The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah yang cukup menarik antara dua sahabat yang berusaha sedaya upaya membina mesin masa untuk mencapai impian masing-masing.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 680-12-amira, 2023-04-09 21:53:37

MESIN MASA EMAN

Kisah yang cukup menarik antara dua sahabat yang berusaha sedaya upaya membina mesin masa untuk mencapai impian masing-masing.

MESIN MASA EMAN Oleh NIRMALA


"EMAN & PIAN" BAB 1


Eman merupakan seorang pereka cipta. Dia menjadi pereka cipta kerana ingin menjadi seperti arwah ayahnya. Arwah ayah Eman merupakan seorang pereka cipta yang hebat dan terkenal. Eman mempunyai sifat yang baik hati dan pemurah. Eman suka membantu orang lain tanpa disuruh. Hal ini kerana arwah ayah Eman pernah berpesan supaya selalu berbuat baik dengan orang. Oleh sebab itu, Eman telah mencipta pelbagai jenis alatan yang dapat membantu dan memudahkan kerja orang lain. Eman mempunyai seorang kawan baik yang bernama Pian. Eman sudah berkawan dengan Pian sejak mereka berada di sekolah rendah lagi. Pian merupakan seorang saintis yang amat berjaya. Pian juga amat meminati dinosaur sejak dari kecil. بولت اير كران ڤمبتوڠ ، بولت كات كران موافقة ; هيدوڤ ڤرلو ساليڠ برڬنتوڠ ، اڬر سنتياس منداڤت بركت .


Soalan Pengukuhan


BAB 2 "Membina kerjasama"


Ketika sedang sibuk menjamu selera di Cafe Kesuma, Pian menyatakan hasratnya kepada Eman bahawa dia ingin melihat dinosaur dengan matanya sendiri. Apabila mendengar perkara tersebut, Eman berasa teruja kerana dia juga mempunyai satu hasrat yang ingin dicapai dari dulu lagi iaitu mencipta sebuah mesin masa. "Kalau begitu, apa kata awak tolong saya dalam projek mesin masa saya, bila mesin masa itu berjaya, awak boleh lihat dinosaur!" Mereka mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam membina mesin masa tersebut. Namun, mereka masih buntu kerana tiada bantuan dan sumbangan diberikan oleh mana- mana pihak kerana dianggap ciptaan tersebut mustahil dan tidak masuk akal. Soalan Pengukuhan


Bab 3 “Malang tidak berbau”


Suatu hari, Pian mengalami kemalangan ketika dia mahu pulang dari makmal. Kemalangan tersebut membuatkan tangan Pian patah. Projek mereka pun terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatan Pian yang tidak baik. Sepanjang menunggu Pian sembuh, Eman cuba untuk mengumpulkan wang dan barang untuk memulakan projek mereka. Eman sanggup bekerja separuh masa bagi mencukupkan simpanan mereka untuk membina mesin masa. Antaranya ialah Eman bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.


Setelah empat minggu, akhirnya Pian sembuh dan mereka memulakan projek mereka semula. Namun banyak percubaan mereka untuk membuat mesin masa itu gagal kerana mereka kekurangan panduan untuk membuat mesin tersebut. Mereka juga hampir untuk berputus asa. Soalan Pengukuhan


BAB 4 "Panggilan misteri"


Pada waktu petang, tiba-tiba telefon Eman berdering ”ring ring ring” oleh nombor yang tidak dikenali. Eman terus menjawab panggilan tersebut tanpa rasa ragu-ragu. Panggilan tersebut merupakan seorang lelaki yang bernama Professor Imran dan mengaku dirinya sebagai kawan baik ayahnya. Namun demikian, Professor Imran mengetahui tentang projek mereka dari internet yang ditulis oleh Eman. Eman meminta pertolongan Professor Imran untuk membantu meneruskan projek mencipta mesin masa. Professor Imran bersetuju untuk membantu mereka.


Kemudian, Eman segera berjumpa dengan Professor Imran untuk membincangkan projek ini. Professor Imran menunjukkan kepada Eman segala peninggalan arwah ayahnya. Peninggalan itu merupakan formula mencipta mesin masa yang amat membantu dan mereka terus bersemangat untuk menyambung projek mereka. Soalan Pengukuhan


Bab 5 “MISI BERJAYA”


Akhirnya, setelah beberapa percubaan, mereka berjaya untuk mencipta mesin masa. Mereka berasa amat gembira. Eman menetapkan mesin masa untuk pergi ke zaman dinasour. “Wah, hebatnya! Saya sudah tidak sabar.”kata Pian dengan penuh rasa teruja. Pian merupakan orang yang pertama masuk ke dalam mesin masa.Pian berjaya untuk melihat dinasour secara bersemuka. Dia dapat melihat pelbagai jenis dinasour. Eman dan Professor Imran turut masuk ke dalam mesin masa dan berada di belakang Pian. “Tahniah Eman,saya berasa amat bangga dengan kamu. Arwah ayah kamu juga pasti turut bangga.” kata Professor Imran kepada Eman. Eman tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada Professor Imran kerana banyak membantu. Eman berjanji akan terus berusaha dan tidak berputus asa dalam menjadi pereka cipta.


Soalan Pengukuhan ڤدڬڠ جاوه دري بالي، باوا كستوري د دالم سمڤن ; ،واالو جاتوه بريبو كالي، .جاڠن سكالي ڤوتوس هارڤن


SINOPSIS Eman merupakan seorang pereka cipta yang mempunyai kawan baik bernama Pian. Mereka mempunyai satu misi iaitu mencipta mesin masa untuk melihat dinasour. Namun mereka berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memastikan misi mereka berjaya. Adakah mereka berjaya mencipta mesin masa untuk melihat dinasour ?


Click to View FlipBook Version