RAMADAN Yang Penuh Keberkatan Ustaz Hasri Harun Timbalan Presiden WADAH Rencana Ramadan 2024/1445H
Hak Cipta Terpelihara. Rencana dipetik dan disunting daripada buku Transformasi Minda Generasi Muda terbitan WADAH Selangor (2018). Karya Ustaz Hasri Harun, Naib Presiden WADAH (2018) dan kini Timbalan Presiden WADAH (2024).
RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN | 1 Ramadan dan Taqwa Kehadiran Ramadan al-Mubarak disambut dengan rasa tawaduk dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk bersama-sama merebut peluang bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Seperti mana bulan-bulan lain dalam Islam, Ramadan menjanjikan ruang dan peluang kepada kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran Allah SWT yang datang cuma setahun sekali. Jika diukur dan dinilai mengapa Allah SWT memberikan peluang keemasan di bulan ini untuk kita beribadah, sudah pastilah kita tidak mampu untuk menjawabnya. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala rahsia dan kehendaknya. Cuma yang pasti hikmah dan rahsia di sebaliknya akan terjawab jika kita mengenali apakah tu makna Ramadan, rahsia disebalik bulan yang mulia ini. Justeru semua orang mengetahui bahawa Ramadan adalah bulan untuk menilai tahap ketaqwaan manusia terhadap Allah SWT sebagaimana firmanNya: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183) Sesungguhnya apakah bentuk taqwa yang perlu kita cari dalam diri kita, satu persoalan untuk kita membentuk jiwa muttaqin (orang-orang yang bertaqwa) dalam diri. Istilah taqwa yang difahami secara mudah memberi erti takut adalah antara garisan paling asas dalam memahami taqwa yang sebenar. Namun persoalannya takutnya kita kepada Allah SWT itu bagaimana? Adakah takut dalam erti bahasa yang longgar seperti mana orang takut hantu, jembalang dan sebagainya? Atau takut dengan penuh inti dan makna yang sebenar? Apa yang jelas taqwa membawa erti takut dengan ilmu dan iman yang jitu kepada Allah. Justeru jika takut yang kita rasai semata-mata tanpa ilmu yanghagdhajga
RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN | 2 yang sebenar maka ketakutan tidak membawa erti apa-apa. Justeru yang harus diambil kefahaman dalam konteks Ramadan ini adalah pertama memahami apakah makna taqwa sebenar dalam hidup kita. Oleh yang demikian haruslah kita mencari makna tersebut. Kedua melihat secara teliti ciri orang bertaqwa di zaman Nabi dan Sahabat. Mencungkil tabiat orang bertaqwa sebenarnya untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian. Dan ketiga mengamalkan sifat-sifat dalam kalangan para ulama dan para solihin bagaimana mereka mempertahankan jiwa muttaqin. Rahsia Jiwa Orang Bertaqwa Apakah rahsia untuk mengekalkan jiwa taqwa agar ianya sentiasa segar dan bermakna dalam hidup justeru barulah kita dapat merasai nikmat sebenar taqwa dalam bulan yang mulia ini? Ini bermakna Ramadan memberi satu wahana mengetuk pintu hati manusia supaya mereka membuat muhasabah, mencari di mana pintu taqwa dalam diri mereka. Ramadan juga mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa segar dengan tazkiyah an-nafs (penyucian jiwa). Firman Allah SWT: (maksudnya) "Demi jiwa dan penyempurnaannya (ciptaan-Nya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan mengenal) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya. Dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah asy-Syams: 7-10) Penyucian ertinya daripada dosa dan noda sepanjang tahun. Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah SWT walaupun tanpa disedari. Janganlah kita leka daripada dosa, mungkin kita tidak melakukan dosa-dosa besar kepada Allah SWT namun jika dikira dengan penuh teliti barangpasti begitu banyak dosa-dosa kecil yang kita telah lakukan tatkala hati kita dilalaikan oleh hawa nafsu. Itulah sebabnya jika dihimpun segala dosa-dosa kecil yang dilakukan pasti ianya berat dan dikhuatiri akan setimpal dengan dosa besar. Na’uzubillah. Itulah hakikat, keampunan Allah SWT mesti dikaut sebanyak mungkin moga d
RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN | 3 dosa kecil yang kita lakukan sepanjang tahun akan diampun oleh Allah SWT. Firman-Nya: (maksudnya) “Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari Allah?” (Surah Aali ‘Imran: 135) Sedar Akan Dosa Persoalan yang mungkin harus kita teliti disini adalah apakah kita merasai kita melakukan dosa? Atau jiwa kita masih bebal dengan perasaan bahawa hati kita masih bersih tanpa dosa? Sebab itu amalan yang baik dalam konteks Ramadan seperti membaca al-Quran, melakukan sedekah adalah antara dua amal soleh yang secara ruhaniyahnya mampu untuk menghancurkan dosa-dosa kecil kita dengan Allah SWT. Jangan sekali-kali kita merasa mudah dengan persoalan akhirat dalam hal ini. Dosa kita dengan Allah SWT tidak mampu kita tangani jika kita mempunyai hati yang keras seperti batu. Untuk melembutkan hati, maka amalan-amalan kerohanian adalah makanan yang paling benar untuk kejalan itu. Al-Quran sendiri boleh menjadi ubat untuk melembutkan hati. Firman Allah SWT: (maksudnya) “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d: 28) Umat Islam pada hari ini sentiasa diperingatkan untuk sentiasa bersedia dengan kehadiran Ramadan. Dalam hadis-hadis sahih banyak memberi panduan kepada kita tentang bagaimana untuk kita bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menyambut kehadiran Ramadan yang begitu bermakna. Cuma di sebalik persediaan ini kita kadangkala lupa bahawa asas dalam diri kita harus jelas bahawa amalan-amalan yang harus dilakukan itu bukan semata-mata di bulan Ramadan. Amalan baik yang ditetapkan sebagaimana dalam bulan Ramadan juga adalah manifestasi untu
RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN | 4 untuk dilakukan di bulan-bulan lain juga. Jika kita ingin menyambut kehadiran tetamu yang akan datang ke rumah sudah tentulah kita akan bersiap sedia dengan segala persiapkan untuk menerima kehadiran dengan baik. Persediaan termasuklah fizikal, rumah yang bersih, makanan yang sedap dan lazat dan suasana yang harmoni dan tenteram. Begitu juga persediaan mental dan jiwa, akan pasti diberikan untuk kita menyambut kehadiran tetamu kesayangan kita. Justeru begitulah dengan Ramadan, apatah lagi seharusnya lebih kerana Ramadan yang akan datang ini bukan dengan tangan kosong tetapi dengan buah tangan daripada Allah SWT yang akan kekal sehingga hari akhirat. Rasulullah SAW juga bersabda: (maksudnya) “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan; bulan yang diberkahi. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu langit, menutup pintu neraka, dan membelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu maka ia sungguh telah diharamkan (dari kebaikan).” (HR Nasaie dan Baihaqi) Amalan Mulia Sepanjang Perjalanan Ramadan Sesungguhnya kehadiran Ramadan adalah sesuatu yang dinantikan. Ketibaannya amat didambakan oleh seluruh umat Islam yang beriman dan memahami akan kepentingan Ramadan kepada diri. Oleh kerana itu jangan dibiarkan Ramadan datang dan berlalu tanpa kita sedari dan manfaatkan keberkatannya. Bersama ini marilah kita sandarkan beberapa amalan yang wajar untuk dilakukan agar Ramadan kita lebih bermakna; Pertama, niat yang bersungguh-sungguh menerima tetamu bernama Ramadan. Sebagai seorang muslim kita seharusnya memulakan diri dengan niat dan azam yang baik sebelum bertemu Ramadan. Sebagai seorang muslim yang berjaya dalam hidup, kita mengakui betapa banyak hadis Nabi S
RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN | 5 SAW yang menjelaskan tentang kebaikan dan keberkatan amalan di bulan Ramadan. Antara hadis Nabi SAW: (maksudnya) “Sesungguhnya amalan itu bergantung niat, dan seseorang akan mendapatkan sesuai dengan apa yang ia niatkan.” (HR Bukhari dan Muslim) Maka menjadi tanggungjawab semua membuang segala niat yang buruk dan sangka yang tidak baik dalam diri apabila menanti kehadiran bulan Ramadan yang mulia. Niat dalam bahasa Arab bermaksud adalah keinginan dalam hati untuk melakukan suatu tindakan. Imam Nawawi Rhm mengatakan bahawa niat adalah: (maksudnya) “Melakukan sesuatu dan bertekad bulat untuk mengerjakannya.” Mulakan niat kita untuk melangkah bertemu Ramadan semata-mata untuk mendapatkan keampunan, rahmat dan dijauhkan daripada dosa. Jika persediaan menyambut Ramadan selain daripada itu, maka sudah tentulah matlamat puasa kita akan sedikit tersasar. Manifestasi niat dalam konteks Ramadan adalah suatu proses bagaimana diri dijauhkan diri kita daripada amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam contohnya amalan membazir, diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk mengawal diri daripada melakukan amalan-amalan yang boleh merosakkan pahala puasa kita. Ini adalah asas utama untuk mengekal kualiti Ramadan kita berpanjangan. Kedua, kembali membuat muhasabah tentang amalan, sejarah dan praktis Ramadan. Sememangnya untuk mendapat rahmat Allah SWT tidak semudahnya jika kita tidak mempunyai ilmu. Justeru kembali muhasabah amalan puasa, mengetahui perkara-perkara yang haram, harus dan makruh dalam ibadah puasa adalah amat penting bagi mengelakkan kita alpa dan sambil lewa tentang melaksanakan ibadah puasa. Jangan kita jadi seperti sesetengah orang melaksanakan ibadah puasa setakat mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Oleh kerana itu ilmu dalam ibadah puasa amat penting
RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN | 6 penting bagi mengelakkan kita alpa dan sambil lewa tentang melaksanakan ibadah puasa. Jangan kita jadi seperti sesetengah orang melaksanakan ibadah puasa setakat mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Oleh kerana itu ilmu dalam ibadah puasa amat penting sebagai satu syarat untuk menjadi mukmin yang diterima ibadahnya di sisi Allah SWT. Selain elemen pembentukan aqidah dan mendekatkan diri (taqarrub ilAllah), Ramadan diibaratkan sebagai bulan tarbiyyah. Bulan mendidik jiwa dan nurani untuk hampir dengan yang Maha Pencipta. Ramadan jika dihayati falsafahnya mampu membentuk insan yang hidup jiwa dan nuraninya. Bukan semata-mata melahirkan manusia yang kuat jiwa dan akalnya malah amalan jasmaninya juga terbina nilai-nilai murni. Ramadan melahirkan insan yang kasih kepada manusia lain. Memberi orang lain makanan untuk berbuka puasa adalah salah satu amalan jihad kecil untuk melahirkan insan yang kasih dan saling membantu orang lain yang lebih memerlukan. Jika kita sememangnya tidak mempunyai masalah tentang harta, makanan dan pakaian, di bulan Ramadanlah kita digalakkan untuk mencari fakir miskin dan memberi mereka sedikit kesenangan sematamata untuk Allah SWT. Tanda kasih dan sayang tidak mudah wujud dengan memberi orang lain makan melainkan kita faham akan konsep taqarrub ilAllah. Niat dan sikap kita semata-mata untuk Tuhan yang Maha Pencipta. Ramadan Bulan Tarbiyyah Jika kita bicara tentang bulan Ramadan, sudah tidak dapat dipisahkan lagi bahawa Ramadan adalah bulan tarbiyyah. Bulan di mana umat dilatih untuk membentuk jiwa dan akal mereka agar dekat dengan Tuhan. Bulan di mana hati-hati mereka dididik agar sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Proses tarbiyyah tidak dapat lari daripada 3 elemen merangkumi aspek tansyiah (pembentukan), ri'ayah (pemeliharaan) dan tanmiyyah (pengembangan). Bagaimana untuk kita melihat Ramadan menjadi sumber utama membentuk insan yang lahir daripada tarbiyyah Ramadan?
RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN | 7 Tansyiah (Pembentukan) Ramadan banyak sekali membentang proses membentuk insan yang hebat ketika dalam bulan Ramadan. Amalan-amalan seperti qiyamullail dan bersedekah adalah antara proses tarbiyyah yang begitu besar nilainya di sisi Allah SWT dan jika dilaksanakan maka ianya membentuk jiwa hebat. Ramadan membentuk sifat berkualiti; membentuk akal, minda dan ruh agar sentiasa tidak kikir dalam menyumbang ilmu dan harta. Begitu juga Ramadan mendidik insan agar tidak bongkak dan takbur dengan amalan harian. Di sinilah Ramadan menjadi satu platform membentuk sahsiah insan agar sentiasa dilakukan dalam bulan Ramadan apatah lagi dapat diamalkan di luar Ramadan. Sudah pastilah Ramadan adalah platform membentuk diri agar hampir dengan Allah SWT. Ri’ayah (Pemeliharaan) Amalan-amalan sunat yang dilaksanakan dalam bulan Ramadan bukan sahaja satu proses bersifat sementara. Ia harus diteruskan dan dilaksanakan serta menjadi amalan dalam kehidupan. Tidak berguna satusatu amalan jika ianya tidak diteruskan dalam segenap kehidupan apatah lagi ianya digalakkan dan dituntut oleh Islam. Maka tarbiyyah Ramadan juga mengambil kira proses memelihara agar ilmu dan amalan Ramadan dapat memberi kesan berpanjangan dalam hidup. Tarbiyyah tidak akan tercerna jika setiap amalan tidak dipelihara. Tarbiyyah dan pemeliharaan dalam konteks amalan amatlah penting; setiap amalan yang baik mestilah dipelihara. Tanmiyyah (Pengembangan) Tidak cukup dengan amalan pemeliharaannya dalam konteks amalan Ramadan, ia harus dikembangkan dengan baik dan dilakukan dengan penuh tulus kerana Allah SWT. Justeru membina kekuatan dalam bulan Ramadan adalah perkara utama membina jiwa insan yang murni dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT agar kita sentiasa segar dan bersedi
RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN | 8 bersedia untuk mendepani cabaran di luar Ramadan. Kesimpulan Apa pun cabaran yang dilalui sepanjang Ramadan haruslah kita telaah bagaimana harus kita mengemaskini diri kita, keluarga dan masyarakat untuk menerima kehadiran Ramadan dengan jiwa yang tulus dan ikhlas kerana Allah SWT. Kehadiran yang silih berganti setiap tahun haruslah kita lihat dengan mata hati di mana yang harus kita mantapkan. Apakah amalanamalan kerohanian yang sedikit ketinggalan yang tidak kita lakukan sebelum ini harus kita tingkatkan? Atau aspek mana wajar kita tingkatkan? Pemikiran begini mesti kita tanam semata-mata mendapat mardhatillah. Jika kehadiran Ramadan ini semata-mata untuk berpuasa tanpa ada niat peningkatan maka wajar kita renung hadis yang bicara bahawa berapa ramai orang yang berpuasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Tidakkah mereka dalam kalangan golongan yang rugi?
IKLAN SUMBANGAN RAMADAN | 9