PENGENALAN KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU iRFAN RUSYAIDY BIN MOHMAD NASIR 021130-02-0599 2022302310004
KESUSASTERAAN MELAYU MERUPAKAN HASIL KARYA ATAU CIPTAAN SENI MASYARAKAT MELAYU. PERKEMBANGAN MASYARAKAT YANG PESAT TELAH MENYEBABKAN SASTERA SEBAGAI SATU BIDANG YANG KHUSUS DAN TERSENDIRI.
TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU - Konteks Pendidikan Kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional. - Siti Hajar Abdul Aziz (2011) Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah - Kamus Dewan Edisi Keempat Kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. - Prof Dr Hashim Awang Istilah kesusasteraan dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit, sastra. Sastra bererti alat untuk mengajar. Kata dasar sas- bermaksud mengajar, -tra pula bermaksud alat.
Prosa Tradisional JENIS KESUSASTERAAN Puisi Tradisional Prosa Moden Puisi Moden
Maksud tradisional ialah serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Prosa tradisional berbeza dengan sastera lama. Sastera lama bersifat sementara manakala prosa tradisional dapat diwarisi secara turun-temurun dalam jangka masa lama. Prosa ini ialah hasil karya yang disampaikan melalui bahasa. Hal ini bertujuan untuk menyatukan falsafah antara pencipta dan penerimanya. Terbahagi kepada dua genre, sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan). Prosa Tradisional
Sastera bermaksud hasil-hasil kreatif mengikut daya ciptaan imaginasi pencipta itu sendiri. Menurut Zaidan et al. (2000: 182), sastera lisan ialah ungkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang disejajarkan dengan sastera tulisan masyarakat moden. Sastera Rakyat (Lisan) Ciri-ciri Sastera Rakyat Disebar dan diwariskan secara lisan. Bersifat tradisional dan lama. Wujud dalam variasi yang berbeza-beza serta bersifat anonimi (menggunakan nama samaran) Menjadi hak milik semua masyarakat. Mempunyai bentuk berpola dengan plot yang hampir sama.
Sastera Rakyat (Lisan) Naratif Bukan Naratif Mitos Legenda Cerita Rakyat Puisi Rakyat
Mitos Mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuhan dan bentuk muka bumi. Ciri-ciri mitos, iaitu dianggap benar terjadi, peristiwa yang aneh dan dianggap keramat kerana memberi kesan kepada masyarakat. Jenis mitos dalam sastera Melayu ialah mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik. Legenda Cerita yang dipercayai benar terjadi tetapi tidak dianggap suci. Ciri-ciri legenda, iaitu sejenis komunikasi lisan yang berbentuk cerita pahlawan, latar masa tidak semestinya masa lampau, kisahnya ada perkaitan dengan masa sekarang seperti Perigi Hang Tuah dan tokoh serta tempat tersebut mempunyai sifat luar biasa. Jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda keagamaan (Tok Kenali), legenda alam ghaib (dunia hidup seorang bunian) dan legenda perseorangan (Hang Tuah dan Tun Perak).
Cerita Rakyat Berbentuk prosa dan tidak dianggap benar berlaku. Sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral / sindiran. Jenis cerita rakyat : Cerita binatang - Cerita Sang Kancil. Cerita penglipur lara - Hikayat Malim Dewa. Cerita jenaka - Cerita Pak Kaduk. 1. 2. 3.
Menurut Annas Hj Ahmad (1988:152), hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden. Terbahagi kepada tiga, iaitu cerpen, novel dan drama. Cerpen Didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, iaitu antara 500 hingga 15,000 patah kata. Cerpen ini berbeza dengan novel, dari segi jalan cerita yang lebih berpusat kepada seseorang watak di sesuatu peristiwa. Cerpen juga terdapat satu plot sahaja. 1. Prosa Moden
Prosa Moden Secara umumnya, novel didefinisikan sebagai sebuah kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel merupakan satu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka (Shahnon Ahmad 1972:4). Novel juga terdapat beberapa jenis, iaitu bercorak kemasyarakatan dan bercorak semangat kebangsaan. Bercorak kemasyarakatan (Cinta Gadis Rimba, Darah Kedayan) bercorak semangat kebangsaan (Pahlawan Rimba Malaya, Siapakah Yang Bersalah). 2. Novel
Prosa Moden Suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang watak dalam sesuatu cerita. Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur instrinsik, iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan. Sesuatu drama itu perlu dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa henti. 3. Drama
Puisi Tradisional Gurindam Seloka Syair Pantun
Puisi Tradisional Pantun Sejenis puisi Melayu tradisional yang tertua dan kepunyaan masyarakat Melayu. Menurut Za'abaa (1978), semenjak orang Melayu belum tahu surat menyurat, mereka telahpun pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun antara mereka. Ciri-ciri pantun, rangkap terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya dua kerat, empat kerat dan enam kerat. Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia. 1.
Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Contoh Pantun
Puisi Tradisional Bentuk puisi berlagu tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang terpengaruh dengan Arab dan Parsi. Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), syair dikatakan berasal daripada istilah Arab, iaitu 'sy'ir' tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Bentuk syair dipercayai diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Punggak, Syair Perahu) pada abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam. Ciri-ciri syair ialah, empat baris serangkap, skema rima hujungnya sama, iaitu aa:aa. Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita. 2. Syair.
Pungguk bercinta pagi dan petang, Melihat bulan dipagar bintang, Terselap rindu dendam pun datang, Dari saujana pungguk menentang, Pungguk menentang dari saujana, Di dalam hati gundah gulana, Jikalau ditolong Tuhan yang gana, Makanya pungguk boleh ke sana. Contoh Syair -Syair Burung Pungguk-
Puisi Tradisional Sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji. Hasil seni beliau ialah "Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846. Gurindam terdiri daripada dua jenis, iaitu berbentuk bebas (tidak terikat) dan gurindam berbentuk terikat. Bentuk gurindam terikat terdiri daripada dua baris serangkap yang menganduingi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a:a. Bentuk gurindam bebas mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang tidak tetap. 3. Gurindam.
Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat darinya faedah Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Contoh Gurindam -Gurindam Dua Belas (Fasal Yang Ketiga)- Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tidak senonoh Anggota tengah hendaklah diingat, Di situ banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah dipeliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi.
Puisi Tradisional Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka lebih kepada pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka dan gurau senda. Kebanyakan seloka ditulis dalam bentuk terikat, iaitu empat baris serangkap yang lebih mirip kepada bentuk pantun atau syair. Seloka juga boleh berbentuk bebas, iaitu setiap baris menjadi isi seloka berkenaan. 4. Seloka.
Aduhai malang Pak Kadok, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran. Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan. Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk Contoh Seloka -Seloka Pak Kadok-
Puisi Moden (Sajak) Puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Sajak ialah puisi baharu yang popular lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional (Hashim Awang, 1984). Ciri-ciri sajak, tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap, memepunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap dan mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa. Muhammad Hj Salleh (1991), beliau menyatakan bahawa rentak dan perjalanan baris serta rangkap puisi Melayu moden lebih mengikut nafas, fikiran dan cara bertutur tidak disekat dan ditentukan oleh peraturan lama.
Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya. Contoh Sajak -Sajak BintangTetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintang begitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu.
Fungsi Sastera Melayu
Fungsi Sastera Melayu Dakwah Kritikan sosial Hiburan
Dakwah. Menurut Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin, beliau mendefinisikan dakwah sebagai mendorong manusia untuk berbuat kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan kemungkaran. Dakwah juga bermaksud suatu proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia melalui medium atau saranan yang dikenali sebagai objek dakwah (Mad'u). Bahasa merupakan medium atau saranan komunikasi dalam berdakwah. 1. Fungsi Sastera Melayu
Fungsi Dakwah dalam Sastera Melayu Bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan yang mahu dikomunikasikan kepada pembacanya, melalui aneka bentuk, metafora dan simbol Bahasa dakwah dalam kesusasteraan dapat menghibur dan menyatu metamorfosa roh manusia. Dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral.
Contoh Karya Dakwah dalam Sastera Melayu Syair: Hamzah Fansuri - Syair Perahu (hubungan manusia dengan Allah, iaitu manusia hanya bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam kehidupan).
Sastera merupakan rakaman kehidupan yang menggali dan mengkaji kehidupan manusia daripada sudut pelbagai dimensi yang berbeza. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Hubungan antara masyarakat, kehidupan dan manusia adalah saling berkait berdasarkan pertimbangan karya sastera berfokus. Hal ini akan mempengaruhi tindakan serta adab dengan tujuan untuk menegur, mengkritik ataupun menyampaikan mesej. 2. Kritikan Sosial. Fungsi Sastera Melayu
Harga Sebuah Maruah karya Azizi Abdullah "...Dalam hidup ini kita tidak harus terus dibelenggu dengan tekanan yang melulu. Kita harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang." Berdasarkan petikan di atas, jelas dinyatakan bahawa konsep perjuangan ini berasaskan pertimbangan akal. Hal ini berdasarkan frasa "tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang." Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy "...Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu dipertahankan." Berdasarkan petikan di atas, jelas dinyatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan pertumpahan darah. Hal ini berdasarkan frasa "biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali".
Keperluan untuk menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan. Hiburan ini terhasil daripada: 3. Hiburan. i) Kemampuan karya sastera untuk menyentuh emosi pendengar atau pembaca. ii) Keindahan kata-kata yang diungkapkan. iii) Irama atau rentak yang tersusun. iv) Unsur kelucuan. Fungsi Sastera Melayu
Contoh Karya Hiburan dalam Sastera Melayu Cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati oleh semua lapisan masyarakat. Pantun merupakan karya sastera yang cukup popular. Hal ini disebabkan keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan. Contoh pantun: Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbekang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi.
Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional
Puisi tradisional menjadi cerminan kepada kehalusan budi, ketinggian ilmu dan pemikiran masyarakat Melayu ketika berbahasa. Akal budi menggambarkan pemikiran, perbuatan dan sikap seseorang manusia. Perkara ini dapat diterjemahkan dalam pelbagai rupa, misalnya dalam bentuk penghasilan karya seni seperti seni sastera. Menurut Syed Ismail bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki bin Miskon, perkataan 'masyarakat' bermaksud sekumpulan manusia yang hidup saling membantu antara satu sama lain berasaskan satu budaya dan matlamat yang sama. Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional
Pemikiran ialah suatu proses untuk mencari maksud sesuatu perkara dengan mencari idea dan membuat keputusan yang wajar untuk menyelesaikan masalah. Menurut pandangan Islam, akal berfungsi untuk memerhatikan tenaga manusia untuk bekerja. Orang yang berfikir dan menggunakan akal fikiran sebaiknya dalam mendalami ilmu pengetahuan akan dipandang tinggi berbanding orang yang melakukan ibadah tanpa ilmu pengetahuan. Aspek Pemikiran
Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat bernilaikan, Sebuah duniabelinya bukan, Kuasanya besar sukar digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan. Syair Kelebihan Ilmu karya Za'abaa
Pemikiran masyarakat Melayu yang dinyatakan dalam syair ini begitu tinggi, iaitu meletakkan ilmu sebagai sesuatu yang begitu tinggi nilainya. Ilmu tidak boleh dibeli atau digadai sesuka hati dan dibandingkan dengan nilai sebuah dunia yang mempunyai segala kekayaan. Suatu masyarakat mempunyai pemikiran yang tinggi dalam membandingkan keperluan dan keutamaan dalam kehidupan seharian jika meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Aspek Pemikiran (Syair Kelebihan Ilmu - Za'baa)
Pertuturan dapat dilihat melalui sifat kesantunan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu. Menurut Kamus Dewan (1984), santun membawa maksud halus budi bahasa atau berbudi pekerti dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi. Menurut Awang Sariyan (2007), beliau membuat takrifan kesantunan sebagai menggunakan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Aspek Pertuturan
Tingkap papan kayu persegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Pantun
Berdasarkan rangkap pantun berikut, masyarakat Melayu zaman dahulu menilai darjat sesuatu bangsa melalui bahasa yang dituturkan. Hal ini kerana budi bahasa lebih penting berbanding kekayaan harta yang dimiliki. Kebijaksanaan dan kesopanan sesuatu bangsa atau individu akan lebih menyerlah jika dia mengamalkan amalan berbudi bahasa dalam bahasa. Ketinggian budi bahasa dapat mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun dan bersopan santun. Aspek Pertuturan (Pantun)
M a k s u d p e rla k u a n m e n u r u t K a m u s D e w a n ( 1 9 8 4 ), iala h p e r b u a t a n. Masyarakat Melayu m e r u p a k a n m a s y a r a k a t y a n g k a y a d e n g a n tin g k a h la k u y a n g b e r h e m a h. Contohnya, a d a b m ela y a n t e t a m u d ala m m a s y a r a k a t M ela y u s a n g a t m e n g u t a m a k a n d a n m e n d a h ulu k a n t e t a m u. Aspek P e rla k u a n
Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar geladak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Seloka Pandai Pak Pandir Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak Pandir juga menanggung Apa didengar geladak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan
Seloka ini berkisahkan mengenai Pak Pandir yang mewakili sikap sekelompok masyarakat Melayu yang negatif, iaitu menyindir individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap ini perlu dihindarkan kerana merugikan diri sendiri dan keluarga terdekat. Sikap yang sebetulnya ialah mendahului keluarga terdekat bukannya orang luar yang mementingkan diri sendiri atas sebab tiada pertalian darah. Buktinya, Pak Pandir bukan sahaja mengabaikan anaknya sendiri tetapi menyakitinya. Hal ini berdasarkan frasa 'anak dipijak'. Aspek Perlakuan (Seloka Pandai Pak Pandir)
Maksud gaya hidup mengikut Kamus Dewan (1984), ialah cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan seharian. Konteks gaya hidup merangkumi agama serta kepercayaan, adat istiadat dan pengamalan nilai-nilai murni. Aspek Gaya Hidup
Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma'rifat Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Gurindam Dua Belas Fasal Pertama Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terpedaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia mudarat.
Berdasarkan gurindam ini, Raja Ali Haji menyatakan tentang agama dan kepercayaan manusia terhadap Allah SWT. Dengan kepercayaan kepada Allah SWT, seseorang manusia itu perlu mengetahui empat zat yang membentuk manusia, iaitu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat dalam mencapai kesempurnaan menjalani kehidupan. Gurindam ini juga menceritakan aspek keagamaan, iaitu orang yang mengenal Allah SWT pasti akan mengikut setiap perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Aspek Gaya Hidup (Gurindam Dua Belas Fasal Pertama)
Sekian Terima Kasih
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, (2023). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Al-Ehsan. Cho Min Sung & Mat Zaid Hussein, (2020). Fungsi Pantun Melayu Tradisional Dilihat dari Perspektif Budaya dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Jurnal Puitika, 16(1), 1-28. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan, (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rashid Md Idris, Abd Rahman Napiah, Seri Lanang Jaya Rohani (2014). Karya Agung Melayu. Tanjong Malim: Pusat Pendidikan Luar & Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Rujukan