CREATIVE KIDS COMPETITION
Tujuan :
Memupuk budaya kreatif dan inovatif.
Menyumbang kepada kualiti pembelajaran atau kokurikulum.
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1. Terbuka kepada semua ahli Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan
Permainan.
2. Setiap Kelab & Persatuan wajib mempamerkan produk inovasi dalam sebarang
persembahan media yang bersesuaian.
3. Penyertaan adalah secara individu.
4. Setiap inovasi yang dihantar mestilah inovasi yang belum pernah
dipertandingkan dalam pertandingan yang sama di bawah anjuran Kementerian
Pendidikan Malaysia.
5. Inovasi yang dihantar mestilah dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 12
minggu seperti perincian di bawah:
a) Peringkat Kelab & Persatuan : Penilaian projek inovasi murid dilakukan
secara berterusan bagi menilai pencapaian dan kebolehan murid dalam
menyiapkan sesuatu produk inovasi.
6. Hadiah
Tempat Pertama Hadiah Bernilai RM 100.00
Tempat Kedua Piala dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga Hadiah Bernilai RM 80.00
Hadiah Saguhati ( 7 pemenang) Piala dan Sijil Penyertaan
Hadiah Bernilai RM 50.00
Piala dan Sijil Penyertaan
Piala dan Sijil Penyertaan
7. Tarikh akhir penyertaan adalah sebelum 23/8/2022.
8. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Cikgu Arahul Siingh : 011 - 11521028
Cikgu Rosemary : 014 - 8723588
1
PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK INOVASI
1. Bentuk Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:
Kertas Cadangan
2. Kandungan kertas cadangan adalah seperti berikut :
a) Tajuk projek
b) Penghargaan
c) Pengenalan dan Latar Belakang
d) Objektif
e) Isu dan Permasalahan - Sebelum Intervensi
f) Proses Pelaksanaan Inovasi - Semasa Intervensi
g) Impak - Selepas Intervensi
h) Kewangan
i) Kesimpulan
j) Rujukan
3. Buku Log
Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan pencapaian murid
seperti catatan aktiviti, isu, cabaran dan penyelesaian yang telah
dilaksanakan. Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh guru pembimbing.
a) Laporan Projek
Satu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau maklumat
lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh ahli projek.
b) Pembentangan
Murid dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi pembentangan
yang telah ditetapkan.
4. Hasil Projek
a) Manual Pengguna
Dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk memberi
bantuan kepada pengguna menggunakan sistem tertentu.
Kebanyakkan manual pengguna mengandungi kedua-dua panduan
bertulis dan imej-imej berkaitan.
5. Semua dokumentasi mestilah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
2