The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORIZAN BINTI MUHIDDIN @YIDIN Moe, 2020-05-02 23:16:50

TRY POWER POINT KARANGAN SPM 2019

TRY POWER POINT KARANGAN SPM 2019

“ Kertas Bahasa

Melayu SPM

1103/1 ”

Disediakan oleh : Saharuddin bin Abdullah

SMK SIJANGKANG JAYA

Kejayaan Hanya Menjadi Milik Kita Setelah
Kita Berusaha, Berdoa dan Bertawakal

Motivasi Diri

anak
5UUM

USAH biarkan kenangan indah semalam
hanya menjadi mimpi dan impian

Tajuk : Ciri-Ciri Kantin Sekolah Yang Menarik
Isu : Kantin Sekolah
Fokus : Ciri-ciri Kantin Sekolah Yang Menarik

Rangka Karangan SPM 2019

 Isi Utama :

❑Kebersihan dan Keceriaan yang
Terserlah.

❑Mempunyai Pelbagai Menu.
❑Harga Makanan dan Minuman yang

Berpatutan.
❑Mempunyai Prasarana yang Lengkap

dan Sempurna.
❑Meja Makan yang Bermaklumat

Tajuk : Ciri-Ciri Kantin Sekolah Yang Menarik
Isu : Kantin Sekolah
Fokus : Ciri-ciri Kantin Sekolah Yang Menarik

Isi : Persekitaran Yang Bersih dan Ceria

 Contoh Huraian Isi :

Sebagai lontaran idea yang pertama, ciri-ciri kantin
sekolah yang bersih dan ceria ialah mempunyai
persekitaran yang bersih dan ceria. Apabila persekitaran
kantin bersih dan ceria, ramai murid akan tertarik untuk
menggunakan kantin sebagai tempat makan dan berehat.
Secara tidak langsung murid boleh makan dalam keadaan
selesa. Contoh persekitaran kantin yang bersih dan ceria
ialah makanan yang dijual ditutup rapi, meja makan yang
beralas, ada hiasan seperti lukisan mural dan pokok-pokok
bunga. Impaknya, murid akan memperoleh sumber
makanan yang bersih dan makan dalam suasana selesa.
Ternyatalah bahawa, mempunyai persekitaran yang bersih
dan ceria merupakan ciri-ciri kantin sekolah yang ceria.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Kepentingan Koperasi kepada Murid-murid
Isu :
Fokus :

 Isi Utama :

❑Menjual pelbagai alatan pembelajaran
kepada murid-murid.

❑Mendidik murid-murid tatacara
penjualan dan pengurusan kedai.

❑Membantu kebajikan ahli yang
memerlukan bantuan dalam pendidikan.

❑Menjimatkan masa dan kos
mendapatkan alatan pembelajaran.

Tajuk : Kepentingan Koperasi Sekolah kepada Murid-murid
Isu : Koperasi Sekolah
Fokus : Kepentingan Koperasi Sekolah kepada Murid-murid

Isi : Mendidik Murid Mempelajari Tatacara Penjualan
dan Pengurusan premis jualan

 Contoh Huraian Isi :

Merujuk kepada perbincangan seterusnya iaitu
mendidik murid mempelajari tatacara penjualan dan
pengurusan premis jualan juga merupakan kepentingan
koperasi sekolah kepada murid-murid. Kita sedia maklum,
kegiatan koperasi melibatkan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini
memberi peluang kepada murid-murid untuk mempraktikan
ilmu perniagaan dan insaniah yang dipelajari secara teori di
dalam bilik darjah. Kesannya, pihak sekolah dapat
melahirkan usahawan muda dalam kalangan murid-murid.
Situasi ini bertepatan dengan pepatah Melayu yang
menyatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ternyatalah, murid dapat mempelajari ilmu perniagaan
merupakan kepentingan koperasi kepada murid-murid.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Manfaat Perniagaan Dalam Talian kepada Masyarakat
Isu : Perniagaan Dalam Talian
Fokus : Manfaat Perniagaan Dalam Perniagaan

 Isi Utama :
❑ Peniaga dapat menjimatkan kos penyewaan

premis jualan.
❑ Promosi dan pemasaran hasil jualan dapat

dikongsikan dalam pelbagai media sosial.
❑ Masyarakat dapat menjadikan sebagai

perniagaan sampingan.
❑ Masyarakat dapat menjimatkan masa dan

tenaga.
❑ Keselamatan diri lebih terjamin

Tajuk : Manfaat-manfaat Perniagaan dalam Talian kepada Masyarakat
Isu : Perniagaan Dalam Talian
Fokus : Manfaat-manfaat Perniagaan dalam Talian kepada Masyarakat

Isi : Masyarakat dapat Menjadikan Sebagai Perniagaan sampingan.

 Contoh Huraian Isi :

Sebagai pencetus idea yang pertama, manfaat
perniagaan dalam talian ialah masyarakat dapat
menjadikan sebagai perniagaan sampingan. Hal ini
kerana, peniaga hanya perlu menunggu tempahan di
dalam talian. Sementara menunggu tempahan
barangan, peniaga boleh melakukan urusan-urusan
seharian yang lain. Bak kata pepatah, serampang dua
mata. Secara tidak langsung, perniagaan ini dapat
menambahkan pendapatan masyarakat. Impaknya,
perniagaan atas talian ini, dapat membantu
masyarakat menampung kos sara hidup. Sudah
terang lagi bersuluh, antara manfaat perniagaan
dalam talian kepada masyarakat ialah
menjadikannya sebagai perniagaan sampingan.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Faedah Makan Bersama-sama Keluarga
Isu : Makan Bersama
Fokus : Faedah Makan Bersama-sama Keluarga

 Isi Utama :
❑ Meningkatkan disiplin dan adab ketika makan

dalam kalangan ahli keluarga.
❑ Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
❑ Membolehkan anak-anak mendapat kasih

sayang daripada ibu bapa.
❑ Dapat menyelesaiakan pelbagai masalah dalam

diri ahli keluarga.
❑ Mewujudkan keluarga sakinah dalam

masyarakat.

Tajuk : Faedah Makan Bersama-sama Keluarga
Isu : Makan Bersama
Fokus : Faedah Makan Bersama-sama Keluarga

Isi : Dapat Menyelesaikan pelbagai masalah dalam keluarga.

 Contoh Huraian Isi :

Faedah makan bersama-sama keluarga yang
seterusnya ialah dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam kalangan ahli keluarga. Makan bersama-sama
keluarga membolehkan ibu bapa berkomunikasi dengan
anak-anak. Hal ini kerana semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk menikmati juadah. Sama ada sebelum,
semasa dan selepas menjamah juadah, anak-anak
bolehlah meluahkan masalah yang dihadapi. Antara
masalahnya ialah masalah pelajara, kewangan, sosial dan
sebagainya. Kesannya, semua masalah ahli keluarga
dapat diselesaikan dengan baik dan keluarga dapat
menjalani kehidupan dengan aman. Ternyatalah, faedah
makan bersama keluarga dapat menyelesaikan pelbagai
masalah dalam keluarga.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar
Isu : Pencemaran Alam Sekitar
Fokus : Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar

 Isi Utama :
❑ Berlakunya Peningkatan Suhu Bumi Akibat

Pemanasan yang Luar Biasa.
❑ Pelbagai Penyakit Kronik yang Berleluasa.
❑ Negara akan Menghadapi Kekurangan Sumber

Air Bersih.
❑ Banyak Berlakunya Kepupusan Flora dan Fauna.
❑ Sektor Pelancongan Negara akan Terjejas

Tajuk : Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar
Isu : Pencemaran Alam Sekitar
Fokus : Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar

Isi : Pelbagai Penyakit Kronik Semakin Berleluasa

 Contoh Huraian Isi :

Sebagai lontaran idea yang pertama, antara
kesan pencemaran alam sekitar ialah berlakunya
pelbagai penyakit kronik yang berleluasa dalam
masyarakat. Hal ini kerana, udara yang tercemar
mengandungi bendasing yang berbahaya. Bendasing
ini akan menyelinap ke dalam tubuh manusia apabila
kita bernafas. Antara penyakit kronik melibatkan paru-
paru, jantung, mata dan sebagainya. Fenomena ini
umpama pekung yang menjadi nanah dan secara
tidak langsung akan meningkatkan pembiayaan
kehidupan masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh,
kewujudan pelbagai penyakit kronik merupakan
kesan daripada pencemaran alam sekitar.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Peranan Ibu Bapa Memupuk Budaya Membaca
Isu : Budaya Membaca (Bibliohisme)
Fokus : Peranan Ibu Bapa Memupuk Budaya Membaca

 Isi Utama :
❑ Ibu bapa menyediakan bilik bacaan di rumah.
❑ Ibu bapa membawa anak-anak mengunjungi

pesta buku dan perpustakaan.
❑ Ibu bapa mendidik budaya membaca kepada

anak-anak sejak kecil.
❑ Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-

anak.
❑ Ibu bapa menyediakan aktiviti membaca

sebagai rutin harian anak-anak.

Tajuk : Peranan Ibu Bapa Memupuk Budaya Membaca
Isu : Budaya Membaca (Bibliohisme)
Fokus : Peranan Ibu Bapa Memupuk Budaya Membaca

Isi : Ibu bapa Memupuk Budaya Membaca Sejak Kecil

 Contoh Huraian Isi :

Huraian saya seterusnya tentang peranan ibu bapa
memupuk budaya membaca ialah ibu bapa menjadikan
budaya membaca sebagai rutin dalam kehidupan sejak
kecil. Pepatah Melayu ada berbunyi, meluntur buluh
biarlah dari rebungnya. Umum mengetahui bahawa
membaca adalah jambatan ilmu. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah membelikan buku-buku yang menarik supaya
anak-anak berminat untuk membaca. Contoh buku yang
menarik ialah buku cerita bergambar dan berwarna, buku
cerita rakyat, buku cerita digital dan sebagainya.
Kesannya, minat membaca dapat dilahirkan dalam diri
anak-anak. Jelaslah bahawa, peranan ibu bapa memupuk
budaya membaca ialah menjadikan amalan membaca
kepada anak-anak sejak kecil.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Kepentingan Semangat Patriotik kepada Masyarakat
Isu : Semangat Patriotik
Fokus : Kepentingan Semangat Patriotik

 Isi Utama :
❑ Masyarakat dapat menikmati pembangunan

negara.
❑ Masyarakat dapat hidup dalam keadaan

harmoni.
❑ Masyarakat akan menjaga keamanan negara.
❑ Masyarakat akan menjaga nama baik negara.
❑ Masyarakat akan menghargai jasa-jasa pejuang

negara.

Tajuk : Kepentingan Semangat Patriotik kepada Masyarakat
Isu : Semangat Patriotik
Fokus : Kepentingan Semangat Patriotik

Isi : Masyarakat Hidup Dalam Keadaan Harmoni

 Contoh Huraian Isi :

Menyingkap dari sudut perspektif yang lain, kepentingan
semangat patriotik kepada masyarakat ialah masyarakat dapat
hidup dalam keadaan harmoni. Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai kepelbagaian latar belakang budaya,
agama dan adat resam. Kekuatan semangat patriotik dalam diri
masyarakat membolehkan mereka mengamalkan sikap toleransi
agar persengketaan dapat dielakkan. Situasi ini sesuai dengan
peribahasa Melayu iaitu bagai aur dengan tebing. Sebagai contoh,
masyarakat dapat menyambut pelbagaian perayaan seperti Hari
Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya dengan
saling mengunjungi rumah rakan-rakan. Natijahnya, kedaulatan
negara dapat terus dikekalkan. Konklusinya, masyarakat hidup
dalam keadaan harmoni merupakan kepentingan semangat
patriotik kepada masyarakat.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Kepentingan Sektor Pelancongan Negara
Isu : Sektor Pelancongan Negara
Fokus : Kepentingan Sektor pelancongan

 Isi Utama :
❑ Dapat meningkatkan ekonomi negara.
❑ Menambahkan pelbagai peluang pekerjaan

kepada rakyat.
❑ Mempromosi budaya dan resam rakyat Malaysia.
❑ Memajukan tempat-tempat menarik di Malaysia.
❑ Rakyat dapat menikmati prasarana yang

dibangunkan untuk aktiviti pelancongan.

Tajuk : Kepentingan Sektor Pelancongan Negara
Isu : Sektor Pelancongan Negara
Fokus : Kepentingan Sektor pelancongan

Isi : Meningkatan ekonomi dan pendapatan negara

 Contoh Huraian Isi :

Dari lensa pemikiran saya yang seterusnya,
meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara
merupakan kepentingan sektor pelancongan negara. Para
pelancong yang bertandang ke Malaysia sudah tentu akan
berbelanja besar untuk pengangkutan, penginapan,
membeli-belah dan sebagainya. Semua perbelanjaan ini
mampu menambahkan pendapatan kepada negara
khusunya dan juga memberi pendapatan kepada peniaga
yang terlibat dalam bidang pelancongan. Kesannya,
pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan akan
digunakan untuk tujuan meningkatkan lagi pelbagai
parasarana untuk kegunaan rakyat dan juga pelancong.
Terbuktilah, meningkatkan ekonomi dan pendapatan
negara merupakan kepentingan sektor pelancongan
negara.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Peranan Ibu Bapa Mengawal Penyahgunaan Internet
Isu : Penyalahgunaan Internet
Fokus : Peranan Ibu Bapa

 Isi Utama :
❑ Ibu bapa memberi pendedahan berkaitan

Internet kepada anak-anak.
❑ Ibu bapa mengehadkan waktu penggunaan

Internet.
❑ Ibu bapa memberikan bimbingan dan didikan

agama yang sempurna.
❑ Ibu bapa menggunakan Internet bersama anak-

anak.
❑ Ibu bapa memantau penggunaan Internet

Tajuk : Peranan Ibu Bapa Mengawal Penyahgunaan Internet
Isu : Penyalahgunaan Internet
Fokus : Peranan Ibu Bapa

Isi :

 Contoh Huraian Isi :

Sebagai pencetus minda pertama berkaitan peranan
ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet ialah ibu
bapa perlu memberi pendedahan berkaitan Internet
kepada anak-anak sejak kecil. Hal ini secara tidak
langsung dapat memberikan pendedahan tentang
kebaikan dan keburukan Internet kepada anak-anak
sewaktu akhlak mereka masih boleh dibentuk. Situasi ini
bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini demikian, anak-anak akan lebih
berhati-hati dalam menggunkan pelbagai applikasi dalam
Internet. Oleh itu, anak-anak akan menggunakan Internet
dengan berhemah. Terbuktilah, pendedahan berkaitan
Internet kepada anak-anak oleh ibu bapa merupakan
kaedah mengawal penggunaan Internet.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk : Persediaan Remaja Menceburi Bidang Kerjaya
Isu : Bidang Kerjaya
Fokus : Persediaan Remaja Menceburi Bidang Kerjaya

 Isi Utama :
❑ Memantapkan ilmu pengetahuan terhadap

bidang kerjaya yang bakal diceburi.
❑ Mendedahkan diri kepada kemahiran insaniah.
❑ Mendapatkan latihan-latihan yang intensif.
❑ Mempunyai daya saing yang tinggi.
❑ Mempunyai minda yang kreatif dan kritis.

Tajuk : Persediaan Remaja Menceburi Bidang Kerjaya
Isu : Bidang Kerjaya
Fokus : Persediaan Remaja Menceburi Bidang Kerjaya

Isi : Mempunyai minda yang kreatif dan inovatif

 Contoh Huraian Isi :

Persediaan yang seterusnya ialah remaja perlu
mempunyai minda yang kreatif dan inovatif. Hal ini kerana,
seseorang yang dapat berfikir di luar kotak akan berani
melakukan anjakan paradigma serta mampu untuk
menongkah arus dalam mendepani cabaran semasa.
Sebagai seorang remaja, kejayaan akademik semestinya
satu kepentingan untuk berjaya dalam kehidupan tetapi
tidak disangkalkan kemampuan berfikir secara kreatif dan
kritis menjadi nilai tambah untuk berjaya dalam kerjaya.
Secara tidak langsung, remaja juga dapat mengemukakan
idea-idea yang bernas untuk meningkatkan kualiti kerja
mereka pada masa akan datang. Sudah terang lagi
bersuluh, kemampuan untuk berfikir secara kreatid dan
inovatif merupakan persediaan remaja untuk menceburi
bidang kerjaya.

Rangka Karangan SPM 2019

Tajuk :Langkah-langkah Membantu Orang Kurang Upaya
Isu : Membantu Orang Kurang Upaya
Fokus : Langkah-langkat Membantu Orang Kurang Upaya

 Isi Utama :
❑ Pihak media massa menyebarkan kepentingan

masyarakat membantu OKU.
❑ Pihak Kerajaan menyediakan prasarana yang

sempurna untuk OKU.
❑ Kerajaan menyediakan dana untuk latihan,

pemasaran hasil kerja OKU.
❑ Ibu Bapa mendidik anak-anak membantu OKU.
❑ Masyarakat memberikan bantuan kepada OKU.

Tajuk :Langkah-langkah Membantu Orang Kurang Upaya
Isu : Membantu Orang Kurang Upaya
Fokus : Langkah-langkat Membantu Orang Kurang Upaya

Isi : Kerajaan menyedian peluang mendapatkkan kemahiran.

 Contoh Huraian Isi :

Sebagai pembuka tirai perbincangan dalam isu
membantu orang kurang upaya (OKU), pihak kerajaan
perlulah menyediakan pelbagai peluang untuk OKU
mendapatkan kemahiran. Kemahiran yang diperoleh oleh
OKU ini membolehkan mereka untuk berdikari, mendapat
peluang kerja dan menambahkan pendapatan. Terdapat
pelbagai sektor yang boleh diceburi oleh OKU seperti
sektor pembuatan makanan, kraftangan, perniagaan dan
sebagainya. Impaknya, dengan kemahiran yang dimiliki,
OKU tidak perlu bergantung hidup semata-mata daripada
sumbangan kerajaan atau masyarakat sahaja. Ini secara
tidak langsung dapat membina kehidupan yang lebih
selesa. Jelaslah, tindakan kerajaan menyediakan peluang
kemahiran merupakan langkah untuk membantu orang
kurang upaya.

Rangka Karangan SPM 2019
Dedikasi Untuk Anak-anak 5 UM

SMK Sijangkang Jaya

AIN SHAZANA BINTI AZAMAN NUR ATHIRAH BINTI SHAHRIL AZMIN
AINA FAQIHAH BINTI NOR ZAINI NUR IZZATUL SYAZWANIE BINTI NORHISHAM
AMIL NU'MAN BIN RUZAMAN NUR RASYIDAH BINTI MD YAZID
AMIRAH AISYAH BINTI ROSLAN NUR'AIN NISA FAKHRANA BINTI MOHD ALI
ATASYA BINTI IRWAN NURISHUHADA A'LIA BINTI AZHAR
AZZALIZAH BINTI ABBAS NURUL AINA SAFIAH BINTI SAIFUL ADLI
ILHANI BINTI OMAR NURUL AISHAH BINTI SAMSUDIN
MOHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHD AZIM NURUL AQILAH NABILA BINTI MATSAM
MUHAMMAD HAZIM BIN HISHAMMUDIN NURUL ATIKAH BINTI ABDUL RAHMAN
NUR AQILAH NAJIHAH BINTI MUSLIMIN NURUL IZZATIE BINTI MOHAMAD SUPIAN
MUHAMMAD HAZIQ BIN JAMBERI NURUN NADWAH BINTI SAHRONI
MUHAMMAD NASIR BIN AZMAN QISTINA SOFEA BINTI SUHAIMI
MUHAMMAD ZAMEER MUZAFFAR BIN ZAKIR HOSSAIN SITI NUR HAFIZAH BINTI ROHMAN
NOR HANIM SYAFIQAH BINTI ZAMAH SARI SYAFIYANA ELYSHA BINTI ASMADI


Click to View FlipBook Version