The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHAILA BINTI KAYAT Moe, 2021-09-24 10:45:42

V1 Copy of isi kandungan majalah

V1 Copy of isi kandungan majalah

ISI KANDUNGAN

2 Sejarah Sekolah

4 Kata Aluan Pengetua

8 Barisan Pentadbir

20 Sidang Redaksi 2021

26 Majlis Pentauliahan Badan
Kepimpinan Sekolah

35 Memori 2021

35 Nukilan Pelajar
35 Album Pelajar 2021
35 Candid guru dan pelajar

KATA ALUAN

E N AHAMAD TAR MIZ I B IN D AWAMI

P E NG E TU A S MK AMINU D D IN B AKI



SIDANG REDAKSI

CIK NURUL AZITA BINTI ZAILAN

Grafik & Rekabentuk

PN. SUHAILA BINTI KAYAT

Grafik & Rekabentuk

EN. MOHD FAIZ BIN CHE KHALIN

(Fotografi)

Bingkisan Hati Seorang Cikgu…

Cikgu bukanlah sesiapa… Cikgu hanyalah
SEORANG yang singgah dalam hidup kamu
seketika sahaja… bersama kamu sekejap
sahaja… memberi tunjuk ajar… memarahi

dan membetulkan bila kamu salah…
menenangkan kamu bila kamu menghadapi
kesulitan… Cikgu tidak akan singgah lama

menemani kamu… janganlah kamu
membazir masa membenci cikgu yang
memarahi kamu… berdendam dengan cikgu
kerana menegur kamu… janganlah buang
masa.. menjalani zaman persekolahan
kamu dengan hati yang sentiasa tidak
tenang.. kamu akan tinggalkan KAMI di
sini… dan pergi meneruskan hidup kamu…
hargailah masa-masa yang kamu ada…
percayalah… zaman persekolahan adalah
zaman yang terindah.. bila dewasa kelak…
kamu akan teringat kembali kezaman
persekolahan.. kami SAYANG kamu semua..
marah KAMI sebab sayang.. teguran KAMI
sebab ambil berat.. senyuman KAMI harap
menenangkan kamu.. jenaka KAMI untuk
kenangan terindah suatu masa kelak… dan
hadirnya KAMI… harap dihargai kamu
semua.. sebab KAMI hanyalah seorang insan
yang singgah menemani kamu untuk

seketika sahaja…

Salam kerinduan;













Add text







SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH AMINUDDIN BAKI telah mula dibina pada tahun 1967
Sebelum ini, iaitu dari tahun 1967, sekolah ini telah menumpang
sementara bangunan SJK(C) Pei Cheng, Chemor. Sekolah
Aminuddin Baki ini terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat
Bandaraya Ipoh. Keluasannya kira-kira 9.2 ekar persegi. Pelajar
pelajar sekolah ini pula datang dari kampung-kampung di sekita
daerah Chemor. Kini terdapat seramai 1518 orang pelajar yang
menuntut di sini iaitu dari kelas peralihan hingga tingkatan lima
Sekolah ini mempunyai lapan blok bangunan iaitu A, B, C, D, E, F
G dan H, yang merangkumi pejabat, bilik guru, makmal Sains
makmal Matematik, bilik mesyuarat, bilik gerakan, bilik Geograf
dan Sejarah, bilik SPBT, bilik peperiksaan, bilik darjah, pusat
sumber, bilik seni reka tanda, bilik sajian dan katering, bilik
jahitan dan masakan, bilik seni perusahaan dan bilik seni lukis
Tenaga pengajar kini ada 98 orang termasuklah Pengetua
Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong
Kanan Kokurikulum, 4 orang Guru Kanan Bidang dan 16 orang
staf sokongan.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Aminuddin Baki, Chemor ditubuhkan pada tahun 1965
dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Rendah Chemor.
Tahun 1971 merupakan detik yang bersejarah kerana nama
Sekolah Menengah Rendah Chemor telah ditukarkan kepada
nama Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Chemor mengambil
sempena nama seorang tokoh Pendidikan yang berkaliber
sekaligus merupakan anak tempatan Chemor.

Allahyarham Aminuddin Baki merupakan satu-satunya anak
tempatan Chemor yang telah berjaya mencapai tahap yang tinggi
dalam arena pendidikan tanah air. Allahyarham merupakan
seorang tokoh pendidikan yang telah banyak menyumbangkan
tenaga dan buah fikiran dalam bidang pendidikan negara.

Beliau merupakan seorang tokoh yang telah berjaya
menimbulkan kesedaran untuk mempertingkatkan taraf
pelajaran di kalangan anak bangsa khususnya dalam bidang sains
dan teknologi. Di samping itu, beliau juga merupakan penggerak
ke arah meningkatkan martabat anak bangsa terutamanya di
kalangan masyarakat luar bandar. Seterusnya nama beliau juga
dipilih untuk dijadikan sumber inspirasi anak tempatan Chemor
supaya mereka mengikuti jejak langkah beliau yang telah
mencipta kejayaan. Akhirnya adalah menjadi matlamat kita agar
sumbangan bakti dan jasa beliau turut diteladani dalam
menaikkan imej serta mengharumkan nama sekolah ini
seterusnya.

Tahun 1989 juga merupakan detik yang bermakna bagi SMK
Aminuddin Baki, Chemor berikutan kejayaan penubuhan kelas
tingkatan empat aliran sains. Keadaan ini adalah selaras dengan
dengan cita-cita Allahyarham Aminuddin Baki yang mahu anak
anak bangsa tempatan Chemor maju dalam bidang pelajaran
khususnya dalam sains dan teknologi.
Selaras dengan Hasrat Allahyarham Aminuddin Baki untuk
mempertingkatkan taraf pelajaran anak-anak bangsa tempatan
Chemor khususnya dalam bidang sains dan teknologi, kini SMK
Aminuddin Baki telah memulakan mata pelajaran ICT bag
pelajar tingkatan satu. Makmal komputer baru yang mula
digunakan pada awal tahun ini mengandungi dua ruang
menempatkan 43 buah komputer dan dapat memuatkan 80
orang peajar.

Sejak dibuka hingga kini seramai enam belas orang Pengetua
telah pun berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Aminuddin Baki, Chemor.
Mereka terdiri daripada:

TAHUN NAMA PENGETUA

1965 - 1966 En. Chong Khoon Hoe
1967 - 1977 En. Lee Yow Yin
1978 - 1980 En. Shamsuddin b Ahmad
01.01.1983 – 31.01.1984 En. Noor b Bakar
06.02.1984 – 31.01.1985 En. Ahmad b Haji Shafie
04.03.1985 – 15.05.1986 En. Chong Suan Ee
16.05.1986 – 31.01.1988 Pn. Fatimah bt Sahari
01.02.1988 – 31.12.1988 En. Ahmad Rashidi b Mat Piah
01.01.1989 – 15.04.1992 Cik Tan Mui Khim
16.04.1992 – 15.07.1998 Tn. Haji Yahya b Haji Salim
16.07.1998 – 09.07.1999 En. Shaharudin b Ismail
09.07.1999 – 29.07.2005 Pn. Hjh Mardiah bt Wan Omar
25.08.2005 – 28.12.2011 Tn. Haji Mohd Zahari b Baharin
01.01.2012 – 01.03.2015 Tn. Haji Murad b Salim
27.04.2015 – 06.06.2018 Pn. Azizah bt Mat Cha
07.06.2018 – 02.02.2022 En. Ahamad Tarmizi b Dawami

Guru & Pelajar







Pembukaan
Sekolah

Dialog prestasiCalon SPM 2021

Program Orientasi Ting 1 atas
talian

Majlis Bacaan Yassin Peringkat Neger
Perak secara GM

Majlis Perpisahan Pn
laila...

Majlis Restu Ilmu dan
Taklimat Peperiksan

Majlis Pelancaran
Program Pendidikan
Pencegahab Dadah

Majlis Pelancaran Ihya
Ramadan

Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaam

Virtual Run

Majlis Anugerah
Cemerlang Drive-thru




Click to View FlipBook Version