The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanida19679, 2018-12-25 07:46:56

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 4 2018

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 4 2018

MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL.4/2018

Tarikh: 27 September 2018
Masa: 1.00 petang

Tempat: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran:

1. En Mohd Fuaad bin Ismail Guru Besar/Pengerusi
2. Pn Rosmina binti Ishak PK Pentadbiran
3. En Mohd Zakir bin Hakimuddin PK Petang
4. Pn Norriza binti Khalib KP Bahasa Melayu
5. Pn Mahwan binti Hassan KP Bahasa Inggeris
6. Pn Nor Hamidah binti Saari KP Matematik
7. Pn Nor Haiyati binti Mohd Yusoff KP Sains
8. En Mohd Azlan bin Aziz KP Pendidikan Islam
9. Pn Hasliza binti Hussin KP Bahasa Arab
10. Pn Majidah binti Said KP Pend. Muzik/G. Data
11. Pn Hjh Sharimah binti Abdullah KP Kesenian
12. En Mohd Hafiz bin Ahmad KP Pendidikan Jasmani
13. En Abdul Khaliq bin Ismail KP RBT
14. Cik Hasmiyah binti Md Taha KP TMK/SU Peper. Awam
15. Pn Zanariah binti Othman KP Sejarah
16. En Mohd Nazirul Ezrin bin Ilyas KP Pendidikan Kesihatan
17. Pn Siti Aishah binti Abdul Hamid KP Pendidikan Seni Visual
18. Pn Nor A’ini binti Hashim Penyelaras Prasekolah
19. Pn Ismaliza binti Ismail Penyelaras Linus 2.0
20. Pn Syakirah binti Shahabuddin Penyelaras Bestari
21. Pn Che Rokiah binti Che Su SU PBS
22. Pn Hasilahwati binti Hassan SU Peperiksaan Dalaman
23. Pn Mas Mardziah binti Mansor Guru Pemulihan Khas
24. Pn Zahida binti Mohamad Guru Bimb&Kaunseling
25. Pn Hamishanida binti Md Ishak Setiausaha Kurikulum

Urusetia

1. Pn Hamishanida binti Md Ishak

1

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2018
3. Perkara Berbangkit
4. PKSR 2 2018
5. Pengurusan Panitia 2019
6. Perancangan Strategik 2019 – 2021
7. Penataran DSKP Semakan Kurikulum Tahun 3/2019
8. Pemulihan
9. Program JILUS
10. Linus 2.0
11. PBBM
12. HIP
13. Laporan Ketua Panitia dan Unit-unit Khas
14. Kewangan
15. Hal-hal Lain
16. Penutup

2

1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli yang hadir dan
mengharapkan kerjasama yang berterusan untuk peningkatan akademik
sekolah.
1.2 Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat dapat memberikan panduan
yang terbaik pada ahli panitia agar dapat mempertingkatkan kualiti PdPc
masing-masing.
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2018
2.1 Minit Mesyuarat Minit mesyuarat kurikulum bil.3/2018 telah dicadangkan
untuk pengesahan oleh Pn Nor Hamidah binti Saari dan disokong oleh Pn
Zanariah binti Othman.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Pengerusi meminta Penyelaras Pusat Sumber membuat promosi
mengenai rancangan Tayangan Astro pada waktu rehat sesi pagi dan
petang.
Makluman

4.0 PKSR 2 / 2018
4.1 Mesyuarat dimaklumkan berkenaan:
4.1.1 PKSR 2 adalah pada 5 – 12 Oktober 2018
4.1.2 Surat edaran telah diedarkan kepada semua murid.
4.1.3 5 Oktober ialah Pentaksiran Jawi dan Bahasa Arab seperti yang
telah ditetapkan oleh JPN.
4.1.4 Tahun 6: Pentaksiran mata pelajaran elektif sahaja.
4.1.5 Prosedur penggubalan soalan pentaksiran:
a) kertas soalan disediakan mengikut JSI dan JSU
b) kertas soalan telah dihantar untuk dicetak
4.1.6 Hari Anugerah Kecemerlangan 2018
a) Akan diadakan pada 14 November 2018
b) Mengambil kira keputusan PKSR 2 sepenuhnya.
c) Tahun 6: Mengambil kira keputusan PRAUPSR bagi mata
pelajaran teras.
d) Akan disediakan hadiah penghargaan kepada murid Linus
dan Pemulihan sebagai hadiah galakkan untuk
mengurangkan 6E pada akhir tahun 6.
Makluman

5.0 Pengurusan Panitia 2019
5.1 Pengerusi meminta semua ketua panitia mengambil tindakan selanjutnya
perkara-perkara berikut:
a) Laporan dan aktiviti program Panitia 2018 berdasarkan OPPM
perlu dihantar kepada PK Pentadbiran sebelum 23 November
2018.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

3

c) Keperluan buku latihan murid dan buku latihan tambahan mengikut
mata pelajaran 2019

d) Cadangan guru mata pelajaran teras 2019 mengikut ketetapan
kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Tindakan: Semua Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains dan Pendidikan Islam

6.0 Pelan Strategik 2019 - 2021
6.1 Mesyuarat diminta membuat perbincangan mengenai Pelan Strategik
2019 – 2021 seperti berikut:
a) Isu-isu strategik
b) Matlamat strategik
c) Analisis SWOT
d) TOWS Matrik
e) Program atau Projek yang akan dijalankan.
f) Pelan Taktikal 2019
g) Pelan Operasi 2019
Tindakan: Semua Ketua Panitia dan Unit-unit Khas
6.2 Pengerusi memaklumkan:
a) Bengkel Pelan Strategik 2019 – 2021 akan diadakan pada satu
tarikh yang akan ditetapkan.
b) Semua guru terlibat untuk membuat Pelan Strategik mengikut
ketetapan bidang masing-masing.
c) Semua guru yang terlibat perlu memastikan Pelan Strategik yang
dihasilkan adalah teliti dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
d) Kenalpasti kaedah yang berkesan dalam penyediaan Program atau
Projek yang memberikan impak yang positif dalam membina
kemenjadian murid dan melibatkan guru dalam setiap bidang.
Makluman

7.0 Penataran DSKP Semakan Kurikulum Tahun 3 / 2019
7.1 Mesyuarat dimaklumkan mata pelajaran yang terlibat:
a) Pendidikan Islam: Pn Afaff binti Abdullah
b) Kesenian: Pn Siti Aishah binti Abdul Hamid dan Pn Nadira binti
Shariffuddin
c) Bahasa Melayu: Pn Che Rokiah binti Che Su
d) Sains: Pn Hasbuna binti Abu Seman
e) Matematik: Pn Siti Aishah binti Abdul Hamid
f) Bahasa Arab: Pn Hasliza binti Hussin
Makluman
7.2 Pengerusi meminta mata pelajaran terlibat membuat kursus dalaman
mengikut panitia masing-masing.
Tindakan: Ketua Panitia Pendidikan Islam, Kesenian,
Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Bahasa
Arab

4

8.0 Pemulihan

8.1 Mesyuarat dimaklumkan:

8.1.1 Tahap 1:

8.1.1.1 Saringan 2 belum dijalankan.

8.1.1.2 Tahun 3 (Belum Menguasai)

a) Literasi BM: 9 orang (K3-K12)

b) Numerasi: 3 orang (K3-K12)

8.1.1.3 Tahun 2

a) Literasi BM: 15 orang (K3-K12)

b) Literasi BM: 1 orang (K1-K2)

8.1.1.4 Tahun 1 menunggu keputusan Saringan 2

8.1.1.5 Intervensi:

a) Murid datang awal untuk sesi Klinik Pemulihan

b) NILAM dalam pemulihan seperti baca buku

cerita atau baca petikan pendek.

8.1.1.6 Hari Terbuka Akademik sudah bertemu waris murid

terlibat.

8.1.2 Tahap 2:

8.1.2.1 Murid pemulihan yang terlibat ialah:

a) Tahun 6: 3 orang murid

b) Tahun 5: 3 orang murid

c) Tahun 4: 8 orang murid

8.1.2.2 IPP2M akan dijalankan pada bulan Oktober.

8.2 Mesyuarat bersetuju melaksanakan Kelas Program Intervensi mulai 2019

dan kelas Ibnu Sina dipilih bagi menjayakan program tersebut. Dengan

tujuan, mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai tahap

minimum.

Makluman

9.0 Program JILUS
9.1 Mesyuarat dimaklumkan:
9.1.1 Program JILUS melibatkan 24 orang murid Tahun 6.
9.1.2 Data Ujian Prestasi telah dihantar pada bulan Jun yang lalu.
9.1.3 Modul JILUS terus digunakan untuk program intervensi Tahun 6
dan keberkesannya dapat dilihat pada peningkatan lulus dalam
Percubaan UPSR.
Makluman

10.0 Linus 2.0
10.1 Mesyuarat dimaklumkan:

10.1.1 Saringan 2 Lisan telah selesai.
10.1.2 Saringan 2 bertulis bermula 30 September 2018.
10.1.3 Program intervensi:

a) mengikut mata pelajaran
b) individu, kumpulan kecil dan di dalam kelas
10.2 Pengerusi meminta guru-guru Linus 2.0 dapat mengurangkan bilangan
murid yang belum menguasai K3 – K12.

5

11.0 Makluman
10.2 Pengerusi meminta guru-guru Linus 2.0 menjalankan intervensi di dalam

kelas dalam waktu PdPc kerana lebih berkesan dan berfokus.
Tindakan: Penyelaras Linus 2.0

Program Bijak Bahasa Melayu (PBBM)
11.1 Mesyuarat dimaklumkan:

a) Melibatkan 12 orang murid kerana seorang murid berpindah.
b) Masalah murid ialah ponteng dan tidak ada keazaman.

i) Alif Najmi dan Amirul Akmal
c) Ada peningkatan dan menyasarkan 5 orang murid dapat

meningkatkan prestasi lulus
Makluman

12.0 Highly Immersive Programme (HIP)
12.1 Mesyuarat dimaklumkan:

12.1.1 Dr. Lee Phaik Gaik, Pegawai ELTC, KPM telah datang membuat
lawatan bimbingan pada 13 September.

12.1.2 Beliau telah menemubual seorang Pentadbir, Penyelaras HIP,
Guru Bahasa Inggeris dan Guru Bukan Bahasa Inggeris.

12.1.3 Hasil dapatan temubual dan pemantauan beberapa perkara telah
dibincangkan:
a) Intergrasi terma-terma Bahasa Inggeris di dalam mata
pelajaran bukan Bahasa Inggeris seperti arahan mudah dan
ayat perbualan mudah.
b) Buat senarai semak untuk memantau kekerapan dan
sebagai alat pemerhatian untuk pencapaian atau objektif
yang ingin dicapai.
c) Menyediakan bahan bantu mengajar yang pelbagai aras
pembelajaran.
d) Menerapkan pembelajaran berasaskan projek
e) Penglibatan komuniti dan ibu bapa adalah tidak memuaskan
dan mengadakan program bersama komuniti pada masa
hadapan.
f) Menjalankan aktiviti 1 hari 1 frasa, 1 hari 1 perkataan atau 1
hari 1 peribahasa dalam Bahasa Inggeris.
g) Penglibatan secara menyeluruh oleh semua warga sekolah
dan bukan hanya guru Bahasa Inggeris semata-mata.
Makluman

13.0 Laporan Ketua Panitia dan Unit Khas
13.1 Pengerusi meminta Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik, Sains dan Pendidikan Islam membentangkan Pelan Intervensi
Lima Langkah.
13.1.1 Pelan Intervensi Lima Langkah setiap panitia akan dijadikan

panduan sebagai teras Intervensi untuk meningkatkan prestasi
murid.

6

13.1.2 PILL akan dikumpulkan dan dijadikan laporan intervensi panitia
masing-masing.
Makluman

13.2 Panitia Sejarah
13.2.1 Mesyuarat dimaklumkan:

a) Sambutan Bulan Kemerdekaan bermula dari 13 Ogos
hingga 14 September 2018.

b) Aktiviti-aktiviti bulan kemerdekaan ialah:
i) bicara spontan
ii) kuiz spontan
iii) kuiz terkumpul
iv) tayangan video
v) reka cipta
vi) pertandingan lagu-lagu patriotik
vii) pertandingan pakaian patriotic

c) Wang Panitia Sejarah digunakan untuk pembelian hadiah
pemenang.
Makluman

13.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
13.3.1 Mesyuarat dimaklumkan:

a) Pelaporan dan perekodan perlu dihantar pada 22 – 26
Oktober 2018

b) Pelaksanaan pentaksiran:
i) Guru hendaklah merekod dan mencatat penguasaan
murid tetapi tidak semestinya menggunakan rekod
transit
ii) Boleh menggunakan dokumen lain mengikut
kesesuaian.
iii) Tahap penguasaan murid dinilai Berdasarkan
pentaksiran bilik darjah dengan menggunakan
pendekatan pertimbangan professional guru melalui
formatif dan sumatif

c) Pelaporan dalam bentuk rekod bertulis sahaja dan tidak
perlu dihantar melalui e-mel
Makluman

13.3.2 Pengerusi meminta semua ketua panitia menyampaikan maklumat
Pentaksiran Berasaskan Sekolah di dalam mesyuarat panitia
masing-masing dan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

13.4 UPSR

13.4.1 Mesyuarat dimaklumkan:
a) UPSR telah berjalan dengan lancar sepanjang 24 – 27

September

7

b) Semua calon hadir.
c) Tidak ada calon kuarantin
d) Mohd Hafiz Danial telah berhenti sekolah pada 1

September.
Makluman

13.5 Pusat Sumber Sekolah
13.5.1 Mesyuarat dimaklumkan:

a) Membudayakan Speakers’ Corner sebagai salah satu aktiviti
Pusat Sumber Sekolah.

b) Sediakan insentif kepada murid-murid yang terlibat dan
berani tampil ke hadapan.

c) Pelbagaikan aktiviti Speakers’ Corner bukan sekadar
membaca teks atau cerita sahaja.

d) Data NILAM sedang mencari kaedah yang sesuai untuk
memudahkan guru-guru semasa Pengisian data.

e) Semua guru kelas boleh membuat kutipan buku NILAM.
f) Program BLINK akan diputuskan kemudian.

Makluman

13.6 Prasekolah
13.6.1 Mesyuarat dimaklumkan:

a) Pengesahan dan taklimat pra 2019 telah dijalankan pada 25
September 2018 jam 1 petang.

b) Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan dan
Instrumen Kesediaan Murid ke Tahun 1 fasa 2 akan bermula
pada bulan Oktober.

c) Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan:
i) secara dalam talian dan wajib kepada semua Pra
KPM dan swasta.
ii) Penarafan kendiri mengikut instrument SKPK dan ada
5 dimensi yang dinilai.
iii) mesti mengikut proses aliran kerja yang diberikan
Makluman

13.7 Makmal Komputer
13.7.1 Mesyuarat dimaklumkan:

a) Makmal Komputer B telah menempatkan 20 buah komputer
baharu.

b) Komputer ini sudah selesai proses pemasangan dan sedang
melatih murid menggunakan perisian Windows 10.

c) Penggunaan makmal komputer adalah memuaskan tetapi
guru yang terlibat perlu memastikan kebersihan makmal
komputer dijaga sepanjang penggunaannya.
Makluman

8

14.0 Kewangan

14.1 Pengerusi memaklumkan baki kewangan bagi setiap panitia seperti

berikut:

a) Bahasa Melayu RM 858.60

b) Bahasa Inggeris RM 183.90

c) Matematik RM 747.90

d) Sains RM 177.20

e) Pendidikan Islam RM 437.60

f) Pendidikan Moral RM 572.40

g) Sejarah RM1,774.20

h) Reka Bentuk dan Teknologi RM 0.00

i) Teknologi Maklumat dan Komunikasi RM 32.40

j) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan RM1,456.71

k) Pendidikan Kesenian RM1,436.00

l) Pendidikan Jasmani RM1,298.00

m) Pendidikan Kesihatan RM 999.00

n) Pendidikan Muzik RM 481.60

o) Pendidikan Seni Visual RM 98.00

p) Bahasa Arab RM 0.00

q) Bimbingan dan Kaunseling RM 442.25

r) Pusat Sumber Sekolah RM1,118.50

s) Prasekolah (PCG) RM1,588.00

14.2 Pengerusi meminta semua panitia membuat perancangan daripada bulan

Januari dan membelanjakan wang yang telah diperuntukkan.

Makluman

15.0 Hal-hal Lain
15.1 Pengerusi memaklumkan mengenai SKPMg2 seperti berikut:

15.1.1 SKPMg2 perlu dilengkapkan penilaian semester kedua.
15.1.2 Borang perlu dihantar semula kepada PK Pentadbiran pada atau

sebelum 30 Oktober.
15.1.3 Mesyuarat dimaklumkan proses dan prosedur berjalan seperti

biasa hanya audit sahaja yang dimansuhkan.
15.1.4 Semua aktiviti panitia perlu ada evidens.

Makluman

15.2 Pengerusi memaklumkan mengenai PBPPP seperti berikut:
a) Penilaian fasa kedua
b) Pentadbir menilai keberhasilan yang telah dibuat pada awal
tahun
c) Pencerapan
i) Sediakan PdPc yang berkualiti dan lebih bersedia.
ii) Ada elemen TMK dan ke arah PA 21
Makluman

15.3 Puan Mazlini binti Arop memaklumkan pengisian Data Segak ialah
sebelum 31 Oktober.

9

Makluman
15.3.1Ketua Panitia Pendidikan Jasmani perlu memastikan semua guru

Pendidikan Jasmani telah melengkapkan data dan mematuhi
tempoh masa yang ditetapkan.

Tindakan: Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

15.4 Pn Rosmina binti Ishak memaklumkan informasi peperiksaan UPKK:
15.4.1 Semua murid Tahun 5 yang terlibat dibenarkan untuk pulang

seawal jam 12.30 tengah hari.
15.4.2 Senarai nama murid yang terlibat dikeluarkan oleh Pusat KAFA

masing-masing.
Makluman

16.0 Penutup
16.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat di

atas kerja keras dan usaha yang berterusan oleh semua panitia
sepanjang sesi persekolahan 2018 dan mengharapkan prestasi sekolah
akan dapat dipertingkatkan lagi pada sesi 2019. Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 3.20 petang.

Disediakan oleh,

Setiausaha Kurikulum
2 Oktober 2018

10


Click to View FlipBook Version