PAYUNG PERPADUANPAYUNG PERPADUANMODUL KELAS PPEERRAALLIIHHAANN T E M A 3 : P E R P A D U A N L H E 3 1 1 0 P E M U L I H A N D A N P E N G A Y A A N D A L A M P E N G A J A R A N B A H A S A M E L A Y U ڤوك، ڤوك،ڤوك ڤوڤوق ڤرڤادو
A H L I K UMP U L A N I K UMP U L A N NUR SHARINA NAJWA BT SUHAIDI (205470) NUR SHAERAH BT MD ZIN (206752) NUR ATIKAH BT THAHIR (209390) NABILAH HANIM BT MOHAMAD ZAKI (207250) AZIZAH BT MAD SAPI (207108)
9 JENIS KATA ADJEKTIF Kata adjektif cara Kata adjektif perasaan Kata adjektif jarak Kata adjektif sifatan atau keadaan Kata adjektif warna Kata adjektif ukuran Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama Kata adjektif bentuk Kata adjektif waktu Kata adjektif pancaindera KATA ADJEKTIF ڤڤووك، ڤڤووك،ڤڤووك ڤڤووڤڤووق ڤڤررڤڤاادوان
baik gopoh jahat sihat cerdas malas takut berani lemah KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU KEADAAN Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama Contoh ayat: Lelaki itu sangat baik. 1. Pegawai tentera itu sungguh berani. 2. صفة / كادأن
ungu putih kuning hijau Contoh ayat: 1) Perempuan itu berbaju merah. 2) Warna kuning warna diraja. KATA ADJEKTIF WARNA Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna ورنا
panjang rendah pendek tebal besar nipis KATA ADJEKTIF UKURAN Jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contoh ayat: Novel itu sangat tebal. Jambatan panjang itu baru siap dibina. اوكورن
bujur Pinggan bujur itu telah retak. Bola ragbi berbentuk bujur. bulat Bola itu berbentuk bulat. Ayah membeli sebuah meja makan berbentuk kemp bulat. is Perut adik telah kempis. Tayar basikal saya telah kempis kerana tercucuk paku. KATA ADJEKTIF BENTUK Digunakan untuk menggambarkan sesuatu rupa bentuk. بنتوق
KATA ADJEKTIF WAKTU Amar datang lewat ke sekolah kerana tertinggal bas. Kata adjektif waktu digunakan untuk memberi pengertian tentang konsep masa. Contoh: lewat, segera, lama, awal Ayah sudah lama tidak pergi ke kebun. Khemah telah digunakan sejak awal zaman besi lagi. Zahril segera bangun setelah dikejutkan oleh ibunya. وقتو
KATA ADJEKTIF JARAK Kata adjektif jarak memberi pengertian ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama. dekat Rumah Siti sangat dekat dengan sekolah. hampir Mereka hampir menemui ajal dalam kemalangan itu. jauh Sekolahnya jauh di kawasan pedalaman. جارق
KATA ADJEKTIF CARA LAJU Kereta itu memecut laju. DERAS Air sungai mengalir dengan deras selepas hujan lebat. LAMBAT Orang itu suka berjalan dengan lambat. Kata adjektif cara memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama. چارا
KATA ADJEKTIF PERASAAN MARAH Ali berasa marah setelah Abu mengejeknya. SEDIH Zainab berasa sedih melihat nasib anak yatim piatu itu. KECEWA Minah berasa kecewa dengan keputusan peperiksaannya. GEMBIRA Adik gembira kerana mendapat sepasang kasut baharu. Kata adjektif perasaan memberi pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama. ڤراساءن
KATA ADJEKTIF PANCAINDERA MANIS MERDU HARUM Buah limau itu sangat manis. Suara Atitih sungguh merdu. Bau minyak wangi itu sungguh harum. Kata adjektif pancaindera memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar bau, sentuh dan gabungan. ڤنچاايندرا
Mari Menguasai Kata Adjektif !
MALAYSIAKU UNIT 7 : SAYANGI سايڠي ماليزياکو
Aminah, Devi dan Yu Li menghadiri Sambutan Karnival Makanan Malaysia yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Taman Tasik Titiwangsa dikenali sebagai pusat rekreasi yang luas dan sangat cantik. Aminah : Wah, menarik sungguh karnival makanan ini! Nampaknya, jalan raya sudah semakin sesak. Jom kita pergi ke gerai jualan dengan segera. Devi : Wah, banyaknya gerai jualan, tentu banyak pilihan makanan yang enak kita boleh cuba! Aminah : Nampaknya, Devi sangat teruja dan tidak sabar untuk membeli makanan di karnival ini. Devi : Ya Aminah, saya melihat pelbagai jenis makanan yang nampak sedap dan menyelerakan. Antaranya, kuih gelembung buaya yang unik dengan warna jingga dan hijau, kuih bakul, ladu, nasi lemak dan banyak lagi juadah yang lain. Yu Li : Betul, harga makanan juga murah dan berbaloi. Aminah: Eh, lihat! Pertandingan nyanyian juga dianjurkan. Nampaknya, para peserta menggayakan pakaian tradisional yang cantik dan unik untuk memenuhi syarat pertandingan itu. Saya tertarik dengan lelaki yang tinggi itu kerana dia mempunyai suara yang lunak sekali. Yu Li : Saya bersetuju dengan kamu Aminah. Selain daripada penampilannya, persembahan, tema lagu dan kreativiti yang disampaikan turut diambil kira oleh juri. Devi : Aminah, Yu Li, jom kita lihat persembahan dikir barat di pentas utama itu! Karnival Makanan Malaysia IMBAS SAYA
MARI BUAT LATIHAN! LATIHAN 1 Arahan: Kenal pasti maksud kata adjektif yang berwarna merah. Berdasarkan perbualan tersebut, bina ayat menggunakan kata adjektif
h c a n t i k s b s m j d f b a l h j i n g g a n t i n k s r b j u a j p i d a h m l q a q n o z k u s g u s u m u t x k r g t s a t i n o g i lATIHAN 2 Arahan: Cari kata adjektif yang tersembunyi. cantik unik lunak sesak sabar tinggi jingga hijau
UNIT 8 : BERSATU TEGUH تݢوه برساتو
GOTONG-ROYONG DI SEKOLAH SELANGOR, 16 JANUARI- Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar, SMK INDAH telah menganjurkan aktiviti gotong-royong yang disertai oleh murid-murid, guru, dan ibu bapa. Pada waktu pagi, suasana di tapak perhimpunan riuh-rendah dengan gelagat murid-murid. Mereka yang tinggal jauh dari sekolah sanggup datang awal pagi kerana teruja untuk menyertainya. Guru yang bertugas telah membawa peralatan seperti cangkul, sabit, parang dan pongkes. Guru perempuan menambahkan keceriaan di taman bunga dengan meletakkan pasu bunga yang disusun tidak begitu rapat antara satu sama lain. Mereka juga menambahkan keindahan taman itu dengan meletakkan batu hiasan yang berbentuk leper dengan kemas. Mereka turut mengecat semula tiang gol yang bersegi empat tepat itu dan mengambil bola ragbi berbentuk lonjong yang berselerak di atas padang tersebut. Seterusnya, Ah Seng dan kawan-kawannya membersihkan longkang tersumbat yang dipenuhi sampah itu sehingga bersih. Kerja pembersihan yang dilaksanakan akan mengambil masa yang lebih singkat jika saling bekerjasama antara satu sama lain. Mereka turut menyusun kerusi meja dengan lurus dan menyapu lantai hingga bersih serta menghias bilik darjah. Pada masa yang sama, guru-guru wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di perkarangan sekolah. Pelbagai jenis juadah yang enak seperti mi goreng, nasi tomato, dan kari ayam turut disediakan. Hampir pukul 12.30 tengah hari, semua aktiviti gotong-royong telah selesai. Walaupun penat, namun aktiviti ini telah memberi pelbagai manfaat kepada semua pihak. IMBAS SAYA
MARI BUAT LATIHAN! 2. Mereka turut mengecat semula tiang gol yang ber............... itu dan mengambil bola ragbi berbentuk lonjong yang berselerak di atas padang tersebut. LATIHAN 1 Arahan: Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul. Mereka yang tinggal ............... dari sekolah sanggup datang awal pagi kerana teruja untuk menyertainya. 1. 4. Mereka turut menyusun kerusi meja dengan ............... dan menyapu lantai hingga bersih serta menghias bilik darjah. 5. ............... pukul 12.30 tengah hari, semua aktiviti gotong-royong telah selesai. dekat jauh hampir bulat 3. Mereka juga menambahkan keindahan taman itu dengan meletakkan batu hiasan yang berbentuk ............... dengan kemas. segi empat tepat segi empat sama bujur leper bundar bulat lurus bengkok rapat dekat hampir
Arahan: Lengkapkan teka silang kata tersebut dengan kata adjektif yang sesuai dengan maksudnya. 1.Bentuk yang setiap sisinya sama panjang dan bersudut 90° 2. tidak bengkok 3. hampir tidak bercelah 4. makin ke atas makin runcing 5. Bentuk yang tidak bulat tetapi agak rata 6. besar jaraknya 7. dekat, rapat 8. waktu selepas matahari terbit Menegak LATIHAN 2 1 2 3 4 5 6 s m a h s p l j Petunjuk: g h m u r Melintang Menegak l p IMBAS SAYA
UNIT 9 : NIKMAT KEMAKMURANنعمة كمعمورن
Amalan kunjung-mengunjungi mampu mengukuhkan hubungan erat persahabatan dan memupuk semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Ramli sekeluarga menggayakan pakaian yang serba baharu. Ah Chong dan Mutu dijemput untuk menyambut perayaan bersama-sama keluarga Ramli. Setiap tahun, mereka selalu berkunjung ke rumah Ramli untuk beraya bersama-sama. Semasa berkunjung ke rumah Ramli, mereka dihidangkan pelbagai juadah raya dan kuih-muih yang sedap. Antara juadah yang dihidangkan ialah ketupat, lemang, rendang ayam, dan nasi beriani. Ah Chong sangat gemar menikmati rendang ayam dan lemang kerana rasanya yang lazat. Dia mencedok nasi dengan perlahan-lahan supaya tidak tumpah di atas meja. Mereka tersipu malu menerima duit raya daripada Encik Wahid. Mereka saling berbual-bual antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum. Sikap ramah mesra yang ada dalam diri keluarga Ramli menyebabkan mereka berasa sangat gembira kerana dapat menyambut perayaan Aidlfitri bersama-sama dengan rakannya. Apabila selesai menjamu selera, Ah Chong, Mutu dan Ramli berpelukan erat sebelum meminta diri untuk pulang ke rumah. Amalan ini penting diterapkan dalam diri setiap individu kerana dapat mengeratkan hubungan yang erat antara satu sama lain. SAMBUTAN PERAYAAN AIDILFITRI
MARI BUAT LATIHAN! LATIHAN 1 Arahan: Berdasarkan kata adjektif berwarna merah, cipta satu sajak berdasarkan pengalaman anda menyambut perayaan mengikut kreativiti anda selalu sedap baharu malu perlahanlahan ramah mesra kukuh gembira erat
LATIHAN 2 Arahan: Padankan kata adjektif dengan gambar yang sesuai gembira sedap malu ramah mesra erat baharu
PAYUNG PERPADUANPAYUNG PERPADUANSEKIAN, TERIMA KASIH ! ڤڤووك، ڤڤووك،ڤڤووك ڤڤووڤڤووق ڤڤرر