The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppsiterengganu, 2021-09-17 23:14:37

INTERPRETASI ITP

INTERPRETASI ITP

PENTAKSIRAN
PSIKOMETRIK

INVENTORI TRET PERSONALITI
(ITP)

Untuk Tingkatan Satu dan Empat

15 KONSTRUK INVENTORI TRET PERSONALITI

1 8 9
AUTONOMI KEPEMIMPINAN STRUKTUR

2 7 10 15
KREATIF INTELEKTUAL RESILEN KETELUSAN

3 6 11 14
AGRESIF KEPELBAGAIAN MENOLONG WAWASAN

4 5 12 13
EKSTROVERT PENCAPAIAN ANALITIKAL KRITIK DIRI

PENJELASAN KONSTRUK ITP

01
AUTONOMI

Individu lebih sukakan kebebasan
dalam tindakannya dan dapat
mengawal serta menentukan aktiviti-
aktiviti hariannya.

01 AUTONOMI SKOR TAFSIRAN

TAHAP 1-30% Anda lebih suka menerima arahan orang lain,
40-60% akur kepada peraturan dan mempunyai sifat
RENDAH 70-99% kebergantungan yang tinggi.
SEDERHANA
TINGGI Anda mempunyai ciri-ciri autonomi pada
tahap sederhana dari segi keakuran,
kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti
harian.

Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam
segala tindakan, sangat berdikari dan yakin
dalam membuat keputusan.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

02
KREATIF

Individu yang berkebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan
idea baru dan asli.

02 KREATIF SKOR TAFSIRAN

TAHAP 1-30% Anda lebih suka menggunakan daripada
40-60% menghasilkan sesuatu. Anda kurang
RENDAH 70-99% menggunakan daya imaginasi tetapi selesa
SEDERHANA menggunakan idea yang sedia ada.
TINGGI
Anda mempunyai ciri-ciri kreatif pada tahap
sederhana.

Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi,
banyak idea, boleh menghasilkan karya kreatif
yang original dan tidak suka kerja yang
berstruktur.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

03
AGRESIF

Individu terlalu kritikal terhadap orang
lain, tegas, berani dan tidak suka
dimanipulasi. Tidak menghiraukan
perasaan orang lain dalam mencapai
matlamat diri.

03 AGRESIF SKOR TAFSIRAN

TAHAP 1-30% Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal anda
40-60% membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan
RENDAH anda.
70-99%
SEDERHANA Anda seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri.
Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda
TINGGI tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga hati dan
perasaan orang lain.

Anda seorang individu yang agresif. Anda berani dan suka
mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan
perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda,
yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

04
EKSTROVERT

Individu suka berinteraksi, bekerja dan
berada dengan orang ramai.

04 EKSTROVERT SKOR TAFSIRAN

TAHAP 1-30% Anda seorang yang introvert, pemalu, suka
40-60% bersendirian, kurang selesa berada dalam majlis
RENDAH 70-99% keramaian dan bercakap di khalayak ramai.
SEDERHANA
Anda bersederhana dalam pergaulan sosial:
TINGGI Berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan
persekitaran. Biasanya, rakan-rakan anda sealiran
dengan anda.
Anda seorang yang peramah, suka bergaul (out-
going), bekerja dalam kumpulan, suka menghadiri
majlis keramaian, yakin bercakap di hadapan
orang ramai dan bersikap positif.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

05
PENCAPAIAN

Individu ini seorang yang bersemangat
dan bermotivasi untuk menyelesaikan
tugas. Mahukan kejayaan dan suka
persaingan walaupun banyak halangan.

05 PENCAPAIAN SKOR TAFSIRAN

TAHAP 1-30% Anda kurang bermotivasi, tidak sukakan
40-60% persaingan dan tidak mementingkan
RENDAH 70-99% pencapaian.
SEDERHANA
TINGGI Anda mempunyai tahap motivasi dan
pencapaian yang sederhana.

Anda seorang yang sangat bermotivasi,
sukakan persaingan dan berorientasikan
kecemerlangan.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

06
KEPELBAGAIAN

Individu dapat menerima dan mudah
menyesuaikan diri dalam pelbagai
situasi. Sukakan pengalaman yang
pelbagai ke arah perubahan berterusan

06 KEPELBAGAIAN SKOR TAFSIRAN

TAHAP 1-30% Anda sangat suka situasi yang tenang, stabil dan
40-60% selamat. Suka dengan aktiviti yang rutin dan
RENDAH 70-99% tidak suka perubahan.

SEDERHANA Anda mempunyai tahap kepelbagaian yang
sederhana.
TINGGI
Anda seorang yang kurang fleksibel, sederhana
anjal dan mengambil masa untuk melakukan
perubahan.
Anda seorang yang suka kepada perubahan dan
perkara-perkara baru. Kerja-kerja rutin sangat
membosankan anda.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

07
INTELEKTUAL

Individu berminat kepada aktiviti yang
memberi cabaran dari aspek
intelektual. Mementingkan aktiviti yang
berbentuk kognitif dan ilmiah

07 INTELEKTUAL SKOR TAFSIRAN

TAHAP 1-30% Anda berminat kepada aktiviti yang berstruktur,
40-60% berkemahiran dan praktikal. Anda juga suka
RENDAH 70-99% membaca bahan-bahan hiburan dan tidak
SEDERHANA ilmiah.
TINGGI Anda mempunyai tahap sederhana dari segi
aktiviti yang mencabar minda , ilmu
pengetahuan, akademik dan ilmiah.

Anda suka kepada aktiviti yang mencabar minda
dan berbentuk keilmuan, mempunyai daya ingin
tahu yang tinggi.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

08
KEPIMPINAN

Individu yang suka mengawal orang
lain atau lebih suka memimpin
daripada dipimpin

08 KEPIMPINAN

TAHAP SKOR TAFSIRAN

RENDAH 1-30% Anda lebih suka menjadi pengikut daripada
SEDERHANA memimpin.
TINGGI
40-60% Anda mempunyai tahap kepimpinan yang sederhana.
Hanya boleh memimpin kumpulan-kumpulan kecil.

70-99% Anda mempunyai ciri kepemimpinan yang tinggi,
tegas, bijak membuat keputusan dan suka menjadi
ketua. Anda juga mempunyai inisiatif, daya penggerak
yang tinggi dan boleh mempengaruhi orang lain.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

09
STRUKTUR

Individu suka kepada perkara yang
teratur, kemas, terperinci dan mengikut
peraturan.

09 STRUKTUR

TAHAP SKOR TAFSIRAN

RENDAH 1-30% Anda lebih suka kepada aktiviti yang tidak
SEDERHANA 40-60% bersistematik dan tidak berulang-ulang. Anda tidak
TINGGI suka kepada peraturan yang rigid.

Ciri personaliti struktur anda berada di tahap
sederhana.

70-99% Anda suka kepada perkara berstruktur, rutin dan
terperinci. Lebih gemarkan kerjaya yang memerlukan
kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

10
RESILIEN

Individu yang cekal dan bermotivasi
untuk menghabiskan atau
menyelesaikan semua tugas

10 RESILIEN

TAHAP SKOR TAFSIRAN

RENDAH 1-30% Anda mempunyai daya ketahanan yang rendah dari
SEDERHANA 40-60% aspek fizikal, mental dan emosi, mudah mengalah, cepat
bosan dan menangguhkan kerja.
TINGGI
Ciri-ciri ketahanan psikologi anda adalah pada tahap
sederhana. (Ada sifat cuba jaya dan ikhtiar)

70-99% Anda mempunyai daya ketahanan yang tinggi dari aspek
fizikal, mental dan emosi serta akan menghabiskan semua
tugas yang diberikan. (Semangat juang yang tinggi, berjiwa
kental, asertif tinggi, ikhtiar bersungguh-sungguh, dan
berkobar-kobar)

PENJELASAN KONSTRUK ITP

11
MENOLONG

Individu berkecenderungan untuk
menunjukkan rasa empati, kasih sayang
dan suka memberi bantuan kepada
orang lain.

11 MENOLONG

TAHAP SKOR TAFSIRAN

RENDAH 1-30% Anda kurang prihatin terhadap emosi dan keperluan
SEDERHANA 40-60% orang lain. Lebih memfokus kepada diri sendiri.
TINGGI 70-99%
(Tidak peduli, tidak kisah persekitaran, tidak sensitif)
Ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana.

(Simpati dan penglibatan dalam aktiviti kebajikan di
tahap sederhana)
Anda mempunyai sifat empati yang tinggi, prihatin, peka,
mudah menghulurkan bantuan secara sukarela.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

12
ANALITIKAL

Individu yang suka membuat
pemerhatian dan menganalisis sebelum
membuat keputusan. Membuat
keputusan berdasarkan fakta dan bukti

12 ANALITIKAL

TAHAP SKOR TAFSIRAN

RENDAH 1-30% Anda adalah individu yang praktikal (anda bukan orang
SEDERHANA 40-60% yang berorientasi teoritikal), tidak suka menganalisis
TINGGI 70-99% dan kurang peka terhadap persekitaran.

Tahap kepekaan dan pemerhatian anda terhadap
persekitaran adalah sederhana. Anda seorang yang
teoritikal dan praktikal.

Anda adalah seorang yang peka terhadap persekitaran,
suka membuat pemerhatian dan menganalisis diri
sendiri, orang lain, dan persekitaran. (Perlu bukti sahih
dan berasaskan fakta)

PENJELASAN KONSTRUK ITP

13
KRITIK DIRI

Individu yang tidak stabil dari aspek
emosi dan psikologi. Mempunyai
anggapan bahawa orang lain adalah
lebih baik

13 KRITIK DIRI

TAHAP SKOR TAFSIRAN

RENDAH 1-30% Anda seorang yang sangat yakin. Adakala terlalu yakin
SEDERHANA 40-60% dan berkecenderungan untuk menganggap diri selalu
TINGGI 70-99% betul.

Anda seorang individu yang stabil dari aspek emosi dan
psikologi. Anda seorang yang suka muhasabah diri,
kenal pasti kekuatan & kelemahan serta sentiasa
mempertingkat kemajuan diri.
Anda sering berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah,
resah dan cemas terhadap apa yang dilakukan. Individu
yang mendapat skor melebihi 80% dicadangkan
berjumpa guru kaunseling.

PENJELASAN KONSTRUK ITP

14
WAWASAN

Individu yang berpandangan jauh,
memiliki daya imaginasi yang tinggi,
memikirkan idea-idea yang tidak terfikir
oleh orang lain, berani mengambil risiko,
bijak membuat keputusan, optimis dan
berkarisma

14 WAWASAN

TAHAP SKOR TAFSIRAN

RENDAH 1-30% Anda tidak mementingkan perancangan masa hadapan,
SEDERHANA hala tuju, visi dan misi. (Biar masa tentukan saya)

TINGGI 40-60% Anda selesa dan berpuas hati dengan pencapaian dan
70-99% keadaan semasa. (Matlamat dan objektif setakat ada
sahaja, tiada enthusiasm: Anda individu berjaya)

Anda mempunyai daya imaginasi dan cita-cita yang
tinggi, serta dapat menjangkau pandangan yang jauh.
Anda mempunyai hala tuju, visi dan misi yang
jelas.(Saya yang menentukan masa: Anda individu yang
cemerlang)

PENJELASAN KONSTRUK ITP

15 KETELUSAN

Menunjukkan ketelusan dalam memberi
maklum balas terhadap item ujian

15 KETELUSAN

SKOR TAFSIRAN

50 – 99% Anda tidak telus ketika memberi maklum
balas terhadap item-item inventori.

Dapatan tret personaliti anda tidak
menepati personaliti diri anda.

Ketelusan individu digambarkan dengan
skor yang rendah.

DISEDIAKAN OLEH : JU PSIKOMETRIK JPNT 2020

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version