َُﺘﻨ َﻋﻮَْﻨَﺐُنﻬ‬òُaِ ‫ـً َﻣِﺌ!ﺎ َُاﻳﻚْ˜ﺆ‬vٰ ‫ ْوَﻮﻟ‬tِ‫َأرﻗ‬â َ ‫ﺗِ ُﺠﻬ ُْﺪﻢ‬oَ ‫ ََﺗ‬p‫َﻋ ﱠِﺸﻻ‬
‫ِﻓﻴ َﻬﺎ‬

Mafhumnya : Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan
Hari Akhirat tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan
Rasul-Nya sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka atau anak-anak
mereka atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itu Allah Taala telah
menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat
pertolongan daripada-Nya. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang
mengalir dibawahnya beberapa sungai dan mereka kekal di dalamnya. Allah redai
mereka dan mereka reda akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-
penyokong Allah. Ketahuilah penyokong (agama) Allah itu orang-orang yang berjaya.

(al-Mujadalah: 22)

15

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Patah Gigi Depan Demi Rasulullah

Sewaktu peperangan Uhud, beliau merupakan antara orang yang menggadaikan nyawa
mempertahankan Baginda Rasulullah ‫ﷺ‬. Sewaktu barisan umat Islam menjadi kelam
kabut kerana tersebar dakwaan palsu bahawa Nabi telah terbunuh, Abu Ubaidah antara
sahabat yang berada berdekatan Rasulullah mempertahankan Baginda.

Dalam peperangan Uhud, wajah Rasulullah telah tercedera luka. Gigi Baginda
ada yang patah. Dahi Baginda tercedera dan tertusuk besi di bahagian pipi Baginda.
Pada mulanya Abu Bakar mahu mencabut besi tersebut namun Abu Ubaidah meminta
agar dirinya melakukan perkara tersebut. Abu Ubaidah tidak menggunakan tangan
beliau untuk mecabutnya kerana runsing perbuatan tersebut akan menyakitkan Baginda
Rasulullah.

Jadi apa yang dilakukan Abu Ubaidah? Abu Ubaidah menggunakan gigi beliau
untuk mencabutnya. Dia menggigit dengan kuat lalu mencabutnya. Akhirnya dengan
dua kali cubaan besi tersebut tertanggal tetapi dua gigi hadapan Abu Ubaidah juga turut
tercabut. Selain itu, Abu Ubaidah juga antara sahabat yang tidak pernah ketinggalan
dalam medan peperangan yang dihadiri Rasulullah ‫ﷺ‬.

Syahid Wabak Taun

Abu Ubaidah dilantik oleh Umar bin al-Khattab menjadi gabenor di Syam selepas
daripada Umar memecat Khalid al-Walid. Abu Ubaidah seorang yang taat kepada
khalifah. Beliau juga antara orang yang berjasa dalam meluaskan empayar Islam di bumi
Syam. Sewaktu beliau menjadi gabenor di Syam, bumi Syam ditimpa wabak penyakit
Taun.

Umar yang ketika itu menjadi khalifah menulis surat kepada Abu Ubaidah
memintanya untuk pulang ke Madinah. Namun selepas sampai surat tersebut kepada
Abu Ubaidah, beliau meminta Umar membatalkan hasratnya kerana beliau ingin tetap
bersama kaum muslimin di Syam. Berikut merupakan isi surat Abu Ubaidah sebagai
jawapan balas kepada Umar al-Khattab:13
‫ﻘ ِﺎ ِءﺼ ْ& ُﺒ ُﻬ ْﻢ َوَﻻ‬õَُ ¿َ‫ ِﺬِ}ﺎﻟي‬º‫ﻟ‬v‫نﻦ ِا‬qْ ‫ﻣ ََرﻚْﻏ ََ¿وًاﺔْﺋ ِ َﺬﻋ‬óِ‫ﺰ‬v ْ ‫ﻣ َْﻧﻦْﻔ َِﻋ‬êِ v t ِÕ‫ﺪ‬v tُِ ‫ﺟﻠ‬ä ‫أﺤ (ِﻠ‬aَ ‫ﺬ َاوَ َﻓﻻ‬¢‫َﻫ‬t َ pْ ‫ﻤ‬sِ ‫ﻠ‬vِ ‫أﻣَﺗ َﺎﻦ َاكﻟ ُِﻤﻛ َﺘْﺎِ·ﺴ‬aِ ‫ﺮُە ُﺟَﻓِْﻨﺈ ٍ ْﺪن‬êَ ‫ﻣ‬v tِْ ‫أ‬a s‫ﻢ‬v t‫ﻓ ْﻴَ ِوِﻬ” ْﱢ‬ºِ‫وﱠ‬v َa ‫ ِإ‬ê‫ﻚﱠ‬v tَِ û‫ ََ'ﺣﺎ َﺟ َُﺘ‬v ‫ﺖ‬tِ ُ ‫ﻓ ْﻘ‬õَْ‫َﺮ‬Õ‫ْﻢ َﻗ َْﺪﺣ ‡ﱠ َﻋ‬s‫ﻬ‬v ُ‫ﱢ‬t ‫ﺮا َِإﻗ‬¢ََt ‫ِﻓ‬pْ ‫ْ ْرˇﺆ ُِﻣﺪِﻨ‬q ‫أﻤ‬âُ ‫ اﻟ‬oَ ْp ‫أ ِﻣ‬a ‫ﺎ‬õَ

13 Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sahabah mukasurat 95 jilid 1

16

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Maksudnya : Wahai Amirul Mukminin, aku telah mengetahui hajatmu. Sesungguhnya
aku berada bersama tentera muslimin dan aku tidak takut terhadap apa yang menimpa
mereka. Aku tidak mahu berpisah dengan mereka sehingga Allah tentukan takdir-Nya ke
atas kami. Jika sampai kepadamu suratku ini maka tinggalkanlah niatmu tersebut dan
izinkanlah aku untuk tetap di sini.

Apabila surat jawapan balas tersebut sampai kepada Umar, beliau menangis
teresak-esak kerana beliau sedar ajal maut Ubaidah semakin mendekat. Ya, apa yang
disangka oleh Umar benar-benar terjadi. Abu Ubaidah dijangkiti penyakit Taun. Apabila
beliau dalam keadaan nazak beliau sempat memberi wasiat kepada muslimin yang lain.
Beliau berpesan:
‫ ْﻮَ ُﺐﻫ ْﻢ‬û‫ ﱡﻛ َِﺸﺘ‬a ‫ُﻐ‬ûَ‫وَِْإﻢر ْﱠ َنﺣوَ َﻤﻻُﺔَﺗ‬.َ*â‫ْ ْﺮوا ِﻢَﺋن‬Úَ‫ﺮ‬â ‫َﻣ‬jَ ْ‫ﻠَُﻷﺗ‬a ‫ َووَااﻫْﻧﻟَﺬﱠَاﺴﺼَا ُﻟﻼ ِﺤُﺬمﻮا َِيﻋ‬..‫ا‬.‫ﻮ‬v.ْ ‫ە‬-‫وََﺗﻣَ َﻣَﻌﻮاْﺎ َِدَ ِِﺻ‬ºَ ‫ام‬aِ‫ﺮِْإﻮو‬o‫ِْﻤﻟ ََُﻴ‬pِ‫ﻬْﻋِْ َﺘﻢﺼ‬õَُ‫ﻠْ َُنوﻤا‬a‫ﻮأﻋا‬aْ ‫ﺠأﻦ‬a‫ﺪ َِﻪِﺣﻣ َﱡ ْو‬n‫ْﻟﻗﻢُﻪﻮِاﻟ َُ} َ©ﱞﱢو‬aُ ‫َﻮﺎﺼُ َﻋﱠُنﺪﻬ‬àَa ‫أ ََ ْﻣوَﺎﺗﻃ‬a ‫ﻣ َُ َﺴﺣ ُْﻀﻬﻮﺎ ٍْ َﻢلن‬/َ‫َ„ﻒَر‬äَ ‫أﺮ‬a‫ﻬَﻟَو‬ä ‫أ‬aْ ‫ﻢﻟْ ْﻮ َُﻮﻣﻣ ﱢﻴُُْﻋﻮﺘا ﱢْﻤﻮ ََ َﺮﺷن‬a‫َدﺎاََﻟةم َ َﻤَﻓْوُﺮَﻬُء ْﺻ‬fia‫ِﺈﻟ ﱠﱠآﺰن‬Õ‫ َﻓا‬v‫ﻮ‬t ‫َﺗﺑ ِﺎ‬jَُ ‫ﻧآ‬hْ‫ ﱡ َﺪو‬a‫´َﺼْتﻮاَﻼ َاَﻋةﻟ‬â‫وَُﻤﻻاﻮﻟَاﺗ َْاﻤﻬ ِﻟْﻠﻮ ﱠ‬jَْ ‫أ ِﻗ‬a
Maksudnya : Hendaklah kamu menunaikan solat, zakat, berpuasa pada bulan
Ramadhan, bersedekah, menunaikan Haji dan Umrah. Nasihatilah pemimpin kamu dan
janganlah mengkhianati mereka. Jangan kamu tenggelam dengan dunia kerana
sekalipun seseorang itu hidup selama seribu tahun pasti dia tidak dapat melarikan diri
daripada menjadi seperti keadaan diriku yang kamu lihat sekarang ini. Sesungguh Allah
telah menetapkan kematian kepada anak cucu Adam maka mereka pasti akan mati.
Orang paling bijak dalam kalangan mereka ialah orang yang paling taat dengan Allah
dan orang yang paling yakin dengan hari kembali bertemu dengan-Nya.
Assalamualaikum wa Rahmatullah.

Akhirnya Abu Ubaidah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau
meninggal dunia pada tahun kelapan belas Hijrah ketika umurnya 58 tahun. Moga Allah
membalas segala jasanya untuk umat Islam.

17

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Sa’id bin Zaid

Saidina Sa’id bin Zaid bin Amru berasal daripada bangsa Quraisy. Beliau
merupakan ipar kepada Umar al-Khattab kerana beliau telah mengahwini adik
perempuan Umar yang bernama Fatimah binti al-Khattab. Saudara perempuan Sa’id
yang bernama Atikah pula merupakan isteri kepada Umar al-Khattab selepas daripada
kematian suaminya Abdullah bin Abu Bakar.

Ayah Said iaitu Zaid bin Amru merupakan orang yang bersungguh-sungguh
mencari kebenaran. Walaupun Zaid tidak sempat beriman dengan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬
namun beliau menjauhkan dirinya daripada perbuatan sesat musyrikin Quraisy. Beliau
percaya bahawa penyembahan berhala dan perbuatan syirik lain merupakan suatu
amalan yang bercanggah dengan fitrah.

Suatu hari Zaid bersandar di Ka’bah dan berkata:14
‫ض‬q ‫ﻟ َﻬﺎ اﻟ ُﻌ ْﺸ َﺐ ِﻣ َﻦ ا َﻷ ْر‬a ‫ َن َﺖ‬0َ‫ﻠأ ْْﻧﻮ‬a‫و‬â ‫ﻣوﺎَˇ َﺗ ْ ْﺖﺠ َ َﻬ‬q ‫ﻤ ْﺎﻢِء َﻗَﻓْ َﻮ ًﺮ‬fiَâ ‫أﱠَﺴرا‬a ‫ﻟ‬s‫ا‬v ‫ﱢ‬t‫َﻤا َ ْﻄﺳَ ِﺮﻤ ِِﻪﻣ َِإﻦ‬oq‫ْاﻟ‬p ‫َﻬﺎَﻏ‬h‫ﻟ‬a ‫ل‬a َ‫أﻬ ْﺎﻧ َﺰَﻋ‬a َ ‫ ُﺛ َ ﱠوﻢ ُﻫَﺗَ ْﻮﺬ َا}ﻟ ُِﺬﺤ ْﻮَيﻧ‬û‫ﻠ ََﻘﺸَ ِﻬﻌﺎ َ¿ ْ ُﺖ‬a‫اﻟ َﺸﺎ ُة َﺧَﻓ‬...‫ﺶ‬À Îْ©َ ‫ ُﻗ‬±َ َ≤ ‫ﺎ َﻣ ْﻌ‬õَ
Maksudnya : Wahai golongan Quraisy…kambing diciptakan oleh Allah. Dialah yang
menurunkan hujan untuk menghilangkan dahaga kambing tersebut. Dia jua yang
menumbuhkan rumput agar kambing tersebut kekenyangan. Lalu kamu sembelih
kambing tersebut dengan menyebut nama selain Allah. Aku melihat kamu semua
merupakan kaum yang berada dalam kejahilan.

Disebabkan kelantangan Zaid tersebut, beliau telah dianiayai oleh musyrikin
Mekah sehingga mereka menghalau beliau dari Mekah. Lalu beliau berlindung di Gua
Hira. Beliau tidak boleh memasuki kota Mekah kecuali dengan cara sembunyi-sembunyi.

Pada suatu ketika Zaid bin Amru berjumpa dengan beberapa orang temannya.
Mereka ialah Waraqah bin Naufal, Abdullah bin Jahsy, Uthman bin Harith dan Umaimah
binti Abdul Muttalib. Beliau berkata kepada mereka berempat:15
‫* ْﻢ ِد ْﻳ ًﻨﺎ َﺗ ِﺪ ْﻳ ُﻨ ْﻮ َن ِ} ِﻪ‬â ‫ﻟ ُﻔ ْﻮ ُە َﻓﺎ ْﺑ َﺘ ُﻐﻮا ِ َﻷ ْﻧ ُﻔ ِﺴ‬a ‫ َﻢ َو َﺧﺎ‬jْ ‫ﻣﺄ ْْﻮوا َنِد ْاﻳﻟ ََﻨﻦ َِإﺠْﺑﺎ َ َةﺮا ِﻫ‬â ُ‫ْأﻢ ْ َﺧﺗ ََﺮﻄ‬a ‫ﻬﻛ ْْﻨ ُﻢﺘ‬âُ ‫ ِإَوِْ”نﱠﻧ‬Õ2 À p‫ َﺷ‬ha ‫ ُﺴ ْﻮا َﻋ‬/ْ ‫ﻟ‬a ‫ ْﻢ‬Úâ ‫أ ﱠن َﻗ ْﻮ َﻣ‬a ‫ﻠ ُﻤ ْﻮ َن‬a ‫ﻟ َﺘ ْﻌ‬a ûِ ‫ ْﻢ َو‬Úâ ‫ِإ ﱠﻧ‬

14 Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sahabah mukasurat 227 jilid 1
15 Ibid mukasurat 228 jilid 1

18

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Maksudnya : Demi Allah sesungguhkan kamu tahu bahawa kaum kamu berada dalam
kesesatan dan mereka telah menyalahi agama Nabi Ibrahim. Oleh itu, carilah untuk diri
kamu semua agama yang boleh kamu anuti jika kamu ingin selamat.

Empat orang tersebut terkesan dengan kata-kata Zaid. Jadi mereka pun
mengambil keputusan untuk mencari agama yang benar. Namun Uthman dan Abdullah
bertemu jalan kegagalan dan tidak menemui apa-apa agama untuk dianuti manakala
Waraqah telah memeluk Kristian.

Zaid bin Amru telah pergi ke bumi Syam semata-mata mahu mencari agama yang
benar. Di Syam dia bertemu dengan seorang paderi. Paderi itu tahu bahawa Zaid
mencari agama Nabi Ibrahim lalu paderi tersebut mengkhabarkan bahawa agama Nabi
Ibrahim sudah tidak ada tetapi akan dibangkitkan seorang rasul yang akan
memperbaharui agama Nabi Ibrahim. Paderi itu juga berkata kepada Zaid bahawa rasul
tersebut akan dibangkitkan di tempat tinggal Zaid sendiri iaitu kota Mekah.

Zaid pun bergegas pulang ke Mekah kerana ingin berjumpa dengan Nabi yang
dijanjikan tersebut. Tetapi di tengah-tengah perjalanan pulang ke Mekah beliau diserang
oleh sekumpulan Arab Badwi dan akhirnya beliau terbunuh. Sebelum beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau memandang ke langit lalu berkata:16

‫ ًﺪا‬jْ ‫ َﺳ ِﻌ‬Õv t ِ ‫ﺮْم ِﻣ ْﻨ ُﻪ ا ْﺑ‬q ‫ َﻓ َﻼ َﺗ ْﺤ‬oq ْp ‫ ِﻣ ْﻦ َﻫ َﺬا اﻟ َﺨ‬Õْ v t ِ ‫ﻛ ْﻨ ّﺖ َﺣ ﱠﺮْﻣ َﺘ‬â ‫اﻟﻠ ُﻬ ﱠﻢ ِإ ْن‬

Maksudnya : Ya Allah, seandainya engkau tidak memberi peluang kepadaku dengan
kebaikan ini janganlah engkau menyekatnya daripada anakku Sa’id.

Zaid meninggal dunia sebelum mengucapkan syahadah di hadapan Baginda
Rasulullah. Namun beliau dikira sebagai ‘ahli fatrah’. Ahli fatrah idak akan diazab oleh
Allah kerana tidak sempat dengan risalah para nabi. Walaupun beliau tidak sempat
dengan Rasulullah ‫ ﷺ‬namun beliau sangat mengharapkan anaknya Said mendapat
kebaikan tersebut. Allah Taala memakbulkan apa yang diharapkan Zaid. Anaknya Said
menjadi sahabat Rasulullah bahkan termasuk daripada 10 orang sahabat yang dijamin
syurga.

Sa’id bin Zaid antara pemuda yang banyak mengorbankan masanya untuk Islam.
Beliau memeluk Islam sebelum berusia 20 tahun dan menyertai semua peperangan yang
dihadiri Baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬kecuali peperangan Badar. Hal ini kerana pada ketika itu
beliau dan Talhah bin Ubaidillah diarahkan ke negeri Syam untuk melakukan kegiatan
perisikan.

16 Ibid mukasurat 229 jilid 1

19

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Makbul Doa

Antara kelebihan yang ada pada Sa’id bin Zaid ialah doanya yang makbul. Suatu ketika
pada zaman Khilafah Umawiyah, ada seorang perempuan yang bernama Arwa binti
Uwais menyebarkan cerita bahawa Sa’id bin Zaid telah merampas tanah kepunyaannya.
Perempuan tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja bahkan dia mengadu perkara
tersebut kepada gabenor Madinah pada waktu tersebut iaitu Marwan bin Abdul Malik.

Marwan pun menghantar seseorang menanyakan perkara tersebut kepada Sa’id
bin Zaid sendiri. Sa’id bin Zaid pun menjawab:17

¢َt pْ ‫أ َر ِﺿ‬a ‫ﻊ‬q ‫ﺎ َﻣ ِﺔ ِﻣ ْﻦ َﺳ ْﺒ‬jَ ‫ض َﻃ ﱠﻮ َﻗ ُﻪ َﻳ ْﻮ َم اﻟ ِﻘ‬À ‫أ ْر‬a ‫ا ِﻣ ْﻦ‬oُ ْ· ‫ﻠ َﻢ ِﺷ‬a ‫ﻇ‬a ‫ ُﻘ ْﻮ ُل " َﻣ ْﻦ‬õَ ‫ ﷺ‬ûِ ‫ﻠ ْﻤ ُﺘ َﻬﺎ َو َﻗ ْﺪ َﺳ ِﻤ ْﻌ ُﺖ َر ُﺳ ْﻮ َل‬a ‫ﻇ‬a sv t ِ‫أ َﺗ َﺮ ْو‬a

Maksudnya : Adakah kamu menganggap aku menzalimi dirinya sedangkan aku telah
mendengar Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang menzalimi satu jengkal sahaja daripada
tanah, dia akan dibebankan pada Hari Kiamat dengan tujuh lapisan bumi.”

Beliau pun berdoa:
‫ َﻫﺎ‬oq ْ2 ‫ ِﺑ‬êv t ِ ‫ َﻫﺎ‬oَ ْ· ‫ َﻫﺎ َوَﺗ َﺠ َﻌ ْﻞ َﻗ‬-َ َ }َ 8v ِ ‫ ُﺗ ْﻌ‬Õ‫ﺎ ِذ َ} ًﺔ َﻓ َﻼ ُﺗ ِﻤ ْﺘ َﻬﺎ َﺣ ‡ﱠ‬àa ‫ﺎ َﻧ ْﺖ‬àa ‫اﻟ ˜ﻠ ُﻬ ﱠﻢ ِإ ْن‬

Maksudnya: Ya Allah, jika sekiranya perempuan tersebut seorang pendusta maka
janganlah matikan dia sehingga engkau butakan matanya dan jadikanlah kuburnya di
dalam telaganya.

Apa yang didoakan oleh Sa’id bin Zaid benar-benar terjadi. Perempuan tersebut
menjadi buta dan dia mati disebabkan terjatuh di dalam perigi di rumahnya sendiri.
Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Said bin Zaid seorang sahabat yang mustajab
doanya. Perkara tersebut bukan suatu perkara yang ganjil kerana Baginda Rasulullah ada
bersabda:

‫ﻣﺬي‬o‡ ‫ ِﺣ َﺠﺎ ٌب رواە اﻟ‬ûِ ¢َt pْ nَ‫ َﺲ َﺑ ْ& َﻨ ُﻪ َو‬/ْ ‫ﻟ‬a ‫ﻠ ْﻮِم َﻓِﺈ ﱠﻧ ُﻪ‬â ‫ﻈ‬ä ‫ا ﱠﺗ ُﻘ ْﻮا َد ْﻋ َﻮ َة اﻟ َﻤ‬

Maksudnya : Takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi kerana tidak ada hijab
antaranya dengan Allah.

Hadis riwayat Tirmizi

Sudah terang lagi bersuluh di dalam peristiwa ini bahawa Said difitnah dan
dizalimi oleh perempuan tersebut. Jadi kita hendaklah berhati-hati dan mengelakkan diri
kita daripada menzalimi orang lain. Mungkin sahaja bala musibah yang menimpa kita

17 Ibnu Athir, Asadul Ghabah mukasurat 485

20

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

disebabkan doa insan lain yang teraniayai disebabkan kita. Sa’id bin Zaid meninggal
dunia pada tahun 50 hijrah pada umur 70 tahun lebih. Ada pandangan mengatakan
beliau meninggal dunia tahun 58 hijrah.

Inilah kisah 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga. Banyak yang kita boleh
pelajari daripada kehidupan mereka. Kita boleh lihat sendiri bagaimana mereka
mengabdikan kehidupan mereka untuk agama. Sudah pasti mereka mendapat jamina
syurga hasil pengorbanan mereka dalam menegakkan agama. Moga-moga kita dapat
mengambil pengajaran daripada kisah kehidupan mereka dan dapat menjadikannya
sebagai pedoman kehidupan.

21

Inspirasi Sahabat Jaminan Syurga | SMITI Tahfiz Tok Guru

Bibliografi

Abdurrahman Rafat Basya, Suwar min Hayati Sahabah, Mesir, Darul Adab Islami, 2015.

Abdullah bin al-Mubarak, Zuhd wa Raqaiq, Lubnan, Darul Kutub Ilmiah.

Ali bin Hasan bin Hibatillah bin Asakir, Tarikh Madinah Dimasq, Lubnan, Dar Kutub
Ilmiah, 2012.

Ali bin Muhammad al-Jazari Ibnu Athir, Asadul Ghabah fi Ma’rifati Sahabah, Lubnan, Dar
Ibnu Hazm, 2012.

Muhammad Khudhori Bik, Nurul Yakin fi Sirah Sayyidil Mursalin, Lubnan, Dar Sadir,2005.

Ingin terus membantu

pihak kami menjayakan proses penyelenggaraan
bangunan SMITI Tahfiz Tok Guru bagi menyediakan
ruang pendidikan yang sempurna dan selesa kepada

anak-anak tahfiz kita?

Klik butang di bawah untuk menyumbang

https://bit.ly/danasmiti

atau

Anda juga boleh menyumbang secara manual ke
akaun bank SMITI Tahfiz Tok Guru

5530 1064 2856

PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU

sumbangan” Reference”


Click to View FlipBook Version