BUKU SKRAP
SEJARAH
TAHUN 6
RUKUN NEGARA
NAMA MURID: ILMAM FAHIM BIN MOHD AZMI
KELAS: 6 IBNU SINA
NAMA GURU: PUAN ROSNANI BT NORDIN
• RUKUN NEGARA IDEOLOGI KITA
• AHLI MAGERAN
• SEBAB-SEBAB RUKUN NEGARA
DIPERKENALKAN
• PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
• RUKUN NEGARA ASAS KEHIDUPAN
MASYARAKAT
• PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
• JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA
• LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK
PERPADUAN
• Rukun Negara telah diperkenalkan sebagai idieologi negara oleh
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).Rukun Negara telah
diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos
1970.MAGERAN yang diketuai oleh Tun Abdul Razak bin
Dato’Hussien telah dibentuk bagi mengawal keamanan negara yang
tergugat kerana Peristiwa 13 Mei 1969.Rukun Negara digunakan
untuk mengeratkan perpaduan dan perhubungan antara masyarakat
berbilang kaumdo negara kita.
• MAGERAN ditubuhkan untuk mengawal ketenteraman,memastikan
kelicinan pentadbiran negara,menjaga keharmonian dan saling
mempercayai dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
• Antara ahli MAGERAN termasuklah Tun Muhammad Gazhali bin
Shafei,Razak bin Dato’Husein,Tun Tan Seiw Sin,Tan Sri Hamzah bin
Datuk Abu Samah,Tun Jeneral Ibrahim bin Ismail,Tun Abdulllah bin
Ahmad Badawi dan Tun Hanif bin Omar.
1. Pihak British telah mengamalkan dasar atau pendekatan pecah dan
perintah semasa menjalankan pentadbiran di Persekutuan Tanah
Melayu.
2. Dasar atau pendekatan pecah dan perintah British menyebabkan
berlaku pengasingan tempat tinggal dan pekerjaan.
3. Kagiatan ekonomi yang berasaskan kaum telah menjadikan
kedudukan sosioekonomi masyarakat tidak seimbang.
4. Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menimbulkan rasa tidak
puasa hati dalam kalangan masyarakat.
5. Perselisihan dan perbalahan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969.
•
RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
1. Prinsip pertama:
Kepercayaan kepada tuhan
• Agama menjadi pegangan paling utam rakyat Malaysia.Oleh itu,setiap rakyat
seharusnya menghormati ramalan keagamaan masyarakat lain.Prinsip
kepercayaan kepada Tuhan ini juga dapat menyatupadukan masyarakat yang
yang berbilang kaum.Selain itu,rakyat dapat menjadi warganegara yang baik dan
bertanggungjawab terhadap negara.
2. Prinsip kedua
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlrmbagaan.Setiap warganegara
Malaysia perlu memberikan taat setia sepenuhnya kepada Yang-di Pertuan
Agong sebagai Ketua Utama Negara.Pada peringkat negeri pula,rakyat
dikehendaki memberikan taat setia kepada ketua negeri sama ada
Sultan,Raja,Yang di-Dipertuan Besar atau Yang di-Pertuan Negeri.Raja ialah
simbol penyatuan rakyat.
3. Prinsip ketiga
Keluhuran perlembagaan
• Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara.Perlembagaan
persekutuan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan
rakyat. Keluhuran perlembagaan menuntut rakyat menerima, mematuhi,
menyanjung dan mempertahankan perllembagaan negara.
4. Prinsip keempat
Kedaulatan Udang-undang
• Prinsip ini menuntut rakyat mentaati undang-undang dengan tidak
melakukan kesalahan di sisi undang-undang.Apabila kedaulatan undang-
undang dipelihara,maka negara berada dalam keadaan aman damai.Sebagai
rakyat,kita perlu mempertahankan kedaulatan undang-undang agar tidak
dicabar oleh mana-mana pihak.
5. Prinsip kelima
Kesopanan dan dan kesusilaan
• kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai murni yaang perlu ada dalam setiap
anggota masyarakat.