MAKLUMAT DIRI PELAJAR NAMA: SHARIFAH NURQAMARINA HUSNA BINTI SYED MOHD ALIDUSTUR ANGKA GILIRAN: 2021292340222 NO. KAD PENGENALAN: 020530-01-0184
. . BUKU LOG PBSM Disediakan oleh : Sharifah Nurqamarina Husna binti Syed Mohd Alidustur Kelas : Bahasa Melayu 1 Angka Giliran : 2021292340222
Isi Kandungan 1.0 Sejarah penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) .............................1 1.1 Latar belakang penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM).............1 1.2 Pengasas Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM)...........................................2 2.0 Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan BSMM.............................................................3 3.0 Perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) ......................................5 3.1 Nama dan alamat berdaftar.................................................................................5 3.2 Matlamat ................................................................................................................5 3.3 Objektif...................................................................................................................5 3.4 Logo BSMM...........................................................................................................6 3.5 Bendera BSMM.....................................................................................................7 3.6 Cogan Kata BSMM...............................................................................................8 3.7 Lagu BSMM...........................................................................................................8 3.8 Ikrar BSMM............................................................................................................9 3.9 Keahlian BSMM ....................................................................................................9 3.10 Kawasan kegiatan ..............................................................................................9 3.11 Jawatankuasa kegiatan...................................................................................10 3.12 Kewangan..........................................................................................................10 3.13 Pindaan Perlembagaan...................................................................................10 4.0 Struktur dan organisasi BSMM .........................................................................11 4.1 Struktur dan organisasi BSMM peringkat antarabangsa .............................11 4.2 Struktur Organisasi BSMM Malaysia ..............................................................12 4.3 Struktur Organisasi BSMM peringkat IPG......................................................13 4.4 Carta Organisasi BSMM peringkat Sekolah Rendah ....................................14 5.0 Pengurusan dan Pentadbiran BSMM ...............................................................15 5.1 Peranan pemimpin .............................................................................................15 5.2 Seragam BSMM..................................................................................................25 5.3 Lencana dalam BSMM.......................................................................................38 5.4. Anugerah dan Persijilan dalam BSMM ..........................................................40 5.5 Takwim perancangan aktiviti tahunan BSMM ...............................................44 5.0 Rujukan ...................................................................................................................45 6.0 Lampiran .................................................................................................................46
1 1.0 Sejarah penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) merupakan sebuah gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Melalui usaha kemanusiaan, Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) memberikan bantuan kecemasan, pendidikan kesiapsiagaan bencana dan bantuan bencana. 1.1 Latar belakang penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) dahulunya dinamakan Persatuan Palang Merah. Persatuan ini telah ditubuhkan di Eropah pada tahun 1864. Namun, Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) mula bergiat di Malaysia pada tahun 1948 sebagai cabang Persatuan Palang Merah Britain di Borneo Utara Britain iaitu negeri Sabah dan Sarawak. Seterusnya, pada tahun 1950, Persatuan Palang Merah Britain telah menubuhkan cawangan pertama di Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu dan kemudiannya berkembang ke negeri-negeri lain. Dan pada tahun 1957 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah diiktiraf kerajaan Malaysia dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963. BSMM juga turut menjadi ahli badan antara bangsa pada tahun 1963. Setelah penggabungan semenanjung tanah Melayu, Sabah dan Sarawakserta penubuhan persekutuan Malaysia, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (penswastaan) telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dengan membentuk Persatuan Palang Merah Malaysia. Kemudiannya, pada tanggal 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
2 1.2 Pengasas Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) Pengasas Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah adalah Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant). Beliau dilahirkan pada tanggal 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau dibesarkan dalam kemewahan tetapi dilatih untuk berdisiplin dan kuat beragama. Ideanya tercetus apabila beliau pergi ke Castiglione delta Pieve di utara Italy dan ketika itu peperangan Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Selepas belangsung peperangan tersebut selama 16 jam, medan perang telah dipenuhi dengan 40000 askar yang terkorban dan cedera. Oleh itu, Jean Henry berhasrat untuk mencipta organisasi yang memberi inisiatif untuk membantu tentera yang cedera dan sakit, memberi dan membeli ubat makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan dan lain-lain. Oleh itu, dengan ideanya itu, terhasilnya Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah ini yang menjalankan tugas sebagai gerakan yang menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia.
3 2.0 Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan BSMM a. Kemanusiaan (Humanity) Persatuan Bulan sabit Merah (BSMM) ataupun Persatuan Palang Merah dicipta dengan hasrat untuk memberi bantuan dan pertolongan tanpa diskriminasi kepada masyarakat yang cedera dimedan peperangan dan berusaha untuk meringankan kesengsaraan. Hal ini bertujuan untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesame manusia. b. Kesaksamaan (Impartiality) Prinsip ini bermaksud tidak bersifat membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatan yang dijalankan. Seterusnya, berfokus untuk meringankan kesengsaraan yang dihadapi oleh individu serta memberi keutamaan kepada kes kecemasan yang serius. c. Berkecuali (Neutrality) Prinsip ini bermaksud tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan serta tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologgi. d. Kebebasan (Independence) Persatuan ini menjaga autonominya walaupun berupa badan yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. e. Perkhidmatan sukarelawan (Voluntary service) Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) atau Persatuan Palang Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mencari keuntungan. f. Ketunggalan (Unity) Hanya ada satu Persatuan Bulan Sabit Merah atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan ini terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
4 g. Kesejagatan (Universality) Gerakan Bulan Sabit Merah dan Palang Merah antarabangsa meliputi seluruh dunia di mana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu diantara satu sama lain antara negara.
5 3.0 Perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) Perlembagaan merujuk kepada peraturan dan prosedur terperinci dinyatakan dalam buku panduan Persatuan dan apa-apa pindaan yang dibuat oleh majlis negara, dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan peraturan-peraturan ini serta mengawal kerja-kerja semua badan persatuan.Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam persatuan-persatuan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta kerajaan Malaysia Jilid No. 42, No. 11 Tambahan No. 41. Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia: 3.1 Nama dan alamat berdaftar Nama Persatuan: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Alamat: Insititus Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Beg Berkunci No. 214, Pusat Mel Bandar Baru Bangi, 43657 Bandar Baru Bangi, Selangor. 3.2 Matlamat Memberi peluang kepada siswa guru untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, menjadi persediaan dan gambaran awal bagi siswa guru untuk mengendalikan kokurikulum unit beruniform di sekolah. 3.3 Objektif “Dalam masa aman atau peperangan memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waswaad Konvensyen Genava dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada konvensyen Genava”. Persatuan ini juga bertujuan supaya ahli BSMM dapat memupuk semangat tanggungjawab.
6 3.4 Logo BSMM Bulan Sabit Merah (BSMM) berasal dari lambing Palang Merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini digunakan oleh kakitangan perubatan dan pasukan penyelamat bagi mengelakkan mereka daripada diserang ketika berlaku peperangan. Ukuran logo BSMM:
7 3.5 Bendera BSMM Lambang dan logo dalam bendera ini tidak boleh diubahsuai atau dilukis sesuka hati. Saiz lambing mestilah mengikut nisbah ukuran piawai serta tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih tersebut. Berikut menunjukkan ukuran piawai lambang Bulan Sabit Merah pada bendera. Sebagai contoh, adalah berdasarkan saiz bendera berukuran 150cm panjang dan 100cm lebar.
8 3.6 Cogan Kata BSMM Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) memegang cogan “Cergas Pada Masa Aman dan Perang” 3.7 Lagu BSMM Lirik oleh: Dato Dol Ramli Lagu: Dato Johari Salleh Bulan Sabit Merah di Malaysia, Giat berjasa untuk Negara, Tidak kira kaum dan agama, Waktu aman atau bahaya. Di mana jua adanya sengsara, Di sana ada kita, Di darat dan di laut kita bersedia, Walaupun diancam bahaya. Bulan Sabit Merah gerakan sedunia, Membantu semua yang menderita, Badan sukarela bekhidmat, Dengan tabah dan bersemangat.
9 3.8 Ikrar BSMM Bahawasanya kami, ahli Bulan Sabit Merah Malaysia, berikrar akan, taat setia kepada, Duli yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di-Pertuan Agong, serta pemerintah-pemerintah di negeri kami, berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undangundang, serta arahan persatuan walau dimana kami berada. Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberi khidmat sukarela kepada yang sakit dan menderita di waktu aman, atau bencana, berdasarkan kepada, prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: - Kemanusiaan - Kesaksamaan - Keberkecualian - Kebebasan - Khidmat sukarela - Ketunggalan - Kesejagatan 3.9 Keahlian BSMM Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) IPGMKTHO terdiri daripada pelajar opsyen bahasa Melayu, TESL dan Pendidikan Islam . 3.10 Kawasan kegiatan Kawasan kegiatan yang digunakan oleh siswa dan siswi guru Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) adalah di kawasan IPGMKTHO.
10 CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) PENGERUSI MUHAMMAD RAHIMAN BIN ALIYAH TAHE NAIB PENGERUSI NUR HANANIE BINTI RIDDUAN SETIAUSAHA BENDAHARI NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI SYIFAA’ BINTIABU HASSAN SHA’ARI NUR QISTINA DARWISYA BINTI NORHAZIDAN MOHAMAD FAIZALBIN HAIRALIF MUHAMMAD ADLAN BIN MOHD RUSMAN K1: LADYBUGS K3: CAPYBARA K4: SEAHORSE K6: GOAT K2: DOLPHIN K5: RED PANDA WAN AHMAD MUIZ BIN WAN MUSTAFFA NUR MUHAMMAD SYAHZULFADLI BIN BAHALDIN MUHAMMAD HAZIQ FAHMI BIN HISHAM SHARIFAH NURQAMARINA HUSNA BINTI SYED MOHD ALIDUSTUR AMIRUL HAZIM BIN MD NORAZNI MUHAMMAD AKMALHADI BIN MOHD ZIN 3.11 Jawatankuasa kegiatan Jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) IPGMKTHO Pensyarah: 1. En Razali 2. Dr Hanafiah
11
12
13
14 3.12 Kewangan Sumber kewangan Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) IPGMTHO adalah melalui yuran peserta iaitu RM5 setahun. 3.13 Pindaan Perlembagaan Pindaan perlembagaan ini ditentukan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) itu sendiri. Tambahan pula, perlembagaan tersebut akan sah sehingga dipinda melalui pekelilingan persatuan.
15 4.0 Struktur dan organisasi BSMM 4.1 Struktur dan organisasi BSMM peringkat antarabangsa: 1) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) 2) International Federation of Red Cross (IFRC) 3) Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan
16 Senat BSMM 4.2 Struktur Organisasi BSMM Malaysia: 1) Penaung Persatuan dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong 2) Presiden Persatuan dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 3) Timbalan Presiden Dipegang Oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Majlis Kebangsaan Sekreteriat kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan Sekreteriat cawangan Cawangan Sekreteriat cabang Daerah kecil Unit-Unit: -Pasukan bantuan sukarela -Pasukan kumpulan kebajikan -Belia Kanak-kanak Daerah Cabang
17 4.3 Struktur Organisasi BSMM peringkat IPG Penaung (pengarah) Pengerusi (ketua jabatan) Guru Penasihat Pengerusi (pelajar) Setiausaha Bendahari Komander Kuartermaster Ketua biro Naib pengerusi (pelajar) Pen setiausaha Pen Bendahari
18 4.4 Carta Organisasi BSMM peringkat Sekolah Rendah: Guru Besar Guru Penasihat (PKK) Pengerusi (pelajar) Naib Pengerusi (pelajar) Setiausaha Bendahari AJK Pen Setiausaha Pen Bendahari
19 5.0 Pengurusan dan Pentadbiran BSMM 5.1 Peranan pemimpin 1) Pengerusi a) Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan cabang. b) Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. c) Mempunyai satu undi penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. d) Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK cabang dalam pelaksanaan tugasan mereka. e) Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. f) Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi. g) Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM.
20 2) Naib Pengerusi 3) Setiausaha Kehormat a) Bertanggungjawab terhadap Setiausaha cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk cabang dan unit. b) Membantu jawatankuasa Cabang dalam memelihara hubungan dengan badan-badan kerajaan, swasta dan pertubuhan lain di peringkat cabang. c) Bertanggungjawab memberi bantuan secretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. d) Menyelaras semua kegiatan cabang. e) Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan peruntukan tahunan dan penyata kewangan a) Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. b) Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baharu dilantik. c) Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang. d) Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK cabang.
21 4) Bendahari Kehormat a) Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan penyata penerimaan dan pembayaran pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-kira bulanan dan tahunan. b) Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di cabang dan unit. c) Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh jawatankuasa cabang. d) Bertanggungjawab menyediakan belanjawan tahunan untuk dikemukakan dalam mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan. e) Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit. f) Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. g) Menyelia dan mengemukakan akaun yang f) Menjadi pegawai pentadbiran peringkatCabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan cabang.
22 7) Pegawai Penjaga Latihan 5) Pegawai perubatan a) Bertanggungjawab mengenai berbagai aspek perubatan dan kesihatan dalam program-program Cabang b) Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskinikan cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan rumah, pemulihan pernafasan dan lain-lain perkara yang bersangkutan di peringkat Cabang. 6) Penguasa a) Bertanggungjawab dalam segala aspek jururawat kegiatan rawatan dan kejururawatan di Cabang. b) Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga latihan untuk mengemaskini cara-cara rawatan. disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun. a) Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan mengenai semua hal latihan di Cabang. b) Bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Latihan Cabang. c) Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Latihan Cawangan dalam usaha menyelaras, merancang dan mengimplementasi program latihan untuk cabang dan unit. d) Bertanggungjawab untuk merancang dan
23 8) Pegawai Penjaga PBS a) Bertanggungjawab kepada PenolongPengarah PBS Cawangan, Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan PBS di Cabang. b) Bekerjasama dengan Penolong Pengarah PBS dalam penubuhan dan pembangunan PBS di Cabang. c) Bekerjasama dengan Pengerusi JKK Bantuan Bencana dalam pengerahan dan memobilisasikan anggota PBS semasa bencana alam peringkat Cabang. d) Bertanggungjawab menyediakan laporan aktiviti PBS peringkat Cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah PBS dari semasa ke semasa. e) Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat Pasukan PBS, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. mengadakan cabang. semua program latihan untuk e) Bertanggungjawab memajukan Laporan Latihan Cabang Kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan. .
24 9) Pegawai Penjaga Belia/ Link a) Bertanggungjawab kepada PenolongPengarah Belia dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan unit-unit Belia / Kanak- kanak di Cabang. b) Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Belia dalam penubuhan dan pembangunan unit Belia / Kanak-kanak di Cabang. c) Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan aktiviti belia / kanak-kanak peringkat cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah Belia dari semasa ke semasa. d) Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat pasukan Belia pertukaran pemimpin dan alamat melalui f) Bertangggungjawab menyekesaikan masalah yang timbul dari pasukan PBS yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah PBS. g) Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai-pegawai PBS. h) Bersama Pegawai Latihan menentukan pasukan sewajarnya. PBS mendapat latihan yang
25 10) Pegawai Seranta Pengerusi /Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. e) Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan belia / kanakk-kanak yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah dan keraguan hendaklah dirujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah Belia. f) Mempengurusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat pegawai-pegawai belia dan kanakkanak. g) Bersama-sama Pegawai Latihan menentukan pasukan belia dan kanak-kanak mendapat latihan yang sewajarnyaa. a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam menteri informasi mengenai kegiatan Cabang. b) Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam menerbitkan semua bahan berita, bahan bercetak atau elektronik dan penerangan mengenai kegiatan Cabang. c) Bekerjsama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam membangunkan satu system perhubungan antara berbagai Jawatankkuasa Cabang dengan pasukan. Cawangan dan pasukan-
26 11) Kuatermaster a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan KuartermasterCawangan untuk semua asset (peralatan dan bekalan) yang dipunyai oleh Cabang. b) Bertanggungjawab mengenai stor dan inventori Cabang dan menyediakan laporan harta benda dan lain-lain yang berkaitan kepada Cawangan dari semasa ke semasa melalui Setiausaha Kehormat Cabang. 12) Pengerusi JKK Bantuan Bencana a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan Pengerusi JKK Bantuan Bencana CAwangan di dalam aktiviti Bantuan Bencana. b) Bertanggungjawab dalam memberi arahan bergerak (movement orders), arahan pentadbiran dan operasi dalam gerakan bantuan bencana di peringkat Cabang dengan kerjasama Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan. c) Bertanggungjawab mengendalikan Pusat Kawalan Bantuan Bencana BSMM Cabang dan dengan kerjasama Pegawai Penjaga PBS / Belia dalam pengerahan serta tenaga manusia dalam masa bencana. d) Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam mengganti kembali bekalan barang-barang bantuan bencana. e) Bertanggungjawab dalam merangka, membangunkan dan kemaskinikan Rancangan
27 13) Pengerusi JKK Kutipan Derma a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Kutippan Derma Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang, melaksanakan dan menilai kegiatan kutipan derma peringkat Cabang. b) Bertanggungjawab dalam program kutipan derma peringkat Cabang. c) Berhubung dengan Cawangan dalam merangka projek kutipan derma peringkat Cabang. d) Berhubung dengan Pegawai Penjaga Latihan / PBS / Belia untuk keperluan ahli dan bantuan. e) Bertanggungjawab dalam menghantar semua laporan kegiatan yang telah dijalankan mengikut kelulusan Cawangan dan perlembagaan persatuan dan memajukan semua laporan Persediaan / Bantuan Bencana peringkat Cabang dengan Kerjasama Cawangan. f) Bertanggungjawab menyediakan laporan bercarta / persediaan / bantuan dari semasa ke semasa dan memajukan kepada Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan melalui Setiusaha Kehormat Cabang. g) Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa Bantuan Bencana Kerajaan di peringkat Cabang.
28 14) Pengerusi JKK Anti Dadah a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKKAnti Dadah Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang, melaksanakan dan menilai kegiatan anti dadah peringkat Cabang. b) Berhubung dengan Jawatankuasa Program Anti Dadah peringkat Cawangan untuk mengendalikan kempen anti dadah serta menarik perhatian ahli terhadap penyalahgunaan dadah. berkaitan melalui Setiausaha Kehormat Cabang.
29 5.2 Seragam BSMM Pakaian seragam BSMM hendaklah dipakai lengkap dengan peralatan yang telah diperuntukkan bagi tiap-tiap jenis pakaian seragam. Semua peralatan seperti pingat-pingat, reben dan sebagainya hendaklah mengikuti spesifikasi yang telah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan dan dibeli secara persendirian. Dalam kata lain, ahli-ahli tidak dibenarkan menukar warna atau fesyen pakaian seragam atau menokok tambah atau mengubah pakaian dan peralatan yang digunakan.Tambahan pula, pakaian BSMM hanya boleh dipakai semasa menjalankan tugas. Barang-barang kemas juga tidak boleh dipakai semasa memakai pakaian seragam BSMM seperti jam tangan atau cincinn perkawhwinan. Pakaian BSMM juga mempunyai perbezaan diantara pakaian pelatih atau pelajar dan pemimpin. Antara pakaian seragam pelatih atau pelajar adalah seperti yang berikut: 1. Baju BSMM Lelaki
30 2. Baju BSMM perempuan 3. Seluar putih
31 4. Tshirt BSMM putih lengan pendek 5. Tshirt BSMM putih lengan panjang
32 6. Tshirt BSMM lengan pendek 7. Tshirt BSMM lengan panjang
33 8. Beret hitam 9. Lencana Beret BSMM 10. Lencana bahu Negeri
34 11. Lencana bahu logo BSMM 12. Lencana kolar BSMM 13. Lencana poket BSMM 14. Lanyard hitam single
35 15. Tali pinggang 16. Butang 17. Topi
36 18. Pangkat bagi pelajar 19. Kasut potong hitam 20. Kain anduh
37 Pakaian bagi kategori pangkat pemimpin BSMM pula adalah seperti berikut: 1. Bush jaket pegawai lelaki 2. Bush jaket pegawai wanita 3. Vest pegawai
38 4. Baju korporat pegawai lelaki 5. Baju korporat pegawai wanita
39 6. Lanyard hitam double 7. Pangkat bagi pegawai
40 Di samping itu, BSMM juga mempunyai pangkat-pangkat yang tersendiri. Susunan pangkat bermula dari jawatan tertinggi dalam Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Malaysia. Berikut merupakan susunan pangkat Unit Bantuan Sukarela BSMM 1. Kolonel Pengarah UBS Kebangsaan 2. Leftenan Kolonel Penolong Pengarah UBS Kebangsaan
41 3. Mejar Pegawai Penjaga Belia UBS Cawangan 4. Kapten Komandan 5. Leftenan Timbalan Komandan 6. Leftenan Muda Kuarter Master Unit 7. Staf Sarjan Ketua Utama Seksyen 8. Sarjan Ketua Seksyen 9. Koperal Penolong Ketua Seksyen 10. Lans Koperal Senior
42 5.3 Lencana dalam BSMM 1. Lencana Persahabatan Antarabangsa -Lulus dalam mata pelajaran pendidikan Bulan Sabit Merah. 2. Lencana Pertolongan Cemas Kemasyarakatan dan Lencana Rawatan -Lulus latihan praktikal dan lisan pertolongan cemas kemasyarakatan dan rawatan. 3. Lencana Kemahiran Kawad Kaki. - Menguasai sekurangkurangnya 25 bahasa hukuma kawad. 4. Lencana Kecekapan Kem Kraf - Menyertai sekurangkurangnya tiga kali perkhemahan dan membuat pelbagai aktiviti kraf.
43 5. Lencana Cegah Kebakaran - Lulus dalam ujian mencegah kebakaran (praktikal). 6. Lencana BSMM Sekolah - Lencana tertinggi bagi ahli belia apablia lulus peperiksaan pendidikan palang merah dan bulan sabit merah serta lulus dalam peperiksaan pertolongan cemas kemasyarakatan, mendapat keenam-enam lencana kemahiran dan kecekapan belia BSMM. 7. Lencana Kempimpinan BSMM - Lencana ini adalah bagi ketua utama seksyen unit sekolah. Ia memerlukan kelulusan dua sijil kursus pertolongan cemas kemasyarakatan dan pendidikan palang merah/ bulan sabit merah serta memiliki semua lencana kecekapan.
44
45
46