The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by apik840515, 2021-04-02 10:07:24

BUKU PERATURAN DISIPLIN SMAAT-converted

BUKU PERATURAN DISIPLIN SMAAT-converted

Buku Peraturan Sekolah

MAKLUMAT DIRI MURID
Tahun :

Nama Murid :

No. K/P :
No. Kemasukan :

Tahun
Tingkatan
Peralihan

Nama Ibu Bapa / Penjaga :

Alamat :

Tel (Rumah):
Tel (Pejabat):

Tandatangan Murid 1
S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA

Buku Peraturan Sekolah

Memorandum Persefahaman Antara Ibu Bapa/Penjaga

Dengan Pihak Sekolah

Sebagai ibu bapa/penjaga, saya berjanji untuk:

1. Memastikan anak/waris saya hadir ke sekolah dan menepati
masa persekolahan. Sekiranya anak/waris saya tidak dapat
hadir ke sekolah, saya akan memberitahu sebabnya dengan
secepat mungkin.

2. Memberi rangsangan dan dorongan kepada anak/waris
saya untuk terus berusaha dengan gigih.

3. Membimbing dan menyelianya membuat kerja sekolah/kerja
rumah.

4. Menyemak keputusan peperiksaan dan ujian bulanan.
5. Menghadiri upacara/perjumpaan yang dianjurkan oleh pihak

sekolah berkaitan dengan hal-hal akademik, disiplin dan
kokurikulum anak/waris.
6. Memastkan anak/waris saya mematuhi peraturanperaturan
sekolah dari segi pakaian seragam sekolah, potongan
rambut, penampilan diri yang kemas dan berkelakuan baik.
7. Memastikan anak/waris saya membawa alat tulis,buku teks,
buku latihan dan tidak membawa barang-barang larangan
ke sekolah.
8. Membayar ganti rugi sebarang peralatan/harta benda
sekolah yang dirosakkan/dihilangkan oleh anak/waris saya.
9. Menyokong penuh program-program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
10. Memberikan kerjasama kepada pihak sekolahberhubung
dengan hukuman yang dikenakan terhadap anak/ waris
saya jika didapati bersalah.

Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga :

Tarikh :

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 2

Buku Peraturan Sekolah

Memorandum Persefahaman Antara Pengetua
Dengan Ibu Bapa/Waris

SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa berjanji akan memberi
kepada anak/waris tuan/puan:

1. Pendidikan yang menyeluruh dan berkualiti.
2. Pendidikan yang berteraskan pencapaian cemerlang.
3. Bimbingan dan pengajaran yang berkualiti.
4. Kerja rumah yang mencukupi dan penilaian/pemeriksaan

bulanan yang konsisten.
5. Semakan dan pemeriksaan buku latihan yang konsisten.
6. Laporan kemajuan murid bagi setiap ujian bulanan dan

peperiksaan.
7. Peluang menceburi diri dalam pelbagai aktiviti akademik,

kokurikulum dan sahsiah.
8. Suasana pembelajaran yang selamat, selesa, dan kondusif.
9. Penggunaan infrastruktur yang disediakan oleh pihak

sekolah.

Tandatangan Pengetua :

Tarikh :

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 3

Buku Peraturan Sekolah

AKU JANJI MURID SMK TAN SRI HJ ABD AZIZ
TAPA

1. Hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
2. Sentiasa menepati masa belajar di sekolah.
3. Berada di premis sekolah dan mengikuti pelajaran

sepanjang waktu persekolahan.
4. Berusaha dengan gigih dan menyempurnakan semua

tugasan dan projek.
5. Menyiapkan kerja kelas dan semua kerja rumah secara

berkualiti dan menepati masa.
6. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah dari segi pakaian

seragam, potongan rambut, penampilan yang kemas dan
berkelakuan baik, semasa waktu persekolahan dan semasa
dalam perjalanan ke sekolah.
7. Bekerjasama dan bertanggungjawab untuk menjamin
suasana persekitaran sekolah yang kondusif
8. Mematuhi peraturan-peraturan keselamatan terutama sekali
di dalam Makmal Sains, Bengkel Kemahiran dan semasa
Matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kegiatan
kokurikulum.
9. Menjaga harta benda sekolah dan mengganti rugi
kerosakan/kehilangan harta benda yang berkenaan.
10. Menghormati, memahami dan menyayangi warga
SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz.
11. Taat setia kepada sekolah dan menghayati prinsip-prinsip
Rukun Negara.

Tandatangan Murid : 4
Tarikh :

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA

Buku Peraturan Sekolah

Rukun Negara

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut, Berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut:

*Kepercayaan kepada Tuhan
*Kesetiaan kepada Raja dan Negara
*Keluruhan Perlembagaan
*Kedaulatan Undang-undang
*Kesopanan dan kesusilaan

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 5

Buku Peraturan Sekolah

Falsafah Pendidikan Negara

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara”.

67

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA

Buku Peraturan Sekolah

VISI SEKOLAH
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,

Negara Sejahtera”.

MISI SEKOLAH

“Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara”.

MISI SEKOLAH

* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu padu

* Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera

* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan kemajuan negara

* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 7

Buku Peraturan Sekolah

TAGLINE SMAAT

“SMAAT TOGETHER, WE SMART”
“Guru dihormati, Pelajar disantuni, Ilmu Diberkati”

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 8

Buku Peraturan Sekolah

Sejarah Sekolah

Diasaskan pada tahun 1964 dengan nama “Jasin Lower
Secondary Continuation School” dengan murid-murid printisnya
menumpang di bangunan SRJK (C) Yu Hsein. Bilangan murid
tahun pertamanya berjumlah seramai 154 orang sahaja.
Pengetua pertamanya ialah En.I. Chinniah (1964-1968).
Sekolah lanjutan itu kemudiannya ditukarkan kepada nama
“Sekolah Menengah Rendah 20 (SMR20)” dan kemudiannya
berpindah pula ke bangunan sekolah Menengah Kebangsaan
Jasin. Akhirnya nama itu bertukar sekali lagi dengan panggilan
“Sekolah Menengah Kebangsaan Jassin (SMKJ)” yang kekal
digunakan hingga sekarang. SMKJ mendapat bangunannya
sendiri yang dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu YB
Encik Mohd. Khir b. Johari pada 1 Oktober 1967 iaitu di tapak
bangunan yang ada sekarang. Pada tahun 1973 kelas aliran
sastera di peringkat Tingkatan 4 telah dimulakan. Murid-murid
yang lulus SRP/LCE dan layak memasuki tingkatan 4 aliran
sains telah dipindah ke Sekolah menengah Iskandar Shah Atau
Sekolah Menengah Datuk Bendahara. Kelas aliran sains di
peringkat tingkatan 4 di sekolah ini hanya dimulakan pada tahun
1985.

LAGU SEKOLAH 9

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Aziz Tapa,
Kami pelajar berbilang bangsa,
Jadi harapan nusa tercinta,
Kami pelajar bercita-cita tinggi,
Rukun sekolah kami patuhi,
Kami berikrar dan berjanji,
Berdisiplin dan dedikasi,
Nama baikmu dipelihara,
Agar harumi di sepanjang masa.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA

Buku Peraturan Sekolah

Disiplin

1. Definisi Disiplin

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan Tahun 1979 mentafsirkan disiplin sebagai:

“..............kesanggupan seseorang individu menghormati dan
mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari
luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna
kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu
dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu
lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan
tidak menggangu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-
menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat
tolong-menolong dan kesanggupan memperbaiki keadaan yang
sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup
berkhidmat kepada masyarakat.”

2. Matlamat Disiplin

Disiplin akan menjadikan seseorang murid itu sebagai manusia
yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa
depan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam
usaha mewujudkan satu masyarakat
Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil,
liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-
individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri
dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 10

Buku Peraturan Sekolah

3.Prinsip-prinsip asas disiplin-disiplin di sekolah hendaklah
berasaskan kepada prinsip atau dasar berikut:

*Keadilan dan layanan sama rata.
*Pertimbangan minat dan keperluan pelajar.
*Kebebasan tertakluk kepada undang-undang.
*Amalan menghormati seseorang individu.
*Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan
berharmonis.
*Perpaduan masyarakat dan Negara.

O OBJEKTIF UNIT DISIPLIN SEKOLAH:

"• * Menerapkan pegangan agama yang kukuh dalam
diri murid bagi membendung tingkah laku negatif.

"• * Meningkatkan kesedaran jati diri murid.
"• * Menanamkan nilai-nilai murni dan tatasusila

dalam diri murid bagi mengurangkan kes salah laku

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 11

Buku Peraturan Sekolah

Bab 2:
Etika
Murid

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 12

Buku Peraturan Sekolah

Etika Murid

1. Tanggungjawab murid terhadap diri
sendiri

* Menjaga kebersihan diri termasuk kebesihan fizikal dan
mental

* Bersopan, jujur dan amanah
* Menghargai masa dan menepati masa
* Berjimat cermat
* Bersifat sederhana dan tidak sombong
* Sabar dan bertolak ansur
* Berani dan cekal hati
* Bersikap dedikasi
* Bersikap berdikari
* Bersifat rajin dan berusaha

2. Tanggungjawab murid terhadap sekolah

* Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
* Menghormati guru-guru
* Belajar bersungguh-sungguh
* Menaikkan imej sekolah
* Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
* Bekerjasama di antara satu sama lain. Menceburkan diri

dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah.

3. Tanggungjawab murid terhadap keluarga

* Menghormati orang-orang yang lebih tua dan ibubapa
* Memupuk hubungan yang baik antara ahli-ahli keluarga
* Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi

seorang yang bermoral

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 13

Buku Peraturan Sekolah

Etika Murid

4. Tanggungjawab murid terhadap agama

* Taat kepada perintah Allah/Tuhan
* Mempertahankan kesucian agama
* Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian

5. Tanggungjawab murid terhadap masyarakat

* Tolong-menolong dan bekerjasama
* Menghormati orang-orang yang lebih tua
* Suka bertolak-ansur
* Menghormati agama, pantang larang dan adat resam

suku kaum lain
* Bersifat sederhana dan tidak sombong
* Memupuk persefahaman dan sabar
* Melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan amal
* Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan

manusia

6. Tanggungjawab murid terhadap negara

* Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
* Mematuhi undang-undang
* Mengamalkan prinsip Rukun Negara
* Menjaga infrastruktur awam

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 14

Buku Peraturan Sekolah

Bab 3:
Peraturan

&
Disiplin Sekolah

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 15

Buku Peraturan Sekolah

1.0 Waktu Persekolahan dan Kehadiran Murid-murid

1.01 Murid Perlu berada di kawasan perkarangan sekolah
selewat-lewatnya pada pukul 7.30 pagi. Sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula pada pukul
7.40 pagi

1.02 Jika hari tersebut terdapat perhimpunan sekolah,
murid dikehendaki berbaris mengikut tingkatan
masing-masing sama ada di Dewan ataupun di
Dataran Perhimpuanan.

1.03 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah pada waktu persekolahan termasuk pada
masa rehat tanpa kebenaran bertulis daripada
Penolong Kanan HEM atau Pengetua.

1.04 Murid-murid yang ditangkap keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran akan dikira ponteng sekolah
dan tindakan disiplin yang sewajarnya akan diambil
oleh pihak sekolah.

1.05 Murid-murid juga perlu berada di dalam kelas semasa
waktu pembelajaran dan tidak dibenarkan keluar dari
kelas tanpa kebenaran daripada guru dalam kelas
(Menggunakan Pas Keluar Kelas) untuk urusan
penting atau atas sebab lain yang munasabah.

1.06 Murid-murid yang didapati merayau-rayau di kawasan
sekolah semasa waktu persekolahan (tanpa pas
keluar) akan dikira ponteng kelas dan tindakan disiplin
akan diambil.

1.07 Jika murid-murid tidak dapat hadir ke sekolah untuk
suatu tempoh masa tertentu, pelajar-pelajar tersebut
mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada
Penolong Kanan HEM atau Pengetua.

1.08 Dalam kes kecemasan, surat perubatan
(Medical Certificate)/Penjelasan daripada ibubapa/

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 16

Buku Peraturan Sekolah

haruslah diserahkan kepada Guru Tingkatan pada
hari pertama pelajar itu kembali ke sekolah.
1.09 Jika murid-murid tidak hadir selama lebih daripada 3
hari berturut-turut, Guru Tingkatan mesti dihubungi
dengan segara ataupun tidak hadir 10 hari dalam
sebulan, ibu bapa akan dihubungi oleh pihak sekolah.
1.10 Jika lebih daripada 20 hari dalam satu penggal tanpa
sebarang sebab yang munasabah, pihak sekolah
akan menghantar Surat Amaran Terakhir
(Registered).

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 17

Buku Peraturan Sekolah

Perhimpunan

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 18

Buku Peraturan Sekolah

2.0 Perhimpunan Sekolah

2.01 Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap
2.02 pagi hari Isnin atau hari Pertama setiap minggu
2.03 persekolahan. Kehadiran semua murid adalah
2.04 wajib.
2.05
Murid-murid beratur mengikut kelas masing-
2.06 masing di Dataran Perhimpunan selewat-lewatnya
7.30 pagi. Murid-murid dikehendaki bersedia untuk
kehadiran Pengetua dan barisan pentadbir yang
lain.
Murid-murid yang lewat ke perhimpunan tidak
dibenarkan masuk ke barisan tingkatan masing-
masing. Sebaliknya mereka diasingkan untuk
berbaris di tepi dataran perhimpunan yang
dikhaskan
Semasa Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu
Sekolah dimainkan, semua murid dikehendaki
berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh
semangat dan rasa hormat.
Murid-murid yang didapati bercakap, membuat
bising, tidak menghormati lagu kebangsaan,
mengejek, mengeluarkan katakata tidak senonoh,
tidak berbaris, bergurau senda, berkelakuan tidak
sopan, gaya tepuk tangan yang aneh/luar daripada
yang biasa, “jeering” semasa perhimpunan boleh
menyebabkan tindakan disiplin diambil terhadap
mereka.
Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan ke atas
muridmurid selepas perhimpunan. Semasa
“SpotCheck” murid dikehendaki berada dalam
keadaan berdisiplin.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 19

Buku Peraturan Sekolah

2.07 Murid-murid dikehendaki berada di dalam dewan
atau Dataran Perhimpunan sehingga dibenarkan
ke kelas oleh pengawas bertugas.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 20

Buku Peraturan Sekolah

3.0
Pakaian
Seragam
Sekolah

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 21

Buku Peraturan Sekolah

3.0 Pakaian Seragam Sekolah

3.01 Kod pakaian seragam untuk murid lelaki

3.01.1 Pakaian seragam kasut kanvas putih atau hitam,
stoking putih atau hitam, seluar panjang hijau
(dark olive), lencana sekolah, baju kemeja lengan
pendek, tali leher rasmi sekolah dan tag nama
pada setiap hari persekolahan.

3.01.2 Kasut
a) Hanya kasut kanvas putih/hitam bertali
dibenarkan.
b) Kasut yang dipakai mesti tidak berlabel atau
bercorak.
c) Tali kasut mesti berwarna putih-kasut putih /
hitam-kasut hitam dan diikat secara betul.
d) Murid-murid mesti memakai stokin yang berjenis
putih sepenuhnya.
e) Setiap murid digalakan mempunyai dua pasang
kasut sekolah dan stoking supaya tidak timbul
kes murid tidak memakai kasut dan stoking
dengan sebarang alasan.
g) Kasut dan stoking mesti dipakai pada setiap hari
persekolahan.

3.01.3 Seluar sekolah
a) Seluar sekolah tidak boleh ada ‘pleats’ atau corak
pada poket.
b) Semua seluar jenis potongan ‘baggy’, ‘carrot’ dan
seluar ketat tidak dibenarkan.
c) Murid dilarang melipat hujung kaki seluar
mereka. Sekiranya seluar yang dipakai terlalu
panjang, seluar tersebut mesti dilipat ke dalam
dan dijahit. Jikalau tidak, seluar tersebut tidak
boleh dipakai oleh murid ke sekolah.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 22

Buku Peraturan Sekolah

3.01.4 d) Murid-murid hanya dibenarkan memakai
3.01.5 seluar panjang yang berwarna hijau.

Kemeja
a) Kemeja sekolah mesti berlengan pendek

berwarna putih dengan satu poket di
sebelah kiri.

b) Jika kemeja yang dipakai berlengan
panjang, maka lengan mesti dilipat
sehingga ke atas paras siku.

c ) Murid-murid mesti mengenakan semua
butang.

d) Murid-murid mesti menyelitkan kemeja ke
dalam seluar panjang masa persekolahan.

Lencana
a) Lencana yang dipakai mesti dalam

keadaan sempurna (iaitu berada dalam
warna asal, dan tiada kecacatan).
b) Murid-murid akan dikenakan tindakan
disiplin jika didapati tidak memakai lencana
sekolah atau terdapat kecacatan pada
lencana yang dipakai.
c) Lencana sekolah mesti ditampal di atas
tanda nama iaitu di atas poket kemeja
sekolah seperti gambar di bawah

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 23

Buku Peraturan Sekolah

3.01.6 Tali Pinggang
a) Hanya tali pinggang yang berwarna hijau

tua sahaja dibenarkan.
b) Tali pinggang mesti bebas dari segala

corak dan hanya mempunyai satu warna
sahaja tidak berjenis kulit.

c) Kepala tali pinggang mesti di antara ½ inci
hingga 1½ inci.

d) Kepala tali pinggang juga tidak boleh
bercorak.

e) Tali pinggang yang melanggar syarat
pakaian seragam sekolah akan dirampas
dan tindakan disiplin akan dikenakan
terhadap murid tersebut.

3.01.7 Rambut, Janggut dan Misai
a) Rambut murid lelaki tidak dibenarkan

melebihi 7cm, sama ada rambut depan,
belakang ataupun tepi.
b) Fesyen rambut berekor, ‘punk’ atau fesyen
yang keterlaluan serta rambut yang
diwarnakan tidak dibenarkan.
c) Rambut depan lelaki tidak boleh melepasi
kening, rambut tepi tidak boleh melepasi
setengah daripada telinga dan rambut
belakang tidak boleh menyentuh kolar
kemeja sekolah.
d) Murid-murid lelaki tidak dibenarkan
menyimpan janggut, jambang dan misai.
e) “sideburns” tidak dibenarkan melepasi
separuh daripada telinga.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 24

Buku Peraturan Sekolah

3.01.8 Kuku
a) Kuku perlulah pendek dan bersih

3.01.9 Baju Sejuk
a) Baju sejuk hanya boleh dipakai pada hari
hujan dan apabila seseorang murid itu
kurang sihat.
b) Baju sejuk yang dipakai mesti ditanggalkan
pada waktu rehat semasa murid berada di
dalam kantin.

3.01.10 Pakaian Pendidikan Jasmani
a) Pakaian Pendidikan Jasmani dijalankan,
murid-murid digalakkan memakai seluar
panjang biru/hitam atau jenis pakaian yang
dibenarkan pihak sekolah

3.01.11 Barang Kemas
a) Murid lelaki tidak dibenarkan memakai apa
jua alat perhiasan diri [ gelang (termasuk
‘friendship bands’), anting-anting, subang
dan cincin ]

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 25

Buku Peraturan Sekolah

3.02 Kod pakaian seragam sekolah bagi perempuan

3.02.1 Pakaian seragam lengkap bagi murid perempuan
terdiri daripada tudung putih paras dada,
kemeja putih/baju kurung, sepasang kasut
kanvas putih/hitam, stoking putih/hitam, skirt
biru muda/ turquoise, lencana sekolah dan tag
nama pada setiap hari persekolahan.

3.02.2 Kasut
a) Hanya kasut kanvas putih/hitam.
b) Kasut yang dipakai mesti tidak berlabel
atau bercorak.
c) Kasut yang dipakai mesti dipakai bersama
tali kasut ataupun ‘Velcro’. Tali kasut mesti
berwarna putih-kasut putih / hitam-kasut
hitam dan diikat secara betul.
d ) Stoking bercorak tidak dibenarkan.

3.02.3 Skirt
a) Skirt berwarna biru muda/turquoise dan
tidak mempunyai ‘pleats’.
b) Panjang skirt hendaklah melebihi paras
lutut.

3.02.4 Kemeja
a) Kemeja sekolah bagi perempuan mesti
berwarna putih.
b) Kemeja yang dipakai tidak boleh
mempunyai tag-tag atau ‘pleats’.
c) Murid-murid mesti mengenakan kesemua
butang baju kemeja
d) Baju kurung pula tidak boleh ketat dan
jarang

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 26

Buku Peraturan Sekolah

3.02.5 Lencana

3.02.6 a) Lencana sekolah mesti dipakai seperti
3.02.7 gambar diatas.

b) Lencana yang dipakai pada mana-mana
tempat lain akan dirampas oleh pihak
pengawas.

c) Lencana yang dipakai mesti dalam
keadaan sempurna (iaitu berada dalam
warna asal dan tiada kecacatan).

d) Murid-murid akan dikenakan tindakan
disiplin jika didapati tidak memakai lencana
sekolah atau terdapat kecacatan pada
lencana yang dipakai.

Rambut
a) Murid perempuan yang berambut pendek

tidak boleh melepasi bahu.

b) Murid perempuan yang berambut panjang
pula mesti mengikat rambut mereka.

c) Klip dan sebarang pengikat rambut yang
berwarna biru, putih sahaja dibenarkan.

d) Fesyen ‘punk’ & rambut yang berwarna
tidak dibenarkan.

Kuku
a) Kuku hendaklah pendek dan bersih
b) Kuku tidak boleh diwarnakan atau diinai

kecuali tujuan perubatan

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 27

Buku Peraturan Sekolah

3.02.8 Baju Sejuk
a) Baju sejuk hanya boleh dipakai pada hari
hujan dan apabila seseorang murid itu
kurang sihat.
b) Walau bagaimanapun, baju sejuk yang
dipakai mesti ditanggalkan pada waktu
rehat semasa murid berada di dalam
kantin.

3.02.9 Perhiasan
a) Murid-murid perempuan tidak dibenarkan
memakai anting-anting, gelang (termasuk
‘friendship bands’) cincin dan sebarang alat
perhiasan diri.
b) Hanya subang bermata satu dibenarkan.
c) Subang yang hendak dipakai mestilah
dipakai pada lubang yang pertama di
cuping telinga dan tidak melebihi saiz duit 5
sen

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 28

Buku Peraturan Sekolah

4.0

Pemeriksaan Mengejut

&
Rampasan

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 29

Buku Peraturan Sekolah

4.0 Pemeriksaan Mengejut dan Rampasan

4.01 Semasa pemeriksaan mengejut dijalankan, murid-
murid perlu mengikuti arahan daripada pengawas.

4.02 Murid-murid dikehendaki berdiri dengan kedua-dua
belah tangan di sisi, meletakkan beg-beg di atas
meja, kosongkan saku, pandang depan dan senyap
sehingga ‘spot-check’ selesai dijalankan dan
mengikuti arahan yang diberikan oleh pengawas
yang bertugas.

4.03 Semua ‘spot-check’ dijalankan, murid-murid yang
didapati tidak mematuhi syarat kekemasan diri,
tindakan disiplin akan diambil dengan segera.
Contoh: Murid lelaki yang berambut panjang akan
diberi potongan rambut segera (instant cut).

4.04 Semua barangan larangan yang dilarang yang
dirampas oleh pihak pengawas tidak akan
dikembalikan.

4.05 Barangan larangan yang berharga hanya boleh
dituntut setelah tempoh 3 bulan. Barang berharga-
hanya boleh dituntut oleh waris (ibu/bapa)

4.06 Sekiranya barang tidak dituntut selepas tempoh 3
bulan , barang tersebt akan di hapus kira.

4.07 Semua barangan larangan yang ada pada seseorang
murid boleh dirampas oleh pihak pengawas atau
guru-guru tanpa sebarang amaran.

4.08 Maklumat lanjutan tentang barangan larangan
terdapat pada sub-unit 11.0.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 30

Buku Peraturan Sekolah

Bab 5.0
Penggunaan
Insfrastruktur

Sekolah

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 31

Buku Peraturan Sekolah

5.0 Penggunaan/infrastruktur Sekolah

5.01 Murid-murid mesti berada di dalam kelas masing-
5.02 masing sepanjang waktu pengajaran dan
5.03 pemudahcaraan.
5.04 Pas keluar dan kebenaran diperlukan sekiranya
5.05 seseorang murid ingin keluar dari kelas.
5.06
Pada waktu rehat semua murid dilarang berada di
5.07 dalam kelas dan di mana-mana kawasan larangan
5.08 yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
5.09 Murid-murid juga dilarang berada di koridor, duduk di
atas tembok/tebing-tebing dan mengotorkan dinding
sekolah/menconteng dinding.

Murid-murid dilarang mengalihkan kenderaan
mereka (motosikal) semasa waktu persekolahan.
Murid-murid tidak dibenarkan menunggang,
membawa atau meletakkan basikal, motosikal di
koridor kelas, dewan, kantin, padang, dataran
perhimpunan, gelanggang bola keranjang dan
gelanggang serbaguna. Basikal motosikal hanya
boleh diletakkan di kawasan yang telah dikhaskan
oleh pihak sekolah.
Bangunan sekolah adalah kawasan larangan
selepas waktu persekolahan kecuali mendapat
kebenaran pihak sekolah.
Kebenaran bertulis mesti diperoleh terlebih dahulu
daripada Pengetua/Penolong Kanan HEM, sebelum
mana-mana kawasan sekolah dapat digunakan.
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab
setiap murid SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa dan
mesti dijaga bersama.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 32

Buku Peraturan Sekolah

5.10 Murid dilarang membawa kereta di kawasan sekolah.
5.11 Dilarang memetik/mencabut/merosakkan tanaman

sekolah.

5.12 Kawasan Larangan

5.12.1 Kawasan Larangan Sepanjang Masa

* Bilik Pengawas

* Bilik Guru

* Hanya pihak-pihak yang

berkenaandibenarkan memasuki kawasan-

kawasan di atas.

5.12.2 Kawasan Larangan Semasa Waktu

Persekolahan

1. Murid-murid hanya boleh memasuki
kawasan ini dengan kebenaran guru-

guru yang berkenaan. - Pejabat Sekolah

- Pejabat Pengetua

- Pejabat Penolong Kanan

- Pusat Sumber Sekolah

- Makmal Sains

- Bengkel-bengkel kemahiran

- Bilik Pendidikan Seni

- Bilik Guru

- Taman Landskap

- Dewan Sekolah

- Tandas Guru

- Makmal Komputer

- Bilik-bilik Persendirian

- Bilik Pengawas

- Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan bilik-
bilik lain yang difikirkan perlu

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 33

Buku Peraturan Sekolah

5.13 2. Kawasan-kawasan ini dilarang masuk
5.14 sepanjang hari persekolahan.
- Tempat letak motosikal/basikal/kereta

3. Kawasan-kawasan ini hanya dibernarkan
masuk semasa waktu rehat.

- Dataran Perhimpunan

- Koperasi Sekolah
- Kantin
a) Kantin hanya boleh digunakan pada

waktu rehat.

Kantin

5.13.1 Murid-murid hanya dibenarkan berada di kantin
pada waktu rehat. Murid-murid dilarang
membeli makanan dan minuman di luar waktu
rehat.

5.13.2 Semua makanan dan minuman hanya boleh
dibeli pada waktu rehat. Murid-murid hanya
boleh makan di kantin.

5.13.3 Semasa membeli makanan, murid-murid
dikehendaki beratur

5.13.4 Pembalut, saki-baki makanan dan sebagainya
harus dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan untuk menjamin kebersihan
persekitaran sekolah.

5.13.5 Pinggan mangkuk, piring, gelas dan
sebagainya mestilah diletakkan dalam bekas
yang disediakan.

5.13.6 Membeli makanan daripada luar tidak
dibenarkan ketika hari persekolahan

Tandas

5.14.1 Murid-murid TIDAK dibenarkan menggunakan
tandas guru.

5.14.2 Tandas murid mestilah dijaga kebersihannya.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 34

Buku Peraturan Sekolah

5.14.3 Waktu ke tandas hanya boleh pada waktu rehat
sahaja. Waktu PdPc murid hanya di benarkan
ke tandas dengan kebenaran guru.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 35

Buku Peraturan Sekolah

6.0
Kebersihan
Kawasan

Sekolah

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 36

Buku Peraturan Sekolah

6.0 Kebersihan Kawasan Sekolah

KEBERSIHAN SEKOLAH ADALAH TANGGUNGJAWAB
SETIAP MURID

6.01 Kebersihan seluruh kawasan sekolah hendaklah
sentiasa jaga. Murid yang didapati mengotorkan
6.02 kawasan sekolah dan membuang sampah merata-
6.03 rata boleh diambil tindakan disiplin terhadapnya.
Amalkan sikap suka membuang sampah ke dalam
6.04 tong sampah yang disediakan.
6.05 Ketua tingkatan bertanggungjawab menyediakan
6.06 satu Jadual Tugas Harian untuk satu minggu
dengan melibatkan semua murid dalam kelas bagi
menjaga kebersihan kelas.

Jadual tersebut hendaklah dipamerkan di papan
kenyataan kelas. Adalah menjadi tanggungjawab
ketua tingkatan atau penolongnya menentukan
bahawa jadual tersebut dipatuhi oleh setiap murid.
Murid yang tidak menjalankan tugasnya mesti
dilaporkan kepada Guru Tingkatan supaya
tindakan disiplin boleh diambil ke atasnya.

Pembersihan kelas perlu dilakukan dua kali sehari
sebaik sahaja sekolah bermula dan selepas waktu
rehat. Kerja pembersihan ini harus dilakukan
secara bergilir-gilir oleh murid-murid mengikut
jadual waktu bertugas masing-masing.
Makan dan minum dalam bilik darjah adalah
merupakan satu kesalahan.

Seluruh ahli di dalam sesuatu kelas adalah
bertanggungjawab terhadap:
i) Keselamatan peralatan-peralatan di dalam

kelas tersebut seperti kerusi, meja, almari,

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 37

Buku Peraturan Sekolah

6.07 papan kenyataan kelas, papan tulis, cermin
6.08 tingkap dan lain-lain.
6.09
ii) Kebersihan dan kekemasan/keceriaan kelas.
6.10 iii) Ketenteraman dan ketertiban di dalam kelas.
6.11 Setiap murid bertanggungjawab melaporkan
kepada Guru Disiplin/Guru Tingkatan jika
seseorang murid melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan perkara (i), (ii) dan (iii) di atas.
Papan kenyataan kelas hendaklah dijaga dengan
baik. Jadual Bertugas Harian, Jadual Waktu
Matapelajaran serta notis-notis penting harus
dipamerkan di papan kenyataan kelas.
Murid-murid juga diingatkan supaya mematikan
suis, kipas angin dan menutup pintu kelas apabila
keluar dari kelas. Pintu kelas juga perlu ditutup
selepas sekolah bersurai dan sewaktu pelajar-
pelajar menghadiri kelas PJ ataupun berada di
makmal.Sekiranya kelas dikunci, kunci pendua
perlu diserahkan ke pejabat sekolah.
Kebersihan juga perlu dipelihara pada setiap masa
terutama berkenaan penggunaan tandas dan kantin
sekolah. Perbuatan meludah di merata-rata tempat
adalah ditegah.
Murid-murid yang menggunakan bilik-bilik khas
mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan bagi memelihara kebersihan dan
keselamatan tempat-tempat tersebut.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 38

Buku Peraturan Sekolah

7.0 SENARAI BARANGAN LARANGAN

1. BUKU KOMIK
2. SENJATA
3. BUKU CERITA/NOVEL
4. SEBARANG BAHAN DADAH
5. KAD PERMAINAN
6. PEN MARKER
7. CECAIR PEMADAM (LIQUID PAPER)
8. CAT SEMBUR
9. CAT MINYAK/CAT GLOSS
10. BUAH DADU
11. LILIN
12. BUKU ATAU MANUAL PERMAINAN
13. BAHAN-BAHAN LUCAH
14. CAKERA PADAT (CD)
15. MANCIS/PEMETIK API
16. TELEFON BIMBIT
17. AKSESSORI TELEFON BIMBIT
18. SEGALA BENTUK GAJET
19. SEBARANG BENTUK MINUMAN

KERAS/ALKOHOL/MEMABUKKAN
20. LAMPU SULUH
21. SEBARANG GEL
22. SEBARANG BAHAN SEMBUR
23. SUPER GLUE
24. GAM UHU
25. MAJALAH BERUNSUR HIBURAN
26. ROKOK
27. SEBARANG ALAT SOLEK
28. BARANGAN KEMAS/GELANG/RANTAI
29. PISAU CUKUR
30. BIJI GULI
31. SEBARANG JENIS PERMAINAN

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 39

Buku Peraturan Sekolah

32. CERMIN
33. CERMIN MATA BERWARNA
34. PERMAINAN ELEKTRONIK
35. BATERI
36. LAMPU INFRA-MERAH(LASER PEN)
37. TALI PERSAHABATAN
38. SEBARANG GAMBAR POSTER
39. MINYAK WANGI
40. PERALATAN VAPE

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 40

Buku Peraturan Sekolah
L Lampiran 1

POTONGAN RAMBUT YANG DIBENARKAN UNTUK MURID LELAKI
DIBENARKAN UNTUK MURID LELAKI

P Pandangan hadapan
- - Rambut tidak boleh

melebihi kening
- -Rambut berfesyen

dan berwarna
dilarang sama sekali

P Pandangan sisi
-‘Sideburn’ tidak
dibenarkan

P Pandangan belakang 41
-Rambut tidak boleh
menyentuh atau
melepasi kolar baju

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA

Buku Peraturan Sekolah
L Lampiran 2

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 42


Click to View FlipBook Version