INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)
NAMA AMIRUL AIMAN BIN DIN
ANGKA GILIRAN 2020192340240
NO. KAD PENGENALAN 010317-05-0559
KUMPULAN PISMP F13
KOD KURSUS EDUP3073
NAMA KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH DR. MASTURA BINTI HALIM
TARIKH HANTAR 20 MAC 2022
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
TAJUK
Penghargaan 1
Laporan
Kesimpulan 2
Rujukan
Lampiran 3
4
5
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, dengan limpah rahmat, nikmat serta tenaga yang diberikan dapat saya
Amirul Aiman Bin Din dapat menyiapkan tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan.
Pertamanya, ucapan penghargaan juga diberikan kepada pensyarah yang banyak
membimbing dari awal proses taklimat sehingga proses memeriksa kajian kerja khusus ini.
Hasil daripada bimbingan beliau, saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang
banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan ini. Walaupun terpaksa berkorban masa,
wang dan tenaga demi menyiapkannya. Bantuan kalian dari segi informasi, kerangka tugasan
dan nota-nota ringkas banyak membantu dan saya amat menghargainya. Budi kalian tidak
akan saya lupakan.
Tidak dilupakan juga penghargaan kepada ibu bapa yang banyak memberi ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini terutamanya waktu sekarang iaitu pembelajaran secara
atas talian menyebabkan kebanyakan daripada kami terpaksa menyiapkan tugasan ini dari
rumah.
Akhir kata, ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja khusus ini.
1
LAPORAN
Pada 10 Februari 2022, saya telah menemu bual seorang guru dari sebuah sekolah
di sekitar Kuala Terengganu. Temu bual yang dilakukan melalui platform Google Meet. Tujuan
saya menjalankan sesi temu bual bersama guru terbabit adalah untuk mengetahui tentang
kesan dan implikasi sosiobudaya kepada guru, murid dan sekolah. Perkara ini juga bertepatan
dengan keperluan tugasan kursus budaya dalam Pendidikan iaitu EDUP3073.
Hasil daripada temu bual Bersama Guru A menunjukkan bahawa kepelbagaian
sosiobudaya yang wujud dalam sistem pendidikan Malaysia ini memberikan pelbagai kesan
yang positif. Dalam temu bual yang diadakan, guru bijak mengambil peluang berlainan kaum
ini untuk menarik minat murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru A “guru dari
Sarawa ada memperkenalkan dialek-dialek dari Sarawak” (GM 08:50). Menurut Yong Hie Hie
et. al., (2018) guru adalah agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan pelajar yang
terdiri daripada pelbagai kaum, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai
tanggungjawab mereka sebagai warganegara.Di samping dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menarik, perkara ini juga akan meningkatkan
hubungan guru murid. Keadaan positif ini akan memudahkan murid untuk meminta
pertolongan guru apabila mereka memerlukannya di samping akan memperkasakan
akademik murid-murid tersebut.
Perpaduan kaum yang wujud dapat dibina dalam diri setiap murid terhadap kaum lain.
Walaupun pada awalnya mereka agak kekok antara satu sama lain, namun hasil dorongan
guru dan pihak sekolah menyebabkan mereka mula bergaul. Perlaksanaan program yang
melibatkan semua murid tanpa mengira kaum ini akan dapat menanam semangat perpaduan
dalam kalangan murid-murid ini. Guru A “Ya, aktiviti di sekolah melibatkan semua kaum
kerana objektif setiap sekolah untuk melahirkan pelajar yang holistik” (GM 04:53). Menurut
Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof (2016) pelaksanaan program seperti ini akan
membantu guru dan murid untuk menyemai amalan dan meningkatkan sensetiviti
kepelbagaian budaya dalam kalangan guru. Di samping meningkatkan komunikasi antara
kaum, murid juga akan menunjukkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Keadaan
ini akan dapat melahirkan murid yang holistik dan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem Pendidikan Malaysia ini juga menyebabkan
sekolah turut perlu meraikannya. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah adalah
mengadakan program ceramah moral sebagai tanda meraikan perayaan kaum Cina di
sekolah tersebut. Menurut Guru A ““kami mengadakan ceramah moral bagi mempernalkan
tentang perayaan raya Cina (GM 06.37). Walaupun perayaan khas tidak diadakan di sekolah
itu, namun pihak sekolah tidak melupakan perayaan kaum lain. Pihak sekolah juga turut
2
menyuruh guru untuk memberi penekanan tentang perayaan kaum lain semasa pengajaran
matapelajaran Pendidikan Moral. Menurut Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin
Pembelajaran Abad Ke 21 (PA21) adalah untuk mewujudkan perpaduan antara pelbagai
kaum dan etnik di Malaysia agar dapat menghapuskan prasangka dan streotaip kaum dalam
usaha memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap kepelbagaian sosiobudaya.
Usaha pemukukan nilai positif ini harus bermula dari sekolah rendah kerana mereka akan
bertemu dengan lebih ramai individu yang berlainan bangsa apabila menginjak dewasa dan
mereka
Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem Pendidikan Malaysia menuntut ke arah
pelbagai usaha untuk menerapkan jati diri anak Malaysia dalam kalangan murid terutamanya.
Menurut Guru A “melalui penganjuran permainan atau aktiviti yang melibatkan semua murid
seperti ko-akademik apa-apa pertandingan sama ada sukan, kokurikulum yang melibatkan
acara berpasukan (GM 17:40). Penganjuran aktiviti sama ada berbentuk akademik atau sukan
adalah usaha yang relevan untuk diadakan kepada murid. Kurikulum Pendidikan sekolah
adalah wadah terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan
khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia (Nurhijrah Zakaria et. ak.,
2012). Penganjuran aktiviti ini haruslah melibatkan pelbagai kaum agar mereka dapat
bekerjasama dalam melakukan aktiviti tersebut. Namun begitu, guru juga harus memainkan
peranan dalam situasi ini dengan memberi dorongan dan cadangan kepada murid untuk
menyertai aktiviti-aktiviti ini. Guru harus menjadikan agen sosialisasi iaitu menerapkan
semangat perpaduan antara kaum-kaum lain (Yong Hie Hie et. al., 2018).
KESIMPULAN
Kepelbagaian kaum dan etnik dalam masyarakat Malaysia bukanlah satu perkara
baharu. Sistem Pendidikan Malaysia juga telah menjalankan pelbagai usaha dan juga sering
melakukan perubahan kurikulum bagi memastikan ianya sesuai bukan sahaja untuk
melahirkan murid yang bijak namun turut untuk melahirkan murid yang holistik dan seimbang.
Ibu bapa dari pelbagai kaum juga telah meletakkan kepercayaan kepada Sekolah
Kebangsaan (SK) untuk mendidik anaknya walaupun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil (SJKC & SJKT) masih beroperas. Oleh itu, kepercayaan ini harus digunakan untuk
menyemai semangat perpaduan agar dapat melahirkan negara yang harmoni.
3
Rujukan
Ab Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidian Abad ke 21 dalam kepelbagian
budaya: Cabaran dan harapan. Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-8, 19 September
2017, Kuala Lumpur: 1-12.
Nurhijrah Zakaria, Sharifah Nor Puteh & Amla Salleh. (2012). Pemupukan kesepaduan sosial
melalui kurikulum persekolahan di Malaysia. The 3rd International Conference on
Learner Diversity, 18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia: 654-671.
Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2016). Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam
kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 4(1): 71-78.
Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zaitul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab
Halim. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan
kaum di sekolah. Akademika, 88(2): 95-108.
4
LAMPIRAN
Lampiran 1
Tarikh PROTOKOL TEMU BUAL
Masa
Tempat : 10 Februari 2022
Guru : 5.30 petang
: Google Meet
: Guru A
Temu bual yang diadakan ini adalah untuk menyempurnakan satu tugasan
pentaksiran berterusan bagi matapelajara Budaya dalam Pedidikan iaitu EDUP3073.
Temu bual ini membincangkan tentang aspek kesan dan implikasi kepelbagaian
sosiobudaya dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Guru:
1. Boleh cikgu ceritakan sedikit berkaitan latar belakang pendidikan cikgu?
2. Buat masa sekarang, adakah cikgu memegang sebarang jawatan di sekolah?
3. Adakah cikgu pernah menjadi guru kelas? Adakah wujud kepelbagaian
sosiobudaya dalam kalangan murid-murid cikgu seperti kepelbagaian kaum
atau agama di dalam kelas?
4. Sekiranya wujud, bagaimanakah cikgu melihat komunikasi antara
kepelbagaian sosiobudaya itu? Adakah wujud sebarang halangan atau
masalah yang menyebabkan berlakunya sesuatu yang menyentuh isu sensitif?
Murid:
5. Adakah aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah melibatkan
penglibatan semua kaum?
6. Adakah setiap perayaan disambut mengikut kaum yang terdapat di sekolah?
7. Bagaimanakah hubungan diantara guru bangsa Melayu dengan guru bangsa
lain di sekolah?
5
8. Adakah murid-murid dapat bergaul baik dengan guru yang berlainan bangsa di
sekolah?
9. Bagaimana dengan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah? Adakah ianya
dititikberatkan?
10. Adakah murid berbangsa lain fasih dalam penuturan Bahasa Melayu?
11. Adakah makanan di kantin disediakan dengan meraikan kepelbagaian
sosiobudaya di sekolah?
12. Adakah wujud penganjuran aktiviti keagamaan bagi murid beragama lain selain
yang beragama Islam?
Kesimpulan:
13. Pada pendapat cikgu, adakah kepelbagaian sosiobudaya menjadi salah satu
cabaran kepada sistem pendidikan di Malaysia?
14. Pada pendapat cikgu, apakah kesan atau implikasi kepelbagaian sosiobudaya
guru, murid dan sekolah untuk membina jati diri anak Malaysia.
15. Pendapat cikgu berkaitan cara memupuk nilai kebudayaan atau sosiobudaya
yang di anggap relevan utk diaplikasikan di peringkat sekolah rendah
16. Sebagai guru yang berpengalaman, apakah harapan cikgu terhadap bakal guru
seperti saya untuk menuju ke arah pembinaan sistem pendidikan Malaysia
yang lebih harmoni dan meraikan kepelbagaian sosiobudaya?
6
Lampiran 2
TRANSKRIPSI TEMU BUAL
17. Boleh cikgu ceritakan sedikit berkaitan latar belakang pendidikan cikgu?
• SK Kesom, Kuala Terengganu
• SMKA Tok Jiring, Kuala Nerus
• IPG Kampus Darul Aman, Ijazah Sarjana Muda Tesl
• Universiti of Portsmouth
18. Buat masa sekarang, adakah cikgu memegang sebarang jawatan di sekolah?
• Warden Asrama
19. Adakah cikgu pernah menjadi guru kelas? Adakah wujud kepelbagaian
sosiobudaya dalam kalangan murid-murid cikgu seperti kepelbagaian kaum atau
agama di dalam kelas?
• Ya pernah. Melayu dan Cina
20. Sekiranya wujud, bagaimanakah cikgu melihat komunikasi antara kepelbagaian
sosiobudaya itu? Adakah wujud sebarang halangan atau masalah yang
menyebabkan berlakunya sesuatu yang menyentuh isu sensitif?
• Jarang berlaku isu yang sensitif. Komunikasi juga baik hasil daripada nilai
perpaduan yang disemai.
21. Adakah aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah melibatkan penglibatan
semua kaum?
• Ya, kerana objektif sekolah selari dgn Falsafah Pendidikan Negara iaitu secara
holistik dan seimbang. Perkara ini akan menuntut murid-murid untuk
bekerjasama antara satu sama lain.
22. Adakah setiap perayaan disambut mengikut kaum yang terdapat di sekolah?
• Pihak sekolah mengadakan ceramah moral sebagai tanda sambutan Tahun
Baru Cina dan melibatkan semua murid.
23. Bagaimanakah hubungan diantara guru bangsa Melayu dengan guru bangsa lain
di sekolah?
• Tiada sebarang masalah, mesra, boleh bertukar-tukar pendapat.
24. Adakah murid-murid dapat bergaul baik dengan guru yang berlainan bangsa di
sekolah?
7
• Guru bijak mengambil peluang ini untuk menarik minat murid terhadap sesuatu
matapelajaran.
25. Bagaimana dengan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah? Adakah ianya
dititikberatkan?
• Ya, dititik beratkan. Penekanan diberikan kepada pelajar dengan
26. Adakah murid berbangsa lain fasih dalam penuturan Bahasa Melayu?
• Ya, kerana pelbagai program yang menekankan Bahasa Melayu diadakan.
27. Adakah makanan di kantin disediakan dengan meraikan kepelbagaian
sosiobudaya di sekolah?
• Tidak hal ini kerana murid di sini sudah sebati dengan makanan-makanan
Melayu
28. Adakah wujud penganjuran aktiviti keagamaan bagi murid beragama lain selain
yang beragama Islam?
• Tidak terlalu menonjol,
• penekanan diberikan tp tiada perayaan yang besar-besaran.
• Sekolah turut memberikan cuti kepada murid untuk merayakan perayaan
mereka.
29. Pada pendapat cikgu, adakah kepelbagaian sosiobudaya menjadi salah satu
cabaran kepada sistem pendidikan di Malaysia?
• Ianya menjadi cabaran dan bukannya masalah.
• Salah satu jalan untuk melahirkan negara yang aman dan harmoni
30. Pada pendapat cikgu, apakah kesan atau implikasi kepelbagaian sosiobudaya
guru, murid dan sekolah untuk membina jati diri anak Malaysia.
• Perpaduan kaum, meraikan budaya kepelbagaian kaum dan hormat
menghormati.
31. Pendapat cikgu berkaitan cara memupuk nilai kebudayaan atau sosiobudaya yang
di anggap relevan utk diaplikasikan di peringkat sekolah rendah.
• penganjuran pelbagai pertandingan melibatkan semua kaum.
• Sukan dan kokurikulum
16. Sebagai guru yang berpengalaman, apakah harapan cikgu terhadap bakal guru
seperti saya untuk menuju ke arah pembinaan sistem pendidikan Malaysia yang lebih
harmoni dan meraikan kepelbagaian sosiobudaya?
8
• Pelbagai isu perkauman yg berlaku dan ianya adalah cabaran besar kpd guru
ini.
• Guru perlu lebih sensitif tentang isu yang berkaitan dengan kaum ini
• Budaya perlu dititik beratkanatau pengetahuan tentang budaya dan kaum lain.
9
Lampiran 3
Sesi temu bual Bersama guru A melalui platform Google Meet
10