TOPIK 1 : Sosiologi dan Pembelajaran
Sosiologi istilah berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini
juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom bermaksud “pengetahuan mengenai
masyarakat”. Sementara itu, menurut Schaefer (2017) kajian ilmiah adalah tentang tingkah
laku sosial dan kumpulan manusia. ia memberi tumpuan kepada hubungan sosial, bagaimana
hubungan tersebut mempengaruhi tingkah laku manusia dan bagaimana masyarakat
berkembang dan berubah. Manakala menurut Saha (2015) bagi sosiologi pendidikan adalah
memberi tumpuan kepada faktor-faktor sosial yang menyebabkan dan disebabkan oleh
pendidikan. Ini termasuk kajian faktor-faktor yang berkaitan dengan pendidikan seperti
jantina, kelas sosial, bangsa dan etnik dan kediaman luar bandar-bandar. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa sosiologi adalah pengetahuan dalam mengetahui struktur asas
masyarakat manusia, mengenal pasti masalah-masalah utama yang melemahkan mereka dan
mempelajari syarat-syarat membentuk kehidupan sosial mereka.
Terdapat tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan teori
fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksi simbolik. Telah dipelopori oleh Auguste
Comte (1798-1857). Teori ini menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai
keharmonian dan kestabilan. Ia mengkaji tentang peranan setiap institusi atau perlakuan
sosial dalam kegiatan yang membawa kepada perkembangan masyarakat kita. Teori ini juga
menganggap masyarakat ini seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri di setiap
bahagian tubuh manusia. Seperti dimaksudkan setiap masyarakat mempunyai peranan
masing-masing. Buakan itu sahaja, implikasi Teori Fungsionalisme ini juga dalam bidang
pendidikan adalah untuk memenuhi kepelbagaian keperluan masyarakat. Sebagai contoh,
sosialisasi yang perlu dipelajari sesuatu kemahiranya agar dapat berfungsi dalam masyarakat
dan integrasi sosial yang dipelajari nilai yang sama untuk keharmonian bersosialisasi.
Seterusnya teori konflik telah dipelopori oleh Karl Max (1818-1883). Menurut
fahamannya teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Ia
berlaku apabila kelas sosial berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan
yang mahukan perubahan dan konflik ini menyumbang kepada perubahan sosial. Sebagai
contoh, faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industry dan perdagangan merupakan
asas kepada pembentukan masyarakat manakala menurut aliran weber (1864-1920) konflik
adalah kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata mungkin disebabkan agar
dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan) atau proses Legitismisasi (pengesahan).
Setelah melalui proses legitismisasi barulah wibawa dicapai oleh sesuatu kumpulan status/
kelas sosial. Mereka ini berpendapat masyarakat memerlukan konflik bagi membolehkan
berlaku perubahan. Untuk implikasi di dalam bidang pendidikan adalah mewujudkan
ketidaksamaan sosial dalam masyarakat dan pengelasan pelajar kepada pandai dan lemah,
pelajar pandai akan ditempatkan ke dalam laluan yang berbeza dengan pelajar yang lemah.
Selain itu, untuk teori interaksi simbolik yang dipelopori oleh George Herbert Mead
(1863-1931). Menurut beliau interaksi simbolik adalah melihat bagaimana individu
membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Makna simbolik diperoleh dari
bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi
menyebabkan hubungan bertambah mesra. Oleh itu, faktor yang menyebabkan hubungan
bertambah mesra adalah dengan memahami makna-makna simbolik semasa berinteraksi
antara satu sama lain. Makna tersirat atau makna simbolik ini dikaji secara subjektif.
Implikasi dalam bidang pendidikan untuk teori ini adalah mengkaji tentang interaksi sosial
yang belaku di sekolah misalnya di bilik darjah, kawasan permainan dan lain-lain. Sebagai
contoh, Pelajar perempuan cenderung kepada permainan bercorak kerjasama manakala lelaki
cenderung kepada permainan bercorak pertandingan.
Kesimpulannya, Sosiologi juga dikaitkan dengan objek iaitu masyarakat yang
memerlukan ilmu sosiologi bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk menyesuaikan
diri atau beradaptasi dengan lingkungan sosialnya. Sebagai contoh, guru mengadakan aktiviti
yang dikenali sebagai ‘kenali rakan anda’. Setiap pelajar diagihkan kepada beberapa
kumpulan dengan diberi nombor. Pelajar tidak mengenali antara satu sama lain dalam
kumpulan tersebut. Oleh itu, aktiviti ini berupaya membuat pelajar tersebut kenal antara satu
sama lain. Pelajar diberi kertas dan diminta memberi ‘first impression’ terhadap ahli
kumpulan tersebut. Melalui aktiviti yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa hubungan
yang baik dapat diwujudkan sekiranya pelajar memahami pengertian sosiologi dengan baik.
Sosiologi ini melibatkan masyarakat manusia. Oleh itu, skop kajian adalah sangat meluas dan
pembelajaran pula dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan seseorang pendidik itu haruslah
mengambil berat terhadap peranan mereka dalam dunia sosial. Fenomena-fenomena yang
berlaku dalam dunia pendidikan terutam berkaitan sekolah perlu dianalisis dalam perspektif
sosiologi.
RUJUKAN
1. Bab 1 sosiologi dan pembelajaran. (2018, December 18).
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-1-sosiologi-dan-pembelajaran
2. Zahari Suppian (2021). Interaksi dan Pembelajaran. Fakulti Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_202010121
12559_Topik%201_Sosiologi%20dan%20Pembelajaran.pdf
TOPIK 2 : Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi bermaksud tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Dalam
proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau
bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. Sebagai
contoh, dalam pendidikan pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan
yang lain semasa proses PdPc supaya mereka dapat mengalami sendiri proses pembelajaran.
Manakala maksud pembelajaran adalah proses seseorang pelajar memperolehi sesuatu
kefahaman dan mengubah kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajainya.
Pembelajaran disekolah sebenarnya melibatkan pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan ibu
bapa. Oleh itu, interaksi dalam pembelajaran boleh disimpulkan sebagai suatu bentuk
komunikasi yang berlaku dalam sekolah itu sendiri.
Menurut Shahbuddin et, al (2007) terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu
Interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan sosial. Interaksi sehala antara
guru dan pelajar adalah kaedah cara lama guru mengajar pelajar mendengar. Contohnya, Jika
guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah
bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana
guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik
darjah. Cara ini dianggap pelajar terpaksa menerima imu pengetahuan dengan mendengar
arahan dan penerangan yang diberikan guru.
Manakala untuk interaksi dua hala guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti
perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar
menjadi dua hala. Ianya menjadi dua hala apabila terdapat soalan yang yang ditanya oleh
guru. Guru akan bertanya kepada pelajar dan pelajar menjawab ataupun pelajar bertanya
kepada guru dan guru menjawab. Guru banyak mendorong pelajarnya untuk aktif dengan
cara menyoal dan menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan pendapat. Keadaan seperti ini
biasa berlaku di dalam bilik darjah. Tetapi interaksi ini tidak melibatkan rakan sebaya dan
menjadikan pelajar bosan dan rimas akibat aktivit pembelajaran yang hanya melibatkan
pembelajaran hafalan dan fakta. Melainkan guru memberi ganjaran untuk melibatkan
penggalakkan murid yang ramai dalam sesi kaedah menyoal dan kaedah individu supaya
pembelajaran menjadi aktif. Interaksi ini juga dapat mengeratkan perhubungan antara guru
dan pelajar disebabkan komunikasi di dalam bilik darjah.
Interaksi seterusnya adalah interaksi kumpulan. Interaksi ini bertujuan untuk
menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi
ini juga berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek, perbincangan,
permainan dan lain-lain. Aktiviti kerja berkumpulan ini diwujudkan supaya pelajar dapat
berinteraksi dengan pelajar lain sekaligus dapat memupuk nilai positif seperti bekerjasama,
menghormati, toleransi dan semangat berpasukan. Disamping itu, dengan adanya interaksi
sebegini pelajar yang takut dan malu dengan kehadiran guru boleh dan mampu untuk
berinteraksi secara aktif dengan ahli kumpulan yang lain. Interaksi ini guru hanya sebagai
fasilitator atau pemudahcara dan guru boleh menjalankan pembelajaran sama ada koperatif
atau kolaboratif.
Interaksi yang seterusnya ialah interaksi antara kumpulan. Pelajar akan bertukar idea
sesama ahli kumpulan dan juga boleh untuk menukar pandangan dengan kumpulan lain.
Pelajar juga akan berbincang sesama ahli kumpulan sebelum mengadakan sesi
pembentangan. Dalam erti lain interaksi jenis ini langsung tidak melibatkan guru. Pelajar
akan berbincang didalam kumpulan dan bertukar idea atau pandangan dengan kumpulan lain.
Disamping itu, kumpulan lain boleh mengemukanakan soalan kepada kumpulan pembentang.
Interaksi terakhir ialah interaksi sosial. Menurut kamus dewan, sosial dikaitkan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Ianya juga merujuk kepada
persahabatan, pergaulan dan sebagainya. Namun, dalam konteks bilik darjah pendekatan
interaksi sosial lebih menekankan aktiviti secara berkumpulan. Ianya bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar. Oleh itu, pelbagai strategi boleh
dilakukan guru seperti permainan think. pair, share, roundtable dan sebagainya yang boleh
mewujudkan interaksi sosial ini.
Namun begitu, interaksi pelbagai hala juga boleh digunakan dalam aktiviti pdpc yang
bercorak aktif. Interaksi ini berlaku antara guru dengan murid dan murid dengan murid
sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan murid serta murid dan murid lain.
Peranan murid digunakan secara optimum seperti kaedah simulasi, perbincangan dan
sebagainya.
Kesimpulannya, interaksi yang berkesan akan dapat mengeratkan hubungan antara guru
dan pelajar sama ada di dalam kelas mahupun diluar kelas. Melalui interaksi-interaksi ini,
guru dapat melaksanakan rancangan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dengan
berkesan dan efektif. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan para pelajar
amatlah digalakkan. Oleh itu, untuk memastikan ianya berkesan, guru boleh menggunakan
pelbagai kaedah interaksi yang boleh melibatkan pembelajaran secara induktif. Jika guru
mempraktikkan dan memanfaatkan segala kebaikan interaksi, pasti dapat meningkatkan
prestasi bukan sahaja guru malahan para pelajar dan pihak sekolah.
RUJUKAN
Zahari Suppian (2021). Interaksi dan Pembelajaran. Fakulti Bahasa Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_202010121
12723_Topik%202_%20Interaksi%20dan%20Pembelajaran.pdf
TOPIK 3 : Pengurusan dan Pembelajaran
Menurut (Stoner,1984) pengurusan adalah proses merancang, mengelola, memimpin
dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk
mencapai matlamat yang ditentukan. Selain itu,pengurusan mencakupi bagaimana
sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk
mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988). Manakala pembelajaran merupakan proses di
mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal
(Woolfolk 1995). Menurut (Bigge,1982) pembelajaran adalah perubahan sistematik dalam
tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi
yang tertentu.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini penting kerana ia berperanan besar
dalam meningkatkan prestasi pelajar. Salah satu rasional peningkatan prestasi pelajar adalah
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di peringkat pengurusan dan
pembelajaran. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga penting untuk mencapai
objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala, pengurusan pengajaran dan
pembelajaran ini juga dapat meningkatkan pengawalan bilik darjah yang berkesan.
Pengurusan bilik darjah merupakan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran
yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran
aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Selain itu, ia juga merujuk
kepada usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di
sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014). Antara domain
pengurusan bilik darjah ialah mengorganisasi persekitaran fizikal, menguruskan tingkah laku
pelajar, menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat, serta berinteraksi dengan
stakeholder.
Kesimpulannya, untuk pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan
proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan
merangkumi penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat
memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
semua aspek.
TOPIK 4 : Kepimpinan Dan Organisasi
Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha
menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill, 1950). Selain itu,
menurut Robbins (2003), organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai
individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza
bagi mencapai matlamat yang sama.Organisasi pula adalah sekumpulan individu yang
bekerja bersama ke arah mencapai matlamat yang sama. Seterusnya , organisasi juga
merupakan himpuan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut
unit kerja yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu autokratik,demokratik,laissez-faire dan
kontigensi. Autokratik adalah salah satu gaya kepimpinan yang mempunyai pemimpin yang
berkuasa mutlak yang mempunyai ciri seperti pentadbiran berhierarki dan melibatkan
komunikasi sehala, penentuan dasar dan pelaksanaan pentadbiran.
Seterusnya , gaya kepimpinan demokratik dikenali sebagai pemimpin yang
menggalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya serta peluang
telah diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan
sebelum sesuatu keputusan diambil. Kepimpinan demokratik ini mempunyai ciri-ciri seperti
melibatkan komunikasi dua hala,keputusan dicapai menerusi persetujuan
majoriti,menggalakkan percambahan minda apabila guru-guru diberi peluang memberikan
idea,proses membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lebih baik serta menggalakkan
semangat kerjasama, hormat dan hubungan yang mesra.
Manakala pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire pula tidak
begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan. Ciri-ciri kepimpinan laissez-faire adalah
bertentangan dengan gaya kepimpinan autokratik, Pemimpin yang banyak memberikan
kebebasan, kurang unsur-unsur kawalan, dan kurang memberikan pandangan serta pemimpin
yang kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti. Walaubagaimanapun,
terdapat pihak bawahan akan mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberi. Akhir
sekali, gaya kepimpinan kontigensi adalah pemimpin yang membuat keputusan mengikut
keadaan atau keperluan yang wujud. ciri -ciri gaya kepimpinan kontigensi adalah pemimpin
menganalisis kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan dan tiada cara khusus
yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin.
Kesimpulannya, kepimpinan adalah sangat penting dalam setiap organisasi. Jika tiada
seseorang pemimpin yang berwibawa dan berpengalaman untuk memimpin, maka sesebuah
organisasi tidak akan berjaya untuk menyiapkan tugasan dan menyelesaikan masalah. Oleh
itu, semua pihak perlulah berkerjasama supaya dapat melahirkan pemimpin sesebuah
organisasi yang terbaik pada masa depan.
TOPIK 5 PENGURUSAN MURID
Setiap pentadbiran yang ditubuhkan dan dibangunkan perlulah mempunyai pengurusan yang
mantap dan cekap agar tidak berlaku sebarang permasalahan dalam skala yang besar. Dalam
bidang Pendidikan, pengurusan murid sangat penting kerana ia melibatkan organisasi sosial
dalam kelompok yang besar. Ia bukan sahaja melibatkan murid dan guru sahaja dalam
pengurusan ini. Malahan ibu bapa juga turut terlibat sama. Terdapat tiga elemen penting yang
perlu dititikberatkan oleh pihak kementerian pendidikan, pihak sekolah serta individu yang
terlibat dalam pengurusan murid ini.
Antara elemen yang pertama ialah mengurus rekod murid. Penyimpanan rekod diri setiap
murid sangat penting kerana latarbelakang murid perlulah diketahui oleh pihak sekolah. Hal
ini kerana, jika terdapat sebarang permasalahan yang berlaku kepada murid sebagai contoh
permasalahan dari segi kewangankeluarga, data peribadi pelajar amat perlu bagi pihak
sekolah memohonkan bantuan kewangan kepada mereka. Pihak kementerian pendidikan juga
telah menubuhkan satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memudahkan
tugas guru untuk menyimpan rekod murid. Pengguna utama sistem ini adalah guru kelas dan
pegawai pentadbir APDM. Sistem ini bukan sahaja memudahkan pihak kementerian untuk
mendapatkan data murid, malahan pihak pentadbiran sekolah juga dapat mengakses pada
bila-bila masa sahaja apabila memerlukan.
Elemen yang seterusnya adalah kesediaan belajar. Kesediaan belajar merujuk kepada situasi
murid sama ada dia sudah bersedia atau tidak untuk belajar dan menerima idea yang baru dari
segi mental dan fizikalnya. Kesediaan murid untuk belajar bergantung dengan situasi mereka
sendiri dan tidak semua individu mempunyai gaya corak pembelajaran yang sama. Guru
perlu merancang strategi yang bagus untuk memastikan murid sentiasa dalam keadaan
bersedia untuk belajar. Guru terlebih dahulu perlu mengenal pasti apakah kaedah yang sesuai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat murid dari segi
kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor. Kepelbagaian kaedah pengajaran mesti dilakukan
langkah demi langkah bagi menyesuaikan setiap keadaan dengan situasi murid. Belajar
melalui pengalaman membantu murid untuk lebih memahami topik yang sedang
diajarkanoleh guru. Contohnya, mengadakan lawatan ke zoo negara sambal belajar mengenal
nama-nama haiwan. Faktor kematangan individu juga menjadi ukuran kepada kesediaan
belajar seseorang. Individu yang lebih matang, dia lebih bersedia untuk belajar
perkara-perkara baru. Oleh itu, guru haruslah bijak mengatur strategi pengajaran bagi
memberi manfaat yang sama rata kepada murid.
Elemen yang ketiga ialah motivasi. Sesetengah murid memerlukan motivasi untuk
menggerakkan dirinya berjaya mencapai apa yang diingini. Sebagai guru, kita mestilah
memberikan dorongan dan sokongan yang terbaik dari segi dalaman mahupun luaran.
Motivasi dalaman yang di panggil intrinsik ini merupakan dorongan dalaman yang dilakukan
tanpa mengharapkan balasan di atas setiap kebaikan yang dilakukan. Contohnya, guru
membawa murid melawat rumah warga emas dan tiada balasan menziarahinya, mengadakan
gotong royong di sekolah. Dorongan dalaman ini mampu membentuk individu yang berhati
mulia dan ikhlas. Dari segi dorongan luaran yang dipanggil ekstrinsik adalah dorongan yang
merangsang murid untuk melakukan sesuatu perkara yang sangat berfaedah.kepada diri
sendiri. Jadi, motivasi juga penting kepada muird untuk maju dan berjaya.
Kesimpulannya, cara pengurusan sesuatu pentadbiran yang baik mampu membentuk individu
yang terurus dan teratur. Pengurusan murid yang teratur turut membantu melicinkan
pentadbiran kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengatasi permasalahan dari ibubapa,
guru dan kesemua pihak yang berkenaan dengan pentadbiran ini.
TOPIK 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik darjah merupakan ruang untuk para murid berkumpul bersama-sama bagi menimba
ilmu bersama guru. Ia juga tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Secara umumnya, di dalam bilik darjah terdapat beberapa perabot penting seperti
meja kerusi guru dan pelajar, almari, papan putih atau hitam dan papan kenyataan.
Pengurusan bilik darjah yang teratur akan menghasilkan ruangan yang kondusif untuk belajar.
Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan bilik darjah ialah dari
segi penyusunan fizikal. Hal ini kerana, apabila penyusunan dari segi fizikal tidak teratur
dan tersusun maka bilik darjah akan menjadi serabut dan huru-hara. Malahan, akan
menimbulkan rasa yang tidak selesa kepada guru dan pelajar untuk melangsungkan sesi
pengajaran dan pembelajaran disebabkan ruangan yang sempit dan sukar untuk bergerak jika
ada sesi yang memerlukan untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Saiz
keluasan bilik darjah perlu diambil kira kerana ianya perlu menampung jumlah murid yang
ramai dalam satu masa dan bagi menjamin keselesaan kepada murid. Sebagai contoh, ukuran
untuk bilik darjah yang boleh memuatkan 40 orang murid ialah 7m x 9m. Oleh itu,
penyusunan fizikal yang strategik sangat penting bagi memastikan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berlangsung dengan selesa.
Seterusnya, ialah galakan komunikasi. Komunikasi sangat penting dalam kehidupan
terutamanya ketika proses pembelajaran kerana melalui komunikasi guru dapat membantu
murid yang mengalami masalah pembelajaran. Guru perlu sentiasa membuka ruang kepada
murid untuk bertanya jika terdapat sebarang kekeliruan terhadap pelajaran. Penggalakan
komunikasi kepada murid membantu mereka untuk berasa yakin dengan diri sendiri dan
berani untuk bersuara. Melakukan aktiviti yang banyak melibatkan penglibatan murid juga
turut membantu menggalakkan komunikasi mereka. Contohnya, aktiviti kuiz, debat dan
pembentangan topik pelajaran. Justeru, guru mesti menggalakkan murid-murid untuk
berkomunikasi agar mudah untuk guru membantu murid-murid yang bermasalah dalam
pembelajaran.
Selain itu, interaksi antara murid. Ada sesetengah murid yang malu untuk bertanya guru
jika tidak faham. Disebabkan perkara ini, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
supaya murid-murid dapat berinteraksi sesama mereka. Guru harus mengenal pasti murid
manakah yang boleh menjadi pembimbing kepada rakan-rakannya. Setelah itu, bahagikan
mereka kepada beberapa kumpulan dan letakkan seorang murid pembimbing kepada
rakan-rakannya. Melalui pengajaran berkumpulan ini, mereka diletakkan mengikut
kebolehan, pelbagai kebolehan dan mengikut minat. Apabila mereka mempunyai pemikiran
pada tahap yang sama, ini akan menjadikan mereka seronok dan berasa selesa untuk belajar.
Natijahnya, pengurusan bilik darjah yang tersusun dan teratur dengan baik akan
menghasilkan suasana bilik darjah yang aman, kondusif dan selesa untuk belajar.
Murid-murid juga akan berasa seronok dan bersemangat untuk belajar dan hadir ke sekolah.
Bilik darjah yang ceria akan memberikan aura dan impak positif kepada murid mahupun
guru.
TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN
Sumber ialah sebarang bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP). PdP yang berasaskan sumber boleh memberikan pemahaman yang
mendalam kepada pelajar dan pelajar tidak hanya mendengar leteran seseorang cikgu
tersebut. PdP yang berasaskan kepada sumber boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam
sesi pembelajaran dan tidak hanya menjadi pendengar yang setia. Pembelajaran berasaskan
sumber meliputi penggunakan keseluruhan deria iaitu mendengar, melihat, merasa,
menyentuh dan mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar iaitu (praktikal). Ianya sangat
berfaedah dan dapat menyelesaikan masalah secara praktis, pelajar dapat bergerak maju
mengikut kebolehan masing-masing, penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran,
guru menggunakan "instructional methodology" yang pelbagai untuk mementingkan proses
pengajaran dan pembelajaran serta peluang mewujudkan situasi pembelajaran untuk individu
atau kumpulan kecil. Menurut Tajuk (2020) proses pembelajaran berasaskan sumber adalah
merupakan pencapaian subjek dan objektif literasi maklumat melalui pendedahan dan aktiviti
yang melibatkan maklumat dari banyak sumber.
Terdapat empat jenis sumber yang digunakan di sekolah. Keempat empat sumber ini
merupakan medium yang digunakan untuk penyampaian ilmu daripada guru kepada para
pelajar semasa proses pdpr. Sumber yang pertama ialah sumber asas yang sering digunakan
tentulah guru itu sendiri sebagai model. Setiap mata pelajaran dibekalkan dengan buku teks
sebagai sumber utama penyampaian ilmu. Papan tulis di dalam kelas juga perantara dari guru
untuk menyampaikan ilmu. Seterusnya, sumber pembelajaran kedua ialah sumber bukan
elektronik. Kebiasaannya sumber ini bersifat konkrit di mana para pelajar dapat melihat dan
menyentuh bahan dari sumber ini. Contoh sumber ini termasuklah, model, patung, gambar,
lukisan, carta, graf dan sebagainya. Manakala, sumber ketiga ialah sumber elektronik seperti,
slaid, televisyen, dan radio. Sumber terakhir yang sering digunakan di sekolah sebagai
sumber pelajaran ialah sumber pengalaman sendiri iaitu murid atau guru itu mendapat
pengalaman dari lawatan, lakonan, dan projek.
Sumber pelajaran ini amat penting dalam pembentukan pelajar yang berkualiti.
Kesemua sumber ini perlu mengikut kriteria yang agar ia kekal relevan. Sumber yang
digunakan perlu menarik agar tumpuan pelajar itu dapat difokuskan kepada sumber yang
berkaitan dengan topik yang diajar. Penggunaan sumber yang berdasarkan pengalaman dan
memberi pengalaman sebenar dapat memahamkan pelajar dengan lebih baik berkenaan topik
atau mata pelajaran. Sebagai guru, menggunakan sumber yang sesuai amat penting tambahan
dapat melibatkan sekali murid untuk belajar secara aktif. Sumber pembelajaran ini
sebenarnya juga amat membantu dan memberi kepentingan kepada murid yang kurang
berkeupayaan untuk lebih bergiat aktif dan memahami sesebuah topik itu. Penggunaan
sumber pembelajaran juga membantu dalam kelas di mana penggunaannya lebih fleksibel
sama ada di dalam atau luar bilik darjah.
Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan
sumber-sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Pusat sumber juga
merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai
sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat sumber
perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk
memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pusat sumber yang berkesan akan menggalakkan proses
pembelajaran berasaskan sumber. Pusat sumber sekolah memainkan peranan yang besar
dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan sumber berlaku di kalangan warga
sekolah dan masyarakat setempat. Untuk ini sangat penting bagi pusat sumber sekolah
menyediakan maklumat yang mencukupi dan terkini, memudahkan maklumat tersebut
dicapai dan menyediakan kemudahan kepada pengguna pusat sumber ini untuk mendapatkan
maklumat dari sumber yang lain.
Pengurusan sumber pelajaran dapat membantu pelajar untuk lebih memahami dan
juga dapat meningkatkan minat mereka dalam sesebuah topik. Justeru itu, ramai pihak perlu
terutamanya pihak kementerian perlu sentiasa cakna untuk membantu pelajar dari segi
sumber pembelajaran dengan melengkapkan keperluan yang diperlukan.
Tajuk. (2020). Retrieved January 16, 2022, from Geocities.ws website:
http://www.geocities.ws/ishamnurul/ge6553tug2.htm#laverty
TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
Pengurusan bilik pembelajaran atau pengurusan bilik darjah amat penting dalam
memastikan penyampian ilmu itu berkesan. Konsep bilik darjah itu sendiri telah melalui
beberapa perubahan selari dengan peredaran zaman. Kini semua ruang yang sesuai ynag
di bawah seliaan guru dikira sebagai bilik pembelajaran atau bilik darjah. Bilik darjah itu
sendiri telah dibahagikan kepada beberapa jenis termasuklah, Bilik Darjah Tradisi, Bilik
darjah KBSR dan KBSM, Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM) dan juga Bilik Darjah
Terbuka. Bilik Pembelajaran ini merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri
daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai
matlamat dan harapan yang sama (Haslina Azli, 2014). Bilik darjah ialah satu unit sosial
dalam sebuah organisasi sekolah. Ianya melibatkan peranan dari pengetua, ibubapa dan
pengurusan sekolah yang memberi sokongan selain dari bentuk pengajian seperti
menetapkan matlamat,memperuntukkan sumber dan mengarah hala tuju sekolah
Unsur dan makna dalam setiap penyusunan bilik darjah itu amat penting bagi
menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran. Ianya perlu bersesuaian dengan dasar
dan Falsafah Pendidikan. Tempat duduk pelajar perlu diubah suai selalu agar tiada
kekeliruan sewaktu belajar. Guru perlu memainkan peranan utnutk menetapkan kedudukan
murid yang berseusaian dengan keadaan semua para pelajar di dalam bilik darjah itu.
Kedudukan meja guru seharusnya di hadapn kelas dan guru itu sendiri perlu berdekatan
pelajar agar proses pdp berjalan dengan lancar. Guru kelas perlu memastikan tiada
keciciran pelajar dan tiada yang kurang selesa dengan kedudukan meja. Guru perlu
mnyediakn rutin di dalam bilik darjah untuk memantapkan lagi proses pengurusan blik darjah
dengan baik. Ianya bertujuan, menjimatkan masa dan tenaga, mengadakan rasa
tanggungjawab di dalam diri murid serta menimbulkan sikap Kerjasama antara rakan
sekelas.
Interaksi di dalam bilik darjah ialah proses yang beerlaku antara dua pihak. Interaksi
yang berlaku antara guru dan murid dalam bilik darjah dibahagikan kepada tiga kategori
utama iaitu percakapan guru, percakapan murid dan juga kesenyapan dalam bilik darjah.
Terdapat pelbagai pola interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah antaranya interaksi
sehala, interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Justeru, guru berperanan penting
berkaitan dengan gaya percakapan kerana ianya banyak tertumpu kepada pengaruh
langsung. Terdapat beberapa Jenis interaksi bercorak lisan iaitu interaksi sehala atau
tradisional, di mana hanya guru yang memberi input dan murid hanya dengar tanpa
memberi respon. Seterusnya, interaksi dua hala antara guru dan murid, ianya berlaku ketika
sesi perbincangan dan bercorak aktif. Ketiga, interaksi dua hala antara murid dan murid
yang berkonsep sama sahaja dengan interaksi guru dan murid secara dua hala. Interaksi
pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid sangat bersifat aktif di
mana komunikasi itu secara dua hala ianya suasan yang kondusif. Akhir sekali, interaksi
berkomputer. Guru perlu bijak untuk menggunakan tiga jenis kawalan yakni, gaya autokratik,
demokratik dan kebebasan penu h kepada para pelajar.
Suasana bilik darjah yang kondusif dapat memberi impak kepada fizikal, sosial dan
emosi. Iklim bilik darjah yang kondusif mempunyai empat ciri utama seperti berikut,
hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.
Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima peraturan bilik darjah yang ditetapkan oleh pihak
pentadbiran sekolah. Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan
guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan setiap pelajar mahu melibatkan diri
dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa
dengan betul dan sesuai.
Kesimpulannya, strategi pngurusan bilik darjah amat penting bagi membantu guru
dan murid mendapatkan iklim bilik darjah yang kondusif seterusnya proses pdp itu berjalan
dengan interaksi yang mampu menaikkan minat pelajar untuk memahami esebuah perkara
itu.
Haslina Azli. (2014, June 27). Pengurusan bilik darjah (betul). Retrieved January 16,
2022, from Academia.edu website:
https://www.academia.edu/7480264/Pengurusan_bilik_darjah_betul_
Scribd. (2021). Retrieved January 16, 2022, from Scribd website:
https://www.scribd.com/embeds/86625589/content?start_page=1&view_mode=s
croll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
TOPIK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Tingkah laku merupakan tindakan yang boleh diperhati, diukur dan dinilai oleh
seseorang individu dan tindakan tersebut berlaku sama ada secara terus atau tidak, secara
sedar atau separa sedar. Tingkah laku merupakan aktiviti, aksi, perbuatan, bergerak balas
dan reaksi (Martin & Pear, 1996). Beliau menyatakan pada asasnya tingkah laku merujuk
kepada perbuatan dan lisan yang dilakukan oleh seseorang. Manakala pengurusan tingkah
laku merujuk kepada satu bentuk sistem pengurusan di sekolah yang dipraktikkan oleh
guru-guru di sekolah dalam membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku
negatif dalam diri pelajar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan
untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai (Dr. Ragbir Kaur, 2005). Terdapat dua jenis tingkah laku iaitu
tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku
yang baik bagi perkembangan diri pelajar kerana tingkah laku ini mendorong pelajar agar
lebih bersemangat dan aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu
memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Dalam pada itu, disiplin menurut kamus Bahasa Melayu ialah peraturan yang
ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Natijahnya, keberjayaan
sistem pengurusan di sekolah adalah bergantung kepada pengurusan tingkah laku dan
disiplin yang dapat melahirkan murid yang berperilaku sopan, berilmu dan berdaya saing.
Terdapat beberapa teori punca salah laku pelajar dalam pengurusan tingkah laku dan
disiplin yang lebih sesuai dirujuk sebagai masalah laku pelajar dan tingkah laku devian yang
menyimpang dari norma-norma sosial masyarakat. Teori fungsionalisme menganggap
devian merupakan kegagalan pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan
disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan di sekolah. Misalnya,
peranan pelajar di sekolah adalah mereka bertanggungjawab untuk menuntut ilmu tetapi
akibat sentiasa ingin mencuba perkara baru dan luar dari kawalan hingga terjerumus dalam
tingkah laku negatif dan disiplin di sekolah. Sebagai contoh, para pelajar lebih gemar
ponteng sekolah berbanding menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, teori konflik menyatakan devian merupakan tindakan golongan yang
tertindas terhadap pihak yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas pelajar atau
sekumpulan pelajar menentang dominasi pihak berkuasa. Pelajar yang bertingkah laku
negatif akan cenderung melakukan tindakan luar kawalan bagi memprotes dominasi pihak
berkuasa yang rata terdiri daripada guru-guru di sekolah seperti guru disiplin. Ini membentuk
masalah disiplin pelajar yang berat sehingga dapat mengakibatkan pembuangan sekolah
atau penggantungan sekolah. Sebagai contoh, seorang pelajar atau sekumpulan pelajar
menunjukkan protes dengan sentiasa mewujudkan suasana huru-hara di dalam kelas
sehingga mengganggu ketenteraman pelajar yang lain dan mengakibatkan reputasi sekolah
merudum.
Seterusnya, teori interaksionisme pula menyatakan devian sebagai suatu proses
sosial. Pelajar sengaja bertingkah laku mengikut kemahuan dan cara mereka menafsirkan
sesuatu situasi. Para pelajar yang bermasalah di sekolah sering berpendapat dan
merasakan bahawa guru disiplin sering bersikap tidak adil terhadap pelaksanaan hukuman
atau denda kepada kesalahan yang dilakukan. Oleh itu, melihat kepada konteks devian
dalam teori interaksionisme para pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini akan kerap
bertingkah laku negatif kerana guru di sekolah bersikap tidak adil.
Intihanya, pengurusan tingkah laku dan disiplin memainkan peranan penting dalam
menguruskan masalah disiplin pelajar dengan sokongan para guru dan kakitangan lain di
sekolah. Di samping itu, pengurusan sistem tingkah laku yang baik harus berpandukan
kepada tatacara dan hukuman yang bersesuaian dengan tindakan disiplin yang diambil ke
atas murid di sekolah agar tidak ianya tidak berbentuk penderaan dan mengakibatkan
kerugian kepada pelajar tersebut. Pekeliling perkhidmatan haruslah dirujuk semula agar
guru-guru di sekolah dapat menjalankan tugas yang diamanahkan berpandukan
undang-undang dan syarat yang telah termaktub di dalam pekeliling perkhidmatan.
RUJUKAN
(PDF) Disiplin dan Pelajar. (n.d.).
ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/326987996_Disiplin_dan_Pelajar
Rahim, R. N. R. (2019, February 18). 10,154 kes disiplin babit pelajar tahun lalu. Berita
Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-kes-disiplin-babit
-pelajar-tahun-lalu
Laporan PBS Kumpulan Pembentangan 3 - KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN
TAJUK: PENGURUSAN TINGKAH. (n.d.). StuDocu. Retrieved January 16, 2022,
from
https://www.studocu.com/my/document/universiti-pendidikan-sultan-idris/perkemban
gan-pendidikan-di-malaysia/laporan-pbs-kumpulan-pembentangan-3/13053417
TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Pengurusan merujuk kepada cara yang dipraktikkan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Menurut James Stoner, pengurusan ialah suatu proses untuk merancang,
mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta
menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Penasihatan
atau nasihat merupakan ajaran, petunjuk yang baik atau peringatan dalam memberikan tunjuk
ajar. Manakala, murid merujuk kepada penuntut, orang atau kelompok individu yang sedang
menuntut ilmu pengetahuan. Pengurusan penasihatan murid berfungsi sebagai sebuah sistem
interaktif di antara guru dan para pelajar di sekolah. Ini melibatkan tiga komponen penting
iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring.
Bimbingan merujuk kepada proses bimbingan yang dijalankan seperti memberikan
petunjuk, pertolongan atau panduan dalam membantu individu atau kumpulan yang
memerlukan bantuan dalam menyelesaikan masalah. Dalam konteks pendidikan, bimbingan
berupaya interaksi terkawal lisan antara guru dan para pelajar. Pelajar yang memerlukan
bimbingan atau ingin dibimbing akan bertanyakan tentang nasihat dan pendapat dari guru
yang ditugaskan dan lebih pakar dalam aspek bimbingan. Bimbingan merupakan suatu
konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan
pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al.2006). Sebagai contoh,
pelajar yang mempunyai masalah moral atau tekanan akibat daripada perpecahan atau
pergaduhan ibu dan bapa di rumah sehingga memberi kesan kepada pembelajaran di dalam
bilik darjah harus diberikan bimbingan agar masalah dapat diselesaikan.
Selain itu, penasihatan merupakan tanggungjawab dan kaedah lazim yang digunakan oleh
guru di sekolah dalam memberikan nasihat kepada para pelajar. Konsep penasihatan
menfokuskan permasalahan yang dihadapi oleh murid berbanding menumpukan kepada diri
pelajar yang bermasalah. Menurut (Zuraidah,1994), memberi nasihat ialah strategi
menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Guru di sekolah
hendaklah mengikuti proses proses bimbingan dan penasihatan yang melibatkan lima fasa
iaitu fasa kesedaran guru sebagai pembinbing dan penasihat pelajar, fasa menguasai
kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan, fasa proses mengenali pelajar, fasa
proses membimbing pelajar dan terakhir adalah fasa analisis penilaian. Hal ini demikian
kerana, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara mudah jika guru dapat mengenali
pelajar dengan lebih dekat dan memberikan bimbingan sehingga analisis penilaian dapat
dibuat.
Seterusnya, kaedah mentoring merupakah satu komponen yang mewujudkan perhubungan
berterusan di antara guru dan pelajar. Dalam konteks pendidikan, guru merupakan (mentor)
iaitu individu yang akan memberikan bimbingan, panduan dan nasihat dalam kaedah melatih
(coaching) pelajar dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Manakala, pelajar merupakan
(mentee) kepada setiap guru yang ditugaskan untuk mengikuti perkembangan profesional
mereka dibawah pemantauan dan penjagaan guru-guru di sekolah. Anderson and Shannon
(1988) berpendapat bahawa peranan mentor adalah untuk mngembangkan potensi, sebagai
model, memberi perhatian, menyokong, mendorong, membimbing dan sebagai sahabat
kepada mentee. Natijahnya, pengurusan penasihatan murid dapat dijalankan dengan mudah
dan matlamat dapat dicapai.
Secara kesimpulan, perbezaan pendekatan pengurusan penasihatan murid ini memberikan
peluang kepada murid di sekolah untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru
yang pakar dalam membantu mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di
dalam pelajaran dan kehidupan. Kaedah komponen yang berbeza ini bertepatan dengan
perbezaan masalah dan konflik yang dihadapi oleh para pelajar. Selain itu, peranan guru di
sekolah amat penting dalam pengurusan penasihatan murid agar matlamat dapat dicapai jika
para guru mengetahui akan tanggungjawab dalam membimbing dan menasihatkan para
pelajar selari dengan masalah yang dihadapi.
RUJUKAN
[PDF] PENGURUSAN PEMBELAJARAN - Free Download PDF. (2017). Pdfdokumen.com.
https://pdfdokumen.com/download/pengurusan-pembelajaran-_5a1f7de81723dd6bc7
103848_pdf
(2022). Coursehero.com. BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
https://www.coursehero.com/file/86584049/BAB-10-PENGURUSAN-PENASIHATA
N-MURIDpdf/
Azurah Razak. (2013, April 5). Pengurusan penasihatan murid.
https://www.slideshare.net/AzurahRazak/pengurusan-penasihatan-murid-18242709
TOPIK 11
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Kepelbagaian budaya di dalam negara kita ini telah menjadikan Malaysia mempunyai
masyarakat majmuk. Kepelbagaian agama, etnik, bahasa dan budaya ini menjadikan
seseorang individu mempunyai latar belakang budaya yang berbeza. Namun begitu,
perbezaan budaya ini bukanlah menjadi satu penghalang dalam sektor pendidikan. Hal ini
kerana, menurut dasar pendidikan pelbagai budaya di Malaysia, kepelbagaian kaum dalam
kalangan masyarakat ini haruslah disatukan di bawah satu bumbung pendidikan yang sama
dan berteraskan pelbagai budaya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat,
budaya bermaksud tingkah laku yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa.
Manakala pelbagai budaya pula didefinisikan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi
atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan
menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam
organisasi atau masyarakat berkenaan.
Secara umumnya ramai mengetahui bahawa setiap murid mempunyai perbezaan
minat, taraf ekonomi keluarga, gaya pembelajaran, keupayaan, dan jangka masa yang
diperlukan untuk belajar. Justeru antara langkah yang perlu diketahui oleh guru dalam
menguruskan pelajar pelbagai budaya ialah mengetahui cara pembezaan. Terdapat pelbagai
jenis pembezaan yang boleh dilaksanakan antaranya ialah pembezaan dari segi minat.
Pembezaan pengajaran isi kandungan ini akan dilakukan mengikut minat pelajar. Contohnya,
guru akan meneliti isi kandungan agar bersesuaian bagi setiap pelajar di dalam kelas serta
majoriti di dalam kelas. Pembezaan ini bertujuan untuk melihat kefahaman dan kebolehan
pelajar terhadap apa yang telah dipelajari. Justeru, guru bertanggungjawab dalam
menggunakan jenis pembezaan yang sesuai agar para pelajar dapat memahami isi
pembelajaran sepanjang kelas.
Seterusnya, diantara teori sosial pendidikan pelbagai budaya yang menyokong
sepenuhnya terhadap pengurusan pembelajaran budaya ialah teori “Cultural Pluralism”.
Teori ini memperkenalkan bahawa setiap orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza
dari segi agama, etnik, budaya, dan bahasa itu mempunyai hak untuk mengekpresikan budaya
mereka. Teori ini juga berpendapat bahawa budaya seseorang individu tidak akan
dipinggirkan (Kwan, 2018). Justeru, menurut teori ini jelaslah bahawa perbezaan budaya
bukanlah menjadi penghalang bagi para pelajar untuk mendapat layanan yang sama daripada
pihak sekolah. Contohnya, terdapat isu pada masa kini berkenaan layanan guru terhadap
pelajar berlainan bangsa. Isu seperti ini seharusnya tidak berlaku kerana perbezaan budaya
tidak membawa apa-apa keburukan malah ianya dapat menyumbang kepada sifat perpaduan
dalam kalangan para pelajar. Justeru, teori ini dapat membuktikan bahawa kepelbagaian
budaya ini mampu memberi kebaikan terutamanya di sekolah kerana pelajar dapat
didedahkan kepada pelbagai perspektif terhadap sesuatu perkara.
Ciri-ciri guru juga mempunyai peranan yang amat penting dalam pendidikan
pelbagai budaya ini. Seperti yang kita ketahui bahawa kepelbagaian budaya di dalam sekolah
ini tidak boleh diambil remeh kerana, cara pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan
haruslah bersesuaian. Peka terhadap tingkah laku pelajar dari latar belakang yang berbeza ini
merupakan salah satu ciri yang harus diterapkan oleh setiap guru kerana melalui tingkah laku
guru dapat menilai dan menganalisis secara mudah dari segi percakapan, kepekaan mereka di
dalam kelas untuk menunjukkan bahawa mereka dapat memahami intipati pelajaran atau
tidak. Contohnya, jika terdapat murid yang tidak fokus dan menunjukkan kebosanan guru
harus bertindak segera kerana bimbang strategi pembelajaran atau cara penyampaian yang
diaplikasikan tidak sesuai dan menjadikan murid tersebut tidak faham sepenuhnya dan
menjurus kepada isu murid ketinggalan di dalam kelas.
Kesimpulannya, pengurusan pelbagai budaya ini memerlukan kefahaman yang
menyeluruh tentang kepelbagaian budaya itu sendiri. Hal ini kerana, jika para guru tidak
memahami konsep pendidikan pelbagai budaya maka ianya akan menyukarkan para guru
serta para pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam kelas. Antaranya langkah
yang perlu dititikberatkan ialah cara pembezaan yang digunakan di dalam kelas haruslah
bersesuaian dengan semua murid. Seterusnya, guru perlulah memahami teori “Cultural
Pluralism” di mana ianya menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai hak dalam
mengekspresikan budaya. Justeru, isu perbezaan layanan terhadap murid haruslah dilupuskan
agar tidak menjadi satu beban kepada pelajar yang berlainan budaya ini dan guru mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam pendidikan pelbagai budaya ini.
Kwan, L. Y.-Y. . (2018). Institutional and Value Support for Cultural Pluralism Is Stronger in
Innovative Societies With Demanding Climate. Journal of Cross-Cultural
Psychology, 49(2), 323–335. https://doi.org/10.1177/0022022117746773
TOPIK 12
PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pelajar pelbagai upaya atau juga boleh dikenali sebagai pelajar yang mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira dengan
kompleks atau juga lebih dikenali sebagai pelajar pemulihan. Merujuk kepada Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pemulihan boleh didefinisikan sebagai perbuatan
memulihkan, atau pengemb alian kepada keadaan yang semula. Justeru, pemulihan ini
merupakan salah satu inisiatif yang telah dilakukan bagi membantu murid yang menghadapi
kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan
bukan kognitif. Latar belakang keupayaan yang berbeza ini memang tidak boleh dinafikan
lagi kerana setiap pelajar di dalam kelas mempunyai perbezaan dari segi perkembangan
mental. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh seorang pendidik dalam
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang merangkumi pelajar
pelbagai upaya ini.
Sebelum melakukan apa-apa aktiviti di dalam kelas, perkara pertama yang boleh
dilaksanakan oleh para guru adalah dengan mengenal pasti ciri-ciri pelajar pemulihan
seperti sering merendah diri, menunjukkan gaya yang pasif ketika berada di dalam kelas,
sering mengganggu rakan lain, kerap tidak hadir sekolah, lemah pemahaman, menunjukkan
sikap malas dan cepat bosan adalah antara ciri-ciri yang perlu diambil berat oleh guru. Hal ini
kerana, apabila guru sudah mula mengenalpasti ciri-ciri pelajar pemulihan maka ianya akan
memudahkan para guru untuk memberi fokus yang lebih kepada pelajar pemulihan ini.
Seperti yang kita ketahui bahawa pelajar pemulihan ini memerlukan penekanan yang lebih
berbanding pelajar lain di dalam kelas. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam membuat
penelitian terhadap pelajar pemulihan ini kerana kebiasaannya meraka nampak normal di luar
namun keupayaan mereka adalah disebaliknya.
Strategi dan cara pembelajaran juga harus dititikberatkan kerana setiap pelajar
mempunyai kemampuan yang berlainan mengikut kepada personaliti murid di dalam kelas.
Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan oleh para guru dalam mengendalikan
pelajar kepelbagaian upaya ini contohnya gaya pembelajaran secara kinestetik. Pembelajaran
secara kinestetik ini yang memfokuskan kepada penglibatan murid di dalam kelas mampu
untuk mengelakkan kebosanan kerana gaya pembelajaran ini melibatkan aktiviti seperti
melakukan eksperimen. Gaya pembelajaran ini tidak mendorong pelajar untuk fokus kepada
sesuatu perkara pada jangka masa yang lama. Kelebihan pembelajaran kinestetik ini
antaranya ialah berfikir secara luar kotak serta dapat mempraktikkan pembelajaran secara
terus melalui aktiviti yang dikendalikan (SBD, 2020). Justeru, pembelajaran kinestetik ini
mampu untuk membantu pelajar pelbagai upaya ini menghayati pembelajaran dengan cara
yang lebih santai dan mudah difahami. Selain itu, gaya pembelajaran secara audio dan visual
juga boleh diaplikasikan mengikut kepada kesesuaian sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Dalam mendidik pelajar pelbagai upaya ini, terdapat beberapa teori kecerdasan
pelbagai yang perlu diketahui oleh para guru kerana ianya akan memberi kemudahan kepada
para guru kelak. Tujuan kecerdasan pelbagai ini adalah untuk mengukur tahap kecerdasan
individu terhadap sesuatu perkara. Justeru, apabila kecerdasan ini telah dikenalpasti maka
guru dapat mengatur langkah dengan bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai untuk pelajar
di dalam kelas. Antara kecerdasannya ialah kecerdasan logik-matematik, verbal-linguistik,
muzik, kinestetik badan, interpersonal, intrapersonal, ruang visual, naturalis, dan
eksistensialis. Setiap kecerdasan ini memiliki keupayaan sendiri contohnya bagi kecerdasan
logik-matematik ini mampu untuk menyelesaikan masalah matematik atau logik (Terego,
2016). Kecerdasan logik-matematik ini dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah
serta pemikiran secara deduktif bagi para pelajar.
Kesimpulannya, para guru mempunyai peranan penting dalam mendidik
pelajar-pelajar pelbagai upaya ini kerana mereka memerlukan fokus dan perhatian yang lebih.
Namun begitu, persediaan daripada pihak guru juga menyumbang kepada kelancaran sesi
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, sebelum mempraktikkan teknik dan gaya
pembelajaran, amatlah penting bagi guru untuk mengenalpasti terlebih dahulu latar belakang
keupayaan pelajar di dalam kelas. Perkara ini perlu diberi penekanan kerana ianya dapat
mempengaruhi cara penerimaan pelajar ketika sesi pembelajaran. Selain itu, gaya
pembelajaran yang menepati dengan situasi di dalam kelas bagi mengelakkan kebosanan agar
tidak menjurus kepada isu murid ketinggalan di dalam kelas. Selain itu, pengetahuan tentang
jenis-jenis kecerdasan yang dapat membantu guru dalam memilih aktiviti yang bermanfaat
dan dapat mencapai objektif pembelajaran secara santai. Pengurusan pelajar pelbagai budaya
ini mempunyai beberapa perkara yang harus diberi perhatian selalu agar tidak timbul isu-isu
yang sensitif.
SBD, I. (2020, March 26). What Is Kinesthetic Learning: Benefits of Hands-On Learning.
Retrieved January 1, 2022, from successbydesignplanners website:
https://www.successbydesign.com/blogs/news/what-is-kinesthetic-learning-benefits-o
F-hands-on-learning
Terego, A. (2016, May 18). Instructional Designers: We Have More Than One Intelligence
(Part Four: Logical - Mathematical Intelligence). Retrieved January 1, 2022, from
eLearning Industry website:
https://elearningindustry.com/instructional-designers-one-intelligence-part-four-logica
L-mathematical-intelligence
TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Edisi Keempat membawa
maksud tempat untuk belajar dan mengajar serta tempat menerima atau memberi pelajar.
Dalam erti kata lain, sekolah ialah institusi ilmu yang disebarkan kepada anak anak.
Persekitaran pula membawa erti kawasan di sekeliling tempat dan jika digabungkan
persekitaran sekolah bermaksud suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal
berhampiran dengan sesebuah sekolah. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi
interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.
Persekitaran sekolah boleh dibahagikan kepada dua iaitu persekitaran fizikal dan
persekitaran psikososial. Persekitaran fizikal ialah kemudahan yang sedia ada di sekolah
termasuklah bangunan sekolah dan keadaan fizikal sekolah. Seterusnya, susunan dan reka
bentuk fizikal sekolah dan kepadatan kawasan aktiviti Privasi dan pencahayaan dan
pengudaraan, ruang atau sudut pembelajaran antara kemudahan yan disediakan, perabot
dan alatan sekolah serta kebersihan turut dititiberatkan. Suasana fizikal bilik darjah yang
kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dengan pelbagai
jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. Persekitaran
psikososial merupakan perekitaran yang mempengaruhi faktor psikologi iaitu pemikiran,
emosi dan tingkah laku dan sosial iaitu hubungan, tradisi dan budaya yang menghasilkan
kepuasan, kesihatan dan keupayaan untuk menunjukkan prestasi yang baik sewaktu sesi
pembelajaran. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah
pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang
guru wujudkan di dalam bilik darjah.
Hubungan tiga dimensi ialah hubungan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat
dalam mencapai matlamat sesebuah sekolah. Sekolah seharusnya membina hubungan baik
dengan ibu bapa dan masyarakat supaya dapat membawa faedah secara bersama kepada
semua pihak yang terlibat. Hubungan ini perlu kerana masyarakat dan sekolah saling
memerlukan antara satu sama lain. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah
peersatuan terpenting dalam membentuk perkembangan sesebuah sekolah yang
memainkan peranan sebagai orang perantara antara guru dan ibu bapa. Melalui hubungan
yang terjalin, ibu bapa dan guru dapat membina hubungan yang mesra dan efisien antara
ibu bapa dan guru. Ini kerana, ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru
untuk mendidik anak mereka. Pihak sekolah boleh melakukan perbincangan untuk
menyelesaikan segala isu yang dihadapi. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah
sekolah dapat menjamin kemajuandan dapat menjadi sekolah yang terbaik.
Kesimpulannya, hubungan antara sekolah, masyarakat dan ibu bapa dapat
membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang
sangat berguna.
Lynch, M. (2016, August 23). Focus on These Four Areas to Create a Classroom
Environment Conducive to Learning - The Edvocate. Retrieved January 16,
2022, from The Edvocate website:
https://www.theedadvocate.org/focus-four-areas-create-classroom-environment-c
onducive-learning/
TOPIK 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran
Definisi pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklum balas . Manakala tujuan
umum pengajaran ialah untuk guru-guru menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran
tertentu kepada pelajar. Akan tetapi, disebabkan oleh jenis atau sifat ilmu pengetahuan yang
tidak sama, ataupun latar belakang pelajar-pelajar yang berbeza, corak pengajaran akan
banyak berubah mengikut perkembangan semasa.
Pengurusan alam pembelajaran memainkan peranan penting untuk memastikan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Antara kepentingannya adalah untuk
memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar. Pengurusan yang membuat pelbagai
jenis program belajar dalam alam pembelajaran dapat memenuhi masa pelajar. Pelajar juga
dapat memenuhi masa mereka dengan perkara yang berfaedah dan tidak membuang masa
dengan perkara yang tidak memberi manfaat. Selain itu, pengurusan alam pembelajaran
perlulah seimbang dari segi emosi, intelek, jasmani dan rohani. Oleh itu, dengan adanya
pengurusan alam pembelajaran yang seimbang dan baik, maka masa yang diperuntukkan
untuk mengajar juga dapat dipenuhi. Pengurusan alam pembelajaran juga berperanan dalam
meningkatkan prestasi dan minat pelajar. Hal ini demikian dapat dikaitkan dengan
kepelbagaian kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Pelajar akan lebih tertarik untuk
belajar apabila guru menggunakan alat bantu mengajar dan kaedah serta teknik yang
pelbagai. Kaedah dan teknik yang mengajar bukan sahaja digunakan di dalam bilik darjah
malah digunakan di luar bilik darjah. Hal ini demikian dapat meningkatkan prestasi pelajar
dalam pembelajaran.
Seterusnya, pengurusan alam pembelajaran juga merangkumi segala persediaan
seperti tempat dan suasana pembelajaran yang selesa. Guru perlu menitikberatkan suasana
pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Hal ini demikian kerana,
suasana pembelajaran juga mempengaruhi pembelajaran pelajar. Oleh itu, pengurusan alam
pembelajaran ini penting agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Akhir
sekali, pengurusan alam pembelajaran penting untuk guru mengetahui cara mengendalikan
pelajar. Pelajar dan guru perlu berinteraksi antara satu sama lain dalam alam pembelajaran.
Oleh itu dengan pengurusan yang baik, dapat membantu guru untuk mengetahui cara untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan para pelajar agar pelajar berasa selesa. Antara
persediaan yang perlu lakukan sebelum mengajar adalah penulisan persediaan mengajar,
persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar,. persediaan bahan pengajaran, persediaan
peralatan pengajaran, persediaan ruang pengajaran, serta persediaan kemahiran dalam
pengajaran.
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran perlu dititikberatkan oleh para guru
supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pentingnya pengurusan ini
adalah supaya guru dapat menghasilkan pelbagai kaedah pengajaran berdasarkan kepada
kelebihan dan keupayaan murid.
Rujukan
https___myguru.upsi.edu.my_documents_2020_courses_KPS3014_material_K0194
7_20201012115109_Topik 14_Pengurusan Alam Pembelajaran.pptx.pdf