The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-32188792, 2021-07-03 04:47:24

Kajian Tindakan PP (Silang Fakta)

Kajian Tindakan PP (Silang Fakta)

KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI PUTERA
31400 IPOH PERAK
KAJIAN TINDAKAN

SILANG FAKTA : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA
PENGAJIAN PERNIAGAN TAJUK KEPIMPINAN
SEMESTER 2 MURID 6AK3

AZRINA BINTI ARIFFIN
GURU TINGKATAN 6

PENGAJIAN PERNIAGAAN
TAHUN 2020

1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan Permainan Silang Fakta untuk meningkatkan
kemahiran Mengingat Fakta dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan . Seramai 17 orang
murid Tingkatan 6Ak3 menjadi respondan kajian ini. Tinjauan awal pengkaji menggunakan
kaedah analisis dokumen iaitu keputusan kuiz dan kaedah pemerhatian iaitu melihat gaya
pembelajaran pelajar. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan untuk mendapat
maklum balas pelajar sebelum dan selepas menggunakan Permainan Silang Fakta. Hasil
tinjauan tersebut menunjukkan 17 orang murid tidak mencapai markah yang baik dalam kuiz
1. Murid memberitahu masalah tidak mengingat fakta punca murid tidak mendapat markah
yang tinggi. Oleh itu, pengkaji menggunakan Permainan Silang Fakta sebagai kaedah
pembelajaran kendiri murid. Keputusan pasca-ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi
markah Pra dan Post ujian iaitu sebanyak 10.28%. Dapatan analisis soal selidik pula
menunjukkan murid lebih mudah mengingat, memahami dan lebih seronok belajar apabila
menggunakan Permainan Silang Fakta. Dapatan analisis soal selidik pula menunjukkan murid
lebih mudah mengingat, memahami dan lebih seronok belajar apabila belajar menggunakan
Permainan Silang Fakta. Oleh itu, Permainan Silang Fakta ini akan diperkenalkan kepada
murid Semester 2 STPM 2020 bagi membantu murid meningkatkan daya ingatan semasa
mengulang kaji dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik

Kata Kunci ;Permainan Silang Fakta, Kemahiran Mengingat , Round Table, Pengajian
Perniagaan

2

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU

Hasil analisis kuiz yang telah dibuat dalam kelas 6AK 3 murid semester 2 mata
pelajaran Pengajian Perniagaan didapati keputusan murid kurang memberangsangkan. Ini
amat membimbangkan guru kerana JSU soalan ujian yang ditanya adalah kemahiran KBAR,
manakala aras kesukaran soalan adalah aras mudah (soalan Fakta). Oleh itu, satu post
mortem kelemahan murid telah dilakukan dan hasilnya mendapati murid kurang membaca
menyebabkan murid tidak dapat mengingat fakta lebih baik. Ini amat membimbangkan guru
yang mengajar kerana murid yang tidak dapat menguasai setiap topik dengan baik akan
menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk belajar dan mendapat markah rendah dalam
peperiksaan nanti.

Memandangkan keputusan peperiksaan mengikut sistem pengiraan PNGS dan
PNGK, murid-murid mesti mendapat gred yang terbaik setiap semester supaya pada akhir
penggal akan mendapat keputusan yang cemerlang. Secara tidak langsung, murid-murid
hendaklah menguasai fakta setiap bab mengikut semester. Tetapi masalah yang sama juga
berlaku, ada sebilangan murid tidak dapat menguasai topik yang diajar walaupun murid telah
membaca berulang-kali dan mengingat topik-topik tersebut. Sehubungan dengan masalah ini,
guru telah menjalankan pemerhatian di dalam kelas sendiri. Hasil pemerhatian guru
mendapati pelajar memberi perhatian semasa guru mengajar tetapi tidak fokus pada topik
yang diajar kerana mungkin bosan dengan pdpc guru sendiri. Oleh itu, guru mengambil
tindakan mengubah cara pengajaran di dalam kelas agar lebih ceria dan bermotivasi. Masalah
ini perlu diatasi dengan segera supaya murid gembira belajar semasa mata pelajaran
Pengajian Perniagaan.

.

Seiring dengan hasrat kementerian Pelajaran merealisasikan Pembelajaran Abad
Ke21(PAK21) yang bermaksud proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar berteraskan
elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika
telah memberi idea kepada guru untuk mencipta satu kaedah pembelajaran berpusatkan
pelajar dalam kumpulan. Oleh itu, satu kaedah belajar iaitu Silang Fakta telah dicipta bagi
membantu pelajar mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan lebih tepat belajar sambil
berhibur. Secara tidak langsung dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan
murid.

3

2. ISU/KEPERIHATINAN YANG DIKAJI

Masalah yang dihadapi jika tidak diselesaikan dengan segera akan menyebabkan
murid-murid menganggap mata pelajaran Pengajian Perniagaan membosankan kerana
banyak membaca, mengingat fakta dan mengelirukan. Ini akan merumitkan keadaan murid-
murid untuk memahami tajuk yang diajar. Selain itu, murid gagal memberikan fakta yang betul
berdasarkan kehendak soalan. Ini menyebabkan murid tidak mendapat markah walaupun
huraian dan contoh betul. Motivasi murid juga menurun kerana tidak memenuhi kehendak
soalan dan suasana pembelajaran pun tidak ceria. Selain itu, murid tidak dapat
mengembangkan minda dengan idea-idea yang lebih bernas kerana lebih berfokus dalam
bentuk hafalan dan mengingat. Dengan adanya Silang Fakta ini akan dapat menyelesaikan
masalah murid-murid yang disasarkan untuk mengingat fakta tetapi dalam bentuk cara sendiri
dan tidak terikat dengan mana-mana turutan. Murid boleh melontarkan fakta yang mana
mereka ingat dahulu untuk teknik ini dan boleh berkongsi fakta yang belum dikuasai dengan
murid lain yang telah membaca topik. Secara tidak langsung pelajar dapat mengingat fakta
dengan baik dan murid dapat membuat latihan kendiri pada bila-bila masa dalam kumpulan
kecil.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar mengingat fakta bagi mencapai objektif umum
dan objektif khusus ke arah mendapat keputusan penggal 2 STPM 2019 yang baik.

3.1 Objektif Umum

3.1.1 Keberkesanan Silang Fakta dalam pembelajaran Pengajian Perniagaan
Semester 2.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Pelajar dapat membuat latihan berfokus kendiri (Silang fakta)
3.2.2 Dapat meningkatkan peratus pencapaian mata pelajaran Pengajian

Perniagaan kelas T6 atas (instrumen pasca ujian semester 2)

4

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar dari kelas 6 AK3 yang bakal menduduki peperiksaan
STPM (Penggal 2) pada tahun 2020

5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan awal masalah dibuat berdasarkan pemerhatian,
analisis Ujian 1 dan soal selidik.

5.1.1 PEMERHATIAN

Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebelum dan selepas kajian ini dijalankan.
Hasil pemerhatian didapati murid banyak membuang masa menggunakan telefon pintar
sebagai media utama ketika guru tiada di dalam kelas. Keadaan ini amat
membimbangkan kerana murid tidak menggunakan masa lapang untuk mengulangkaji.
Selain itu, pengkaji mendapati murid perlu diterap dengan nilai-nilai murni seperti
berkomunikasi antara kawan kerana murid lebih suka bermain dengan telefon pintar
masing-masing. Sehubungan dengan itu juga, murid suka bersembang kosong dengan
rakan-rakan jika ada masa terluang. Oleh itu, satu kaedah Silang Fakta pembelajaran
alaf PAK 21 telah dibina supaya pelajar memanfaatkan penggunaan masa dengan baik.
Pengkaji mengambil inisiatif membuat inovasi iaitu Silang Fakta yang dapat membantu
pelajar mengulangkaji pelajaran tanpa membuka buku teks kerana pembelajaran
berbentuk perbincangan kumpulan. Setiap kadboard yang dibina ada petak kecil untuk
menulis fakta oleh setiap murid. Dengan cara ini berlaku komunikasi antara murid ketika
menghujahkan jawapan. Oleh itu masa dapat dijimatkan dan pembelajaran lebih ceria.
Sepadan dengan Slogan ’Guru Inovatif, Pelajar Kreatif.’

5.1.2 UJIAN

5

Keputusan pra Ujian dan pra Post, topik pilihan dijadikan sebagai garis panduan untuk
menentukan kumpulan sasaran dan melihat prestasi pelajar selepas menggunakan
Silang Fakta ini. Kumpulan sasaran iaitu 17 orang pelajar,

5.1.3 SOAL SELIDIK

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk
mendapat maklum balas berkenaan Silang Fakta sebelum dan selepas diperkenalkan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 22 item di dalam soal selidik , terbahagi
kepada dua bahagian iaitu 10 soalan sebelum penggunaan Silang Fakta diperkenalkan
kepada murid dan 12 soalan berkaitan selepas diperkenalkan kaedah ini. Dalam borang
soal selidik ini respodan hanya diberi dua pilihan jawapan iaitu ’ya’ atau ’tidak’, terdapat
1 soalan menggunakan skala likert untuk melihat tahap kepuasan murid tentang Silang
Fakta dan murid juga diminta memberikan cadangan lanjutan jika ada. Semua soalan
ini akan dianalisis untuk mendapatkan kesahihan kajian yang dijalankan dan akan
dibincangkan dalam dapatan kajian. Oleh itu, jawapan soal selidik ini amat penting
untuk melihat perubahan gelagat murid selepas menggunakan Silang Fakta. ini.

5.1.4 LANGKAH PELAKSANAAN

LANGKAH KAEDAH TUJUAN
DAN MASA MENGUMPUL
MAKLUMAT

Langkah 1 Pemerhatian - Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.
- Pemerhatian tidak berstruktur digunakan bagi

membantu guru meneliti dan menilai tingkah laku
pelajar 6AK3 dari segi gaya belajar berdasarkan
Pengajaran dan Pembelajaran .
- Guru membuat analisis SWOT bagi mengetahui ciri-
ciri pelajar dari segi kekuatan, kelemahan, ancaman
dan peluang.
- Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku dan sikap
dapat membolehkan guru merumuskan

6

permasalahan sebenar dan dapat membuat perkaitan
dengan permasalahan yang berlaku dengan tepat.
- Seterusnya, guru mendapat idea untuk mencipta
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif
dan sesuai dengan sosiologi murid itu sendiri.

Langkah 2 Analisis Ujian - Guru menjadikan Analisis Dokumen sebagai alat
Pra ujian dan untuk mendapatkan maklumat yang relevan kepada
isu dan masalah yang dihadapi. Dokumen adalah
Pra post sumber yang paling mudah kepada guru kerana
maklumat yang sedia ada untuk rujukan.

- Ia bertujuan mengetahui tahap ingatan murid
terhadap fakta-fakta khusus.

- Silang Fakta dibina oleh guru dalam bentuk kadboard
yang mempunyai petak kecil, oleh itu murid boleh
,menulis fakta yang diingati merujuk kepeda topik
pilihan ahli kumpulan. Setiap perbincangan mengikut
topik yang berbeza.

- Murid berpeluang membuat ulang kaji pada bila-bila
kerana mudah digunakan.

Langkah 3 Soal selidik - Kaedah soal selidik dibuat bertujuan untuk
mendapatkan maklumat gelagat pelajar dalam
penggunaan Silang Fakta sebelum dan selepas
digunakan.

- Selain itu, melihat sejauh mana keberkesanan
penggunaan teknik ini kepada murid.

- Guru menyediakan borang soal selidik kepada dua
bahagian. Bahagian A sebelum menggunakan Silang
Fakta dan bahagian B kesan selepas menggunakan
Silang Fakta.

- Guru akan membuat analisis daripada dapatan soal
selidik ini untuk merumuskan hasil tindakan.

Jadual 1 : kaedah pengumpulan data kajian

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

7

Hasil tinjauan yang dilaksanakan melalui pemerhatian, latih tubi berulang dan soal selidik
mendapati bahawa analisis telah membawa kesan yang memberangsangkan.

LANGKAH KAEDAH TUJUAN DAPATAN MASALAH YANG
DAN MASA MENGUMPUL DIKENAL PASTI

MAKLUMAT

Langkah 1 Pemerhatian - Mengenal pasti masalah yang - Hasil pemerhatian,

dihadapi oleh murid kebanyakan murid 6AK3 tidak

- Pemerhatian tidak berstruktur mempunyai inisiatif untuk

digunakan bagi membantu memajukan diri meningkatkan

guru meneliti dan menilai kefahaman dan daya ingatan

tingkah laku pelajar 6AK3 dari terhadap topik-topik yang telah

segi gaya belajar berdasarkan dipelajari.

Pengajaran dan Pembelajaran - Murid tidak ada masa

- Guru membuat analisis SWOT membaca alasan banyak kerja

bagi mengetahui ciri-ciri murid kursus yang perlu diselesaikan.

dari segi kekuatan, kelemahan, - Murid lebih suka

ancaman dan peluang. menghabiskan masa dengan

- Melalui pemerhatian terhadap telefon pintar melayari aplikasi-

tingkah laku dan sikap dapat aplikasi sosial media.

membolehkan guru - Murid terlalu sibuk dengan

merumuskan permasalahan aktiviti kokurikulum.

sebenar dan dapat membuat - Murid masih mengamalkan

perkaitan dengan budaya belajar semasa SPM

permasalahan yang berlaku menyebabkan murid hanya

dengan tepat. menunggu guru memberi

- Seterusnya, guru dapat maklumat.

menentukan teknik / aktiviti / - Semua murid mempunyai

kaedah pengajaran dan telefon pintar dan salahguna

pembelajaran yang efektif dan kemudahan yang diberi.

sesuai dengan sosiologi murid

itu sendiri.

Langkah 2 Analisis - Guru menjadikan Analisis - Berdasarkan Analisis
Pra Ujian dan Dokumen sebagai alat untuk peperiksaan pra ujian dan pra
Pra post mendapatkan maklumat yang post , berlaku peningkatan
relevan kepada isu dan markah.
masalah yang dihadapi.
Dokumen adalah sumber yang - Murid sangat teruja dengan
paling mudah kepada guru silang fakta ini sehingga murid
kerana maklumat yang sedia meminta guru memperluaskan
ada untuk rujukan. kaedah ini dengan topik-topik
bab yang lain.
- Paparan markah latihan dan
kuiz yang dibuat oleh murid - Dengan adanya silang fakta
menjadi alat ukuran. ini, dapat mengingat fakta dan
huraian.
- Ia bertujuan mengetahui tahap
ingatan pelajar terhadap fakta- - Pelajar mengakui banyak
fakta khusus. menghabiskan masa dengan
gajet.
- Selain itu, melihat kekerapan
latihan yang dibuat oleh murid - Guru perlu pelbagai kaedah
pembelajaran
- Silang Fakta yang dibina
oleh guru berfokuskan
kepada menyenaraikan
fakta dan huraian.

8

Langkah 3 Soal selidik - Setiap soalan mengikut topik - Dapatan menunjukkan guru
yang berbeza. mempunyai peluang yang
tinggi untuk membuat
- Murid boleh membuat ulang perubahan kepada murid
kaji pada bila-bila masa. berdasarkan sikap mereka.

- Kaedah soal selidik dibuat - Kecenderungan murid
bertujuan untuk mendapatkan terhadap Silang Fakta
maklumat gelagat murid dalam menyebabkan guru
Silang Fakta sebelum dan mendapat idea baharu
selepas digunakan. mejalankan progam
intervensi yang lebih
- Selain itu, melihat sejauh berkesan.
mana keberkesanan
penggunaan kaedah ini - Maklum balas murid secara
kepada pelajar lisan memberi idea guru
mengubah cara pengajaran
- Guru menyediakan borang tradisional PAK 21 walaupun
soal selidik kepada dua masih dalam bentuk
bahagian. Bahagian A pembelajaran kepada
sebelum menggunakan Silang tradisional.
Fakta dan bahagian B kesan
selepas menggunakanSilang
Fakta

- Guru akan membuat analisis
daripada dapatan soal selidik
ini untuk merumuskan hasil
tindakan.

Jadual 2 : langkah Analisis Tinjauan Masalah

5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN

9

Tindakan dan aktiviti yang dirancang oleh pengkaji setelah menganalisis tinjauan
masalah.

Langkah Cara Pelaksanaan

Langkah 1 Memperkenalkan Emoji Game
- Guru memperkenalkan apa itu Silang Fakta. Tujuan guru membina
Minggu 1 Silang Fakta adalah salah satu interversi atas masalah yang dilihat.
- Guru memastikan semua murid diberi peluang untuk menjawab
Rujuk menggunakan Silang fakta.
carta gantt - Guru menerangkan fungsi silang fakta dalam pembelajaran kumpulan
.
- Guru memaklumkan kekerapan pelajar mengulangkaji dengan teknik
silang fakta akan memberi kesan yang baik untuk ingatan.

Langkah 2 - Guru menerangkan cara permainan silang fakta supaya setiap murid
Minggu 2 mendapat manfaat hasil penggunaan teknik ini dalam kumpulan.
hingga 4
- Guru membentuk kumpulan (1 kumpulan 3 atau 4 orang).
- Guru menggunakan silang fakta ini 3 kali seminggu semasa PdPc.

Langkah 3 Meminta pelajar menjawab soalan
Minggu 5 - Guru akan membina soalan menggunakan aras sederhana iaitu
bentuk fakta.
- Guru memberi ujian kepada murid
- Pelajar menjawab soalan yang diberi dan guru membuat analisis hasil
ujian yang dibuat.

Langkah 4 Guru memberi maklum balas kepada pelajar
Minggu 6 - Guru memberi maklum balas hasil kerja yang dibuat.
- Guru memberi pengukuhan kepada murid hasil kerja yang dilakukan

Langkah 5 Mendapatkan Maklum Balas (Soal Selidik)
Minggu 7 - Guru mengedarkan soal selidik kepada murid.
- Guru memberi maklum balas kepada guru.
- Semua data daripada responden diproses dan dianalisis.

Jadual 3 : Pelaksanaan penggunaan Silang Fakta

5.3.1 Pelaksanaan langkah 1

10

Guru memperkenalkan apa itu Silang Fakta kepada murid. Tujuan guru membina Silang Fakta
adalah salah satu interversi atasi masalah yang dilihat. Oleh itu, guru menerangkan fungsi
setiap kotak kecik dalam silang fakta ini dan tiada klu atau pembayang setiap fakta. Murid
yang akan menyenarai fakta yang dingati dan memberi huraian lengkap. Setiap fakta yang
diberi akan mendapat satu markah, jika huraian lengkap dapat satu markah. Ini bermakna
murid yang hebat dapat memberi fakta dan huraian yang lengkap akan mendapat dua markah
(rujuk Nota Ringkas). Semua murid diberi peluang untuk menjawab Silang Fakta. Selain itu,
guru memaklumkan juga kekerapan murid mengulangkaji akan memberi kesan yang baik
untuk ingatan.

GAMBAR 1 : Tapak Silang Fakta GAMBAR 2: Alatan Silang Fakta

5.3.2 Pelaksanaan langkah 2

Guru meminta murid mencuba menggunakan silang fakta dalam PdPc sebagai aktiviti
penilaian. Setiap pelajar dikumpulkan dalam 4 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan tapak
tapak silang fakta dan alatan. Murid menunjukkan reaksi yang positif apabila menjawab
soalan. Kesilapan yang berulang kali membuktikan mereka masih tidak menguasai
keseluruhan topik. Pelajar boleh berulang kali menjawab soalan pada bila-bila masa tanpa
menggunakan buku latihan. Dengan cara ini dapat menguji tahap kefahaman dan ingatan
murid untuk mata pelajaran pengajian perniagaan.

Gambar 3 : Pelajar sedang bermain Silang Fakta
5.3.3 Pelaksanaan langkah 3 dan 4

11

Selepas diperkenalkan Silang Fakta murid semakin aktif menggunakan silang fakta
berulangkali semasa guru tiada di dalam kelas (guru ganti), perbincangan kumpulan, ataupun
waktu PdPc. Ini menyebabkan guru semakin teruja dengan perubahan sikap pelajar terhadap
permainan silang fakta ini. Seterusnya guru membuat pasca ujian untuk menguji pemahaman
murid selepas menggunakan Silang Fakta dengan markah 20/20. Soalan yang diberi adalah
sama dengan soalan Pra Ujian. Berikut analisis pencapaian pelajar sebelum dan selepas
menggunakan Silang Fakta.

5.3.3.1 ANALISIS PRA UJIAN DAN PASCA UJIAN

Bil Nama PRA UJIAN PASCA UJIAN PERBEZAAN

1 Pelajar 1 8 20 12
12
2 Pelajar 2 6 18 11
8
3 Pelajar 3 7 18 10
7
4 Pelajar 4 8 16 4
14
5 Pelajar 5 8 18 14
12
6 Pelajar 6 12 19 14
12
7 Pelajar 7 16 20 11
10
8 Pelajar 8 6 20 10
10
9 Pelajar 9 6 20 6
10.28
10 Pelajar 10 8 18

11 Pelajar 11 4 18

12 Pelajar 12 4 16

13 Pelajar 13 5 16

14 Pelajar 14 8 18

15 Pelajar 15 10 20

16 Pelajar 16 10 20

17 Pelajar 17 14 20

Min 8.24 18.52

Jadual 4 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian pos respondan

12

Jadual 5 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian pos respondan

Pengkaji telah memilih kaedah pra ujian (Ujian 1) dan pasca ujian (Ujian 2) dalam
menilai peningkatan dari segi pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan
Silang Fakta. Secara keseluruhannya, banyak perubahan berlaku kepada murid.
Bilangan murid tidak capai target telah berjaya meningkatkan markah selepas ujian
pasca iaitu min 8.24 meningkat kepada 18.52. Perbezaan min antara pra ujian dan
pasca ujian ialah 10.28. Ini menunjukkan silang fakta ini banyak membantu murid
mengulangkaji topik-topik dalam pelajaran. Selain itu memudahkan pelajar untuk
membuat latihan pada bila-bila masa. Silang Fakta ini juga dapat membantu pelajar
menguatkan daya ingatan terhadap fakta-fakta khusus. Teknik ini juga secara tidak
langsung dapat menyelesaikan masalah murid tidak ingat fakta dan huraian. Murid tiada
alasan mengatakan guru kurang memberi latihan dan tiada buku latihan kerana dengan
silang Fakta ini juga murid telah membuat ulangkaji secara berkumpulan.

5.3.4 Pelaksanaan langkah 5

13

Guru mengedarkan soalan soal selidik kepada semua murid untuk mendapatkan maklum
balas terhadap keberkesanan Silang Fakta sebelum dan selepas digunakan oleh murid. Guru
mengambil masa dua minggu untuk mengumpul data dan menganalisi data. Antara maklum
balas yang diberi oleh murid tentang keberkesanan silang fakta

BIL SOALAN YA % TIDAK %
17 100
1 Adakah teknik ini sesuai untuk
mengulangkaji pelajaran? 17 100

2 Adakah kaedah ini dapat membantu
anda mengingati fakta?

Jadual 6 : Analisis maklum balas tentang keberkesanan Silang Fakta

Berdasarkan analisis maklum balas murid , guru mendapati 17 murid (100%) bersetuju
mengatakan Silang Fakta dapat membantu murid mengulangkaji pelajaran pada bila-bila
masa dan di mana-mana mereka berada dan kaedah ini sangat sesuai. Selain itu, kaedah
silang fakta ini dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta dengan 17 murid (100%)
bersetuju. Ini menunjukkan pelajar memerlukan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran pengajian perniagaan. Secara tidak langsung, guru berpeluang mengubah
kaedah mengajar dan mempelbagaikan teknik mengajar supaya murid sentiasa bersemangat
dan bermotivasi.

5.4 REFLEKSI KAJIAN
5.4.1 Keberkesanan sebelum menggunakan Silang Fakta
14

Hasil dapatan daripada soal selidik mendapati murid telah memberikan respons yang
positif dan membina berdasarkan item soal selidik yang diedarkan. Berikut adalah
analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid sebelum dan selepas kaedah ini
diperkenalkan. Jadual 5 menunjukkan analisis soal selidik sebelum Silang Fakta
diperkenalkan.

BIL SOALAN YA % TIDAK %
14 82.35 3 17.64
1 Adakah anda sukar mengingati fakta? 12 70.58 5 29.41

2 Adakah sebab di atas menyebabkan anda 13 76.47 4 23.53
bosan untuk mengulangkaji pelajaran?
11 64.70 6 35.30
3 Adakah anda akan mempunyai teknik
belajar sendiri?

4 Adakah anda hanya membaca nota yang
diberi oleh guru?

Jadual 7 : Analisis Soal Selidik Sebelum diperkenalkan Emoji Game

Hasil dapatan soal selidik mendapati murid kurang fokus terhadap PdPc Pengajian
Perniagaan disebabkan faktor kurang membaca dan mengingat fakta . Jumlah murid
yang sukar mengingati fakta dan bosan dengan mata pelajaran Pengajian Perniagaan
ini adalah tinggi yang mana masing-masing seramai 14 orang murid iaitu (82.35%) dan
12 orang murid (70.58%). Ini membuktikan murid mempunyai daya ingatan dan
hafalan yang lemah dan kurang berkesan. Manakala bilangan sedikit sahaja yang
boleh mengingat fakta dan tidak bosan dengan mata pelajaran Pengajian Perniagaan
masing-masing 3 orang murid (17.64%) dan 5 orang murid (29.41%) . Ini
menunjukan satu perkara yang penting dan perlu diambil langkah segera.
Perubahan pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan supaya pelajar
lebih bermotivasi. Jika tidak diambil tindakan peratus PNGK bagi mata pelajaran
Pengajian Perniagaan akan menurun kerana bilangan murid sukar mengingat
fakta dan bosan dengan mata pelajaran Pengajian Perniagaan adalah tinggi.
Hasil dapatan mendapati murid mengakui mempunyai teknik belajar iaitu 13 orang
(76.47%) mengatakan “YA” dan 4 orang (23.53%) mengata “TIDAK” mempunyai teknik
belajar. Walaupun bilangan murid mengatakan “YA” tetapi sejauh mana keberkesanan

15

teknik belajar murid-murid tersebut tidak dapat disahkan kesahihannya kerana apabila
diuji dalam ujian atau kuiz, murid tidak dapat menjawab dengan lengkap dan tepat.
Masing-masing mendapat markah yang rendah. Oleh itu teknik belajar yang digunakan
oleh murid tidak sesuai 100% kepada mereka kerana murid-murid mempunyai
Kecerdersan Pelbagai yang boleh mempengaruhi murid semasa belajar atau
mengulangkaji pelajaran. Menurut Kamaruzzaman Jalaludin (2003), dalam buku
penulisan Salhah Abdullah (2009) mengatakan setiap individu mempunyai jiwa, setiap
jiwa pula mempunyai tiga komponen iaitu kuasa personaliti, kuasa pengetahuan dan
kuasa kemahiran. Belajar boleh menjadi mudah dan boleh menjadi susah. Ia
bergantung kepada minat dan kecenderungan murid dengan apa yang ingin dipelajari.

Bagi soalan 4, murid-murid hanya membaca nota yang diberi oleh guru iaitu 11 orang
(64.70%) manakala 6 orang (35.30%) membuat nota sendiri (peta minda) . Bilangan
ini membimbangkan guru kerana lebih separuh murid hanya mengulangkaji dengan
membaca nota yang dibekalkan oleh guru sahaja tanpa membuat nota ringkas (peta
minda). Nota yang baik adalah nota ringkas (peta minda) yang dihasilkan oleh murid
itu sendiri kerana hanya murid sahaja yang faham yang yang dibaca dan ditulis seperti
yang dinyatakan oleh Tony Buzan dalam bukunya bertajuk MIND MAPPING :
Mencetus Idea kreativiti Luar Biasa (2018), Peta Minda membantu kita merancang
dengan efektif mengurus maklumat secara efektif dan meningkatkan potensi kita untuk
berjaya. Orang yang menggunakan peta minda secara rutin dan sentiasa menilai
perkembangan peribadinya, selalunya memaklumkan bahawa mereka lebih yakin
akan mencapai sasaran yang ditetapkan. Mereka juga lebih maklum sama ada
kedudukan mereka pada waktu itu selari dengan sasaran. Oleh itu, murid yang berjaya
mempunyai peta minda sendiri sebagai panduan selari dengan pembelajaran semasa.

BIL SOALAN YA % TIDAK %
1 Anda kurang berminat dengan mata 14 82.35 3 17.64

pelajaran berbentuk fakta menyebabkan
pelajar cepat bosan.
2 Anda menganggap mata pelajaran pengajian 12 70.58 5 29.41
perniagaan sangat susah dan perlu banyak

16

menghafal fakta menyebabkan murid tidak
membaca.

Jadual 8 : Gelagat pelajar terhadap mata Pelajaran Pengajian Perniagaan

Berdasarkan Jadual 8, analisis soal selidik tentang gelagat pelajar terhadap pelajaran
Pengajian Perniagaan seramai 14 (82.35%) orang murid kurang berminat dengan mata
pelajaran Pengajian Perniagaan dan cepat bosan apabila membaca buku manakala
hanya 3 orang (17.64%). Seramai 12 orang (70.58%) menganggap mata pelajaran
Pengajian Perniagaan sangat susah kerana perlu banyak menghafal fakta
menyebabkan murid tidak membaca buku dan 5 orang (29.41%) masih berminat
walaupun banyak fakta yang perlu diingati. Hasil dapatan, menunjukkan tahap
kebimbangan guru amat tinngi kerana murid akan cepat bosan semasa Pdpc guru dan
menyebabkan motivasi murid terganggu jika guru hanya menggunakan teknik yang
sama. Oleh itu , satu kaedah perlu dicipta bagi mengatasi masalah ini seperti mana
yang dinyatakan oleh Hattie (2009) dalam buku Guru Sebagai Pakar : Strategik
Pengajaran dan Pembelajaran abad PAK 21, Guru yang cemerlang akan mewujudkan
iklim bilik darjah yang optimum untuk pembelajaran. Iklim yang terbaik adalah suasana
saling mempercayai dalam pembelajaran. Para pelajar sering kali takut mencuba kerana
bimbang mendapat respon negatif atau diketawakan oleh rakan sekelas. Guru yang
cemerlang dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan pelajar
membuat cubaan, menerima kesilapan yang dibuat dan menjadikan pembelajaran itu,
satu proses yang menarik dan menyeronokan. Daripada hasil analisis dan pemerhatian
kajian ini, satu kaedah untuk belajar dalam yang lebih ceria dan mudah iaitu Silang Fakta
dicipta untuk membantu murid mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan dalam
kumpulan kecil selepas PdPc sebagai Penilaian Latihan.

5.4.2 Keberkesanan selepas menggunakan Silang fakta
Berikut adalah analisis soal selidik tentang gelagat pelajar terhadap mata pelajaran
Pengajian Perniagaan selepas menggunakan Silang Fakta.

BIL SOALAN YA % TIDAK %

1 Anda senang mengingat fakta selepas 15 88.23 2 11.77
menggunakan silang Fakta.

17

2 Adakah Silang Fakta ini sesuai untuk 15 88.23 2 11.77
mengulangkaji pelajaran?

3 Adakah kaedah ini dapat membantu anda 15 88.23 2 11.77
mengingati fakta?

4 Kekerapan saya menjawab soalan kuiz ini akan 15 88.23 2 11.77
menyebabkan saya mengingat fakta?

5 Adakah kaedah ini sesuai untuk PdPc mata 17 100
pelajaran Pengajian Perniagaan.

6 Adakah teknik silang fakta ini sesuai untuk latihan 17 100
pengujian selepas Pdpc

Jadual 9 : Analisis Soal Selidik Selepas menggunakan Silang Fakta

Hasil dapatan kajian selepas murid menggunakan silang fakta berlaku perubahan
tingkah laku murid dalam pdpc. Hasil analisis mendapati murid berminat menggunakan
Silang Fakta iaitu 15 orang (88.23%) mengatakan ”Ya” dan hanya 2 orang (11.77%)
mengatakan “Tidak” kaedah ini memudahkan murid mengingat fakta. Teknik ini juga
amat sesuai sebagai alat untuk mengulangkaji pelajaran. Kekerapan penggunaan Silang
Fakta ini juga dapat membantu murid mengingat fakta dengan mudah dan sesuai untuk
pembelajaran Pengajian Perniagaan. Analisis juga membuktikan murid-murid dapat
menerima Silang Fakta ini sebagai satu alat yang menarik dan memudahkan mereka
membuat ulangkaji tanpa perlu menunggu arahan daripada guru kerana 17 orang murid
(100%) bersetuju menyatakan kaedah ini amat sesuai digunakan dalam Pdpc Pengajian
Perniagaan. Selain itu alat ini juga boleh dijadikan sebagai alat pengujian latihan tahap
murid untuk mengingat fakta dan huraian berdasarkan borang markah yang ada. Oleh
itu gaya pembelajaran murid berubah daripada membosan kepada ceria kerana semua
ahli dalam kumpulan bersedia untuk memulakan pembelajaran. Menurut Salhah
Abdullah dalam bukunya ”Kecerdasan Pelbagai” (2009) menyatakan guru perlu
memahami gaya belajar pelajar di samping membantu mereka mencari teknik yang
sesuai untuk belajar supaya mereka lebih bermotivasi kerana Gaya pembelajaran
yang betul dapat membantu meningkatkan daya ingatan yang baik

BIL SOALAN YA % TIDAK %

1 Silang Fakta ini meningkatkan komunikasi antara 17 100
rakan 17 100

2 Teknik ini mewujudkan persaingan antara rakan.

18

3 Adakah kaedah ini meningkatkan motivasi atau 17 100
perhatian anda? 100
100
4 Adakah kaedah ini dapat membantu anda menjawab 17 100
dengan lebih yakin?

5 Silang Fakta ini mudah digunakan pada bila-bila 17
masa.

6 Perlu pelbagai teknik dalam PdPc Pengajian 17
Perniagaan

Jadual 10 : Analisis Soal Selidik kesan penggunaan Silang Fakta

Antara kelainan Silang Fakta ialah dapat menerapkan Pembelajaran Abad Ke21
(PAK21) yang bermaksud proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar berteraskan
elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika
dalam bentuk pembelajaran Tradisional. Hasil dapatan daripada maklum balas dari pelajar
seramai 17 orang (100%) mengata ”Ya” Silang Fakta dapat membantu murid meningkatkan
komunikasi antara rakan ketika bermain. Sehubungan itu, meningkatkan motivasi pelajar
kerana wujud persaingan sihat antara rakan ketika bermain Silang Fakta. Semasa murid
menjawab soalan berlakunya pemikiran kritis dan kreatif dan nilai murni dan etika antara murid
kerana murid akan membantu rakan-rakan yang lemah dengan cara memberi klu jawapan
supaya rakan pelajar berusaha menjawab dan dapat mengembangkan idea dalam bentuk
pembincangan. Menurut Norhasni Zainal Abiddin (2014), Perbincangan merupakan kaedah
murid bertukar-tukar idea supaya pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik
dapat dibincangkan. Dengan perbincangan dapat menggalakkan murid berinteraksi antara
satu sama lain. Akhir sekali murid mengatakan ”ya” Silang Fakta ini boleh digunakan bila-bila
masa ketika guru tiada di dalam kelas, semasa guru ganti, waktu rehat atau bermain di rumah
bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Silang Fakta ini boleh digunakan dengan pelbagai
cara mengikut kreativiti pelajar itu sendiri.

19

Jadual 11 : Tahap kepuasan murid menggunakan Slang Fakta
Hasil dapatan dan analisis kajian ini, keseluruhannya murid sangat suka menggunakan silang
fakta dalam pembelajaran Pengajian Perniagaan. Hasil soal selidik , murid memberi skala
likert 4 dan 5 untuk menunjukkan darjah kepuasaan murid menggunakan Silang Fakta untuk
menguji kemahiran mengingat fakta mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, di akhir
soalan soal selidik ada cadangan daripada murid-murid antaranya meminta guru
mempelbagaikan kaedah PdPc mata pelajaran pengajian perniagaan, menggunakan silang
fakta untuk semua topik pelajaran, Silang fakta ini sangat menarik, memudahkan murid
mengingat fakta dan sentiasa menggunakan silang fakta selepas PdPc sebagai Penilaian
Latihan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Hasil daripada kajian yang dijalankan, terdapat perubahan yang positif dari segi

kaedah mengingat, menghafal dan amalan pengajaran dan pembelajaran murid dan guru-
guru. Pengkaji akan meneruskan penggunaan Silang Fakta dalam bab-bab yang seterusnya

20

dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan semester 1 dan 3. Kaedah ini dapat menarik
murid untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan
daya ingatan murid, mengurangkan rasa bosan murid di dalam kelas serta lebih memahami
sub-sub topik secara mudah. Kaedah ini juga sesuai digunakan oleh semua tahap dan
pengetahuan murid. Selain itu, murid-murid meminta supaya kaedah ini diteruskan kerana
lebih memudahkan mereka mengingat fakta dan mengulangkaji pelajaran. Selaras dengan
aktiviti abad Ke 21 (PAK-21). Proses pembelajaran yang berpusatkan pelbagai kaedah
berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai
murni dan etika.

Walaupun mengambil masa yang lama dan kos, untuk membina tapak silang fakta,
saya percaya kaedah ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid untuk mudah
mengingat dan menghafal fakta. Sehubungan dengan itu, teknik ini juga akan diguna kepada
murid-murid semester 1, 2 dan 3 tahun 2021 supaya semua murid sentiasa membuat
ulangkaji di mana-mana sahaja tanpa membawa buku nota dalam kumpulan kecil. Selain itu
Silang Fakta ini akan disebar luas kepada guru-guru Pengajian Perniagaan Tingkatan 6
sekitar Kinta Utara Perak. Pengkaji juga sedang memohon Pendaftaran Hak Cipta (Copy
Right) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pengkaji tidak akan berhenti di
sini, malahan pengkaji akan terus berusaha mencari idea mencipta kaedah-kaedah yang
menarik dan sesuai untuk digunakan dalam PdPc Pengajian Perniagaan. Semoga hasil kajian
ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik, interaktif, berkesan dan menyeronokkan pada masa akan datang.

Rujukan

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2017), Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2018), Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan Penggal 2
: Kementerian Pendidikan Malaysia

21

Mohd. Azhar Abd. Hamid dan rakan-rakan, 2004, Permainan Kreatif untuk Guru & Jurulatih.
Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd,

Mokhtar Pet, Noor Azman Hasan dan Mohamad Asri 2013, Ace Ahead Teks STPM Pengajian
Perniagaan Penggal 1, Oxford Fajar Sdn Bhd.

Norhasni Zainal Abiddin, 2014, Reka Bentuk Metodologi Penilaian Latihan, Univision Press Sdn Bhd

Norizan Mamat. 2017, Penyelidikan Kajian Tindakan SMK Chalok Model Khas SMKC Volume 1.
Terengganu.

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), 2012, Pengajian Perniagaan Sukatan
Pelajaran . Penggal 2 Majlis Peperiksaan Malaysia.

Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet, 2013 Teks Pra-U STPM Pengajian Perniagaan Buku
Teks, Pearson Malaysia Sdn bhd

James Ang Jit Eng dan Lim Siew Ngen, 2019 Guru Sebagai Pakar : Strategi Pengajaran dan
Pambelajaran Abad ke-21, PTS Media Group Sdn Bhd

Tony Buzan 2018 Mind Mapping : Mencetus Idea Kreativiti Luar Biasa, PTS Media Group Sdn Bhd

Lampiran 1

LATAR BELAKANG

Permainan Silang Fakta ini mempunyai beberapa bahagian:
a) Pengumpulan bahan kandungan pembelajaran
b) Reka bentuk Tapak Silang Kata
c) Tapak permainan Permainan Silang Kata
d) Prosedur permainan

22

Penerangan
a) Pengumpulan bahan kandungan pembelajaran
Topik bab 3 Kemahiran Komunikasi terdapat 4 Subtopik yang dirangkumi oleh pembelajaran
menggunakan Silang Fakta ialah
i. Kemahiran komunikasi
ii. Kemahiran mendengar
iii. Kemahiran berunding
iv. Kemahiran teknologi maklumat
b) Rekabentuk tapak Silang Fakta
Semua tapak direkabentuk menggunakan Microsoft Word dan dicetak menggunakan printer.
Maklumat pada kad hadapan ada tercatat Pengajian Perniagaan (Aktiviti Kumpulan ) : Round
Table.

Terdapat 1 kad bahagian hadapan petak kecil untuk menulis huruf dan bahagian belakang tapak
terulis cara permainan silang fakta

23

c) Tapak permainan Silang Fakta
Rekabentuk tapak permainan adalah menggunakan Microsoft Word manakala petak-petak
kecil dimuat turun daripada laman web grafik.

Ciri-ciri tapak :
- Bersaiz A4
- Berkulit keras kerana liminit supaya tahan lama dan boleh tulis di atas tapak
- Menggunakan kertas A4 saiz 80gm

d) Prosedur permainan

JENIS ITEM ARAHAN

Permainan Emoji Games Box mempunyai bahan seperti ;

a) Tapak permainan Silang Fakta
b) Borang markah
c) Maker pen 4 warna berbeza
d) Pemadam

24

e) Buku nota setiap bab

- Terdapat 1 tapak permainan
- Terdapat 3 maker pen yang berbeza warna
- Pemadam kecil disediakan
- Murid mesti menulis fakta khusus di atas tapak Permainan

Silang Fakta.

- Di belakang tapak permainan terdapat cara permainan
Silang Fakta.

- Permainan dimulakan dengan menulis fakta khusus.
- Pemain diminta memberi huraian dengan jelas dan tepat.
- Pemain yang dapat memberi fakta dengan tepat akan

diberi 1 markah dan jika pemain dapat memberi huraian
dengan jelas dan tepat diberi lagi 1 markah.

- Pemenang dikira “WOW” kerana berjaya menjawab
soalan dengan tepat dan mudah.

- Pemain dikira pemenang jika mendapat markah paling
tinggi.

Lampiran 2

BIL SOALAN YA % TIDAK %

1 Adakah anda sukar mengingati fakta?

2 Adakah sebab di atas menyebabkan anda
bosan untuk mengulangkaji pelajaran?

25

3 Adakah anda akan mempunyai teknik
belajar sendiri?

4 Adakah anda hanya membaca nota yang
diberi oleh guru?

5 Anda kurang berminat dengan mata
pelajaran berbentuk fakta menyebabkan
pelajar cepat bosan.

6 Anda menganggap mata pelajaran
pengajian perniagaan sangat susah dan
perlu banyak menghafal fakta
menyebabkan murid tidak membaca.

Lampiran 2 : Soalan soal selidik sebelum menggunakan Silang Fakta

BIL SOALAN Lampiran 3
1 Anda senang mengingat fakta selepas
YA % TIDAK %
menggunakan silang Fakta.
2 Adakah Silang Fakta ini sesuai untuk

mengulangkaji pelajaran?

26

3 Adakah kaedah ini dapat membantu anda
mengingati fakta?

4 Kekerapan saya menjawab soalan kuiz ini akan
menyebabkan saya mengingat fakta?

5 Adakah kaedah ini sesuai untuk PdPc mata
pelajaran Pengajian Perniagaan.

6 Adakah teknik silang fakta ini sesuai untuk latihan
pengujian selepas Pdpc

7 Silang Fakta ini meningkatkan komunikasi
antara rakan

8 Teknik ini mewujudkan persaingan antara
rakan.

9 Adakah kaedah ini meningkatkan motivasi
atau perhatian anda?

10 Adakah kaedah ini dapat membantu anda
menjawab dengan lebih yakin?

11 Silang Fakta ini mudah digunakan pada bila-
bila masa.

12 Perlu pelbagai teknik dalam PdPc Pengajian
Perniagaan

Lampiran 3 : Soalan soal selidik selepas menggunakan Silang Fakta

Soalan PRA ujian dan Post Ujian. Lampiran 4
Bab 1: Pengurusan ( Kepimpinan) - Semester 2 (5m)

(20 markah)
1. Senaraikan Jenis Kuasa yang ada dalam Kepimpinan

1.1 _________________
1.2 _________________

27

1.3 _________________ (4m)
1.4 _________________ (4m)
1.5 _________________ (5m)
(2m)
2. Senaraikan Jenis Kepimpinan yang ada kepada pengurus

2.1 ___________________
2.2 ___________________
2.3 ___________________
2.4 ___________________

3. Senaraikan Gaya Kepimpinan dalam pengurusan

3.1 ___________________
3.2 ___________________
3.3 ___________________
3.4 ___________________

4. Senaraikan elemen Teori Keperluan Maslow dalam pengurusan

4.1 ____________________
4.2 ____________________
4.3 ____________________
4.4 ____________________
4.5 ____________________

5. Senaraikan dua jenis Teori Mc Gregor dalam pengurusan

5.1 _______________________
5.2 _______________________

28


Click to View FlipBook Version