INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,
08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
Nama : NURUL HAZIRAH BINTI MD SALLEH
Angka Giliran : 2022252310046
No. K/P : 040111-02-0458
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2022
Kumpulan/Unit : F1B (BAHASA MELAYU)
Nama Pensyarah : DR. HASNUL HISHAM BIN HASHIM
Tarikh Hantar : 8 OKTOBER 2022
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Tandatangan Pelajar:____ ______________________ Tarikh : 8 OKTOBER 2022
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : NURUL HAZIRAH BINTI MD Angka Giliran : 2022252310046
SALLEH
Kod : BMMB1094 Nama Kursus : KEMAHIRAN BAHASA
MELAYU
Pensyarah : DR. HASNUL HISHAM BIN HASHIM
Tarikh Hantar : 8 OKTOBER 2022 Tarikh Terima : 11 SEPT 2022
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satu saya jelaskan
sumbernya.
Tandatangan Pelajar : Tarikh : 8 OKTOBER 2022
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :
Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :
Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan
Tandatangan Pelajar : Tarikh :
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan kemahiran boleh ditakrifkan sebagai
kecekapan atau kepandaian seseorang individu dalam melakukan sesuatu perkara, manakala
berbahasa pula membawa maksud menggunakan bahasa ataupun bercakap dalam sesuatu
bahasa. Kemahiran berbahasa boleh dieertikan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian
seseorang individu itu berbahasa dalam sesuatu bahasa. Oleh itu, kemahiran berbahasa pula
ialah satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang merangkumi kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Kemahiran berbahasa boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran
lisan yang melibatkan dua komponen asas seperti mendengar dan bertutur serta kemahiran
bukan lisan seperti membaca dan menulis. Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), pengajaran kemahiran iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca
telah dibezakan untuk Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.
2.0 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BAHASA DAN FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BAHASA
Terdapat empat peringkat kemahiran bahasa dan faktornya yang boleh dipelajari iaitu :
2.1 Kemahiran Mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling melengkapi.
Gabungan dua kemahiran tersebut turut dikenali sebagai kemahiran lisan. Kedua-dua
kemahiran ini diterapkan kepada murid-murid supaya mereka dapat memahami dan
menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Kemahiran
mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami,
menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta
dapat memberikan respon yang sesuai dengan topik pengucapan. Kemahiran mendengar
merupakan kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif
terutamanya ketika murid-murid berada di sekolah rendah. Oleh itu, sejak di sekolah
rendah lagi, murid-murid perlu memiliki kemahiran mendengar yang berkesan supaya
mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik (Yahya Othman, 2005). Kemahiran
bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan
dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila.
Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur mencakupi beberapa bentuk dan
proses yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid-murid. Melalui KSSR, pengajaran
kemahiran bahasa dilaksanakan melalui pendekatan modular. Pendekatan modular
bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenal sebagai modul.
Terdapat lima modul dalam matapelajaran bahasa Melayu, kemahiran mendengar dan
bertutur merupakan salah satu daripada lima modul tersebut. Oleh itu, dapat dinyatakan
bahawa modul kemahiran mendengar dan bertutur merupakan bentuk kemahiran yang
diajarkan dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Bentuk kemahiran mendengar boleh
berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu secara bertelau-telau, secara pasif, tanpa tindak
balas, secara kritikal dan sebagainya. Sehubungan itu, kemahiran bertutur terdiri daripada
pelbagai bentuk seperti sebutan yang jelas, memberi penerangan dan alasan dan
sebagainya.
Jika ditelusuri prosesnya pula, terdapat empat peringkat dalam proses mendengar
iaitu deretan bunyi bahasa, memahami bunyi yang didengari, menilai bunyi dan bertindak
terhadap bunyi. Proses kemahiran bertutur adalah berdasarkan tujuh fungsi bahasa yang
perlu diberi penekanan oleh guru yang mengajar kemahiran bertutur iaitu fungsi peribadi,
fungsi perhubungan, fungsi memberi arahan, fungsi menyoal, fungsi merujuk, fungsi
imaginasi, dan fungsi menyampai maklumat.
Seterusnya, faktor-faktor yang menyumbang kepada kemahiran lisan adalah
disebabkan oleh faktor kesihatan, jantina dan fizikal. Tahap kesihatan yang mencukupi
akan menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Begitu
juga dengan keadaan fizikal tubuh badan seseorang seperti telinga dan alat artikulasi
(lidah, gigi, gusi dan seumpamanya). Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami
masalah pendengaran atau terencat anggota badan akan mengehadkan pergaulan
sehingga mereka menghadapi masalah kosa kata dalam pertuturan seharian. Dari aspek
jantina pula, tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza.
Kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding dengan kadar
pertumbuhan kanak-kanak lelaki kerana urat saraf pertuturan perempuan berkembang
jauh lebih cepat berbanding lelaki (Zaleha Damanhuri, 2016).
2.2 Kemahiran Membaca
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), membaca boleh didefinisikan sebagai
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna
kandungannya. Membaca merupakan satu tindakan komunikasi iaitu satu proses berfikir
yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada
pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009).
Matlamat daripada kemahiran membaca dapat membantu menambahkan
perbendaharaan kata yang dimiliki dalam minda seseorang. Hal ini kerana, dengan
membaca, seseorang akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu.
Berdasarkan Dokumen Standard dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4
(2018), kemahiran membaca mempunyai matlamat agar murid-murid berupaya membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Jika dilihat dari segi jenis
bacaan pula, terdapat empat jenis aktiviti bacaan iaitu bacaan mekanis (bersuara),
bacaan mentalis (kefahaman), bacaan intensif (mendalam), dan bacaan ekstensif
(meluas).
Di samping itu, terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca
dalam kalangan murid-murid. Antaranya ialah faktor persekitaran dan kognitif
Persekitaran dapat dikaitkan dengan rumah mahupun sekolah. Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam cara didikan berkaitan kemahiran membaca sejak kecil.
Persekitaran di rumah yang kondusif dan diisi dengan bahan-bahan seperti majalah, dan
surat khabar dapat membantu kemahiran membaca anak-anak. Pendapatan ibu bapa
sangat berkait rapat dengan pembelajaran anak-anak di rumah termasuklah kemahiran
membaca mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana keluarga yang berpendapatan stabil
lebih cenderung untuk membeli bahan bacaan anak-anak serta menyediakan kemudahan
yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Sebagai
contoh, ibu bapa menyediakan perpustakaan mini di rumah, membiayai tuisyen, membeli
bahan rujukan dan sebagainya. Selain persekitaran di rumah, sekolah merupakan institusi
kedua yang dapat meningkatkan kemahiran membaca murid-murid. Kegiatan atau
perlakuan guru serta sikap rakan sebaya mempengaruhi amalan murid-murid itu. Galakan
dan dorongan dari pihak sekolah dengan mengadakan pelbagai program membaca turut
meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid.
2.3 Kemahiran Menulis
.Menurut Juriah Long, et.al (1990), menulis merujuk kepada suatu proses bagi
menyampaikan pendapat atau idea dengan tepat dan efektif kepada pembaca
menggunakan bentuk grafik. Menurut Nik Safiah (2004), kemahiran menulis juga
merupakan kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid-murid kerana penulisan
melibatkan tahap literasi yang paling kompleks dan memerlukan proses kognitif yang
tinggi. Kemahiran menulis melibatkan murid-murid supaya menaakul, berfikir dan
mengolah idea sebelum dihuraikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Kemahiran
menulis ini turut melatih pelajar untuk menggunakan bahasa yang betul berdasarkan
sesuatu jenis karangan tertentu.
Jika dilihat dari aspek peringkatnya pula, menulis terdapat tiga peringkat iaitu
peringkat pramenulis, mekanis dan pelahiran. Dalam peringkat awal menulis, pelajar
dilatih secara mekanikal untuk menggunakan alat tulis dengan baik dan dapat menulis
dengan selesa dan tepat. Seterusnya, pada peringkat mekanis pula, pelajar didedahkan
berkaintan pembentukan lambang-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk
huruf. Jadi, secara tidak langsung, pelajar akan dapat menulis huruf-huruf untuk
membentuk perkataan dan ayat. Akhir sekali, pada peringkat pelahiran, kemahiran
membentuk huruf dan mengeja perkataan dapat dikuasai oleh pelajar. Pada peringkat ini
pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu yang ditulis.
Menelusuri faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis, dapat dijelaskan
bahawa faktor persekitaran adalah amat penting. Guru hendaklah melaksanakan aktiviti
yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kemahiran menulis yang sesuai kepada
pelajar seperti menyambung huruf putus-putus, menekap huruf, membina ayat dan lain-
lain lagi. Selain guru, ibu bapa juga boleh menggunakan aktiviti yang sama ketika anak di
rumah untuk melatih anak-anak supaya dapat menulis dengan baik. Selain itu, faktor
fizikal yang merupakan motor halus juga menyumbang kepada kemahiran menulis.
Perkembangan motor halus merupakan pertumbuhan atau perkembangan otot pada jari
seseorang kanak-kanak. Perkembangan motor yang pesat dapat membantu kanak-kanak
yang sedang mengalami tumbesaran memegang barang-barang seperti pensil, buku dan
sebagainya.
3.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa amat penting terutamanya kepada
golongan murid-murid kerana bermula dari sinilah murid-murid dapat belajar perkara-perkara
asas seterusnya dapat mengaplikasinya pada peringkat yang lebih tinggi. Jadi, guru-guru pada
peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting bagi memastikan murid-murid dapat
menguasai keempat-empat kemahiran ini dengan baik. Oleh itu, penguasaan kesemua
kemahiran ini perlu dikuasai dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan
lancar dan efektif. Ini bermaksud para guru perlulah kreatif dalam menarik perhatian murid-murid
agar ilmu yang disampaikan berkesan.
(1233 Patah Perkataan)
RUJUKAN
Fatimah Abd Rahman, Zainol Zainal Abidin & Zuariah Yusoff. (1992). Kemahiran Mendengar
dalam Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Dewan Bahasa dan Pustaka
Juriah Long, Raminah Hj Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Dewan Bahasa & Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu 2. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Penerbitan PTS Profesional
Zaleha Damanhuri (2016). Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal Dalam Kalangan Kanak-
Kanak Lelaki Dan Perempuan Menurut Perspektif Barat. Jurnal Sains Sosial: Malaysian
Journal of Social Sciences, 1(1), 137-148.