HALANGAN-HALANGAN DALAM KOMUNIKASI Nurul Hazirah Binti Md Salleh
Keberkesanan sesebuah komunikasi adalah bergantung kepada maklum balas penerima yang menunjukkan komunikasi secara dua hala. Maklum balas sangat penting untuk mengetahui bahawa pendengar mendengar atau memahami mesej yang disampaikan dengan baik ataupun tidak. Sebagai contoh, apabila guru mengajar di dalam kelas, murid yang memberikan maklum balas menunjukkan komunikasi yang disampaikan berjaya, manakala murid yang tidak memberikan sebarang maklum balas menunjukkan komunikasi yang disampaikan tidak berjaya. Oleh yang demikian, maklum balas daripada pendengar amatlah penting untuk mengetahui tahap kejayaan komunikasi berjaya atau tidak dan perlu mencari inisiatif yang baik untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan. MAKLUM BALAS
We need to decipher the problem we are facing. Then we can solve problems and quickly generate as many new ideas as possible. Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang tidak memerlukan sebarang maklum balas daripada pendengar seperti pidato, syarahan, dan ceramah. Komunikasi sehala ini lebih mudah disampaikan kerana lebih cepat dan teratur, namun terdapat kelemahannya yang menjadi halangan kepada komunikasi itu berkesan. Dalam konteks komunikasi sehala ini, pendengar perlulah mendengar dengan lebih fokus kerana penyampai tidak akan mengulangi semula isi yang telah disampaikan. Pendengar juga tidak berpeluang untuk mengajukan soalan ketika pengucapan awam sedang berlangsung. Oleh itu, komunikasi sehala ini merupakan salah satu halangan dalam komunikasi. KOMUNIKASI SEHALA
Setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai sistem saraf. Saraf merupakan sistem penghubung yang sangat kompleks yang dapat mengirim dan menerima informasi dalam jumlah yang besar. Gangguan saraf merupakan kerosakan atau kelainan yang terjadi pada sistem saraf manusia itu sehingga menjejaskan fungsinya. Penerima yang mengalami gangguan saraf menyebabkan seseorang itu sukar untuk menerima maklumat yang disampaikan seperti lambat memahami atau tidak dapat mentafsir maklumat dengan baik. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa maklumat yang disampaikan kepada penerima yang mengalami gangguan saraf bagai mencurah air ke daun keladi kerana dihalang dengan masalah fizikal dalaman penerima mesej GANGGUAN SARAF PENERIMA
Penyampaian menerusi saluran kedua adalah sebuah komunikasi yang melibatkan orang tengah atau perantaraan bagi melaksanakan tugas menyampaikan mesej tersebut. Namun, kaedah komunikasi sebegini mempunyai beberapa halangan seperti orang perantaraan tidak dapat menyampaikan mesej tersebut dengan betul dan lancar. Selain itu, penjelasan pemberi maklumat tidak jelas juga menyebabkan isi kandungan komunikasi tidak mampu disampaikan dengan tepat. Hal ini akan menimbulkan salah faham dan salah tafsir mesej yang disampaikan kepada penerima. Masalah-masalah seperti suara kurang jelas atau persekitaran tidak sesuai seperti bising juga merupakan salah satu sebab komunikasi tidak tercapai. PENYAMPAIAN MELALUI SALURAN KEDUA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), emosi ialah sebuah perasaan jiwa yang kuat seperti perasaan sedih. Gangguan emosi ini pula merupakan perasaan jiwa yang mengganggu atau menghalang seseorang semasa berkomunikasi seperti perasaan gugup atau marah. GANGGUAN EMOSI Halangan-halangan tersebut adalah seperti : Emosi yang bercelaru menyebabkan penyampai menghadapi kesukaran untuk bercakap sehingga mengakibatkan komunikasi tidak berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, perasaan sedih dalam diri penyampai menyebabkan penyampai sukar untuk bersuara sehingga menyebabkan penerima tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan dengan jelas.
GANGGUAN LUARAN Gangguan luaran merupakan gangguan daripada persekitaran yang berlaku sewaktu proses komunikasi. Hal ini menyebabkan komunikasi yang dijalankan kurang berkesan atau tidak berjaya. Contohnya, gangguan luaran seperti bunyi deringan telefon bimbit akan mengganggu proses komunikasi yang dijalankan. Oleh itu, gangguan luaran juga merupakan salah satu halangan komunikasi yang sering berlaku kepada pengucap awam dan ia boleh menjejaskan pengucapan awam yang disampaikan.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka RUJUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH