hafizah izzati & KUIH DONAT Nilai Kejujuran
Watak
1 Pada suatu hari, nenek Manies telah jatuh sakit. “Manies!” panggil ibunya. “Nenek tidak sihat. Bawalah bubur ini ke rumah nenek kamu.” “Baik, ibu!” Manies menjawab.
2 Semasa berjalan pulang dari rumah neneknya, Manies berhenti di sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis donat. Manies berasa teruja lalu dia pun berhenti di gerai tersebut.
3 Tiba- tiba Manies terpandang akan sebiji kuih donat yang luar biasa di dalam gerai tersebut. “Wahh.. menariknya!”. Manies terpesona akan keunikan donat tersebut kerana ia kelihatan berseri- seri dan menyelerakan.
4 Namun begitu, Manies tidak mempunyai wang yang mencukupi. Tiba- tiba terlintas di fikirannya untuk mencuri donat tersebut. “Ala, kalau aku ambil sekalipun, tuan kedai mesti tidak tahu.” Manies berkata di dalam hatinya. Manies mengambil donat tersebut lalu berjalan laju meninggalkan gerai tersebut. Alamak! Tak cukup ni. Aku hanya ada RM 2"
5 Selepas tiba di rumah, Manies meletakkan donat tersebut di bawah tudung saji. Akibat keletihan, Manies pun tertidur. Dalam lena tidurnya, tiba- tiba datang sebiji donat yang sama seperti yang dicuri olehnya sebentar tadi ke dalam mimpinya seolah- olah hendak memberitahu sesuatu namun, baru sahaja donat tersebut ingin membuka mulut, ibu Manies terlebih dahulu mengejutnya dari tidur. Oleh sebab perutnya lapar, dia bergegas mencari donat tersebut di dapur untuk menjamahnya.
6 “Eh tunggu dulu! Jangan makan aku! Aku akan kabulkan permintaan kau... Mintalah apa sahaja yang kau inginkan” “Oh, alangkah sedapnya jika aku makan donat ini”
7 “Namaku Seri. Aku mempunyai kebolehan untuk melihat dan bercakap. Seluruh hidupku telah berubah disebabkan oleh satu kejadian. Aku telah diculik oleh manusia yang jahat.” “Ehh!! kenapa kau boleh bercakap ni?” Manies terkejut.
8 “Sebenarnya, aku adalah seekor kucing yang telah bertukar menjadi donat ajaib. Suatu ketika dahulu, aku hampir diculik oleh manusia jahat yang ingin menangkap dan mengurungku. Nek Kiah iaitu peniaga kuih donat di gerai berdekatan menyaksikan kejadian itu lalu bertindak untuk membantuku. Namun, satu keajaiban telah berlaku dimana Nek Kiah telah menggunakan kuasa ajaib yang dimilikinya telah menukarkan diriku kepada sebiji donat. Keajaiban inilah yang telah membantuku untuk menyamar dan menyelamatkan diri daripada manusia jahat itu. Mari aku ceritakan bagaimana ia bermula.” “Kau diculik? Apa maksud kau? Bukankah engkau hanyalah sebiji kuih donat?” .
9 “Dimanakah kucing itu? Aku ingin menangkap dan menyeksanya ha..ha..ha..” Seri mengimbau kembali detik-detik ketika nyawanya dalam bahaya.
10 “Jangan takut. Saya akan selamatkan kamu. Namun, saya akan tukarkan rupa kamu terlebih dahulu supaya kamu boleh menyamar.”
11 “Aku telah bertukar menjadi donat ajaib hasil pertolongan daripada Nek Kiah. Namun begitu, aku tidak boleh lagi kembali kepada diri asalku iaitu seekor kucing.”
12 “Aku sangat menghargai pertolongan Nek Kiah dan ingin membalas jasanya. Gerainya juga telahku hias dengan lebih unik bagi membantunya menarik perhatian pelanggan untuk singgah di gerainya.
13 “Aku bersimpati terhadap nasib kau, Seri. Baiklah, kalau begitu, aku tidak akan pulangkan kau. Tinggallah bersamaku di sini. Namun, kau harus bersembunyi di dalam bilikku.” “Aku terhutang budi terhadap Nek Kiah tetapi aku sudah tidak mahu menyusahkannya untuk menjagaku. Dia juga sudah tua dan perlu berehat. Jadi, bolehkah aku tinggal bersama kau, Seri?
14 “Wahai anak muda. Tidak baik mencuri. Kita mesti meminta izin atau membeli daripada tuannya. Oleh itu, kamu mesti meminta maaf dan bayar harga donat itu kepada pemilik gerai tersebut pada esok hari. Jika tidak, hidupmu tidak akan tenang kerana telah mencuri.” Suatu malam, Manies didatangi seorang pakcik tua di dalam mimpinya. Beliau meninggalkan pesanan dan memintanya untuk berlaku jujur dan memulangkan semula Seri kepada pemiliknya.
15 “Kamu seorang anak yang jujur. Tidak mengapa, nak. Nek Kiah hadiahkan Seri kepada kamu. Nah, ambillah donat ini. Nek Kiah sedekahkan. Donat ini manis, semanis nama kamu.” “Nek Kiah, Manies telah mencuri Seri. Manies minta maaf. Manies tidak tahu bahawa Seri bukanlah donat biasa. Seri sudah menceritakan semuanya kepada Manies. Oleh itu, Manies mahu pulangkan dan membayar harga donat ini.” Keesokannya...
16 “Seri bukan untuk dijual dan Nek Kiah juga tidak pernah terfikir untuk menjualnya. Mungkin keberadaannya bersama donat lain telah membuat orang salah anggap bahawa ia untuk dijual. Pada hari itu juga, Nek Kiah sedang sibuk menguruskan perkara lain sehingga tidak sedar bahawa Seri sudah hilang. Tidak mengapa, nak. Baguslah, Seri sudah jumpa pemilik baru yang akan menjaganya. Mulai sekarang, Seri adalah kawan kamu. Bawalah Seri pulang bersama- sama kamu ya. Jagalah dia sebaiknya. “Terima kasih, Nek Kiah! Kalau begitu, ambillah wang ini, sebagai tanda permohonan maaf saya.”
17 “Baiklah, Nek Kiah. Saya akan menjaga Seri dengan sebaiknya.” Manies pulang bersama Seri dengan gembira.
18 Kita mestilah bersikap jujur dengan tidak mengambil sesuatu tanpa kebenaran. Perbuatan mencuri akan mendatangkan keburukan sekiranya tidak dipulangkan semula kepada pemiliknya. Kita mestilah membantu semua makhluk termasuklah, haiwan kerana perbuatan baik akan dibalas baik. Kita mestilah berani mengakui kesalahan dan tidak mengulanginya lagi agar dapat memperbaiki kelemahan diri Kita haruslah berterima kasih dan menghargai jasa baik seseorang kerana ia merupakan sifat terpuji. MESEJ CERITA
19 UJI MINDA
Dicetak oleh: BM 3 ART PUBLISHER, No. 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra (Kg. Raja), 22200, Besut, Terengganu SEM. MALAYSIA: RM 12.90 SABAH/ SARAWAK: RM 15.90 M& KU a IH D n ONA ies T
urat dari SAJAK S Kakak HAFIZAH IZZATI
“Surat dari Kakak”
-T a m a t-
MESEJ S A J A K
UJI MINDA
Dicetak oleh: BM 3 ART PUBLISHER, No. 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra (Kg. Raja), 22200, Besut, Terengganu SEM. MALAYSIA: RM 5.90 SABAH/ SARAWAK: RM 8.90 Saj SU a R kAT DARI KAKAK