E-FOLIO
MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PENSYARAH:
ENCIK RAJA AHMAD BIN RAJA HUSIN
TAJUK: RUKUN NEGARA
AHLI KUMPULAN: NO. MATRIX
NAMA 07DHR21F2031
MUHAMMAD DANIEL FIKRI BIN BAHARUDDIN 07DHR21F2015
MOHAMMAD WAFIR BIN MOHAMAD ALI 07DHR21F2025
SHAFIKAH BINTI SANTONY 07DHR21F2033
JASMINE NURSYAFAWANI BINTI ASIM
ISI KANDUNGAN 1
2
MUKA HADAPAN 3
ISI KANDUNGAN 4
5
PENGENALAN 6-7
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
OBJEKTIF PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA 8
9
MAKSUD-MAKSUD RUKUN NEGARA: 10
➢ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
➢ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
➢ KELUHURAN PERLEMBAGAAN
➢ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
➢ KESOPANAN DAN KESUSILAAN
KEBAIKAN RUKUN NEGARA KEPADA MASYARAKAT
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGENALAN
Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi
pada 31 ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini
sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu dan berbilang kaum. Terdapat lima prinsip ideologi yang
menjadi tonggak perpaduan antara rakyat Malaysia untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat , memelihara cara hidup demokratik , mencipta satu masyarakat yang
adil agar kemakmuran negara dapat dicapai , membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang berbagai-bagai corak dan untuk membina sesebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden. Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni
serta sejahtera. Namun pada masa ini, prinsip Rukun Negara makin terpiggir dan dilupakan oleh
masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu , penghayatan Rukun Negara
amat penting terutamanya bagi rakyat Malaysia.
Di negara kita , kerajaan telah mengubal Rukun Negara sebagai falsafah , etika dan
ideologi negara. Sewajarnya , setiap rakyat Malaysia perlu memahami latar belakang , objektif dan
prinsip Rukun Negara tersebut. Dari segi latar belakangnya , Rukun Negara digubal berdasarkan
setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong
pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan
kaumagar lebih utuh dan kental
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
Pada tahun 1956,Kekacauan telah berlaku di Pulan Pinang semasa perayaan
Pemberian taraf bandaraya kepada pulau pinang.Perbalahan yang sama turut berlaku Di Pulau
Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966) Dan Pulau Pinang sekali lagi (1967).Peristiwa kecilan ini
berlaku Secara kecil kecilan sahaja.Kerajaan telah mengambil langkah tegas Untuk mencari satu
formula bagi mengatasi masalah tersebut. Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara Terdiri
daripada seorang pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Daro Hussein merangkap pengarah
MAGERAN),tiga orang menteri (Allahyarhum Tun Dr Ismail Bin Dato Abdul Rahman,Mendiang Tun
Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T Sambathan),wakil-wakil kerajaan negeri dan Wakil-wakil
daripada tokoh agama,badan-badan profesional,perkhidmatan awam,Kesatuan
sekerja,wartawan,Persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
Mesyuarat pertama diadakan pada 27 januari 1970 yang dipengerusikan oleh
pengarah MAGERAN Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein.Setelah berbincang dan
mengkaji sedalam-dalamnya Selama beberapa bulan, Majlis perundangan Negara telah merumuskan
Satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum.Berasaskan Keputusan
tersebut,maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong Yang
Keempat Pada 31 ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.
Rukun Negara diwujudkan untuk menyemaikan nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan,Kesetian
Kepada Raja Dan Negara,Kepatuhan kepada Perlembagaan,Kedaulatan undang undang serta
membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dan Kesusilaan.
OBJEKTIF PEMBETUKAN RUKUN NEGARA
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci keharmonian dan perpaduan
demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
BAHAGIAN PERTAMA
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk
❖ Mencapai perpaduan yang lebih erat
❖ Memelihara cara hidup demokratik
❖ Mencipta sesebuah masyarakat yang adil
❖ Membina masyarakat yang progresif
BAHAGIAN KEDUA
Menggariskan lima prinsip Rukun Negara yang berikut
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan undang-undang
• Kesopanan dan kesusilaan
MAKSUD-MAKSUD RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bermaksud Sebagai bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan.Melalui kepercayaan inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat.Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah Agama
Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman
dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan
terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan
merosakkan bangsa dan negara.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri,
dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan
ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara.Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak
di negara ini. Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola politik dan kedudukan
sosioekonomi rakyat di negara ini. Ianya juga adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan
dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah
sama taraf di sisi undang-undang. Selain itu, Kebebasan asasi juga terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan
kedaulatannya. Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan
kestabilan. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Menerusi kewujudan undang-undang juga, ianya akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam suasana yang teratur dan selamat
tanpa sebarang bentuk kekacauan.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk
membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa
dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
KEBAIKAN RUKUN NEGARA KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA
1. Mencapai perpaduan yang lebih erat
➢ Melalui usaha untuk mencapai perpaduan semua lapisan masyarakat perlulah menanam
cita-cita yang positif bagi membentuk satu bangsa dan negara agar berkekalan. Sebagai
contoh , pada masa kini negara Malaysia termasuk dunia telah dilanda COVID-19 , semua
masyarakat mestilah bersatu padu dalam menangani wabak ini dengan mematuhi SOP ,
memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau sesak serta sentiasa mencuci
tangan. Hal ini perlu dipatuhi agar dapat mengurangkan kes sedikit sebanyak.
2. Mencipta sebuah masyarakat yang adil
➢ Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan
negara. Hal ini demikian kerana masyarakat yang adil akan mewujudkan negara yang stabil
dan aman. Sebagai contoh , kerajaan membuka peluang pekerjaan kepada semua
masyarakat tanpa mengira kaum di Malaysia.
3. Membina sebuah masyarakat progresif
➢ Tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara memerlukan masyarakat yang progresif
terhadap kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan
teknologi terkini agar dapat memberi manfaat kepada negara terutamanya dalam bidang
ekonomi.
4. Memelihara satu cara hidup demokratik
➢ Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan dalam bidang
politik asalkan ianya tidak melanggar undang-undang negara. Untuk pengetahuan anda ,
sistem pemerintahan di Malaysia dijalankan secara demokrasi iaitu mengadakan pilihan
raya.
KESIMPULAN RUKUN NEGARA
Seperti yang kita sedia maklum , perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh
semua negara begitu juga dengan negara Malaysia. Hal ini kerana, tanpa perpaduan sesebuah
negara itu akan dipandang lemah oleh negara lain serta sukar untuk dibangunkan dan mudah
diancam oleh kuasa luar.
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pasa 13 mei 1969.
Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua betapa pentingnya bersatu padu dan
hidup dengan aman damai antara satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira kaum
dan warna kulit serta sentiasa bersikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Melalui
perpaduan yang mampan dapat membantu negara mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik. Kesimpulanya , Rukun Negara dapat dilihat sebagai kuasa
dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
RUJUKAN
https://anyflip.com/yklgx/qutp/basic
https://dokument.pub/e-folio-rukun-negara-flipbook-pdf-e-60f157f5ee7d6.html
https://perpaduandimalaysia-efolio.blogspot.com/2020/10/e-folio-etika-dan-
peradabanperpaduan-di.html