Jom Baca Dan Faham
Bila nak mula
sekolah
niii????
Sabar….Tunggu
la sampai ada
pengumuman
Betul..betul
..betul
SENARAI 1 SENARAI
SEMAK
Satu
PEMBUKAAN
SEKOLAH
2022
Tiga
Hadir
dan
Pulang
SENARAI 2
SENARAI
SEMAK
PEMBUKAAN
SEKOLAH
2022
lapan
Penjarakan
Sosial
KEHADIRAN KE 1
SEKOLAH
✓ Mohon jangan hadir sekiranya anak demam
dan tidak sihat
✓ Sekiranya tidak hadir ke sekolah,
maklumkan seawal yang mungkin, kalau tak
bersedia hantar, buat surat setiap seminggu
✓ Mohon tulis surat tunjuk sebab
ketidakhadiran ke sekolah sebagai bukti
*lihat perincian untuk makluman lanjut
✏️Mohon jangan hadir sekiranya anak demam dan tidak
sihat (batuk, berhingus, panas badan) kerana dikhuatiri
akan menjangkiti murid lain. Sila berehat di rumah
sehingga sihat sepenuhnya.
✏️Sekiranya tidak hadir ke sekolah, maklumkan seawal
yang mungkin, waktu subuh pun boleh
Biasanya guru ambil kehadiran mulai jam 8.30 dan
tunggu sehingga jam 0930. Biasanya jam 9.30 pagi
PKHEM dah minta senarai kehadiran.
✏️Jika anak sakit, sila tulis surat atau serahkan sijil sakit.
Kena faham bahawa guru kelas kena update kehadiran
dan sebab-sebab ketidakhadiran anak.
✏️ Bagi ibu bapa yang belum bersedia hantar anak ke
sekolah, tolong buat surat rasmi untuk rekod
“FACEMASK” (PELITUP MUKA)
2& “HAND-SANITIZERS”
1. Wajibkan anak supaya pakai facemask
sepanjang masa
2. Bekalkan anak extra face mask (2-4 keping,
masukkan dalam plastik)
3. Bimbing anak cara melupuskan facemask
dengan betul
4. Bekalkan anak dengan hand-sanitizer
*lihat perincian untuk makluman lanjut
✏️ Anak WAJIB supaya pakai face-mask
sepanjang masa.
✏️ B e k a l k a n a n a k e x t r a f a c e m a s k k a l a u
boleh 2-4 keping, simpan di dalam
plastik atau bekas khas dan simpan di
dalam beg. Begitu juga kes tali face mask terputus,
mask jatuh di lantai dan mask jatuh di tandas. Jadi
lebih elok sekiranya bawa lebih face-mask sebagai
spare.
✏️ Bimbing anak cara melupuskan face-mask
dengan betul
✏️ Nasihatkan anak agar kerap pakai hand-sanitizer.
✏️ Kelas ada menyediakan hand-sanitizer tetapi lebih
elok sekiranya murid ada hand-sanitizer masing-masing
untuk meminimumkan perkongsian barang-barang.
3 HADIR DAN PULANG
MENGIKUT SOP!
✓ Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan
masuk ke dalam bangunan sekolah
✓ Demi keselamatan,
hantar anak selepas pukul 7 pagi
✓ Masa pulang, jemput anak sebaik
habis kelas
*lihat perincian untuk makluman lanjut
✏️ Banyak kali berlaku, ibubapa hantar anak
terlalu awal sebelum 6.30 pagi. Ini
menyebabkan tiada pengawasan dari guru.
✏️ Waktu pulang juga ibubapa kerap lewat
menjemput anak pulang. Ini menyebabkan
anak bermain tanpa penjarakan
✏️ Demi keselamatan, hantar dan jemput anak
mengikut masa yang sesuai iaitu paling awal pukul
7 pagi . Waktu pulang pula paling lewat setengah
jam selepas kelas berakhir.
✏️ Jangan lupa ya para ibubapa….
Pastikan pemandu bas/van sekolah anak
sudah menerima 2dos suntikan vaksin.
risalahrasalah:bukudigital pembukaansekolahsk south 2021
4SOP HANTAR ANAK
DATANG/PULANG
✓ Ibu/bapa/penjaga hanya boleh hantar anak
ikut tempat yang ditentukan
✓ Ibubapa tidak boleh berkumpul atau
berkelah masa menghantar dan jemput anak
Kecuali Ibubapa murid pra /PPKI
✏️ Sedia maklum bahawa ibubapa TIDAK
DIBENARKAN masuk ke kawasan sekolah
untuk meneman anak.
✏️ Masa menghantar atau menjemput anak pulang,
ibubapa juga kenalah mengikut SOP yang ditentukan pihak
sekolah.
✏️Lebih baik ibubapa duduk saja di dalam kenderaan
sambil menunggu anak.
✏️Elakkan berkumpul dan bersembang dengan rakan,
jiran mahupun kenalan dalam kawasan sekolah.
risalahrasalah:bukudigital pembukaansekolahsk south 2021
5 WAKTU BALIK
✓Ibu/bapa/penjaga tunggu di kawasan yang
ditetapkan.
✓ Anak akan dimaklumkan, bangun dan
beredar menemui ibu bapa /penjaga
*lihat perincian untuk makluman lanjut
✏️ Paling senang tulis nama anak kat kertas atau
placards ala2 ambil tetamu kat airport tu
✏️ Tunjuk kat guru bertugas atau lambai2
placards agar anak nampak
✏️ Murid akan tunggu di tempat menunggu dan akan ada
cikgu yang bertugas jaga (SAMPAI JAM 2.00
SAHAJA) Mohon ibubapa ambil anak tepat pada
masa.
Bagi kes yang tunggu abang/kakak tiada masalah,
boleh ja tunggu sehingga abang / kakak habis
kelas.
✏️ Selalu ada kes, murid lambat dijemput ibubapa
sehingga jam 2-3 petang. Kesian tau anak
tunggu lama, lapar dan haus
✏️Maklumkan dengan guru kelas sekiranya ada masalah
untuk ambil ikut masa. ( bukan hari hari ya)
Nota kepada ibubapa yang tunggu di kawasan sekolah:
*Mohon jaga SOP dan penjarakan anda. *
6 TUALA KECIL
✓ Bekalkan anak dengan tuala kecil untuk
lap tangan selepas mencuci
✓ Bekalkan juga tisu basah atau kain buruk
untuk sanitasi meja selepas kelas berakhir
*lihat perincian untuk makluman lanjut
✏️ Bekalkan anak dengan tuala kecil untuk lap tangan
selepas mencuci tangan. Nasihatkan anak jangan guna
tuala yang sama untuk lap meja, selalu terjadi
✏️ Bekalkan juga bekalkan tissue atau wet-tissue
untuk sanitasi meja selepas kelas TETAPI nasihatkan
anak agar tidak buang tisu sebarangan terutama di
dalam laci meja. Yang sering terjadi, murid suka
buang tisu dalam laci meja, cikgu jadi tukang kumpul
dan buang sampah bila kelas dah selesai
7ALAT TULIS DAN
PENSEL WARNA
✓ Pastikan alat tulis anak lengkap!
✓ Tidak dibenarkan pinjam alat tulis
atau pensel warna kawan
*lihat perincian untuk makluman lanjut
✏️ PASTIKAN ALAT TULIS ANAK LENGKAP!
✏️Seringkali terjadi murid tidak cukup alat tulis dan
pinjam-meminjam alat-tulis serta pensel warna
kawan akan berlaku.
✏️Atas faktor kebersihan dan keselamatan TIDAK
DIBENARKAN PINJAM ALAT TULIS atau PENSEL
WARNA KAWAN.
Selalu saja cikgu sedekah pensel, pemadam,
"sharpener" atau pensel warna pada murid yang sering
kali tak cukup alat tulis dengan alasan alat tulis mereka
tinggal di rumah, tapi kalau hari hari, pensel cikgu tak
cukup pula..
PENJARAKAN 8
SOSIAL DAN
FIZIKAL
✓ Duduk ikut nama yang dilabel pada meja
✓ Bimbing anak anda mengenai penjarakan fizikal
✓ Nasihatkan anak agar tidak berbual dekat
dengan rakan rakan di kelas
*lihat perincian untuk makluman lanjut
❑ Duduk ikut nama yang dilabel pada meja. Mohon
janganlah minta anak saya nak duduk depan, anak
saya nak duduk tepi kawan ya...
❑ Kedudukan meja murid telah saya susun ikut
senarai nama.
❑ Bimbing anak anda mengenai penjarakkan sosial dan fizikal
yang betul dan selamat.
Antaranya:
• Di larang melawat ke meja kawan (saya selalu kata
kat murid, jangan pergi rumah orang lain)
• Elakkan pergi dekat kawan dan elakkan sembang dekat.
• Jangan berjalan-jalan di dalam kelas terutamanyamasa
pertukaran guru.
• Kekal di tempat duduk masing-masing.
• Jarak meja agak terhad. Tetapi saya percaya,tidak akan
menjadi masalah sekiranya murid memberikan kerjasama.
BEKAL MAKANAN DAN
9MINUMAN
✓ Kantin ada beroperasi. Kalau murid nak bawa
bekal sendiri pun boleh. Bawa bekalan
minuman yang mencukupi
✓ Murid akan beli makanan di kantin tetapi
makan di dalam kelas dan sambil diawasi
oleh guru
✓ Jangan kongsi makanan/minuman atau sudu
*lihat perincian untuk makluman lanjut
✏️Kantin ada beroperasi. Murid juga
digalakkan untuk bawa bekal sendiri. Pastikan
makanan dan air mencukupi, saya sangat
galakkan bekal air kosong berbanding air
berwarna atau berperisa.
✏️Murid akan rehat di dalam kelas dan diawasi
oleh guru.
✏️Jangan berkongsi makanan
atau minuman.
10PAKAIAN
SERAGAM
✓ Dibenarkan memakai pakaian biasa
yang sopan bagi murid yang tidak bajunya
sudah tidak muat.
✓ Pakaian sukan atau kokurikulum juga
dibenarkan.
*lihat perincian untuk makluman lanjut
✏️ KPM membenarkan murid berpakaian biasa yang
SESUAI, KEMAS, & SOPAN bagi yang tidak
mempunyai pakaian seragam sekolah.
✏️Sekiranya tiada baju seragam sekolah, murid
dibenarkan memakai baju sukan atau kokurikulum
untuk ke sekolah.
Ustaz, jangan lupa minta
budak-budak tu mandi
sebelum ke sekolah…dan
gosok gigi, harum-harum
sikit, baru ada semangat…
SEKIAN
Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan,
jangan malu berhubung dengan guru kelas ye…
Hak cipta