The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEMARAK MINDA BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SRI WANGI 2, 2020-11-19 19:48:39

7 Langkah Menghilangkan Sifat Malas

Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Pangkalan

TLDM, Lumut Perak

Disediakan Oleh
Ahmad Zuliadi Bin Mustafa

Mukadimah

Setiap orang pasti pernah merasa
malas apabila melakukan suatu
perkara, malas boleh menyerang
siapa saja, tidak kira masa, dan
dimana pun. Sifat ini adalah sifat
yang tidak elok diamalkan dan boleh
mempengaruhi hidup anda jika
dibiarkan berterusan.

Kali ini saya akan kongsikan
beberapa cara untuk menghilangkan
sifat malas dalam diri anda dan
supaya menjadi orang yang lebih rajin
dalam apa jua yang dilakukan.

1
Kenali Masalah Utama

Setiap kali anda berasa malas, ia mesti
disebabkan oleh sesuatu. Jadi cuba
tanya diri sendiri, kenapa anda tidak
mempunyai semangat dan motivasi?
Adakah anda sudah letih, penat, tidak
berpuas hati, takut, sakit dan
sebagainya?

Kenalpasti kenapa anda berasa seperti
itu dan kemudian berdepan
dengannya, jangan larikan diri.

2
Selesaikan Masalah Utama

Setelah anda mengenalpasti punca sikap
malas itu, cuba selesaikan masalah tersebut
terlebih dahulu, barulah anda fokus apa yang
anda ingin lakukan.Ia mungkin sukar, tetapi
jika tidak diselesaikan, sampai bila anda nak
berterusan macam ini.

Sila pertimbangkan beberapa contoh ini:
Jika anda penat, cuba rehatkan diri. Setiap
orang perlukan masa untuk mereka sendiri.
Jika anda tidak pandai, dapatkan
bantuan daripada sesiapa yang pandai.
Jika anda tidak bersemangat dan putus asa,
cuba dapatkan kembali semangat tersebut
dengan mengubah tempat kerja, ubah
persekitaran dan sebagainya.

3
Sediakan To-Do-List

Iaitu senarai tugas yang perlu
dikerjakan dalam sehari. Anda boleh
membuat to-do-list, hal ini dapat
membantu anda menjadi lebih teratur.
Apabila membuat senarai ini, ianya
perlulah logik, releven dan sesuai
dengan jangka masa yang
diperuntukkan.

Sediakan senarai itu sehari atau
seminggu lebih awal agar anda lebih
senang untuk mengatur masa dan cuba
pastikan anda terikat dengan jadual
tersebut.

4
Mulakan Sesuatu Walaupun Sedikit

Semua perkara mesti ada permulaannya,
jika anda inginkan sesuatu perlulah bermula
dari sekarang, walaupun ianya sedikit.

Namun, untuk bergerak dan memulakan
sesuatu itulah yang paling susah. Tetapi
apabila sudah mula bergerak sedikit demi
sedikit, lama-lama anda akan terbiasa dan
akan nampak hasilnya.

Jika anda masih malas dan banyak berikan
alasan, semakin sukar bagi anda untuk
memulakan sesuatu. Jadi mulalah lakukan
sesuatu!

5
Tinggalkan Apa Jua Penghalang

Antara sebab kita menjadi malas adalah
disebabkan oleh gangguan, contohnya
seperti gadget, media sosial, permainan
dan sebagainya. Tiada masalah
menggunakannya, cuma kalau tidak secara
terkawal, ia boleh memakan diri sendiri.

Apa yang anda boleh lakukan adalah
dengan mengatur masa, bila boleh
bersosial dan bila boleh bermain game.
Matikan phone apabila sedang melakukan
kerja, agar tidak mudah diganggu dengan
notifikasi dan sebagainya.

6
Disiplinkan Diri

Jangan berhenti rehat jika tidak perlu.
Siapkan terlebih dahulu tugasan yang anda
perlu siapkan, kemudian ambillah rehat
sekejap sebelum meneruskan tugasan yang
seterusnya.

Disiplin perlu memainkan peranan yang
penting dalam kes ini, dan juga paling
sukar buat pertama kali. Sila lakukan apa
yang anda sudakh senaraikan dalam To-
Do-List yang ada sudah buat.

7
Jangan Sesekali Berputus Asa

Sekali lagi, hidup ini bukannya lurus dan ada
kalanya ia bengkok, ada kalanya ia
bergunung-ganang. Apa jua yang berlaku,
jangan berputus asa dengan apa-apa perkara
yang anda ingin usahakan.

Kerap ingatkan diri sendiri betapa jauh yang
anda ingin capai dalam hidup anda.
Dapatkan nasihat pakar sekiranya boleh.
Jangan biarkan usaha anda selama ini disia-
siakan.

Tips Tambahan Menghilangkan Sifat Malas

Kerap ingatkan diri tentang matlamat, dan

kenapa anda membuat sesuatu perkara tersebut
dan cuba bayangkan kesan jika anda berputus asa.

Bekerja dengan orang yang rajin, ia boleh
mengelakkan anda daripada menjadi malas.

Tidur awal, bangun awal.

Cuba minum air yang sejuk apabila anda

rasa malas kerana ia boleh meransang otak anda,
meningkatkan pergerakan badan, lantas
melakukan kerja.

Guna teknik 20/10 di mana 20 minit anda

lakukan sesuatu tugasan dan 10 minit adalah masa
untuk rehat. 45/15 juga boleh digunakan.

Kesimpulan

Untuk menghilangkan sifat malas
dalam diri adalah 100%
bergantung pada individu itu sendiri.
Ia bermula dengan matlamat hidup
yang dia ingin capai, dan terus
berusaha untuk mencapainya.
Diharap perkongsiaan ini membantu
anda dalam menyelesaikan masalah
kemalasan anda.


Click to View FlipBook Version