The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KENEGARAAN MALAYSIA
PEKAN RABU (KUMPULAN 4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by neohxy0415, 2021-06-20 08:29:51

PEKAN RABU

KENEGARAAN MALAYSIA
PEKAN RABU (KUMPULAN 4)

WA RISAN . BANGSA . MEL YA . U PEKAN RABU Lubuk Rezeki Peniaga Melayu 4 KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PEKAN RABUCABARAN PENIAGA DI PEKAN RABUKEPENTINGAN PEKAN RABUSEJARAH PERKEMBANGAN PEKAN RABU


Izzah Fathimah Prakata Mathu Nafis Wani Chen Neoh Sakinah Devin Nadjween Nilai-nilai kenegaraan merupakan benteng yang menghalang tribulasi anasir luar yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang utuh. Semoga nilai-nilai kenegaraan sentiasa diterapkan dalam diri golongan muda. Kita sebagai generasi muda, harus menjunjung ketinggian negara Semoga sumbangan yang sedikit ini mampu menjentik rohani setiap jiwa Malaysia dan mampu meniupkan semangat pembangunan negara. Semoga e-majalah ini dapat memanfaatkan pembaca dan menyedarkan semua pembaca tentang nilai-nilai kenegaraan Semoga segala maklumat yang diberikan menambahkan ilmu pengetahuan pembaca dan nilai kenegaraan dalam diri semakin bertambah. Semoga melalui majalah ini boleh memberikan pengetahuan tambahan kepada anak-anak muda untuk mengetahui di sebalik cerita Pekan Rabu Semoga generasi kini tidak memandang remeh tentang semangat kenegaraan. Menulis e-majalah ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai,dengan itu harapnya ia mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Nilai-nilai Kenegaraan adalah landasan utama dalam membangunkan masyarakat yang harmonis dan berkembang.


Objektif Kajian ISI KANDUNGAN 01 02 Pengenalan Pekan Rabu 03 Sejarah Perkembangan Pekan Rabu 07 Kepentingan Pekan Rabu Keistimewaan dan Keunikan Pekan Rabu Soal - Selidik Pelanggan 10 15 17 Tanggapan Masyarakat terhadap Pekan Rabu Kesimpulan 20 23 Cabaran Peniaga di Pekan Rabu


1. Mengkaji perkembangan sejarah di Pekan Rabu. 2. Mengenal pasti keistimewaan dan keunikan di Pekan Rabu. 3. Menganalisis kepentingan Pekan Rabu dari aspek sosial dan ekonomi. Objektif Kajian Kajian ini dilakukan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut: KAEDAH KAJIAN KAEDAH TEMU - BUAL Kaedah temu-bual dijalankan di Pekan Rabu, terhadap responden yang terdiri daripada golongan peniaga dan pengguna. Kaedah ini diguna untuk menyelidik pendapat mereka terhadap Pekan Rabu secara lisan. Peniaga pula dipilih secara rawak daripada kategori penjual makanan dan penjual tekstil. 1 KAEDAH SOAL-SELIDIK Kaedah soal-selidik melalui borang soalselidik diedarkan untuk menerima respon daripada pengguna. Jumlah responden yang mengisi borang soalselidik adalah 10 orang. Kaedah ini diguna untuk menganalisis secara terperinci tentang tanggapan masyarakat terhadap Pekan Rabu. KAEDAH PUSTAKAAN Kaedah ini digunakan untuk memperoleh maklumat berlanjutan mengenai Pekan Rabu. Kaedah ini dilakukan melalui sumber internet seperti ‘Google Scholar’ dan sumber bukan internet seperti buku dan majalah Pernyataan Masalah Apakah keistimewaan dan kepentingan Pekan Rabu sehingga menjadi lambang kemegahan peniaga Melayu? Oleh : Mathu Mitha


Pekan Rabu adalah sebuah kota kecil yang terletak di tengah-tengah dataran rendah. Kota ini dikenal dengan sebutan "Pekan Rabu" kerana hari Rabu menjadi momen istimewa bagi masyarakatnya. Pada hari tersebut, berbagai kegiatan dan peristiwa menarik sering kali terjadi, membuatnya menjadi pusat kegiatan mingguan yang dinantikan oleh penduduk setempat. Pagi-pagi, pasar tradisional di pusat kota Pekan Rabu sudah ramai dengan berbagai pedagang dan pembeli yang datang dari berbagai desa sekitar. Pasar ini terkenal kerana menawarkan beragam produk lokal, mulai dari hasil pertanian, kerajinan tangan, hingga kuliner khas daerah. Pengenalan Pekan Rabu 3 OLEH : DEVINDRAN 2 Hari Rabu di Pekan Rabu bukan hanya tentang aktivitas pasar dan seni, tetapi juga tentang kebersamaan dan solidaritas. Warga saling bersapa, bertukar cerita, dan berbagi pengalaman. Ini menciptakan ikatan yang kuat antara penduduk kota, membuat Pekan Rabu lebih dari sekadar tempat tinggal, melainkan sebuah komunitas yang penuh kehangatan. Pekan Rabu, dengan segala keunikannya, bukan hanya sekadar kota kecil di peta, tetapi adalah tempat di mana kehidupan bermasyarakat tumbuh subur. Setiap Rabu, kota ini menyuguhkan cerita hidup yang penuh warna dan kehangatan, menciptakan kenangan indah bagi siapa pun yang singgah di sana.


Oleh: Chen Ken Xiong 3 Sejarah Perkembangan Pekan Rabu 1930-2023


Maka, peladang akan menghadapi beberapa masalah pada Pekan Rabu, termasuk kehilangan tempat untuk beroperasi dan pendapatan kerana sesetengah peniaga menganggap Tanjung Chali sebagai mata pencarian pendapatan mereka. (Abdul Rahman Mat Zain, 2020) Oleh sebab itu, Tunku Yaacob telah berjaya mencari satu tempat strategik yang terletak di sebelah Jalan Tunku Ibrahim dengan Sungai Raja. Apa yang kita ketahui, ia mempunyai luas tapak 39400 kaki persegi. Akhirnya, pada tahun 1932, Pekan Rabu di tempat Baharu iaitu, Jalan Tunku Ibrahim telah dibina. Ia terdiri daripada tiga bangunan yang dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah. Ia berbentuk gedong dengan atap zink, lantai batu dan tiang kayu. Lantai simen telah dibina di bahagian atasan khas untuk peniaga-peniaga Syarikat Pekan Rabu. Pada 7 Ogos 1940, peniaga Pekan Rabu di Alor Setar menubuhkan Syarikat Bekerjasama Kebajikan Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggungan Berhad untuk membantu peniaga-peniaga lain dalam perniagaan supaya perniagaan mereka dapat berjalan lebih lancar. Sebenarnya, syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan, maklumat, dan sokongan kepada peniaga-peniaga Melayu agar mereka dapat bersaing dengan peniaga Cina di sekitar Pekan Rabu. Pada tahun 1968, nama Syarikat telah dipindahkan kepada Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Bekerjasama Alor Setar Tangungan Berhad. (Yanmie Online, 2010) Perubahan ini juga melibatkan perubahan dalam objektif Syarikat. Sejarah Awalan Pekan Rabu Sebut sahaja negeri Kedah, kenal pasti semua orang mengetahui Kompleks Pekan Rabu Alor Setar. Kompleks ini telah memberi banyak rezeki kepada peniaga-peniaga tempatan dari generasi ke generasi yang lain. Dengan itu, mengikut sejarah seorang Putera Diraja Kedah, Tunku Yaakob merupakan orang yang mengasaskan Pekan Rabu Alor Setar. Sebenarnya, Pekan Rabu adalah ditubuhkan di Tanjung Chali, Alor Setar pada awalnya dan ia telah dipindahkan ke Jalan Tunku Ibrahim dan kekal sehingga hari ini atas keusahaan Tunku Yaacob. (Abdul Rahman Mat Zain, 2020) Tujuan penubuhan Pekan Rabu adalah untuk membantu petani dan peladang tempatan menjual hasil keluaran mereka untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Jika diselami, Tunku Yaacob Abdul Hamid Halim Shah dilahirkan pada hari Rabu, maka pasar mingguan itu dikenali sebagai Pekan Rabu, dan ia hanya dibuka pada Rabu sahaja setiap minggu sejak April 1930. Pada mulanya, Bangunan Pekan Rabu ini berbentuk struktur terbuka yang Panjang dengan, tiang kayu, atap nipah dan lantai simen. Tetapi, menjelang tahun 1932, Kerajaan Negeri Kedah telah memberi notis kepada Pekan Rabu di Tanjung Chali untuk berpindah tempat kerana ruang niaga yang sempit dan Kerajaan tempatan ingin membina Bangunan Kastam di tempat tersebut. (Shahbudin, 1986/87) 4 Rajah 2: Tunku Yaacob Abdul Hamid Halim Shah Sumber: Internet Rajah 1 : Pemandangan di Pekan Rabu Sumber: Internet


5 Dengan itu, Kompleks Pekan Rabu di Alor Setar dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Pada 25 Februari 1978. Pada masa itu, kompleks itu mempunyai 347 gerai yang digunakan oleh anggota Koperasi Pekan Rabu di Fasa 1 dan 2. Dengan itu, orang yang tidak menjadi anggota juga boleh menyewa gerai, dengan harga sewa bulanan antara RM 90 dan RM 300. Sejarah Pertengahan Pekan Rabu Pada tahun 1956, peniaga Pekan Rabu membuat permohonan untuk mendapatkan hak milik tanah Tapak Pekan Rabu dan ia telah diajukan dan masih berada dalam perundingan sehingga tahun 1970. Pada tahun 1972, kerajaan Negeri Kedah bersetuju untuk menjual tapak Pekan Rabu kepada Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Bekerjasama Alor Setar Tanggungan Bhd yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir yang merupakan bekas penasihat syarikat ini dan juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Pekan Rabu perlu bantuan kewangan dari MARA kerana untuk melaksanakan perancangan ini memerlukan RM 2.6 juta. (Shahbudin, 1986/87) Tetapi syarat untuk bantuan adalah tanah tersebut akan dipajakkan kepada MARA untuk tempoh yang akan ditentukan. Bukan itu Sahaja, Syarikat juga perlu membayar bayaran sewaan kepada MARA sebanyak RM 10,000.00 setiap bulan selama 3 tahun, selepas itu jumlahnya akan menjadi RM 13,000 setiap bulan selama 17 tahun kepada MARA. Pada tahun 1957, Kerajaan Negeri Kedah menaik taraf Pekan Rabu di sebelah Jalan Tunku Ibrahim dan ia telah dibina di kawasan yang mempunyai keluasan sebanyak 44,500 kaki persegi, dan perlu dikenakan bayaran tahunan sebanyak RM 400 kepada Encik Mustafa yang merupakan pengerusi Syarikat tersebut. (Abdul Rahman Mat Zain, 2020) Sebagai penghormatan kepada jasa Tunku Yaacob Abdul Hamid Halim Shah, bangunan itu dinamakan sebagai Pasar Yaacob. Di lokasi itu, 10 gerai makanan beroperasi pada masa yang sama. Bahagian belakang Bangunan Pekan Rabu telah ditambah dengan dua baris kedai pada tahun 1958. Syarikat membiayai kedai. Oleh itu, peniaga mempunyai keupayaan untuk membayar sewa secara harian, mingguan atau bulanan. Rajah 5: Pemandangan di Pekan Rabu Sumber: Internet Rajah 3: Upacara perasmian oleh Tun M di Galeri Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Rajah 4: Upacara perasmian oleh Tun M di Galeri Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian


6 Pada 6 Mei 2018, Kompleks Pekan Rabu Alor Setar, yang merupakan kompleks utama yang menggunakan teknologi 'Diaphragm Wall' dan ia telah dirasmikan oleh Datuk Seri Ahmad Bashah, bekas Menteri Besar Kedah. (Abdul Rahman Mat Zain, 2020) Sehingga hari ini, Kompleks Pekan Rabu masih dianggap sebagai mercu tanda yang dihormati di Kedah. Sejarah Perkembangan Akhiran Dan Berkembang Menjadi Pekan Rabu Baru Pada tahun 2014, Kompleks Pekan Rabu telah dinaik taraf lagi dan kini ia memiliki reka bentuk moden tetapi masih mengekalkan dengan elemen sejarah lama Pekan Rabu. Pada 29 Januari 2018, Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad telah mengurus Kompleks Pekan Rabu. Bangunan baru ini mempunyai 355 ruang niaga tambahan, termasuk kedai, kiosk, dan gerai makanan, serta tempat letak kereta, parker motosikal, lif, dan surau. Rajah 6: Pemandangan di Pekan Rabu Sumber: Internet Rajah 7: Pemandangan di Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Rajah 8: Pemandangan di Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Rajah 9: Sesi Temu Bual Bersama Peniaga Sumber: Kaedah Temu Bual


Keistimewaan & Keunikan Keistimewaan & Keunikan Oleh: Nadjween Hanie 7 Pekan Rabu


“...Pekan Rabu terus menjadi lambang kemegahan orang Melayu di Kedah...” Lubuk Rezeki Peniaga Melayu Ternasuklah Tun M Keistimewaan dan keunikan Pekan Rabu telah bermula seawal pembukaannya pada tahun 1930. Hal ini kerana, ia telah menjadi lubuk rezeki bagi peniaga-peniaga Melayu di sekitar Alor Setar dan seantero negeri Kedah dek kerana penjualnya yang terdiri daripada seratus peratus orang Melayu. Hal ini sekaligus telah menjadikan Pekan Rabu sebagai mercu tanda perniagaan orang Melayu yang terkemuka di Malaysia. Mana tidaknya, mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun. Dr. Mahathir Mohamad juga pernah bergelar peniaga di Pekan Rabu sekitar tahun 1942 hingga 1944 (Noor, 2020). Beliau dikhabarkan membuka kedai kopi, menjual cendol serta buah-buahan semasa zaman pendudukan Jepun. Kini, walaupun dalam kesibukan diri menempuh kepesatan alam pekerjaan, setiap tahun beliau akan menyinggah ke sebuah kedai songkok di Pekan rabu yang menjual songkok berjenama Songkok Style Tun (Hashim, 2019). Tambahan lagi, terdapat beberapa tokoh terhormat serta ahli politik ternama yang sering berkunjung ke Pasar Rabu termasuklah YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan. Oleh itu, tindakan mereka ini mencerminkan nilai eksklusiviti dalam barangan yang dijual di Pasar Rabu sehingga menjadi tumpuan utama masyarakat terutamanya apabila tiba musim sambutan Hari Raya Aidilfitri. Reka Bentuk Bangunan Menerapkan Nilai Islamik Selain itu, keunikan Pekan Rabu ini mampu dilihat melalui reka bentuk bangunannya yang memerincikan nilai-nilai seni bina Islam (MalaysiaGazette, 2023). Pekan Rabu yang pada asalnya bertapak di Tanjung Chali kemudian telah berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim sehingga ke hari ini serta digelar Kompleks Pekan Rabu. Umum mengetahui bahawa pada Mac 2018, Kompleks Pekan Rabu telah pun berwajah baru setelah bangunannya diubah suai dengan persetujuan Perdana Menteri pada ketika itu, Dato’ Seri Najib Razak. Biarpun penambahbaikkan telah dijalankan keatas bangunan Kompleks Pekan Rabu ini, namun nilai estetikanya itu tidak pernah terpadam. Ciri-ciri ini terserlah melalui ukiran pada bahagian hadapan Kompleks Pekan Rabu yang sekaligus melambangkan orang Melayu beragama Islam sebagai para peniaga yang mendominasi perniagaan di dalam kompleks tersebut. Bagi sesetengah pihak, seni bina Kompleks Pekan Rabu ini berkemungkinan tidak membawa sebarang impak pada masa kini, terutamanya dalam kita menyelusuri arus pemodenan yang sungguh canggih. Namun, tatkala kita berhenti sejenak, kita bakal tersedar bahawa nilai Islamik dalam seni bina yang dikekalkan sejak dari tahun 1930 sudah pasti melambangkan negeri Kedah sebagai negeri Islam serta menjadi kebanggan orang Melayu sebagai penjual dan pembeli utama di kompleks ini. 8 Rajah 10: Seni bina Kompleks Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Rajah 11: Tun M membeli Songkok Style Tun Sumber: Internet


9 Shopee Pekan Rabu Akhir sekali, Pekan Rabu yang dikenali sebagai pasar yang menjual barangan tradisional tidak terlepas untuk berkembang sejajar dengan arus pemodenan kini. Oleh yang demikian, keunikan yang terakhir ini dapat dilihat lantaran masih terdapat lagi segelintir masyarakat yang tidak cakna mengenai kewujudan Shopee Pekan Rabu. Platform dalam talian ini telah dibangunkan oleh para peniaga tempatan agar mereka mampu mengembangkan lagi pemasaran produk lokal ke setiap pelosok negara. Menurut perkongsian seorang wanita di Internet, antara produk yang menjadi kegemaran ramai termasuklah asam jawa kampung tiada biji kerana penggunaanya yang lebih mudah (Faizal, 2021). Bahkan, kuih muih kesukaan ramai seperti kuih bahulu dan kuih bangkit juga tidak terlepas untuk dipos kepada pelanggan yang membuat pembelian. Hal ini sekaligus melambangkan kemegahan barang buatan orang Melayu yang mampu untuk menambat hati pengguna sehinggakan ada yang terus menjadi pelanggan tetap di platform Shopee tersebut. Hatta, Pekan Rabu menjadi refleksi kepada strategi dan kreativiti masyarakat Melayu yang sebenarnya sangat berpotensi untuk terus maju. Suatu hari nanti, ianya bukanlah menjadi suatu perkara yang aneh apabila penjualan dalam talian produk-produk di Pekan Rabu ini mampu untuk mengukir nama di persada antarabangsa serta terkenal secara global. Pasar yang Mengangkat Produk Keluaran Tempatan Seterusnya, keistimewaan Pekan Rabu ini tidak mampu tersasar jauh dari matlamat utama pelaksanaanya iaitu bagi mengeluarkan produk keluaran tempatan demi menyokong aktiviti ekonomi komuniti Bumiputera di Kedah. Terdapat sejumlah 277 peniaga yang menjual produk-produk tempatan seperti makanan, kuih, pakaian tradisional, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) (Rosli, 2018). Disebabkan mutu penghasilan produk yang tinggi, Pekan Rabu telah menjadi tumpuan pelancong di Alor Setar sejak berdekad lamanya. Koleksi barangan yang dijual merupakan barang keperluan rumah yang dekat di hati setiap pembeli kerana memenuhi ciri-ciri tradisional Melayu. Dikhabarkan di aras paling tinggi, terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pekasam seperti pekasam ikan dan daging (Umminani, 2021). Tidak cukup dengan itu, terdapat juga hasil kraftangan masyarakat tempatan yang dijual dan menjadi daya tarikan kepada para pengunjung terutama bagi mereka yang berasal dari bandar untuk mendapatkan bakul rotan, penyapu lidi, tikar anyam dan banyak lagi barangan yang dihasilkan sendiri oleh peniaga dengan penuh tekun dan telus. Hasilnya, Pekan Rabu menjadi pusat yang mengangkat barangan keluaran tempatan serta membuka periuk nasi bagi para peniaga untuk mengkomersialkan produk ini bagi mendapat tumpuan di peringkat nasional mahupun global. Rajah 12: Kedai Pekan Rabu secara dalam talian Sumber: Internet Rajah 13: Kedai menjual produk tempatan di Pekan Rabu Sumber: Internet


Pekan Rabu KEPENTINGAN 10


Berdasarkan sejarah, Pekan Rabu diasaskan oleh seorang putera Diraja Kedah, Tunku Yaakob Abdul Hamid Halim Shah bertujuan memberi peluang kepada orang Melayu berniaga dan meningkatkan ekonomi bangsa tersebut. Orang Melayu yang tinggal di sekitar Alor Setar pada ketika itu digalakkan mengambil bahagian dalam perniagaan dengan menjual hasil tanaman dan perusahaan kampung, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka.Bagaimanapun pada tahun 1932, Pekan Rabu di Tanjung Chali diarah berpindah ke tempat lain selepas tapak tersebut akan dibina sebuah bangunan pejabat Kastam yang baharu. 7 Aspek Sosial Antara kepentingan Pekan Rabu adalah mewujudkan masyarakat setempat yang bijak berdagang (wawacara bersama pengunjung ði Pekan Rabu). Hal ini dikatakan demikian kerana kewujudan Pekan Rabu di pusat bandar Alor Setar telah memangkin masyarakat Melayu setempat untuk berniaga pelbagai barangan keperluan mahupun barangan tradisional. Lagipun, Pekan Rabu kebiasaannya menjual barangan yang mempunyai nilai bukan hanya pada mata wang namun mempunyai nilai keaslian yang tinggi juga.Misalnya,pelbagai makanan dan barangan tradisional yang dibuat secara tradisional masih dijual di Pekan Rabu termasuklah dodol,pelbagai jenis pekasam dan pelbagai jenis anyaman. Oleh: Nafisuddin dan Dzawani Sumber: Internet dan Kajian Lapangan 11 Rajah 14 : Kedai Pekan Rabu secara dalam talianSumber: Internet Tunku Yaacob kemudian memindahkan Pekan Rabu ke Jalan Tunku Ibrahim, terletak kira-kira satu kilometer dari tapak asal dan ia kekal sampai sekarang.Pekan Rabu merupakan medan pertemuan pengeluar dan pengguna untuk menjalankan urusan jual beli baik hasil pertanian mahupun produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kini, Pekan rabu menjadi wadah peniagapeniaga Melayu untuk mencari punca pencarian dan membantu dalam membentuk Masyarakat yang berdaya saing.


9 Kepentingan Pekan Rabu dari segi sosial juga adalah mendidik masyarakat awam mengenali barangan-barangan dan juadah tradisional masyarakat Melayu (wawacara bersama pengunjung ði Pekan Rabu).Dalam konteks ini, pengunjung yang datang ke Pekan Rabu mendapat kesempatan untuk mengenali dan mempelajari namanama juadah masyarakat Melayu yang boleh disebut di ambang kepupusan.Antaranya,dodol lemak,kuih bangkit dan juga kuih cakar ayam yang sukar ditemui di pasar-pasar lainnya. Perkara ini menyumbang kepada pemeliharaan kebudayaan Melayu yang kaya dengan kepelbagaian sajian menarik yang masih kekal tidak berubah walaupun telah melalui perubahan zaman. 12 Rajah 15 : Kedai Pekan Rabu secara dalam talian Sumber: Internet Malahan,Tekstil Kebanggaan bangsa Melayu iaitu Songket jugak tidak terkecuali dalam terus menjadi pilihan para peniaga di Pekan Rabu untuk terus menjual tekstil pakaian bangsawan pada zaman dulu kala itu.Antara barangan dan pakaian yang diperbuat daripada kain songket adalah tengkolok,sampin juga baju kebaya labuh yang dijual di Pekan Rabu .Hal ini telah banyak membantu dalam menaikkan semula permintaan terhadap barangan dan sajian yang hampir dilupakan oleh segenap lapisan masyarakat pada masa yang sama membuka mata pelbagai pihak tentang kepentingan Pekan Rabu dalam memelihara khazanah bangsa Melayu yang tidak ternilai harganya. Tambahan pula, barangan di Pekan Rabu akan sentiasa dipantau supaya tidak ada peniaga yang bertindak seperti menangguk di air yang keruh sehingga mengaburi pembeli untuk membeli produk mereka.Hal ini telah mengakibatkan, membentuk para peniaga di Pekan Rabu untuk telus dan bersih daripada sebarang bentuk penipuan terhadap pelanggan. Sebagai contoh Sudah terang lagi bersuluh bahawa produk yang dipasarkan di Pekan Rabu terjamin keaslian di samping melindungi hak para pengguna.


Berdasarkan sejarah negeri Kedah, Pekan Rabu ditubuhkan oleh Tunku Yaakob Abdul Hamid Halim Shah, Putera Diraja Kedah bagi menggalakkan perkembangan ekonomi masyarakat Melayu pada 1930. Ketika itu, masyarakat Melayu setempat digalakkan berniaga hasil tanaman dan perusahaan kampung. Pada 1932, Pekan Rabu dipindahkan ke lokasi lain yang tidak jauh dari lokasi asal. Pada tahun 2014, kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah membina bangunan baharu yang kini dikenali sebagai Kompleks Pekan Rabu di tapak yang sama yang telah menelan kos kira-kira RM55.7 juta dan dibuka semula pada tahun 2018. Kompleks Pekan Rabu telah berjaya menarik minat ramai lagi peniaga melayu untuk bertapak dan memulakan perniagaan mereka di situ. Terdapat peniaga yang menjual makanan, kuih muih, pakaian tradisional, songkok, kraf tangan dan banyak lagi produk industri kecil dan sederhana (IKS). Menurut Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Mohamed Jalaluddin Mohd. Noor, pengunjung bandar raya Alor Setar kebanyakannya berasa tidak lengkap kunjungan mereka tanpa singgah di Kompleks Pekan Rabu. Hal ini membuktikan bahawa pekan rabu merupakan salah satu tarikan pelancong yang mampu menjana pendapatan peniaga di situ yang sekaligus mampu meningkatkan ekonomi semasa negeri Kedah Darul Aman. Ini dibuktikan dengan nilai urus niaga di kompleks tersebut yang dianggarkan mencecah sehingga RM5 juta sebulan. Oleh itu, terbuktilah bahawa Kompleks Pekan Rabu merupakan sumber ekonomi yang penting di negeri Kedah. Bukan itu sahaja, setiap hari, lebih 1000 pelancong yang berkunjung ke Kompleks Pekan Rabu. Jumlah ini akan meningkat ke 2000 hingga 3000 pengunjung pada musim cuti sekolah. Ini membuktikan bahawa Pekan Rabu ini bukanlah cuma terkenal di negeri Kedah sahaja, malahan pelancong dari dalam dan luar negara juga cukup mengenali Kompleks Pekan Rabu. 13 Perkembangan pesat ekonomi Komples Pekan Rabu ini disebabkan oleh gelaran yang pelancong luar berikan kepada kompleks ini iaitu sebagai ‘One Stop Center’ di tengah bandar raya Alor Setar. Hal ini kerana, kompleks ini lengkap dengan pelbagai barangan daripada makanan sehinggalah pakaian seharian. Para pelancong memilih untuk mengunjungi Kompleks Pekan Rabu bagi mendalami dan membeli barangan yang dijual di Pekan Rabu yang semestinya berfokuskan kepada tradisi Melayu. Hal ini sekaligus mampu mempromosikan kualiti barangan orang Melayu dan satu masa kelak pasti mampu membantu peniaga Melayu yang lain. Oleh kerana perkembangan yang begitu aktif dan pesat, Menteri Besar negeri Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu para peniaga di Pekan Rabu untuk menggunakan aplikasi pembelian tanpa tunai mulai tahun 2023. Hal ini demikian kerana trend corak pengguna pada hari ini lebih banyak menggunakan aplikasi pembelian tanpa tunai. Menurut beliau, Pekan Rabu seharusnya tidak ketinggalan dalam arus kemodenan yang semestinya pantas ini dan mengikut jejak langkah pasar awam terkemuka yang lain seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu dalam penggunaan aplikasi belian tanpa tunai bagi meningkatkan jualan. Aspek Ekonomi Rajah 16 : Kedai tekstil di Pekan Rabu Sumber: Internet


14 Menurut Menteri Besar Kedah juga, kebanyakan pengunjung Pekan Rabu merupakan pelancong dari luar Kedah yang sudah terbiasa dengan pembelian tanpa tunai ini yang memberikan banyak kelebihan kepada peniaga. Antaranya, pengurusan kewanagan dan rekod jual beli menjadi lebih cekap dan teratur. Selain menguruskan kewangan, penggunaan aplikasi pembelian tanpa tunai ini mampu mendidik peniaga Melayu yang kian berusia sebagai peniaga yang celik IT. Pengusaha di Pekan Rabu merupakan 100 peratus orang Melayu, maka penggunaan aplikasi ini penting bagi memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara. Namun begitu, hal ini tidak bermaksud orang Melayu tempatan langsung tiada kesedaran bagi meningkatkan kebolehan serta ekonomi bangsa sendiri. Hal ini boleh dilihat apabila antara peniaga terawal yang berniaga di Pekan Rabu merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan Ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hanya menjual cendol dan membuka kedai kopi di Pekan Rabu. Bukan itu sahaja, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menjual buah-buahan pada zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga 1944. Meski sudah penah bergelar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menjadi kacang lupakan kulit. Tun Dr. Mahathir Mohamad sering berkunjung semula ke Pekan Rabu bagi membeli barangan keperluan beliau. Beliau telahpun memberi sokongan kepada produk dan peniaga Melayu serta memberikan semangat kepada peniaga-peniaga yang ada bagi terus berjuang bagi merancakkan lagi perkembangan ekonomi di Negeri Kedah Rajah 17 : Kedai jeruk di Pekan Rabu Sumber: Internet Rajah 18 : Kedai barangan kraf di Pekan Rabu Sumber: Internet


11 Cabaran Peniaga Rajah 21: Wawancara bersama peniaga Sumber: Kaedah Temu bual Selain itu, Cabaran peniaga di Pekan Rabu ialah ramai peniaga menjual barang yang sama seperti kuih, kerepek, pakaian, kraf tangan tempatan dan cenderamata yang mendorong pelancong singgah satu kedai sahaja. (Tun Mahathir, 2018). Hal ini membawa konflik kepada peniaga dalam menarik perhatian pelanggan untuk berjual beli. Cabaran lain yang dihadapi oleh peniaga ialah pengunjung ke Pekan Rabu makin hari makin berkurang. Peniaga terpaksa bergantung pada pengunjung luar negeri terutamanya waktu cuti sekolah untuk menjana pendapatan mereka. Tambahan pula, peniaga-peniaga di sini juga dicabar dengan platform perniagaan seperti ‘TikTokshop’, ‘Shopee’ dan ‘Lazada’ yang mempromosikan harga barang yang luar biasa (wawancara bersama peniaga di Pekan Rabu,2023) Seterusnya, peniaga menghadapi cabaran ketika Pekan Rabu dicadangkan untuk diroboh dan bina yang baharu pada tahun 2014. Sementara pembangunan Kompleks Pekan Rabu dilakukan, semua peniaga terpaksa berpindah ke Kompleks Ukir Mall. Peniaga terpaksa menunggu kira-kira tiga tahun untuk bangunan baharu siap dibina. Ini memberi impak kepada mereka dalam perniagaan kerana Kompleks Pekan Rabu merupakan salah satu pusat beli belah yang popular kepada pengunjung luar negeri manakala tempat sementara iaitu Kompleks Ukir Mall tidak begitu popular. 1 2 3 15 Rajah 20: Tun M membeli Songkok Style Tun Sumber: Internet Rajah 19 : Pekan Rabu yang lama Sumber: internet


Rajah 23: Menteri Besar Kedah, Datuk Sanusi menunujukkan QR code Sumber: internet Selain itu, cabaran bagi peniaga di Pekan Rabu ialah peniaga diarahkan menggunakan aplikasi pembelian tanpa tunai seperti ‘touch n go wallet’, Boost dan perbankan online pada tahun 2022 (Datuk Seri Muhammad Sanusi,2022). Dengan pembelian tanpa tunai ini, peniaga mendapat faedah dari segi pengurusan kewangan dan rekod jual beli yang lebih cekap dan teratur. Hal ini menjadi cabaran kepada peniaga kerana mereka perlu mendaftar aplikasi yang berkaitan untuk mengakses akaun jual beli. Terdapat golongan peniaga yang kurang berpengetahuan dalam mengakses telefon pintar terpaksa mendapatkan bantuan dari orang lain untuk mendaftar aplikasi Walaupun status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berubah kepada PKP Bersyarat (PKPB) di negeri Kedah Ketika tahun 2021, penguatkuasaan larangan aktiviti rentas negeri telah memberi impak kepada peniaga-peniaga di Kompleks Pekan Rabu yang terpaksa berdepan dengan situasi sukar termasuk kehilangan 80 peratus sumber pendapatan harian kerana kebanyakan pelanggan mereka adalah dari individu luar Kedah yang membeli secara pukal. 16 Rajah 24: Makanan yang dijual di Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Rajah 25: Kraf tangan yang dijual di Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Rajah 26: Pakaian yang dijual di Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Rajah 22: Pelanggan menyemak suhu sebelum masuk ke Pekan Rabu ketika PKP Sumber: Internet


Tanggapan masyarakat POSITIF ATAU NEGATIF? 17


Kebersihan dijaga dan kemudahan fasiliti disediakan Sepanjang kunjungan kami di Pekan Rabu, kami melihat kawasan peniaga dan medan selera sangat terjaga akan kebersihan. Kebanyakan pengunjung juga bersetuju bahawa kompleks ini mempunyai tahap kebersihan yang sangat baik dan kemudahan yang disediakan juga lengkap. Hal ini dibuktikan dengan borang soal selidik yang telah kami edarkan dimana sebanyak 8 orang daripada 12 pengunjung yang mengisi borang tersebut memilih tahap kebersihan dan kemudahan yang disediakan di kompleks ini pada tahap yang sangat baik. Tidak dinafikan, Pekan Rabu menjadi salah satu persinggahan wajib bagi pelancong yang datang ke Kedah. Menjual pelbagai kraftangan, makanan malah pakaian menjadikan ia sebuah lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Berdasarkan temu bual dan agihan borang soal selidik yang kami lakukan, kami mendapati kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan harga yang peniaga tawarkan bagi barangan dan makanan yang dijual di Kompleks Pekan Rabu. Menurut mereka, harga yang ditawarkan disini adalah lebih murah berbanding destinasi pelancongan lain yang mereka kunjungi. Makanya, menurut kebanyakan pengunjung yang kami temu bual, mereka memberitahu ini bukan kali pertama mereka datang ke sini kerana harganya sangat mampu milik. PANDANGAN POSITIF PANDANGAN POSITIF Tawaran harga yang berpatutan oleh peniaga Rajah 27: Kepelbagaian barang jualan di Kompleks Pekan Rabu Sumber: Internet Rajah 28 : Persekitaran Kompleks Pekan Rabu yang bersih Sumber: Internet 18 OLEH: FATHIMAH


Barangan tidak dilabelkan dengan harga yang jelas Pekan Rabu mempunyai banyak kepelbagian menu snek dan makanan yang dijual di kedaikedai oleh para peniaga. Bagaimanapun, data yang kami perolehi berlandaskan kajian soal selidik yang diagihkan kepada pelanggan di sekitar Pekan Rabu telah menunjukkan kebanyakan pengunjung telah mengatakan bahawa banyak kedai makan di medan selera tidak dibuka atau ditutup, serta menu pilihan jenis makanan di medan selera adalah terhad, tidak mempunyai pilihan yang banyak dan menarik perhatian. Mereka juga mengatakan sesetengah kedai makan juga mengambil masa yang lama untuk menyiapkan makan yang telah dipesan disebabkan kekurangan pekerja atau pembantu (respon borang soal selidik di Pekan Rabu). PANDANGAN NEGATIF PANDANGAN NEGATIF Tidak mempunyai kepelbagaian menu makanan di medan selera Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang telah dilakukan oleh kami, kebanyakan para pelanggan banyak mengatakan bahawa terdapat banyak kedai-kedai yang tidak mempamerkan dan melabelkan harga barang dengan jelas. Sesetengah label harga yang dipamerkan juga adalah terlalu kecil dan sukar untuk dibaca, lebihlebih lagi oleh para pelanggan warga emas. Label yang ada pada sesuatu barangan akan memudahkan pengguna untuk memilih dan membeli barangan yang diingini (respon borang soal selidik di Pekan Rabu). Rajah 31 : Baramgan yang dijual di Pekan Rabu Sumber: Internet Rajah 29 : Gerai makanan di Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Rajah 30 : Medan selera di Pekan Rabu Sumber: Internet 19 Oleh: Izzah Aisya


20 Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 0 1 2 3 4 5 6 Sangat Baik 58.3% Baik 33.3% Memuaskan 8.3% Soal Selidik Pelanggan Oleh:Neoh Xin Ying Isu kebersihan di Pekan Rabu secara umumnya, pelanggan sangat berpuas hati dengannya. Sama ada tempat makan atau tempat menjual barang, lantainya sangat bersih dan tiada sampah. Di samping itu, di medan selera, semua perniaga tidak membuang sisa makanan merata-rata, tetapi membuangnya di tempat yang sesuai. Terdapat juga banyak tong sampah di situ untuk tetamu membuang sampah. Setiap kedai yang menjual barangan juga menjaga kebersihan tempatnya. Ini memberikan pelanggan pengalaman yang hebat. Tandas di pekan baru juga sangat bersih. Walaupun ramai orang merokok di sana, tetapi jarang melihat mereka membuang puntung rokok ke tanah. Berpuas hati dengan kebersihan pekan rabu Selepas kami bertanya kepada pelanggan dan menyiasat sekitar Pekan Rabu, kami mendapati bahawa Pekan Rabu menawarkan pelbagai pilihan. Contohnya pakaian tradisional Melayu, barangan kraf, barangan diperbuat daripada rotan, barangan emas, dan lain-lain. Dari segi makanan, ada kuih tempatan kedah, jeruk, makanan kering dan sebgainya (Othman, 2022). Medan selera di sana juga mempunyai banyak makanan yang lazat. Bagaimanapun, Pekan Rabu juga kekurangan barangan harian seperti barangan rumah. Oleh itu, ia mungkin menjadi tarikan pelancong untuk orang luar, tetapi orang tempatan mungkin tidak dapat membeli keperluan harian di sini. Adakah pekan rabu alor setar mempunyai kepelbagaian menu pilihan Rajah 32 : Barangan yang dijual Kompleks Pekan Rabu Sumber: Kaedah Pemerhatian Graf 1: Tinjauan kepelbagaian makanan di Pekan Rabu Sumber: Kaedah Soal-Selidik Graf 2: Tinjauan kebersihan Pekan Rabu Sumber: Kaedah Soal-Selidik


21 0 2 4 6 8 Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik Sangat Setuju 50% Setuju 33.3% Kurang Setuju 16.7% Tidak Setuju 0% Kompleks Pekan Rabu tersergam indah di tengah-tengah bandar raya Alor Setar, Kedah. Oleh itu, berada di lokasi yang begitu baik sangat memudahkan penduduk setempat. Mereka boleh memilih untuk ke sana dengan berjalan kaki atau berbasikal. Selain itu, wajar dinyatakan bahawa Pekan Rabu hanya berjarak tiga minit dari stesen kereta api di Alor Setar, jadi pelancong asing juga boleh memilih untuk berjalan kaki selama 10 minit dari stesen kereta api ke Pekan Rabu. Menurut tinjauan, lebih ramai daripada purata pelanggan mengatakan bahawa Pekan Rabu sangat dekat dengan tempat tinggal mereka. Lokasi Pekan Baru berhampiran dengan rumah Kemudahan Pekan Rabu dilengkapi dengan baik. Seperti medan selera. Selepas mengunjungi semua Pekan Rabu, medan selera memainkan peranan yang sangat penting untuk membolehkan orang ramai berehat dan mengisi perut. Selain itu, Pekan Rabu turut dilengkapi mesin ATM bagi memudahkan pelanggan yang tidak membawa wang tunai yang mencukupi untuk mengeluarkan wang. Tempat letak kereta bawah tanah Pekan Rabu juga mempunyai banyak tempat untuk kemudahan pelanggan dengan mempunyai 203 petak tempat letak kereta, 118 petak tempat letak motosikal (Noor, 2020). Kemudahan lain yang terdapat di Pekan Rabu ialah kemudahan lif, surau, tandas dan sebagainya. Tetapi satu-satunya kelemahan ialah Pekan Rabu mempunyai banyak tingkat, tetapi tiada kerusi di setiap tingkat untuk orang ramai berehat. Lebih-lebih lagi koridor di hadapan kedai di tingkat atas sangat sempit, menjadikannya mudah sesak apabila terdapat banyak orang. Berpuas hati dengan kemudahan pekan rabu Rajah 33: Seni bina Kompleks Pekan Rabu Sumber: Internet Graf 3: Skala likert kemudahan di Pekan Rabu Sumber: Kaedah Soal-Selidik Graf 4: Tinjauan jarak Pekan Rabu Sumber : Kaedah Soal-Selidik


Tidak memuaskan Kurang Memuaskan Baik Sangat Baik 0 2 4 6 8 HARGA BARANGAN KUALITI BARANGAN 22 Harga dan kualiti produk sentiasa menjadi perkara yang paling penting di mata pelanggan. Tidak kira betapa baiknya lokasi sesuatu tempat, jika harganya sangat tinggi atau kualitinya sangat buruk, akan ada sangat sedikit pelanggan yang akan mengunjungi tempat itu lagi. Harga semua barang yang dijual di Pekan Rabu sangat berpatutan. Walaupun sesetengah kedai menjual barangan yang sama tetapi harganya berbeza, ini hanya segelintir sahaja. Peniaga di Pekan Rabu tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan mereka kerana menjual barangan di tarikan pelancong, sebaliknya akur dengan harga pasaran. Pelanggan yang membeli di sana merasakan bahawa mereka mendapat kualiti yang sesuai dengan harga yang dibayar. Harga dan qualiti barangan di Pekan Rabu Rajah 34 : Sesi soal-selidik di Kompleks Pekan Rabu Sumber: Kaedah Soal-Selidik Rajah 35 : Sesi soal-selidik di Kompleks Pekan Rabu Sumber: Kaedah Soal-Selidik Rajah 37 : Sesi soal-selidik di Kompleks Pekan Rabu Sumber: Kaedah Soal-Selidik Rajah 36: Sesi soal-selidik di Kompleks Pekan Rabu Sumber: Kaedah Soal-Selidik Graf 5: Tinjauan Kualiti dan Harga Barang di Pekan Rabu Sumber: Kaedah soal-selidik


Kesimpulannya, berdasarkan kajian, jelaslah bahawa Pekan Rabu merupakan sebuah lambang sejarah yang signifikan di negara kita. Sejak tahun 1930, Pekan Rabu yang didirikan di Tanjung Chali tidak pernah hilang nilai keunikannya sehingga kini walaupun telah bertukar lokasi di Bandar Alor Setar dan bergelar sebagai ‘Kompleks Pekan Rabu’. Pekan Rabu sering menjadi tumpuan masyarakat dan pelancong kerana legasinya yang termaktub. Antara keunikannya adalah reka bentuk bangunan yang menerapkan nilai Islamik, lubuk rezeki peniaga Melayu termasuklah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pasar yang menggalakkan produk tempatan dan juga terkenal melalui pembelian dalam talian. Pekan Rabu juga menyumbang kepada pelbagai kepentingan antaranya mewujudkan masyarakat yang pandai berdagang dan mendidik masyarakat awam mengenai tradisi masyarakat Melayu yang termasyhur melalui penjualan juadah, pakaian serta kraf tangan Melayu yang jarang dijumpai kini. Berdasarkan kajian yang dilakukan juga, didapati bahawa tanggapan masyarakat terhadap Pekan Rabu amatlah memuaskan dari segi kebersihan, kemudahan, lokasi, harga dan kualiti. Bagi tanggapan negatif pula, tidak mempunyai kepelbagaian menu makanan di medan selera dan barangan tidak dilabelkan dengan harga yang jelas. Meskipun Pekan Rabu mempunyai tanggapan yang positif dan negatif, ia kekal sebagai elemen yang penting iaitu warisan negara yang berusia hampir 100 tahun dan lambang patriotisme yang menonjolkan nilai-nilai kenegaraan dan memberikan impak kepada perkembangan negara kita. KESIMPULAN 23


Rujukan Abdul Rahman Mat Zain. (2020, 13 Mei). Perkembangan Pekan Rabu https://fliphtml5.com/qgjrs/azxr/basic#google_vignette Abd Hadi Che Awang. (2021, Februari 21). Peniaga Pekan Rabu mula jual barang secara online. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peniaga-pekan-rabu-mula-jual-barang-secaraonline-283990 Bernama (2018, June 02).Pekan Rabu : Ramai peniaga, tapi jual barang sama – Tun M. Malaysia Gazette. https://malaysiagazette.com/2018/06/02/pekan-rabu-ramai-peniaga-tapi-jual-barang-sama-tun-m/ Jamliah Abdullah. (2022, Februari 28). Pembelian tanpa tunai di Pekan Rabu. Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/berita/2022/02/pembelian-tanpa-tunai-di-pekan-rabu/ Noor, Z. M. (2020, August 15). Pekan Rabu lambang kemegahan peniaga Melayu. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/gaya/2020/08/pekan-rabu-lambang-kemegahan-peniaga-melayu/ NoorAzura Abdul Rahman. (2018, Januari 31). Kompleks Pekan Rabu baharu beroperasi Mac ini Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/382913/kompleks-pekan-rabubaharu-beroperasi-mac-ini Othman, U. (2022, December 27). Titian Perjalanan : Jom Ke Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar. Titian Perjalanan. https://ujieothman.blogspot.com/2022/12/jom-ke-kompleks-pekan-rabu-alor-setar.html Rashid, Z. D. Z. (2000). Che det & pekan rabu. Rashid, Z. D. Z. (1999). Mahathir di mata umum. Respon borang soal selidik pelanggan di Pekan Rabu. Shahbudin Ali. (1986). Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Satu Kajian Kes Di Kompleks Perniagaan Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah . http://studentsrepo.um.edu.my/10487/1/shahbudin.pdf Yanmie. (2010, 5 November). Jalan-Jalan di Pekan Rabu Alor Star https://www.yanmieonline.com/2010/11/jalan-jalan-di-pekan-rabu-alor-star/


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version