KESUSASTERAAN
MELAYU
BMMB1104
PENSYARAH :
PUAN HAJAH
NORMI BINTI
MOHD DALI
F2J
NURUL NAZIRA BINTI
MUHAMAD AZLI
ISI
KANDUNGAN
Takrif Kesusasteraan Melayu
Jenis Kesusasteraan Melayu
Bentuk Kesusasteraan Melayu
Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu
Fungsi Kesusasteraan Melayu
Manifestasi Akal Budi
Takrif
KESUSASTERAAN
Kesusasteraan Melayu merujuk
kepada hasil karya dan ciptaan seni
yang terdapat dalam kalangan
masyarakat Melayu. Namun, dek
perkembangan masyarakat yang
pesat hari ini telah membawa
perubahan kepada jarak hubungan
sastera dengan kehidupan. Sastera
bersatu dan berintegrasi dalam
kehidupan seharian masyarakat
Melayu. Dalam masyarakat moden
pada hari ini, sastera menjadi satu
bidang kegiatan yang khusus dan
tersendiri. Sastera menjadi hasil
ciptaan seorang sasterawan yang
diiktiraf oleh masyarakat melalui
hasil-hasil karyanya yang dianggap
bermutu.
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa.
Kesusasteraan melayu menurut kamus dewan
bahasa bermaksud hasil seni atau karya
tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu.
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) mentakrifkan
maksud kesusasteraan melayu dalam buku
Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan
kesusasteraan terbentuk daripada perkataan
Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud
huruf atau buku indah. Pembentukkan
perkataan sastra terbahagi kepada dua iaitu
sas- bermaksud mengarahkan,mengajar dan
memberikan petunjuk dan yang kedua iaitu –
tra yang membawa maksud kepada alat.
sastra bermaksud alat untuk mengajar .
Awalan su- pada perkataan kesusasteraan
bermaksud baik dan indah. Imbuhan ke- dan –
an bermaksud segala yang tertulis, yang
bernilai seni dan estetik. Kesusasteraan juga
bererti memberikan panduan, petunjuk dan
pengajaran (Prof Dr Hashim Awang, Artikel
akademik, hal 2).
SECARA UMUMNYA, SASTERA DAPAT DIANGGAP
SEBAGAI UNGKAPAN PERIBADI MANUSIA YANG
BERUPA PENGALAMAN PEMIKIRAN PERASAAN IDEA
SEMANGAT DAN KEYAKINAN DALAM SUATU BENTUK
GAMBARAN KONKRIT YANG MEMBANGKITKAN
KEPERIBADIAN MELALUI PENGANTARABAHASA.
DALAM KONTEKS PENDIDIKAN, KESUSASTERAAN
MELAYU IALAH KARYA ASAL YANG TERTULIS DALAM
BAHASA MELAYU BERUNSURKAN KEINDAHAN DAN
KEHALUSAN SAMA ADA BERBENTUK NOVEL, CERPEN,
DRAMA, SAJAK, PROSA TRADISIONAL ATAU PUISI
TRADISIONAL BAGI MENGIMBANGI INTELEK, ROHANI,
EMOSI DAN JASMANI DI SAMPING MEMAPARKAN
NILAI KEMANUSIAAN DAN CITRA MASYARAKAT.
DARIPADA DEFINISI TERSEBUT, DAPAT DISIMPULKAN
BAHAWA KESUSASTERAAN MELAYU MERUPAKAN
HASIL KARYA MASYARAKAT MELAYU YANG
MEMPUNYAI KATA-KATA YANG INDAH, MEMBERI
MESEJ DAN MENGGAMBARKAN SESUATU PERASAAN
DAN KEADAAN YANG TERTENTU SAMA ADA
MENGENAI DIRI SENDIRI ATAUPUN SEKELOMPOK
MASYARAKAT. SASTERA JUGA DIANGGAP SEBAGAI
GAMBARAN PERIBADI BERUPA PENGALAMAN,
PEMIKIRAN, PERASAAN, IDEA, SEMANGAT ATAUPUN
KEYAKINAN DALAM BENTUK GAMBARAN KONKRIT
YANG MEMBANGKITKAN KEPERIBADIAN MELALUI
PENGANTARA BAHASA TIDAK KIRA SAMA ADA
BERMUTU ATAU TIDAK BERMUTU.
SETERUSNYA
JENIS
&Bentuk Sastera
Jenis dan bentuk kesusasteraan
mempunyai pelbagai ragam kerana
masing-masing memiliki unsur-unsur
khusus yang membentuk pola secara
berbeza untuk tujuan tertentu.
Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan
bentuknya dapat dibahagikan kepada :
PROSA PUISI
TRADISIONAL TRADISIONAL
PROSA PUISI
MODEN MODEN
PROSA
Tradisional
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2011),
tradisional bermaksud serius dan abadi
nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi
standard kepada yang lain, mempunyai gaya
yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang
lazim dan tidak berubah mengikut masa.
Dalam hal ini, prosa tradisional merupakan
bentuk kesusasteraan yang masih kekal
hingga ke hari ini dan masih menjadi
sumber pengetahuan, amalan, pengajaran,
sempadan tingkah laku atau sumber atau
pengenalan masyarakat Melayu kepada
masyarakat luar. . Prosa tradisional
merupakan hasil karya seni yang
disampaikan melalui bahasa, Tujuannya
adalah untuk menyatukan falsafah pencipta
dan penerimanya pada masa iu. Prosa
tradisional terbahagi kepada dua genre,
iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana
(tulisan).
Sastera Rakyat Lisan
sastera ditakrifkan sebagai hasil-hasil kreatif
yang termasuk dalamnya daya ciptaan
imaginasi pencipta yang mengandungi atau
menggambarkan nilai-nilai world view itu
sendiri. Masyarakat pula bermaksud kumpulan
manusia yang hidup secara berkelompok dan
bersifat primitif. Rakyat pula ialah orang biasa
yang hidup kolektif bagi membentuk satu
sistem kekeluargaan yang besar. Mereka hidup
dalam kumpulan mengamalkan nilai
kemasyarakatan yang tebal dan berpegang
teguh pada corak budaya tradisional, Sastera
rakyat merupakan hasil Kara yang dinspirasikan
dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan,
menurut Zaidan et al. (2000: 182), adalah
ungkapan dari mulut ke mulut, hasil
kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional
yang isinya dapat disejajarkan dengan sastera
tulisan dalam masyarakat moden. Dengan kata
lain, sastra yang diwariskan secara lisan seperti
pantun, nyanyian rakyat, dan cerita rakyat.
Sastera lisan menurut mereka disebut juga
sastera rakyat.
Sastera Rakyat Lisan
Antara ciri sastera rakyat termasuklah sastera
rakyat disebar dan diwariskan secara lisan.
Selain itu, sastera rakyat juga bersifat
tradisional dan lama, iaitu berada dalam
sesuatu kebudayaan dalam tempoh yang lebih
lama daripada dua generasi. Sastera rakyat
juga wujud dalam variasi yang berbeza-beza
serta bersifat anonimi, iaitu menggunakan
nama samaran atau langsung tiada nama
pencipta. Seterusnya, sastera rakyat menjadi
hak milik semua masyarakat yang
menghasilkannya. Sastera rakyat turut
mempunyai bentuk berpola dengan plot yang
hampir sama, mempunyai fungsi tertentu
seperti memberi pengajaran serta
penulisannya bersifat sederhana, spontan dan
kadangkala agak kasar. Sastera rakyat
terbahagi kepada dua kategori, iaitu naratif
dan bukan naratif. Sastera naratif terbahagi
kepada mitos, legenda dan cerita rakyat
manakala sastera bukan naratif terdiri
daripada puisi rakyat.
mitos
Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi
dan dianggap suci oleh empunya cerita dan
masyarakat yang mendukungnya. Mitos
mengisahkan kejadian alam semesta, manusia,
binatang tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi
dan kejadian alam, Tokoh yang terlibat pula terdiri
daripada makhiuk halus, dewa atau separuh dewa
yang terjadi pada zaman dahulu. Ciri-ciri mitos
termasuklah dianggap benar-benar terjadi peristiwa
yang aneh, tetapi penting, dianggap keramat dan
memberi kesan kepada masyarakat serta berlaku
pada zaman lampau.
legenda
MLegenda merupakan cerita yang dipercayai benar
berlaku tetapi tidak dianggap suci.Tokohnya terdiri
daripada manusia yang mempunyai sifat luar biasa.
Ciri-ciri legenda termasuklah sejenis komunikasi
lisan yang bercorak cerita berasaskan kisah-kisah
tokoh atau pahlawan.Latar masa dan sejarahnya
tidak semestinya masa lampau tetapi masih berkait
dengan masa silam.
cerita rakyat
Cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap
benar-benar terjadi. Cerita rakyat merupakan
sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan
mengandungi moral atau sindiran. Antara jenis
cerita rakyat ialah cerita binatang.
Sastera Istana Tulisan
Sastera tulisan mula diperkenalkan setelah
penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan
berkembang dalam istana. Sastera hikayat
terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan unsur-
unsur yang terdapat di dalamnya, iaitu unsur
Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contoh sastera
hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri
Rama dan Hikayat Raja Pasai.Sastera undang-
undang pula dijadikan sebagai bahan kajian
tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran
dan susun lapis masyarakat lama. Genre ini
terbahagi kepada dua iaitu Adat Temenggung dan
Adat Perpatih.
PROSA MODEN
Menurut Annas Hj Ahmad (1988:152), hasil karya
sastera selepas tahun 1800 Masihi digolongkan dalam
sastera moden. Pembahagian dari segi masa ini
semata-mata bertujuan untuk memudahkan kita untuk
memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera
Melayu. Sebagai contoh, Sajak bebas pada hari ini
merupakan suatu penyimpangan daripada bentuk puisi
lama seperti pantun dan syair. Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi merupakan pengkarya sastera Melayu
Moden. Hasil karya beliau yang terkenal adalah
Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.
Cerpen ialah gabungan dua perkataan, iaitu cerita dan
pendek. Cerpen berkembang apabila kegiatan
persuratkhabaran Melayu mencapai zaman
kegemilangannya sekitar tahun 1930-an. Cerpen bukan
sahaja menjadi alat yang menggambarkan sikap,
perasaan, pandangan dan fikiran pengarang malahan
juga memberi gambaran tentang suatu zaman, sama
ada berhubung masalah sosial, politik atau ekonomi.
Cerpen biasanya berkisar mengenai sesuatu kejadian
atau peristiwa yang menjadi fokus utama. Cerpen
membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan
bagi menghasilkan kesan tertentu dan mendalam
kepada pembaca.
PROSA MODEN
Dari segi perwatakan, cerpen memusatkan perkembangan
watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Watak-watak
lain hanyalah bertujuan untuk memperkukuhkan
kewibawaan watak utama. Pertentangan antara watak
protagonis dan antagonis akan mencetuskan konflik yang
dianggap penting sebagai unsur dramatik. Dalam penulisan
cerpen, hanya terdapat satu plot sahaja dan plot inilah yang
dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit.
Pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi dalam
cerpen menerbitkan ketegangan dan menarik pembaca
untuk merasai pengalaman yang digambarkan dalam
cerpen. Novel pula ialah prosa rekaan yang panjang yang di
dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan.
Istilah novel berasal daripada bahasa Itali, iaitu novella yang
bermaksud satu benda kecil yang baharu. Novel
mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada sebahagian
daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa
tertentu. Menurut Shahnon Ahmad (1972:4), novel
merupakan satu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia
yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Novel
merangkumi tiga faktor utama yang saling berkait, laitu
pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi.
Idea yang tercetus daripada ketiga-tiga rangkuman ini
bukan sahaja berkisar mengenai tahap kehidupan manusia
bahkan boleh berlegar di sekitar kehidupan selain daripada
manusia itu sendiri
Drama juga dogolongkan dalam
genre prosa moden. Drama
merupakan salah satu bentuk
karya sastera yang penulis
sampaikan mesej melalui lakonan
serta dialog. Menurut Erwan
Juhara (2014), drama merupakan
jenis karya sastera yang
dibangunkan oleh unsur intrinsik
iaitu kesatuan yang mendukung
dan membentuk karya secara
keseluruhan. Pengguanaan pentas
dan panggung juga penting dalam
membantu menyampaikan mesej
melalui lakonan
Puisi
Tradisional
Puisi merupakan genre sastera paling awal
bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat
Eropah menggunakan puisi untuk
menghasilkan dua buah epik yang berjudul
lliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga
menggunakan puisi untuk melahirkan
Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan
awal bangsa Arab tertulis di dalam bentuk
puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di
Ka'abah pada zaman jahiliah. Orang Melayu
berbangga dengan puisi milik mereka yang
dinamakan pantun. Menurut Harun Mat Piah
(1989) antara genre dalam puisi tradisional itu
ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun,
mantera, adat perbilangan, teka-teki,
peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya.
Dalam perbincangan ini akan difokuskan
kepada empat jenis puisi tradisonal iaitu
pantun, gurindam,syair dan seloka
Pantun
Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan
memang asal kepunyaan masyarakat Melayu.
Semenjak orang Melayu belum tahu surat
menyurat pun mereka telah pandai berpantun dan
biasa berbalas-balas pantun antara mereka
(Za'abaa, 1978). Pencipataannya terkandung
dalam dua rangkap, empat rangkap, enam
rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan
pantun berkait. Dalam apa juga bentuk fizikalnya
pantun merupakan pengungkapan yang
mengandungi unsur pembayang maksud dan
maksud. Harun Mat Piah (1989), telah memberikan
definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan
aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman
pantun meliputi unsur estetik dan isi iaitu tema
serta persoalan. Unsur estetik pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan
dengan penggunaan lambang-lambang tertentu
yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan
dan pandangan dunia masyarakat Melayu.
Kedua, berdasarkan hubungan makna antara
pasangan pembayang- pembayang sama ada
secara konkrit atau abstrak.
Pantun
Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris
dalam rangkap iaitu pantun dua kerat, empat
kerat, enam kerat, lapan kerat, dua belas
kerat dan pantun berkait. Pantun yang agak
popular ialah empat kerat dan dua kerat. Ciri-
ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris
dalam rangkap. Bagi pantun empat kerat baris
satu dan dua ialah pembayang manakala baris
tiga dan empat ialah maksud. Bilangan
perkatan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6
patah perkataan dan bilangan suku kata ialah
antara 8 hingga 12. Rima atau bunyi akhir
adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat 'a'
'a', manakala bagi pantun empat kerat pula
rima akhir berbentuk "a', 'b', 'a', 'b'.
contoh pantun :
GURINDAM
Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu
tradisional seperti mana yang dikenali sekarang
diperkenalkan ole Raja Ali haji melalui 'Gurindam
Dua Belas' yang dikarang pada tahun 1846. Bentuk
gurindam adalah terikat, iatu terdari daripada
dua baris serangkap yang mengandungi tiga
hingga enam path perkataan dengan skima rima
akhir 'a'. 'a'. Manakala sukukata gurindam dalam
sebaris ialah antara 8 hingga 12 suku kata. Seuntai
gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk
melengkapkan keseluruhan idea. Bahasanya
bernas dan serius manakala isinya mengandungi
nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan
perasaan cinta. Berasal dari bahasa Tamil
"iradam', 'kirandam' yang bermaksud puisi secara
terbuka. Bagi Za'abaa gurindam ialah sejenis syair
yang melarat yang tetap sukatan atau
rangkapannya. Isinya mengandungi fikiran yang
bernas dengan bahasa yang rang dan suka
sebagai nyanyian. Manakala Sutan Muhamad Zain
menyatakan ianya merupakan sajak yang terjadi
dua baris, baris pertama syarat dan baris kedua
akibat
GURINDAM
SYAIR
Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan
berasal dari Parsi dan telah dibawa mask ke Nusantara
bersama- sama kedatangan Islam. Syair telah
diubahsuaikan mengikut kesesuaian bahasa Mlayu Klasik
ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa
syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia
wujud tetapi namanya telah ditukar. Menurut Mohd.
Yusof Md. Nor (1985), syair dikatakan berasal daripada
puisi Arab iaitu 'sy'ir' tetapi bentuk syair Melayu amat
berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab.
Manakala bagi Harun Mat Piah (1989), mengatakan
keseluruhan pengkaji sependapat bahawa istilah syair
berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud puisi
secara mum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah
menjadi satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak
beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana
puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli
masyarakat Melayu. Bentuk konvensional syair Melayu
mengandungi empat baris serangkap dengan rima akhir
'a', 'a', 'a', 'a'. Manakala setiap baris mengandungi 4
hinggan 5 patah perkataan dan suku kata pula 8 hingga 12
bagi setiap baris. Di setiap baris terdapat suatu hentian
dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang
berurutan untuk memberi idea yang lengkap
SELOKA
Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah 'seloka'
berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang
bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir.
Seloka dipercayai mula dikenali di alam Melayu
semasa perkembangan agama Hindu di Asia
Tenggara.Dipercayai bahawa teks Mahabharata
(100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap)
merpakan naskhah terawal yang tertulis dalam
bentuk seloka. Sebagai satu bentuk puisi tradisional
yang bercorak karangan berangkap atau bahasa
berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan
atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,
gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Sungguhpun begitu, isi dan mesejnya sarat dengan
sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan
teladan oleh pendengar atau pembaca. Sebahagian
besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu
empat baris serangkap seperti pantun seloka namun
binaannya lebih mirip kepada bentuk pantun atau
syair. Ditemui juga seloka yang ditulis dalam bentuk
bebas iaitu setiap barisnya meniadi isi puisi
berkenaan seperti Seloka Pak Kaduk
PUISI
MODEN
SAJAK SATU-SATUNYA GENRE PUISI DALAM
PUISI MODEN. SAJAK IALAH PUISI MODEN YANG
LEBIH BEBAS YANG TERIKAT PADA SESUATU
POLA KHUSUS WALAUPUN ADA KETIKANYA
MEMERIKAN CIRI MATRA, RIMA DAN RENTAK.
SAJAK LEBIH MEMENTINGKAN KEBERKESANAN
PENGUCAPAN PERASAAN MELALUI PEMILIHAN
DAN PEMAKAIAN KATA-KATANYA YANG SALING
MENUMPANG DAN TERJALIN MENURUT ERTI
SERTA IRAMA. MENURUT HASHIM AWANG (1984),
SAJAK IALAH PUISI BAHARU YANG POPULAR
LAHIR SEBAGAI PILIHAN KEPADA PUISI
TRADISIONAL. BAGI H. B. JASSIN (1983), SAJAK
ADALAH PENGUCAPAN PERASAAN DENGAN
PERASAAN YANG DI DALAMNYA MENGANDUNGI
FIKIRAN DAN TANGGAPAN. MAKSUDNYA, SAJAK
ADALAH SUARA HATI ATAU LUAHAN PERASAAN
PENYAIRNYA. SAJAK LAHIR DARIPADA JIWA DAN
PERASAAN TETAPI SAJAK YANG BAIK BUKAN
MAINAN KATA SEMATA-MATA. SAJAK YANG BAIK
MEMBAWA GAGASAN SERTA PEMIKIRAN YANG
DAPAT MENJADI RENUNGAN MASYARAKAT. SAJAK
TERBENTUK DARIPADA KATA-KATA YANG
TERBAIK DALAM SUSUNAN TERBAIK. KATA-KATA
TERBAIK BERMAKSUD WUJUDNYA NILAI RASA
DAN NILAI ERTI YANG SEIMBANG SERTA
BERSIFAR HARMONIS ANTARA KATA DAN
MAKSUD.
SEBAGAI PUISI MODEN, SAJAK TIDAK
TERIKAT PADA PERATURAN SEPERTI
PEMILIHAN KATA ATAU DIKSI,
PEMBENTUKAN RANGKAP, BARIS SERTA
PEMATUHAN SKIMA RIMA AKHIR SEPERTI
DALAM PUISI TRADISIONAL. SATU LAGI
CIRI PUISI MELAYU MODEN ADANYA NAMA
PENULIS SEBAGAI PENGAKUAN HAK KE
ATAS SESEBUAH KARYA WALAUPUN
MENGGUNAKAN NAMA SAMARAN ATAU
NAMA PENA. HAL INI BERBEZA DENGAN
PUISI MELAYU TRADISIONAL YANG
BERSIFAT KOLEKTIF LAITU MILIK
BERSAMA. RUMUSANNYA, PUISI MELAYU
MODEN ADALAH HAL KARYA KREATIF YANG
MEMPUNYAI BENTUK YANG BEBAS DAN
TERSENDIRI MENGIKUT SELERA
PENULISNYA ATAUPUN PENYAIR. SAJAK
TIDAK TERIKAT PADA NORMA-NORMA
TERTENTU SEPERTI YANG TERDAPAT
DALAM PUISI TRADISIONAL. MENGIKUT
MUHAMMAD HJ SALLEH (1991), RENTAK DAN
PERJALANAN BARIS SERTA BAIT (RANGKAP)
PUISI MELAYU MODEN LEBIH MENGIKUT
NAFAS, FIKIRAN DAN CARA BERTUTUR
TIDAK DISEKAT DAN DITENTUKAN
PANJANGNYA OLEH PERATURAN LAMA
SEPERTI DALAM PANTUN DAN SYAIR.
MENURUT BELIAU LAGI, PUISI MELAYU
MODEN MEMBAWA SUASANA SERTA
PANDANGAN TERHADAP YANG LEBIH
MODEN.
CIRI
KESUSASTERAAN MELAYU
LISAN
TULISAN
KREATIF
BUKAN KREATIF
ESTETIK
FUNGSI
kesusasteraan
1.Alat pendidikan
Antara fungsi kesusasteraan Melayu
menurut Siti Hajar Abdul Aziz ialah
sebagai alat pendidikan. Pengalaman-
pengalaman para pengarang ini
diterjemahkan melalui kisah-kisah yang
ditulis oleh mereka yang terangkum
didalamnya pelbagai bidang ilmu
seperti ekonomi, politik, sosiologi
dan agama. 0engalaman mereka ini
dijadikan prosa atau puis idan diadun
dengan unsur-unsur pengajaran,moral
atau ilmu pengetahuan yang tinggi
nilainya yang mana akan dapat dikutip
oleh para pembaca maka berlakulah
pendidikan secara tidak langsung
FUNGSI
kesusasteraan
2. Usaha Pengayaan Khazanah Ilmu Dan
Persuratan Bahasa Melayu
Shahnon Ahmad (1997) menyatakan bahwa
kesusasteraan berperanan sebagai satu
cabang kesenian yang berteraskan
cinta. Cinta di sini maksudnya cinta
kepada keindahan dan cinta kepada
kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta
oleh para sasterawan untuk
membangunkan peribadi manusia supaya
cinta akan keindahan dan cinta akan
kebenaran.
FUNGSI
kesusasteraan
3. Instrumen Perpaduan
Menurut Timbalan Perdana Menteri
MalaysiaT;an Sri Muhyiddin Yassin,
sastera dijadikan instrumen penting
bagi mewujudkan semangat kekitaan atau
"esprit de corp"
dikalangan rakyat dalam usaha untuk
membina sebuah negara bangsa yang
bersatu padu.Sastera negara
menitikberatkan nilai perpaduan dan
penghargaan kepada satu bentuk budaya
kebangsaan untuk dikongsi bersama
sebagai pemangkin bagi
menyatupadukanrakyat.
MANIFESTASI AKAL
BUDI
pantun adalah wadah dan wahana yang
digunakan untuk menyampaikan dan
menjelaskan sesuatu falsafah daripada sudut
pandangan dunia orang Melayu. Nilai dan
orientasi yang wujud pada setiap diri manusia,
masyarakat dan budaya berperanan membentuk
peribadi atau sahsiah serta jat idiri. Keseluruhan
jatidiri manusia Melayu itu ditempa oleh “adab
dan adat” Melayu dandiperkukuhkanserta
dimantapkan oleh keseluruhan akhlak Islam.
Jatidiri yang terhasil dari binary atau pasangan
yang saling melengkapi ini, saling integrative,
tertaut kuat dan sejati dalam wadah Melayu.
Keseluruhan kehalusan akhlak inilah yang
dinamakan budi
RUJUKAN
Adisya Rehal. (2018) .
Kesusasteraan Bahasa Melayu
https://www.academia.edu/886650
3/KESUSASTERAAN_MELAYU
Azman Bin Rahmat, Mohd Nazri Bin
Zainuddin, Shamsudin Bin Abu
Bakar . (2022). Kesusasteraan &
Kebudayaan Bahasa Melayu .
Terbitan Pustaka Al-Ehsan