The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulhilman.chesoh, 2023-08-15 04:31:45

45-Jenis-Tempoh-Matang-Sayuran

45-Jenis-Tempoh-Matang-Sayuran

Oleh Ashraf Shuib http://ashrafshuib.com [email protected] https://facebook.com/AshrafShuib Hakcipta terpelihara. Ebook 45 Jenis Tempoh Matang Sayuran adalah percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai memahami bilangan hari matang sesuatu jenis tanaman. Dibenar untuk memberikan ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengubah isi kandungan ebook. Tidak dibenarkan menjual ebook ini secara digital mahupun fizikal. Semoga kita beroleh manfaat. Ashraf Shuib 6/7/2017


PENDAHULUAN Penanaman pokok memerlukan satu usaha yang berterusan dan perhatian yang rapi untuk berikan hasil yang tinggi. Pokok perlu dibaja, disiram dan dijauhkan daripada serangga perosak dan penyakit. Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk membesarkan pokok dengan sihat, tiba masa untuk memungut hasil. Terdapat banyak kaedah serta masa yang berbeza diantara jenis sayuran yang ditanam untuk matang dan sedia untuk dipetik. Kebiasaanya, pengeluar biji benih akan menulis panduan bila masa yang sesuai untuk pungut hasil selepas biji benih ditanam. Sayuran dan buah-buahan sedap dimakan apabila dipungut pada masa yang tepat. Tekstur dan rasanya lebih lazat, lembut dan manis. Masa yang terbaik untuk pungut hasil adalah pada waktu pagi atau semasa cuaca tidak panas. Pada masa ini, kandungan air di dalam sayuran lebih tinggi. Sayuran berdaun elok dipungut semasa pokoknya sederhana besar.


Jadual 45 jenis tempoh matang sayuran yang disediakan ini sebagai panduan sahaja. Masa sebenar pungut hasil adalah apabila tumbuhan telah menunjukkan tanda-tanda telah sedia untuk dipetik.


45 JENIS TEMPOH MATANG SAYURAN


No Jenis Tanaman Tempoh Matang 1 Bayam Hijau - Daun Tajam / Green Amaranth- Pointed Leaf 25-30 hari 2 Sawi Hijau / Caixin Green Stem 25-30 hari 3 Sawi Hong Kong / Caixin Hong Kong 25-30 hari 4 Salad / Lettuce Looseleaf 40-45 hari 5 Kang Kong / Water Spinach 25-30 hari 6 Pak Choi Putih / Fan Pak Choy 30 hari 7 Sawi Jepun / Dwarf Pak Choy 25 hari 8 Bayam Hijau – Daun Bulat / Amaranth Round Leaf 25-30 hari 9 Ketumbar / Coriander 45-50 hari 10 Sawi Bunga / Caixin Cut Flower 25-30 hari 11 Kailan 45 hari 12 Bayam Separuh Merah / Amaranth Half Leaf 25-28 hari 13 Sawi Pahit / Mustard Heading 50 hari 14 Kuchai / Chives 70 hari 15 Pak Choi Pendek / Pak Choi Nai You 25-28 hari 16 Salad Perancis / Lettuce Butterhead 35-45 hari


17 Daun Sup / Celery 70 hari 18 Bayam Merah / Amaranth All Red 25 -28 hari 19 Sawi Pahit / Mustard Looseleaf 35 -40 hari 20 Celtuce 45 hari 21 Salad Merah / Red Lettuce 40 -45 hari 22 Hong Kong Kailan / Hong Kong Kale 40 -45 hari 23 Remayong / Malabar Spinach 35 hari 24 Pak Choy Kerinting / Chinese Cabbage 25 -28 hari 25 Daun Bawang Perai / Leek 70 hari 26 Kacang Bendi / Okra 45 hari 27 Cili Padi / Hot Pepper 60 hari 28 Peria / Bitter Gourd 60 hari 29 Kacang Buncis / Pole Bean 50 hari 30 Timun / Cucumber 40 hari 31 Cili Merah / Red Pepper 60 hari 32 Lobak Putih / Radish White 50 hari 33 Lobak Merah / Carrot 60 hari 34 Kacang Buncis / French Bean 50 hari 35 Selasih / Basil 30 hari 36 Terung Mini / Mini Eggplant 65 hari 37 Kacang Kelisa /Winged Bean 50 hari


38 Kobis Ungu / Red Purple Cabbage 60 hari 39 Kacang Panjang Renek / Dwarf Yard Long Bean 40 -45 hari 40 Jagung Manis / Sweet Corn 65 hari 41 Terung / Eggplant 65 hari 42 Tomato 60 hari 43 Petola Segi / Angled Luffa 45 hari 44 Kobis / Cabbage 60 hari 45 Kubis Bunga / Cauliflower 65 hari


TERIMA KASIH! fb.me/AshrafShuib | ashrafshuib.com | [email protected]


JIMAT DARI DAPUR Buku ini merupakan hasil perkongsian teknik bercucuk tanam di rumah. Merangkumi topik-topik asas bercucuk tanam iaitu penyediaan tanah, bekas tanaman, susun atur, penjagaan tanaman, serangga dan penyakit, buat sendiri baja, buat sendiri penyiram auto dan pelbagai lagi tips tanaman. Ditulis oleh pengasas KebunBandar.com iaitu Izham Alias dan juga siswazah tani iaitu Ashraf Shuib. Baca Lanjut HIDROPONIK Start LAH! Berminat untuk cuba tanam sayuran secara hidroponik? Dapatkan 1 baja hidroponik dan 3 benih dengan harga RM15 sahaja termasuk penghantaran. Baca Lanjut


Click to View FlipBook Version