Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
Menyatakan sumber air semulajadi seperti
hujan, sungai, tasik, laut dan mata air.
Air ialah sumber asas kehidupan.
Daripada manakah air diperolehi?
Apakah sumber air semula jadi yang terdapat di bumi?
Sumber air semula jadi
Hujan Tasik Laut Mata Sungai
air
Sumber air semula jadi
Hujan
Titisan air daripada awan
turun ke bumi sebagai hujan.
Sumber air semula jadi
Tasik
Kawasan air yang luas dan
dikelilingi oleh daratan.
Sumber air semula jadi
Laut
Bahagian air masin yang
besar pada permukaan bumi.
Sumber air semula jadi
Mata air
Air mata air ialah air bawah
tanah yang keluar ke
permukaan bumi.
Sumber air semula jadi
Sungai
Hujan turun ke bumi
membentuk aliran air yang
dikenali sebagai sungai.
Sumber air semula jadi yang terdapat di bumi kita seperti :
Hujan Tasik Laut
Mata air Sungai
Tugasan
Bina Carta Sumber Air Semula Jadi (buku teks muka surat 104).
Murid-murid boleh cetak atau lakar gambar sumber air semula jadi.
Jawab BUKU AKTIVITI muka surat 63 dan 64.