BUKU SKRAP
DIGITAL
KEMERDEKAAN
Isi Kandungan
• Biodata diri
• Bendera Malaysia
• Perdana Menteri Malaysia
• Negeri-negeri Malaysia
• Jata negara
• Bunga kebangsaan
• Kronologi kemerdekaan
• Pengisytiharan kemerdekaan
Biodata Diri
Nama : Mohamad Syamil Heyqal bin Mohamad Shairi
Umur : 10 tahun
Tarikh Lahir : 05/02/2011
Kelas : 4 Ihsan
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Felda Palong 9,
73430 Gemas, Negeri Sembilan.
Bendera Malaysia
• Biru Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain
• MmeernaghhaMreunnugnijsuekgkalaanjekneibsecraabnairaannddaenmkienseedgaiaraanydanalgatmercinta
• Putih Menjadi lambang kesucian serta keluhuran hati masyarakat
• Kuning Warna Di Raja yang khusus melambangkan kedaulatan
Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan
• Bulan Dan Bintang Menunjukkan Agama Islam sebagai agama
persekutuan negara
• Bintang Pecah 14 Menggambarkan perpaduan 13 buah negeri dan 1
wilayah persekutuan
• 14 Jalur 14 Jalur menunjukkan 13 buah negeri dan satu wilayah
persekutuan sebagai anggota di bawah kerajaan Persekutuan
Malaysia
Perdana Menteri Malaysia
Negeri-negeri Malaysia
Jata Negara
• Bintang pecah 14 – Mewakili 13 buah negeri dan wilayah persekutuan dalam Malaysia.
• Bintang bersama anak bulan (bulan sabit) – Melambangkan agama Islam sebagai
agama persekutuan.
• Lima bilah keris – Mewakili negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Ia
juga dikenali sebagai negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu.
• Dua harimau di kiri dan kanan – Ia merupakan simbol keberanian yang perlu dimiliki
oleh semua rakyat Malaysia. Nama harimau ini adalah Harimau Malaya.
• Imej pokok pinang dan Jambatan Pulau Pinang – Simbol pokok pinang dan jambatan
Pulau Pinang yang terletak di sebelah kiri jata negara ini mewakili negeri Pulau Pinang.
• Empat jalur berwarna merah, hitam, putih dan kuning – Empat warna yang berada di
tengah jata negara adalah mewakili warna bendera empat buah negeri Melayu bersekutu.
Warna hitam, putih dan kuning mewakili negeri Perak. Merah dan kuning mewakili negeri
Selangor, hitam dan putih mewakili negeri Pahang. Manakala warna merah, hitam dan
kuning mewakili negeri sembilan.
• Imej pokok Melaka – Simbol pokok Melaka yang terdapat pada sebelah kanan jata
negara mewakili Negeri Melaka.
• Tiga logo di sebelah bawah – Logo di sebelah bawah kiri mewakili negeri Sabah, Logo
di sebelah bawah kanan mewakili negeri Sarawak. Manakala bunga raya yang terletak di
tengah bucu perisai mewakili bunga Kebangsaan.
• Warna kuning pada awan-awan – Melambangkan sistem beraja dan merupakan warna
di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
• Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu” – Cogan kata ini mewakili intipati bagi negara
Malaysia.
Bunga kebangsaan
• 28 Julai 1960 – Pada tahun 1960, Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj telah mengisytiharkan Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus
Rosa-Sinesis sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu ketika
merasmikan pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA) di Kelab
Turf, Selangor.
• Sejarah pemilihan bunga kebangsaan bermula pada akhir tahun 1958, apabila
Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga iaitu Bunga Kenanga,
Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga
Tanjung.
• Berdasar kepada pertimbangan dari pelbagai aspek, kabinet memutuskan untuk
memilih bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kerana Bunga Raya memiliki
kelopak yang besar, lebar dan melentur, nama Bunga Raya telah dikenali di Tanah
Melayu sejak dahulu kala dengan satu nama sahaja.
• Sehubungan itu, Bunga Raya terus menjadi inspirasi dalam membentuk identiti
negara dengan nama dan rupa bentuk Bunga Raya dijadikan simbol bagi
mempamerkan identiti sebagaimana yang terdapat pada Jata Negara, logo, lencana,
bendera, sulaman, setem, taman perumahan, jalan raya, bangunan, wang kertas
serta wang syiling.
• Selain itu, sifatnya yang memiliki lima kelopak dikaitkan dengan lima prinsip
Rukun Negara, yang diperkenalkan pada tahun 1970. Bunga Raya telah didaftarkan
sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun
2007, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Kronologi Kemerdekaan
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos
1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng,
Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara
mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pengisytiharan kemerdekaan
• T31unOkguosA19b5d7ul– PReanhgmisayntihPaurtarna,kPeemredradneakaMaennPteerrisePkeurtsueaknutTuaannahTManealahyuMyealanygupeterptaamt apatedlaahpduikbuulat1o2l.0eh0
tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.
• Pengisytiharan itu telah diiringi dengan laungan ‘MERDEKA’ yang bergema dengan penuh bersemangat
dan menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat dan merdeka.
• Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sepenuhnya telah dilakukan oleh
Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi di hadapan Raja-Raja
KMoelmayaunwdeal.n 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu serta perwakilan dari 30 negara-negara
• dDiisaamkbhuirt dpeennggaisnybtiehragreamnurtuerhseobleuht rTakuynaktuyatnelgahhadmire.neriakkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan
• STazeaarnneanhdtaaMnketldeaemynubgaadkninaiantiukm,kelaarmniabmdaansnegrdpaiiteruripsnasgdaituoualendh,aksl.aeguutukheabnandgasnakaned‘aNuelgaatraankbua’.nIgnsiadiiaiiktuutBi epnudleardaePnegrasneksuertuuaann
• Dengan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu, maka berakhirlah penjajahan
Inggeris dan kuasa Baginda Queen ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan
Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun.
• Pada hari ini juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald
MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.
Sekian terima kasih