MINIT MESYUARAT GURU
BIL.1/2019
Tarikh : 26 Disember 2018
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber SK Tasek Gelugor
KEHADIRAN Guru Besar
PK Pentadbiran
1. En. Mohd Fuaad bin Ismail PK HEM
2. Pn. Hafizoh binti Wahab PK Kokurikulum
3. Pn. Hjh Salihah binti Ali PK Petang
4. Pn. Mazlini binti Arop
5. En. Mohd Zakir bin Hakimuddin
6. En. Abdul Khaliq bin Ismail
7. En. Ahmad Farihan bin Muhamad
8. En. Amir Husaini @ Mahadi b. Hj Ahmad
9. En. Omar bin Osman
10. En. Habib Mohd Khairul Nizam
11. En. Mohd Hafiz bin Ahmad
12. En. Mohd Noor bin Hashim
13. En. Mohd Nazirul Ezrin bin Ilyas
14. En. Mohd Azlan bin Aziz
15. En. Sivasuthan a/l Prabakaran
16. En. Jalaluddin bin Ramli
17. Cik Aqila Riyani binti Abdul Rani
18. Pn. Afaff bin Abdullah
19. Cik Hasmiyah binti Md Taha
20. Pn. Baqiatussolihah binti Abdul Karim
21. Pn. Che Rokiah binti Che Su
22. Pn. Hamishanida binti Md. Ishak
23. Pn. Hasbuna binti Abu Seman
24. Pn. Hasilahwati binti Hassan
25. Pn. Hjh. Sharimah binti Abdullah
26. Pn. Husna binti Abu Yazid
27. Pn. Ira Rosmaini binti Ramli
28. Pn. Ismaliza binti Ismail
29. Pn. Kharsyiah binti Abdul Rahman
30. Pn. Mahwan binti Hassan
31. Pn. Majidah binti Said
32. Pn. Mas Mardziah binti Mansor
33. Pn. Masitah binti Saidin
34. Pn. Hjh Nafizah binti Ahmad
35. Pn. Nor A’ini binti Hashim
1
36. Pn. Nor Haiyati binti Mohd Yusof Pencatat Minit
37. Pn. Nor Hamidah binti Saari
38. Pn. Norazila binti Hassan
39. Pn. Norhaslinda binti Abdul Rejab
40. Pn. Norriza binti Khalib
41. Pn. Norrizzian binti Din
42. Pn. Nur Hayati binti Patin
43. Pn. Nurulhuda binti Mohamad Nor
44. Pn. Roshana binti Abu Bakar
45. Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid
46. Pn. Syakirah binti Shahabuddin
47. Pn. Sariffah binti Mohd Salleh
48. Pn. Hasbuna binti Abu Seman
49. Pn. Hasliza bt Hussin
50. Pn. Zahida binti Mohamad
51. Pn. Zanariah binti Othman
52. Pn. Nor Hidayah binti Md Yusof
53. Pn. Nurazlin Binti Mohd Yusof
54. Pn. Sabrina Binti Arshad
TIDAK HADIR BERSEBAB : sakit
1. Pn. Zahida Binti Mohamad
URUSETIA :
Pn Hjh Sabrina binti Arshad
AGENDA :
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Bil 5/2018
3. Perkara berbangkit
4. Buku Perancangan Dan Takwim 2019
5. Buku Dokumen Persediaan Mengajar
6. Jadual waktu 2019
7. Program Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 2019
8. Hal-hal lain
2
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Rasa
kesyukuran dipanjatkan kerana masih dipanjangkan usia untuk hadir dalam
mesyuarat pertama sesi persekolahan 2019.
1.2 Pengerusi berpesan kepada semua guru agar memegang amanah yang
dipertanggungjawabkan sebagai penjawat awam.
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua Penolong Kanan dan guru-
guru yang memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang 2018.
1.4 Pengerusi memaklumkan kemenjadian murid dan kualiti kepimpinan menjadi
fokus JPN.
1.5 Pengerusi menyatakan penetapan hala tuju sekolah iaitu :
1.5.1 Meningkatkan keupayaan guru dalam PdPc
1.5.2 Melestarikan ICT sebagai sumber PdPc ke arah membudayakan PA21
1.5.3 Meningkatkan pengurusan 4M di kalangan murid Tahap Satu
1.5.4 Mengoptimumkan keupayaan kemenjadian murid pada tahap lebih
cemerlang
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Guru Bil.5/2018 dicadang untuk disahkan oleh En Amir
Husaini bin Hj Ahmad dan disokong oleh Pn Norhidayah binti Md Yusoff.
3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perancangan strategik hendaklah disediakan mengikut format yang
ditetapkan.
3.2 Masih ramai yang belum menyerahkan dan menandatangani buku budaya
tutup sekolah
Makluman
4.0 BUKU PERANCANGAN DAN TAKWIM 2019
4.1 Pengerusi memaklumkan Buku Perancangan Dan Takwim 2019 diselaraskan
di peringkat negeri dan mengandungi maklumat lengkap yang perlu
3
dibudayakan untuk pengajaran PA 21 sepenuhnya serta dipantau oleh JPN
dan PPD.
4.2 Semua guru diminta meningkatkan penguasaan ICT untuk mencapai
matlamat Pdpc PA 21.
4.3 Cuti peristiwa dan takwim peperiksaan 2019 telah ditetapkan. PKSR hanya
untuk Tahap 2 manakala Tahap 1 menggunakan pentaksiran bilik darjah
(PBD).
4.4 Tarikh penyemakan buku laporan Khas dan buku latihan juga telah ditetapkan.
Guru diminta rujuk Buku Pengurusan Sekolah.
4.5 Semua guru perlu melaksanakan pencerapan kendiri sebelum dicerap olah
Ketua Panitia dan Pentadbir untuk SKPmg2.
4.6 Pengerusi meminta semua guru hadir 10 minit lebih awal sebelum waktu
pemulaan pengajaran.Guru bertugas mingguan pula perlu hadir 15 minit lebih
awal sebelum bertugas dan pulang 15 minit lebih lewat.
4.7 Waktu bersurai murid hendaklah dipantau agar dalam keadaan terkawal.
4.8 Guru hendaklah memaklumkan sebelum pukul 7.00 pagi kepada Guru Besar
dan PK Pentadbiran jika tidak dapat hadir ke sekolah untuk memudahkan
pengurusan.
4.9 Urusan keluar masuk waktu persekolahan hendaklah mendapat kebenaran
Guru Besar terlebih dahulu dan dicatat dalam buku yang disediakan.
4.10 Perhimpunan rasmi adalah wajib dihadiri oleh semua guru dan mematuhi
etika berpakaian penjawat awam.
4.11 Pengambilan Cuti Rehat Khas (CRK ) perlulah menepati syaratdan mendapat
kelulusan Guru Besar.
4.12 Permohonan cuti ke luar Negara hendaklah dibuat dalam tempoh 21 hari
bekerja.
4.13 Guru hendaklah menggantikan kelas yang dipertanggungjawabkan dan tidak
membiarkan kelas terbiar dan tidak dipantau.
4.14 Semua guru tidak boleh terlibat dengan aktiviti luar seperti politik dan
perniagaan. Ia perlulah mendapatkan kebenaran….
4.15 Guru perlu hadir untuk segala aktiviti yang dicalonkan seperti mesyuarat,
bengkel, taklimat dan sebagainya serta buatkan minit curai untuk diserahkan
kepada Guru Besar.
4.16 Guru hendaklah akur dengan semua surat pekeliling.
4.17 Borang keberhasilan PBPPP/LNPT perlu dilengkapkan 2 kali setahun untuk
melihat pencapaian tahap keberhasilan.
4
4.18 Penggunaan mesin fotostat perlu hantar awal dan direkodkan.
4.19 Guru dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah serta menjaga nama
baik jabatan.Guru juga dilarang berkongsi di media sosial .
4.20 Semua pertukaran guru adalah mengikut keperluan dan kekosongan.
4.21 Semua urusan dengan PPD dan JPN perlu dimaklumkan kepada Guru Besar
terlebih dahulu begitu juga dengan urusan luar yang perlu mendapat
kebenaran Guru Besar.
4.22 Pengerusi memaklumkan Jemaah Nazir akan membuat pemantauan di SK
Tasek gelugor pada minggu pertama persekolahan.
Makluman
5.0 BUKU DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR
5.1 Pengerusi meminta En Habib Mohd Khairul Nizam bin Habib Elias untuk
mengetuai Ikrar Aku Janji dan semua guru dikehendaki melengkapkan
ruangan tersebut dalam Dokumen Persediaan Mengajar 2019.
Makluman
6.0 JADUAL WAKTU 2019
6.1 Penyerahan jadual waktu individu dan kelas akan diserahkan nanti oleh PK
Pentadbiran. Guru-guru diharap berpuas hati dan dapat menerima tugas yang
diamanahkan.
Makluman
7.0 PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 2019
7.1 Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 akan diadakan 29 Disember 2019 Sabtu
tepat pukul 8.00 pagi.
7.2 Pendaftaran akan bermula seawal 7.30 pagi di Anjung Rahmat bersama-
sama guru kelas. Murid Prasekolah akan membuat pendaftaran di kelas
Prasekolah.
7.3 Para waris Tahun 1 akan berkumpul di dewan manakala waris Prasekolah di
Pusat Sumber SKTG.
7.4 Semua guru diminta rujuk senarai AJK Hari Orientasi untuk tugas masing-
masing.
5
7.5 Pengagihan buku teks hanya untuk Tahun 1 dan Tahun 3 sahaja.
7.6 Ibubapa murid dikehendaki menulis sendiri nama anak mereka untuk
tempahan tanda nama.
Makluman
8.0 HAL – HAL LAIN
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada sesi persekolahan 2019 tiada
sebarang ujian dan peperiksaan untuk Tahap 1. Penilaian sepenuhnya
berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berlaku sepanjang masa.
8.2 Pengerusi berharap agar teguran pegawai bomba tentang Latihan Kebakaran
yang lalu hendaklah dititikberatkan agar tidak berulang lagi bagi mengelakkan
perkara tidak diingini berlaku.
8.3 Pembantu kelas hendaklah main peranan jika guru kelas tidak hadir.
Makluman
9.0 Penutup
9.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah
diberikan oleh semua guru sepanjang sesi persekolahan 2018. Pengerusi
berharap kerjasama yang berterusan oleh semua guru untuk sepanjang sesi
persekolahan 2019 yang serba mencabar. Mesyuarat ditangguhkan pada jam
10.00 pagi.
Disediakan oleh,
Pn Hjh Sabrina binti Arshad
Pencatat Minit
Tarikh : 03 Januari 2019
6