The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisshaqina, 2019-11-27 20:26:21

BUKU ATUR CARA MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5 2019

ATUR CARA MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5 2019

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
PETALING PERDANA

MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Dirasmikan oleh

YBHG. DATUK HAJI MOHAMAD ISA BIN HAJI ISHAK

YANG DIPERTUA PIBG SMKS7

AHAD, 1 DISEMBER 2019 [4 RABIULAKHIR 1441H]
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC)

Anjuran Dengan Kerjasama

BIRO PENDIDIKAN, PIBG SMKS7 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SHAH ALAM SEKSYEN 7

Majlis Apresiasi Tingkatan 5 SMK S7, 2019

ATUR CARA MAJLIS APRESIASI
TINGKATAN 5 2019

1.00 petang : Pendaftaran VIP, Guru-Guru, Ibu Bapa dan
Murid

2.00 petang : Perarakan Masuk Pembawa Cokmar dan
Tetamu Jemputan

2.15 petang : Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan
Lagu Sekolah

2.30 petang : Bacaan Doa
2.40 petang : Ucapan Pengetua
2.50 petang : Ucapan Perasmian YDP PIBG
3.00 petang : Persembahan Montaj 1
3.05 petang : Persembahan 1
3.15 petang : Penyampaian Sijil Apresiasi
4.15 petang : Persembahan 2
4.25 petang : Penyampaian Anugerah Murid Cemerlang
4.45 petang : Perarakan Keluar VIP
4.50 petang : Jamuan, Persembahan Montaj 2 dan

Persembahan 3
6.00 petang : Bersurai

Majlis Apresiasi Tingkatan 5 SMK S7, 2019

‫بِ ْس ِم َّلهل ِا ال هر ْح َم ِن ال هر ِحيم‬

Seuntai Kata Pemanis Bicara.

Setinggi-tinggi Kesyukuran Dipanjatkan Ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis
Apresiasi Tingkatan 5, SMK Seksyen 7, Shah Alam
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Selaut Kasih Segunung Intan diucapkan kepada pihak PIBG dan pihak sekolah yang
telah berusaha keras bagi menjayakan majlis seumpama ini.

Majlis Apresiasi ini diadakan bertujuan untuk meraikan dan memberikan
penghargaan kepada murid-murid Tingkatan 5 yang telah menunjukkan prestasi
yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Kejayaan yang
dikecapi seharusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di peringkat yang
lebih tinggi di luar sana.

Kejayaan tidak datang bergolek begitu saja. Ada nilai pengorbanan yang perlu
dibayar untuk setiap titik peluh yang mengalir. Justeru, seandainya kita sudah
berada di puncak dunia, janganlah sesekali kita lupa akan jasa ibu bapa, para
pendidik dan teman-teman seperjuangan seperti insan-insan yang bersama-sama
berpegang tangan menempuh segala dugaan.

Akhirnya, didoakan agar semua graduan Tingkatan 5 di SMK Seksyen 7, Shah
Alam akan beroleh kejayaan demi mencapai cita-cita yang diimpikan. Syabas dan
tahniah dikalungkan untuk para Graduan Tingkatan Lima D’Seven yang akan
menamatkan alam persekolahan pada hujung tahun ini. Majlis ini sudah pasti akan
menjadi memori indah dalam lipatan kenangan.

Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Mohamad Isa b. Haji Ishak
Yang Dipertua PIBG

Majlis Apresiasi Tingkatan 5 SMK S7, 2019

‫بِ ْس ِم َّلهل ِا ال هر ْح َم ِن ال هر ِحيم‬

Sekapur sireh seulas pinang

Puji dan syukur dirafakkan kepada Ilahi atas limpah
dan kurniaNya mengizinkan berlangsungnya Majlis
Apresiasi Tingkatan 5 SMK Seksyen 7, Shah Alam
seperti mana yang dirancang.

Majlis yang amat bermakna ini tidak lain hanyalah bermisikan sebuah penghargaan
dan pengiktirafan yang ingin dihadiahkan kepada anak-anak SMK Seksyen 7 yang
bakal menamatkan alam persekolahan pada tahun ini. Semoga kemeriahan yang
disambut menjadi kenangan manis buat mereka.

Zaman persekolahan sangat memberi erti kepada kehidupan seseorang. Pahit
manis pengalaman yang dilalui, menjadi guru yang paling efektif. Tamatnya zaman
persekolahan bukan bermaksud titik noktah dalam pengembaraan mencari ilmu
malah ianya menjadi satu titik permulaan untuk mencipta kejayaan yang lebih
besar. Didoakan agar anak-anak graduan menjadi insan cemerlang, terbilang
untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada barisan AJK PIBG sekolah yang menjadi
tenaga penggerak kepada pelaksanaan majlis ini. Kerjasama dan komitmen antara
ahli dan para pendidik menghasilkan resepi kejayaan buat anak-anak graduan.

Tuntas bicara, yang indah jadikan kenangan. Yang lemah, jadikan sempadan.
Syabas sekali lagi buat anak-anak graduan dan ibu bapa yang dihormati. Semoga
segala usaha yang dilakukan diterima Allah sebagai amal soleh di akhirat nanti.

Sekian, terima kasih.

Hajah Siti Suaibah bt S.Said
Pengetua SMK Seksyen 7, Shah Alam

Majlis Apresiasi Tingkatan 5 SMK S7, 2019
























Click to View FlipBook Version