The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM040824 Nurin Syafia Irdina Binti Farid, 2024-02-22 08:33:43

TUGASAN 1 BMMB1104 NURIN SYAFIA

MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL Disediakan oleh : Nurin Syafia Irdina Bt Farid TUGASAN 1 BMMB1104


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Menurut Ali Ahmad (1994), perkataan "sastera" berasal daripada bahasa Sanskrit "castra" yang membawa maksud kitab suci. Menurut Harun Mat Piah (2006), kesusasteraan bermaksud segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan melalui tulisan dan pembacaan serta melalui lisan dan pendengaran. Menurut Ismail Husein (1998), sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan merupakan satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Asal-usul perkataan kesusasteraan ini adalah daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermakna huruf atau buku indah. Dalam bahasa Melayu pula, kesusasteraan mempunyai maksud yang sama dengan perkataan literature dalam bahasa Inggeris. Sastera terhasil dari kesedaran & keinginan pengarang atau masyarakatnya untuk berkongsi maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupannya. Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu.


GENRE KESUSASTERAAN MELAYU i) Sastera Melayu Tradisional (Pantun, Syair) Ciri-ciri : Disebarkan secara lisan. Diwarisi turun temurun. Tidak diketahui siapa pengarangnya. Banyak berlaku perubahan dan penambahan ii) Sastera Melayu Moden (Novel, Sajak) Ciri-ciri : Disebarkan secara tulisan. Berkembang luas dengan kehadiran mesin cetak. Nama pengarang dna tarikh dikarang diketahui. Tidak berlaku penambahan dan mempunyai akta hak cipta.


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Untuk menghiburkan dan membawa keseronokan yang indah. Untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Berperanan dalam usaha penggayaan khazanah ilmu dan persuratan Bahasa Melayu. Untuk memberi kepuasan estetik iaitu perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca.


PANTUN


MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN NASIHAT Jangan suka nak merapah pagar, Merapah pagar kaki terpuruk, Jangan suka nak berkata kasar, Berkata kasar budinya buruk.


Berdasarkan pantun tersebut, nilai budi bahasa juga dilihat amat penting dalam membentuk akhlak yang baik. Jati diri orang Melayu juga merujuk kepada nilai budi bahasa yang ada dalam diri mereka. Orang-orang Melayu amat menekankan nilai-nilai sosial dalam diri seperti budi bahasa dan tatasusila. MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN NASIHAT Perlakuan yang berlandaskan kepada keperluan ini dianggap dapat memenuhi nilai-nilai yang dikehendaki secara tradisi. Berasaskan kepada nilai-nilai ini mempengaruhi tradisi budaya yang diwarisi. Dalam masyarakat tradisi, budi bahasa itu mempunyai kedudukan penting dalam menentukan kedudukan dan kebaikan seseorang.


Budi bahasa itu tidak boleh dijual beli dan daripada perlakuan yang berasaskan kepada budi bahasa itu dapat menerangkan kedudukan dan kebaikan seorang itu dalam masyarakat. Memandangkan kepada pentingnya persoalan ini, maka ibu bapa sangat menekankan hal ini kepada anak-anak mereka. MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN NASIHAT Menurut Wan Abdul Kadir, menyatakan bahawa pembentukan budi bahasa itu dapat melahirkan individu yang dapat menunjukkan perlakuan yang dipandang tinggi dan dihormati oleh orang ramai. Maka, peranan pantun dilihat dapat memberi maksud kepada didikan tentang nilai budi bahasa dalam masyarakat Melayu.


SYAIR


SYAIR LAGENDA MAHSURI Wahai teman rakan dan taulan Dengarlah syair hamba dendangkan Sebuah kisah jadi teladan Lagenda Mahsuri termasyur berzaman Atma meronta inginkan buah hati Syahdu dan hampa silih berganti harapan dan doa tak putus terhenti Tanah langkawi penantian terbukti Kerak nasi menjadi santapan Izin Allah Mahsuri dilahirkan Jelitanya Mahsuri muskil digambarkan Wan Derus terpikat Mahsuri diperisterikan Kecantikan Mahsuri sentiasa didambakan Timbul cemburu cara kotor digunakan Mahsuri bermukah tuduhan dilemparkan Tersentak keluarga berita dikhabarkan Tombak pusaka menjadi senjata Ditusuk mati hilang derita Darah putih bukti Mahsuri tidak berdusta Sumpahan dilafaz menjadi nyata Hidup di dunia biarlah berguna Iri dan dengki sifat yang hina Buatlah baik sebanyak mana Hidup tenteram tidak merana


Wahai teman rakan dan taulan Dengarlah syair hamba dendangkan Sebuah kisah jadi teladan Lagenda Mahsuri termasyur berzaman MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR Rangkap ini menerangkan bahawa pengarang mengajak pembaca untuk mendengarkan syair yang akan didendangkan untuk dijadikan teladan dan pengajaran. Baris keempat menyebut tentang nama syairnya iaitu Lagenda Mahsuri yang termasyhur sepanjang zaman. Rangkap


Atma meronta inginkan buah hati Syahdu dan hampa silih berganti harapan dan doa tak putus terhenti Tanah langkawi penantian terbukti MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR Rangkap ini menjelaskan tentang perasaan setiap pasangan suami isteri seperti Pandak Mayah dan Endak Alang yang terlalu menginginkan seorang anak sebagai penyeri dalam hidup mereka . Baris keempat dalam rangkap tersebut mengungkapkan bahawa Tanah Langkawi menjadi bukti kepada kesetiaan pasangan ini menanti kehadiran zuriatnya ke dalam dunia walaupun mengambil masa yang lama. Rangkap


Kerak nasi menjadi santapan Izin Allah Mahsuri dilahirkan Jelitanya Mahsuri muskil digambarkan Wan Derus terpikat Mahsuri diperisterikan MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR Rangkap ini berdasarkan sejarah dan cerita orang-orang dahulu iaitu kesedihan Pandak Mayah dan Endah Alang berakhir apabila isterinya melahirkan anak perempuan setelah memakan kerak nasi. Mahsuri digelar sebagai Puteri Mahsuri kerana kecantikannya yang sukar diungkapkan. Kecantikan, kesopanan dan didikan agama yang cukup menyebabkan Wan Derus ingin mengahwininya. Rangkap


Kecantikan Mahsuri sentiasa didambakan Timbul cemburu cara kotor digunakan Mahsuri bermukah tuduhan dilemparkan Tersentak keluarga berita dikhabarkan MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR Rangkap ini menceritakan kesempurnaan rupa paras Mahsuri itu sentiasa mencuri perhatian orang ramai sehingga ada yang menyimpan dendam untuk menjatuhkannya. Mahsuri difitnah berdua-dua dengan lelaki tatkala suaminya bekerja. Alangkah terkejutnya Pandak Mayah dan Endak Alang ketika berita ini sam pai kepada mereka sehingga mereka sanggup menawarkan kekayaan mereka kepada orang yang bakal menghukumi anak mereka. Mereka tidak percaya Mahsuri melakukan perbuatan terkutuk itu Rangkap


Tombak pusaka menjadi senjata Ditusuk mati hilang derita Darah putih bukti Mahsuri tidak berdusta Sumpahan dilafaz menjadi nyata MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR Rangkap ini menceritakan bagaimana Mahsuri dihukum bunuh atas kesalahan yang tidak dilakukan. Mahsuri merelakan dirinya dibunuh dengan memberitahu dirinya hanya akan mati jika ditusuk menggunakan tombak pusaka apabila dia tidak tahan lagi menanggung kesakitan akibat diseksa. Namun, Mahsuri bersumpah andai dirinya teraniaya, Langkawi akan menerima akibat buruknya. Darah putih yang keluar daripada badan Mahsuri membuktikan dirinya benar dan tidak menipu. Rangkap


Hidup di dunia biarlah berguna Iri dan dengki sifat yang hina Buatlah baik sebanyak mana Hidup tenteram tidak merana MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR Rangkap ini menjelaskan seseorang manusia perlulah menjadikan diri mereka itu dapat memberikan kebaikan kepada orang lain dan jauhilah sifat-sifat yang kelak dapat membinasakan diri seperti dalam syair tadi, gara-gara dengki dengan kelebihan dan keistimewaan Mahsuri, akhirnya Langkawi disumpah menjadi tidak aman dan orang yang menabur fitnah ke atas Mahsuri itu dirogol dan dijadikan hamba oleh tentera Siam sebelum dibunuh. Dalam membuat kebaikan, janganlah sesekali kita berkira kerana kebaikan yang kita lakukan itu dapat memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Rangkap


SELOKA


SELOKA PAK PANDIR .Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan.


Manifestasi akal budi dalam seloka ini ialah berkenaan sindiran terhadap individu yang mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu dielakkan kerana perkara ini membawa kerugian kepada diri dan juga ahli keluarga. Sepatutnya seseorang individu itu perlu mementingkan diri sendiri atau keluarga terlebih dahulu bukannya orang luar yang hanya memikirkan dirinya sendiri. Sebagai bukti untuk menyokong pandangan ini, Pak Pandir mengabaikan anaknya sendiri dan menyakitinya sebagaimana dalam frasa 'anak dipijak'. MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA PAK PANDIR Tambahan lagi, dia telah mementingkan pihak yang tiada talian darah dengan dirinya dengan memberi layanan yang baik seperti frasa 'dagang dijinjing. Selain itu, dalam seloka ini juga telah menunjukkan bahawa Pak Pandir tidak pandai menguruskan hartanya seperti baris 'hartanya habis tergadai'. Terdapat banyak kemungkinan bahawa mungkin Pak Pandir seorang yang banyak berhutang atau dia suka berjudi dan bertaruh.


Seterusnya, jelas bahawa baris 'tak sedar bertelanjang' merupakan sindiran halus yang merujuk kepada sikap yang tidak sedar kelemahan diri kerana jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian, sudah tentu dia akan secepatnya menutup bahagian badannya yang terdedah. Sindiran ini menunjukkan bahawa Pak Pandir tidak mengetahui akan kelemahan pada dirinya dan secara tidak langsung dia tidak mampu memperbaiki kelemahan tersebut. MANIFASTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA PAK PANDIR


RUJUKAN FUNGSI SERTA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL by manifestasi.my - Issuu. (n.d.). Issuu.com. https://issuu.com/manifestasi.my/docs/fungsi_serta_manifestasi_akal_budi_d alam_puisi_tra @AntashaK: KONSEP AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DARI SEGI PEMIKIRAN, PERTUTURAN, PERLAKUAN DAN GAYA HIDUP MASYARAKAT MELAYU. (2016, March 6). @AntashaK. https://heyantasha.blogspot.com/2016/03/akal-budi-masyarakat-melayu-darisegi.html BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU (Tutorial Minggu 1) - Membalik Buku Halaman 1-10 | FlipHTML5. (n.d.). Fliphtml5.com. https://fliphtml5.com/iuffi/mhud/basic Kesusasteraan Melayu. (n.d.). Bobezani.tripod.com. https://bobezani.tripod.com/sastera.htm


RUJUKAN Chiakisarb. (2015, May 21). chiakisarb: Manifestasi Perilaku dan Nilai dalam Gurindam 12 Fasal Ke-3 Antologi Jaket Kulit dari Istanbul. Chiakisarb. https://chiakisarb.blogspot.com/2015/05/manifestasi-perilakudan-nilai-dalam.html Zakaria, N., Abdullah, A., Zakaria, S. Z. S., Mutalib, M. H. A., Lambri, A., Jamaldin, S. S., Sulaiman, M., & Derak, R. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun: Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89–97. https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/105/88 Unknown. (2013). CINTA ILMU: STPM SASTERA MELAYU-SELOKA PAK PANDIR. CINTA ILMU. https://umikalshom95.blogspot.com/2013/10/stpm-sastera-melayu-selokapak-pandir.html


RUJUKAN Norizam, M., Bahri, S., & Radzi, M. (2015). KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI WADAH KOMUNIKASI MASSA: SUATU ANALISIS. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid, 31(2), 183–194. https://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf ArifahAzlanShah1. (2020, December 17). Konsep Kesusasteraan Melayu. Slideshare. https://www.slideshare.net/ArifahAzlanShah1/konsepkesusasteraan-melayu-240193262 Rasa, I. (2009). KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 922/1: Fungsi Kesusasteraan. KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 922/1. https://kalimahbestari.blogspot.com/2009/02/fungsikesusasteraan.html Konsep Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu | PDF. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsikesusasteraan-Melayu


SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version