ISI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka surat
1. Melindungi Ekonomi Malaysia daripada COVID-19 3-6
2. Menangani Kesan Pandemik COVID-19 Mengekalkan 7-14
Kesejahteraan Pihak Berkepentingan
3. Krisis dan Dasar : COVID-19 Memang Luar Biasa 15-18
4 Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial 19-30
5. COVID-19 memangkin perubahan pendidikan 31-33
6. Pandemik beri kesan teruk terhadap remaja : PBB 34-35
7. Impak negatif COVID-19 : Pelajar ketiggalan „lost generation‟ 35-36
8. COVID-19 „bunuh‟ mental rakyat 37-38
9. Fahami cara COVID-19 beri impak kepada rakyat dan 39-40
ekonomi
10. Impak COVID-19 Terhadap Pertumbuhan Penduduk di 41-49
Malaysia
PNB INSIGHTS
Isu 1/2020
MELINDUNGI EKONOMI
MALAYSIA DARIPADA
COVID-19
MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19
Bermula 10 Jun 2020, Malaysia telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang dijadualkan berakhir
31 Ogos 2020. Walaupun penjarakan sosial masih berkuat kuasa, aktiviti ekonomi yang hampir sepenuhnya dibuka dijangka dapat
menjana semula pertumbuhan ekonomi negara yang terkesan teruk akibat daripada kawalan pergerakan sepanjang tempoh enam
minggu ianya dilaksanakan. Namun begitu, terdapat persoalan mengenai sejauh mana tahap kesegeraan pemulihan ekonomi
dapat dicapai ekoran pembukaan semula aktiviti perniagaan.
Secara keseluruhan, PKP yang dilaksanakan dalam tiga fasa ini telah berjaya meratakan lekuk (flattening the curve) pandemik
COVID-19 di seluruh negara. Malah, dalam tempoh tersebut juga semangat #kitajagakita telah dizahirkan dalam kalangan rakyat
Malaysia, tidak mengira latar belakang, bekerjasama menghulurkan bantuan kewangan dan barangan kepada golongan yang
terjejas akibat daripada pandemik, khasnya kumpulan barisan hadapan (frontliners) dan yang kurang berkemampuan. Beberapa
syarikat besar juga tidak ketinggalan memberikan bantuan dalam memerangi COVID-19. Sebagai contoh, Permodalan Nasional
Berhad (PNB) telah memberikan sumbangan sebanyak RM23 juta, kesinambungan daripada usaha serupa yang dilaksanakan
oleh syarikat-syarikat strategiknya seperti Malayan Banking Bhd, Kumpulan Sime Darby, Sapura Energy Bhd, dan lain-lain. Di
samping itu, terdapat pelbagai badan dan individu lain yang telah memperuntukkan lebih daripada RM25 juta dana di bawah
anjuran The Edge iaitu The Edge‟s COVID-19 Pandemic Funds.
MENGURANGKAN KESAN KELEMBAPAN EKONOMI AKIBAT COVID-19
Walau bagaimanapun, langkah-langkah pembendungan pandemik COVID-19 telah memberikan kesan serius kepada ekonomi
negara. Walaupun PKP hanya dikuatkuasakan di penghujung suku pertama 2020, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) Malaysia telah mencatat pertumbuhan perlahan 0.7% dalam tempoh tersebut, penurunan ketara berbanding kadar
pertumbuhan 3.6% pada suku sebelumnya. Indeks pengeluaran perindustrian (IPP) menjunam sebanyak 32% tahun ke tahun
pada bulan April 2020, selepas mencatat kejatuhan 4.9% pada bulan Mac, manakala perdagangan borong dan runcit negara
menguncup sebanyak 36.6% pada bulan April 2020.
Menyedari keadaan ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa pakej rangsangan ekonomi dengan sasaran untuk
mengurangkan kesan kegawatan ekonomi, pada masa yang sama merangsang pemulihan ekonomi jangka pendek dan
sederhana. Secara keseluruhan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM315 billion dalam empat pakej berasingan, seperti
yang dinyatakan dalam Jadual di bawah:
Jadual 1: Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19
PERUNTUKAN (RM BILION)
TARIKH Sumbangan Langsung Sumber Lain Jumlah
PENGUMUMAN Kerajaan 20
Pakej Rangsangan 27 Februari 2020 3.5 16.5
1 Ekonomi 27 Mac 2020
6 April 2020 21.5 228.5 250
Pakej Rangsangan 5 Jun 2020
2 Ekonomi Prihatin JUMLAH 10 - 10
Pakej Rangsangan 10 25 35
3 Ekonomi Prihatin SME
Pelan Jana Semula
4 Ekonomi Negara (PENJANA)
45 270 315
PNB Insights, Isu 1/2020
1
MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19
Pakej PRIHATIN yang disediakan kerajaan sebahagian besarnya bertujuan untuk
mengurangkan impak kelembapan ekonomi akibat daripada pandemik. Manakala,
pakej PENJANA pula memberi tumpuan kepada pemulihan aktiviti ekonomi jangka
pendek khasnya tempoh baki tahun 2020. Namun begitu, sejumlah besar suntikan
dana langsung kerajaan bagi kesemua empat pakej rangsangan berjumlah
RM45.0 bilion masih bertunjangkan matlamat menyediakan bayaran tunai dan
mencegah kehilangan pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, RM11.5 bilion telah
diperuntukkan untuk program Bantuan Prihatin Nasional (BPN), lanjutan daripada
program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang disasarkan untuk golongan isi rumah
dan individu dalam kategori B40. Di samping itu, kerajaan juga memperuntukkan
RM13.8 bilion dan RM380 juta bagi program subsidi gaji dan pengekalan
pekerjaan yang diuruskan oleh PERKESO. Selain daripada bayaran wang tunai,
pakej PRIHATIN dan PENJANA juga merangkumi langkah-langkah memastikan keberlangsungan perniagaan seperti kemudahan
bantuan khas, pinjaman mudah dan pelepasan cukai.
KRISIS DAPAT DIATASI?
Walaupun langkah-langkah yang telah diambil sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi
negara, masih terdapat beberapa tindakan tambahan yang perlu dilakukan. Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia (DOSM) terhadap kesan COVID-19 kepada firma-firma perniagaan mendapati hampir 70% daripada
responden melaporkan tiada sebarang jualan atau hasil dicatatkan sepanjang tempoh PKP, manakala 42.5% memerlukan masa
lebih dari enam bulan untuk pulih. Selain itu, perkara yang turut membimbangkan ialah kebergantungan kepada insentif seperti
subsidi upah dan moratorium pinjaman yang akan tamat dalam tempoh kurang enam bulan.
Situasi negatif yang dialami perniagaan secara langsung menjerumus kepada berlakunya pengangguran dan kekurangan peluang
pekerjaan. Seperti dijangka, kadar pengangguran di Malaysia telah melonjak kepada 5.0% pada April 2020. Angka ini,
bagaimanapun, tidak termasuk kumpulan pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, ataupun mereka yang telah dikenakan
potongan gaji, dan lain-lain langkah penjimatan kos buruh yang menyebabkan pendapatan individu berkurangan. Sesungguhnya,
pengangguran dan kurangnya peluang pekerjaan memberi kesan besar kepada golongan belia yang terdedah dengan risiko
dibuang kerja, manakala pekerja yang lebih berpengalaman, cenderung untuk dikenakan potongan gaji sahaja.
Selain itu, program bantuan kewangan di bawah pakej PRIHATIN juga mungkin tidak mencukupi. Menurut PERKESO, bantuan di bawah
Program Pengekalan Pekerjaan (layak untuk pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji) telah dilanggan penuh hanya dalam jangkamas a dua
minggu selepas program ini diperkenalkan. Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaporkan bahawa sebahagian
besar daripada 4.1 juta permohonan pengeluaran akaun i-Lestari adalah daripada kumpulan B40. Malah, terdapat ahli yang telahpun
menghabiskan baki akaun mereka melalui pengeluaran had maksimum RM1,000 yang dibenarkan.
Menurut PERKESO, lebih daripada 18,000 pekerja hilang pekerjaan pada bulan Jun
yang lalu. Ini melebihi jumlah bagi tempoh tiga bulan pertama 2020. Laporan terkini
daripada PERKESO juga menyatakan sebanyak 3,239 orang telah kehilangan
pekerjaan bagi tempoh tiga hari pertama pada bulan Julai. Ini menunjukkan bahawa
kelonggaran kawalan pergerakan tidak memberi jaminan pemulihan ekonomi secara
automatik.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan ekonomi negara berpotensi
mencatatkan penguncupan lebih daripada 0.2% yang disifatkan sebagai “senario
terburuk” oleh bank pusat tersebut.
PNB Insights, Isu 1/2020
2
MELINDUNGI EKONOMI MALAYSIA DARIPADA COVID-19
Ini bermakna lebih banyak inisiatif diperlukan bagi memastikan keselamatan pekerja, isi rumah, dan firma, sehingga ekonomi betul-betul pulih.
Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk pihak kerajaan mengambil langkah sedemikan, memandangkan arah tuju ekonomi negara pada
ketika ini banyak bergantung kepada perkembangan pandemik itu sendiri, dengan kebanyakan ahli ekonomi menyatakan bahawa catatan
pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan kembali pada para sebelum pandemik, sama ada di peringkat global atau dalam negeri, h anya akan
berlaku sekiranya vaksin untuk melawan COVID-19 ditemui. Berdasarkan ramalan, vaksin penting ini hanya akan tersedia paling awal pada
pertengahan tahun 2021.
Bagi Malaysia, keupayaan kerajaan untuk menyediakan bantuan secara langsung agak dikekang oleh ruang fiskal negara yang terhad.
Pendapatan kerajaan akan terjejas lanjutan daripada kekurangan hasil cukai dan kejatuhan harga minyak dunia. Sebelum ini, Kementerian
Kewangan ada menyatakan bahawa defisit fiskal dianggarkan sekitar 5% hingga 6% daripada KDNK, meningkat daripada 3.4% pada 2019.
Sementara itu, hutang kerajaan telah mencapai tahap 53% daripada KDNK, berbanding dengan had dibenarkan iaitu 55% daripada KDNK.
Mengambil kira cabaran pandemik yang belum pernah berlaku, serta kesan jangka panjang ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, kerajaan harus
mempertimbangkan sama ada konsolidasi fiskal boleh dihentikan buat sementara waktu. Secara perbandingan, suntikan fiskal secara langsung bagi
Malaysia untuk program rangsangan ekonomi berjumlah kira-kira 5% daripada KDNK, berbanding hampir 10% bagi negara-negara seperti Jerman,
Jepun, Thailand, dan United Kingdom. Memandangkan tekanan inflasi yang agak rendah dan syarat perundangan yang boleh diubah, kerajaan
mempunyai ruang untuk meningkatkan dana melalui pasaran terbuka dan pelbagai kaedah lain. Sebelum ini, BNM telah memberikan isyarat untuk
menambah kecairan dalam sistem pasaran dengan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 1.75%, iaitu kadar terendah pernah diambil.
Sehubungan itu, kerajaan hendaklah melakukan perbelanjaan fiskal tambahan ke arah pengukuhan sistem perlindungan sosial di Malaysia,
program pemulihan peluang pekerjaan bagi sektor paling terjejas, dan pelaburan awam dalam penjagaan kesihatan serta pendidikan adalah
sangat diperlukan.
PEMULIHAN PERLU BANTUAN BERTERUSAN
Akhir kata, pemulihan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada kejayaan mengelakkan
gangguan aktiviti ekonomi disebabkan oleh peningkatan semula kes COVID-19. Menurut
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), ekonomi sesebuah negara
dianggarkan kehilangan 2% pertumbuhan KDNK bagi setiap tempoh sebulan kawalan
pergerakan. Jika kita semua memainkan peranan masing-masing dalam memastikan bahawa
lekuk COVID-19 kekal rata, pertumbuhan dan pemulihan ekonomi pasti akan menyusul.
1 Jabatan Perangkaan Malaysia (2020), Tinjauan Khas „Kesan COVID-19 kepada Ekonomi dan Syarikat/Firma Perniagaan‟ - Pusingan 1
Ketika artikel ini diterbitkan pada 30 Julai 2020, jumlah kes positif terkini yang dicatatkan adalah sebanyak 8. Kita tidak seharusnya alpa, perlu terus mengamalkan penjarakan fizikal dan
menjaga kebersihan diri, bagi mencegah penularan wabak ini.
PNB Insights, Isu 1/2020 3
Amanah Terjamin. Nilai Terhasil.
MENANGANI KESAN PANDEMIK COVID-19
MENGEKALKAN
KESEJAHTERAAN
PIHAK
BERKEPENTINGAN
Hubungi kami di : Layari kami di : Ikuiti kami di :
603 26 900 900 www.bankislam.com BankIslamFB bankislam
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-
turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali
sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraunya yang besar, yang
akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang
kamu simpan (untuk dijadikan benih).
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat
hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)"
Surah Yusuf (Ayat 47 – 49)
LATAR BELAKANG 2 Fungsi pengantara kewangan oleh
sektor kewangan terus kekal
Penularan wabak COVID-19 telah memberikan kesan
yang serius terhadap ekonomi Malaysia, menerusi 3 Terus menyediakan akses kemudahan
penurunan kadar keuntungan, penyusutan keuntungan kewangan dan perbankan
dalam pasaran ekuiti global serta pengurangan
program-program perolehan aset. Sungguhpun impak 4 Institusi perbankan terus memberi tumpuan
ekonomi jelas dirasai di peringkat global, namun kepada menyokong ekonomi negara dalam
kesemua pihak berkepentingan kami – daripada persekitaran yang luar biasa
pelanggan dan rakan perniagaan sehinggalah
masyarakat umum dan komuniti – turut menerima kesan Langkah-langkah yang diambil memberi fokus
negatif daripada penyebaran virus ini. Di Bank Islam, kepada yang berikut:
fokus kami adalah untuk memastikan penyampaian
perkhidmatan yang terbaik kepada pihak-pihak • Moratorium terhadap pembiayaan
berkepentingan dan membantu mereka dan pembiayaan semula
bangkit semula menerusi pelaksanaan langkah- • Had pembiayaan
langkah yang mampan. • Penggunaan pinjaman terhadap modal
Komitmen kami untuk merealisasikan usaha kehematan dan penimbal kecairan
Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) akan • Kajian semula keperluan pelaporan
menyaksikan Bank ini terus memberikan penekanan
kepada membantu para pelanggan dan rakan-rakan kewangan, statistik dan kawal selia
niaga kami untuk menangani impak ekonomi,
menyokong komuniti dalam mendepani cabaran Layari kami di : BankIslamFB Ikuti kami di :
sosioekonomi dan menyampaikan nilai-nilai yang www.bankislam.com bankislam
mampan kepada pihak-pihak berkepentingan bagi
memastikan kesejahteraan masyarakat serta
kemakmuran dan kekayaan negara terus terpelihara.
Bank Islam akan melaksanakan langkah-langkah,
seperti yang dianjurkan Bank Negara Malaysia
(BNM), bagi memastikan perkara-perkara berikut:
Hubungi kami di :
1 603 26 900 900
MESEJ DARI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera kepada semua rakan
niaga, pelanggan dan warga kerja Bank Islam,
Pertama-tamanya, ingatan kami adalah bersama-sama mereka
yang secara peribadi terjejas oleh wabak COVID-19. Ini
merupakan peristiwa yang belum pernah dilalui sebelum ini,
dengan hampir semua perniagaan digantung sementara dan
kehidupan sebagaimana biasa terhenti.
Dalam keadaan yang sangat sukar ini, saya kagum dengan Mohd Muazzam Mohamed
respons masyarakat sekeliling dan daya tahan yang mereka
tunjukkan. Orang ramai melakukan apa jua yang perlu untuk
meneruskan kehidupan disamping menyumbang ke arah
menangani pandemik ini selain berusaha untuk memperbaiki
kehidupan untuk semua. Kakitangan perubatan, termasuk para
doktor dan jururawat terus menjalankan tugas merawat pesakit
dan menjaga mereka yang dijangkiti, walaupun berdepan
dengan risiko yang akan turut menjejaskan kesihatan mereka.
Pekerja-pekerja di pasaraya terus menjalankan tugas setiap hari
bagi memastikan bekalan penting sedia tersusun dengan baik,
dan mereka yang menjalankan perniagaan penyediaan makanan
terus berusaha untuk memastikan tiada yang kelaparan. Masih
ramai lagi yang tidak kita lihat sumbangannya; mereka yang
menjaga keluarga, sahabat atau golongan yang memerlukan.
Kita terus mendengar dan melihat pelbagai kebaikan yang dilakukan
dan di saat yang mencabar seperti ini, rakyat bersatu padu untuk
membantu antara satu sama lain.
Saya juga ingin berkongsi kekaguman saya terhadap warga Bank Islam
di seluruh negara; bagaimana mereka menjalankan tugas berterusan
untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakan sekerja yang lain,
kesinambungan perniagaan kami, keselamatan berterusan para
pelanggan dan rakan niaga, serta kesejahteraan komuniti di mana kami
beroperasi. Bank Islam berusaha sedaya upaya untuk memelihara amalan perniagaannya yang bertanggungjawab dan
memastikan semua pihak berkepentingannya dilindungi daripada sebarang musibah. Selaras dengan langkah-langkah
kerajaan untuk melindungi kehidupan rakyat, saya ingin maklumkan bahawa kami terus maju ke hadapan di dalam
situasi yang tidak menentu ini dengan strategi memastikan kesejahteraan pihak berkepentingan kami terpelihara.
Sebagai sebuah bank, kami telah mengambil langkah untuk memastikan para pelanggan dan rakan niaga selamat, dan
mereka masih boleh mengakses perkhidmatan kami dengan mudah. Kami juga telah mengambil langkah-langkah untuk
memastikan warga kerja, para pelanggan dan rakan-rakan niaga kami sentiasa dimaklumkan tentang situasi dan
tindakan terkini agar risiko kepada mereka dan perniagaan kami dapat dikurangkan. Strategi utama perniagaan kami
adalah terus maju ke hadapan untuk memastikan kemampanan perniagaan dan kesejahteraan pihak-pihak
berkepentingan. Dengan gigih kami telah melaksanakan inisiatif untuk memelihara daya tahan kewangan para
pelanggan dan sara hidup masyarakat, dan mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan Sebagaimana yang
dimaklumkan kerajaan melalui dasar-dasar penyesuaian.
Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada mereka yang bekerja keras bukan hanya untuk Bank
Islam, tetapi juga mereka yang mendepani cabaran untuk memastikan kemakmuran negara agar kita semua
dapat terus menjalani kehidupan seperti biasa. Walaupun kita dinasihatkan untuk mengasingkan diri dan
mengamalkan jarak sosial, adalah penting untuk diingat bahawa seluruh dunia turut menghadapi situasi ini,
dan kita semua perlulah bersatu padu dalam menghadapi masalah ini.
Ini sememangnya satu krisis yang tidak dijangka tetapi saya benar-benar percaya bahawa bersama-sama,
kita akan dapat mengekalkan daya tahan untuk menangani krisis ini dan cabaran-cabatan lain yang bakal
mendatang dan kita lebih berpengalaman menanganinya.
Jaga diri dan Waalaikumussalam w.b.t.
Hubungi kami di : Layari kami di : Ikuti kami di : bankislam 2
603 26 900 900 www.bankislam.com BankIslamFB
MELINDUNGI ORANG RAMAI, PARA PELANGGAN DAN WARGA KERJA
Memandangkan kerajaan kini
melaksanakan perancangannya,
termasuklah Perintah Kawalan
Pergerakan untuk membendung
wabak virus ini, kami juga telah
mengambil tindakan tegas untuk
melindungi orang ramai dan para
pelanggan, selain rakan sekerja
dan ahli keluarga mereka.
Kami mengikuti nasihat daripada
kerajaan dan pihak berkuasa
kesihatan, dan secara proaktif
melaksanakan pelbagai langkah
berjaga-jaga untuk memastikan
mereka diberikan perlindungan
terbaik agar pelanggan dan
orang ramai boleh terus
mengakses perkhidmatan
perbankan dan rakan sekerja
kami dapat menjalankan tugas
mereka untuk memastikan
perkhidmatan yang lebih baik.
• Beberapa cawangan Bank Islam ditutup sementara, manakala cawangan-cawangan lain terus
beroperasi dengan kakitangan yang dikurangkan. Kami telah memendekkan waktu operasi
Cawangan Bank Islam terpilih untuk menerima pelanggan.
• Kami telah memperkenalkan waktu bekerja yang disingkatkan untuk cawangan Bank Islam terpilih
yang kekal dibuka untuk para pelanggan.
• Kami telah mengeluarkan garis panduan dan notis kepada para pelanggan berhubung 'jarak sosial'
dan menggalakkan pelanggan kami menggunakan Perbankan Internet untuk melakukan transaksi
dan urusan perbankan mereka.
• Untuk membendung penularan virus ini, kami telah melaksanakan langkah-langkah termasuk sanitasi dan
protokol pembersihan yang ketat, jarak di tempat kerja, dan sekatan perjalanan untuk warga kerja. Imbasan
suhu badan turut dilakukan ke atas pelanggan yang memasuki cawangan Bank dan lain-lain kawasan.
• Mesin ATM Bank sentiasa dibersihkan dengan bahan sanitasi dan tisu disediakan untuk
pelanggan di Pusat Perbankan Elektronik (EBC). Kami juga mengambil langkah memastikan
pelanggan di EBC berbaris dalam jarak minimum 1-meter antara satu sama lain.
• Kami telah mengeluarkan garis panduan kepada cawangan berhubung langkah perlindungan diri yang
betul. Pekerja kami diminta memakai topeng muka dan menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan
pelanggan. Kami juga telah mengagihkan topeng muka ke cawangan-cawangan di kawasan yang
mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.
Hubungi kami di : Layari kami di : Ikuti kami di :
3 603 26 900 900 www.bankislam.com BankIslamFB bankislam
Dalam keadaan semasa yang mencabar, langkah-langkah Bank Islam yang sejajar dengan BNM memberi
penekanan terhadap:
MELINDUNGI KELANGSUNGAN KEWANGAN PENGGUNA
a) Penangguhan automatik pembayaran atau pembayaran semula kesemua kemudahan pembiayaan
(peribadi, perumahan dan kenderaan) untuk tempoh enam bulan, termasuk pengecualian terhadap caj
pembayaran lewat. (Pemberian moratorium adalah tertakluk kepada syarat bahawa pelanggan tidak
mempunyai pembiayaan tertunggak yang melebihi 90 hari setakat 1 April 2020.)
b) Baki kad kredit boleh ditukarkan kepada pembiayaan berjangka yang tidak melebihi tiga tahun
pada kadar pembiayaan tidak lebih daripada 13% setahun.
c) Kemudahan Penjadualan dan Penstrukturan Semula bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pelanggan
yang memerlukan, termasuk individu dan perniagaan. Pelanggan dibenarkan untuk membuat pembayaran semula
pada kadar yang lebih rendah bagi membenarkan mereka menguruskan aliran tunai dengan lebih baik.
MENGEKALKAN EKONOMI SEBENAR
a) Penangguhan automatik pembayaran semula pembiayaan bagi pemilik perniagaan perusahaan
kecil dan sederhana (“PKS”) bagi tempoh enam bulan.
b) Kemudahan Kelonggaran Khas PKS untuk meringankan kesukaran aliran tunai jangka pendek
yang dihadapi pemilik perniagaan PKS.
c)SME i-Gain, sebuah akaun urus niaga pelaburan semasa yang memberikan pulangan sehingga 2% bagi
pelanggan PKS yang ditawarkan sehingga bulan Jun 2020.
Program iTEKAD
Susulan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang direka untuk melindungi ekonomi negara daripada kesan pandemik COVID-19, BNM
telah memperkenalkan program iTEKAD yang memberi tumpuan kepada sokongan bagi penjanaan pendapatan yang
mampan serta mempertingkatkan daya tahan kewangan perusahaan mikro yang dimiliki golongan B40.
Bank Islam telah menjadi bank Islam pertama yang mengambil bahagian dalam program ini dan menerusi
platform pembiayaan sosialnya, Sadaqa House, akan memanfaatkan sumbangan Zakat untuk menghasilkan
pakej pembiayaan mikro kepada penerima yang layak.
Seramai 100 orang penerima dijangka akan menerima manfaat pada fasa pertama program yang dijangka
diperkenalkan ada Mei 2020. Bagi memastikan keberkesanan program dan kejayaan perniagaan terlibat, iTEKAD akan
bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan SME Corporation Malaysia (SME
Corp) bagi menyediakan latihan keusahawanan dan pengurusan kewangan berstruktur bagi setiap penerima.
PELABURAN MAMPU MILIK
Bank Islam menerajui usaha dalam mewujud dan memelihara
kekayaan menerusi pelaburan mampu milik kepada semua peringkat
masyarakat menerusi pengenalan BEST Invest. Dilihat sebagai yang
pertama seumpamanya di dunia, aplikasi Pelaburan Kecerdasan-
Robo Kelestarian Syariah ini menawarkan kepada pelabur berpotensi
satu sistem pelaburan berasaskan analisis yang menilai profil risiko
dan matlamat pelaburan mereka dengan memperuntukkan pelaburan
ke dana Unit Amanah BIMB Investment secara automatik.
Aplikasi tersebut memaksimumkan pulangan dan menguruskan risiko pelaburan dalam suatu jangka masa
dengan pelaburan awal bernilai RM10 dan tiada yuran pendahuluan dikenakan.
Hubungi kami di : Layari kami di : Ikuti kami di : bankislam 4
603 26 900 900 www.bankislam.com BankIslamFB
MENYOKONG KAKITANGAN BARISAN HADAPAN DAN KOMUNITI
KURANG BERKEMAMPUAN
Di saat kakitangan barisan hadapan, termasuk kakitangan perubatan dan anggota beruniform terus
berusaha keras menangani penularan virus berkenaan; komuniti kurang berkemampuan, termasuk pemilik
perniagaan kecil dan golongan pekerja akan menerima kesan yang besar melalui kehilangan sumber
pendapatan dan kesukaran mendapatkan barangan isi rumah atau keperluan asas.
Bank Islam bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam membantu kakitangan barisan hadapan,
khasnya anggota perubatan, dan menyediakan sokongan yang diperlukan oleh golongan kurang
berkemampuan dalam mendepani kesukaran yang disebabkan oleh pandemik ini.
Di bawah usaha-usaha kedermawanan ini, Bank Islam dan syarikat induknya BIMB Holdings Berhad, telah memberi
komitmen sumbangan bernilai RM1.6 juta untuk membantu golongan yang amat terkesan akibat pandemik ini.
Misi #MusaadahCOVID19 telah dimulakan
oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-
Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) pada 19 Mac 2020. Matlamat
misi berkenaan adalah untuk menyediakan
sokongan kepada kakitangan barisan hadapan
dan komuniti asnaf sepanjang tempoh
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
• RM1 juta disumbangkan kepada Tabung
Misi #MusaadahCOVID19
Menerusi jalinan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Islam menyediakan
bantuan kewangan kepada usahawan kecil yang juga merupakan
fraterniti Sahabat AIM untuk menangani kehilangan sumber
pendapatan akibat gangguan perniagaan disebabkan pandemik ini.
• RM200,000 telah diperuntukkan bagi usaha sama ini.
Bank Islam mengambil bahagian dalam program penjanaan dana yang
dimulakan oleh Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam
Malaysia (AIBIM) untuk menyediakan bantuan kepada pusat-pusat
perubatan yang terlibat secara langsung memerangi penularan wabak ini.
• RM10,000 telah disumbangkan bagi pembelian katil dan tilam bagi
kegunaan kakitangan perubatan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh
Hubungi kami di : Layari kami di : Ikuti kami di :
5 603 26 900 900 www.bankislam.com BankIslamFB bankislam
Program Sokongan Bantuan
Langsung Bank Islam
membantu untuk menyumbang
wang tunai dan barangan asas
seperti makanan kepada
pelbagai rumah anak yatim dan
warga emas, serta hospital dan
klinik kesihatan daerah.
• Sumbangan bernilai
RM390,000 disalurkan
terus kepada penerima di
bawah program ini.
Hospital Kuala Lumpur Hospital Sungai Buloh
KESIMPULAN Dalam masa yang sukar ini, inisiatif kami terus
mencerminkan komitmen terhadap rangkuman
Dengan VBI sebagai nadi model perniagaan kami; nilai kewangan, yang menjamin pembangunan untuk
asas, kompas moral dan keutamaan kami adalah untuk semua dan tiada siapa yang ditinggalkan ketika
mencapai objektif Maqasid Syariah dengan memberi kita berusaha membina negara yang aman dan
tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat bermaruah.
melalui pemeliharaan kekayaan, keimanan, kehidupan
dan kebijaksanaan. Sebagai anggota Kumpulan
Lembaga Tabung Haji (LTH), niat strategik Bank Islam
telah dipandu dengan baik oleh hasrat kami untuk
membantu negara merealisasikan pelan pertumbuhan
mampannya, di mana kami membantu membentuk
masyarakat makmur yang saling menjaga antara satu
sama lain dan persekitaran yang didiami bersama.
Dengan adanya langkah-langkah ini, Bank Islam
berharap untuk dapat mengurangkan kesan keadaan
semasa untuk semua komuniti merentas masyarakat.
BST BNM | S1 2020
Rencana aKrisis dan Dasar: COVID-19 Memang Luar Biasa
oleh Suah Jing Lian
Sorotan
5 COVID-19 adalah luar biasa – kejutan penawaran yang telah menyebabkan
kesan limpahan permintaan yang lebih besar.
6 Dasar ketika pandemik perlu mengutamakan pendapatan dan memastikan
mudah tunai tersedia tanpa menjejaskan kutamaan kesihatan awam.
7 Dasar perlu memenuhi tiga ciri; tepat, pantas dan mencukupi.
Apabila berita penularan COVID-19 di RR China mula tersebar pada awal bulan Januari,
jangkaan pada mulanya ialah wabak ini hanya bersifat sementara dan sebahagian besar dari-
pada ekonomi global akan selamat. Kebanyakan semakan semula unjuran pertumbuhan global
pada peringkat awal pula berada jauh di bawah satu mata peratusan. Sejak itu, keadaan telah
berubah secara mendadak. COVID-19 kini menjadi pandemik dalam skala yang belum pernah
berlaku pada generasi ini dengan menjangkiti lebih 3.6 juta orang se-takat 7 Mei (Rajah 1).
Kerajaan telah menggembleng sumber untuk sektor penjagaan ke-sihatan dan melaksanakan
langkah pembendungan yang ketat seperti sekatan perjalanan, pergerakan dan aktiviti
perniagaan bagi membendung wabak ini. Selain kehilangan nyawa akibat wabak COVID-19,
punca pendapatan individu turut terjejas dengan ketara. Langkah pembendungan ini perlu,
namun kerugian yang terpaksa ditanggung cukup tinggi dengan ekonomi global kini dijangka
mengalami kemelesetan yang teruk pada tahun 2020.
Rajah 1: Kes Kumulatif COVID-19 yang Telah Disahkan Mengikut Lokasi
Negara-negara lain 3,500 ke
EU 3,000 jumlah s (ribu)
100 AS
RR China 2,500
2,000
50 1,500
1,000
500
08-Jan
18-Jan
28-Jan
07-Feb
17-Feb
27-Feb
08-Mac
18-Mac
28-Mac
07-Apr
17-Apr
27-Apr
07-Mei
Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia
6
BST BNM | S1 2020
Rencana ini membincangkan dua persoalan utama: Pertama, sejauh manakah perbezaan
krisis ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19? Kedua, harus bagaimanakah
dasar ekonomi bertindak balas terhadap krisis yang sedang melanda ini?
Bagaimana kita dapat menganalisis kemelesetan dan krisis ekonomi?
Bagi menangani krisis yang sedang melanda, pertama sekali kita perlu memahami punca
kemelesetan ini. Persoalan utama sebagai panduan dalam perbincangan kita adalah: (i)
apakah sifat kejutan ini, dan (ii) apakah tindak balas yang dijangkakan bagi pengeluaran,
pekerjaan, dan harga? Secara umum, kejutan makroekonomi terdiri daripada tiga kategori
- penawaran, permintaan dan kewangan.
1) Kejutan dari segi penawaran
Kejutan ini didorong oleh kekangan pada pengeluaran, produktiviti faktor
menyelu-ruh (total factor productivity, TFP), harga input dan tenaga kerja. Tahap
keseriu-san dan tempoh kemelesetan ekonomi yang terhasil bergantung sama
ada kejutan tersebut bersifat sementara atau kekal. Episod kemelesetan
ekonomi yang berpunca daripada kejutan dari segi penawaran yang penting
termasuklah Krisis OPEC 1973 dan Kejutan Harga Minyak 2014-16 baru-baru
ini. Shapiro (1987) menyatakan ba-hawa magnitud tindak balas pengeluaran,
pekerjaan dan harga bergantung pada ketegaran (persistence) kejutan tersebut.
Pertumbuhan akan menjadi sederhana sekiranya kekangan pengeluaran atau
harga tidak berubah dan pertumbuhan akan kembali pulih apabila kekangan
tersebut luput atau dikurangkan oleh campur tan-gan dasar. Pengeluaran dan
harga cenderung untuk bergerak pada arah yang bertentangan.
2) Kejutan dari segi permintaan
Kejutan ini berlaku akibat perubahan dari segi permintaan, seperti ketidakten-tuan
ekonomi, penghindaran risiko, kejutan monetari atau perubahan dalam tahap
kekukuhan perbelanjaan domestik atau eksport. Misalnya, perang perdagangan
antara AS dan RR China pada tahun 2018-2019 merupakan kejutan permintaan
luaran bagi ekonomi terbuka yang kecil. Inflasi dan pertumbuhan selalunya berg-
erak pada arah yang sama bagi krisis yang bermula akibat kejutan permintaan.
3) Krisis kewangan
Krisis kewangan bersifat seperti krisis yang didorong oleh permintaan, kecuali tahap
keseriusan dan tempoh kemelesetan biasanya lebih besar disebabkan oleh sifat
prokitaran (procyclicality) sektor kewangan. Rajah 2 menunjukkan sifat prokitaran ini
menggunakan penunjuk leveraj dalam sektor kewangan AS dan pertumbuhan KDNK
benar AS. Leveraj yang semakin meningkat membantu perkembangan ekonomi
sejurus sebelum berlakunya Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC)
pada tahun 2008-09. Keadaan kredit yang longgar telah meningkatkan harga aset,
terutamanya dalam pasaran perumahan dan sekuriti gadai janji AS. Keadaan ini
berterusan berikutan sikap terlalu optimis
7
BST BNM | S1 2020
dan pengambilan risiko spekulatif secara meluas yang semakin tidak bersandarkan
pada asas-asas ekonomi. Kegagalan membayar balik gadai janji yang semakin
meningkat dalam keadaan pertumbuhan pendapatan isi rumah yang perlahan,
sentimen yang semakin merosot dan kesanggupan mengambil risiko yang semakin
berkurang telah menyebabkan harga aset berisiko dinilai semula. Hal ini telah
memicu terungkainya ketidakseimbangan kewangan yang terkumpul sejak sebelum
tahun 2007. Pertumbuhan menjadi sangat lemah dan disertai dengan peningkatan
pembayaran balik hutang secara melampau terutamanya dalam kalangan bank,
seterusnya mengakibatkan berlakunya keadaan luluh kredit (credit crunch). Hal ini
telah meningkatkan tahap kekangan kewangan serta kehilangan kekayaan dan
pendapatan, malah pertumbuhan ekonomi menjadi semakin lemah. Dalam keadaan
ini, geseran sektor kewangan prokitaran (procyclical financial sector frictions) telah
meningkatkan kemelesetan ekonomi pada skala global. Walaupun punca krisis
kewangan ialah sektor kewangan, prokitarannya dengan aktiviti ekonomi telah
memberikan kesan buruk dan meluas terhadap permintaan.
tahuna Rajah 2: Indeks Leveraj dan Pertumbuhan KDNK Benar AS 4 Indeks (lebih tinggi = leveraj lebih rendah)
Perubahan n (%) Pertumbuhan KDNK benar 3
6 Subindeks Leveraj Chicago Fed (skala kanan) 2
4
2 1
0 −1
0
−2
−4
S1
„98
S1
„00
S1
„02
S1
„04
S1
„06
S1
„08
S1
„10
S1
„12
S1 „14
S1
„16
S1
„18
S1
„20
Sumber: Federal Reserve Economic Database (FRED)
Walaupun krisis mempunyai pengelasan yang berbeza, krisis boleh berubah menjadi
krisis yang lain dan akhirnya menunjukkan ciri krisis bersilang (cross-crises). Contohnya,
krisis hutang Amerika Latin pada tahun 1980-an bermula daripada kejutan dari segi
penawaran dalam pasaran minyak global. Keadaan ini menyebabkan permintaan menjadi
perlahan apabila dasar kewangan diketatkan bagi menangani inflasi yang semakin
meningkat di AS, iaitu sumber utama permintaan luaran bagi rantau tersebut. Berikutan
itu, keraguan ter-hadap kecukupan rizab turut mencetuskan pengeluaran wang secara
besar-besaran seperti yang berlaku di Mexico. Oleh itu, pemantauan terhadap tanda-
tanda bahawa krisis semakin meluas adalah suatu perkara yang penting.
8
BST BNM | S1 2020
Mengapakah pandemik COVID-19 yang sedang melanda menye-
babkan krisis ekonomi?
Krisis ekonomi ini tentunya bermula sebagai kejutan penawaran; perintah duduk di rumah,
langkah sekatan pergerakan dan penjarakan sosial, sama ada dikuatkuasakan atau
secara sukarela, telah menyebabkan aktiviti ekonomi terhenti secara tiba-tiba. Gangguan
pengelu-aran pula menjejaskan rantaian bekalan global. Kejutan penawaran ini
seterusnya mence-tuskan tindak balas permintaan yang buruk dan meluas kerana
pengurangan pengeluaran telah menyebabkan perniagaan dan isi rumah menanggung
kerugian pendapatan yang besar. Bagi ekonomi yang bergantung kepada perdagangan
seperti Malaysia, pandemik ini pada awalnya merupakan kejutan penawaran luaran yang
buruk yang bermula dari RR China. Keadaan ini telah menjadi semakin meluas ekoran
penguncupan pengeluaran yang ketara pada peringkat global.
Rajah 3: Cara Kejutan Penawaran Akibat COVID-19 Menyebabkan
Kejutan Permintaan yang Meluas
Sekatan Kehilangan Permintaan Kehilangan pekerjaan Permintaan
pergerakan pekerjaan & pen- lebih & pendapatan semakin
& penutupan dapatan dalam rendah rendah
pengeluaran dalam sektor yang
sektor terjejas awalnya tidak terjejas
Dalam penulisan baharu tentang pandemik secara makro, Guerrieri et al. (2020) menggam-
barkan pandemik COVID-19 yang sedang berlaku sebagai Kejutan Penawaran Keynesian,
iaitu kejutan dari segi penawaran yang menghasilkan kejutan permintaan yang ketara. Guer-
rieri et al. (2020) menjelaskan bahawa walaupun kerugian pendapatan pada awalnya hanya
berlaku dalam sektor yang terjejas secara langsung, seperti segmen perkhidmatan bukan
keperluan serta segmen makanan dan minuman, namun sektor lain kemudiannya mengalami
permintaan yang semakin lemah seperti segmen perkhidmatan perlu dan perkilangan, lan-tas
menyebabkan permintaan tenaga kerja akan terus terjejas (Rajah 3). Sekatan terhadap operasi
perniagaan dan pergerakan yang merupakan ciri khas bagi langkah sekatan perger-akan pada
peringkat global telah mengakibatkan keuntungan berkurang secara mendadak. Keadaan ini
menyebabkan kekurangan aliran tunai yang ketara. Untuk terus bertahan, per-niagaan
akhirnya memberhentikan atau memberi cuti kepada pekerja. Di AS, keadaan ini telah
menyebabkan peningkatan jumlah kehilangan pekerjaan sejak pertengahan bulan Mac pada
tahap yang belum pernah dialami di AS (Rajah 4). Secara keseluruhan, kitaran ganas terhasil
apabila lebih banyak pendapatan hilang dan seterusnya hal ini akan mengurangkan lagi
permintaan pengguna secara keseluruhan dan meningkatkan kerugian pengeluaran.
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 1
Pendahuluan
Ketika artikel ini ditulis, jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia telah mencecah
1,099,960 kes dan merekodkan 59,197 kematian. Daripada 811,788 kes aktif,
39,391 kes adalah berstatus kritikal.
Malaysia yang tersenarai pada kedudukan ke-29 kes positif tertinggi pula
mencatatkan 3,333 kes positif dan 53 kematian dengan Selangor (863 kes), Kuala
Lumpur (543 kes), Johor (416 kes), Sarawak (239 kes) dan Sabah (215 kes) berada
pada kedudukan lima teratas.
Rajah 1 : Statistik kes di seluruh negara dan mengikut negeri setakat 3 April 2020.
Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu,
jumlah kes terus bertambah dengan purata kes baharu sebanyak 156 kes sehari.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memberikan amaran bahawa
jumlah kes positif ini akan meningkat secara mendadak pada pertengahan April ini
iaitu boleh mencecah 6,000 sehingga 8,000 kes sekiranya arahan-arahan di bawah
PKP tidak dipatuhi oleh orang ramai. Selain melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa tempat seperti di Simpang Renggam
dan Hulu Langat, turut dikuatkuasakan PKP Fasa II di seluruh negara bermula pada
1 April 2020 dengan peraturan-peraturan yang lebih tegas.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 2
Kehidupan yang Terjejas Akibat COVID-19
Menjalani kehidupan secara luar kebiasaan daripada sebelum ini untuk tempoh
selama empat minggu atau 28 hari (18 Mac hingga 14 April 2020) pasti tidaklah
mudah bagi sebahagian besar masyarakat.
Walaupun secara umumnya banyak kelebihan duduk di rumah boleh disenaraikan
terutamanya dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, namun tidaklah
semua individu atau isi rumah dapat menikmati suasana itu atau berasa senang
dengan keadaan itu.
Rajah 2 : Kronologi awal penularan Sars-CoV-2 dan COVID-19.
Ini kerana realiti penularan virus Sars-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19
terlalu memberikan impak dalam pelbagai segmen kehidupan masyarakat. Bukan sahaja
individu yang disahkan positif COVID-19 atau individu dalam siasatan (PUI) sahaja
menghadapi keadaan kesihatan yang terjejas atau tidak menentu, tetapi orang awam
juga terkesan antaranya tidak dapat bekerja atau bersekolah seperti selalu; hilang
pekerjaan dan sumber pendapatan seperti yang dihadapi oleh pemilik atau pekerja
perusahaan kecil dan sederhana terutamanya sektor-sektor tertentu, penjaja dan
peniaga kecil, pemandu e-hailing; terhalang daripada menyertai aktiviti sosial dan
kemasyarakatan seperti beriadah di taman rekreasi atau pusat sukan, membeli belah,
solat berjemaah di masjid; terputus bekalan barangan keperluan seperti yang dihadapi
oleh keluarga miskin dan penduduk luar bandar atau di pedalaman; juga beban kerja
yang semakin bertambah seperti yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan
melibatkan doktor, jururawat, polis, tentera dan anggota Rela.
Keadaan ini sehingga mengganggu kesejahteraan mental dan emosi sebahagian
daripada mereka. Mereka mengalami tekanan (stress) dengan keadaan yang
berbeza-beza antara satu sama lain dan pada setiap hari. Walaupun tekanan ini
adalah tindak balas normal dalam keadaan krisis, ia tidak harus sehingga membawa
kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depression), keresahan
(anxiety), kecelaruan bipolar (bipolar disorder) dan skizofrenia (schizophrenia).
Sokongan psikososial perlu sentiasa tersedia untuk diberikan kepada mereka yang
memerlukan.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 3
Paling dikhuatiri sekiranya keadaan ini berterusan tanpa suatu langkah yang
menyeluruh dan berkesan untuk menanganinya, masalah seperti sakit jiwa,
mencederakan diri sendiri, bunuh diri, lari dari rumah, kecelaruan identiti, perceraian
dan keganasan rumah tangga yang sering dikaitkan dengan masalah kesihatan
mental akan menunjukkan peningkatan jumlahnya sebaik sahaja PKP ini ditamatkan
nanti.
Seperti yang berlaku di Perancis, kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak
32 peratus dalam tempoh seminggu sahaja setelah perintah berkurung mula
dikuatkuasakan sejak dua minggu lalu.
Di beberapa bandar di China antaranya Xian dan Dazhou pula, jumlah penceraian
dalam tempoh perintah berkurung dikuatkuasakan dilaporkan meningkat secara
mendadak. Di Sichuan sahaja, 300 pasangan mendaftarkan perceraian sejak 24
Februari hingga 13 Mac 2020. Ini merupakan angka pendaftaran tertinggi bagi
sesebuah pejabat pendaftaran perkahwinan.
Begitu juga di Hesse, Jerman, Menteri Kewangannya, Thomas Schaefer yang berusia
54 tahun dilaporkan membunuh diri kerana terlalu risau mengenai bagaimana untuk
menangani kejatuhan ekonomi akibat penularan COVID-19 di negara itu.
Walaupun mungkin masyarakat di luar sana berbeza latar budaya dan pandangan
hidup mereka berbanding masyarakat di negara ini, namun ia bukanlah jaminan
insiden yang seperti itu tidak akan berlaku di sini kerana pada setiap tempat dan
masa pasti ada sahaja faktornya yang tersendiri yang boleh mendorong kepada
keadaan itu.
Realiti Masalah Kesihatan Mental & Impak Psikososial
Berdasarkan Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (National Health
and Morbidity Survey, NHMS 2015), prevalens masalah kesihatan mental dalam
kalangan dewasa berumur 16 tahun dan ke atas ialah 29.2 peratus iaitu meningkat
sebanyak 18.5 peratus daripada 10.7 peratus pada 1996. Prevalens ini terus
menunjukkan trend menaik dengan golongan wanita, orang dewasa muda dan
daripada keluarga berpendapatan rendah serta kaum Bumiputera paling berisiko
menghadapi masalah ini.
Menurut Dr. Chua Sook Ning, Pengasas Relate Mental Health Malaysia (Relate), isu
kesihatan mental atau “penyakit tidak nampak” ini dalam kalangan pekerja di Malaysia
mungkin menelan kos RM14.4 bilion atau 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) pada 2018. Justeru, tegas beliau sesebuah syarikat perlu menyediakan
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 4
langkah berkesan bagi menanganinya.
Tetapi malangnya banyak syarikat
tidak tahu bagaimana untuk
melakukannya.
Data-data yang dinyatakan ini adalah
realiti dalam keadaan biasa sebelum
ini. Kini COVID-19 adalah pandemik
global seperti yang diisytiharkan oleh
World Health Organization (WHO)
pada 11 Mac 2020.
Susulan itu, banyak negara telah
mengambil langkah pencegahan yang
lebih ketat dengan mengisytiharkan
darurat, perintah berkurung dan
perintah kawalan pergerakan.
Keterbatasan akibat sekatan ini pasti
Rajah 3 : Kronologi pengisytiharan COVID-19 telah mewujudkan suasana yang
sebagai pandemik global.
mendorong kepada tekanan, keresahan dan kemurungan
terhadap masyarakat di negara ini secara lebih meluas merentasi kumpulan yang
berisiko dalam keadaan biasa.
Berdasarkan Laporan Talian Kasih yang diterbitkan oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), rekod kes bagi tempoh 18 hingga 31
Mac 2020 iaitu sepanjang PKP Fasa I dikuatkuasakan, mencatatkan 336 aduan
mengenai penderaan fizikal, mental, emosi dan seksual serta eksploitasi dan
pengabaian melibatkan kategori kanak-kanak, keganasan rumah tangga, orang
kelainan upaya (OKU) dan warga emas; serta bagi mendapatkan khidmat kaunseling
iaitu mewakili 47.3 peratus daripada 710 aduan setelah ditolak dengan aduan
mengenai permohonan bantuan kebajikan dan pertanyaan daripada 1,535 aduan
berkaitan.
Jika masyarakat atau kerajaan gagal menguruskan keadaan tekanan ini, ia juga
akan melemahkan sistem imunisasi dan mengganggu keupayaan tubuh individu
berkenaan untuk mengatasi jangkitan dan penyakit selain mengundang masalah-
masalah yang telah dinyatakan sebelum ini. Justeru, usaha membendung penularan
wabak ini pada peringkat mikro juga mungkin sedikit terjejas.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 5
Pelbagai Usaha Dilaksanakan
KPWKM pada 18 Mac telah memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai
pewujudan talian khusus yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
bagi orang ramai mengemukakan sebarang pertanyaan dan aduan mengenai isu-isu
yang berbangkit susulan penguatkuasaan PKP selain mengekalkan operasi Talian
Kasih 15999 yang sedia ada terutamanya bagi memenuhi keperluan golongan
kanak-kanak, wanita, OKU dan warga emas.
Tidak cukup dengan itu, KPWKM
sekali lagi pada 26 Mac telah
memulakan inisiatif baru dengan
menubuhkan Talian Khas Kaunseling
COVID-19 bagi memberi sokongan
psikologi kepada mangsa, waris
mangsa, petugas pusat kuarantin dan
hospital serta orang ramai yang
terkesan dengan penularan wabak itu
dan PKP.
Bagi menjayakan inisiatif itu, sekitar
900 orang Kaunselor Berdaftar di
bawah Lembaga Kaunselor Malaysia
(LKM) di seluruh negara telah
menawarkan diri sebagai sukarelawan Rajah 4 : Talian Khas Kaunseling COVID-19 yang
untuk memberikan khidmat mereka disediakan oleh KPWKM.
kepada masyarakat demi memastikan
tahap kesihatan mental rakyat di negara ini sentiasa berada pada keadaan yang
sejahtera.
Selain itu, pertubuhan seperti Befrienders, Mental Illness Awareness and Support
Association (MIASA) dan Medical Relief Society Malaysia (MERCY) juga turut sama
menyediakan talian khusus masing-masing untuk individu yang memerlukan
sokongan psikosial sepanjang krisis ini berlaku.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu agensi di
bawah KPWKM pula memainkan peranan dengan membincangkan topik-topik
berkaitan kehidupan yang sihat dan positif di televisyen. Pengendali rangkaian
televisyen juga mengambil inisiatif tersendiri dengan menampilkan banyak panel
dengan pelbagai latar belakang untuk membincangkan perkara ini supaya
masyarakat mendapat lebih pencerahan tentang cara menghadapi situasi sekarang
ini dalam pelbagai aspek.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 6
Persatuan Profesion Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia (PsiKEM) yang
dianggotai oleh hampir 200 orang Pegawai Psikologi KKM juga menyediakan
saluran Telegram bagi menyalurkan info serta tips berkaitan penjagaan kesihatan
mental. Banyak infografik yang menarik untuk dijadikan panduan dikongsikan
menerusi saluran itu.
Inisiatif seumpama ini turut disambut oleh pusat-pusat kaunseling persendirian yang
aktif berkongsi ilmu di laman sesawang dan media sosial masing-masing. Selain itu,
mereka turut mengaktifkan perkhidmatan kaunseling dalam talian untuk
memudahkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan mereka dalam suasana yang
terbatas ketika ini.
Terdapat banyak individu dan organisasi yang tidak mahu melepaskan peluang
untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk sumbangan makanan,
minuman, duit bahkan memanfaatkan pelbagai kemahiran yang ada pada masing-
masing seperti menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) dan membuat pelindung
muka (face shield) kepada petugas barisan hadapan dalam sektor kesihatan.
Sumbangan seperti ini adalah sokongan secara tidak langsung bagi membantu ke
arah kesejahteraan kesihatan mental.
Begitu juga dengan sidang media oleh YAB Perdana Menteri, Menteri Kanan
(Kluster Keselamatan) dan Ketua Pengarah Kesihatan yang diadakan secara
berkala dan rutin untuk mengumumkan pelbagai bantuan dan insentif untuk rakyat
dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi negara, melaporkan tahap pematuhan
PKP dan langkah-langkah semasa bagi meningkatkan keberkesanan PKP serta
perkembangan kes COVID-19 di seluruh negara adalah sangat penting untuk
memastikan rakyat sentiasa berhubung dengan maklumat supaya berada dalam
keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pendekatan seperti ini
juga adalah suatu sokongan secara tidak langsung ke arah membentuk kesihatan
mental yang sejahtera.
Persiapan Sokongan Psikososial Menghadapi Bencana &
Masalah Kesihatan Mental yang semakin Serius
1. Tambah Sumber Manusia Terlatih
Profesional kesihatan mental yang terdiri daripada ahli psikiatri, pegawai psikologi
klinikal dan kaunselor adalah merupakan profesion utama yang terlibat dalam isu
kesejahteraan mental di negara ini.
Walau bagaimanapun, direkodkan Pakar Psikiatri yang berkhidmat di hospital KKM
hanya berjumlah 245 orang sahaja pada 2018.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 7
Bilangan Pegawai Psikologi di KKM juga adalah sangat sedikit jika dinisbahkan
dengan jumlah penduduk iaitu seramai 166 orang pada 2015, 173 orang (2016), 180
orang (2017) dan bertambah hanya 4 orang sahaja pada 2018 menjadikan
jumlahnya seramai 184 orang. Manakala, ketika ini direkodkan hanya seramai 182
orang Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi yang berkhidmat di
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Jumlah Kaunselor Berdaftar di bawah LKM sehingga Disember 2018 pula adalah
seramai 7,895 orang menjadikan nisbah kaunselor kepada penduduk ketika ini ialah
1:4,101 dan ia suatu jurang yang terlalu besar. Jurang ini juga semakin membesar
berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan nisbah 1:4,030.
Sewajarnya, sumber manusia terlatih dalam bidang-bidang ini ditambah supaya
sepadan dengan jumlah penduduk dari semasa ke semasa dan berkesan untuk
menangani pelbagai isu kesihatan mental terutamanya ketika negara sedang dilanda
musibah seperti sekarang ditambah pula penyakit mental dijangka menjadi penyakit
kedua paling serius di Malaysia pada 2020 selepas sakit jantung.
Usaha bagi melahirkan 11,000 kaunselor profesional sehingga 2020 seperti yang
disasarkan oleh mantan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
sebelum ini adalah wajar untuk diteruskan bahkan diberikan keutamaan dan fokus
oleh Kerajaan hari ini.
2. Optimumkan Khidmat Kaunselor Berdaftar
Sejumlah hampir 8,000 orang Kaunselor Berdaftar ketika ini perlu dioptimumkan.
Sebahagian besar daripada mereka tidak berkhidmat di bidang kaunseling bukanlah
kerana tidak mahu menyumbang pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki,
sebaliknya adalah kerana jumlah perjawatan berkaitan yang ada dalam pasaran
pekerjaan tidak mencukupi atau tiadanya platform yang rasmi dan fleksibel untuk
mereka berbakti sesuai dengan kerjaya semasa mereka.
Perkhidmatan sebagai kaunselor panel di sektor-sektor kerajaan sewajarnya
disediakan untuk para Kaunselor Berdaftar ini dan diperbanyakkan bilangannya bagi
memenuhi keperluan memandangkan bilangan mereka yang membuat janji temu
bagi mendapatkan perkhdimatan kaunseling semakin bertambah saban hari.
Perkhidmatan ini juga wajar diperluaskan ke sektor-sektor pekerjaan yang kritikal
dengan peratusan kadar stres yang tinggi seperti sektor kewangan, pembangunan,
kesihatan, keselamatan dan korporat selain sektor pendidikan.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 8
3. Perluas Penubuhan PCC
Idea bagi menawarkan perkhidmatan kaunseling “hingga ke pintu rumah” secara
percuma yang direalisasikan menerusi penubuhan Psychological Care Centre (PCC)
juga patut diperluaskan terutamanya di negeri-negeri lain yang mempunyai
prevalens masalah kesihatan mental yang tinggi seperti di Sabah dan Labuan,
Kelantan, Sarawak serta Selangor dan bukan hanya di Kuala Lumpur sahaja.
Pusat ini sangat penting bagi menangani impak psikososial selepas PKP tamat nanti
secara lebih dekat dan segera supaya tidak melarat kepada masalah-masalah yang
lain.
4. Manfaatkan Lay Kaunselor
Walaupun terma “Lay Kaunselor” ini patut dikritik kerana boleh membawa kepada
penyalahgunaan gelaran kaunselor, namun harus diakui bahawa inisiatif ini amat
penting dalam melahirkan lebih ramai orang awam yang dapat memberikan khidmat
sukarela dengan bentuk dan kaedah bantuan kaunseling yang betul pada peringkat
komuniti sekaligus dapat mengimbangi kekurangan kaunselor ketika ini.
Justeru, sejumlah 5,500 sukarelawan yang telah dilahirkan menerusi Program Lay
Kaunselor yang dilaksanakan KPWKM sejak 2015 dan disasarkan mencapai 10,000
orang pada 2019 perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai contoh dengan menyerap
mereka sebagai sukarelawan Sahabat Psychological Support Team (sPST) atau
platform-platform lain.
Pangkalan data yang sentiasa dikemaskini dan diintegrasikan dengan sistem atau
program sokongan yang lain perlu juga diwujudkan, bagi mengelakkan kewujudan
Lay Kaunselor di negara ini disia-siakan.
Kerajaan juga disarankan membangunkan program lanjutan bersesuaian bagi
meningkatkan pengetahuan dan kompetensi sukaralewan ini secara berterusan,
sehingga mereka boleh dikategorikan sukarelawan berkemahiran tinggi.
5. Meningkatkan Kesedaran Awam Tentang Penjagaan Kesihatan Mental
Paling utama, pasca COVID-19 perlu diuruskan dengan baik bagi memastikan ia
tidak mengganggu fungsi harian seseorang. Individu yang terlibat secara langsung
dengan COVID-19 seperti mangsa, individu yang dikuarantin dan petugas kesihatan
merupakan mereka yang paling terkesan dengan krisis ini selain meninggalkan
kesan psikologi kepada masyarakat awam.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 9
Satu kajian yang telah dibuat di Korea yang diterbitkan dalam International Journal of
Healthcare pada 2018 melaporkan hampir separuh petugas kesihatan iaitu jururawat
yang terlibat dalam mengendalikan wabak Mers-CoV pada tahun 2015 mengalami
gangguan tekanan pasca trauma atau dikenali sebagai Post-Traumatic Stress
Disorder (PSTD).
Justeru, tindakan proaktif perlu dilaksanakan oleh semua pihak bermula dari sekarang
sebagai langkah mencegah keadaan itu daripada berlaku. Pendidikan berkenaan
kesihatan mental perlu diberikan kepada seluruh masyarakat menerusi pelbagai medium
sepanjang masa. Apabila berakhirnya PKP, usaha bagi meningkatkan kesedaran
kesihatan mental dalam kalangan masyarakat perlu dipergiatkan seperti melalui
kempen, ceramah dan kaunseling kelompok serta pendekatan kerohanian supaya
mempunyai strategi daya tindak (coping skill) dalam menghadapi tekanan.
Program ini perlu menyasarkan mereka yang berisiko iaitu mangsa, ahli keluarga
dan saudara-mara terdekat mangsa serta para petugas barisan hadapan yang
terlibat secara langsung agar gejala PSTD ini dapat dibendung.
Penutup
Diharapkan semua pihak terutamanya setiap individu rakyat di negara ini dapat
memberikan kerjasama yang terbaik untuk mematuhi PKP agar rantaian penularan
COVID-19 dapat segera diputuskan seterusnya menurunkan kes baharu setiap hari.
Semoga usaha penyelidikan dan pembangunan yang melibatkan jaringan di
peringkat antarabangsa bagi menghasilkan vaksin juga membuahkan hasilnya.
Kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 10
SENARAI RUJUKAN
Canadian Mental Health Association, BC Division. (2020). COVID-19 and Anxiety. Didapatkan dari
Here to Help: https://www.heretohelp.bc.ca/infosheet/covid-19-and-anxiety
Covid-19 Coronavirus Pandemic. (2020, April 1). Didapatkan dari Worldometer:
https://www.worldometers.info/coronavirus/
Covid-19 Current Situation in Malaysia. (2020, Mac 31). Didapatkan dari Covid-19 : Statistics by State
in Malaysia: https://ukkdosm.github.io/covid-19
COVID-19 dijangka memuncak pertengahan April jika PKP tidak dipatuhi. (2020, Mac 28). Didapatkan
dari Astro Awani: http://www.astroawani.com/video-malaysia/covid-19-dijangka-memuncak-
pertengahan-april-jika-pkp-tidak-dipatuhi-1840504
COVID-19: 13 ketetapan PKP Fasa Kedua bermula Rabu ini. (2020, Mac 30). Didapatkan dari Berita
Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/671003/covid-19-13-
ketetapan-pkp-fasa-kedua-bermula-rabu-ini
Diyana Pfordten & Razak Ahmad. (2020, April 1). Covid-19: Current situation in Malaysia (updated
daily). Didapatkan dari The Star: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/23/covid-
19-current-situation-in-malaysia-updated-daily
Domestic violence cases jump 30% during lockdown in France. (2020, Mac 28). Didapatkan dari
Euronews: https://www.euronews.com/2020/03/28/domestic-violence-cases-jump-30-during-
lockdown-in-
france?utm_term=Autofeed&utm_medium=Social&utm_source=Facebook&fbclid=IwAR2vehz
TaLOx3JGjXaCNU6PivuGO5hIOPuZXaNg9hAdgm_TSBhbDs-
BP8Oc#Echobox=1585376018
Dr. Firdaus Abdul Gani. (2020, Mac 14). Impak psikologi akibat wabak COVID-19. Retrieved from Astro
Awani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/impak-psikologi-akibat-wabak-covid-19-
233648
Dr. Y.L.M. (2020, Mac 26). Covid-19: What to do when a pandemic is declared. Didapatkan dari The
Star: https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2020/03/26/what-to-do-when-a-pandemic-is-
declared
Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul. (2020, Mac 30). Stres Covid-19 umpama dedalu. Didapatkan dari
Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/76292/KOLUMNIS/Stres-Covid-19-
umpama-dedalu
EURATIV Network. (2020, Mac 31). Domestic violence increases in France during COVID-19 lockdown.
Didapatkan dari EURATIV: https://www.euractiv.com/section/politics/news/domestic-violence-
increases-in-france-during-covid-19-lockdown/
Final Kenyataan Media Talian Kasih 15999 mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19. (2020,
Mac 26). Didapatkan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/KenyataanMedia/2020/Final%20Kenyataan
%20Media%20Talian%20Kasih%2015999%20mewujudkan%20Talian%20Khas%20Kaunseli
ng%20COVID-19.pdf
German state minister commits suicide after 'virus crisis worries'. (2020, Mac 29). Didapatkan dari
New Straits Times: https://www.nst.com.my/world/world/2020/03/579330/german-state-
minister-commits-suicide-after-virus-crisis-worries
Hasimi Muhamad. (2020, Mac 28). COVID-19: KKM jangka peningkatan kes mendadak pada
pertengahan April. Didapatkan dari Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/covid-19-kkm-jangka-peningkatan-kes-mendadak-pada-pertengahan-april-235728
ICN COVID-19 Update: New guidance on mental health and psychosocial support will help to
alleviate effects of stress on hard-pressed staff. (2020). Didapatkan dari International Council
or Nurses: https://www.icn.ch/news/icn-covid-19-update-new-guidance-mental-health-and-
psychosocial-support-will-help-alleviate
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pandemik COVID-19 : Mendepani Impak Psikososial | 11
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). National Health and Morbidity Survey 2015. Didapatkan dari
Institut Kesihatan Umum (Institute for Public Health):
http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/nhmsreport2015vol2.pdf
Kim, Y., Seo, E., Seo, Y., Dee, V., & Hong, E. (2018). Effects of Middle East Respiratory Syndrome
Coronavirus on post-traumatic stress disorder and burnout among registered nurses in South
Korea. International Journal of Healthcare, 4(2). Didapatkan dari
http://www.sciedupress.com/journal/index.php/ijh/article/view/13354
Laporan Tahunan KKM 2018. (2018, Disember 13). Didapatkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Penerbitan%20Utama/ANNUAL%20REP
ORT/Laporan%20Tahunan%20KKM%202018_Final.pdf
Laporan Talian Kasih Rekod Kes 18-31 Mac 2020. (2020). Didapatkan dari Kementerian Pembangunan
Keluarga, Wanita dan Masyarakat:
https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/LAPORAN%20TALIAN%20KASIH
/REKOD%20KES%2018March%20-31March%20(31).pdf
Mahirah A Rashid. (2019, Januari 2019). Kawal kredibiliti elak gelaran kaunselor disalah guna.
Didapatkan dari Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/01/525235/kawal-kredibiliti-elak-
gelaran-kaunselor-disalah-guna
Malaysian Psychiatric Association & Malaysian Mental Health Association. (2019). Mental Health
Handbook. Didapatkan dari My Health My Life:
https://www.myhealthmylife.com.my/sites/default/files/2019-
11/Mental_Health_Booklet_181119.pdf
Minderjeet Kaur & Hakimie Amrie. (2020, Februari 17). Isu kesihatan mental libatkan pekerja telan
RM14.4 bilion setahun. Didapatkan dari Free Malaysia Today:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/17/isu-kesihatan-mental-
libatkan-pekerja-di-malaysia-telan-rm14-4-bilion-setahun/
Prasso, S. (2020, Mac 31). China‟s Divorce Spike Is a Warning to Rest of Locked-Down World.
Didapatkan dari Bloomberg: https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-03-31/divorces-
spike-in-china-after-coronavirus-quarantines
Psychological Support Team (PST). (t.t). Didapatkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat:
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=U0dkclNUSDRVNlJXdDM0N1o0V25tZ
z09
Senarai Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi. (t.t). Didapatkan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat:
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left6&id=TC95UWJTcWRHeTVJYkVFeXA5b0
plUT09
Stress and Coping. (2020, Mac 30). Didapatkan dari Center for Disease Control and Prevention:
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/managing-stress-anxiety.html
Suhaidah Abd Wahab. (2020, Mac 25). "Terlalu Banyak Masa Bersama" dalam Tempoh Kuarantin, Kes
Cerai di China Meningkat. Didapatkan dari Minggun Wanita:
https://www.mingguanwanita.my/terlalu-banyak-masa-bersama-dalam-tempoh-kuarantinkes-
cerai-di-china-meningkat/
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
TAJUK ARTIKEL : COVID-19 memangkin perubahan pendidikan
NAMA PENULIS : Dr. Hayati Ismail
TARIKH ARTIKEL : 7 Mei 2020
DITERBITKAN
SUMBER : Bernama.com
PAUTAN : https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1839515
Tidak pernah berlaku dalam sejarah, semua sekolah di Malaysia dan majoriti negara
di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan penularan penyakit akibat sejenis
virus. Bahaya COVID-19 ini memerlukan tindakan pantas kerajaan untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak jangkitan.
Duduk di rumah, jarak sosial dan penjagaan kebersihan adalah mesej yang sentiasa
diulang sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020. Mengikut maklumat yang
dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jarak fizikal dan sosial
untuk mengekang penyebaran virus ini tidak akan berakhir dalam masa satu dua
bulan tetapi menjangkau beberapa bulan, malah mungkin berlanjutan hingga ke
setahun.
Mesej yang mudah – duduk di rumah – tetapi mempunyai impak yang sangat besar
dalam setiap aspek kehidupan dan amalan seharian setiap individu. Wira negara
yang kini bertarung di medan perang dengan musuh halimunan adalah mereka yang
bertugas di barisan hadapan seperti bidang kesihatan, keselamatan, pertahanan dan
pembersihan. Suasana luar biasa ini memerlukan tindakan yang luar daripada
kebiasaan – belum ada pil, belum ada vaksin yang dapat menyembuhkan penyakit
ini kecuali perubahan dalam tingkah laku dan amalan seharian.
Dunia pendidikan tidak terkecuali dalam suasana luar biasa ini. Kalau kebiasaannya
anak-anak ke sekolah dan institusi pendidikan lebih tinggi untuk menuntut ilmu, hari
ini mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah demi memastikan nyawa mereka dan
keluarga tidak terancam. Sekiranya jarak sosial seperti yang dikatakan oleh WHO
perlu berlaku dalam jangka masa lebih panjang, adakah ini bermakna sesi
pembelajaran formal tidak boleh berlaku?
Secara teorinya tentulah tidak kerana dalam era Revolusi Industri 4.0 ini, kita sudah
beranjak daripada penggunaan tenaga wap dalam Revolusi Industri 1.0 ke
penggunaan tenaga elektrik, pengenalan internet dan kini dalam era kecerdasan
buatan. Maklumat yang terdapat di hujung jari perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi
memastikan bahawa sekiranya mereka tidak dapat hadir ke sekolah, sekolah perlu
hadir kepada mereka dalam mod yang pelbagai, tertumpu dan terbeza.
Kaedah Pendidikan Berbeza
Persoalannya kini adalah mengenai pelaksanaan pendidikan negara semasa
pandemik COVID-19 ini dan pasca COVID-19. Berhadapan dengan penyakit yang
masih belum ada ubatnya, masyarakat pastinya perlu bersedia dengan amalan
pendidikan yang berbeza daripada cara yang telah dilalui sebelum ini.
Apabila murid tidak dibenarkan keluar dari rumah dan pelajar institusi pendidikan
tinggi diarahkan untuk tidak hadir ke kampus, pihak berwajib perlu memikirkan
pendekatan lain bagi memastikan sesi pembelajaran dapat dilaksanakan dalam
tempoh PKP ini. Bukan setakat amalan pendidikan, tetapi hala tuju pendidikan
secara keseluruhannya perlu dilihat semula, supaya tidak tersasar daripada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menghasratkan pembangunan murid secara holistik.
Semasa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk
Pendidikan Prasekolah dan Lepas Menengah dibangunkan, matlamatnya adalah
untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan satu pertiga teratas dalam kalangan
negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia. Laporan Tahunan PPPM
yang diterbitkan saban tahun sejak 2013 menunjukkan bahawa pelbagai inisiatif
telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat ini, terutamanya dalam aspek latihan
guru pra dan dalam perkhidmatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah meletakkan keperluan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan sebagai Anjakan 7: Memanfaatkan ICT
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. KPM yang ketika itu diterajui
oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya bahawa ICT akan
membantu memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah di
negara ini. Murid sepatutnya mendapat akses kepada kandungan yang lebih luas,
menarik, dan interaktif melalui peralatan yang lengkap. Yang penting kemudahan
ICT ini akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah, tanpa jurang
pemisah antara bandar dengan luar bandar.
Satu perkara yang pasti adalah dalam amalan jarak fizikal, interaksi sesama
manusia perlu dieratkan lagi melalui alat telekomunikasi. Secara idealnya,
pembelajaran maya perlu diteruskan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada
pembelajaran dalam talian secara bersemuka (synchronous learning) ataupun
secara tidak bersemuka (asynchronous learning). Learning tools yang digunakan
boleh disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran; bagi mereka yang mempunyai
akses internet boleh mengikuti kelas menggunakan Microsoft Teams, Facebook live
atau Google Classroom. Interaksi juga boleh dilaksanakan melalui pelbagai aplikasi
chat, yang membolehkan murid dan guru berbincang mengenai pembelajaran pada
bila-bila masa. Amalan ini telah dibuktikan oleh institusi yang mengamalkan
pembelajaran dalam talian sepenuhnya.
Atasi Kekangan
Isu timbul apabila dapatan kaji selidik yang dijalankan oleh KPM semasa PKP
menunjukkan terdapat kekangan dari segi akses kepada internet dan penggunaan
peranti untuk pembelajaran.
Di peringkat sekolah, hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai
telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah. Bagaimanapun, untuk
peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat
rendah iaitu sekitar hanya lima hingga 14 peratus. Di peringkat pendidikan tinggi,
Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang tidak menggunakan
pembelajaran atas talian secara sepenuhnya dalam pelaksanaan PdP tidak
dibenarkan untuk meneruskan aktiviti pembelajaran secara atas talian. Kementerian
Pengajian Tinggi bertegas mengambil kira kepentingan pelajar supaya mereka tidak
ketinggalan sekiranya mereka tidak mendapatkan akses kepada internet.
Hakikatnya, sistem pendidikan negara kita masih lagi belum berupaya untuk
menyokong sepenuhnya pembelajaran secara maya serta mod pembelajaran yang
pelbagai.
Mungkin KPM perlu menimbangkan sama ada Anjakan 6 PPPM - mengupayakan
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan - boleh menjadi
penyelesaian kepada isu ini. KPM harus memikirkan juga sama ada sekolah boleh
diberi autonomi dan bertanggungjawab membuat keputusan operasi tentang
peruntukan kewangan dan pelaksanaan kurikulum dalam usaha mengekang
penularan virus COVID-19, yang akan berada dalam kehidupan manusia
nampaknya untuk jangka masa lebih panjang.
Lonjakan 6 PPPM Pendidikan Tinggi 2015-2025 seharusnya dapat memacu institusi
Pendidikan Tinggi membuat keputusan dari segi tadbir urus apabila mereka
mempunyai autonomi penuh atau separa autonomi, justeru memungkinkan mereka
menentukan cara terbaik untuk mendidik pelajar mereka dalam suasana luar biasa
ini. Perancangan di bawah PPPM 2013-2025 dan PPPM PT 2015-2025 telah pun
dibuat lebih lima tahun dahulu; sekarang tibalah masanya untuk kita laksanakan apa
yang telah dirancangkan.
Ironinya, siapa sangka sejenis virus akan menjadi pemangkin kepada perubahan
paradigma dan amalan dalam pendidikan.
-- BERNAMA
Dr Hayati Ismail merupakan Pengarah Kolej GENIUS Insan,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
TAJUK ARTIKEL : Pandemik beri kesan teruk terhadap remaja: PBB
NAMA PENULIS :
TARIKH ARTIKEL : 12 Ogos 20200
DITERBITKAN
SUMBER : Berita Harian Online
PAUTAN : https://www.bharian.com.my/dunia/lain-
lain/2020/08/720442/pandemik-beri-kesan-teruk-terhadap-remaja-
pbb
GENEVA: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran krisis
COVID-19 boleh memberi kesan teruk dan berkekalan terhadap prospek kehidupan
belia tanpa tindakan pemulihan yang cepat.
Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) PBB berkata, prospek kerjaya orang berusia
18 hingga 29 tahun juga mengalami kesan dari pandemik COVID-19, manakala
pelajar menghadapi suasana suram terhadap pendidikan mereka.
Laporan ILO bertajuk 'Belia dan COVID-19: kesan pada pekerjaan, pendidikan, hak
dan kesejahteraan mental' dan berdasarkan tinjauan global dalam talian mendapati
lebih 12,000 orang muda berpendidikan berusia 18 hingga 29 tahun di 112 negara
terjejas akibat krisis itu.
"Kajian mendapati kesan pandemik pada belia menjadi sistematik, mendalam dan
tidak seimbang terutama pada wanita muda, remaja dan remaja di negara
berpendapatan rendah, kecuali jika tindakan segera diambil," menurut laporan itu.
Tinjauan itu turut mendapati 13 peratus responden tanpa akses ke kursus,
pengajaran atau latihan, sementara lebih 70 peratus mengatakan mereka terjejas
teruk oleh penutupan pusat pendidikan mereka.Dengan kursus yang beralih ke atas
talian, tinjauan menunjukkan wujud jurang digital mendalam terutama bagi belia di
negara berpendapatan rendah.
Justeru, akses yang lebih baik untuk peluang pembelajaran atas talian dan program
pengajaran yang disesuaikan dengan maya sangat diperlukan.
"Bukan itu saja, pandemik ini beri kesan pada pekerja muda, memusnahkan karier
dan merosakkan prospek kerjaya mereka.Justeru, tindakan segera, skala besar dan
maklum balas polisi pekerjaan disasarkan amat diperlukan untuk melindungi seluruh
generasi muda dari prospek pekerjaan mereka yang terus terjejas oleh krisis,"
menurut laporan ILO.
Tinjauan turut mendapati 17 peratus mungkin mengalami kesan kegelisahan dan
kemurungan. Ia menggesa perkhidmatan kesihatan mental diperluas kepada orang-
orang muda yang berdepan dengan situasi itu. - AFP
TAJUK ARTIKEL : Impak negatif COVID-19: Pelajar ketinggalan, 'lost generation'?
NAMA PENULIS :
TARIKH ARTIKEL : 22 Jun 2020
DITERBITKAN
SUMBER : Astro Awani
PAUTAN : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/impak-negatif-covid19-
pelajar-ketinggalan-lost-generation-245384
PELAJAR sekolah dan juga institut pengajian tinggi tidak dibenarkan menghadiri
kelas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020.
Mereka dinasihatkan berada di rumah dan meneruskan pembelajaran dalam talian.
Namun timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah
pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal
di dalam kelas?
Mengapa sekolah, IPT perlu dibuka kembali?
Krisis Covid-19 tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan
awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan. Adakah pelajar perlu
meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat
pembelajaran tidak formal ini iaitu;
Pelajar yang tidak mempunyai akses internet
Pelajar yang tiada peranti
Kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar
Tiada proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumahPada
saat sektor perkhidmatan keperluan asas terus beroperasi serta sektor-sektor
ekonomi lain mula dibuka semula bagi memulihkan kembali kedudukan ekonomi
negara, tidakkah sektor pendidikan juga perlu diberi keutamaan yang sewajarnya?
Apa prasyarat sekolah & IPT dibuka semula?
Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan
Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud;
ada dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula iaitu;
situasi wabak sudah mula terkawal
persediaan rapi SOP normal baharuDengan melihat contoh beberapa negara
yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan
Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan
suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.
Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari
segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding
saiz kelas sekolah awam di negara kita.
Bagaimana ini dapat dilaksana di negara kita?
Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang
mencukupi.
Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah normal baharu, sekolah
dinasihatkan membangunkan SOP sendiri di mana melaksana sistem
penggiliran bagi memastikan saiz murid yang lebih kecil. Pelajar anak-anak
golongan barisan hadapan dan golongan B40 perlu diutamakan selepas
keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah perlu dilakukan dengan kerap. Ini
memerlukan dana yang cukup dari kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan
IPT memberi tender kepada kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan
proses nyahkuman di kawasan sekolah dan IPT.
Bas sekolah juga perlu menambah bilangan perjalanan berulang alik menghantar
pelajar supaya penjarakan sosial dapat dipraktikkan.
Sekolah berasrama penuh serta IPT juga perlu membangunkan SOP sendiri
berdasarkan saranan tersebut.
Kalau laksana sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
Pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dalam talian perlu diberi
sokongan peralatan serta memastikan hanya mereka berada dalam
lingkungan kawasan yang mempunyai kemudahan perkhidmatan internet
sahaja boleh meneruskan cara pembelajaran sebegini.
Tiada peranti? Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga
boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti bagi
tujuan tersebut.
Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan
pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.
Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian?
Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan,
gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang
tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga
pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi
cara pembelajaran utama di masa akan datang.
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat
pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu
pengetahuan. „Restart‟ belum tentu boleh „catch up‟.
Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin
berhadapan isu „lost generation‟, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu
kita elakkan sama sekali.
TAJUK ARTIKEL : COVID-19 „bunuh‟ mental rakyat
NAMA PENULIS :
TARIKH ARTIKEL : 22 Oktober 2020
DITERBITKAN
SUMBER : Sinar Harian
PAUTAN : https://www.sinarharian.com.my/article/106538/LAPORAN-
KHAS/Covid-19-bunuh-mental-rakyat
Covid-19 ‘bunuh’ mental rakyat
LIZA MOKHTAR | | 23 Oktober 2020
[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Pandemik Covid-19 memberi kesan psikologi
negatif kepada orang ramai di seluruh dunia dengan menyebabkan gejala
kegelisahan, stres dan kemurungan akibat proses kuarantin yang panjang dan
tekanan ekonomi yang berterusan.
Lebih menakutkan kemurungan dan tekanan yang tidak ditangani boleh mendorong
kepada perbuatan bunuh diri termasuk yang berlaku di Sabah malam kelmarin
selepas seorang pesakit yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 bertindak terjun
dari bangunan hospital.
Pensyarah Kanan dan Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Dr Ruziana Masiran berkata,
kesan psikologi terhadap manusia yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 boleh
dilihat daripada beberapa sudut.
“Antaranya kesan psikologi akibat saringan positif Covid-19 itu sendiri, kesan
psikologi akibat kuarantin, kesan psikologi akibat infodemik berkaitan Covid-19,
kesan psikologi terhadap petugas barisan hadapan, kesan psikologi ke atas kanak-
kanak, orang tua dan golongan yang dipinggirkan (contohnya pendatang asing dan
banduan),” katanya kepada Sinar Harian semalam. Menurutnya, di sesetengah
negara, pandemik Covid-19 ini dilihat telah menimbulkan stigma dalam kalangan
masyarakat selain mengakibatkan diskriminasi kaum dan kebencian.
“Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga mengeluarkan kenyataan khusus bagi
mengawal penyebaran stigma berkaitan penyakit ini. Di India, misalnya, pelbagai
jenayah telah berlaku akibat ketakutan menjadi positif Covid-19. "Antara kesan
psikologi akibat kuarantin atau isolasi pula adalah gejala kegelisahan (anxiety
disorders), stres, atau kemurungan akibat perasaan hilang kawalan ke atas situasi
pandemik itu,” katanya
Katanya, gangguan emosi lain termasuklah perasaan mudah naik marah, kerisauan
untuk dijangkiti dan menjangkiti virus tersebut, kesepian dan juga kecenderungan
untuk membunuh diri. “Kes-kes PUS (persons under surveillance) juga mungkin
mengalami kegelisahan (anxiety disorders) disebabkan oleh ketidakpastian tentang
status kesihatan mereka.
“Gangguan tekanan pasca-trauma (“posttraumatic stress disorder” atau PTSD)
pernah dilaporkan di mana ia berkaitan rapat dengan tempoh kuarantin. Kesan
psikologi pasca kuarantin pula ialah tekanan kewangan.
“Stigma akibat dipinggirkan masyarakat turut boleh dialami bukan sahaja oleh
individu yang pernah disahkan positif Covid-19 tetapi juga ahli keluarga mereka
mahupun petugas barisan hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, kesan psikologi akibat infodemik berkaitan Covid-19 bermakna
penyebaran maklumat berkaitan Covid-19 yang tidak tepat boleh menimbulkan
kegusaran dalam kalangan masyarakat.
“Situasi ini dikenali sebagai „social media panic‟ atau „coronavirus infodemic‟ yang
boleh menyebabkan ketakutan secara besar-besaran dan sesetengah orang boleh
mula mengalami gejala-gelaja penyakit mental yang serius jika terpengaruh dengan
berita atau maklumat yang salah.
“Bagi petugas barisan hadapan, beban tugas, kekurangan bekalan pembersihan
atau PPE, dan isu kesihatan ahli keluarga boleh menyebabkan mereka mengalami
gejala-gejala penyakit mental seperti kemurungan atau kegelisahan.
“Kajian di China menunjukkan separuh daripada petugas yang menguruskan pesakit
Covid-19 mengalami kemurungan ringan, satu pertiga mengalami insomnia dan
lebih kurang 15 peratus mengalami kemurungan yang lebih serius,” katanya.
TAJUK ARTIKEL : Fahami cara COVID-19 beri impak kepada rakyat dan ekonomi
NAMA PENULIS :
TARIKH ARTIKEL : 30 Mac 2020
DITERBITKAN
SUMBER : Astro Awani
PAUTAN : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami-cara-covid19-
beri-impak-kepada-rakyat-dan-ekonomi-235835
Fahami cara COVID-19 beri impak kepada rakyat dan
ekonomi
COVID-19, nama yang cukup menggerunkan semua umat manusia di dunia ini.
Saban hari, peningkatan angka jangkitan dan korban akibat koronavirus ini semakin
membimbangkan.
Malah kesan akibat pandemik COVID-19 kepada negara bukan sedikit, malah
hampir melumpuhkan ekonomi dunia.Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Putra
Malaysia Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkongsikan carta mengenai impak
COVID-19 kepada ekonomi dan bagaimana Pakej Rangsangan PRIHATIN berupaya
membantu.
Katanya, COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui
tiga saluran iaitu (i) penurunan permintaan eksport, (ii) penurunan permintaan
domestik dan (iii) kesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau percaya ketiga-tiga saluran ini memberi impak berbeza kepada rakyat
bergantung kepada kumpulan pendapatan mereka, bandar atau luar bandar dan
sektor pekerjaan formal atau informal.
Beliau juga berpendapat bantuan yang lebih bersasar adalah lebih baik daripada
yang bersifat “universal”.
COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui tiga saluran iaitu (i)
penurunan permintaan eksport, (ii) penurunan permintaan domestik dan (iii) kesan perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Beliau juga berpendapat bantuan yang lebih bersasar adalah lebih baik daripada
yang bersifat “universal”.
Beliau juga berpendapat bantuan yang lebih bersasar adalah lebih baik daripada yang bersifat
“universal”.
SKAD2333 DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN
MODAL INSAN
TAJUK:
IMPAK COVID-19 TERHADAP PERTUMBUHAN PENDUDUK DI
MALAYSIA
NAMA DAN NO MATRIK:
MOHD AZIZAN BIN MOHD DAUD (A170520)
NAMA PENSYARAH:
Dr. ZAIMAH RAMLI
1
Gambar 1 : Virus koronavirus(COVID-19)
Pandemik COVID-19 merupakan keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari
selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. World Health
Organization United Nation (WHO) mengeluarkan kenyataan bahawa pandemik COVID-19
juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020 ialah wabak penyakit koronavirus
2019 berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2).
Wabak ini telah dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei
China. Seterusnya, wabak ini telah mula diiktiraf oleh WHO sebagai pandemik pada 11 Mac
2020. Sehingga 23 Mei 2020, lebih daripada 5.26 juta(5,260,970) kes COVID-19 telah
dilaporkan dalam sekurang-kurangnya 196 negara dengan mencatatkan seramai 339,758 kes
kematian di seluruh dunia (Berita Harian, 2020). COVID-19 atau Novel Coronavirus di
China adalah tidak sama dengan influenza di Malaysia.
Antara simptom yang bakal dialami oleh pesakit pada peringkat awal seperti demam, pening
kepala, sakit badan, batuk dan sukar bernafas serta penyakit ini akan menjadi lebih teruk
sekiranya lambat dirawat oleh mereka yang pakar. Langkah pencegahan awal daripada orang
ramai terkena jangkitan COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), 2020 antaranya adalah kerap cuci tangan dengan air dan sabun, menutup
mulut dan hidung ketika bersin dan batuk, masak daging dan telur dengan sempurna, serta
elak mengunjungi tempat tumpuan ramai, serta elak bergaul rapat dengan individu yang
mempunyai gejala. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu kita menangani jangkitan
ini secara kecil-kecilan dan usaha kerajaan untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19
ini di Malaysia.
Gambar 2 : Rakyat Malaysia yang mati akibat COVID-19
Antara impak negatif penularan wabak Covid-19 ini telah menyebabkan peningkatan
kadar kematian di Malaysia. Hal ini disebabkan kualiti hidup masyarakat akan berkurangan
apabila mereka menghidap penyakit COVID-19. Hal ini menyebabkan jangka hayat mereka akan
rendah seterusnya meningkatkan kebolehan mereka untuk terdedah kepada kematian adalah
tinggi terutama sekali kepada golongan warga emas antara lingkungan umur 55 hingga 64 tahun
dan berumur 60 tahun ke atas. Hal ini dapat dibuktikan dengan statistik kematian kepada warga
emas dan yang telah menghidap penyakit kronik sebanyak 62.6% kematian dicatatkan yang
mewakili individu ini (Rafidah & Luqman, 2020).
Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui kes kematian secara keseluruhan yang telah
dicatatkan seramai 117 kes kematian 7 jun 2020 bersamaan 1.4% daripada jumlah kes
keseluruhan iaitu sebanyak 8,322 kes (Muhammad Hafis Nawawi, 2020). Perkara ini juga
kerana kemudahan perubatan dan kesihatan yang terhad sepanjang penularan COVID-19
seperti tiada vaksin untuk mematikan virus ini dalam tubuh badan manusia, kurangnya
Peralatan Perlindungan Diri(PPE) untuk pakar perubatan merawat pesakit, kurangnya
penutup mulut dan hidung di pasaran tempatan, serta kemudahan perubatan seperti ubat-
ubatan yang boleh membantu menyembuhkan pesakit COVIID-19. Hal ini akan
meningkatkan lagi kadar kematian hari demi hari jika kemudahan perubatan dan kesihatan
tidak lengkap. Jelaslah bahawa, wabak pandemik COVID-19 akan meningkatkan lagi kadar
kematian dalam kalangan rakyat Malaysia kerana wabak ini sangat bahaya jika menjangkiti
manusia.
Gambar 3 : Rakyat Malaysia hilang pekerjaan
Selain itu, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia
telah hilang pekerjaan dan menganggur sepanjang tempoh ini. Unjuran yang diperolehi
daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta
rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan pascaCOVID-19 ditambah lagi graduan
yang akan bergraduat tahun ini serta lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Siji Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) yang ingin terus bekerja setelah tamat persekolahan seramai tiga
ke empat juta rakyat Malaysia (Anuar Shah, 2020).
Hal ini telah dibuktikan pekerjaan dalam pelbagai sektor di negeri Johor telah
mencatatkan seramai 15,597 pekerja mengalami pengurangan gaji (dipotong gaji) dan
diberhentikan kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Mohamed Farid
Noh, 2020). Hal ini telah mengakibatkan peningkatan kadar penganggguran terutamanya
dalam sektor perkhidmatan seperti makanan dan minuman, pertanian, serta sektor pembinaan
negara (Rabeatul Husna, 2020). Hal ini akan menyebabkan ramai rakyat yang akan jatuh
miskin disebabkan tiada punca pendapatan seperti sebelumnya sepanjang tempoh PKP yang
telah dijangkakan akan mengambil masa yang agak lama sehingga hujung bulan disember
2020 sebelum ia ditamatkan.
Antara yang akan terjejas teruk adalah dalam kalangan pekerja swasta kerana mereka
tiada punca pendapatan yang tetap selain makan gaji daripada majikan mereka tetapi majikan
mereka juga terpaksa gulung tikar menyebabkan pekerja terpaksa dibuang kerja seperti dalam
industri perhotelan di Sandakan, Sabah iaitu Hotel Four Points Sandakan yang bakal ditutup
kerana kemerosotan ekonomi dan kekurangan perkhidmatan dalam sektor itu yang akan
mengakibatkan pemberhentian operasi syarikat dan semua pekerjanya (Sabah Post, 2020).
Jelaslah bahawa, impak COVID-19 telah menyebaban pelbagai sektor penting negara bakal
gulung tikar yang mengakibatkan ekonomi negara jatuh merundum seterusnya menyebabkan
rakyat Malaysia hilang pekerjaan dan menganggur dalam tempoh masa yang agak panjang.
3
Gambar 4 : Bekalan makanan berkurangan sepanjang COVID-19
Selanjutnya, impak daripada COVID-19 ini telah menyebabkan kekurangan bekalan
makanan di Malaysia. Hal ini kerana PKP telah menganggu secara langsung rantaian bekalan
makanan sedia ada di pasaran. Hal ini dapat dibuktikan apabila beberapa rantaian utama dalam
industri pembekalan makanan seperti restoran, pasar malam, pasar borong dan kedai runcit
terpaksa ditutup. Tambahan lagi, sesetengah perniagaan penting seperti ini dihadkan waktu
perniagaannya antara jam 6 pagi hingga 5 petang dan sekatan perjalanan antara negeri serta
perintah duduk di rumah yang telah dikuatkuasakan bermula 18 Mac sehingga 12 Mei 2020.
Hal ini menyebabkan pengguna mula bimbang seterusnya telah mendorong mereka
tergesa-gesa untuk membuat pembelian barangan (panic buying) seperti yang telah berlaku pada
awal penguatkasaan PKP. Hal ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan pada
peringkat runcit kerana pembekal tidak dapat meningkatkan bekalan makanan berikutan pasar
borong sudah ditutup ditambah lagi perjalanan yang disekat. Hal ini telah menyebabkan harga
sayur-sayuran di pasaran meningkat tinggi antara 30 hingga 50 peratus (inflasi) kerana
permintaan yang tinggi sebaliknya bekalan makanan semakin berkurangan. Penghantaran bekalan
makanan tidak boleh dijalankan ketika ini disebabkan tiada pemandu atau pekerja yang boleh
menghantar makanan ketika ini. Hal ini kerana kebanyakan pekerja yang boleh menghantar
makanan sebelum ini terdiri daripada pekerja asing tanpa permit kerja.
Hal ini akan membongkar rahsia mereka melalui sekatan jalan raya yang dijalankan oleh
pihak berkuasa jika mereka didapati bekerja di negara ini. Disamping itu, larangan kemasukan
buruh asing pascaCOVID-19 dalam jangka masa yang pendek dan sederahana akan
menyebabkan kekurangan buruh seterusnya menjejaskan pengeluaran makanan negara (Fatimah,
2020). Hal ini menyebabkan rakyat terpaksa memakan makanan yang tidak berkhasiat, makanan
ringan dan segera seperti maggi dan makanan yang dipesan daripada restoran sepanjang PKP. Hal
ini boleh mengakibatkan rakyat Malaysia menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi,
kencing manis, dan diabetes selepas PKP ditamatkan kelak. Oleh itu, impak daripada COVID-19
ini akan mengakibatkan bekalan makanan negara tidak mencukupi seterusnya mendorong kepada
amalan gaya hidup yang tidak sihat diamalkan sepanjang PKP ini oleh rakyat Malaysia melalui
amalan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat.
4
Gambar 5 : Rakyat Malaysia tidak produktif
Seterusnya, rakyat Malaysia tidak produktif akibat penularan pandemik COVID-19.
Hal ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa berkurung di rumah sepanjang tempoh
ini disebabkan tidak boleh keluar atas penguatkuasaan PKP oleh kerajaan. Bagi mereka yang
bekerja dari rumah seramai 77% daripada 1,100 responden mengakui kesukaran untuk
bekerja dari rumah. Kaji selidik ini telah disediakan oleh firma penyelidikan pengguna dalam
talian Vase.ai tentang bagaimana rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan bekerja dari
rumah semasa PKP. Alasan yang paling dasar bagi kesukaran bekerja dari rumah adalah
cabaran berkomunikasi dengan rakan sekerja secara dalam talian (31% respoenden).
Hal ini menyebabkan keputusan yang bernas tidak dapat diputuskan antara rakan
sekerja mengakibatkan produktiviti yang bakal dihasilkan tidak mantap seperti yang
diharapkan oleh majikan. Tambahan lagi, seramai 28% responden menghadapi kesulitan
mengakses data yang diperlukan daripada pangkalan pejabat. Hal ini kerana, data daripada
pangkalan pejabat yang tinggi ruang memorinya telah mengakibatkan pekerja yang
mempunyai capaian internet yang rendah tidak dapat mengakes pangkalan data yang begitu
besar ruangnya. Antara alasan lain yang telah diperolehi daripada kaji selidik ini ialah mereka
tidak mempunyai ruang untuk bekerja yang sesuai (23%), 27% responden mempunyai akses
internet yang terhad, sukar mencari keseimbangan kerja ketika bekerja dari rumah(23%),
gangguan daripada ahli keluarga yang berada di rumah (22%), sukar untuk menjejaki pekerja
atau perkembangan rakan sekerja (17%), tidak dapat memberi tumpuan dalam persekitaran
luar pejabat (16%), dan menerima panggilan dan persidangan video berlebihan (8%)
(Malaysia Kini, 2020).
Hal ini akan merosotkan lagi prestasi kerja mereka kerana persekitaran kerja yang
kurang kondusif ketika bekerja dari rumah. Jelaslah bahawa, impak COVID-19 ini telah
menurunkan produktiviti pekerja melalui bekerja dari rumah akibat beberapa kekangan yang
tidak dapat dielakkan sering kali menimpa mereka ketika ingin menjalankan tugasan dari
rumah.
5
Gambar 6 : Kadar kelahiran akan meningkat
Manakala impak positif daripada penularan COVID-19 ialah kadar kelahiran di
Malaysia akan meningkat Sembilan bulan akan datang akibat penularan wabak COVID-19.
Hal ini dapat mencapai hasrat Malaysia untuk menjadi negara yang mempunyai ramai
penduduk pada masa akan datang. Hal ini disebabkan rakyat Malaysia akan berkurung
sepanjang tempoh ini dan perancangan keluarga akan dilakukan bagi mereka yang sudah
berakhwin. Menurut Mohd Anwar (2020), perkara ini akan meningkatkan jumlah kelahiran
luar biasa yang dijangkakan akan pada bulan Januari tahun 2021.
Contohnya, kes kelahiran luar biasa pernah berlaku sebelumnya di luar negara seperti
di Maine dan New Hamshire, Amerika Syarikat pada 1998 apabila bandar berkenaan ditutup
beberapa minggu akibat cuaca ribut salji yang teruk yang menyebabkan penduduk akan
terperangkap di rumah dalam jangka masa yang agak lama. Selepas sembilan bulan,
terjadinya ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar biasa) di daerah dan negara berkenaan. Perkara
ini juga akan dijangka berlaku di Malaysia disebabkan rakyat Malaysia terpaksa duduk di
rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hal ini disebabkan rakyat tidak mampu pergi ke kerja seperti biasa kerana hampir
seluruh operasi harian ditutup seperti jabatan dan agensi kerajaan serta swasta kecuali bidang
penting yang dikhususkan akan dibuka sepanjang tempoh ini. Oleh itu, pandemik COVID-19
ini membolehkan pasangan yang berkhawin merancang keluarga mereka seterusnya akan
menyebabkan peningkatan kadar kelahiran pada tahun 2021 di Malaysia.
Gambar 7 : Perniagaan atas talian paling popular sepanjang COVID-19
Di samping itu, penularan COVID-19 telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
Malaysia melalui peningkatan perniagaan dalam sektor informal negara secara atas talian. Hal ini
kerana platform jualan dalam talian semakin popular dalam kalangan pengguna di Malaysia
sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan. Antara aplikasi pembelian secara dalam talian yang
mendapat permintaan pesanan tertinggi di seluruh negara seperti aplikasi Shopee, Lazada, dan
Tesco Online. Dalam aplikasi ini, pelbagai barangan telah dijual seperti makanan, barangan
keperluan diri seperti lampin, tisu tandas, bijirin, aksesori komputer dan produk keperluan rumah
(Nurul Hidayah, 2020). Pembelian ini dilakukan oleh pengguna sepanjang tempoh PKP
kerana pengguna tidak boleh keluar rumah seperti biasa untuk membeli barangan bersama
keluarga.
Selain itu, rakyat Malaysia juga merasa bosan sekaligus telah mendorong mereka
membeli barangan secara atas talian. Hal ini telah mewujudkan peluang pekerjaaan kepada
rakyat Malaysia yang telah hilang pekerjaan serta memberi sinar harapan kepada industri
Perniagaan Kecil dan Sederahana (PKS) untuk menjadi pembekal barangan harian tersebut
dengan memasarkan barangan mereka secara atas talian. Tambahan pula, mereka dapat
mencuba perniagaan yang baharu secara atas talian untuk menjana pendapatan yang tinggi
dengan strategi perniagaan yang berbeza. Bertitik tolak daripada itu, Shopee Malaysia telah
memperkenalkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee kepada lebih kurang 70,000 PKS yang
bakal menerima manfaatnya di negara ini yang merangkumi aspek mewujudkan peluang
jualan dan pertumbuhan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan
mampan melalui pembiayaan, subsidi yuran peniaga, sokongan jualan peniaga, pakej
digitalisasi, serta semua manfaat peniaga sedia ada dan pendidikan (Utusan Borneo Online,
2020).
Hal ni menyebabkan rakyat Malaysia lebih kreatif untuk cipta peluang pekerjaan
melalui perniagaan secara atas talian yang membolehkan mereka menjana pendapatan secara
maksimum seterusnya dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia
semasa pelaksanaan PKP. Oleh itu, peluang pekerjaan secara digital akibat daripada
penularan COVID-19 ini terbuka luas kepada rakyat Malaysia seterusnya membolehkan
mereka menjana pendapatan yang tinggi dan mengelakkan mereka menganggur.
Kesimpulannya, Pandemik COVID-19 yang semakin menular ini amat bahaya kepada
masyarakat khususnya di Malaysia dengan kes positif COVID-19 yang telah dicatatkan di
Malaysia setakat 10 Mei 2020 seramai 6656 kes dengan kes sembuh dicatatkan seramai 5025
dan 108 kematian (KKM, 2020). Penyakit ini merupakan penyakit global yang bukan sahaja
dihidapi di Malaysia sehingga meragut banyak nyawa rakyat Malaysia seramai 108 kes
kematian. Langkah kerajaan Malaysia yang mengambil pendekatan dengan menguatkuasakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dengan PKP satu hingga empat, disambung
PKP Diperketatkan serta PKP Bersyarat telah membolehkan Malaysia sebagai negara
pertama telah mencatatkan penurunan kes positif COVID-19 hari demi hari dengan konsisten
jangkitan yang rendah. Kebolehan kerajaan Malaysia ini dengan mengambil langkah
menguatkuasakan PKP dengan cepat dan bijaksana serta kerjasama daripada rakyat yang
mematuhi arahan ini membolehkan rawatan yang sangat berkesan dijalankan ke atas pesakit
dengan masa yang ada menggunakan pelbagai kaedah yang berkesan untuk menyembuhkan
pesakit. Hal ini telah menyebabkan kes dan jangkitan COVID-19 di Malaysia semakin
menurun. Dengan norma baharu ini, lama-kelamaan rakyat Malaysia dapat menerimanya dan
mengadaptasinya seterusnya pelaksanaan PKP Bersyarat telah membolehkan rakyat Malaysia
menjalankan kehidupan seharian seperti biasa dengan masih tertakluk kepada Standard
Operation Prosedur (SOP) PKP Bersyarat bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga. Oleh itu,
penularan wabak COVID-19 ini telah memberikan impak sama ada positif dan negatif
kepada pertumbuhan penduduk dan ekonomi negara bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
meneruskan kehidupan mereka.
7
RUJUKAN
Anon. 2020. COVID-19: Lebih 5.25 juta kes, 339,00 kematian seluruh dunia. Diakses pada 7
Jun 2020 daripada Berita Harian
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/05/692394/covid-19-lebih-525-juta-
kes-339000-kematian-seluruh-dunia
Anon. 2020. Kajian: 77% rakyat Malaysia akui sukar kerja dari rumah. Diakses pada 9 Jun
2020 daripada Akhbar Malaysia Kini https://www.malaysiakini.com/news/519967
Anon. 2020. Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM 15 juta. Diakses pada 9 Jun 2020
daripada Akhbar Utusan Borneo Online
https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/15/pakej-bantuan-peniaga-shopee-
bernilai-rm15-juta
Anon. 2020. Permintaan Merosot, Hotel Four Point Sandakan bakal ditutup operasi. Diakses
pada 9 Jun 2020 daripada Berita Sabah Post
https://www.sabahpost.net/2020/05/29/permintaan-merosot-hotel-four-point-
sandakan-bakal-tutup-operasi/
Anuar Shah Bali Mahomed. 2020. Apapeluang pekerjaan rakyat Malaysia pasca COVID-19?
Diakses pada 8 Jun 2020 daripada Berita Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-peluang-pekerjaan-rakyat-malaysia-
pasca-covid-19-240405
Fatimah Mohamed Arshad. 2020. Krisis beri definisi situasi jaminan bekalan makanan.
Diakses pada 9 Jun 2020 daripada Akhbar Berita Harian
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/04/683378/krisis-beri-definisi-situasi-
jaminan-bekalan-makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 2020. Apa itu COVID-19? Diakses daripada
https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/infografik/jpeg/ncov%20pink01.jp
g pada 10 Mei 2020.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 2020. Situasi semasa jangkitan penyakit
Coronavirus 2019(COVID-19) di Malaysia 10 Mei 2020. Diakses pada 10 Mei
2020.daripada
https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/337/1553
Mohamed Farid Noh. 2020. 15,597 pekerja dipotong gaji, diberhentikan kerja. Diakses pada 9
Jun 2020 daripada Berita Harian Metro
8
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/572944/15597-pekerja-dipotong-gaji-
diberhentikan-kerja
Mohd Anwar Patho Rohman. 2020. COVID-19: Malaysia mungkin alami pertambahan
kelahiran bayi pada 2021. Diakses pada 8 Jun 2020 daripada Akhbar Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672437/covid-19-malaysia-
mungkin-alami-pertambahan-kelahiran-bayi-pada-2021
Muhammad Hafis Nawawi, 2020. COVID-19: 39 kes pulih, 19 kes baharu. Diakses pada 8 Jun
2020 daripada Akhbar Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/587093/covid-19-39-kes-pulih-19-kes-
baharu
Nurul Hidayah Bahaudin. 2020. Beli-belah secara ‘online’ rancak ketika PKP. Diakses pada 9
Jun 2020 daripada Berita Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/558385/beli-belah-secara-online-rancak-
ketika-pkp
Rabeatul Husna Abdull Rahman. 2020. Kesan COVID-19 ke atas pekerja dan majikan. Diakses
pada 9 Jun 2020 daripada Berita Astro Awani http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kesan-covid-19-ke-atas-pekerja-dan-majikan-238383
Rafidah Mat Ruzki dan Luqman Arif Abdul Karim. 2020. COVID-19 Dua kelompok usia
warga emas berisiko tinggi. Diakses pada 8 Jun 2020 daripada Akhbar Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677978/covid-19-dua-kelompok-
usia-warga-emas-berisiko-tinggi
View publication stats