INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)
NAMA AMIRUL AIMAN BIN DIN
ANGKA GILIRAN 2020192340240
NO. KAD PENGENALAN 010317-05-0559
KUMPULAN PISMP F13
KOD KURSUS EDUP3073
NAMA KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH DR. MASTURA BINTI HALIM
TARIKH HANTAR 12 MEI 2022
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
Pengenalan
1
Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Guru Dalam Pengurusan
Bilik Darjah Yang Mesra Budaya 1
Aspek Fizikal 1
Aspek Emosi 2
Aspek Sosial 3
Aspek Sosiolinguistik 3
Kesimpulan 4
Rujukan 5
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, dengan limpah rahmat, nikmat serta tenaga yang diberikan dapat saya
Amirul Aiman Bin Din dapat menyiapkan tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan.
Pertamanya, ucapan penghargaan juga diberikan kepada pensyarah yang banyak
membimbing dari awal proses taklimat sehingga proses memeriksa kajian kerja khusus ini.
Hasil daripada bimbingan beliau, saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang
banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan ini. Walaupun terpaksa berkorban masa,
wang dan tenaga demi menyiapkannya. Bantuan kalian dari segi informasi, kerangka tugasan
dan nota-nota ringkas banyak membantu dan saya amat menghargainya. Budi kalian tidak
akan saya lupakan.
Tidak dilupakan juga penghargaan kepada ibu bapa yang banyak memberi ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini terutamanya waktu sekarang iaitu pembelajaran secara
atas talian menyebabkan kebanyakan daripada kami terpaksa menyiapkan tugasan ini dari
rumah.
Akhir kata, ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja khusus ini.
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang dikenali dengan kepelbagaian kaumnya.
Antara kaum utama di negara ini ialah kaum Melayu, India dan Cina. Setiap kaum mempunyai
sosiobudaya yang berbeza. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya didefinisikan
sebagai hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat dan lain-lain.
Hubungan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dapat menjadikan negara lebih maju
dari pelbagai aspek. Sebagai contohnya, aspek ekonomi, sosial dan sebagainya. Bagi
mencapai negara dengan sosiobudaya yang baik, masyarakat perlu diberikan pencerahan
sejak dari bangku sekolah lagi. Oleh itu, pihak sekolah boleh memainkan peranan yang
penting dalam menanam rasa hormat murid kepada kaum yang berlainan. Dalam masa yang
sama, jurang perkauman dalam kalangan murid dapat dihapuskan. Bagi memastikan jurang
perkauman tidak wujud, persekitaran bilik darjah mesra budaya perlulah diwujudkan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) seharian.
2.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU DALAM PENGURUSAN
BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
Menurut Yasmin & Najeemah (2015), “Guru memainkan peranan yang penting bagi
berhadapan dengan murid daripada pelbagai latar belakang budaya dan etnik bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar selaras dengan
realiti kepelbagaian budaya yang wujud di dalam kelas.” Dalam melahirkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya, guru perlu merancang berdasarkan aspek fizikal, emosi, sosial
dan sosiolinguistik.
2.1 ASPEK FIZIKAL
Salah satu aspek pengurusan yang perlu dilakukan ialah aspek fizikal. Aspek
fizikal ialah Pengurusan Persekitaran Fizikal bilik darjah yang bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau
kumpulan dalam sesuatu gerak kerja. Sebagai contoh termasuklah proses
merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Pengurusan bilik darjah
yang dinamik dapat mencapai objektif kea rah pembinaan Modal Insan yang menjurus
kepada pembinaan JERIS. Antaranya pengurusan persekitaran fizikal yang baik ialah
ruang dan pergerakan harus diuruskan supaya lebih fleksibel. Penyediaan ruang yang
sesuai akan memberikan keselesaan kepada murid ketika belajar. Malahan, aspek
pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk
memberikan tumpuan kepada proses PdP.
Guru juga perlu memastikan persekitaran dalam keadaan yang bersih,
pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Kebersihan fizikal mempengaruhi
1
kesihatan mental dan jiwa manusia. Keadaan kelas yang tidak selesa atau tidak
kondusif boleh menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar. Selain itu, juga
dengan sistem pengudaraan yang harus dititikberatkan dengan mengambil faktor
pengambilan udara yang bersih dan segar dari luar untuk mengelakkan sebarang
jangkitan penyakit dan menjadikan murid berada dalam keadaan sihat dan selesa
untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu memastikan suasana
bilik darjah adalah ceria dan bersih. Keceriaan kelas merupakan aspek penting kerana
sesebuah kelas yang ceria mampu meningkat semangat dan motivasi murid untuk
belajar dan seterusnya boleh meningkatkan prestasi murid (Haliza Hamzah & Joy
Nesamalar Samuel, 2016).
2.2 ASPEK EMOSI
Selain pengurusan fizikal bilik darjah, aspek lain yang perlu diberi perhatian
oleh guru ialah pengurusan emosi. Dalam konteks ini, emosi diklasifikasikan sebagai
satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang individu yang
dizahirkan melalui tindak balas fisiologi terhadap rangsangan sekeliling yang berlaku
(Noriati Abd. Rashid et al., 2011). Sebagai guru kelas, guru perlu bijak mengurus
emosi murid-murid tanpa menyinggung sensitiviti mereka seperti menyentuh hal yang
mendorong kepada isu diskriminasi kaum atau bangsa. Di samping itu guru juga turut
perlu menekankan pengurusan emosi melalui pemberian rangsangan seperti pujian
atau token hadiah kepada murid tanpa bersikap pilih kasih berpandukan pencapaian
murid dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Pengaplikasian peneguhan tingkah
laku seperti ini terbukti dapat menggalakkan perselisihan faham antara murid yang
berlainan etnik.
Guru boleh memberi pujian, dorongan, galakan dan ganjaran kepada murid-
murid sebagai peneguhan. Peneguhan positif penting untuk menambah
kebarangkalian tindak balas positif dalam kalangan murid. Sebagai seorang pengajar,
guru perlu sentiasa memberi peringatan dan galakan kepada murid. Perkara ini juga
menjadi amalan di rumah murid iaitu peringatan dan galakan daripada seorang ayah
ataupun ibu kepada anak-anak. Menurut Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid
(2010) guru adalah model utama yang sentiasa diperhatikan oleh murid. Oleh itu,
hubungan positif antara guru dan murid hendaklah dibina terlebih dahulu di mana guru
mestilah mengamalkan kepimpinan di dalam kelas serta mengambil berat tentang
fisiologi dan akademik murid-muridnya.
2
2.3 ASPEK SOSIAL
Dalam aspek sosial pula, guru haruslah memastikan murid di dalam bilik darjah
dapat bersosial antara satu sama lain dan berkomunikasi menggunakan bahasa
ibunda di dalam bilik darjah. Penerapan aspek pengurusan sosial yang baik dalam
kalangan murid berbilang kaum juga, dapat diterapkan berdasarkan kepada diri guru
itu sendiri. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya bagi aspek sosial memerlukan
guru untuk melakukan sesuatu pendekatan yang sesuai untuk memberikan kesan
yang bermakna kepada murid (Noriati Abd.Rashid et.al, 2011). Semasa
melaksanakan aktiviti PdP, seseorang guru juga perlu memberikan galakan ataupun
pujian kepada murid sekiranya murid bertutur menggunakan Bahasa Melayu. Hal ini
secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid untuk
terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa peranan
guru mampu mempengaruhi pemahaman murid terhadap sesuatu kaum.
Tambahan pula, rangsangan yang baik melalui pendedahan aktiviti
pembelajaran terbukti mampu menarik minat murid untuk saling bekerjasama dalam
bertukar idea tentang hal kebudayaan masing-masing secara interaktif. Dalam tidak
sedar murid terdorong mewujudkan hubungan sosialisasi yang bervariasi bahasa
sesama rakan yang berbilang kaum antara kumpulan di samping mempelajari
menghormati gaya hidup etnik yang berlainan. Hal ini secara tidak langsung persepsi
dan sikap negatif murid dapat diubah melalui galakan interaksi sesama murid yang
berlainan etnik (Yasmin et al., 2010).
2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji ciri- ciri dan fungsi
variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bangsa yang
digunakan. Sosial linguistik ini merupakan interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu
budaya. Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.
Sosial pula merupakan interaksi antara masyarakat. Dalam konteks ini sosial linguistik
adalah interaksi sosial antara guru dan murid menggunakan sesuatu bahasa. Jadi,
guru seharusnya menggunakan Bahasa Melayu yang standard semasa mengajar dan
melaksanakan aktiviti PdP. Menurut Zamri Mahamood, Ruslin Amir & Mohamed Amin
Ambi (2015), bahasa Melayu yang standard merupakan bahasa Melayu yang
semestinya diketahui oleh semua kerana menjadi bahasa kebangsaan Malaysia. Guru
hendaklah menggalakkan murid berbincang dan berinteraksi dengan menggunakan
Bahasa Melayu supaya mereka dapat saling memahami antara satu sama lain
sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan antara mereka.
3
Aktiviti yang menggunakan sudut bacaan dalam bilik darjah mampu memberi
impak kepada diri murid, misalnya mereka mampu lebih mendalami budaya, etnik dan
kaum di Malaysia dan mendorongnya untuk menghormati setiap murid yang berbilang
kaum. Contohnya, guru perlulah mengelakkan dirinya daripada melabel atau menilai
buruk sesuatu kaum itu, kerana perkara ini akan mewujudkan perspektif negatif murid
terhadap kaum tersebut. Sebaliknya, guru mestilah menerangkan dengan lebih jelas
sekiranya topik pelajarantersebut berkait dengan budaya sesuatu kaum agar setiap
murid dapat memahami perbezaan budaya setiap kaum dan menghormati perbezaan
tersebut. Oleh yang demikian, guru mestilah berinteraksi secara baik dan sopan
kepada setiap murid tanpa menyentuh sensitiviti sesuatu kaum semasa proses
pembelajaran dijalankan.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang terbaik
untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti PdP. Sebagai guru, kita bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah
kita juga berperanan sebagai pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk memastikan
anak didik kita mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang.
Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium yang
terbaik yang perlu disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan
penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik
darjah mesra budaya boleh dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda
kelas pertama.
4
RUJUKAN
Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Publication
& Distributors Sdn Bhd.
Mohamad Khairi Hj. Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam
pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan nilai murni: Satu sorotan. South East
Asia Journal of General Studies, 11: 117-130.
Noriati Abd. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah Abd. Majid.
(2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2015). Kompentensi Kepelbagaian Budaya dalam
Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan. Bil 2, Isu 2
Yasmin Ahmad, & Najeemah Mohd Yusof. (2010). Ethnic boundary among students in
malaysian primari schools and social interaction: A conceptual framework. Procedia
Social and Behavioral Sciences, 7, 82-91.
Zamri Mahamood, Ruslin Amir & Mohamed Amin Ambi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan
Perbezaan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5