MINIT MESYUARAT GURU
BIL.1/2020
Tarikh: 30 Disember 2020
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Hotel Park Avenue, Sungai Petani
Kehadiran:
1. En Mohd Fuaad bin Ismail Guru Besar (Pengerusi)
2. Pn Hafizoh binti Abdul Wahab PK Pentadbiran
3. Pn Hjh Salihah binti Ali PK Hal Ehwal Murid
4. Pn Mazlini binti Arop PK Kokurikulum
5. En Mohd Zakir bin Hakimuddin PK Petang
6. En Abdul Khaliq bin Ismail
7. Pn Baqiatussolihah binti Abdul Karim
8. Pn Hasilahwati binti Hassan
9. Cik Hasmiyah binti Md Taha
10. Pn Hjh Nafizah binti Ahmad
11. Pn Hjh Sabrina binti Arshad
12. Pn Husna binti Abu Yazid
13. En Jalaluddin bin Ramli
14. Pn Kharsyiah binti Abdul Rahman
15. Pn Mahwan binti Hassan
16. En Mohd Azlan bin Aziz
17. Pn Nor A’ini binti Hashim
18. Pn Nor Haiyati binti Mohd Yusoff
19. Pn Nor Hamidah binti Saari
20. Pn Nor Hidayah binti Md Yusoff
21. Pn Norazila binti Hassan
22. Pn Norhaslinda binti Abdul Rejab
23. Pn Norriza binti Khalib
24. Pn Norrizzian binti Din
25. Pn Nurulhuda binti Mohamad Nor
26. En Sivasuthan a/l Prabakaran
27. Pn Syakirah binti Shahabuddin
28. Pn Zahida binti Mohamad
29. Pn Zanariah binti Othman
30. Pn Afaff binti Abdullah
31. En Ahmad Farihan bin Muhamad
32. En Amir Husaini @ Mahadi bin Hj Ahmad
33. Pn Aqila Riyani binti Abdul Rani
34. Pn Che Rokiah binti Che Su
35. En Habib Mohd Khairul Nizam bin Habib Elias
36. Pn Hasbuna binti Abu Seman
37. Pn Hasliza binti Hussin
38. Pn Hjh Sharimah binti Abdullah
39. Pn Ira Rosmaini binti Ramli
40. Pn Ismaliza binti Ismail
41. Pn Masitah binti Saidin
42. En Mohd Hafiz bin Ahmad
43. En Mohd Nazirul Ezrin bin Ilyas Cuti Bersalin
44. Pn Nadira binti Shariffuddin Cuti Bersalin
45. Pn Nur Hayati binti Patin
46. En Omar bin Osman Pencatat Minit
47. Pn Roshana binti Abu Bakar
48. Pn Siti Aishah binti Abdul Hamid
49. Pn Zalina binti Abu
50. Pn Hamishanida binti Md Ishak
51. Pn Majidah binti Said
Tidak Hadir Bersebab:
1. Pn Mas Mardziah binti Mansor
2. Pn Nur Hayati binti Patin
Urusetia:
1. Pn Majidah binti Said
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Guru Bil.3/2019
3. Perkara Berbangkit
4. Buku Perancangan dan Takwim 2020
5. Buku Dokumen Persediaan Mengajar
6. Pentadbiran
7. Hal Ehwal Murid
8. Kokurikulum
9. Hal-hal Lain
10. Penutup
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua
guru kerana menghadirkan diri di mesyuarat kali ini serta mengalu-
alukan semua ke alam pengajaran dan pemudahcaraan di tahun 2020.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana:
1.2.1 Berjaya menjalankan amanah
1.2.2 Pencapaian yang baik
1.2.3 Telah melakukan yang terbaik
1.3 Pengerusi memaklumkan hala tuju sekolah perlu menjadi pegangan
semua guru:
1.3.1 Meningkatkan keupayaan guru dalam PdPc
1.3.2 Melestarikan ICT sebagai sumber ke arah membudayakan PAK
21.
1.3.3 Meningkatkan kemahiran 4M murid Tahap 1
1.3.4 Mengoptimumkan keupayaan dan kemenjadian guru pada tahap
lebih cemerlang.
1.4 Pengerusi telah menerapkan beberapa panduan sebagai pendorong
melaksanakan amanah sebagai pendidik di tahun 2020:
1.4.1 Budaya Kerja
a) Penyayang dan mesra
b) Percaya pada diri sendiri
c) Berpandangan jauh
d) Keseronokkan dalam bekerja
e) Bersungguh-sungguh
f) Tidak takut mencuba
g) Murid didahulukan, kecemerlangan diutamakan
1.4.2 Bersedia untuk berubah
a) Sentiasa positif
b) Bersangka baik
c) Bermotivasi
d) Bertolak ansur
e) Menerima pandangan orang lain
f) Bermuhasabah dan redho
1.4.3 Untuk mencapai kemenjadian murid, semua guru haruslah
a) Mempunyai visi
b) Meletakkan visi sebagai misi
c) Menjadikan misi untuk mencapai objektif
d) Bekerja sebagai satu pasukan
e) Transformasi mesti berlaku pada semua guru
1.4.4 Bekerja di bawah garis panduan
a) Perlembagaan Negara
b) Pekeliling/Arahan KPM/JPNPP/PPD
c) Keputusan/Arahan Ketua Jabatan/Pentadbir Sekolah
1.5 Pengerusi telah menasihatkan semua guru untuk bersama-sama
menjauhkan sifat-sifat yang menjatuhkan peribadi dan organisasi:
1.5.1 Suka banyak makan
a) Menguatkan nafsu dan menjadikan ia buas
1.5.2 Suka banyak berbicara
a) Sentiasa merasakan diri sendiri yang benar
1.5.3 Pemarah
a) Sikap kurang sabar dan meremehkan orang lain
1.5.4 Hasad dengki
a) Merasakan tidak puas hati apabila orang lain mendapat
kesenangan
1.5.5 Cinta pada harta
a) Suka mengumpul harta dan bersifat bakhil
1.5.6 Kasih akan kemegahan
a) Suka kepada gelaran dan pujian
1.5.7 Sombong
a) Membesarkan diri sendiri dari orang lain
1.5.8 Ujub
a) Berasa hebat dan hairan pada kebolehan diri sendiri
1.5.9 Riya’
a) Beramal kerana makhluk bukan kerana Allah
1.5.10 Pentingkan diri sendiri
1.6 Pengerusi meminta semua guru:
1.6.1 Melaksanakan etika seorang guru/penjawat awam dari segi
a) berpakaian
b) kehadiran
c) penggunaan bahasa
d) sentuhan
e) mematuhi masa
1.6.2 Pengurusan bilik darjah
a) pedagogi yang telah dipelajari semasa latihan perguruan
b) bijak menguruskan bilik darjah sebelum, semasa dan selepas
PdPc
1.6.3 Pengurusan maklumat
Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 3/2019
2.1 Pn Zalina bt Abu, mencadangkan pengesahan minit mesyuarat Bil 3/
2019 dan disokong oleh Pn Hjh Sarimah binti Abdullah.
Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit
4.0 Buku Perancangan dan Takwim 2020
4.1 Pengerusi memaklumkan semua perkara yang termaktub di dalam Buku
Perancangan dan Takwim 2020 adalah berkuatkuasa pada 30 Disember
2019.
4.2 Pengerusi memaklumkan sebarang perubahan akan berlaku dari masa
ke masa bergantung atas keperluan semasa.
4.3 Semua guru adalah wajib mengikuti semua peraturan dan lantikan di
dalam setiap unit Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum adalah mengikut garis panduan dan budi bicara pentadbir.
Makluman
5.0 Buku Dokumen Persediaan Mengajar 2020
5.1 Pengerusi memaklumkan kelewatan buku DPM pada tahun ini.
5.2 Pengerusi meminta semua guru mematuhi peraturan sedia ada
mengenai pengurusan buku DPM seperti tahun-tahun sebelumnya.
5.3 Dokumen Persediaan Mengajar ialah evidens setiap guru.
a) Mesti sentiasa berada bersama guru semasa PdPc di dalam
bilik darjah atau di luar bilik darjah.
b) Tidak boleh dibawa sekiranya berpindah sekolah.
c) Wajib menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) setiap kali
waktu PdPc.Ingkar arahan akan menyebabkan guru dikenakan
surcaj.
d) Penulisan buku RPH mengikut format yang telah ditetapkan.
e) Semua guru akan dicerap mengikut jadual pencerapan.
(Rujuk buku Perancangan dan Takwim 2020)
f) Borang Pencerapan SKPMg2 di halaman hadapan buku akan
dijadikan penanda aras penilaian pencerapan guru.
Makluman
6.0 Pentadbiran
6.1 Pengerusi mengingatkan semua guru:
6.1.1 Semakan DPM ialah setiap hari Jumaat
6.1.2 Penghantaran DPM kali pertama ialah pada 17 Januari 2020.
6.1.3 Punch card: 10 minit sebelum mula waktu persekolahan dan 10
minit selepas akhir waktu persekolahan.
6.1.4 Cuti Rehat Khas (10 hari) mesti mohon sekurang-kurangnya 5 hari
lebih awal.
6.1.5 Cuti Kecemasan / Cuti Sakit mesti maklum kepada Guru Besar
dan Penolong Kanan.
6.1.6 Pembelian ABM/BBM mesti menghantar nota minta lengkap
kepada Guru Besar.
6.1.7 Pembelian Tunai hanya untuk kecemasan (kurang daripada
RM20)
6.1.8 Kebenaran keluar waktu bertugas mesti catat pada buku log dan
dapatkan kebenaran pentadbir.
6.1.9 Intervensi PITS/PBBM akan dijalankan di peringkat sekolah.
6.1.10 Minit mesyuarat mesti siap 5 hari selepas mesyuarat.
6.1.11 Pakaian guru mesti ikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985 dan
bertajuk Peraturan Pakaian Guru di sekolah.
6.1.12 Pakaian Guru:
a) Unit Beruniform Lengkap adalah pada setiap hari Rabu
minggu pertama.
b) Pakaian batik ialah setiap hari Khamis.
6.1.13 Penglibatan dalam politik mesti mohon kebenaran dari pentadbir.
6.1.14 Semakan buku latihan murid wajib mengikut jadual yang telah
diberikan.
6.1.15 Tiada kebenaran merotan murid diberikan kepada guru.
6.1.16 Setiap murid mendapat kerusi/meja dan buku teks.
6.1.17 Semak data e-operasi/HRMIS dan sebagainya mengikut arahan
yang ditetapkan.
6.1.18 PBPPP / e-prestasi ialah sepanjang tahun.
Makluman
7.0 Hal Ehwal Murid
7.1 RMT hari pertama persekolahan (Tahun 2 hingga 6).
7.2 Program “Jom Ke Sekolah”.
7.3 Menangani setiap masalah disiplin secara berhemah.
7.4 Melayan setiap murid secara adil.
7.5 Semua guru adalah guru disiplin.
7.6 Peka masalah/ketidakhadiran murid.
Makluman
8.0 Kokurikulum
8.1 Penglibatan menyeluruh guru dan murid.
8.2 Peluang samarata untuk setiap murid.
8.3 Pilih permainan/aktiviti yang mampu menjulang nama sekolah.
8.4 Jangan selesa dengan cara lama/konvensional.
8.5 Persiapan awal pertandingan koakademik.
8.6 Laporan setiap aktiviti yang ringkas dan padat.
8.7 Inisiatif persediaan/latihan.
8.8 Inisiatif tingkatkan pengetahuan/kemahiran.
Makluman
9.0 Hal-hal Lain
9.1 Pengerusi memaklumkan pemansuhan peperiksaan bagi murid Tahap 1
digantikan dengan PBD yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang
tahun.
9.2 Pengerusi memaklumkan semua ketua panitia memastikan:
9.2.1 Peningkatan pencapaian UPSR 2020 adalah sebanyak 5% hingga
10% berbanding UPSR 2019.
9.2.2 KPI setiap aliran untuk PKSR 2 mesti meletakkan peningkatan
pencapaian pelajar antara 5% hingga 10%.
9.3 Pengerusi menegaskan:
9.3.1 Keselamatan murid mesti diutamakan.
9.3.2 Guru mata pelajaran waktu pertama mesti mengiringi murid ke
kelas.
9.3.3 Ambil masa 5 minit sebelum pulang untuk membersihkan bilik
darjah bagi kedua-dua sesi.
9.3.4 Semua guru mesti mematuhi arahan dan tempoh masa yang
ditetapkan berkaitan pengisian maklumat atau menghantar
perkara yang diminta.
9.4 Pengerusi memaklumkan beberapa fizikal sekolah telah dibaikpulih dan
berharap semua warga sekolah bersama-sama menjaganya.
Makluman
10.0 Penutup
10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen
guru sepanjang sesi persekolahan 2019.
10.2 Pengerusi menasihatkan supaya semua guru menjadi guru yang
sebenar, bekerja dalam suasana yang kondusif, terima dan melakukan
sebarang perubahan, setia kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah dan setiasa
menyayangi sesama ahli keluarga SK Tasek Gelugor.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.
Disediakan oleh,
Pn Majidah binti Said
Pencatat Minit
Tarikh: 07 Januari 2020