Group 12 JENAYAH TERKINI (MACAU SCAM, PENIPUAN CINTA DAN PENIPUAN BUNGKUSAN) 2023/2024 BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) DISEDIAKAN UNTUK: YBHG DR MAHADI BIN ABU HASSAN
AHL I KUMPUL AN S ENA R A I AHMAD HANIS HAIKAL BIN AHMAD NAZRI B052010140 AIMAN HAIKAL BIN AHMAD B052010224 MUHAMMAD IZZ TAUFIQ BINZULZULKARNAIN B052010077 MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD TAIB B052010051 AHMAD ZULKHAIRI BIN AHMAD ZULKIFLI B052010079 AZLEENA BINTI GHAZALI B052010069 BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 1
TA B L E O F C O N T E N T S LATAR BELAKANG ISU DEFINISI METODOLOGI KAJIAN INFOGRAFIK 1.0 2 BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) PERBINCANGAN KES FAKTOR- FAKTOR JENAYAH TERKINI BERLAKU PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH TERKINI KESAN-KESAN JENAYAH TERKINI KESIMPULAN 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 10.0 3 4 5-6 7 8 9 12 15-20 SOROTAN KAJIAN 8.0 9.0 LANGKAH MENGATASI 11.0 13 14
Bagaimanakah cara untuk mengenali scam. Berikut merupakan antara ciriciri scam :- 1.0 LATARBELAKANG ISU Perkataan "scam" digunakan untuk menggambarkan sebarang jenis penipuan atau kecurangan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan internet. Janji atau tawaran palsu yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan sering digunakan dalam penipuan ini. Penawaran yang terlalu bagus scammer kerap menggunakan tawaran yang kelihatan sangat menguntungkan tetapi tidak realistik, termasuk memenangi hadiah besar dengan sedikit usaha daripada mangsa. Penawaran yang mempuyai tekanan waktu Lazimnya, scammer menanamkan rasa tergesa-gesa kepada mangsa mereka, menekan mereka untuk bergerak pantas untuk merebut peluang. Permintaan maklumat peribadi Scammer sering meminta maklumat peribadi atau kewangan, seperti nombor kad kredit atau maklumat akaun bank. Kononnya atas sebab yang munasabah Maklumat penawaran yang kurang jelas Scammer sering memberikan penawaran yang lumayan tanpa memberikan info tentang latar belakang syarikat dengan lebih terperinci. mereka juga sering menggunakan testimoni palsu untuk kelihatan lebih meyakinkan. pengunaan bahasa dan ejaan yang tidak formal BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 2
2.0 DEFINISI "Jenayah siber" adalah jenayah yang dijalankan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Antaranya: Skim Macau yang merupakan jenis penipuan telekomunikasi di mana penjenayah menyamar sebagai wakil bank, agensi penguatkuasaan, atau pihak berkuasa yang lain melalui panggilan telefon. Mereka biasanya memakai identitas palsu dan memaksa mangsa untuk memberikan butiran peribadi atau maklumat perbankan mereka. Penipu Penipuan Cinta berlaku di mana penjenayah membina hubungan palsu dengan mangsa melalui platform sosial media, laman web ‘dating’, atau melalui panggilan telefon. Mereka menggunakan identiti palsu atau gambargambar yang tidak sebenar untuk menarik perhatian mangsa. Penjenayah ini Penipuan bungkusan melibatkan penjenayah yang menggunakan bungkusan palsu atau berisi barangbarang yang tidak berharga untuk menipu mangsa. Mereka menyamar sebagai syarikat penghantaran barang atau menyatakan bahawa barang yang dihantar adalah hadiah atau hadiah menang dalam pertandingan. Mangsa kemudian diminta untuk membayar bayaran atau menyediakan maklumat peribadi untuk menerima barang tersebut. (scammer) sering menggunakan cerita-cerita palsu mengenai masalah kewangan atau undang-undang untuk menakutkan mangsa agar patuh kepada arahan mereka. sering berpura-pura menjadi individu yang baik hati dan prihatin, dan mereka akan menggunakan kata-kata manis serta janji-janji cinta untuk memenangi hati mangsa. Setelah memanipulasi mangsa dengan perasaan emosi, penjenayah akan meminta wang atau maklumat peribadi dari mangsa. BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 3
3.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian ntuk tinjauan ini akan memastikan hasil kajian adalah sah, boleh dipercayai, dan relevan, memberikan asas kukuh untuk membuat kesimpulan dan cadangan. Metodologi yang digunakan terbahagi kepada 2 :[ Metodologi Kualitatif - Soal Selidik (Tinjauan) Metodologi Kuantitatif - Carian Internet Memilih soal selidik daripada masyarakat membolehkan pengumpulan data yang luas dan pelbagai secara efisien, serta mendapatkan pandangan yang representatif mengenai topik kajian. Carian internet dipilih kerana informasi yang disediakan mudah diakses dan bervariasi. 1. Artikel 2. Laman web PDRM 3. jurnal 4. Petikan akhbar Soal Selidik (Tinjauan) 1. 2. Carian Internet BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 4
SASARAN PENIPUAN: Warga emas. Kurang berpengatahuan teknologi. JENIS PENIPUAN: Kaedah “caller ID Spoofing” Penyamaran sebagai pegawai polis, bank dan kwsp MODUS OPERANDI: Melalui panggilan telefon. Membuat tuduhan terhadap mangsa. Meminta bayaran dengan mangsa bagi mengelak masalah yang lebih besar timbul. 4.0 PERBINCANGAN KES Penipuan Macau adalah satu bentuk penipuan yang melibatkan panggilan telefon di mana penjenayah menyamar sebagai wakil agensi berwibawa seperti Polis Di Raja Malaysia, Bank Negara Malaysia, dan lain-lain untuk menipu mangsa dengan cerita palsu LANGKAH PENCEGAHAN: Untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan Macau, penting untuk tidak melayan panggilan yang tidak dikenali, beritahu kenalan tentang panggilan yang mencurigakan, dan semak dengan agensi berkaitan sebelum membuat sebarang bayaran BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 5
BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 6
5.0 FAKTOR-FAKTOR JENAYAH TERKINI BERLAKU Faktor utama yang menyebabkan berlakunya kes Macau Scam di Malaysia: Faktor psikologi mangsa takut dan tertekan apabila menerima panggilan palsu berkaitan isu keselamatan mengugut mangsa dengan tindakan undang-undang jika tidak mengikut arahan mereka Modus operandi penipu yang licik mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram atau penipuan kewangan menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank, atau pihak berkuasa lain untuk menipu mangsa Kurang kesedaran dan pengetahuan mangsa Penipu akan menghalang mangsa daripada memberitahu sesiapa dengan menggunakan Akta Rahsia Rasmi mangsa yang terjebak dalam penipuan Macau Scam adalah mangsa yang tidak peka dengan kesedaran yang diwar-warkan. Tekanan untuk membuat pembayaran segera mangsa bertindak terburu-buru tanpa berfikir panjang memaksa mangsa membuat pembayaran dengan segera dengan alasan untuk mengelakkan masalah lebih besar BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 7
6.0 PUNCA-PUNCA JENAYAH INI BERLAKU Dalam dunia yang semakin terhubung secara digital, jenayah seperti Skim Macau, Penipuan Cinta, dan Penipuan Bungkusan telah menjadi ancaman yang semakin meluas. Peranan Teknologi dalam Aktiviti Jenayah Kemajuan dalam teknologi komunikasi memudahkan penipu untuk menggunakan pelbagai platform digital seperti panggilan telefon, mesej teks, e-mel, dan media sosial untuk menyelidik mangsa mereka dengan lebih cepat dan berkesan. Mereka boleh menyamar sebagai individu atau entiti yang sah dengan lebih mudah dan menyelidik mangsa mereka dengan cepat. Manipulasi Emosi sebagai Taktik Penipuan . Penjenayah sering memanfaatkan keperluan asas manusia seperti kasih sayang dan keselamatan untuk menarik mangsa ke dalam perangkap mereka. Ketidaktahuan dan Kurang Kesedaran Risiko . Banyak orang tidak memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dalam berurusan dalam talian atau bagaimana mengenal pasti penipuan dalam talian. Ketidakpedulian terhadap keselamatan dalam talian dan kurangnya pengetahuan ini menjadikan mereka lebih mudah dipengaruhi dan menjadi mangsa penipuan. Faktor Ekonomi sebagai Pemangkin Jenayah Penjenayah melakukan penipuan ini dengan tujuan mendapatkan keuntungan kewangan yang besar tanpa memperdulikan kesan negatif yang ditanggung mangsa. BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 8
7.0 KESAN-KESAN JENAYAH TERKINI Jenayah scam mempunyai pelbagai kesan buruk terhadap individu, masyarakat dan juga ekonomi. Antara kesan-kesannya ialah: Masalah Kewangan: Menyebabkan kerugian terhadap individu mahupun syarikat kerana pada kebiasaannya jenayah ini akan melibatkan nilai kewangan. Menjejaskan Reputasi: Pada kebiasaannya, jenayah love scam sebagai contoh akan menggunakan gambar profil orang lain. Hal ini akan menyebabkan orang yang empunya gambar akan mengalami reputasi yang buruk. Gangguan Perkhidmatan: Menyebabkan perkhidmatan komunikasi disekat dan aplikasi tersebut tidak dapat digunakan. Sebagai contoh, telegram pada masa kini yang banyak disekat dan kemudiannya digunakan untuk menipu orang lain. Kesan Ekonomi: Kesan kumulatif jenayah scam ke atas ekonomi boleh menjadi besar, termasuk kerugian kewangan langsung, hal ini disebabkan dengan terjadinya banyak kes-kes scam di negara Malaysia akan menunjukkan betapa lemahnya sistem keselamatan negara di mata dunia serta akan memberi gambaran buruk terhadap pelabur-pelabur luar BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 9
Pendedahan Pendidikan: Kerajaan harus mengambil inisiatif untuk mendedahkan tentang hal-hal terkini yang berkaitan dengan jenayah kepada masyarakat bermula dr pendidikan sekolah rendah lagi dan memperbanyakkan kempen berkenaah cegah rasuah 8.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Antara langkah-langkah untuk mengatasi dan mencegah jenayah siber adalah seperti berikut : Pengesahan maklumat: Sebelum mengambil sebarang tindakan pastikan untuk menyelidik dan mengesahkan tawaran yang diterima daripada agensi atau syarikat berkenaan adalah benar-benar wujud dan sah di sisi undang-undang Sistem antivirus: Gunakan sistem antivirus dan antispyware yang terkini untuk melindungi peranti mudah alih daripada ancaman kebocoran maklumat yang disebabkan oleh scammer. Nombor tidak dikenali: berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan panggilan yang tida dikenali. tutup telefon dan hubungi pihak yang berkenaan sekiranya panggilan mencurigakan laporkan penipuan: sekiranya ahli keluarga kita atau orang yang kita kenali terlibat dengan jenayah siber sama ada mangsa atau pelaku, kita perlu laporkan kepada pihak berkuasa dengan pantas agar maslah tersebut dapat ditangani denganlebih cepat dan mencegahnya dari terus berlaku BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 10
SOROTAN KAJIAN PENELITIAN SOROTAN KAJIAN: JENAYAH TERKINI (SCAM) Penipuan telah menjadi isu serius di Malaysia, dengan tiga jenis penipuan yang semakin menonjol iaitu Macau Scam, Penipuan Cinta, dan Penipuan Bungkusan. Kajian ini bertujuan untuk memahami modus operandi, kesan, statistik, langkah pencegahan, dan cadangan untuk mengatasi jenis-jenis penipuan ini. Penipuan Bungkusan melibatkan panggilan telefon atau mesej teks palsu di mana penipu menyamar sebagai wakil dari syarikat kurier atau e-dagang. Mangsa diminta untuk membuat pembayaran segera untuk menyelesaikan masalah penghantaran bungkusan yang kononnya tidak dapat dihantar kerana masalah tertentu seperti bayaran cukai atau duti. Penipu menggunakan taktik tekanan masa, mendakwa bahawa jika pembayaran tidak dibuat segera, bungkusan tersebut akan dipulangkan atau dikenakan denda tambahan. Kesan terhadap mangsa termasuk kehilangan wang yang dipindahkan atau digunakan untuk pembayaran palsu dan kecurian identiti apabila maklumat peribadi dan butiran bank yang diberikan kepada penipu digunakan untuk jenayah kewangan lain. Laporan menunjukkan peningkatan dalam kes penipuan bungkusan di Malaysia, dengan ratusan kes dilaporkan setiap bulan. Macau Scam biasanya melibatkan panggilan telefon palsu di mana penipu menyamar sebagai pegawai dari institusi kewangan atau pihak berkuasa seperti polis atau mahkamah. Mereka mendakwa bahawa mangsa terlibat dalam kegiatan jenayah seperti pengubahan wang haram atau pengelakan cukai dan menggunakan taktik ancaman dan tekanan untuk menakut-nakutkan mangsa, mendakwa bahawa akaun bank mereka akan dibekukan atau mereka akan ditangkap. Mangsa kemudian diminta untuk memberikan maklumat peribadi atau membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan oleh penipu sebagai "jaminan" atau "pembayaran denda." Kesan terhadap mangsa termasuk kehilangan wang yang besar dan trauma emosi akibat ancaman yang diterima. Menurut laporan dari pihak berkuasa, kes Macau Scam menunjukkan peningkatan yang ketara, dengan ribuan kes dilaporkan setiap tahun. vPenipuan Cinta melibatkan penipu yang menggunakan platform media sosial atau laman web temu janji untuk mendekati mangsa dan berpura-pura menjalin hubungan romantis. Penipu menghabiskan masa untuk membina kepercayaan dan hubungan dengan mangsa, sering kali menggunakan gambar dan identiti palsu. Setelah mendapat kepercayaan, penipu mula meminta wang dengan pelbagai alasan, seperti kecemasan perubatan, kos perjalanan, atau masalah kewangan. 9.0 SOROTAN KAJIAN
Kesimpulannya, jenayah terkini melibatkan Macau Scam, penipuan cinta, dan penipuan bungkusan menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dalam taktik penipuan siber. 10.0 KESIMPULAN Macau Scam biasanya melibatkan panggilan palsu daripada pihak berkuasa yang mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti haram dan memerlukan pembayaran untuk mengelakkan hukuman. Penipuan cinta pula memanfaatkan dan memanipulasi emosi mangsa melalui hubungan percintaan maya sebelum menipu mereka untuk mengirim wang. Penipuan bungkusan sering melibatkan pemberitahuan palsu mengenai bungkusan yang kononnya ditahan dan memerlukan bayaran untuk pelepasan. Kesemua jenis penipuan ini memerlukan kewaspadaan yang tinggi daripada masyarakat untuk mengenali tanda-tanda. penipuan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan. BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 1 1
INFOGRAFIK MACAU SCAM MACAU Scam merupakan sindiket penipuan telekomunikasi yang dipercayai berasal dari Taiwan dan China. Ia dinamakan sebagai Macau Scam kerana taktik tersebut dikesan buat pertama kalinya di wilayah autonomi Macau. Biasanya, sindiket menggunakan talian antarabangsa atau tempatan untuk menjerat mangsa agar menyerahkan sejumlah wang yang besar kepada mereka. Kini, sindiket penipuan tersebut telah menular ke seluruh negara Asia isnin 13, MAY 2024 22:00 AMALKAN 3S SOAL: Kesahihan maklumat dan semak dengan agensi berkaitan. SEKAT: Diri daripada membuat sebarang tindakan terutama melibatkan wang dan maklumat peribadi. SEBAR: Kongsi maklumat dengan pasangan, rakan, ahli keluarga serta pihak berkuasa berkaitan panggilan yang diterima. BHLW 2792 KURSUS INTIGRITI DAN ANTI RASUAH 12
1 3
Berikut merupakan antara kes love scam yang terkenal dimana magsa adalah dari golongan terpelajar (guru) yang diadaptasi dari kes sebenar. Guru tersebut ditipu oleh kekasihnya yang menyebabkan mangsa meminjam wang dari ahlong dan menjadi mangsa ahlong kesan daripada ditipu kekasihnya yang tibatiba menghilangkan diri. Laporan seorang profesor terkemuka dari University of Texas di Amerika Syarikat bahawa penipuan love scam seluruh dunia telah mengakibatkan kerugian bernilai AS$75 bilion dolar dan tumpuan kebanyakan di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 1,585 kes penipuan Macau Scam disiasat tahun lalu membabitkan kerugian berjumlah RM580.88 juta. Melalui staristik PDRM juga, seramai 9,646 individu ditahan kerana disyaki terbabit. "Penipuan secara panggilan telefon atau Macau Scam bukan sesuatu yang baharu dan PDRM sentiasa komited untuk membendung kegiatan itu melalui siasatan dan operasi berterusan. Namun sindiket yang dikenal pasti turut membabitkan rangkaian di luar negara yang menyukarkan tindakan pembanterasan dilaksanakan secara menyeluruh. Justeru, kita minta masyarakat lebih berwaspada," katanya dalam kenyataan, hari ini. 1 4INFOGRAGIK (KERATAN AKHBAR)
KANGAR: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram dan sindiket dadah melalui panggilan telefon, semalam. Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kangar menerima laporan polis daripada lelaki berusia 20 tahun itu semalam. "Mangsa diperdaya apabila menerima panggilan telefon mendakwa mangsa terlibat dalam siasatan kes jenayah. Mangsa juga dinyatakan akan ditangkap oleh pihak polis sekiranya gagal beri kerjasama bagi tujuan siasatan kes," katanya dalam kenyataan hari ini. KUANTAN: Seorang pesara mengalami kerugian berjumlah RM260,388 selepas terpedaya sindiket penipuan secara dalam talian. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, pesara lelaki berusia 55 tahun dari Lipis itu berminat menyertai satu skim pelaburan saham patuh syariah yang dijanjikan keuntungan lumayan pada awal Disember tahun lalu. Katanya, mangsa kemudiannya membuat pemindahan wang sebanyak RM500 dan memperolehi keuntungan sebanyak RM110. "Selepas itu, suspek meminta mangsa mendaftar satu portal untuk melihat pergerakan saham. "Dalam tempoh sebulan bermula 17 Disember lalu, mangsa diminta untuk membayar cukai dan membuka akaun bagi memperoleh wang pelaburan. "Berikutan itu, mangsa membuat 14 kali transaksi kepada lima akaun berbeza sehingga mengalami kerugian berjumlah RM260,388," katanya dalam kenyataan media hari ini. KUANTAN: Bermula dengan satu panggilan telefon, seorang guru wanita menanggung beban hutang yang tinggi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membuat pinjaman bank oleh sindiket Macau Scam. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 34 tahun itu menerima panggilan telefon pada pertengahan Oktober lepas, mengaku sebagai wakil syarikat penghantaran memaklumkan terdapat bungkusan didaftarkan dengan nama mangsa telah ditahan polis. "Suspek mendakwa bungkusan itu bermasalah kerana mengandungi dokumen penting seperti kad pengenalan, buku cek dan kad kredit menyebabkan mangsa perlu berurusan dengan polis bagi mendapatkan bungkusan tersebut. BHLW2792 KURSUS INTERGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 15
1 6
Penipuan INFOGRAFIK Bungkusan Penipuan bungkusan merupakan satu bentuk jenayah penipuan yang semakin meningkat di Malaysia. Jenayah ini melibatkan taktik di mana penipu memperdaya mangsa dengan berpura-pura menjadi wakil dari syarikat kurier atau edagang dan meminta bayaran untuk bungkusan yang kononnya tidak dapat dihantar atau memerlukan pembayaran tambahan. SEREMBAN: Seorang pesara guru kerugian hampir setengah juta ringgit apabila diperdaya sindiket yang menyamar dan mendakwa ada bungkusan 'terlarang' atas nama mangsa mengandungi bahan menyalahi undang-undang. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata terdahulu mangsa wanita berusia 56 tahun itu menerima panggilan telefon kononnya ejen syarikat kurier dan polis pada 15 November lalu. KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM98,999 akibat terpedaya dengan penipuan kiriman bungkusan tidak wujud atau 'parcel scam'. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pada September lalu, mangsa berusia 40-an berkenalan dengan suspek melalui media sosial.