The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MOHAMAD DANIAL FITRI BIN JOHARI_PT4S1-9_BMMB3163_KK2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHAMAD DANIAL FITRI BIN JOHARI IPG-Pelajar, 2023-09-19 13:48:34

MOHAMAD DANIAL FITRI BIN JOHARI_PT4S1-9_BMMB3163_KK2

MOHAMAD DANIAL FITRI BIN JOHARI_PT4S1-9_BMMB3163_KK2

JABATAN PENGAJIAN MELAYU TUGASAN KERJA KURSUS: 2 INDIVIDU SEMESTER : 1 PISMP TAHUN : 4 KOD KURSUS BMMB3163 KURSUS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Nama Pelajar MOHAMAD DANIAL FITRI BIN JOHARI Angka Giliran No. Kad Pengenalan Kumpulan/Unit PT4S1-9 Nama Pensyarah DR NOOR HAYATI BINTI CHE MAT Tarikh Hantar 18 SEPTEMBER 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda Tangan Pelajar: Tarikh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR Markah


TUGASAN 2 Hasilkan penulisan reflektif tentang pertembungan budaya yang menjadi proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia untuk membentuk identiti negara yang unik dan harmoni. Budaya merupakan satu keperluan masyarakat untuk mengatur hidupnya dari pelbagai aspek. Masyarakat yang berkembang perlu membangunkan budayanya agar dapat mewujudkan identiti sendiri. Menurut Patterson O. (2019), budaya ialah apa sahaja yang seseorang perlu tahu atau percaya untuk beroperasi dengan cara yang dapat diterima oleh anggota masyarakat. Jika dilihat pandangan Dressler & Oths (2020) pula, budaya ditakrifkan sebagai sistem pengetahuan, kepercayaan atau amalan yang berkongsi secara sosial dan berbeza di antara kumpulan, dan individu dalam kumpulan itu, yang telah menjadi elemen penting sepanjang sejarah peradaban manusia. Justeru, budaya memberi pengertian bagi segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat (Noran Fauziah Yaakub, 1987). Realitinya, tiada budaya masyarakat yang kekal tanpa sebarang perubahan. Amalan budaya dalam masyarakat boleh berubah seiring dengan peredaran masa yang membuka peluang kepada pengaruh-pengaruh yang datang dari luar ruang budaya masyarakat (Shaliza Dasuki et al, 2015), lalu berlaku pertembungan antara budaya yang menjadi proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia untuk membentuk identiti negara yang unik. Terdapat beberapa jenis pertembungan budaya dalam proses pembudayaan kehidupan masyarakat Malaysia misalnya asimilasi, akulturasi, akomodasi dan amalgamasi. Melihat kepada asimilasi, asimilasi budaya ditakrifkan sebagai proses perubahan kebudayaan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaan hasil daripada interaksi antara kaumkaum yang berlainan. Namun, peminjaman budaya ini tidaklah mengubah atau menghilangkan budaya asal etnik yang meminjam tersebut. Asimilasi ini berlaku secara meluas dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Hal ini membawa kebaikkan kepada perpaduan kaum di Malaysia apabila terdapat unsur budaya yang dikongsi bersama. Asimilasi mahupun jenis pertembungan budaya yang lain (Amalgamasi, Akomodasi dan Akulturasi) boleh berlaku dalam bentuk budaya kebendaan yang merujuk kepada ciptaan manusia yang nyata mahupun budaya bukan kebendaan yang merujuk kepada perkara ciptaan manusia yang bukan maujud. Bagi budaya kebendaan, pakaian tradisional masyarakat India seperti Sari, Kurta dan Dhoti dahulunya sangat diperagakan dalam kalangan masyarakat India sahaja. Namun, kini ianya juga dikenakan oleh etnik lain di Malaysia termasuk semasa perayaan. Bagi makanan seperti sirih, ianya merupakan budaya kebendaan yang penting


dalam masyarakat Melayu kerana digunakan dalam kebanyakan adat istihadat termasuklah perkahwinan. Sirih merupakan pinjaman budaya daripada masyarakat India. Adat berinai bagi pengantin perempuan Melayu juga merupakan budaya yang diasimilasikan daripada kaum India. Selain asimilasi antara budaya kaum India dan Melayu, terdapat juga asimilasi budaya yang berlaku antara kaum Orang Asli Kuala dengan kaum Melayu. Umumnya mengetahui bahawa Orang Asli Kuala merupakan salah satu dari pecahan Orang Melayu Proto iaitu antara pecahan utama masyarakat Orang Asli. Menurut Fauziah Ani et al (2018), Orang Asli Kuala di Sungai Layau, Kota Tinggi, Johor mengamalkan asimilasi adat perkahwinan masyarakat Melayu seperti merisik, meminang, akad nikah dan bersanding. Mereka juga meminjam budaya mengenakan ‘tol’ kepada pengantin lelaki yang ingin memasuki rumah pengantin perempuan, yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Johor. Tambahan lagi, asimilasi turut berlaku antara masyarakat Melayu dan Cina. Contohnya, asimilasi dapat dilihat dengan jelas antara masyarakat Melayu dan Cina di Kelantan dari sudut bahasa. Masyarakat Cina di Kelantan menggunakan bahasa Melayu loghat Kelantan dalam pertuturan seharian seperti “mu make gapo tu?” yang membawa maksud “kamu makan apa?”. Walau bagaimanapun, budaya mereka iaitu bahasa Mandrin dengan loghat Hokkien masih dikekalkan. Masyarakat Melayu pula banyak menerapkan asimilasi budaya dari masyarakat Cina seperti perkataan Cat, Cawan dan Pisau yang berasal dari bahasa Mandrin serta perkataan Tapau yang bermaksud bungkus digunapakai oleh semua kaum di Malaysia. Dari aspek perayaan pula, kaum Melayu mengasimilasikan budaya angpau atau duit raya dan bunga api yang asalnya merupakan budaya masyarakat Cina. Beralih pula kepada akulturasi, akulturasi merupakan proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesebuah kebudayaan yang lain. Satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri (Azarudin Awang & Khadijah Mohd Khambali, 2016). Proses akulturasi ini dapat dilihat dengan jelas melalui pendedahan yang diterima oleh kaum Baba dan Nyonya terhadap kebudayaan kaum Melayu. Setelah lama menetap di negeri selat seperti Melaka dan sering berinteraksi dengan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian, ianya membawa kepada berlakunya proses akulturasi dari aspek pakaian mereka. Masyarakat Baba dan Nyonya tidak memakai Samfoo atau Cheongsam seperti kebanyak kaum Cina, namun mereka memakai pakaian kaum Melayu yang telah diubah suai mengikut kemahuan mereka. Misalnya, kain sarung dan baju kebaya pendek yang terdapat pelbagai sulaman yang berunsurkan bunga dan dikenakan perhiasan barang kemas


barang kemas serta sanggul semasa memakainya. Jika akulturasi dibincangkan dari sudut makanan pula, masyarakat Melayu tidak lari daripada terpalit dalam proses pembudayaan ini. Masakan seperti asam pedas, nasi ayam dan kueytiaw merupakan masakan kaum Cina yang diterima dan diolah oleh masyarakat Melayu manakala makanan kaum India yang diterima dan diolah oleh kaum Melayu pula ialah roti canai, teh tarik dan tosai. Hal ini terjadi hasil dari kunjungan masyarakat Melayu ke gerai atau kediaman masyarakat Cina dan India dalam kehidupan seharian lalu menimbulkan idea bagi kaum Melayu untuk menghasilkan makanan yang sama tetapi dengan memenuhi cita rasa kaum mereka. Seterusnya, perbincangan ini akan menumpukan kepada proses amalgamasi. Menurut tokoh sosiologi Amerika, Milton Gordon, amalgamasi budaya adalah tahap akhir dari proses asimilasi, di mana kumpulan etnik minoriti dan majoriti berinteraksi secara bebas dan membentuk perkahwinan campuran. Oleh itu, amalgamasi budaya ialah perkahwinan campur antara kumpulan etnik membentuk jenis budaya atau ras baharu. Antara amalgamasi yang berlaku dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia adalah amalgamasi antara kaum Orang Asli Suku Kuala yang tinggal di Sungai Layau, Kota Tinggi, Johor dengan kaum Melayu setempat. Kebanyakan orang Asli Kuala di Sungai Layau memilih pasangan hidup dalam kalangan kaum Melayu. Perkahwinan campur ini lebih mudah berlaku apabila kedua-dua etnik ini mempunyai persamaan terutamanya dari segi agama. Perkahwinan campur telah mewujudkan budaya baru dalam komuniti orang Kuala Sungai Layau. Selain itu, masyarakat India (Chitty) di Melaka merupakan masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan orang tempatan seperti Cina, Melayu dan Jawa. Akhir sekali, elemen lain yang terdapat dalam proses pembudayaan masyarakat Malaysia adalah akomodasi. Akomodasi merupakan suatu proses sosial di mana pihak-pihak yang berkonflik mencari jalan penyelesaian yang dapat diterima oleh semua pihak tanpa mengorbankan prinsip-prinsip asas mereka (Baterah Alias, 2009). Jadi, secara ringkasnya, semasa akomodasi berlaku apabila setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Contohnya, akomodasi di Malaysia berlaku melalui pemberian cuti umum bagi setiap perayaan budaya dan agama seperti Tahun Baharu Cina untuk kaum Cina, Deepavali untuk kaum India dan Hari Raya Aidilfitri untuk kaum Melayu. Walaupun majoriti etnik di Malaysia adalah kaum Melayu, namun cuti umum diadakan untuk perayaan semua kaum di Malaysia atas dasar saling menghormati budaya etnik minoriti yang lain. Akomodasi juga dizahirkan di Malaysia melalui pemberian waktu untuk solat kepada pekerja beragama Islam meskipun majikan penganut agama lain. Justeru, akomodasi ini secara tidak langsung memberi gambaran kepada negara luar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang harmoni meskipun terdapat pelbagai budaya dan kaum.


Tuntasnya, pertembungan budaya antara pelbagai kaum yang menjadi proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia telah berjaya membentuk sebuah negara yang mempunyai identiti nasional dan keunikannya tersendiri. Melalui pegangan nilainilai murni yang teguh dalam kalangan masyarakat, keharmonian dalam kepelbagaian budaya di Malaysia dapat dikekalkan. Rujukan Azarudin Awang & Khadijah Mohd Khambali. (2016). Perkaitan akulturasi budaya dan hubungan antara agama: Kajian terhadap komuniti Cina pra konversi di negeri Terengganu. Jurnal Hadhari, 8(1), 85-102. Baterah Alias. (2009). Perpaduan kaum di Malaysia: Suatu penilaian. Jurnal Pengajian Melayu, 20(1), 143-160. Dressler W.W., Oths K.S. (2020) Culture, behavior and health. In: Evolutionary Medicine and Public Health. Oxford University Press. https://doi.org/10.1093/emph/eoz033 Fauziah Ani et al. (2018). Menyelusuri Asimilasi Budaya Kaum Orang Asli Suku Kuala Di Sungai Layau, Kota Tinggi. Human Sustainability Procedia. Gordon, M. M. (1964). Assimilation in American Life: The Role of Race, Religion, and National Origins. Oxford University Press. Noran Fauziah Yaakub. (1987). Pengantar sosiologi. Fajar Bakti. Patterson O. (2019) Making sense of culture. Annual Review of Sociology. https://doi.org/10.1146/annurev-soc-073018-022312 Shaliza Dasuki, Fazlina Mohd Radzi, Nurkhazilah Idris & Nur Hasliza Abdulah. (2015). Perkembangan budaya popular dan perubahan sosio-budaya masyarakat pasca moden: Adaptasi budaya asing dalam perkahwinan Melayu. Kertas Seminar


Click to View FlipBook Version