Fokus
Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Murid
Tajuk
Ringan Tulang
Kelas
Tahun 5
Objektif
Murid dapat:
1. Mengetahui peranan mereka dalam
keluarga.
2. Menyatakan tanggungjawab anak
terhadap ibu bapa.
3. Melaksanakan peranan mereka
dalam membantu ibu bapa di rumah.
M/S:1
Membantu ibu bapa di rumah.
Menolong ibu bapa
membuat kerja rumah
bukan sahaja akan
meringankan beban
mereka, tetapi ia juga
mengajar kita
mengenai kemahiran
hidup yang penting dan
pengajaran hidup yang
berharga dan
seterusnya
memudahkan kita
apabila dewasa nanti.
Aktiviti menolong ibu bapa mengajar kita
tentang tanggungjawab dan pengurusan
masa. Kerja-kerja rumah boleh memberi kesedaran
kepada kita bahawa terdapat kerja-kerja yang
harus dilakukan untuk mengekalkan keselesaan
rumah dan pengurusan masa dapat membentuk
tabiat yang berguna dan sikap yang baik terhadap
kerja pada masa hadapan.
Selain itu juga ia turut mengajar kita
tentang kebersihan dan menghormati harta
benda sama ada harta benda sendiri atau harta
benda orang lain serta salah satu cara terbaik
untuk membina kecekapan dalam diri. Kita akan
berasa bangga dengan diri apabila dapat
menyiapkan sesuatu kerja rumah dan berjaya
melakukannya dengan baik.
M/S:2
Aktiviti-aktiviti membantu ibu bapa di rumah.
M/S:3
1) Mewujudkan keluarga yang harmoni
2) Mengeratkan lagi hubungan antara ahli
keluarga
3) Kerja dapat disiapkan dengan cepat
4) Pekerjaan yang berat menjadi ringan
5) Saling bertukar fikiran dan saling memahami
antara ahli keluarga
M/S:4
Aktiviti murid
1) Senaraikan 6 aktiviti anda membantu ibu bapa di
rumah
2) Berdasarkan gambar di bawah. Apakah cara anda
membantu ibu bapa sebelum dan selepas makan
Cara membantu ibu
bapa sebelum makan
1)
2)
Cara membantu ibu
bapa selepas makan
1)
M/S: 5 2)