The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syuhadah055, 2021-05-31 08:44:34

DUA6022 - E-FOLIO

DUA6022 - E-FOLIO

AALL --HHIIDDAAYYAAHH

2 JUN 2021

Konsep

Kejiranan

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

EDISI JUN 2021
HARGA : RM 15

SM/SS

EDITOR :
MOHAMAD AIMAN BIN ABDUL SAMAD

(06DKM18F2018)

PENGARAH :
MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN AHMAD ALI

(06DKM18F2005)

PENULIS :
MUHAMMAD ZUL FIKRI BIN HAMDAN

(06DKM18F2008)

ISI KANDUNGAN
3 PENGENALAN
4 DEFINISI JIRAN
5 JENIS JIRAN
6 HIKMAH BERJIRAN
7 ADAB BERJIRAN
8 HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
9 HAK LINGKUNGAN KEJIRANAN
10 KESAN TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN
11 KESIMPULAN

Konsep Kejiranan

Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin
kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran.
Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri. Oleh itu,

Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam
kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat
membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya.

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa
walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah
rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn

Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan
kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan

sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang
juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Definisi

Jiran

Jiran berasal daripada bahasa Arab yang
dari segi bahasanya membawa maksud
orang yang tinggal bersebelahan atau
tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-
orang yang tinggal bersebelahan dengan

rumah, bersebelahan kampung, daerah
malahan lebih besar daripada itu iaitu
jiran yang bersebelahan dengan negara.

Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah
rumah setiap penjuru yang mengelilingi

rumah individu.

Jenis Jiran

Didalam agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri.
Ia terdiri daripada:

JIRAN SESAMA MUSLIM YANG
MEMPUNYAI HUBUNGAN
PERSAUDARAAN

Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan
persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika
kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka

berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim,
kerabat serta sebagai seorang jiran.

JIRAN MUSLIM YANG TIDAK
MEMPUNYAI HUBUNGAN
PERSAUDARAAN

Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah
daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah
menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik
kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang

muslim dan sebagai seorang jiran.

JIRAN BUKAN ISLAM

Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga
sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap

mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita
masih perlu menghormati mereka dan tidak
menyakitki mereka

Kehidupan Bersatu kearah
dipenuhi kemajuan dan
kedamaian dan kehidupan lebih
keharmonian
berkualiti

Hikmah
Berjiran

Kehidupan Sentiasa selesa
bermasyarakat dan mendapat
diberkati Allah
pembelaan
SWT

Adab
Berjiran

Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui
usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati
antara satu sama lain. Antara caranya dengan
memulakan salam jika bertemu dengan sesama
Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika
bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa
bertoleransi samada yang melibatkan urusan
keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan
lain-lain lagi.

Selain itu, tidak menyakiti mereka samada melalui
perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan
buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak
digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah
dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan
kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan
ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Seterusnya, sentiasa menuturkan kata-kata yang
baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut
dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap
takbur. Sentiasa bersedia memberikan sebarang
bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.

Menghormati Hak
jiran dan Jiran
pengalaman Yang
mereka selagi Perlu
mana tidak Dipelihara
membawa
mudarat.

sentiasa
memberi layanan
baik dan kasih
sayang serta
akhlak yang baik
dalam muamalah
dengan mereka.

Tidak menyakiti
jiran dan
seringkali
memelihara
keamanan
dengan jiran.

HAD LINGKUNGAN KEJIRANAN

Menetapkan had dan lingkungan jiran dalam sesuatu kawasan
berbeza-beza menurut suasana dan keadaan tertentu. Menurut
Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi Tafsiril Qur’an Al-Azim
Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya
seacra zahir kembali kepada adat setempat.

Sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu
kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran.

Jiran yang berada dalam satu lingkungan yang dapat
mendengar iqamah solat.

Jiran juga merupakan mereka yang mampu solat berjemaah
bersama-sama pada waktu subuh dan hari Jumaat.

Mengikut pendapat dari riwayat Aisyah r.a dan para tabien
sepert Hasan Al-Basri, Al-Auzaie dan Az-zuhri, had lingkungan
jiran dikira dalam lingkungan 40 buah rumah dari seluruh sisi
penjuru.

Had lingkungan kejiranan kembali kepada penakrifan umum
dan adat setempat yang terpakai dalam sesuatu masyarakat
atas kerana setiap kawasan berbeza adat dan budaya.

Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had
lingkungan kejiranan atas kerana dalil yang wujud terlalu
umum tetapi yang datang dari perintah syarak ialah mutlak
dan ini telah disebutkan dalam kaedah syarak.

KESAN TIDAK BERADAB

DENGAN JIRAN

Terpinggir Daripada Masyarakat

Menjaga adab ialah satu kewajipan kita sebagai seorang

KESAN TIDAK BERADABmanusia, dan kita perlulah menjaga adab kita tidak kira

kepada siapa pun yang kita berhadapan. Apabila kita tidak
beradab dengan jiran, ianya mengakibatkan masyarakat

DENGAN JIRANtidak akan hendak bergaul dengan kita kerana kita tidak

menghormati dan menjaga perasaan mereka. Selain itu, kita
juga akan mengganggu ruang peribadi jiran kita apabila
tiada adab yang dijaga.

Sukar Mendapat Pertolongan Ketika Susah

Jiran bukan sahaja akan menjauhkan dan meminggirkan
kita,malah jika kita ditimpa kesusahan, kita akan sukar untuk
mendapatkan pertolongan dari mereka. Ini kerana, atas sifat
buruk kita sendiri yang mengguris hati mereka atau membuat
mereka benar-benar tersinggung akan membuatkan mereka
untuk tidak mahu berurusan dengan kita lagi. Oleh itu,
perhatikanlah sifat kita semula dan menjaga adab dengan
baik agar tidak memutuskan silaturrahim kita dengan jiran.

Berlaku Perselesihan Faham Antara Tetangga

Apabila tidak menjaga adab dengan jiran, maka akan hilang
komunikasi kita dengan mereka. Oleh disebabkan hilangnya
komunikasi yang jelas, maka akan mudah berlakunya
perselisihan faham yang membuatkan keadaan kita menjadi
lagi buruk dan dipandang busuk oleh masyarakat setempat.
Malahan juga akan berlakunya fitnah di antara masyarakat
kejiranan kita. Seterusnya, tiadanya adab yang baik boleh
merubah suasana yang elok menjadi sangat sensitif.

KESAN TIDAK
BERADAB

DENGAN JIRAN

Kehidupan Tidak Akan Tenang

Apabila kita tidak beretika dan menjaga adab berjiran,
kehidupan kita akan mula diselebungi dengan rasa bersalah
atas sikap dan perlakuan kita terhadap jiran. Ianya akan
mewujudkan fikiran-fikiran yang negatif sebagai contoh, kita
mula akan memikirkan bagaimana pandangan jiran
terhadap kita dan juga bagaimana kita akan berkomunikasi
dengan jiran kelak agar tidak terpinggir. Segala pemikiran
negatif ini akan mencipta dan mewujudkan perasaan yang
tidak tenang.

Merosakkan Perpaduan Di Kalangan Masyarakat

Masalah yang akan datang apabila jiran tidak beradab ialah
perpaduan di kalangan masyarakat akan terjejas. Ini kerana
tiadanya kerukunan di antara jiran tetangga di mana semua tidak
ada kerjasama atas sebab hilang komunikasi atau perselisihan
faham yang berlaku. Situasi akan menjadi lebih buruk dan tak
terkawal apabila berlakunya peselisihan faham antara jiran yang
berlainan agama kerana perkara yang melibatkan agama sangat
sensitif dan lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan di
kalangan jiran tetangga.

Kesimpulan

Kesimpulannya adalah jiran membawa maksud orang-
orang yang tinggal berdekatan atau berhampiran
dengan rumah kita. Kita perlulah menerapkan semangat
kejiranan untuk mendapat kehidupan yang harmoni.
Semangat kejiran yang semakin lenyap ini amat penting
untuk terus diamalkan kerana pelbagai kesan buruk yang
muncul yang akan terhasil jika masyarakat sekarang
masih belum sedar tentang betapa pentingnya semangat
kejiranan ini.

Pelbagai langkah dan inisiatif mampu dilakukan untuk

mewujudkan semula suasana kejiranan yang harmoni.

Segala langkah untuk mewujudkan kejiranan yang

harmoni ini perlu dilakukan agar kepincangan dan

kerosakan dalam kalangan masyarakat serta segala

sifat-sifat buruk yang mampu merosakkan segalanya

dapat dielakkan.

THANK YOU
From Us
KONSEP KEJIRANAN


Click to View FlipBook Version