The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myaacob75, 2022-04-17 23:23:20

KOMSAS MENITI IMPIAN

FOLIO ALYA SYAMILAH

FOLIO KOMSAS

DISEDIAKAN OLEH:

NUR ALYA SYAMILAH BINTI MOHAMAD ZAINIZAM
080926-03-0952
2 UKM

GURU MENGAJAR: SITI ZULAIKHA BT MAZLAN

1

KANDUNGAN MUKA SURAT
3 - 10
BIL PERKARA 10
1 SINOPSIS 11 - 12
2 TEMA 12 - 16
3 PERSOALAN 16 - 19
4 NILAI DAN PENGAJARAN 19 - 23
5 LATAR 23 - 27
6 WATAK DAN PERWATAKAN 27 – 30
7 GAYA BAHASA 31
8 PLOT
9 RUJUKAN

2

SINOPSIS

Bab 1 Cita-cita

Pak Yusuf berasa resah kerana isterinya,Mak Temah belum muncul muncul lagi dengan
minuman kegemarannya walaupun jam sudah menujukkan pukul 10.30 pagi.Pak Yusuf
memerhatikan anak saudaranya, Zahar yang sedang tekun bekerja walaupun panas membahang
amat terasa di dalam bengkel beratapkan zink itu.Zahar sudah lebih setahun bekerja dengan Pak
Yusuf setelah gagal dalam usahanya memohon pelbagai jawatan.Zahar tidak berpeluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ibunya tidak mampu untuk membiayai
persekolahannya memandangkan ada dua lagi adiknya yang juga masih bersekolah.Tanggungjawab
mencari rezeki ditanggung oleh ibunya setelah bapa Zahar meninggal dunia.Dengan hasil menoreh
getah dan menganyam tikar mengkuang,ibunya menanggung kehidupan mereka.

Semasa sedang menikmati bihun dan kopi yang disediakan oleh Mak Temah,Pak Yusuf
berbincang tentang rak kasut masjid yang sedang disiapkan oleh mereka.Zahar memberitahu
bahawa dia akan berusaha menyiapkan rak itu sebelum semua jemaah menunaikan solat fardu
jumaat minggu itu.Pak Yusuf tahu bahawa masalah kasut yang bersepah,tidak tersusun dan
kehilangan kasut selepas waktu jumaat menyebabkan pihak jawatankuasa masjid meletakkan
kepercayaan kepada Pak Yusuf untuk membuat rak kasut yang baharu.Pak Yusuf bertanya tentang
keputusan temu duga IKM yang telah dihadiri oleh Zahar dua bulan yang lalu.Zahar tahu bahawa
bapa saudaranya benar-benar berharap agar dia dapat melanjutkan pelajaran di IKM untuk
menjadikannya lebih mahir dan dengan hidangan gulai ikan talang kering,ulam pucuk pegaga
bersama-sama sayur tumis pucuk paku kemudian menunaikan solat Zuhur,Zahar dan Pak Yusuf
menyambung kerja dengan bersungguh-sungguh agar boleh menyiapkan rak kasut seberapa segera.

BAB 2 TAWARAN

Mak Kiah menyerahkan sampul surat daripada posmen kepada Zahar.Dengan wajah yang
berseri,Zahar memberitahu ibunya berita gembira bahawa permohonnya ke Institut Kemahiran
Mara dalam kursus Pertukangan Perabot telah berjaya.Setelah mandi dan mengambil wuduk,Zahar
mencapai basikalnya menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib.Sementara menunggu
masuk waktu Isyak,Zahar dan rakan-rakannya Bakar dan Rahim, berbual-bual tentang rak kasut
untuk masjid.Mereka memuji- muji Zahar dengan menyatakan keyakinan bahawa rak kasut itu pasti
akan siap kerana Pak Yusuf sudah ada pembantu yang cekap. Mereka mengucapkan tahniah kepada
Zahar apabila dia memaklumkan kejayaannya diterima masuk ke IKM, Sg Petani.Bakar mengusik-usik
Zahar dengan mengingatkanya kepada Suhaili,rakan sekolah mereka yang pernah menjadi sahabat
Zahar.Zahar menafikan mereka ada hubungan selain sebagai sahabat kerana beranggapan kejayaan
Suhaili melanjutkan pelajaran di Insitut Teknologi Mara (ITM) sejak tiga tahun yang lalu terlalu jauh
berbanding dengan dirinya yang baru hendak mendaftar di IKM pada hari isnin depan.

Surat yang diterimanya dari IKM mengingatkannya semula kepada zaman persekolahannya
tiga tahun yang lalu.Kali ini dia perlu melupakan hasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang

3

Pengajian Perniagaan di Institut Teknologi Mara setelah gagal mendapat keputusan yang baik dalam
SPM sebaliknya dia akan menjadi seorang tukang lerabot.Kata-kata Bakar yang mengaitkannya
dengan Suhaili semasa di masjid,tergiang-giang di telinganya.Masih ada debaran setiap kali dia
terpandang senyuman manis Suhaili dan ketika dia melewati rumah Suhaili.Dia tertanya-tanya
apakah reaksi Suhaili jika tahu dia akan meneruskan cita-citanya namun dalam bidang yang berbeza.

Bab 3: Cabaran

Zahar menghadapi konflik diri sama ada ingin memberitahu Suhaili atau tidak tentang
tawaran menyambung pelajaran di IKM yang baru diterimanya.

Dia ingin berkongsi kegembiraan tersebut bersama-sama dengan Suhaili. Oleh itu, Zahar
mengambil keputusan untuk memberitahu perkara tersebut dengan menelefon Suhaili. Zahar berasa
gembira kerana Suhaili sudi untuk bertemu dengannya di City Point, Alor Setar. Dia mengimbas
kembali kenangan mereka sewaktu di sekolah. Dia sering berbincang dan berdebat dengan Suhaili di
dalam bilik darjah.

Keintiman antara mereka berdua menyebabkan Bakar sering mengusiknya sama ada di
sekolah atau di kampung. Suhaili seorang yang menarik, cantik, sedikit pendiam tetapi mudah
mesra. Namun, sifat Suhaili yang mementingkan pelajaran merapatkan lagi perhubungan mereka.
Suhaili telah mencabar Zahar untuk mendapatkan gred satu dalam peperiksaan SPM kelak. Mereka
berjanji untuk masuk ke ITM bersama-sama. Namun, segala cita-citanya telah musnah kerana dia
demam sewaktu peperiksaan SPM berlangsung.Zahar gagal untuk melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam.

Bab 4: Pertemuan

Perasaan Zahar berdebar-debar dan sedikit gugup untuk bertemu dengan Suhaili. Zahar sengaja
pergi awal ke Alor Setar kerana tidak mahu menaiki kenderaan yang sama dengan Suhaili. Dia
bimbang jika orang kampong ternampak kelibatnya bersama-sama dengan Suhaili pasti hal itu akan
menjatuhkan air mukanya. Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Zahar berasa sangat teruja
untuk bertemu dengan Suhaili. Dalam pertemuan singkat tersebut, Zahar bersusah payah
memberitahu Suhaili tentang tawaran yang baru diterimanya. Suhaili kecewa kerana Zahar tidak
meneruskan cita-citanya untuk ke ITM. Zahar cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan
bahawa masalah keluarga yang menghalangnya untuk menyambung pelajaran. Dia mengatakan
bahawa urusan pendidikan adik-adiknya adalah di bawah tanggungjawabnya setelah ayahnya
meninggal dunia. Namun, penjelasan Zahar tidak dapat diterima oleh Suhaili. Dia memandang
rendah pada lepasan IKM berbanding dengan lepasan ITM. Zahar berasa kecewa kerana Suhaili
seperti memperlekehkan dirinya untuk belajar di IKM dalam kursus Pertukangan Perabot.

Akhirnya, Suhaili meminta diri secara tergesa-gesa. Zahar yang dalam keadaan kecewa telah
mengekori Suhaili dari belakang secara senyap-senyap. Tanpa disedari oleh Suhaili, Zahar
menyaksikan orang yang dipujanya telah bertemu dengan seorang jejaka kacak yang memandu
kereta Proton Saga merah. Hatinya hancur apabila menyaksikan peristiwa tersebut.

Bab 5: Dilema

Zahar berasa amat sedih. Dia teringat kembali kata-kata Suhaili tempoh hari. Kata-kata yang
penuh dengan penghinaan dan sindiran. Namun, penghinaan tersebut tidak sedikit pun melemahkan
semangatnya untuk mencapai cita-cita, malah semakin menguatkan semangatnya. Keadaannya yang

4

muram telah disedari oleh Pak Yusuf. Zahar memberitahu bahawa tiada apa-apa yang berlaku pada
dirinya walaupun dalam hatinya penuh dengan perasaan yang berkecamuk. Kata-kata yang keluar
daripada mulut Suhaili kelmarin benar- benar menghiris tangkai hatinya. Pak Yusuf yang
sememangnya prihatin terhadap nasib anak saudaranya itu cuba memujuknya, malah telah berjanji
untuk membantu persekolahan adik- adiknya sewaktu Zahar belajar di IKM. Zahar berasa amat
terharu dengan niat ikhlas pak ciknya itu dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh hingga
mencapai cita-citanya untuk menjadi tukang perabot yang terkenal suatu hari nanti. Perbualan
mereka berdua terhenti apabila Mak Temah, isteri Pak Yusuf memberitahu bahawa hidangan telah
siap untuk dimakan oleh mereka berdua.

Bab 6: Perjalanan

Awal-awal lagi Pak Yusuf, iaitu adik kepada emaknya telah sampai ke rumah. Pak Yusuf
memberitahu bahawa dia telah menempah sebuah teksi untuk membawa Zahar ke IKM di Sungai
Petani. Zahar berasa sedikit kurang senang kerana pak ciknya telah menyewa teksi Pak Usin, iaitu
bapa saudara kepada Suhaili. Hatinya berasa jengkel kerana perasaannya terhadap Suhaili sudah
tertutup rapat.

Pemergiannya ke IKM membuatkan hatinya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan
ibunya untuk mengurus dua orang adiknya yang masih bersekolah. Bebanan ibunya semakin
bertambah sewaktu ketiadaannya kerana tiada sesiapa yang akan membantu ibunya dari segi
kewangan. Dia tidak boleh mengharapkan pertolongan daripada Pak Yusuf semata-mata kerana dua
orang anak Pak Yusuf yang sedang belajar di universiti juga memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Tauke Lim turut menaiki teksi yang sama dengan Zahar dan Pak Yusuf. Cuma dia hanya
menumpang teksi tersebut hingga ke Pekan Lama. Sepanjang perjalanan, Tauke Lim memuji Zahar
kerana mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pengusaha perabot. Dia turut juga memuji Pak
Yusuf kerana mempunyai pandangan yang jauh dalam perniagaan perabot. Dengan menghantar
Zahar mempelajari kursus Pertukangan Perabot, maka suatu hari nanti perniagaan perabot
kepunyaan Pak Yusuf juga akan maju dan berkembang.

Perjalanan mereka akhirnya tiba di destinasi. Pak Yusuf turut membantu Zahar
menyelesaikan pengurusan penginapan di asrama. Dalam kesibukan pendaftaran pelatih baharu,
Zahar telah berkenalan dengan Pak Kamil yang turut menghantar anak gadisnya ke IKM. Hati Zahar
berdegup kencang apabila melihat anak gadis Pak Kamil yang bernama Norimi. Begitu juga dengan
Norimi apabila berasa sesuatu yang berbeza sewaktu melihat Zahar. Mereka tidak mengambil kursus
yang sama. Norimi mengambil kursus Lukisan Seni Bina.

Setelah selesai mendaftar dan mendapatkan kunci bilik asrama masing- masing maka
bermulalah kehidupan Zahar di IKM. Tempat yang akan merealisasikan impiannya untuk menjadi
seorang pengusaha perabot yang berjaya suatu hari nanti.

Bab 7: Suai Kenal

Minggu suai kenal pun bermula. Zahar dan rakan baharunya Ramli bersama-sama terlibat
dalam minggu orientasi pelatih-pelatih baharu yang dikendalikan oleh pelatih senior. Para pelatih
baharu telah diingatkan tentang masa hadapan mereka sebagai pekerja kolar biru yang akan bekerja

5

di bengkel, di tapak binaan, atau di tengah terik matahari. Pelatih senior mengingatkan mereka agar
semua pelatih baharu di IKM memiliki semangat, cita-cita yang tinggi dan keyakinan yang kental
untuk mengejar cita-cita. Selesai sesi memberikan kata-kata perangsang kepada pelatih baharu,
mereka diarahkan pula untuk sesi bergotong-royong di tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Pada sesi gotong-royong tersebut, Zahar sempat untuk berbual mesra dengan Norimi gadis
dari Johor yang telah berjaya mencuri hatinya. Para pelatih baharu sekali lagi diingatkan agar
sentiasa beramah mesra dengan pelatih-pelatih yang lain terutama pelatih senior. Selepas sesi
gotong-royong, mereka kemudian telah dibenarkan untuk minum petang, seterusnya bersiap-siap
untuk solat dan menghadiri program pada waktu malam.

Bab 8: Kemahiran

Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih te1ah ditempatkan di kelas mengikut
kursus masing-masing. Zahar yang mengikuti kursus Pertukangan Perabot mendapat Cikgu Baharum
sebagai guru kelasnya. Sewaktu sesi suai kenal di dalam kelas, Zahar telah menceritakan
pengalamannya terbabit dalam kerja-kerja pembinaan perabot bersama-sama dengan bapa
saudaranya. Cikgu Baharum berasa gembira apabila Zahar memberitahu kelas bahawa dia berazam
untuk memiliki bengkel sendiri dan menghasilkan perabot yang canggih suatu hari nanti.

Cikgu Baharum memulakan kelasnya dengan memberikan penerangan lengkap tentang
latihan pertukangan perabot. Zahar berasa terpegun apabila melihat peralatan yang ada dari sekecil-
kecilnya hinggalah sebesar-besar mesin. Cikgu Baharum memberikan pesanan kepada para
pelatihnya agar tidak menggunakan mesin besar tersebut melainkan mereka telah mahir
menggunakan alat-alat pertukangan biasa. Cikgu Baharum juga memberitahu bahawa pelajaran teori
hanyalah sebahagian kecil perkara yang akan dipelajari selebihnya ialah latihan amali.

Di kampus, Zahar te1ah memulakan persahabatan dengan rakan-rakan baharunya, namun
antara semua kenalan baharunya, Norimilah yang paling dekat dengan hatinya. Zahar, Ramli, Norimi,
dan Habsah kini telah menjadi sahabat yang akrab. Mereka berempat telah bersetuju untuk keluar
ke bandar untuk membeli peralatan bagi tujuan kursus yang bakal dijalani oleh mereka nanti.

Bab 9: Kepulangan

Kepulangan Zahar ke kampung pada hujung minggu itu sedikit terganggu apabila melihat
ramai orang berkumpul di rumah Pak Karim. Kelihatan beberapa orang kampung sedang sibuk
menumis gulai. Hati kecilnya tertanya- tanya tentang majlis yang sedang berlangsung di rumah ketua
kampong tersebut. Setibanya di rumah, Zakri, adiknya yang bongsu memberitahu bahawa emak dan
abang Halim telah ke rumah Pak Karim. Zakri memberitahu Zahar bahawa kenduri tersebut adalah
untuk meraikan Suhaili yang berjaya mendapat kerja di Petaling Jaya.

Zahar mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Pak Yusuf tetapi setibanya di sana, rumah
Pak Yusuf kelihatan lengang. Dia tertarik melihat sebuah rangka almari pakaian yang sudah berdiri
tegak hasil kerja Pak Yusuf. Walaupun tidak menggunakan peralatan yang moden tetapi hasil kerja
yang dilakukan oleh Pak Yusuf sangat bermutu. Tidak lama kemudian, Pak Yusuf pulang dan
memberitahu bahawa Tauke Lim telah menempah sebuah almari dan barangkali itulah tempahan
pertama oleh orang Cina di bengkel Pak Yusuf.

6

Hati Zahar sedikit terganggu apabila Mak Temah pulang dari rumah Pak Karim. Mak Temah
menasihati Zahar supaya tidak merajuk dengan Suhaili. Zahar cuba menafikan hal itu tetapi Mak
Temah memberitahu bahawa orang- orang kampung telah melihat dia dan Suhaili berjumpa di Alor
Setar dahulu. Mak Temah cuba mencungkil hubungan antara Zahar dengan Suhaili. Pak Yusuf
menyokong kata-kata Zahar bahawa dia dan Suhaili hanya kawan biasa. Pak Yusuf juga ada
menyatakan bahawa seorang lelaki tampan merupakan kawan Suhaili turut datang ke majlis
kesyukuran tersebut. Kenyataan Pak Yusuf itu telah membuatkan hati Zahar berdetak secara tiba-
tiba. Akhirnya, Zahar terpaksa akur dengan pelawaan Mak Temah untuk makan walaupun tangannya
terasa berat untuk menyuap nasi kenduri Pak Karim itu.

Bab 10: Nota

Zahar dan rakan-rakannya berasa amat gembira setiap kali hujung bulan kerana mereka
mendapat elaun pelatih sebanyak RM200. Hal ini bermakna dia tidak perlu menyusahkan ibunya di
kampung. Dengan wang sebanyak itulah dia berjimat cermat sehingga hujung bulan. Pendapatan
ibunya sebagai penoreh getah dan menganyam tikar cukuplah untuk menampung perbelanjaan adik-
adiknya, Halim dan Zakri. Hatinya berasa sedikit lapang apabila memikirkan kesihatan ibunya
beransur baik selepas tiga bulan sakit.

Apabila tidak bersekolah, adik-adiknya akan membantu emaknya memesin getah atau
menetak pokok mengkuang. Dia sentiasa mengingatkan adik-adiknya agar ringan tulang dan sentiasa
belajar bersungguh-sungguh. Ingatannya di kampung terganggu apabila Habsah memberitahunya
bahawa terdapat sepucuk surat untuknya. Norimi yang juga berada di situ seolah-olah berasa
cemburu kerana menyangka surat tersebut datang daripada teman wanita Zahar. Walaupun Zahar
menafikannya, namun Norimi tetap tidak percaya. Zahar membaca surat yang dihantar oleh Suhaili
sebelum kelas Cikgu Baharum bermula. Dalam surat tersebut Suhaili telah meminta maaf kerana
telah mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan Zahar tempoh hari. Namun, Zahar seperti
tidak berminat untuk meneruskan pembacaannya. Zahar berjanji kepada dirinya sendiri bahawa
surat yang baru diterimanya daripada Suhaili itu tidak akan mematahkan semangatnya.

Bab 11: Parut Luka

Zahar memberikan keizinan kepada Norimi untuk membaca surat yang telah dihantar oleh
Suhaili untuk meleraikan perasaan cemburunya. Norimi meminta maaf kerana telah membaca surat
yang terlalu peribadi walaupun dengan keizinan daripada tuannya. Melalui surat tersebut barulah
Norimi memahami bahawa kedatangan Zahar ke IKM adalah disebabkan perasaannya yang amat
terluka. Dalam diam, dia menghulurkan rasa simpati terhadap nasib yang telah menimpa Zahar.

Perbualan mereka berdua telah terganggu seketika apabila Maarof, ketua pasukan bola
sepak mengajak Zahar berlatih sekali di padang. Ramli yang turut berada di situ telah memperlinya
hingga menyebabkan Zahar rasa tercabar. Zahar telah menunjukkan kehebatannya sebagai pemain
bola sepak dan Norimi yang berada di tepi padang telah memberikan sokongan moral kepadanya.
Dalam hati, Norimi berdoa agar Zahar akan turut terpilih mewakili kolej untuk perlawanan di Alor
Setar nanti.

Bab 12: Kejohanan

Bas yang membawa pemain dan penyokong IKM Sungai Petani bergerak pulang selepas
perlawanan di Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan telah meminta rakan-rakan yang lain
memberikan tepukan yang hangat kepada Zahar kerana telah membantu IKM Sungai Petani

7

mengalahkan IKM Alar Setar. Norimi yang duduk di sebelah Zahar turut serta memberikan
penghargaan kepada pemuda yang telah mula bertakhta di hatinya itu. Zahar teringat akan Hanafi,
Redzuan, dan Maarof yang telah mengendalikan sesi minggu suai kenal semasa dia mula mendaftar
dahulu. Zahar dapat merasakan sifat kepemimpinan yang terdapat dalam diri Maarof apatah lagi
jawatannya sebagai Yang Dipertua Persatuan Pelatih IKM. Begitu juga dengan Hanafi dan Redzuan
walaupun tegas dan penuh disiplin tetapi mereka berjaya membina hubungan yang baik antara
pelatih junior dengan pelatih senior selepas berakhirnya minggu orientasi. Sifat kematangan mereka
terserlah apabila mereka memohon maaf daripada pelatih junior selepas minggu orientasi selesai.

Maarof sekali lagi memberikan perangsang dan ingatan kepada rakan-rakan sepasukannya
agar turun berlatih untuk menghadapi perlawanan dengan IKM Alor Setar di padang mereka nanti.
Redzuan, Safuan, dan Yusuf Senot memberikan perangsang supaya pasukan mereka akan menang
untuk perlawanan yang seterusnya nanti.

Bab 13: Kemenangan

Ketibaan pasukan IKM Alor Setar telah disambut dengan meriahnya. Pelatih perempuan
yang diketuai oleh Norimi telah berjaya mengatur jamuan ringan. Zahar yang bijak mengambil
peluang telah berjaya menghantar bola kepada Ramli hingga Ramli berjaya membuat jaringan.
Redzuan sebagai penjaga gol telah bertindak cemerlang untuk menyelamatkan beberapa percubaan
berbahaya pasukan lawan. Berkat kesungguhan dan juga sokongan daripada guru dan juga
penyokong, pasukan bola sepak IKM Sungai Petani berjaya mengalahkan pasukan bola sepak IKM
Alor Setar dengan keputusan 1-0.

Walaupun kalah, demi semangat kesukanan yang tinggi, pasukan IKM Alor Setar tetap
mempamerkan sifat mesra terhadap pasukan IKM Sungai Petani. Yusuf Senot yang terlalu ghairah
dengan kemenangan sebentar tadi telah bertanya soalan kepada Maarof tentang pasukan yang akan
dihadapi oleh mereka pada masa akan datang. Norimi, Mardiah, Saleha, dan lain-lain memerhatikan
pasukan bola sepak menuju ke asrama masing-masing pada petang itu.

Bab 14: Ujian

Sebulan sebelum peperiksaan, semua pelatih bertungkus lumus untuk membuat persediaan.
Sijil yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional (MLVK) menjadi idaman semua pelatih. Zahar
yang awal-awal lagi mahu mencapai kejayaan yang cemerlang telah belajar bersungguh-sungguh.
Segala nasihat daripada Cikgu Baharum diingati dan diamalkannya satu persatu. Pengalaman Cikgu
Baharum selama lima belas tahun telah dicurahkansepenuhnya kepada para pelajarnya tanpa rasa
jemu.

Cikgu Baharum berpesan kepada para pelajarnya agar tidak mudah panic serta tekun
sewaktu melaksanakan projek yang dihasilkan. Sewaktu peperiksaan, Zahar memulakan projeknya
dengan tenang. Rak buku yang diciptanya dibuat dengan halus dan teliti hingga mendapat perhatian
pengawas peperiksaan.

Se1epas peperiksaan selama dua minggu, para pelatih telah dibenarkan pulang. Zahar
berjanji untuk mempraktikkan segala ilmunya di bengkel Pak Yusuf yang sudah lama tidak
dikunjunginya. Sewaktu menuju ke stesen bas, Zahar telah membantu Norimi dengan membawa beg
besarnya, sementara Ramli pula membantu Habsah dengan membawa beg kepunyaannya. Tidak

8

lama kemudian, mereka pun berpisah setelah bas yang dinanti oleh mereka sampai untuk membawa
mereka ke destinasi masing-masing.

Bab 15: Semangat

Bercuti di kampung amat menggembirakan Zahar, cuma hatinya tidak berasa begitu seronok
apabila melintasi rumah Pak Karim yang tersergam dan bercat biru muda. Dia tidak suka akan
kenangan lama yang pahit menghambat hidupnya kerana perkara yang lebih penting ialah cita-cita
yang dikejarnya akan tercapai.

Pak Yusuf berasa sangat gembira apabila melihat kepulangan Zahar.Zahar begitu
bersemangat untuk menceritakan kepada bapa saudaranya tentang peperiksaan yang dihadapinya
tempoh hari di IKM. Mak Temah yang tiba dengan seteko kopi panas berasa amat gembira kerana
kepulangan Zahar dapat membantu suaminya menyiapkan tempahan perabot yang semakin
meningkat. Zahar berasa terkejut kerana Taukeh Lim telah menempah meja kayu yang agak banyak
untuk kedai kopi yang bakal dibukanya.

Zahar teringat akan kisah novel yang dikarang oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang
berlatarkan Kampung Banggul Derdap, Kisah Lahuma,Jeha, dan anak-anaknya bertarung hidup di
sawah. Kini, Taukeh Lim pula yang akan membuka kedai kopi di kampung tersebut. Namun,
Kampung Banggul Derdap bukan seperti kisah di dalam novel itu lagi kerana kampung tersebut
sudah semakin maju dengan deretan kedai. Malah, Zahar sendiri mempunyai cita-cita untuk
membuka kedai bengkel perabotnya di situ.

Bab 16: Perjuangan

Zahar telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Cikgu Baharum seperti
selalu sentiasa berpesan kepada pelatihnya supaya terus gigih berusaha hingga berjaya. Para pelatih
diingatkan supaya bersedia dengan lebih intensif kerana selepas peperiksaan mereka akan dihantar
ke bengkel atau kilang yang terpilih untuk menjalani latihan sambil bekerja. Cikgu Baharum
menyatakan bahawa kebolehan mereka boleh diukur mengikut kehendak bengkel atau kilang.

Suasana gembira turut dirasai oleh pelatih-pelatih yang mengambil kursus lain. Zahar
melihat wajah Norimi berseri-seri sewaktu berada di dewan makan. Habsah memberitahu Zahar
bahawa Norimi juga telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Zahar sangat
gembira kerana kejayaan yang dicapainya turut diperoleh Norimi yang telah mula dekat dengan
hatinya.

Bab 17: Harapan

Zahar merasakan tempoh enam bulan terlalu singkat. Para pelatih perlu bersedia dengan
lebih intensif untuk menghadapi dua lagi peperiksaan Peringkat Pertengahan Sijil MLVK dan
kemudian peperiksaan akhir IKM untuk menentukan sama ada pelatih layak atau tidak untuk
mendapatkan sijil IKM. Doa restu daripada emak, adik-adik, dan Pak Yusuf di kampung sentiasa
memberikan dorongan dan semangat kepada Zahar untuk berjaya. Namun, kadang-kadang dia tidak
dapat melupakan kata-kata Suhaili yang pernah menghiris tangkai hatinya itu. Pada peringkat
pertengahan pengajian, para pelatih dikehendaki menyiapkan perabot yang lebih besar dan rumit.

9

Setelah bertungkus lumus selama lima belas jam, akhirnya Zahar berjaya menyiapkan sebuah almari
pakaian yang kemas dan bermutu tinggi.

Selesai peringkat pertengahan untuk sijil MLVK, para pelatih harus bersedia untuk
peperiksaan akhir sijil IKM pula. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan tersebut dengan
lebih yakin. Seminggu sebelum cuti semester, para pelatih diberitahu tentang latihan dalam loji yang
diwajibkan kepada mereka. Dua orang Site Technical Officer dari ibu pejabat MARA negeri telah
memberikan penerangan kepada para pelatih tentang latihan dalam loji tersebut.

Zahar te1ah ditawarkan kursus latihan di sebuah kilang perabot di Kamunting, Perak. Ramli
pula ditempatkan di kilang perabot di Bayan Lepas. Habsah mendapat peluang menjalani kursus
latihan di Terengganu sementara Norimi mendapat tawaran kursus latihan di sebuah firma arkitek di
Johor Bahru. Sebelum para pelatih pergi berkursus, satu majlis perpisahan telah diadakan dan
pengetua sendiri menyampaikan ucapan berupa nasihat dan dorongan kepada para pelatihnya.

Zahar dan Norimi mengimbas kembali saat-saat sewaktu mereka mula-mula mendaftar
dahulu. Malam semakin larut, kedua-dua sahabat baik itu meluahkan perasaan masing-masing
sepanjang mereka berada di IKM itu sebelum berpisah untuk jangka waktu yang panjang.

Bab 18: Matlamat

Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar telah membantu emaknya menetak
mengkuang, kemudian dilayur di atas api. Selepas seminggu membantu emaknya barulah Zahar
membantu Pak Yusuf di bengkel. Zahar memberitahu bapa saudaranya itu bahawa dia telah
ditawarkan latihan praktikal di Kilang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting,
Taiping.

TEMA

Keazaman dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita yang akhirnya
membawa kejayaan.

Huraian yang mengukuhkan tema tersebut:

1. Walaupun Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi, dia tidak
berputus asa sehingga berjaya mendapat sijil MLVK di IKM.

2. Zahar tidak berputus asa belajar dengan tekun di IKM walaupun dipandang rendah dan hina oleh
Suhaili yang berkelulusan ITM.

3. SetIAp nasihat daripada Cikgu baharum di dalam kelas diikuti dan difahami dengan bersungguh-
sungguh kerana Zahar ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya.

4. Sebelum menghadapi peperiksaan, Zahar sudah berasa yakin kerana sejak awal lagi, dia sudah
belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.

5. Penghinaan Suhaili terhadap kelulusan IKM yang susah mendapat pekerjaan dijadikan sebagai
penguat semangat bagi Zahar untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya walaupun hanya belajar di
IKM.

10

6. Walaupun hanya membuat latihan dalam loi di ilang tersebut, namun Zahar tetap belerja
bersungguh-sunggh sehingga dia ditawarkan pekerjaan tetap di kilang tersebut tetapi dia telah
menolaknya.
7. Akhirnya Zahar berjaya membawa kelulusan yang cemerlang dan pulang ke kampung dengan
membina bengkel perabotnya sendiri yang dibina atas tanahnya sendiri bernama Bengkel Meniti
Impian.

PERSOALAN:

Kepentingan ilmu

1.Setiap kali pulang ke kampung.Zahar tidak pernah lupa menasihati adik-adiknya supaya tidak
mengabaikan pelajaran.
2.Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar meluahkan hasrat untuk memasuki Tingkatan 6
swasta tertapi terbantut kerana kemiskinan.
3.Tauke Lim berharap agar anak perempuannya yang bercita-cita menjadi akauntan akan lulus dalam
peperiksaan SPM.
4.Zahar berjaya dengan cemerlang di IKM kerana dia sedar kepentingan menuntut ilmu.

5.Pak Yusuf membiayai kedua-dua orang anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.

Tanggungjawab

1. Setelah kematian suaminya,Mak Kiah menoreh getah,membuat tikar mengkuang dan mengambil
upah menjahit pakaian untuk menyara kehidupan keluarganya.

2. Mak Temah menghidangkan makanan kepada suaminya Pak Yusuf sebagai memenuhi
tanggungjawabnya sebagai isteri.
3. Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh iman
masjid

Kehidupan yang sederhana

1. Mak Temah menghidangkan hidangan makan tengah hari berlaukan gulai ikan talang,ulam pucuk
pegaga dan sayur tumis pucuk paku.

Perpaduan

1. Tauke Lim menempah empat buah meja kayu daripada Pak Yusuf setelah dia berpuas hati dengan
hasil perabit yang dibuat oleh Pak Yusuf.

Bersabar dengan penghinaan orang

1. Zahar tetap bersabar dengan sikap Suhaili yang menghina mereka yang berkelulusan IKM yang
kononnya akan merempat dan susah untuk mendapat pekerjaan.

Mematuhi disiplin

11

1. Zahar,Ramli dan rakan-rakannya mematuhi arahan untuk berbaris dengan tegak semasa minggu
suai kenal di IKM.

Kegigihan mencari rezeki

1. Mengetahui kesusahan keluarganya, Zahar tetap membantu pekerjaan ibunya Mak Kiah setiap kali
cuti semester.
2.Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf untuk menyara keluarganya.

Memandang rendah kepada orang lain

1.Sikap Suhaili yang memandang rendah kepada Zahar kerana dia sedang belajar di ITM manakala
Zahar hanya berjaya menjadi pelatih IKM.

Semangat kesukanan

1.Walaupun telah memenangi perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor Setar,pelatih-
pelatih IKM Sungai Petani tetap mengawal diri supaya tidak menguris perasaan lawannya.
2.Zahar tidak menganggap bahawa kemenangan pasukan bola sepak IKM Sungai Petani merupakan
usahanya sendiri sebaliknya semua ahli pasukannya yang telah membawa kejayaan.

Hidup bergotong-royong

1.Pemduduk kampung bergotong-royong mendirikan bengkel Zahar tanpa mengira terik panas
matahari.
2.Penduduk kampung bekerja sama apabila adanya kenduri kendara dan mengeratkan hubungan
silatulrahim.

NILAI DAN PENGAJARAN

a)Nilai murni:Saling memaafkan

Pengajaran: Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.

Contoh:
1.Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya
melanjutkan pelajaran di IKM.
2.Pelatih senoior dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa berlangsungnya minggu
suai kenal.
3.Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak Temah lewat
menghidangkan sarapan.

b)Nilai:Tanggungjawab

Pengajaran: Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan.

Contoh:

12

1.Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia telah
dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
2.Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya ,Pak Yusuf dengan sempurna kerana
tanggungjawabnya sebagai isteri.

c) Nilai: Keyakinan

Pengajaran: Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri

Contoh:
1.Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada
pandangan masyarakat.Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah
berusaha dengan sebaiknya disamping restu daripada ibunya.

d)Nilai:Setiakawan

Pengajaran:Sikap setiakawan haruslah sentiasa diamalkan agar silatulrahim terus berkekalan.

Contoh:
1.Zahar tidak mahu menerima pujian untuuk dirinya sendiri sahaja sebaliknya memuji rakan-rakan
sepasukan yang telah membawa kemenangan kepada pasukannya.

e)Nilai:Rajin

Pengajaran:Janganlah malas berusaha jika kita inginkan rezeki yang mencukupi/ kita haruslah sentiaa
rajin berusaha agar rezeki kita bertambah.
Contoh:
1.Mak Kiah mengambil upah menjahit selain menganyam tikar mengkuang untuk menambah
pendapatan keluarganya.
2.Halim dan Zakri akan membantu ibunya memesin getah atau mencetak mengkuang pada hari-hari
cuti persekolahanya.

f)Nilai:Ambil berat

Pengajaran:Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan amalan.
Contoh:
1.Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk membantu
keluarga Zahar setakat kemampuannya.

g)Nilai:Berdisiplin

Pengajaran:Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahan
Contoh:
1.Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris dengan tegak
semasa minggu suai kenal.

13

2.Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki basikal
sejauh 2 km.

h)Nilai:Tabah

Pengajaran:
1.Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan orang terhadap diri kita.
2.Janganlah kita mudah berputus asa menghadapi kesusahan dalam hidup.
Contoh:
1.Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili yang memandang rendah kepada mereka yang
mempunyai kelulusan IKM.
2.Mak Kiah dengan tabah membesarkan tiga anaknya dengan hasil menoreh getah,menganyam tikar
dan mengambil upah menjahit baju selepas kamatian suaminya.

i)Nilai:Kerja sama

Pengajaran: dalam sebuah pasukan,kerja sama haruslah ada untuk mencapai kejayaan.
Contoh:
1.Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan
pasukan mereka.
2.Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerja sama membersihkan kawasan semak seluas
padang bola dalam masa yang singkat.

j)Nilai:Tegas

Pengajaran:Kita mestilah tegas dengan tindakan atau pendirian yang telah kita buat.
Contoh:
1.Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan
pekerjaaan di kilang perabot selepas tamat latihannya di sana.

k)Nilai:Berani

Pengajaran:Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kemampuan diri.
Contoh:
1.Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup
minggu suai kenal.

l)Nilai:Bergotong-royong

Pengajaran:Kita haruslah bergotong-royong melakukan sesuatu perkara yang sukar agar menjadi
lebih mudah.
Contoh:

14

1.Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa
menghiraukan terik panas matahari.

m)Nilai:Berjimat cermat

Pengajaran:Kita haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat.
Contoh:
1.Walaupun hanya menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 sebulan,namun Zahar sentiasa
berjimat cermat untuk memastikan perbelanjaannya sentiasa mencukupi.

n)Nilai:Tekun

Pengajaran:Kita mestilah tekun dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Contoh:
1.Zahar tekun bekerja di bengkel Pak Yusuf sejak setahun yang lalu.
2.Zahar dan rakan-rakan sekelasnya sentiasa tekun melaksanakan tugasan mereka sejak latihan
mereka bermula di IKM.

o)Nilai:Merendah diri

Pengajaran:Kita mestilah sentiasa bersikap merendah diri terutama di tempat orang.
Contoh:
1.Sikap Zahar yang suka merendah diri menyebabkan dia mudah didekati dan disenangi oleh rakan
sekerja di kilang perabot di Kamunting.

p)Nilai:Gigih

Pengajaran:Sikap gigih dalam melakukan sesuatu perlulah dijadikan pegangan hidup jika ingin
berjaya.
Contoh:
1.Zahar gigih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh di IKM untuk membuktikan bahawa
pelatih IKM juga boleh berjaya.

q)Nilai:Menghormati

Pengajaran:
1.Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita.
2.Kita mestilah menghormati guru yang mencurahkan ilmu kepada kita.
Contoh:
1.Pelatih IKM Sungai Petani menyediakan jamuan ringan untuk pasukan bola sepak IKM Alor Setar
yang bertancang ke tempat mereka.
2.Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak lokek
mencurahkan segala ilmunya.

15

r)Nilai:Baik hati

Pengajaran:Kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.
Contoh:
1.Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah sewanya walaupun
dia baru mengenali Zahar.
2.Zahar mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kilang perabot tempat latihan lojinya
dan semua rakan sekerja yang begitu baik terhadapnya sejak dia memulakan latihannya di sana.

s)Nilai:Insaf

Pengajaran:Kita mestilah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan
Contoh:
1.Suhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar kerana dia menginsafi perbuatannya yang telah menghina
dan memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM.

t)Nilai:Bijaksana

Pengajaran:Kita haruslah bijak menangani sesuatu situasi.
Contoh:
1.Zahar berjaya memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan seterusnya membuat rembakan
kencang ke pintu gol pihak lawan semasa perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor Setar.

Latar Masa

Lima Tahun
-Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot berupa bangsal di sebelah rumahnya sejak lima tahun yang
lalu kerana berminat dengan kerja-kerja pertukangan.
Setahun
-Zahar telah bekerja sejak setahun yang lalu di bengkel pak ciknya,Pak Yusuf.
Tiga Tahun
-Sejak tiga tahun yang lalu selepas berhenti sekolah,Zahar sentiasa berusaha memohon pelbagai
jawatan tetapi tidak berjaya.
Satu jam setengah
-Selama satu jam setengah Zahar menaiki bas MARA dari Sik ke Alor Setar untuk bertemu dengan
Suhaili.
Waktu pagi
-Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
-Zahar pulang ke kampungnya pada waktu pagi dan mendapati ada kenduri di rumah Suhaili.

16

2.30 petang
-Lima mini sebelum 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada
minggu suai kenal.
Pada waktu malam
-Norimi dan Zahar telah mendeklemasikan sajak hasil ciptaan mereka sendiri pada malam pentup
minggu suai kenal di IKM Sungai Petani.
Awal bulan
-Semua pelatih IKM termasuk Zahar akan menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 pada setiap
bulan.
Tiga bulan
-Mak Kiah, ibu Zahar pernah dirawat selama tiga bulan di wad Tibi.
-Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas,barulah Zahar dan rakan-rakannya mendapat
keputusan peperiksaan mereka.
Dua minggu
-Pasukan bola sepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas
perlawanan persahabatan di tempat mereka.
Enam bulan
-Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan.
-Zahar dan rakan-rakannya perlu menjalani latiah dalam loji selama enam bulan.Zahar diterima
menjalani latihan di KIlang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting,Taiping.

Latar Tempat

Bengkel Pak Yusuf
-Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf bagi membantu pendapatan
keluarganya.
-Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal,Pak Yusuf menyiapkan tempahan perabot
daripada penduduk kampung dan jiran-jirannya.
Bengkel Pertukangan Perabot
-Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di k dalam bengkel Pertukangan
Perabot.Mereka diberi masa 15 jam untuk menyiapkan rak buku.
Padang
-Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang bola kerana mereka kekurangan
pemain.
Rumah Ketua Kampung

17

-Pada hari satu kepulangan Zahar ke kampung,ada kenduri di rumah ketua kampung Pak Karim.
Stesen Bas MARA
-Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili.
Kompleks City Point,Alor Setar
-Zahar dan Suhaili makan di Restoran Kentucky Fried Chicken di Kompleks City Point,Alor Setar.
IKM Sungai Petani
-Zahar dan Norimi bertemu pertama kali semasa mereka mendaftar di IKM Sungai Petani.Zahar
mengikuti kursus Pertukangan Perabot manakala Norimi mengikuti kursus Lukisan Seni Bina.
Kampung Carok Petitih,Sik
Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih menuju ke IKM Sungai Petani menaiki teksi
Pak Usin.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat pekebun
-Selain menerima tempahan perabot di bengkelnya,Pak Yusuf juga sering pergi membersihkan
kebunnya.
-Mak Kiah,ibu Zahar bekerja menoreh getah bagi menampung keperluan keluarganya.
Masyarakat pelajar
-Pelatih-pelatih di IKM termasuk Zahar,Ramli dan Norimi belajar bersungguh-sungguh sebelum
menduduki peperiksaan asas.
Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain
-Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau teksi bersama-sama
kerana sikap masyarakat suka bercerita dan menokok tambah cerita.
Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain
-Suhaili selalu memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM sebagai pelatih
berbanding dirinya berkelulusan ITM.
Masyarakat yang rajin bekerja
-Zahar dan Razaki bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu walaupun dia menjalani
latihan loji sahaja.
Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat
-Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan perabot terutama setelah dihina
oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar.
Masyarakat yang bergotong-royong

18

-Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot milik Zahar di sudut kanan
halaman rumahnya.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
-Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6,Zahar memohon untuk memasuki IKM untuk menambah
ilmu pengetahuan.
Masyarakat yang ambil berat
-Pak Yusuf mengambil berat tentang anak saudaranya dengan menyewa teksi dan menghantar Zahar
mendaftar di IKM.

WATAK UTAMA
Zahar

*anak sulung daripada tiga adik-beradik lelaki.
*berusia awal 20-an
*telah kematian bapa dan ibunya bernama Mak Kiah.
* mempunyai bapa saudara sebelah ibu bernama Pak Yusuf
*Zakri dan Halim merupaka adik lelaki Zahar
*Pandai bermain bola sepak
*bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri.
*menamatkan persekolahan di peringkat SPM
*lulusan IKM
*berkawan dengan Ramli,Norimi dan Habsah di IKM.
*Berkawan dengan Bakar,Rahim dan Suhaili di kampung halamannya.

Pewatakan

19

1.Seorang yang rajin
Contohnya:
Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf membuat perabot tempahan penduduk
kampung dan jiran-jiran.
2.Tidak mudah putus asa
Contoh:
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,Zahar telah memohon pelbagai jawatan dan telah
beberapa kali menghadiri temu duga, tetapi belum juga berjaya.
3.Anak yang baik
Contoh:
Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan sebanyak Rm200 yang diterimanya setiap bulan
kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan dua adiknya.
4.Seorang yang tegas
Zahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di kilang tempat
dia menjalani latihan dalam loji di Kamunting kerana dia ingin berjaya dengan usahanya sendiri.
5.Seorang yang tekun
Zahar tekun mendengar setiap nasihat yang diberikan oleh Cikgu Baharum sepanjang pengajiannya
di IKM.
6.Rasional
Walaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili,namun Zahar tidak murah berasa marah
sebaliknya berazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari nanti.
7,Mempunyai sikap setiakawan
Zahar menganggap kemenangan mengalahkan pasukan bola sepak IKM Alor Setar bukan sumbangan
peribadnya malahan usaha seluruh ahli pasukannya.
8.Taat kepada agama
Zahar rajin pergi bersolat Maghrib dan Isyak di masjid semasa di kampungnya.
9.Tahu membalas budi
Setelah berjaya,Zahar menawarkan tiga tempat di bengkelnya untuk pelatih IKM yang terlibat
dengan latihan dalam loji, sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya.
10.Cinta akan kampung halaman
Zahar menanam azam untuk berjaya sebagai tukang perabot/usahawan perabot sejak mula dia
diterima menjadi pelatih IKM.
11.Seorang yang berdikari

20

Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf, jadi dia
berusaha mengembangkan pasaran perabotnya ke Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

WATAK: PAK YUSUF

*Bapa saudara kepada Zahar
*Berusia dalam lingkungan 60-an
*Tubuh badan yang masih sihat
*Mempunyai bengkel sendiri
*Mempunyai seorang isteri bernama Mak Temah
*Mempunyai dua orang anak yang sedang menuntut di universiti

Pewatakan

1.Mengambil berat
Contoh:
Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar diri di IKM kerana mengambil berat akan keperluan anak
saudaranya.
2.Bertanggungjawab
Contoh:
Walaupun tahu Zahar boleh menyiapkan rak kasut masjid itu sendiri,tetapi atas rasa
tanggungjawab,dia berusaha menyiapkanya dengan bantuan Zahar.
3.Gigih bekerja
Contoh:
Pak Yusuf gigih bekerja di bengkel perabot menyiapkan tempahan perabot di samping bekerja di
kebun.
4.Pemaaf
Contoh:
Pak Yusuf senang memaafkan isterinya walaupun Mak Temah sesekali terlambat menghidangkan
makanan.

21

5.Rajin bekerja
Contoh:
Sejak awal pagi lagi,selepas sarapan Pak Yusuf telah pergi ke bengkel untuk menyiapkan tempahan
perabot.

WATAK: SUHAILI

*Berbadan tinggi lampai
*Berbibir nipis
*Berkulit putih kuning
*Berlesung pipit di ppi kanan
*Kawan sekelas Zahar
*Anak ketua kampung, Pak Karim
*Lulusan ITM
*Pernah bekerja di Petaling Jaya
*Berjawatan sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran

Pewatakan

1.Mengakui kesalahan
Contoh:
Suhaili mengakui kesalahanya menghina dan memandang rendah terhadap Zahar dengan
mengatakan lulusan IKM tidak ada masa depan yang cerah.
2.Memandang rendah terhadap orang lain
Contoh:
Suhaili memandang rendah kepada Zahar yang akan menjadi Pelatih IKM.Dia menganggap bahawa
lulusan IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah.
3.Mudah putus asa
Contoh:

22

Suhaili berhenti kerja di Petaling Jaya kerana tidak tahan dengan tekanan kerja dan kesesakan lalu
lintas di sana.

WATAK: RAMLI

*Kawan baik Zahar
*Berasal dari Pulau Pinang
*Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
*Ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani

Pewatakan

1.Suka mengusik
Contoh:
1.Ramli suka mengusik Zahar dengan Norimi apabila melihat mereka berbual-bual.
2.Cekap bermain bola sepak
Contoh:
Ramli berjaya melerek bola ke gawang pihak lawan setelah mendapat tendangan daripada Zahar.

WATAK: NORIMI

*Kawan Zahar
*Berasal dari Johor Bahru

23

*Mengikuti kursus Lukisan Seni Bina

Pewatakan

1.Lemah-lembut
Contoh:
Pak Yusuf yang pernah bertemu dengan Norimi mengangganya seorang gadis yang lemah-lembut
dan berbudi bahasa.
2.Mudah tersenyum
Contoh:
Norimi tersenyum apabila terpandang wajah Zahar
3.Cemerlang dalam pelajaran
Contoh:
Norimi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan asas.

WATAK: MAK TEMAH

*Isteri Pak Yusuf
*Berbadan gempal

Pewatakan

1.Seorang isteri yang bertanggungjawab
Contoh:
Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan makanan untuk suaminya, Pak Yusuf.
2.Suka mengusik
Contoh:
Mak Temah mengusik Zahar apabila mengetahui Zagar pernah bertemu dengan Suhaili di Pekan Alor
Setar.
3.Mengambil berat

24

Contoh:
Mak Temah menyuruh Zahar makan makanan yang dibawa balik dari kenduri rumah Pak Karim
kerana dia pasti Zahar belum makan lagi.
4.Rajin memasak
Contoh:
Mak Temah menyediakan gulai ikan talang kering,ulam pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku
untuk hidangan tengah hari.

GAYA BAHASA

1. Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan keindahan bahasa untuk menjadikan cerita lebih
menarik.
2. Terdapat banyak unsur gaya bahasa, antaranya:
a)Sinkope:Kependekan kata,
Contohnya:emak-mak,hendak-nak,sudah-dah
b)Personifikasi:memberi sifat manusia kepada benda-benda yang tidak bernyawa
Contohnya:bulan tersenyum padaku,bayu memukul lembut wajahnya
c) Metafora: perbandingan secara langsung yang biasanya mengandungi dua perkataan.
Contohnya:laut fikir,jantung harapan,lurah dendam
d)Diksi:pemilihan kata yang tepat dengan tema novel.Perkataan itu mungkin bersifat
kedaerahan,bahasa klasik,bahasa slanga,bahasa asing atau bahasa puitis.
e)Simile:perbandingan dua objek atau perkara yang mempunyai nilai yang sama.Biasanya
disertai dengan perkataan bandingan seperti macam,umpama,bak,laksana
Contohnya:bagai pungguk rindukan bulan
f)Hiperbola:perbandingan melampau-lampau / berlebih-lebihan daripada perkara sebenar.
Contohnya:air mata menganak sungai
g)Inversi:pembalikan kata
Contohnya:tersenyum dia
h)Peribahasa:ayat atau kata yang ada susunan tetap dan membawa maksud tertentu
Contohnya:air muka,orang mengantuk disorongkan bantal.
i)Pengulangan / repetisi:Pengulangan kata atau frasa dalam satu ayat beberapa kali.
Contohnya:perasanku... Perasanku terluka
j) Anafora:pengulangan kata pada awal ayat
Contohnya:ada di situ,ada di sana

25

k)Epifora:pengulangan kata pada akhir ayat
Contohnya:duka ini berakhir,hidup ini juga kan berakhir

GAYA BAHASA DALAM NOVEL

Metafora
-...memukul tangkai hatinya ( halaman 13)
- ...kuntum kegembiraan mengenang di hatinya ( halaman 25)
- Zahar tidak mahu gelombang resah ( halaman 61)
- kita nyalakan obor semangat dalam diri kita ( halaman 64)
Hiperbola
- Zahar yang duduk di hadapan kelas,mengunyah kata-kata CIkgu Baharum selumat-lumatnya (
halaman 72)
-lidah api sedang menjelir,memamah punggung kawah ( halaman 81)
-perutnya yang berkeroncong,dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan ( halaman 90)
Personifikasi
- panas yang membakar atas zink bengkel ( halaman 2 )
-Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya ( halaman 13 )
-Sinar mata mengerdip di mata tuannya ( halaman 13 )
-Rasa resah gelisah itu makin menekan pada setiap kali ( halaman 18 )
-masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali dibungkus sepi ( halaman 19 )
-cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan dalam hidup ( halaman 22 )
-Acahan Bakar kembali memancing keinginan itu ( halaman 22 )
-warna senja mulai memamah suasana ( halaman 28 )
-Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam ( halaman 28 )
-nadanya menikam jantung Zahar ( halaman 36 )
-senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyelimuti wajahnya ( halaman 40)
-nada suara Suhaili bagaikan sembilu menghirs tangkai hatinya (halaman.41)
- ... kami tahu gelombang yang sedang memukul hati anda semua ( halaman 64)
Bahasa Inggeris
- repair ( halaman 52)
-awning (halaman 57)
-locker ( halaman 60)

26

-ragging ( halaman 61)
-best friend (halaman 139)
-no probleum ( halaman 67)
-girl friend (halaman 93)
-spt check (halaman 95)
-mood ( halaman 162)
-tension ( halaman 168)
-urgent (halaman 162)
-traffic ( halaman 168)
Bahasa Indonesia
-Ongkosnya,kepinggin,beres ( halaman 79)
Diksi/pemilihan kata
-Pelatih IKM, perabot,peralatan,ukiran yang unik,mesin melarik,mesin mengetam,bengkel,latihan
dalam loji,dan papan
Simile
... bagai tidak mahu kalah dibayangi( halaman 14)
...arus fikirannya seperti terhenti ( halaman 18)
...pertemuan yang tidak diduga itu bagaikan mengundang kembali
...cabaran aku tu bagai api membakar semangat kau ( halaman halaman 36)
...Zahar bagaikan tenggelam dibuai dengan teksi
(halaman 54)
...Aku dihina denga kata-kata yang bagai sembilu tajamnya ( halaman 73)
... bagaikan belati tajam menghiris tangkai hatinya ( halaman 185)
Peribahasa
...tentulah berat kakinya hendak melangkah ( halaman 25)
... patutlah macam isi dengan kuku ( halaman 26)
...sesungguhnya hati kecilnya ( halaman 53)
... Zahar tidak pernah berat mulut menasihati kedua-dua adiknya ( halaman 92)
...berat tulang ( halaman 92)
... pucuk dicita ulam mencatang ( halaman 159)
Sinkope

27

..."Dialah yang dah( sudah) lama tunggu tadi," ( halaman 4)
..."sedap atai tidak bihun tu ( itu) tak ( tidak) tahulah ( halaman 4 )
..."Apa, kau ( engkau) tak ( tidak) gembira dapat masuk IKM tu ( itu ) Zahar ( Halaman 40)
Repetisi/ pengulangan
...entah kambing,entah kerbau tumbang pagi tadi ( halaman 85)
... Biarlah peluh pak cik menitik bersama peluh kau,barulah adil kan ( halaman 7 )
Kata Ganda
... manik-manik peluh ( halaman 1)
... kawan-kawan ( hal 103
... pokok-pokok ( halaman 53)
...sebaik-baiknya ( halaman 75)

PLOT

Plot merupakan jalan cerita yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah cerita/jalinan
peristiwa
Terbahagi kepada dua iaitu:
1.Plot kronologi
-Plot yang disusun mengikut urutan
2.Plot tidak kronologi
-Peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara yang berlaku dahulu dikemudiankan.

Gambaran Plot
PERMULAAN - PERKEMBANGAN (P2)-PUNCAK CERITA (P3)-PELERAIAN (P4) -PENUTUP CERITA (P5)

Permulaan cerita ( P1 )
*Zahar yang telah lebih setahun bekerja di bengkel perabot pak ciknya,Pak Yusuf tekun bekerja pada
pagi itu untuk menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh iman masjid.
*Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu, pelbagai jawatan telah cuba dipohon oleh Zahar tetapi
gagal.
*Zahar gagal memasuki Tingkatan 6 di sekolah kerajaan dan ibunya Mak Kiah tidak mampu
membiayai pelajarannya di Tingkatan 6 di sekolah swasta.
*Mak Temah, isteri Pak Yusuf dengan setia menghidangkan makanan untuk suami dan Zahar.

28

*Pak Yusuf teringat akan keadaan jemaah di masjid yang semakin ramai sehingga kejadian
kehilangan kasut semakin kerap berlaku.

*Pak Yusuf bertanya tentang temu duga IKM yang telah dihadiri oleh Zahar beberapa minggu yang
lalu.Dia berharap agar Zahar berjaya dalam temu duganya.

Perkembangan cerita ( P2 )

* Mak Kiah menyerahkan surat tawaran IKM yang telah lama ditunggu oleh Zahar.Dia mendapat
tawaran kursus Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani.

*Selepas mandi,Zahar pergi ke masjid untuk memberitahu rakannya Bakar dan Rahim bahawa dia
telah diterima masuk ke IKM.Bakar mengusik Zahar agar segera memaklumkan kepada Suhaili
tentang tawaran tesebut.

*Zahar berasa rendah diri menyedari perbezaan tahap pendidikan mereka kerana Suhaili belajar di
IKM manakala dia akan memasuki IKM sahaja.

*Sekembalinya dari masjid,Mak Kiah sedang menjahit pakaian manakala adik-adiknya sedang
menyiapkan kerja sekolah.

*Zahar tidak menyangka dia akan menjadi tukang perabot sedangkan cita-citanya ialah ingin belajar
dalam Pengajian Perniagaan di ITM.

*Zahar menghubungi Suhaili untuk memberitahu kejayaanya memasuki IKM.Mereka berjanji untuk
bertemu di City Point,Alor Setar pada keesokan harinya.

*Zahar teringat peristiwa Suhaili mencabarnya agar mendapat Gred Satu dalam peperiksaan SPM.

*Zahar menaiki bas ke Stesen Bas Alor Setar untuk bertemu Suhaili.

*Suhaili terkejut apabila diberitahu bahawa Zahar akan memasuki IKM.Dia menganggap keputusan
Zahar menunjukkan dia mudah berputus asa.

*Zahar berasa terentak dengan kata-kata penghinaan Suhaili terhadap lulusan IKM yang dianggap
tidak mempnyai masa depan.

*Penghinaan Suhaili menguatkan lagi azam Zahar untuk berjaya menjadi usahawan perabot.

*Pendaftaran Zahar di IKM menemukannya dengan rakan baharu seperti Norimi dan Ramli.

*Mereka bersama-sama dengan pelajar baharu yang lain membersihkan kawasan semak semasa
minggu suai kenal.

*Di dalam kelas,Cikgu Baharum mengingatkan pelatih-pelatih agar menunjukkan minat dan
kesungguhan serta kreativiti mereka sepanjang kursus di IKM.

*Zahar dan Norimi mendeklemasikan sajak nukilan mereka sendiri dalam majlis penutupan minggu
suai kenal.

*Semasa pulang ke kampung,Zahar melalui rumah Suhaili yang sedang meriah dengan kenduri
meraikan kejayaan Suhaili mendapat pekerjaan di Petaling Jaya.

*Mak Temah memberitahu Zahar bahwa dia tahu akan pertemuan antara Zahar dan Suhaili di
bandar Alor Setar.

29

*Walaupun hanya mendapat RM200.00 pada setiap awal bulan,Zahar berjimat kerana tidak mahu
menyusahkan ibunya di kampung.
*Zahar menerima surat daripada Suhaili agar Zahar melupakannya dan hal ini menyebabkan Zahar
berasa sangat terhina.
*Zahar menyertai pertandingan bola sepak mewakili pelatih IKM sehingga menyumbang kejayaan
kepada mereka.
*Sebulan sebelum peperiksaan asas,Zahar dan pelatih-pelatih yang lain menumpukan perhatian
terhadap peperiksaan yang akan mereka hadapi.
*Cikgu Baharum menasihati mereka agar cermat dan teliti menyiapkan projek yang akan
menentukan kejayaan mereka.
*Beberapa bulan selepas peperiksaan ,Zahar telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaannya.Begitu juga dengan rakannya Norimi.
*Majlis perpisahan diadakan selepas enam bulan mereka bekerja keras menjalani latihan yang lebih
intensif untuk mendapat sijil MLVK.
*Ucapan pengetua agar menjadikan ilmu dan kemahiran yang ditimba di IKM sebagai asas yang
kukuh untuk berkembang maju pada masa hadapan terus tersemat dalam jiwa Zahar.

Puncak cerita ( P3 )
*Selepas bercuti selama tiga minggu,Zahar telah diterima untuk menjalani latihan dalam loji di kilang
Perabot Usaha Bersatu di Kamunting.
*Zahar bertemu Razali seorang daripada pekerja di kilang itu yang telah mempelawa Zahar tinggal
bersama-samanya selama dia menjalni latihan di sana.
*Suhaili berasa terganggu dengan kehadiran Zahar di kilang itu.
*Suhaili meminta maaf atas kata-kata penghinaan yang menghiris perasaan Zahar suatu masa
dahulu.
*Zahar menolak bantuan Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan jawatan tetap selepas
tamat latihan.
*Zahar menegaskan prinsip hidup bahawa dia mahu berdikari dengan titik peluhnya sendiri tanpa
bantuan Suhaili.
*Zahar meninggalkan Suhaili dengan kata-kata bahawa haluan hidup mereka telah berbeza.
Peleraian cerita ( P4 )
*Zahar dapat menjalani latihan dalam loji di Kilang itu selama enam bulan dengan cemerlang.
*Zahar berasa sangat gembira kerana dia telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
peringkat pertengahan dengan mendapat Pangkat Satu.
*Zahar sedar Suhaili cuba berbaik-baik dengannya tetapi cuba dielakkan oleh Zahar.

30

*Semasa majlis ringkas meraikan Zahar Miss Ooi yang mewakili pengurusan kilang memuji kerajinan
dan prestasi cemerlang sepanjang dia menjalani latihan.
*Zahar meminta Suhaili melupakan kenangan lama antara mereka.Biarlah mereka kekal sebagai
sahabat dan jiran sekampung sahaja.
Penutup cerita ( P5 )
*Zahar membuat keputusan untuk mendirikan bengkel di tanah milik ibunya.
*Pak Yusuf tidak membantah malah bersedia memindahkan peralatannya sekiranya diperlukan oleh
Zahar.
*Zahar berasa dirinya bertuah kerana tidak sampai sebulan dia berjaya mendapat pinjaman
sebanyak RM10.000 daripada MARA dan dicampur RM5000 sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun
yang dikumpulnya untuk membina bengkel yang lengkap.
*Penduduk kampung bergotong-royong untuk mendirikan bengkel baharu milik Zahar.
*Sejak tersiarnya rencana " Kejar Kejayaan Lepas Dihina Kekasih" Bengkel Perabot Meniti Impian
semakin dikenali ramai.
*Zahar bercadang untuk memperluas pasaran perabotnya ke Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan Kota
Bahru.
*Zahar menerima sepucuk surat daripada Suhaili tetapi dia tidak meneruskan pembacannya
sebaliknya dia membaca surat kedua yang diterimanya daripada Norimi.Zahar tersenyum membaca
surat itu.

31

RUJUKAN
1. https://papermate2401.blogspot.com/2018/07/analisis-lengkap-novel-
meniti-impian_2.html
2. https://lamankomsas.blogspot.com/2020/05/novel-meniti-impian-
osman-ayob.html
3. BUKU TEKS MENITI IMPIAN

32


Click to View FlipBook Version