KATA ALU-ALUAN
Oleh:
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana telah diberi peluang untuk
menitipkan bicara dalam buku Karnival Kesenian Murid Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun
2022. Alhamdulillah, menerusi penganjuran karnival ini Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak langkah sering dengan
perkembangan semasa pada tahun ini.
Karnival Kesenian Murid Malaysia (KKMM) ini melibatkan gabungan persembahan murid-murid
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh Malaysia yang terpilih serta Sekolah Seni
Malaysia. Karnival bertemakan Petala Inderawati 2022 yang menggabungkan persembahan yang
digarap dari persembahan Lagenda atau Cerita Rakyat. Setiap kumpulan akan menampilkan
persembahan yang unik dan menarik berasaskan 4 bidang utama kesenian iaitu seni tari, seni
teater, seni muzik dan seni visual.
BSKK selaku urus setia induk mengambil inisiatif menganjurkan karnival ini juga sebagai satu
usaha Kementerian Pendidikan dalam membentuk perpaduan dan integrasi kaum melalui
penghargaan terhadap seni budaya dalam menyemarakkan aktiviti kokurikulum dalam kalangan
murid tanpa mengira bangsa dan keturunan di Malaysia.
Harapan kepada penganjuran yang berprestij ini ialah dapat meningkatkan potensi diri dan
perkembangan bakat murid dalam bidang kokurikulum. Ini
merupakan sokongan kepada pembinaan sahsiah, keterampilan
personaliti dan jati diri murid melalui aktiviti kokurikulum dan
kesenian. Pada waktu yang sama, dapat memelihara dan
menyemarakkan warisan seni seni budaya bangsa Malaysia yang
pelbagai kepada generasi muda.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan selaku
pengelola karnival, dan semua JPN yang telah memberikan
kerjasama dan sokongan dalam menjayakan karnival ini. Semoga
Karnival Kesenian Murid Malaysia (KKMM) 2022 ini berjalan
dengan lancar dan mencapai matlamat. Sekian, terima kasih.
YBRS. DR. LATIP BIN MUHAMMAD
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
KATA ALU-ALUAN
Oleh:
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, terima kasih kepada urus setia induk, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memilih JPN Kelantan
selaku tuan rumah untuk Karnival Kesenian Murid Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun
2022, kelolaan utama Sektor Pembangunan Bakat Murid, JPN Kelantan.
Selaku tuan rumah KKMM 2022, kami berharap kehadiran semua kontinjen ke negeri yang
penuh budaya ini dipenuhi dengan pelbagai pengalaman tentang seni budaya masyarakat
Negeri Kelantan khususnya kawasan mencanting batik, dan pembuatan wau tradisi
Kelantan. Ini sebahagian daripada mercu tanda warisan seni budaya masyarakat Kelantan.
Maka amat bersesuaianlah Kelantan dipilih sebagai tuan rumah karnival seni tahun ini.
Persembahan kebudayaan dari pelbagai negeri yang ditampilkan dalam karnival ini seperti
persembahan seni tari, muzik dan teater serta kesenian sangat signifikan dengan
perkembangan semasa. Ini sebagai usaha menyemarakkan seni budaya agar tidak terus
pupus dalam kalangan generasi di bangku sekolah. Karnival ini menjadi peluang membantu
murid meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam persembahan. Saya yakin dan
percaya bahawa ini merupakan sebahagian kecil usaha namun berterusan untuk
memastikan anak-anak murid kita tidak ketinggalan dalam apa jua aktiviti yang boleh
memacu bakat serta potensi mereka.
Akhir kata, saya sekali lagi bagi pihak JPNK merakamkan
terima kasih atas kepercayaan urus setia induk, Bahagian
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian
Pendidikan Malaysia yang telah memilih JPN Kelantan selaku
tuan rumah untuk KKMM 2022. Terima kasih dan tahniah juga
kepada semua 16 JPN yang memberi kerjasama serta
komitmen menjayakan Karnival Kesenian Murid Malaysia
Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.
Wabillahi al-taufik wal hidayah wassalamualaikum wa rahmatullahi wa
barakatuh.
YBRS. EN. MOHD ZIN BIN HALIM
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
OBJEKTIF PROGRAM
1 Mencungkil bakat serta potensi diri murid dalam bidang kesenian dan kebudayaan
daripada pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.
2 Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan sebagai khazanah dan warisan
bangsa.
3 Membina sahsiah dan keterampilan personaliti dan jati diri murid melalui aktiviti
kokurikulum dan kesenian.
4 Memberi pengalaman kepada murid untuk mengadakan persembahan pada peringkat
yang lebih tinggi.
5 Membentuk integrasi perpaduan antara kaum dan penerapan nilai-nilai murni melalui
penyemarakan seni budaya pelbagai bangsa Malaysia.
6 Mewujudkan semangat kerjasama dan kesefahaman kebudayaan antara bangsa
Malaysia.
DEFINISI TEMA
BURUNG PETALAWATI adalah lambang kegagahan sultan.
Al-kisahnya burung ini sangat gagah mengawasi negeri
Kelantan, sentiasa terbang berlegar di udara dan hanya
menjejak bumi apabila hampir mati. Pada zaman dahulu,
patung burung Petalawati digunakan sebagai tandu
membawa sultan atau putera sultan ketika majlis-majlis
berkhatan, khatam Al-Quran atau perarakan persandingan
diraja. Mengikut lagendanya, orang Melayu zaman lampau
begitu mempercayai burung berkenaan sehingga dianggap
mempunyai kuasa ajaib. Malah, patung burung Petalawati
sering digambarkan sedang menelan bumi, bagi
menggambarkan burung itu berkuasa menjaga dunia. Ia
juga dikatakan dianggap mempunyai kuasa menjaga bumi
dan naga pula mengawal bulan serta matahari. Bulan akan
kelihatan gerhana apabila naga yang menjaganya mengigit
dan begitu juga matahari gerhana kerana digigit burung
Petalawati.
KONTINJEN NEGERI
KUALA LUMPUR
SARAWAK
TERENGGANU
SABAH
KONTINJEN NEGERI
PUTRAJAYA NEGERI SEMBILAN
JOHOR
SELANGOR MELAKA
KONTINJEN NEGERI
KELANTAN PAHANG
PULAU PINANG
PERLIS PERAK
JAWATANKUASA PENGELOLA
PENASIHAT
YBrs. Dr. Latip bin Muhammad
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK)
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENGERUSI
YBrs. En. Mohd Zin bin Halim
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
TIMBALAN PENGERUSI
YBrs. Tuan Haji Mashadi bin Dato’ Haji Mustafa A.S.K.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Abd Wahab A.S.K.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
YBrs. En. Mohd Hassany bin Hashim P.S.K., A.S.K.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
NAIB PENGERUSI
YBrs. Tuan Haji Farizul Azizi bin Mamat
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
EX-OFFICIO
Puan Illy Nadia binti Barudin
Penolong Pengarah
Unit Penggalakan Kokurikulum dan Kesenian, BSKK
SETIAUSAHA
Encik Mohd Zuki bin Abu Lipah
Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kesenian)
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
BENDAHARI
Akauntan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
JAWATANKUASA KERJA
Urus Setia : Semua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid
Program Manager Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Floor Manager
Stage Manager : En. Mohd Zuki bin Abu Lipah
Urus Setia Program
: En. Mohd Patma bin Mat Zain (JK Persegaran)
Jemputan & Sambutan
Pendaftaran : En. Mohd Anusidiqie bin Anuar
Rakaman & Dokumentasi
: En. Naim bin Ibrahim (Penginapan)
Tn. Hj. Zairul Anuar bin Che Mahmood (Pengacara Majlis)
En. Samsudin bin Hj. Musa (Pengangkutan)
En. Shamuddin bin Ab Manap (Keselamatan)
En. Mohd Zaki bin Mustapha (Lawatan & Pocket Show)
Cik Noor Hezleen binti Sazali (Buku Program & Sijil, Hadiah dan
Cenderamata)
: Urus Setia / Unit Perhubungan JPN Kelantan
: Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai
: Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
En. Kasman bin Hussin
En. Zaidi bin Taib
Publisiti & Montaj : Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh
Persembahan : Pejabat Pendidikan Daerah Machang
Teknikal & Urusetia : En. Nik Mohd Fadley bin Nik Kamil
Persegaran : Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas
Buku Program : Pejabat Pendidikan Daerah Bachok
Hadial & Sijil / Anugerah : Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat
Penginapan / Persiapan Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu
Pegawai Perhubungan : Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah
Siaraya/LCD : Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang
Pengangkutan : Sektor Pengurusan
Pocket Show : En. Mohd Zaki bin Mustapha
Keselamatan : Pejabat Pendidikan Daerah Jeli
Pengacara Majlis : Tn. Hj. Zairul Anuar bin Che Mahmood
PELAKSANAAN AKTIVITI
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN
PENGHARGAAN
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
merakamkan sekalung penghargaan
kepada
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
16 Jabatan Pendidikan Negeri
Barisan Peserta dan Guru Pengiring
Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan
Barisan Jawatankuasa Kerja
Karnival Kesenian Murid Malaysia 2022
#seniuntuksemua