The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummieones, 2023-07-12 20:20:41

BUKU PENGURUSAN SKPLD 2023-2024

BUKU PENGURUSAN SKPLD 2023 & 2024

ISI KANDUNGAN ❑ Kata-kata Aluan Guru Besar/Pengetua ❑ Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ❑ Falsafah Pendidikan Kebangsaan ❑ Ikrar Perkhidmatan Awam ❑ Teras Perkhidmatan Awam ❑ Budaya Kerja Sekolah ❑ Etika Kerja ❑ Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) ❑ Tatasusila Profesion Perguruan ❑ Anjakan PPPM ❑ Penggal Persekolahan (Kumpulan B) ❑ Jadual Gaji ❑ Cuti Perayaan ❑ Latar Belakang Sekolah ❑ Unit Pengurusan & Pentadbiran ❑ Takwim Tahunan Sekolah Sesi 2023/2024 ❑ Unit Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah ❑ Unit Hal Ehwal Murid Sekolah ❑ Unit Kokurikulum Sekolah


ENCIK RAHIM BIN DAMIT GURU BESAR SK. PEKAN LAHAD DATU Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2023/2024 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabdengan baik dan berkesan. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah mencapai kecemerlangan sekolah. Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudahmudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua. Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta teruskan adab mulia dalam apa juga yang dilakukan. Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ENCIK RAHIM BIN DAMIT Guru Besar SK. Pekan Lahad Datu KATA-KATA ALUAN GURU BESAR


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai citacita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:- Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan VISI KPM MISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA VISI DAN MISI KPM


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK UNSUR JASMANI ❖ Percaya dan patuh kepada Tuhan. ❖ Berilmu pengetahuan ❖ Berakhlak mulia ❖ Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara ❖ Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ❖ Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu ❖ Keyakinan terhadap Tuhan ❖ Kepercayaan beragama ❖ Kemantapan jiwa ❖ Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat ❖ Berbudi pekerti mulia ❖ Berbakti dan berkorban Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut : Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : Ciri-ciri unsur jasmani ialah : ❖ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri ❖ Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. ❖ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran ❖ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif ❖ Daya pemikiran yang logik dan analisis ❖ Ilmu yang bermanfaat ❖ Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. UNSUR ROHANI DAN EMOSI UNSUR INTELEK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI: BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan intergrti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut : PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah; KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; KEEMPAT Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; KELIMA Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; KEENAM Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia IKRAR PERKHIDMATAN AWAM


Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. Berpegang teguh kepada ajaran agama. TERAS PERKHIDMATAN AWAM


Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif sekolah. Kerja adalah ibadah. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Kepimpinan melalui tauladan. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil. Mengamalkan kerja sepasukan serta bermesyuarat. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa. Menentukan objektif bagi setiap tugasan. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. BUDAYA KERJA SEKOLAH


Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi. BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA. BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal. BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa. BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU FIKIRAN ETIKA KERJA


Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut : 1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan ❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. ❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN. ❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. ❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. 2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional ❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan Malaysia. ❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum. ❑ Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. ❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP. 3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa ❑ Membina kurikulum kesenian. ❑ Membina Sekolah Seni. ❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa. ❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi. 4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari ❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar ❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. ❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. ❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara. 2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan ❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) ❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan. ❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah. ❑ Menyediakan pusat akses. ❑ Menyediakaninfrastruktur dan perkakasan yang mencukupi ❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah. ❑ Melaksanakanperisisan yang lengkap dan pelbagai. ❑ Mengadakan latihan dan bimbingan. ❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan. 3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan ❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills. ❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab. ❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatanpelajar. 4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik ❑ Menyediakanpentaksiran alternatif. ❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi. ❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlaluberorientasikan peperiksaan. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN 5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan ❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum. ❑ Meningkatkan penyertaan murid. ❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan. ❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua. ❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh. ❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan. ❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG. ❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM. 6. Memperkukuh disiplin pelajar ❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah. ❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar. ❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus. 7. Memantapkan kurikulum ❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. ❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi. ❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi memperkasakan SK : 1. Peluasan Program Prasekolah ❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM. ❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. ❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah. ❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih. 2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru ❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar. ❑ Meningkatkan kualiti guru. 3. Pengukuhan Budaya Sekolah ❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. 4. Pemantapan Kurikulum ❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M. ❑ Memperluas j-QAF. ❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil. ❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas. ❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah. 5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan ❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan. ❑ Meningkatkan penyertaan murid. 6. Penambahbaikan Sistem Sokongan ❑ Menambahbaik sistem sokongan. ❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru. 7. Peningkatan Prestasi Akademik ❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah. ❑ Memantapkan program intervensi. 8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti ❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK. ❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan. ❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi. ❑ Pembestarikan sekolah. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut: 1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar ❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman. ❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). ❑ Merapatkan jurang digital. 2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran ❑ Penguasaan 3M. ❑ Pengurangan kadar keciciran. ❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya. ❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan. ❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif. ❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf. ❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat perkhidmatan. ❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan. ❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas. ❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas. ❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia. 3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman ❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. ❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. ❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman. ❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. ❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. 4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti ❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan. ❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM). ❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan. ❑ Menilai impak program secara berkala. ❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD). ❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta.


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru ❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. ❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. ❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen. ❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi. ❑ Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum. 2. Memantapkan latihan perguruan ❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). ❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. ❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. ❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. ❑ Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. ❑ Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru. ❑ Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. ❑ Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. ❑ Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki. 3. Memantapkan kerjaya guru ❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN 4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru ❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. ❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. ❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru. ❑ Mensifarkan GSTT. ❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan. ❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran. ❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. ❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunantambahan dan pembinaan baru. ❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. ❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. ❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi. 5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia ❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru. ❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru. ❑ Menambahbaik sistem maklumat guru. ❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Bagi sekolah-sekolahyang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkaraberikut : 1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan ❑ Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua. ❑ Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. ❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. 2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi ❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga. ❑ Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai oleh guru dan jurulatih. ❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan. 3. Memilih kelompok sekolah cemerlang ❑ Perlantikan sekolah. ❑ Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah. 4. Mewujudkan akauntabiliti ❑ Menyediakan pelbagaiprosedur untuk memudahkan pelaksanaan program. ❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster. ❑ Melaksanakan penarafan kendiri. ❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi. ❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara. 5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan ❑ Menyediakan pengurusanperubahan dan mengenal pasti amalan terbaik. ❑ Melaksanakan penarafan kendiri. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN 6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan ❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara. ❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara. ❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara. ❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru. ❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar. ❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia. ❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa. ❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara. ❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA. ❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa. ❑ Memperkasa kolej matrikulasi. 7. Merintis perubahan dan pembaharuan ❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. ❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning). ❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International Baccalaureate dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT) Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP, 2006. Kad Laporan keempat seperti Disember 2008. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tenggungjawabutama ibu bapa terhadapanak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


4 3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhanguru. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan). CATATAN TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. ANJAKAN PPPM


Penggal Persekolahan KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya PENGGAL MULA PERSEKOLAHA N AKHIR PERSEKOLAHA N JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 21.03.2022 31.03.2022 9 11 01.04.2022 30.04.2022 21 01.05.2022 31.05.2022 16 01.06.2022 03.06.2022 3 JUMLAH HARI 49 CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023 1 04.06.2022 - 12.06.2022 9 2 13.06.2022 30.06.2022 14 12 01.07.2022 31.07.2022 20 01.08.2022 31.08.2022 22 01.09.2022 02.09.2022 2 JUMLAH HARI 58 CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023 1 03.09.2022 - 11.09.2022 9 3 12.09.2022 30.09.2022 14 13 01.10.2022 31.10.2022 17 01.11.2022 30.11.2022 22 01.12.2022 09.12.2022 7 JUMLAH HARI 60 CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023 3 10.12.2022 - 31.12.2022 22 03.01.2023 31.01.2023 18 01.02.2023 17.02.2023 13 7 JUMLAH HARI 31 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2033 3 18.02.2023 12.03.2023 23 PENGGAL PERSEKOLAHAN KUMPULAN B


6 KHAMIS OKTOBER 18 SELASA MAC 25 JUMAAT JANUARI 25 SELASA FEBRUARI 25 JUMAAT APRIL 25 ISNIN MEI 25 RABU JUN 24 JUMAAT JULAI 25 ISNIN OGOS 25 KHAMIS SEPTEMBER 23 JUMAAT NOVEMBER 25 JUMAAT DISEMBER 19 ISNIN JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM


CUTI PERAYAAN CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN TAHUN BARU CINA 01.02.2022 (Selasa) dan 02.02.2022 (Rabu) 30.01.2022 (Ahad) 31.01.2022 (Isnin) Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM 31.01.2022 (Isnin) 03.02.2022 (Khamis) HARI RAYA AIDILFITRI 03.05.2022 (Selasa) dan 04.05.2022 (Rabu) 02.05.2022 (Isnin) 05.05.2022 (Khamis) Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM 05.05.2022 (Khamis) 06.05.2022 (Jumaat) HARI GAWAI DAYAK 01.06.2022 (Rabu) dan 02.06.2022 (Khamis) 03.06.2022 (Jumaat) Negeri Sarawak sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM HARI DEEPAVALI 24.10 2022 (Isnin) (kecuali Negeri Sarawak) 23.10.2022 (Ahad) dan 25.10.2022 (Selasa) 25.10.2022(Selasa) dan 26.10.2022(Rabu) Semua Negeri Kumpulan B kecuali Sarawak Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM 24.10.2022 (Isnin) Sarawak sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM TAHUN BARU CINA 22.01.2023 (Ahad) dan 23.01.2023 (Isnin) 24.01.2023 (Selasa) 20.01.2023 (Jumaat) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di negeri : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya


HALA TUJU SEKOLAH LOGO SEKOLAH BENDERA SEKOLAH LAGU SEKOLAH IKRAR MURID PIAGAM PELANGGAN SEJARAH SEKOLAH PELAN SEKOLAH


HALA TUJU SEKOLAH ➢ Peningkatan Kualiti Guru Dalam PdP – Pembudayaan PAK21, PLC (Learning Walk) dan Coaching & Mentoring ➢ Kemenjadian Murid Dalam Pembudayaan Adab & Sahsiah Yang Unggul ➢ Kebitaraan Diri Serta Menyerlahkan Potensi Murid ➢ Pembudayaan ICT Ke Arah Pengurusan Pendigitalan


LOGO SEKOLAH MAKSUD LOGO SEKOLAH WARNA MERAH - kegagahan, keberanian dan semangat juang untuk mencapai kecemerlangan BIRU - ketenangan, kedamaian, perpaduan dan warga penyayang KUNING - kedaulatan Negara (warna diraja) LAMBANG BUKU TERBUKA - melambangkan peluang terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang ingin menuntut ilmu OBOR - perlambangan menuju kejayaan dalam bidang Kurikulum dan KoKurikulum MOTTO Pengetahuan Kunci Penghidupan


BENDERA SEKOLAH Warna Putih melambangkan kesucian perjuangan pelajar untuk menaikkan imej sekolah sama ada dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum berdasarkan prinsip Rukun Negara Terletak di tengah-tengah bendera melambangkan hasrat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis mencakupi semua aspek kehidupan di dunia dan akhirat seiring dengan motonya “Pengetahuan Kunci Penghidupan”.


SK Pekan Lahad Datu Sekolah Ku Tempatku Dididik Berilmu Berdisplin Cergas Cerdas Berjuang Mencapai Cita Pengetahuan Kunci Penghidupan Inilah Prinsip Kami Dalam Pelajaran Sukan Dan Persatuan Bersama Bergerak Maju SK Pekan Lahad Datu Maju Cemerlang Demi Nusa Dan Bangsa Demi Nusa Dan Bangsa LAGU SEKOLAH


Makakami murid-murid di sekolah ini Berikrarakan menumpukan seluruh tenaga dan usahakami Untuk mencapai cita-citarukun negara Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepadatuhan Kesetiaan kepadaraja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan IKRAR MURID


KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN, LAHAD DATU DENGAN INI BERTEKAD DENGAN PENUH ILTIZAM DAN DEDIKASI KE ARAH: ➢ Memberikan layanan mesra pelanggan dengan semaksima mungkin agar urusan yang diperlukan dapat diselesaikan dengan segera. ➢ Memberikan khidmat bantu dengan kadar segera mengikut kesesuaian dan keperluan pelanggan. ➢ Mengambil tindakan segera mengenai sebarang aduan yang diterima daripada pihak ibubapa atau pelajar supaya dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. ➢ Menerapkan nilai-nilai kasih sayang, prihatin, ketekunan serta kuat bekerja dikalangan murid, guru, warga sekolah dan juga pihak ibubapa dan masyarakat. ➢ Memproses sebarang dokumen ataupun maklumat yang diperlukan oleh pelanggan dapat disegerakan dengan cepat, cekap dan berkesan. ➢ Mempamerkan sikap dan peribadi mulia sebagai model dan tauladan kepada pihak pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah. ➢ Membina hubungan dan permuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi-agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat. ➢ Sentiasa berada dalam keadaan senyum, berbudi bahasa dan memberikan informasi yang diperlukan oleh pelanggan. PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


• Penguasaan 3M secara total • Melahirkan para pendidik yang mantap dan berkualiti tinggi • Berusaha melahirkan anak didik yang cemerlang dari aspek JERSI • Mewujudkan iklim dan budaya yang selamat dan kondusif • Membentuk para pendidik dan anak didik berilmu dan berakhlak mulia OBJEKTIF & MATLAMAT SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Pekan merupakan sekolah yang tertua di daerah Lahad Datu. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1937. Pada waktu itu, Negeri Sabah masih dijajah oleh British Colony. Sebuah bangunan beratap nipah dengan saiz 30’ X 50’ telah menjadi nadi kepada penubuhan sekolah ini. Ketika itu, sekolah ini dinamakan sebagai “ Government Vanacular School ” dengan jumlah murid seramai 37 orang. Sekolah ini telah diterajui oleh seorang Guru Besar yang bernama Encik Pangeran Abdullah dari tahun 1937 hingga 1938. Pada tahun 1939, Encik Mildad Zainal telah mengambil alih tempat beliau sebagai Guru Besar sehingga tahun 1958. Pentadbiran sekolah terganggu dengan tercetusnya Perang Dunia ke-2 dari tahun 1941 hingga 1946. Selepas perang, sekolah ini berfungsi semula dan Encik Mildad Zainal terus menerajui sekolah ini sebagai Guru Besarnya. Sekolah ini, kemudiannya telah ditukar namanya sebagai ” Government Primary School ” dari tahun 1949 hingga ke tahun 1973. SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH Pada tahun 1960 sekolah ”Government Primary School” berpindah dari tapak lamanya, ½ kilometer dari Bandar Lahad Datu ke tapak baru di kilometer ¾ Jalan Tengah Nipah kerana bangunan tersebut tidak dapat menampung murid-murid yang semakin bertambah ramai jumlahnya. Di samping itu, tapak ini juga mempunyai kawasan yang agak sempit dan tidak sesuai untuk pembangunan jangka masa panjang. Tapak baru ini, menyediakan kemudahan yang agak selesa pada waktu itu dengan sebuah Blok Bangunan binaan papan dengan 4 bilik darjah dan 2 unit blok rumah guru juga binaan papan. Pada tahun 1973, ” Government Primary School ”, sekali lagi berubah nama kepada ” Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan, Lahad Datu “. Sekolah ini kekal dengan nama tersebut sehingga tahun 1985. Nama ” Sekolah Kebangsaan Pekan, Lahad Datu ” bermula dari tahun 1985 dan masih kekal sehingga hari ini. Pada tahun 1983, apabila enrolmen murid mencapai 3027 orang murid (Feb 1983), Sekolah Kebangsaan Pekan telah dibahagikan kepada dua pentadbiran. Ini menyebabkan wujudnya Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III. Sekolah baru ini telah menumpang blok bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan dan beroperasi pada sebelah petang dengan Encik Kison Sahie menjadi guru besarnya. Sekolah ini beroperasi seingga Januari 1998 bilamana ia berpindah ke bangunan baru pada tahun tersebut. Pada tahun 2000, Sekolah Kebangsaan Unico Desa dan Sekolah Kebangsaan Payang telah menumpang blok bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan. Sekolah ini telah beroperasi pada sebelah pagi. Kedua-dua sekolah ini telah berpindah pada tahun 2001. Sebanyak 6 blok bangunan binaan kayu telah didirikan dengan 25 bilik darjah, 3 blok bangunan binaan konkrit dengan 20 bilik darjah, sebuah makmal komputer binaan konkrit dengan 2 bilik, sebuah kantin dengan saiz 15” X 8” dan sebuah surau telah dibangunkan.


SEJARAH SEKOLAH Disamping blok bangunan bilik darjah, terdapat 7 blok bangunan rumah guru, masing-masing 4 blok binaan papan dan 2 blok binaan konkrit. Blok bangunan ini menyediakan 14 unit untuk kemudahan tempat tinggal guru-guru. Dengan usia menjangkau 67 tahun, sekolah ini terpaksa merobohkan 4 blok bangunan bilik darjah yang melibatkan 19 bilik darjah dan satu blok bangunan rumah guru. Ini adalah disebabkan bangunan tersebut telah uzur dan tidak selamat digunakan dan bagi memberi ruang kepada blok bangunan baru untuk didirikan.


SEJARAH SEKOLAH Semenjak penubuhan sekolah ini pada tahun 1937 sehingga 2023, seramai 17 orang Guru Besar telah menerajui pentadbiran sekolah ini. Berikut adalah senarai nama guru besar yang telah menabur bakti kepada Sekolah Kebangsaan Pekan, Lahad Datu: 1. ENCIK PANGIRAN ABDULLAH (1937-1938) 2. ENCIK MILDAD ZAINAL (1938-1958) 3. ENCIK SALIM JUMAH (1958-1959) 4. ENCIK ABU BAKAR UNTUNG (1960-1962) 5. ENCIK MILDAD ZAINAL (1963-1973) 6. ENCIK SHARIFF KASSIM SHARIFF JAAFAR (1975-1978) 7. ENCIK MOHD. ALI AWANG BESAR (1978-1981) 8. ENCIK SADI TAHIR (1982-1983) 9. ENCIK MANSUR PALULLAH (1983-1984) 10. ENCIK ABDUL MUTALIP HJ. ABD. RASHID (1985-1987) 11. EN. MOHD. YUSUF HJ. AHMAD KEPALA (1988-1991) 12. DATU HJ. IBRAHIM DATU HJ. BANGSAWAN (1991-1998) 13. ENCIK MOHD. NOR TALANJOL (1988-2002) 14. ENCIK GIMSON ABDAN (2003-2008) 15. TUAN HAJI MOHD. SALLEH YUNGKOK@YAKUB (2009-2013) 16. PUAN HJH .SAKKA BINTI HJ. LABACHO (2014-2020) 17. ENCIK RAHIM BIN DAMIT (2021- KINI)


PASUKAN PENTADBIR CARTA PENGURUSAN SEKOLAH CARTA UNIT KURIKULUM CARTA UNIT HAL EHWAL MURID CARTA UNIT KOKURIKULUM SENARAI NAMA GURU SENARAI NAMA PKP


PASUKAN PENTADBIR Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu, Sabah PENTADBIR SEKOLAH


CARTA PENGURUSAN SEKOLAH


CARTA UNIT KURIKULUM


CARTA UNIT HAL EHWAL MURID


CARTA UNIT KOKURIKULUM


SENARAI NAMA GURU BIL NAMA 1 RAHIM BIN DAMIT 2 ARMAH BINTI AHMAT 3 NORASMAH HJ. MUHAMADING 4 MELATI BINTI PANDI 5 MARIESIA ENGGOH 6 ROHANA BINTI JAAFAR 7 ABD SUHUL BIN LAKIBUL 8 ABDUL HAFIZ BIN ABDU RAMAN 9 ABDUL HAMID BIN JINGGAL 10 ABDUL MUNAP BIN HJ AMIL HAMJA 11 ADRIAN PARINAS 12 ADRIANA NODOL 13 AHMAD IDZZUDDIN BIN KAMARUZAMAN 14 ARTINI BINTI RICHU 15 AYU NATASHA BINTI ABDULLAH 16 AZIEAH BINTI ALI 17 AZIZAH AEDE 18 BADRUL AMIN BIN TIMBANG 19 CHRYILMIX TANIS 20 DARMAWATY BINTI SYAMSIR 21 DAYANG NORMIAH BINTI D. RAMLIE 22 DEDORA DANIEL 23 ELLSIE VIEANN ALPHONSOS 24 ELVINA SAPILING 25 ERNIE SIMON 26 FARID BIN MIRA 27 FATIN FARHANAH BINTI MOHD HATAR 28 FATMAH BINTI ABD AZIZ 29 FAULZIAH BINTI ADIAN @ FAUJIAH 30 FRISCA MARCELLINA DOLUSIN 31 HARDIANA BINTI UMAR 32 HASMIDAR BINTI SAWI BATA 33 HASMIRAH BINTI SIRAJUDDIN 34 HASNA BINTI HASAN 35 HASRI BIN JASSA 36 HAYANI FALIHAH BINTI SAMSUDIN 37 HUZAIMAH BINTI HAMZAINI 38 IZZATU ZAHRAH BINTI SHARIAL @ SYAHRIAL 39 JAMILLUDIN ANANG 40 JOHANNA BINTI AHMAD @ JALIL BIL NAMA 41 JUNAIDAH BINTI SARIKUL 42 KASMIRAH BINTI HAMID 43 KHAIRIL SYAZWAN BIN KASSAH 44 LANEGARA BIN ALI 45 LAW LEE PING 46 LUCIA U DOSIS 47 LUKAMAN BIN ALIOBIN 48 M.YUSUF BIN ABD RASAK 49 MAIMUNAH BINTI SINTIM 50 MALAYSIA @ MELLISA BINTI DATAM 51 MOHAMAD AFIQ BIN DAUD 52 MOHAMMAD SAFFUWAN BIN MOHAMAD OTHMAN 53 MOHD KHAIRUL NAZRIN BIN NORDIN 54 MOHD NAZIN BIN SAIPUDDIN 55 MOHD NOR BIN ALI BASARI 56 MOHD NURHAFEZAM BIN MAZUKI 57 MOHD SHAPUAN BIN YUSOP 58 MOHD. ZUFRIN SYAH BIN RUZAIN 59 MORIN BINTI AYONG @ NURSYUHADA MD IRWAN 60 MUHAIMIEN BIN NORDIN 61 MUZDALIPAH BINTI APPI 62 NAMARAN @ NAMRAN BIN NEKTA 63 NAMRI BINTI ACHAMAD 64 NANCY SUZAN AWAH 65 NIRWANA BINTI HARUN 66 NOOR HIDAYAH BINTI RUSLAN 67 NOORSHAFIRA BINTI HAMDAN 68 NOR AINA MARDIAH BINTI AB. AZIR 69 NOR SUZIEANA HAMZAH 70 NORA BINTI ABDUL 71 NORDIANAH BINTI ABD SAMAT 72 NORFARAH DILA BINTI KIRINU 73 NORHIDAYAH BINTI ISHAK 74 NORKAIRIL FADZILLAH BINTI IBRAHIM 75 NORMAH BINTI MAGARIBI 76 NUR AZRYN BINTI MOHD DAHALAN 77 NUR MUHAMMAD BIN AMAN 78 NURIZWATI BINTI RUHA 79 NURMUNIRAH BINTI MANSOR 80 NURNADIAH BINTI RAZALI


SENARAI NAMA GURU BIL NAMA 81 NURUL AFIDAH BINTI BILA 82 NURUL AIDA BINTI HAMDAN 83 NURUL AIDAH BINTI SAHIBA 84 NURUL ASHIKIN BINTI AMRAN 85 NURUL ASIKIN @ ASHIKIN BINTI MD ALI 86 NURUL FADHILAH IMAN AMAT ABDULLAH 87 NURUL IQLIMAH BINTI OSSEN 88 NURUL NAJIBAH 'ARIFAH BINTI MOHAMAD 89 NURULLA BIN AHMAD 90 RAMLAH BINTI MAT LAWA 91 RASMI BINTI SATTU 92 RONNIE SAHNI 93 ROSDIAH BINTI HAMID 94 ROSDIANAH BINTI RASIT 95 ROSNIE BINTI SAMIRAI 96 ROSRINAH BINTI ABD RAHIM @ AKOM 97 RUSILA FARHANA BINTI MUHAMAD 98 SABARIAH MUHAMADING 99 SAFI ZAKIRAH ASYIQIN BINTI ADISAH 100 SAIDA WATI BINTI NORDIN 101 SAIFUL KHAIR BIN SALAMAT 102 SALIHAH BINTI SUMARMAN 103 SARI BANOONG BAHRIN 104 SARIMAH MADE 105 SARISAN BIN ABDUL SAMAD 106 SEANARRENTCXA SABINUS 107 SELDA BINTI MIRA 108 SHUHADA RUSLI 109 SITI BALQIS BINTI HAMDAN 110 SITI NOR ANIS ADILA BINTI MOHD ROZALAN 111 SITI NURKHALIDAH BINTI HASAN 112 SURIATI BINTI AHMAD 113 SUZIANAH BINTI ABDULLAH 114 SYAMSUDIN BIN MOHD YATIM 115 WAN NUR HASLIZA BINTI WAN ISMAIL 116 YUSNI BINTI MUSTAMAM 117 ZAI IRMAWATI MOHAMAD JUNAIDI


SENARAI NAMA PKP (PEG. KUMP. PELAKSANA) BIL NAMA 1 AMIR KUSIN BIN MUJAMAN 2 FATIMAH S.IDRIS @ SION 3 MASNI SAMSUDDIN 4 SAMSUDDIN BIN MAHMUD 5 ABD MAJID BIN ABUKASAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH BIL NAMA 1 ROHANA MANGSOR 2 ERNAWATI RAFAEL 3 MULYATI ALIMUDDIN 4 SAHLIJA BINTI JALILUL 5 NORHAYATI RAFLIN 6 SUZIE MELSA WELFRED 7 HARLINDA BINTI HADIS PENDIDIKAN KHAS BIL NAMA 1 SALLEH BIN ABDULLAH 2 MARLENA MOKHTAR 3 ZAINUDDIN BIN ASSAN 4 NURFAZILAHWATY BINTI SARU 5 NELY JAWA BINTI HENDRIKUS


TAKWIM SEKOLAH 2023 / 2024


TAKWIM SEKOLAH 2023 / 2024


TAKWIM SEKOLAH 2023 / 2024


Click to View FlipBook Version