Koleksi Inspirasi Diri Untuk
Kanak-Kanak
Ahmad Zuliadi Bin Mustafa
Kisah Seekor Gajah
Ketika seorang remaja
berjalan melewati
sekumpulan gajah, ia tiba-
tiba berhenti. Ia melihat
seekor gajah sedang diikat
hanya dengan sebuah tali
kecil yang terikat pada kaki
depannya. Tidak ada rantai
dan tidak diletakkan di
dalam kandang. Jelas sekali
bahawa gajah dapat
melepaskan diri dari ikatan
tali tersebut pada bila-bila
masa sahaja.
Tetapi entah kenapa gajah tersebut tidak melakukannya.Dia melihat dan A
menghampiri seorang pelatih berdekatan dengan gajah dan bertanya kepada Z
pelatih tersebut. “Mengapa gajah itu hanya berdiri di sana dan tidak berusaha B
untuk melarikan diri?” Jawab pelatih tersebut“ ketika gajah masih kecil, kami M
menggunakan ukuran tali yang sama untuk mengikatnya. Dan, pada usia tersebut,
tali itu sudah cukup untuk menahan mereka. Saat gajah sudah dewasa, gajah
tersebut telah di ajar untuk percaya bahawa tidak dapat melepaskan diri. Gajah
percaya bahwa tali tersebut masih menahan mereka, sehingga mereka tidak
pernah mencuba untuk membebaskan diri. ” Begitulah penjelasan dari pelatih
gajah tersebut.
Remaja itu kagum. Gajah ini boleh sahaja pada bila-bila masa melepaskan diri
dari ikatan tali. Tetapi kerana mereka percaya bahawa mereka tidak dapat boleh
lari dari tempat dimana mereka berada.
PENGAJARAN:
Seperti gajah, berapa banyak dari kita yang menjalani hidup bergantung pada
suatu keyakinan bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu, hanya kerana kita
gagal sekali sebelumnya?
Kegagalan adalah sebahagian dari pembelajaran. Kita tidak boleh menyerah
untuk berjuang di dalam hidup anda.
MS: 1
Lompatan Belalang
Seekor belalang telah lama
terkurung dalam sebuah kotak.
Suatu hari ia dapat keluar dari kotak
yang mengurungnya sebelum ini.
Dengan gembira ia melompat-
lompat menikmati kebebasannya. Di
perjalanan ia bertemu dengan
seekor belalang lain.
Namun ia m berasa hairan kenapa belalang itu boleh melompat lebih tinggi dan lebih
jauh darinya. Ia menghampiri belalang itu, dan bertanya, “Mengapa kau boleh
melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeza dari segi umur
dan bentuk badan?”
Belalang itupun menjawabnya, “Dimanakah kau selama ini tinggal? Kerana semua
belalang yang hidup bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan”. Si
belalang tersebut baru tersedar bahawa selama ini kotak itulah yang membuat
lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup bebas. A
Z
B
PENGAJARAN: M
Kadang-kadang kita sebagai manusia tanpa sedar pernah juga mengalami hal yang
sama dengan belalang. Perkara yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang
lepas, perkataan dari kawan-kawan atau orang sekeliling seolah-olah kita terkurung
dalam sebuah kotak yang menyekat kelebihan atau peluang yang kita ada.
Kita tidak boleh mempercayai mentah-mentah apapun yang orang lain katakana
kepada kita tanpa berfikir terlebih dahulu. Bahkan lebih buruk lagi, jika kita lebih
mempercayai orang lain daripada mempercayai diri sendiri.
Beruntung sebagai manusia kita diberikan oleh ALLAH kemampuan untuk berjuang,
tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami. Oleh itu, teruslah
berusaha mencapai apapun yang ingin dicapai. Penat dan lelah perlu dihadapi, tetapi
bila anda sudah sampai kepuncak, semua pengorbanan itu pasti terbayar.
Kehidupan akan lebih baik jika caranya adalah dipilih anda sendiri. Bukan orang lain
pilihkan untuk anda.
MS: 2
Jalan Menuju Kejayaan
Seorang murid bertanya kepada gurunya,
“cikgu, boleh tak tunjukkan kepada saya
dimana jalan menuju kejayaan?”
“Uhm…..,” guru tersebut terdiam sejenak.
Tanpa mengucapkan sepatah kata, guru
tersebut menunjuk ke arah sebuah jalan.
Dengan tidak membuang masa, untuk
meraih kejayaan. Murid itu segera berlari
menyusuri jalan yang ditunjukkan oleh
gurunya.
Setelah beberapa saat ketika melangkah, tiba-tiba ia berkata, “Ha! Ini jalan yang A
buntu!”. Di hadapannya berdiri sebuah tembok besar yang menutupi jalan. Ia Z
terpaku kebingungan, “Barangkali aku tidak faham maksud guruku.” Maka kembali B
semula murid menemui gurunya untuk bertanya sekali lagi, “Guru, yang manakah M
jalan menuju kejayaan.”
Gurunya tetap menunjuk ke arah yang sama. Murid itu kembali berjalan ke arah itu
lagi. Namun yang ditemuinya tetap sahaja sebuah tembok yang ad di hadapan. Dia
berfikir, ini pasti hanya gurauan gurunya. Dan murid itu rasa ia dipermainkan.
Dengan penuh kecewa ia menemui gurunya, “cikgu, saya sudah mengikut apa yang
telah diarahkan, tetapi yang saya temui adalah sebuah jalan buntu. Akhirnya guru
itu beritahu “Di situlah jalan menuju kejayaan. Hanya beberapa langkah saja di
balik tembok itu.” Siapa kata tembok adalah tujuan akhir?
PENGAJARAN:
Untuk mencapai sesebuah kejayaan ia perlu tempuhi halangan.
Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya.
Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah,
bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi kita
ujian-ujian yang melebihi tahap kemampuan kita.
Namun begitu, mengapa ada perasaan ‘tidak mampu’ itu muncul dalam diri kita?
MS: 3
Disediakan oleh A
Z
Ahmad zuliadi bin mustafa B
Guru bimbingan dan kaunseling M
skptldm
MS: 2