The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanida19679, 2019-10-10 08:44:54

MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 2019

MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 2019

MINIT MESYUARAT GURU
BIL. 2/2019

TARIKH: 09.03.2019
MASA: 8:00 PAGI

TEMPAT: Pusat Sumber Sekolah

KEHADIRAN Guru Besar
PK Pentadbiran
1. En. Mohd Fuaad bin Ismail PK HEM
2. Pn. Hafizoh binti Abdul Wahab PK Kokurikulum
3. Pn. Hjh Salihah binti Ali PK Petang
4. Pn. Mazlini binti Arop
5. En. Mohd Zakir bin Hakimuddin
6. En. Abdul Khaliq bin Ismail
7. En. Ahmad Farihan bin Muhamad
8. En. Amir Husaini @ Mahadi b. Hj Ahmad
9. En. Omar bin Osman
10. En. Habib Mohd Khairul Nizam
11. En. Mohd Hafiz bin Ahmad
12. En. Mohd Noor bin Hashim
13. En. Mohd Nazirul Ezrin bin Ilyas
14. En. Mohd Azlan bin Aziz
15. En. Sivasuthan A/L Prabakaran
16. En. Jalaluddin bin Ramli
17. Cik Aqila Riyani binti Abdul Rani
18. Cik Hasmiyah binti Md Taha
19. Pn. Baqiatussolihah binti Abdul Karim
20. Pn. Hamishanida binti Md. Ishak
21. Pn. Hasbuna binti Abu Seman
22. Pn. Hasilahwati binti Hassan
23. Pn. Hjh. Sharimah binti Abdullah
24. Pn. Husna binti Abu Yazid
25. Pn. Ira Rosmaini binti Ramli
26. Pn. Ismaliza binti Ismail
27. Pn. Kharsyiah binti Abdul Rahman
28. Pn. Mahwan binti Hassan
29. Pn. Majidah binti Said
30. Pn. Masitah binti Saidin
31. Pn. Hjh Nafizah binti Ahmad
32. Pn. Nor A’ini binti Hashim

33. Pn. Nor Haiyati binti Mohd Yusof Pencatat minit
34. Pn. Nor Hamidah binti Saari
35. Pn. Norazila binti Hassan
36. Pn. Norhaslinda binti Abdul Rejab
37. Pn. Norriza binti Khalib
38. Pn. Norrizzian binti Din
39. Pn. Nur Hayati binti Patin
40. Pn. Nurulhuda binti Mohamad Nor
41. Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid
42. Pn. Syakirah binti Shahabuddin
43. Pn. Sariffah binti Mohd Salleh
44. Pn. Hasbuna binti Abu Seman
45. Pn. Hasliza bt Hussin
46. Pn. Zahida binti Mohamad
47. Pn. Zanariah binti Othman
48. Pn. Hjh. Sabrina binti Arshad
49. Cik Nur Husna binti Hashim
50. Pn. Nadira binti Sharifuddin
51. Pn. Nurazlin binti Mohd Yusof

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Pn. Nor Hidayah binti Md. Yusof Cuti Bersalin
2. Pn. Afaff binti Abdullah Cuti Bersalin
3. Pn. Mas Mardziah binti Mansor Cuti Sakit
4. Pn. Roshana binti Abu Bakar
5. Pn. Che Rokiah binti Che Su

URUSETIA :

Pn Nurazlin binti Mohd Yusof

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Bil. 1/2019
3. Perkara Berbangkit
4. Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
5. Hal-hal lain
6. Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan menghargai
kerjasama semua guru dan barisan pentadbir yang turut sama membantu
menjayakan program sekolah.

1.2 Pengerusi mengharapkan semua guru agar menjadi guru yang berkualiti dan
meningkatkan profesionalisme, memfokuskan kemenjadian murid dan sentiasa
muhasabah diri.

1.3 Pengerusi memaklumkan tentang inisiatif kementerian,antaranya:
1.3.1 Mengurangkan beban guru
1.3.2 Sistem e - kehadiran
1.3.3 Tempat meletak kereta OKU
1.3.4 Aktiviti ‘Speakers Corner’
1.3.5 Sudut ‘R&R’ guru
1.3.6 Bidang akademik , budaya PLC dan PAK21
1.3.7 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD), sasaran Tahap 1,Tahap 2 juga boleh mula
dilaksanakan.
1.3.8 Unit HEM, isu beg berat, perlu diambil tindakan sewajarnya.
1.3.9 Pengurusan akademik , penguasaan 4M untuk Tahap 1, tiada peperiksaan.
1.3.10 Fokus kepada kemenjadian murid dalam bidang ko kurikulum dan akademik.
1.3.11 Unit HEM, tingkatkan sahsiah murid.

1.4 Pengerusi mengharapkan agar semua guru peka terhadap halatuju sekolah
selaras dengan hasrat kementerian, guru perlu berinisiatif bagi mencari idea baru
untuk diaplikasi dalam PdPc, menggunakan peranti yang diberikan.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit Mesyuarat Guru Bil.1/2019 telah dicadang untuk pengesahan oleh En Amir
Husaini bin Haji Ahmad dan disokong oleh Puan Zalina binti Abu.

Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

4.1. Pengerusi memaklumkan tentang tarikh Mesyuarat Agung PIBG iaitu pada
16 Mac 2019 bertempat di kantin , AJK guru akan dikekalkan untuk tempoh 2 tahun,
pengerusi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK sebelum ini, semoga
Mesyuarat Agung PIBG akan berjalan dengan lancar.

4.2 Hari sukan ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan murid, tarikh masih
dalam perbincangan.

4.3 Aktiviti luar ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang sesuai.

4.4 Ustaz Amir memaklumkan tentang pengadang bola di PKG yang rosak, pengerusi
telah memaklumkan perkara tersebut kepada kementerian tetapi masih dalam
perhatian.

4.5 Pengerusi meminta guru-guru yang masih belum menandatangani ruangan
‘Aku Janji’ dalam Dokumen Persediaan Mengajar, sila hantar DPM kepada Guru
Besar dengan segera.

4.6 Semua guru diminta akur pada Perintah Am ‘AKU JANJI’, menjaga Attitude, Skill
dan Knowledge.

4.7 Pengerusi berharap agar guru-guru dapat menepati masa sewaktu aktiviti
ko kurikulum.

4.8 Guru-guru perlu menepati waktu bertugas, masuk ke kelas mengikut waktu yang
ditetapkan.

4.9 Pengisian e-gtukar telah dibuka sehingga 30 Mac 2019.

4.10 Pengisian SKPMg2 telah dibuka untuk standard 4 penilaian kendiri untuk bulan Mac
diharap guru-guru dapat selesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

4.11 Aktiviti PLC diambil kira sebagai LDP.

4.12 Guru-guru akan menyertai program LDP yang akan diadakan di Penang Science
Cluster (PSC), menimba ilmu tentang sistem ICT.

Makluman

UCAPAN PK PENTADBIRAN

 PLC bermanfaat untuk guru dan murid.
 PBPPP akan dibuka pada 11 Mac 2019, guru-guru boleh lengkapkan penilaian

kendiri.
 Pelaksanaan jadual VLE Frog untuk Tahap 1 akan dibuat selepas PKSR 1 Tahap

2.
 Jadual waktu akan berubah disebabkan oleh tambahan waktu subjek Matematik

menjadi 6 waktu seminggu.

 Pada setiap hari Rabu, PdPc sesi petang akan bermula jam 1.40 petang kerana
sebelum waktu itu, murid-murid Tahap 1 akan terlibat dengan VLE Frog, jadual
akan bermula selepas cuti.

 Aktiviti PLC akan dijalankan pada 18 Mac 2019, pegawai SiSC+ akan hadir untuk
melihat PdPc Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 Anugerah Surau akan melibatkan kerjasama satu sekolah, perlu ada dokumentasi.
 Program Ziarah Cakna diwujudkan pada peringkat awal melibatkan murid-murid

Tahun 6, dengan kerjasama Kaunselor, Penolong Kanan, guru-guru, selepas ini
akan diteruskan untuk kelas-kelas yang lain.

UCAPAN PK HAL EHWAL MURID

 Ucapan terima kasih di atas kerjasama semua guru menjayakan program HEM.
 Isu beg berat akan diambil tindakan, guru bertugas perlu ingatkan tentang berat

beg murid yang sepatutnya kurang daripada lima kilogram.
 Semua guru memainkan peranan sebagai guru disiplin.
 Buku pemantauan kelas perlu diisi oleh semua guru mata pelajaran dan dihantar

ke pejabat pada setiap minggu.
 Sistem Salahlaku Disipilin Murid ditukar kepada Sistem Sahsiah Disiplin Murid

(SSDM).
 SSDM ( ID= PBA2026, PASSWORD= DISPPBA2026).
 Tujuan SSDM adalah bagi membolehkan guru-guru mengisi ‘amalan baik’ murid

dan akan dipantau di peringkat KPM.
 Guru bertugas perlu mengawal murid, mengawasi murid di kantin, menulis laporan

buku kecil HEM setiap hari dengan jelas.
 Guru kelas perlu mengemaskini fail murid dan meletakkan di atas rak yang

disediakan di bilik guru.
 Bagi Sistem E kehadiran, setiap bulan laporan kedatangan perlu dicetak dan

disimpan di dalam fail, sekiranya tidak mendapat capaian internet, guru boleh
menggunakan lampiran B yang diberikan.
 Guru pembantu perlu membantu guru kelas di dalam apa jua pengurusan kelas.
 Amalan penyayang di sekolah akan diteruskan.
 Guru kelas Tahun 1 Ibnu Sina perlu sediakan fail murid inklusif untuk seorang
murid yang berada di kelas berkenaan.
 Semua guru perlu memantau aktiviti jualan dan belian makanan dan minuman
yang tidak sihat.
 Isu HEM, tangani vandalisme (self of belonging).

UCAPAN PK KOKURIKULUM.

 Aktiviti kokurikulum mengikut jadual baru akan bermula pada minggu hadapan.
 Pembahagian tugas mengikut aktiviti:
 NILAM 1 dan VLE 1 ( guru akan bertugas semasa perjumpaan kelab dan

persatuan)
 NILAM 2 dan VLE 2 ( guru akan bertugas semasa perjumpaan unit beruniform)
 Untuk aktiviti NILAM, guru pagi akan bertugas secara pusingan setiap minggu.

 Meskipun guru bertugas untuk NILAM dan VLE, nama masih kekal di dalam kelab
dan persatuan.

 Perjumpaan kelab dan persatuan akan bermula pada jam 12:30 tengahari hingga
jam 1:00 petang, kemudian diikuti dengan aktiviti NILAM pada jam 1:00 hingga
jam 1:30 petang.

 Senarai nama guru bertugas boleh dirujuk di dalam group whatssup kokurikulum.
 Pengisian PAJSK akan dibuka mulai 1 Mac 2019.
 Pendaftaran PAJSK ada tanggungjawab guru kelas.
 Kelab Pusat Sumber Sekolah didaftarkan di bawah nama CYBERKID.
 Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab didaftarkan di bawah Persatuan

Agama Islam.
 Bagi pertandingan Ko Akademik, guru terlibat perlu melengkapkan borang

pendaftaran peserta (Puan. Zanariah – Bahasa Melayu, Encik Sivasuthan –
Bahasa Inggeris).
 Seramai tiga orang guru yang akan mengiringi murid ke pertandingan Ko
Akademik Bahasa Melayu pada 20 Mac 2019, iaitu Puan Majidah, Encik Mohd
Noor dan Puan Hajah Sharimah, Puan Zanariah akan terlibat sebagai penjaga
masa di bilik bercerita Tahap 2.
 Sekolah turut menghantar peserta untuk pertandingan nyanyian solo.
 Segala maklumat boleh diperolehi di dalam whasstup kokurikulum sekolah.
 Ucapan terima kasih daripada PK Kokurikulum di atas kerjasama guru di dalam
Program Merentas Desa.
 Sukan Tahunan akan ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan oleh
kekangan cuaca.
 Latihan untuk aktiviti luar hanya dibenarkan pada waktu pagi (sebelum jam 11:00
pagi) dan waktu petang ( selepas jam 5:30 petang).

UCAPAN PK PETANG

 Semua guru perlu berhati-hati dengan pihak luar yang boleh menimbulkan
pelbagai masalah.

 Dokumen Persediaan Mengajar perlu dilengkapkan.
 Guru dikehendaki masuk ke kelas ganti sepertimana yang ditetapkan.
 Diharapkan apa jua mesyuarat dapat bermula jam 12:30 tengahari bagi

memudahkan urusan kawalan murid di dewan.
 Semua guru diingatkan agar tidak mendenda murid dan mengelakkan sentuhan.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar memaklumkan tentang ziarah cakna yang telah diperkenalkan oleh KPM.
Penyediaan Aplikasi SKPMg2 di dalam telefon pintar di sekolah, SKTG menjadi
perintis. Guru diminta menjawab soal selidik yang akan dimuat naik di dalam group
whatssup ‘TERKINI’.

5.2 Puan Hafidzoh meminta guru-guru melihat pembahagian tugas gotong-royong di
dalam ‘whasstup’, penerangan tugas di surau akan dimaklumkan di surau.

5.3 Senarai tugas untuk Mesyuarat Agung PIBG akan diedarkan.

5.4 Guru Besar mengingatkan agar semua guru dapat mengelakkan sebarang
kontroversi dengan murid dan ibu bapa, sekiranya terdapat permasalahan sila
rujuk kepada pentadbir , sebagai penjawat awam semua guru terikat dengan akta.

PENUTUP.

Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat memberikan komitmen yang terbaik
untuk kecemerlangan SKTG, semoga usaha murni yang telah dicurahkan akan diberkati
oleh Allah S.W.T.

Disediakan oleh:

Pn Nurazlin binti Mohd Yusof
Pencatat Minit
Mesyuarat Guru SK Tasek Gelugor


Click to View FlipBook Version