The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhalimahsukarman, 2023-06-24 23:52:43

TEKS MC HARI KUALITI SMA AT-TANWIRIAH

TEKS MC HARI KUALITI 2022- LIMAH

1 Teks Pengacara Majlis Anugerah Hari Kualiti 2022 SMA AT-TANWIRIAH AGENDA TEKS PENGACARAAN Pengumuman Awal RABIATUL [ MURID MENGAMBIL TEMPAT ] Perhatian kepada semua hadirin dan hadirat. Majlis Anugerah Hari Kualiti SMA At-Tanwiriah bagi tahun 2022/ 2023 akan bermula sebentar sahaja lagi. Para hadirin diingatkan agar berdiri sewaktu menyambut ketibaan dan perarakan masuk para jemputan ke dalam dewan. Untuk ingatan hadirin, Sila matikan telefon bimbit atau kekalkan di dalam mod senyap supaya tidak mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih. Ketibaan jemputan SABARIAH Hadirin dan Hadirat Sekalian, “ Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, diiringi masuk oleh Yang Dihormati, Encik Mohd Abd Sukor bin Abu Na’am ,Yang DiPertua PIBG SMA At-Tanwiriah, Yang Berusaha, Ustaz Nazrudin bin Talib, Pengetua SMA At-Tanwiriah. Sidang hadirin dipohon berdiri ” [ Selawat dialunkan ] [ selawat dihentikan. Hadirin kekal berdiri ] Nyanyian lagu Negaraku RABIATUL Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan dengan Alunan Asma Ul Husna, Nyanyian lagu bangsa Johor dan lagu Negaraku. (Semua Berdiri, Lagu dimainkan dan dinyanyikan) Hadirin dipersilakan duduk. (Lagu tamat, hadirin duduk dengan tertib tanpa bunyi) BACAAN AL QURAN & TERJEMAHAN Sebagai membuka tirai majlis kita ini, marilah kita sama-sama mendengarkan bacaan kalam suci Al Quran oleh saudara Muhammad Huzaifi bin Mohd Hazrin beserta terjemaahnya yang disampaikan oleh saudara Muhammad Said Afiq bin Mohd Sazuli….. dipersilakan….


2 sabariah *********BACAAN AL QURAN & TERJEMAHAAN******* Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, atas bacaan al quran dan terjemahannya sebentar tadi. Bacaan doa. RABIATUL Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan. Bagi memberkati majlis pada pagi ini , dengan segala hormatnya dipersilakan _____________________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan .” *****BACAAN DOA***** Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn.. Semoga pertemuan kita pada hari ini dipelihara, Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Menambah tautan kemesraan, Serta, berpisahnya kita nanti, akan diiringi dengan seribu ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada ______________________________ atas pimpinan doa sebentar tadi. UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS SABARIAH Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tradisi Melayu turun temurun. Pantun ditutur pembuka bicara. Bismillahir rahmanir rahim , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , selamat sejahtera. Salam SMA Tanwiriah terus cemerlang…. Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran ; Yang Berbahagia, Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.


3 Yang Berusaha, Ustaz Nazrudin bin Talib, Pengetua Sek. Men. Agama At-Tanwiriah. Yang Dihormati, En. Mohd Abdul Shukor bin Abu Na’am, Yang Dipertua PIBG Sek. Men. Agama At-Tanwiriah. Yang Dihormati, Tuan Hj Khairol Azman bin Mohd Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran. Yang Dihormati, Encik Mohd Hashim bin Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid . Yang Dihormati, Encik Wan Muhammad bin Wan Ali, Penolong Kanan Kokurikulum . Barisan Guru Kanan Matapelajaran, barisan exco PIBG , guru-guru , murid- murid yang dikasihi, serta para penerima anugerah yang diraikan sekalian .” Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah yang Maha Esa, Dengan Izin dan kasih SayangNya, pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi kita dapat berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah ini bagi meraikan Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kualiti Sek. Men. Agama At-Tanwiriah bagi tahun 2022/ 2023 . Ucapan Pengetua RABIATUL Hadirin yang dihormati, Tak molek ada alu , jika tiada lesungnya , Tak berguna ada pendayung, jika tiada perahunya , Tak lengkaplah majlis, jika tiada yang berbicara.. Oleh itu, majlis diteruskan, dengan mempersilakan Yang Berusaha, Ustaz Nazrudin bin Talib, Pengetua SMA At-Tanwiriah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan….. [ *** UCAPAN PENGETUA *** ]


4 *Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan alu-aluan sebentar tadI. UCAPAN YDP PIBG SABARIAH Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, En. Mohd Abdul Shukor bin Abu Na’am, Yang Dipertua PIBG SMA At- Tanwiriah untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan .” [ *** UCAPAN YDP*** ] Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En. Mohd Abdul Shukor bin Abu Na’am, Yang Dipertua PIBG di atas ucapan sebentar tadi. Ucapan Perasmian RABIATUL Hadirin-hadirat yang dihormati, Pahlawan Melayu Gagah Perkasa, Musuh datang habis dibasmi; Tuan sudah diberi kuasa, Sudilah kira, pohon merasmi. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Hari Kualiti bagi tahun 2022. Dengan hormatnya,Dipersilakan……… *****UCAPAN PERASMI***** Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, atas ucapan perasmian sebentar tadi. PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin sekalian, Sekarang tibalah masa untuk penyampaian anugerah-anugerah utama bagi setiap unit . Untuk menyempurnakan acara, majlis dengan sukacitanya


5 SIDANG 1 ANUGERAH UTAMA SETIAP UNIT SABARIAH menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia, Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, diiringi oleh Yang Berusaha, Ustaz Nazrudin bin Talib, Pengetua Sek.Men. Agama At-Tanwiriah untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan……. Majlis dimulakan dengan mempersilakan penerima Anugerah Kurikulum, majlis menjemput… Bagi seterusnya,majlis menjemput penerima Anugerah seterusnya ,di bawah unit Hal Ehwal Murid Anugerah seterusnya ,di bawah unit Kokurikulum Terima kasih di ucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, di atas penyampaian anugerah itu tadi. Persembahan 1 SABARIAH Hadirin yang dihormati, Sekarang tibalah masa yang dinanti-nanti untuk kita menyaksikan sebuah persembahan Qasidah. Persembahan Qasidah ini di bawah pimpinan Ustazah Nurul Ain binti Azman bertajuk ___________________________________ yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan “SHOUTUL TANWEER” . Dipersilakan. ***Persembahan*** Terima kasih kepada kumpulan “SHOUTUL TANWEER” atas persembahan sebentar tadi. Penyampaian Cenderahati Perasmi Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada tetamu jemputan kerana sudi merasmikan majlis pada hari ini, Majlis dengan segala hormatnya menyemput Yang Berbahagia, Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid untuk naik ke pentas dengan diiringi oleh Yang Berusaha, Ustaz Nazrudin bin


6 RABIATUL Talib Pengetua SMA At-Tanwiriah untuk menerima cenderahati tanda kenangan , dipersilakan……. *****PENYAMPAIAN CENDERAHATI***** Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid. ********alunan selawat / zikir mengiringi YB turun ******* PENYAMPAIAN HADIAH SIDANG 2 ( ANUGERAH HEM ) SABARIAH Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya. Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Ustaz Mohd Hashim bin Ali untuk mengiring Tuan Hj Khairol Azman bin Mohd Ismail untuk menyampaikan anugerah ******** SILA RUJUK LAMPIRAN ****** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Tuan Hj Khairol Azman bin Mohd Ismail atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi. REHAT PERSEMBAHAN 2 sabariah Hadirin sekalian, Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan mendengarkan dan menghayati lagu Maher Zain yang bertajuk “ RAHMATUN LIL ‘ALAMEEN” Dipersilakan…… PENYAMPAIAN HADIAH SIDANG 3 ( ANUGERAH KOKO ) RABIATUL Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya. Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Ustaz Wan Muhammad bin Wan Ali untuk mengiring Tuan Hj Khairol Azman bin Mohd Ismail untuk menyampaikan anugerah seterusnya ******** SILA RUJUK LAMPIRAN ****** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Tuan Hj Khairol Azman bin Mohd Ismail atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.


7 PENYAMPAIAN HADIAH SIDANG 4 ( ANUGERAH KURIKULUM & PUSAT SUMBER ) SABARIAH Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya. Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Tuan Hj Khairol Azman bin Mohd Ismail untuk mengiring Yang Dihormati En. Mohd Abdul Shukor bin Abu Na’am, Yang Dipertua PIBG SMA At-Tanwiriah untuk menyampaikan anugerah seterusnya ******** SILA RUJUK LAMPIRAN ****** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Yang Dihormati En. Mohd Abdul Shukor bin Abu Na’am, atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi. Oleh itu, dipersilakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMA At-tanwiriah, Tuan Hj Khairol Azman bin Mohd Ismail untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Dihormati En. Mohd Abdul Shukor bin Abu Na’am, Yang Dipertua PIBG SMA At-Tanwiriah sebagai tanda kenangan dari pihak sekolah di atas beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Penutup & jamuan Rabiatul Sidang Hadirin yang dimuliakan, Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan, Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi, Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan, Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Anugerah Hari Kualiti SMA At-Tanwiriah bagi tahun 2022. Merdu bertingkah, alunan suara, Kadang tak sedar, tersilap kata, Andai terlanjur, patah bicara, Serendah hati, kemaafan dipinta. Bagi pihak majlis, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini. Hadirin dan Hadirat yang dihormati, Kini tibalah Nyanyian Lagu Sekolah “Ilmu, Asas, Taqwa”. Semua hadirin diminta berdiri.


8 Sabariah (Nyanyian Lagu Sekolah) Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyampaian anugerah Hari Kualiti Sek. Men. Agama At-Tanwiriah bagi tahun 2022/2023.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan GPK-GPK menyiringi YDP PIBG menjamu selera di bilik jamuan yang disediakan. Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.


Click to View FlipBook Version