The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

12 Tips mudah untuk menghafal dengan cepat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yann Rosli, 2020-11-18 09:19:35

Tips Menghafal Dengan Mudah dan Cepat

12 Tips mudah untuk menghafal dengan cepat

Keywords: Tips Menghafal

Di sediakan oleh :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK YAACOB LATIF

I SEE U I HEAR U I FEEL U



SESETENGAH orang ada masalah untuk menghafal, lebih-lebih kalau buku tebal dan
banyak fakta serta huraian perlu diingati. Sudah berkali-kali dibaca, namun begitu
sukar mahu melekat di minda.

Jika berterusan, ada yang terus tutup buku dan sambung tidur!

Berikut beberapa tips untuk menghafal teks dengan mudah
dan cepat.

1. Fokus

Sebelum membuka buku, pastikan anda fokus dan memberi sepenuh perhatian. Elakkan
gangguan bunyi kerana ia boleh mengganggu tumpuan. Sebaiknya, tutup telefon bimbit.

2. Baca dengan kuat

Membaca dengan nada kuat sehingga diri sendiri
boleh mendengar. Sebelum itu pastikan pintu dan
tingkap ditutup supaya suara anda itu tidak
mengganggu orang lain.

3. Ajar pada orang lain

Mengajar orang lain adalah salah satu cara terbaik untuk menghafal. Ini
akan meningkatkan pemahaman dan daya ingatan anda. Itu sebabnya
ilmu harus diajar pada orang lain kerana salah satu manfaatnya anda
sendiri akan menjadi faham dan ingat.

4. Latihan depan cermin

Sekiranya anda tidak mempunyai pendengar yang menemani anda
seperti ahli keluarga atau kawan, anda juga boleh bercakap di depan
cermin.

5. Guna perakam

Gunakan perakam memori. Terdapat banyak perakam yang boleh anda gunakan
untuk membantu menghafal. Dengan menggunakan perakam anda boleh
mendengar rakaman berulang kali. Perakam memori yang paling mudah adalah
dalam telefon bimbit anda sendiri.

6. Relaks

Biarkan fikiran anda tenang kerana semakin anda relaks, anda akan
mudah menghafal dan meningkatkan pemahaman jadi lebih tinggi. Cara
untuk relaks? Mudah saja, duduk dengan selesa sambil melepaskan
ketegangan otot dengan menghela nafas panjang.

7. Waktu yang tepat

Pilih waktu yang tepat untuk menghafal. Kebanyakan pelajar yang
cemerlang dan berjaya, mereka akan tidur selepas Isyak dan bangun
semula pada 2/3 malam untuk menghafal, memahami dan mengingati apa
yang mereka belajar.

8. Berulang kali

Untuk menghafal, perlu membaca berulang kali.
Sebaik-baiknya sehingga tujuh kali. Ini kerana,
lebih banyak anda mengulang, makin banyak
kamu dapat mengingatinya.

9. Buat catatan

Catatan membantu dalam menguatkan daya menghafal. Catat
isi penting atau 'highlight' supaya anda tidak perlu membaca
berulang kali di bahagian yang tidak penting.

10. Uji kemampuan daya ingatan

Selepas membaca, anda perlu menguji kemampuan anda mengingati apa yang anda baca.

Dalam proses menguji kemampuan, anda boleh menggunakan teknik 2P iaitu :

PENYOAL - Anda harus menyoal apa-apa perkara yang telah anda baca kepada diri
sendiri.

PENJAWAB - Anda harus menjawab soalan yang ditanya tanpa melihat buku atau nota
yang dibaca tadi.

Sekiranya anda dapat menjawab, bermakna anda telah lakukan proses ingatan.

11. Akronim

Anda boleh mencantumkan huruf awal membentuk satu perkataan
yang mudah anda ingat.

Contoh : Zaman Prasejarah

Paleolitik - P ( Pak )
Mesolitik - M ( Mat )
Neolitik - N ( Naik )
Logam - L ( Lori )

NEO = New / baru - manusia baru bertamadun

12. Makanan seimbang

Makan makanan seimbang kerana ia sangat penting untuk memberi nutrien
yang diperlukan oleh otak. Seterusnya memudahkan sel otak berhubung.

Semoga segala
perkongsian ini dapat
memberi manfaat kepada

semua.

Sekian… Terima kasih.

- UBK SMK YAACOB LATIF -


Click to View FlipBook Version