PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
MPU 2172
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TIANG SERI ETIKA & PERADABAN
DI MALAYSIA
FOLIO DISEDIAKAN OLEH :
SYAKIRAH MAISARAH BINTI SHAH RIZAL AFFENDI
031217-15-0010
NAMA PENSYARAH:
Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL KETERANGAN 2
1 PENGENALAN 3
2 DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN 4
3 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN 5
4 SURUHANJAYA REID 6
5 KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN 7
6 TUJUAN PERLEMBAGAAN 8
7 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN 9
8 PINDAAN PERLEMBAGAAN 10
9 KESIMPULAN
10 RUJUKAN
OBJEKTIF
1. Memahami maksud keluhuran dan peruntukan – peruntukan utama yang terkandung
dalam perlembagaan persekutuan
2. Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di Malaysia
3. Menganalisis isu semasa perlembagaan
4. Memahami systempemerintahan negara denokrasi berparlimen raja
berperlambagaan kuasa dan pilihan raya.
PENGENALAN
Perlembagaan merupakan undang – undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang
bertindak sebagai dasar kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran
negara, kebanyakkan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis
termasuk Malaysia , iaitu prinsip prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan dalam
satu dokumen. Namun terdapat juga perlembagaan dalam bentuk tidak tertulis, iaitu sejenis
perlembagaan yang tidak dikanunkan didalam satu dokumen. Didalam bab ini dijelaskan
tentang sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia, konsep keluhuran perlembagaan,
peruntukkan utama dalam perlembagaan, kontrak sosial dan system pemerintahan negara.
Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme melayu dan bumiputera
serta penglibatan etnik – etnik lain yang berunding sesama mereka dan dengan sultan negeri
– negeri dan british. Perlembagaan Malaysia meperuntukkan kedudukan anak watan dalam
kalangan melayu dan bumiputera, Orang asli dan juga etnik – etnik. Selain itu,
perlembagaanya bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat
etnik yang sivil. Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas
untuk membina negara moden Malaysia. Kepentingan setiap rakyat , negeri dan kumpulan
minority diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang – undang
setiap negeri.
DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Pada 31 ogos 1957 ,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan buat pertama kali. Kemudian
diperkenalkan pula sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi semua undang – undang tertinggi yang
mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sebuah negara dan system politiknya.
Perlembagaan menjadi sumber kepada undang – undang dalam negara berkenaan. Semua
undang – undang dalam negara berkenaan. Semua undang – undang lain tidak boleh
bertentangan dengan undang – undang dan prinsip perlembagaan dan jika bertentangan,
maka undang – undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang –
undang yang lebih utama. Secara ringkasnya , perlembagaan persekutuan menyentuh bidang
kuasa eksekutif , legislative , kehakiman , kedudukan islam , kewarganegaraan , kedudukan
orang istimewa orang melayu , bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.
Selain itu , perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan –
peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana
muhibah, penerimanya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya. Perlembagaan bukan
sekadar satu dokumen undang – undang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah daripada
sejarah , perkembangan tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daridpada
pelbagai etnik. Beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu :
i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara.
ii. Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah
negara.
iii. Undang-undang tertinggi asas kepada semua undang-undang lain di dalam negara.
iv. Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara.
v. Mengawal pemerintahan dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan
kesinambungan negara.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
Pada tahun 1954, rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di
London telah gagal kerana british bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. Pada Januari
1956, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali kedua bagi membuat
rundingan berkenaan Tarikh kemerdekaan untuk negara serta membincangkan tentang
penggubalan perlembagaan persekutuan. Rundingan tersebut berlansung dari 18 Januari
hingga 6 Febuari 1956 dan dikenali 1956. Hasil daripada konferensi ini, Britain bersetuju untuk
memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu serta menubuhkan suruhanjaya bebas
untuk membentuk perlembagaan persekutuan tanah melayu.
SURUHANJAYA REID
Pada Mac 1956, satu suruhanjaya perlembagaan telah ditubuhkan untuk merangka dan
meneliti perlembagaan persekutuan tanah melayu. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lrd William
Reid (Hakim mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh empat orang ahli dari negara
komanwel iaitu Sir Ivor Jennings (Ahli akademik dari Britain), Sir William Mckell (Ahli politik
dari Australia), Tuan B.S Malik (Ketua hakim mahkamah tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid
(Hakim mahkamah Pakistan). Ahli yang dilantik untuk menganggotai suruhanjaya Reid telah
dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan Menteri Perikatan.
KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip rukun negara Malaysia yang ketiga. Keluhuran
perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.
Keluhuran perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang
tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Yang Di-Pertuan
Agong (YDPA) serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada perlembagaan persekutuan.
TUJUAN PERLEMBAGAAN
• Mewujudkan pemerintahan yang adil
Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang
melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak.
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan
rakyat
Yang Di-Pertuan Agong serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan
perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada perlembagaan persekutuan.
• Menjaga keamanan dan kestabilan negara
Sekatan dalam perlembagaan yang membataskan kebebasan individu akan menjamin
keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan perpaduan.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
Ciri-ciri perlembagaan Malaysia adalah seperti yang berikut :
a) Kestabilan dalam pemerintahan - pemerintahan melaksanakan tatacara lazim yang
menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam
pembangunan negara.
b) Tanggungjawab keatas rakyat - permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan
untuk bertindak. Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan disampaikan melalui
saluran yang betul.
c) Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya.
d) Pembahagian kuasa - kerajaan bertindak sebagai pembuat dan pelaksana dasar.
e) Kerajaan bersifat terbuka – perbincangan di parlimen seperti belanjawan negara dan
pembuat dasar-dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa. Tujuan sesuatu pindaan adalah untuk
melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara, memastikan perlembagaan
sesuai dengan keperluan semasa, munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat
dengan rela hati serta pindaan bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
Pindaan yang besar pernah dibuat terhadap perlembagaan Malaysia adalah berkaitan dengan
pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi YDPA dan Raja yang memerintah negeri daripada
kesalahan jenayah pada tahun 1993. Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh
dipersoalkan iaitu ;
• Agama islam sebagai agama persekutuan.
• Kedudukan istimewa raja-raja melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
• Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
• Soal kerakyatan.
KESIMPULAN
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan
Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan
pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.
Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.
Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan merupakan
persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian
perlembagaan seharusnya diunjungi bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara
Malaysia. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukkan sistem pengasingan
kuasa pemerintahan kepada badan perundangan, pentadbiran dan kehakiman yang diketuai
oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah kuasa perlembagaan adalah bertujuan menjamin
keamanan dan kemakmuran negara. Peranan Raja berperlembagaan pula ialah mengekalkan
kesinambungan sejarah dan tradisi negara di dalam perlembagaan. Pemerintah sebegini
membezakan Malaysia dengan negara lain. Perlembagaan yang menggambarkan Malaysia
sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.
RUJUKAN
• Abdul Manaf Haji Ahmad 2009. Kontrak sosial, kuala lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd
• HTTP://PERLEMBAGAANMALAYSIA96.BLOGSPOT.COM/2014/08/TUJUAN-
PERLEMBAGAAN.HTML?M=1
• http://fokus.my/tiang-seri-kepada-perlembagaan-
persekutuan/http://perlembagaanmalysia2016.blogspot.com/2016/03/suruhanjayarei
d.html
• Abdul Halim Ramli. ND . Perdebatan Antara Kaum Mengenai Isu Kerakyatan
Sebelum Merdeka, Jurnal Sejarah. 57.
• Shamsul Asri Baharudin. 2012. Modul Hubungan Etnik (Edisi Kedua), Institut Kajian
Etnik, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
• MODUL ETIKA & PERADABAN