The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ETIKA DAN ADAB DALAM PENGGUNAAN ICT DAN KESANNYA TERHADAP JENAYAH SIBER

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nauni7989, 2022-12-11 03:54:28

Tugasan PEP

ETIKA DAN ADAB DALAM PENGGUNAAN ICT DAN KESANNYA TERHADAP JENAYAH SIBER

Keywords: PEP

TUGASAN
MPU3182
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SEMESTER SEPTEMBER 2022
TAJUK: ETIKA DAN ADAB DALAM PENGGUNAAN ICT DAN
KESANNYA TERHADAP JENAYAH SIBER

1


MAKLUMAT PELAJAR : AHLI-AHLI KUMPULAN

NAMA : WAN NUR DALILIE BINTI WAN AZMIE
NO. ID : 54221122002
KURSUS : B. BUSINESS TECHNOLOGY

NAMA : SOFEA DALILY BINTI AZLAN SAFARY
NO. ID : 54221122176
KURSUS : B. BUSINESS TECHNOLOGY

NAMA : SYARAFANA AUNI BINTI SUHAIMI
NO. ID : 54221122178
KURSUS : B. BUSINESS TECHNOLOGY

NAMA : NUR AUNI BINTI MOHD AZLAN
NO.ID : 54221122167
KURSUS : B. BUSINESS TECHNOLOGY

2


3


ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA SURAT

1. Muka Depan 1

2. Maklumat pelajar 2

3. Borang penilaian tugasan 3

4. Isi Kandungan 4

5. Pendahuluan 5

6. Definisi 6

7. Etika dan Adab Dalam Penggunaan ICT 8

8. Kesan Penggunaan ICT Terhadap Jenayah Siber 11

9. Kesimpulan 14

10. Bibliografi 15

4


1.0 PENDAHULUAN

Dunia tanpa sempadan memperlihatkan seolah-olah sudah tidak ada garis pemisah
di antara manusia walaupun menduduki kawasan geografi yang berbeza. Perubahan
terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan
beberapa kesan terhadap budaya, nilai, corak hidup dan pemikiran yang bersendikan
tatasusila dan adat. Perubahan dunia pasa masa ini begitu pantas disebabkan oleh hasil
ledakan teknologi maklumat. Setiap hari akan terhasil pelbagai ciptaan baru dan inovasi
teknologi. Selain itu, teknologi maklumat juga berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi,
budaya dan berbagai elemen luar yang memasuki ruang negara lain tanpa sekatan. John
Naisbitt(1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di
awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat merupakan satu perkara yang amat
penting kerana ia akan menjadi penggerak dan menjadi penentu kepada masa hadapan.
Tidak dinafikan bahawa kewujudan pelbagai bentuk media digital telah membawa manfaat
dan kemudahan yang banyak kepada manusia. Namun, pada waktu yang sama, ia juga
boleh menjadi medan bagi menggalakkan perbalahan, kebencian, fitnah dan juga
pengganasan. Ini telah terbukti di mana kumpulan-kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda
dan ISIS menggunakan media sosial untuk menyebarkan ideologi dan propaganda mereka.
Maka, di sini pentingnya kita menghayati panduan agama yang menganjurkan adab dan
etika ketika berinteraksi sesama manusia termasuk juga sewaktu penggunaan ICT.

Hasil kerja ini akan membincangkan tentang etika dan adab dalam penggunaan
teknologi maklumat atau ICT dan kesannya terhadap jenayah siber. Ia menghakis dan
mengubah akhlak mulia dan syariah sehingga mengikis nilai keinsanan. Kertas kerja ini
dilihat dari aspek adab dan etika serta kesannya itu sendiri kepada gologan masyarakat.

5


2.0 DEFINISI
Etika merujuk kepada tingkah laku sopan dalam masyarakat. Menurut Kamus Dewan

Bahasa Edisi Keempat etika memberi maksud ilmu berkenaan prinsip- prinsip akhlak atau
moral atau nilai- nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan (persatuan, perkejaan).

Adab menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat ialah tingkah laku serta tutur kata
yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Cara sesorang
berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu- pergaulan, makan, tertib budi bahasa dan
tingkah laku (yang halus dan sopan).

Kesan menurut Tesaurus adalah efek, akibat, padah dan ekoran. Manakala menurut
Kamus Dewan pula ialah yang turut terdapat (timbul, digunakan) selain yang asas atau yang
utama – masalah kecil dan yang boleh diselesaikan – hasil-hasil yang turut diperoleh
daripada usaha untuk menghasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yang utama –
kesan-kesan lain di samping kesan yang utama.

Siber menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan
internet. Internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam
ruang.

Istilah dunia siber atau ‘cyberworld’ pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang
penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer( 1984), yang mana beliau
gambarkan sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya
tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya.” Kini,
isitilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk
menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet
dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu

6


suatu tempat yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding
suatu galaksi lain.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi Maklumat dan komunikasi ialah
teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan
penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Senn
(1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu
komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang
kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. (ICT) adalah
satu lagi istilah termaju untuk teknologi maklumat (IT) yang menekankan peranan
komunikasi bersatu dan penyepaduan telekomunikasi (talian telefon dan isyarat tanpa
wayar), komputer serta perisian perusahaan, perisian tengah, penyimpanan, dan sistem
audio visual yang diperlukan, yang membolehkan pengguna mengakses, menyimpan,
menghantar dan memanipulasi maklumat.

Secara tulisannya, definisi tajuk kertas kerja ini ialah melihat etika dan adab dalam
penggunaan ICT dan kesannya terhadap jenayah siber dalam menongkah arus kemodenan
dunia komputer dan internet yang mana terdapat kesan positif dan juga negatif.

7


3.0 ETIKA DAN ADAB DALAM PENGGUNAAN ICT
Dalam penggunaan ICT satu standard etika yang baik dan menyeluruh amat diperlukan

pada masa kini bagi mengawal dan membendung daripada jenayah berleluasa. Dengan
satu harapan juga bagi melahirkan rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan
disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.

a. Nilai Murni

Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan
pembangunan individu serta masyarakat. Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung
pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah nilai kejujuran,
kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di mana Internet menjadi senjata
utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya
sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar tahu
setakat mana hak penggunaannya. Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang
disebarkan itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan
kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT.

b. Nilai Etika

Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab
moral dan socsal, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap
peraturan dan lunas-lunas yang berhemah. Islam sebagai contoh telah menyediakan asas
etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber
ini. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam
seluruh generasi ICT. Sikap Siddiq yang bermaksud “benar” amat besar perananya dalam
hidup manusia. Permasalahan kerakusan “manusia pornografi” akan dapat diatasi jika
manusia seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini

8


hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah
sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang “success”
dalam segenap lapangan. Penyebar maklumat yang amanah akan sentiasa memastikan
bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan dipertanggungjawabkan di kemudian
hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini mestilah dilakukan sejak manusia itu
diperingkat “rebung”. Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia
berbuat kebaikan dan melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu
yang terlibat secara landsung ataupun tidak secara lansung dalam dunia Internet dan
maklumat sewajarnya faham akan maksud “tabligh”. Manakala sifat atau standard Fatonah
juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana
akan mendorong manusia sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam
Internet. Jika sifat ini berjaya ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika
yang cemerlang akan berjaya diaplikasikan dalam masyarakat dunia. Hal ini kerana, “the
character of the Muslim community is not determined by the rituals alone”. Muslim mesti
mengetahui bagaimana untuk memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar
terhadap mereka.

c. Nilai Kerohanian

Nilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng ulung
bagi membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat akan
melahirkan individu yang cemerlang. Sebagai sebuah masyarakat malaysia yang unggul
maka sewajarnya kita biasakan diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia akan
dipandang mulia jika masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari
aspek hubungan individu hinggalah ke aspek ICTnya.

9


d. Nilai Jujur
Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal

mereka dinilai berdasarkan kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan
dalam hadis baginda yang bermaksud “ Setiap amal bermula dengan Niat”. Satu perkara
yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika melayari
laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang
salah dan membina kejujuran diri.

e. Privasi pengguna
Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak

menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan, memasuki
system computer dan mengubah komponen perisian tanpa kebenaran.

f. Mengenal pasti identiti pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang

berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat
melalui internet. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat diri daripada sebarang bentuk
penyalahgunaan.

g. Memilih laman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja, belajar,

kebaikan dan terhadap untuk tujuan yang dibenarkan sahaja. Hal ini dikatakan demikian
kerana, dengan penggunaan yang betul, individu tersebut tidak akan terlibat dalam
penyalahgunaan internet dan tidak akan tercetusnya jenayah siber.

10


4.0 KESAN PENGGUNAAN ICT TERHADAP JENAYAH SIBER

Kesan menurut Tesaurus adalah efek, akibat, padah dan ekoran. Manakala menurut
Kamus Bahasa Melayu, kesan membawa maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu
atau bekas iaitu sama ada kebaikan atau keburukan. Memang tidak dapat disangkal lagi
bahawa penggunaan ICT sememangnya membawa kesan terhadap berlakunya jenayah
siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT), semakin meningkat kes-kes jenayah siber.

Antara kesan penggunaan ICT terhadap jenayah siber adalah berlakunya penipuan-
penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Seperti yang kita sedia maklum, kini
terdapat ramai mangsa penipuan yang berlaku secara atas talian. Malah, penipuan yang
bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara seperti menawarkan hadiah
tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab tetapi mestilah
mengeluarkan dana tertentu dalam jumlah yang besar. Penipuan bermotifkan kewangan
juga boleh berlaku apabila mangsa dihubungi bagi mengesahkan nombor digit akaun bank
atau kod nombor yang dihantar melalui SMS. Tambahan lagi, penipuan secara atas talian ini
sering berlaku apabila suspek berasa dirinya tidak diketahui dan susah untuk dikenalpasti
oleh pihak atasan bagi dikenakan tindakan undang-undang.

Penggunaan ICT juga turut menyebabkan berlakunya kes buli secara atas talian.
Kini, terdapat banyak platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Tiktok yang
dapat merancakkan lagi kes buli secara atas talian ini jika tidak digunakan dengan
sebaiknya oleh sesetengah pihak. Kes buli secara atas talian termasuklah fitnah, ugutan,
sindiran atau jenaka yang boleh merosakkan mental seseorang. Lazimnya, buli siber ini
berlaku apabila pembuli tidak berpuas hati dengan penampilan, kemewahan dan tingkah
laku mangsa. Contohnya, pembuli mengeluarkan kata-kata sindiran atau jenaka berkenaan
fizikal badan seseorang diikuti tindak balas pengguna media sosial yang lain. Hal tersebut
menyebabkan seseorang itu berasa malu sekaligus dapat menganggu emosi mereka dan

11


membawa kesan yang mendalam terhadap hidup mereka. Malah, terdapat beberapa kes
bunuh diri di Korea Selatan disebabkan buli siber. Salah satunya kes ini berlaku dalam
kalangan artis seperti pelakon dan penyanyi iatu Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli
yang ditemui meninggal dunia akibat tekanan. Hal ini kerana mangsa sering dibuli oleh
warganet dengan kata-kata kecaman yang melampau sehingga apa sahaja yang
dilakukannya menimbulkan rasa tidak puas hati oleh warganet.

Selain itu, penggunaan ICT juga menyebabkan berlakunya penyebaran maklumat
palsu. Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi dan
propaganda disebarkan melalui internet. Hanya menekan satu ‘klik’ sahaja, pengguna bebas
dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya. Contohnya,
penyebaran maklumat palsu ini berlaku berkenaan kematian Ketua Polis Diraja Malaysia
iaitu Tan Sri Ismail Omar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Maklumat palsu ini telah
memberi kekeliruan kepada masyarakat dan pihak pentadbir dalam dan luar negara. Bukan
itu sahaja, penyebaran maklumat kematian palsu ini turut membuka peluang kepada pihak
musuh negara.

Di samping itu, penggodaman juga merupakan jenayah siber yang sering berlaku
disebabkan kecekapan penggunaan ICT. Penggodaman ini berlaku apabila seseorang
memasuki sesuatu sistem melalui kod keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh dilakukan
oleh seseorang yang mahir dan pakar tentang komputer dan internet ataupun lebih dikenali
sebagai ‘hacker’. Perbuatan penggodaman ini boleh berlaku apabila pihak penggodam
bertindak menggodam maklumat sulit sesebuah organisasi dan maklumat sulit orang
perseorangan. Contohnya, penggodam menceroboh pangkalan data bagi memperoleh
maklumat sulit untuk mendapatkan keuntungan, pengitipan mahu pun serangan ke atas
pihak berkuasa atau kerajaan. Bukan itu sahaja, penggodam juga akan menyerang sistem
organisasi atau kerajaan mahu pun syarikat tertentu yang baru mengisytiharkan sistem
keselamatan teknologi yang canggih bagi menunjukkan kepakaran mereka dalam sistem
penggodaman tersebut.

12


Akhir sekali, penggunaan ICT yang meluas turut membawa kepada penyebaran
pornografi. Perbuatan pornografi adalah dilarang dan salah disisi undang-undang kerana
dianggap tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya Timur. Pornografi siber ini boleh
berlaku apabila foto-foto yang melampau seperti gambar bogel dan bahan lucah
dimasukkan ke dalam internet untuk paparan umum tanpa tapisan. Perbuatan tersebut
dianggap jenayah kerana ia dapat memberi impak negatif kepada para penonton
terutamanya penonton bawah umur. Dunia dihujung jari menyebabkan sesiapa sahaja dapat
mengakses internet dan hanya menekan butang ‘klik’ tanpa memikirkan akibat daripada
paparan tersebut. Perbuatan ini juga dianggap jenayah apabila terdapat pihak lain yang
menyebarkan foto-foto pornografi seseorang di alam maya bagi tujuan peras ugut dan
sebagainya.

13


5.0 KESIMPULAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan
masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh
dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah
dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet,
sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari
sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin
agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan
kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-
ikhlasnya. Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan
dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi
unsur yang yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui
jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap
kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang
besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya
dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia
kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi
mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama
dan budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua
pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama,
moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada
kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya,
tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan
kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya
mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang
penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.

14


6.0 BIBLIOGRAFI
1. Ustaz Dr Mohamed Ali (2022). Pentingnya Adab Dan Etika Dalam Pergaulan Di
Media Sosial, Shah Alam: BeritaHarian.sg
2. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Maksud etika : Kamus Dewan Edisi Keempat.
3. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Maksud Adab: Kamus Dewan Edisi Keempat
4. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Maksud Information and Communication Technology
(ICT): Kamus dewan Edisi Keempat.
5. STPM Study (2013). Kesan-Kesan Jenayah Siber, Shah Alam:
eseispmstpm.blogspot
6. Karangan pelajar STPM (2015). Jenayah Siber, Selangor:
karanganpelajarstpm.blogspot.com
7. Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan, Mohamad Zaki Zainul,
Universiti Teknologi Mara Perak, Seri Iskandar(2005). Isu, cabaran dan impak ICT-
Satu Pendekatan Dalam Islam, Putrajaya: Prosiding Seminar Kebangsaan E-
Komuniti 2005 UKM.

15


Click to View FlipBook Version