PENDIDIKAN ISLAM MPU13012 NAMA AHLI KUMPULAN NAMA : MOHAMAD ZULFAHRIN BIN ZAIDI (AO7SMN23F005) MUHAMMAD HARITH HASBULLAH BIN MANTERIDINI (A07SMN23F011) ABDUL AIMAN HAZIQ BIN ZULKIPLI (A07SMN23F022) MUHAMMAD ZUHAIR AMJAD BIN ALIAS (A07SMN23F016)
TAJUK : HADANAH HADANAH DALAM ISLAM *PENGERTIAN -Hadanah bermaksud menjaga dan mengasuh anak kecil dengan menanggung nafkah dan mendidiknya. -perkataan hadanah diambil daripada al-hidn yang bererti rusuk atau dada. -Dari segi syara terdapat berbagai definisi bagi hadanah dalam mazhab al –shafie ia disebut sebagai menjaga orang tidak boleh bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang menyakitkannya kerana ia tidak mumayyiz lagi kanak-kanak dan orang besar yang gila. -Mazhab Hanafi pula mentakrifkan hadanah sebagai mendidik kanak-kanak yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menurut umur tertentu oleh orang yang berhak terhadapnya iaitu dikalangan keluarganya (Ahmad Mahmud Al-Shafi 1991)
HUKUM HADANAH -Hukum hadanah ke atas kanak-kanak , ia adalah wajib, kerana jika kita mengabaikannya ini bermaksud kita telah membiarkannya kepada bahaya dan kebinasan. -Berdasarkan kedudukan ini islam menetapkan hak halaman seorang ibu. -Hak dan tanggungjawab ibu akan berterusan sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur mumayyiz iaitu 7 tahun setelah it, kanak-kanak tersebut boleh membuat pilihan semada ingin terus hidup bersama ibunya atau ingin hidup bersama bapanya.
HAK HADANAH -Sekiranya pasangan suami isteri bercerai dan mereka mempunyai anak lelaki atau perempuan yang masih kecil dan memerlukan penjagaan dan pengasuhan, maka yang lebih berhak ke atas pengasuhan anak tersebut ialah ibunya. Hak ini diserahkan kepada ibu apabila keadaan si anak itu masih kecil dan menyusu. Dengan kata lain, anak tersebut masih belum mencapai tahap dapat membezakan perilaku ayah dan ibunya. Berfikir sesuatu perkara dan dapat membezakan perilaku ayah atau ibunya. -URUTAN PENGASUHAN ANAK -Pengasuhan anak merupakan anak merupakan hak bagi kaum kerabat anak, jadi yang paling berhak untuk mengasuh anak ialah ibu kerana ibu yang melahirkan -Kedudukan dalam urutan ahlu hidanah ialah ibu selepas ibu -Jika ibu tersebut bukan termaksud dalam ahlu hidanah, seperti yang menyebabkan ibu itu hilang syarat untuk mendapatkan hak hadanah. -Hak hadanah akan berpindah ke pihak lain jika berlaku apa masalah seperti ibu, nenek sebelah ibu, bapa atau nenek sebelah bapa.