0 [Draw your reader in with an engaging abstract. It is typically a short summary of the document. When you’re ready to add your content, just click here and start typing.] [Documen t title] [Document subtitle] ACE
1 Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 Isi Kandungan Manual Pengurusan 2024/2025 Bil Isi Kandungan Muka Surat 1 Akur Janji 4 2 Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 2024/2025 5 3 Surat Akuan Peneriman Tugas 2024/2025 6 4 Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah 2024/2025 7 5 Kata alu-aluan Pengetua 8 6 Carta Organisasi Sekolah 2024/2025 9 7 Misi & Visi KPM, JPNJ & PPDJB 10 8 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 11 9 Falsafah Sekolah 11 10 Visi dan Misi Sekolah 11 11 Dasar Kualiti 12 12 Objektif Sekolah 13 13 Naratif Baharu Amalan Pendidikan 14 14 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 15-18 15 Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan dan Pelaksanaan di Sekolah 19-21 16 PLC : Profesional Learning Community 22-23 17 STEAM : Science-Technology-Engineering-Art-Math 24 18 Kerangka KSSM 25 19 Peruntukan Masa Mata Pelajaran Kssm 26-27 20 Pendekatan Bertema dalam Kurikulum 28-30 21 Peluasan Sekolah Kbat 31-32 22 Infografik : Kementerian Pendidikan Malaysia 33-35 23 Infografik : Jabatan Pendidikan Negeri Johor 36-38 24 Piagam Pelanggan 39 25 Dasar Tadbir Urus 40-61 26 Pelan Sekolah 62 27 Pelan Laluan Kecemasan 63 28 Senarai Nama Guru 64-65 29 Senarai Nama Anggota Kumpulan Sokongan 66 30 Ahli Jawatankuasa PIBG 2024/2025 66 31 Pengurusan Briged Komuniti / Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) 67 32 Penggal Persekolahan Tahun 2024/2025 68 33 Hari Kelepasan Am 2024 dan Cuti Perayaan Sesi 2024/2025 69-70 34 Jadual Waktu Pembelajaran Tingkatan 1 – 5 71 35 Takwim Pembukaan Sekolah 2024/2025 72 36 Jadual Guru Bertugas Mingguan/Harian 2024/2025 73-77 37 Peraturan Dan Aturcara Perhimpunan Mingguan (Hari Ahad) 78 38 Jadual Penyediaan Guru Ganti (Relief) 79 39 Jadual Pemantauan Bangunan dan Fizikal Sekolah 79 40 Jadual Penyeliaan Dan Pencerapan 2024/2025 80-81 41 Jadual Penilaian Bersepadu Pegawai Pendidikan (PBPPP) 2024/2025 81 42 Senarai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( Pbppp) 82-84 43 Takwim 2024/2025 85-98
2 Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1 Majlis Pengurusan Sekolah 100 2 Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) 100 3 Majlis Permuafakatan Kurikulum Daerah (MPKD Sains Men. Rendah) 101 4 SKPM Kualiti@ Sekolah 102 5 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)/LNPT 103 6 Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah 103 7 Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) 104 8 Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) 105 9 Kajian Tindakan / Penyelidikan dan Inovasi 106 10 ICT dan Siaraya 106 11 Perkembangan Staf/Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) 106 12 Pengurusan Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 107 13 Perancangan Strategik, Pelan Tindakan dan Pelan Operasi 107 14 Jawatankuasa Pengurusan Mesyuarat Guru 107 15 Koperasi (KOPERASI SMK MOHD KHALID JOHOR BAHRU BERHAD) 108 16 KEBIRUS 108 17 Senarai Nama Aktiviti / Program Tahunan 2024/2025 109-111 PENGURUSAN KURIKULUM 1 Struktur Organisasi Pengurusan Kurikulum 2024/2025 113 2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKKS) 114 3 Jadual Waktu Guru dan Guru Ganti 115 4 Peperiksaan dan Pentaksiran (PBS / Headcount / Dialog Prestasi) 116 5 Pelaksanaan MBMMBI / HIP 117 6 Sekolah KBAT/PAK21/Pendekatan Bertema 117 7 Pengurusan Pusat Sumber dan Media 118 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1 Struktur Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid 120 2 Majlis Hal Ehwal Murid 121 3 Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling 122 4 Pengurusan Lembaga Pengawas dan Perhimpunan Rasmi 123 5 Karakter Murid Johor (KRMJ) 123 6 Pengurusan Majlis Perwakilan dan Kepimpinan Pelajar 123 7 Pengurusan 3K (Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan) / Kantin 124 8 Pengurusan Biasiswa, Bantuan dan Kebajikan Pelajar / Ziarah Cakna 124 9 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 125 10 Pengurusan Bilik Darjah 125 11 Pengurusan Asrama 126 12 Pengurusan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan Pembangunan Insan 126 13 Pengurusan Program Pengantarabangsaan / Penandaarasan dan Immersion 127 14 Sidang Redaksi Majalah Sekolah 127 15 Guru Kelas 2024/2025 128
3 Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 PENGURUSAN KOKURIKULUM 1 Struktur Organisasi Pengurusan Kokurikulum 130 2 Pengurusan Kokurikulum 131 3 Senarai Guru Penasihat Aktiviti Kokurikulum - Badan Beruniform - Persatuan Ko-Akademik - Kelab Bukan Akademik - Kelab Sukan dan Permainan - Sukan Berprestasi Tinggi 131-133 4 Pengurusan Pembangunan Sukan Sekolah (SURAT SIARAN KP.BSSK.302-02/03/002(13) 27 OGOS 2009) 134 5 Majlis Sukan Sekolah 135-136 6 Bidang Tugas Unit Kokurikulum 2024/2025 137-138 7 Takwim Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 2024/2025 139 8 Jadual Aktiviti Kokurikulum 140 9 Tempat Mesyuarat / Perjumpaan 141 LAMPIRAN 143-147 ANALISIS PEMBERATAN TUGAS GURU 2024/2025 148-154
4 Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 SMK MOHD KHALID JOHOR BAHRU, JOHOR AKUAN PENERIMAAN TUGAS DAN AKUR JANJI Kami warga pendidik / staf SMK Mohd Khalid, Johor Bahru, Johor Darul Takzim KOMITED MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DENGAN MEMENUHI CIRI-CIRI: 1. Bermatlamat melahirkan global player / modal insan yang bertaraf dunia 2. Melaksanakan pembelajaran abad ke-21 yang konsisten 3. Melaksanakan pengurusan berkualiti yang menyokong Pembelajaran Abad ke-21 4. Mempunyai ekosistem fizikal, emosi dan sosial yang kondusif untuk Pembelajaran Abad ke-21 5. Bertindak sebagai pemudah cara dan pembimbing dalam bilik darjah dengan Pedagogi Abad ke-21 6. Bertindak sebagai key player dan pemimpin Pembelajaran Abad ke-21 untuk mendepani perubahan 7. Melibatkan ibu bapa dan komuniti, PIBK untuk menyokong Pembelajaran Abad ke-21 dan kemajuan pembelajaran murid. SAYA DENGAN INI BERIKRAR MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN MEMBINA MODAL INSAN BERTARAF DUNIA. “ SEDERAP SEHALUAN UNGGUL DIPERTAHAN ” Saya yang memegang amanah, Disemak dan disahkan oleh, .......................................................... .................................................... ( ) ( )
5 Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 Semua Guru dan AKP SMK Mohd Khalid Johor Bahru Tuan, PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA /AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024/25 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan kecemerlangan dan kebolehan tuan/puan, dengan ini secara rasmi tuan dilantik untuk mengetuai/menjadi ahli jawatankuasa seperti yang telah dicatat dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah 2024/2025 DALAM BIDANG DAN UNIT-UNIT PENGURUSAN SEKOLAH, PENGURUSAN KURIKULUM, PENGURUSAN HAL EHWAL MURID, PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN PENGURUSAN TUGAS-TUGAS KHAS. Lantikan ini berkuatkuasa mulai 10 MAC 2024 hingga berakhirnya Sesi Persekolahan 2024/2025. 3. Sehubungan itu, tuan hendaklah pada setiap masa patuh kepada ketua jabatan, melaksanakan kerja berdasarkan peraturan- peraturan dan prosedur-prosedur kerja serta sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan. Pada masa yang sama, dalam membina kecemerlangan organisasi tuan hendaklah pada setiap masa mengolah pemikiran, perancangan dan perlaksanaan yang berkesan untuk mencapai Visi dan Misi SMKMK, memastikan segala program dan aktiviti yang dirancangkan sepanjang sesi 2024/2025 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai matlamat yang ditetapkan serta memberi impak besar. 4. Semoga lantikan dan amanah ini dapat dijalankan dengan penuh komitmen serta iltizam yag tinggi untuk berjaya membinaorganisasi cemerlangan SMKMK Johor. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah (SHARINA BINTI ADNAN) Pengetua SMK Mohd Khalid Johor Bahru KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid Sekolah Kluster Kecemerlangan Jalan Abdul Samad 80100 Johor Bahru JOHOR DARUL TAKZIM
6 Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 Kepada Pengetua SMK Mohd Khalid Tuan, AKUAN PENERIMAAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2024/2025 2. Dengan rasa penuh tanggungjawab bahawa saya : No K.P dengan ini menerima tugas amanah dan tanggungjawab yang tersenarai di bawah seperti dalam Manual Pengurusan Sekolah tahun 2024/2025. BIL. UNIT TUGAS 1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2. KURIKULUM 3. HAL EHWAL MURID (HEM) 4. KOKURIKULUM 3. Saya berjanji akan menunai dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh dedikasi sepertimana yang telah dinyatakan dalam surat perlantikan berdasarkan Etika Perkhidmatan Awam (Pendidikan), EtikaPerguruan dan Aku Janji Perkhidmatan. Sekian Terima Kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah Disahkan oleh : ( ) ( )
7 Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 JAWATANKUASA BUKU MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 / 2025 Pengerusi : Sharina binti Adnan Timbalan Pengerusi : Siti Mariam binti Su’ut Naib Pengerusi 1 : Susilawati binti Ahmad Naib Pengerusi 2 : Noor Azean binti Mohamed Penyelaras 1 : Fakhrur Razi bin Ahmad Penyelaras 2 : Hafizoh binti Abdul Rashid Penyelaras 3 : Teo Chiang Hwui Penyelaras 4 : Mohd Darwis bin Jasmin Setiausaha : Wan Muhamad Taufik bin Wan Mustafa Ahli Jawatankuasa : Norakmar binti Abd Jalil (SU Kurikulum) : Rosaidah binti Japri (SU HEM) : Norhafizah binti Sulaiman (SU Ko-kurikulum) : Nor Aishah Binti Fadzil (PPGB) : Raja Yusrizal Rifqi Bin Raja Yusoff (PPGB)
8 Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 KATA ALU-ALUAN PENGETUA بسم الرمحن الرحيم . السلم عليكم ورمحة ا وابركاته Salam sejahtera. Alhamdulilah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik. Terlebih dahulu, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya ajukan kepada barisan Penolong Kanan dan Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah sesi 2024/2025 atas komitmen padu dalam menyiapkan buku ini. Manual Pengurusan Sekolah ini menjadi wahana penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada seluruh warga sekolah bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih terarah dan seterusya meningkatkan kecemerlangan sekolah. Insyaallah. Matlamat konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha bagi melahirkan modal insan unggul menerusi lima teras utama iaitu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna. 7 teras utama KPM untuk memastikan konsep " karamah Insanian" dengsn memberi penekanan pembentukan adab , akhlaq dan i integriti. Selain itu, kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan, guru yang kompeten, beraspirasi tinggi dan komitmen komuniti yang padu. Dengan itu, kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi menjayakan program TS25 ini. Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian murid. Sekolah juga komited untuk memperkasa STEM, PdPC, PAK21, PBD dan PLC yang lebih berkesan untuk melonjakkan prestasi murid-muird secara holistik. Penanda aras kepada kejayaan dan keberhasilan usaha-usaha yang cekap dan berkesan adalah kemenjadian murid. Harapan saya, SMK Mohd Khalid terus menghasilkan modal insan yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan insya-Allah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti. Segala usaha yang akan kalian curahkan saya dahului dengan kalungan bunga terima kasih. Insyaallah kejayaan akan bersama-sama kita. Sekian, salam hormat MALAYSIA MADANI BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan amanah, Hajah Sharina binti Adnan Pengetua SMK Mohd Khalid Johor Bahru.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Siti Mariam binti Su’ut PEGKMP BAHASA GKMP SAINS KEMASYARATAN GKMP TEKNIK VOKASIONAL GKMP SAINS DAN MATEMATIK PENTADBIRAN KETUA PANITIA EHWGURU-GURU MURID-MURID
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 MOHD KHALID CARTA ORGANISASI 9 PENGETUA PIBG ENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) PENOLONG KANAN KOKURIKULUM HAL WALMURID
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 10
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 11 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH SEKOLAH Pendidikan di SMK Mohd Khalid merupakan usaha mendidik dan membimbing secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan modal insan yang sempurna, seimbang dan harmonis dalam akademik, berintegriti, bersahsiah mulia, berketrampilan dalam kokurikulum dan mempunyai semangat cintakan sekolah serta melahirkan pelajar yang berilmu seterusnya menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 12 DASAR KUALITI SMK Mohd Khalid komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua warga sekolah untuk mematuhi keperluan- keperluan SKPMg2 dan meningkatkan keberkesanan secara berterusan.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 13 OBJEKTIF SEKOLAH Adalah tugas dan tanggungjawab sekolah ini untuk melaksanakan Dasar Pendidikan Negara danlain-lain rancangan pendidikan yang telah ditetapkan dengan cemerlang. Oleh itu, objektif sekolah adalah : 1. UNTUK KEPERLUAN INDIVIDU PENDIDIKAN MENYELURUH : Membentuk peribadi seseorang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek dan sosial PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU : Mencungkil minat, bakat dan kebolehan individu sertadiasah, diperluas, diperkembang dan dipertingkat. PERPADUAN : Menjalin hubungan kekeluargaan dengan pelajar, guru, kakitangan sekolah yangberbilang kaum, agama dan budaya dengan mengukuhkan interaksi dan integrasi. KEPEKAAN : Melatih individu supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubahyang tidak bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan agama. 2. UNTUK KEPERLUAN SEKOLAH Meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum supaya mencapai ke tahap cemerlang. Menyediakan iklim dan budaya sekolah yang kondusif untuk mempertingkatkan pencapaian kognitif, efektif dan psikomotor para pelajar. Menjalin hubungan dan memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah dan ibu bapa supaya bersama-sama berasa bertanggungjawab terhadap sekolah. Rasa tanggungjawab ini akan melahirkan individu yang mencintai sekolah dan seterusnya mencintai negara. 3. UNTUK KEPERLUAN NEGARA Menimbulkan kesedaran bahawa pelajar-pelajar adalah tanggungan yang besar baginegara yang boleh dijadikan “harta” yang tidak ternilai untuk masa akan datang. Menimbulkan generasi muda yang berdisiplin dan berpengetahuan yangdapatmemberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, bangsa dan negara. Menimbulkan keadaan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan taat setia seperti termaktub dalam RUKUN NEGARA.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 14
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 15 Pelan PembangunanPendidikan Malaysia 2013-2025 LIMA ASPIRASI SISTEM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberkesanan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadu dan digerakkan secara bersama.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 16 ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK BERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus mengunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 17 GELOMBANG 1 (2013-2015) Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberifokus kepada kemahiran utama GELOMBANG 2 (2016-2020) Memacu peningkatan sistem GELOMBANG 3 (2021-2025) Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri URUTAN ANJAKAN TRANSFORMASI Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang. Transformasi pendidikan yang dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 18 SEBELAS ANJAKAN UTAMA UNTUK TRANSFORMASI SISTEM
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 19 PEMBELAJARAN ABAD KE-21: AMALAN DAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masadepan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiadaruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah ke hadapan. Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid. Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 20 Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke- 21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yanglebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru- guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 21 KONSEP 4C DALAM PEMBELAJARAN ABAD 21 (PAK21) C - Creativity Dalam PdPc guru mesti memasukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanyadari segi berfikir. C - Critical Thinking PdPc perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul. Penggunaan tools seperti i-Think, peta minda, soalan KBAT juga mampu menggalakan pelajar berfikir secara kreatif. C - Collaboration Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan-rakan mereka yang lain. Lakukan aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar-tukar ideadan pandangan. Banyak strategi yang boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain- lain. Guru juga boleh mencari lebih banyak contoh aktiviti yang menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif. C - Communication Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa-apa bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka fahami daripada pembelajaran. Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dan lain-lain membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 22 PLC :PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY PLC ialah singkatan kepada program Profesional Learning Community. PLC merupakan aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong usaha meningkatkan pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025. "Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untukmencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka". (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006,) PLC merujuk amalan kolaboratif dalam kalangan pendidik yang komited dan secara bersamasama menetapkan matlamat atau membina wawasan dan berusaha secara kolektifmencapai matlamat yang ditetapkan. Contohnya, matlamat bagi guru adalah untuk memastikan pembelajaran murid dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi membangunkanmurid yang holistik. Manakala bagi kepimpinan dan pakar bidang khusus, matlamatnya adalah untuk memastikan rakan pemimpin dan rakan kepakaran sentiasa cemerlang dan berwibawa. Kerjasama bagi mencapai matlamat yang sama ini menggalakkan rasa kesepunyaan nilai, misi, kejelekitan dan memberikan peluang kepada guru dan pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam meningkatkan pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya, pembangunan profesionalisme dapat ditingkatkan secara berterusan sepanjang kerjaya.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 23 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara ini adalah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Usaha ini selaras dengan Anjakan 4 dalam PPPM untuk membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas di bawah inisiatif mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. KPM berusaha memudahcara aktiviti CPD yang dipacu oleh guru bagi membolehkan guru membimbing satu sama lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan sama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional. Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan olehmasyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 24 STEAM: SCIENCE-TECHNOLOGY-ENGINEERING-ARTS-MATH
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 25 APA ITU MASA INSTRUKSIONAL? ❖ Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembela-jaran tanpa gangguan ❖ Masa Instruksional perlu dilindungi. Melindungi Masa Instruksional (MMI) melibatkan empat kategori. Kategori Masa Melindungi Instruktional Sekolah Kategori Penjelasan Masa Persekolahan (Allocated schooling time) Jumlah masa murid hadir ke sekolah Masa Bilik Darjah (Allocated class time) Jumlah masa murid berada dalam kelas (tidak termasukwaktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah haridan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan Masa Instruksional (Instructional time) Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidaktermasuk gangguan, pengurusan rekod dan lain-lain) Masa Pembelajaran Akademik (Academic learning time) Jumlah masa intruksional di mana murid memberi per-hatian dan menerima instruksion pada tahap pen- guassaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berke-san dan bermakna.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 26 PERUNTUKAN MASA MATA PELAJARAN KSSM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM JAM SETAHUN KSSM MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1,2 DAN 3) BIL MATA PELAJARAN TERAS 1 Bahasa Melayu 128 2 Bahasa Inggeris 112 3 Matematik 112 4 Sains 112 5 Sejarah 64 6 Pendidikan Islam 128 Pendidikan Moral 64 + 32* MATA PELAJARAN WAJIB 7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 64 8 Geografi 48 9 ** Reka Bentuk dan Teknologi 64 Asas Sains Komputer 64 10 ** Pendidikan Seni Visual 32 **Pendidikan Muzik MATA PELAJARAN TAMBAHAN 11 Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai,Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa German, Bahasa Korea 64 Bahasa Arab di SMKA / KAA / SBPI / SMAP 56 Perhimpunan 16
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 27 PERUNTUKAN MASA MATA PELAJARAN KSSM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM JAM SETAHUN KSSM MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 DAN 5) BIL MATA PELAJARAN TERAS 1 Bahasa Melayu 128 2 Bahasa Inggeris 112 3 Matematik 112 4 Sains 112 5 Sejarah 64 6 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 96 MATA PELAJARAN WAJIB 7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 64 Perhimpunan 16 MATA PELAJARAN ELEKTIF ELEKTIF BAHASA 1 Bahasa Cina 64 2 Bahasa Tamil 64 3 Bahasa Jerman 64 ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTIAS 1 Prinsip Perakaunan 96 2 Perniagaan 96 3 Pendidikan Seni Visual 64 ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN 1 Fizik 96 2 Kimia 96 3 Biologi 96 4 Matematik Tambahan 96
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 28 Pendekatan Bertema dalam Kurikulum 1.1 Definisi Pendekatan Bertema Pendekatan bertema ialah kaedah PdP yang menggunakan satu tema yang bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini menggunakan tema bagi mewujudkan PdP yang aktif, menarik, mendalam dan bermakna. Pendekatan bertema juga menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis serta mengembangkan kebolehan kognitif melalui pemikiran idea-idea baharu. Pendekatan ini menekankan pengajaran konsep yang diajar secara bersepadu di bawah satu tema dan melibatkan pengintegrasian atau kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai dari beberapa disiplin ilmu. Kesepaduan ini membolehkan pembelajaran yang bermakna dan mendalam apabila murid berupaya membuat penerokaan serta hubung kait kandungan pelajaran dengan kehidupan harian dan dunia sebenar. Pendekatan ini berupaya memberi keseronokan belajar, meningkatkan minat, motivasi, keyakinan dan penglibatan murid. Hasilnya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat (Triyanto, 2011).
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 29 1.3 Matlamat Pendekatan bertema dalam PdP bermatlamat memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan dan membolehkan murid belajar dengan lebih bermakna, mendalam serta berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kehidupan harian dan dunia sebenar.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 30
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 31 PELUASAN SEKOLAH KBAT
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 32 i-Think : 8 BENTUK PETA PEMIKIRAN i-THINK bermaksud Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Kenapa Diadakan Program i-THINK? Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing. Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK Peta Pemikiran Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 33 INFOGRAFIK: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 34
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 35
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 36 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 37
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 38 HALA TUJU PENDIDIKAN JOHOR BAHRU 2026
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 39 ● Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendakindividu,masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan. ● Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawabdan produktif. ● Memastikan pengajaran/pembelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan. ● Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap danberkesan sepanjang masa. ● Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yangterdiri daripada pelajar,ibu bapa,masyarakat dan kerajaan. ● Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiappelanggan yang berurusan dengan kami. ● Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakansegera dengan tepat kepada yang berkenaan. ● Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yangseimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Piagam Pelanggan
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 40 DASAR TADBIR URUS A. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AM 1. 4P (PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN) 1.1 Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya dua kali setahun. 1.2 Semua guru hendaklah sentiasa bersiap-siaga pada setiap masa untuk dicerap. RPH perlu dibawa bersama- sama setiap kali menjalankan PdPc. 2. BILIK-BILIK KHAS 2.1 Semua guru yang menjaga bilik-bilik khas perlu memastikan bilik khas masing-masing berada dalam keadaan kemas dan teratur. 2.2 Semua kunci perlu diserahkan kepada PK Pentadbiran atau Pembantu Operasi pada setiap hujung tahun sesi persekolahan. 2.3 Kunci pendua perlu sentiasa ada di dalam rak simpanan kunci di pejabat. 2.4 Segala kerosakan perlu direkodkan dalam Buku Laporan Kerosakan dengan kadar segera. 2.5 Penggunaan bilik-bilik khas perlu mendapat kebenaran daripada Guru Bilik Khas tersebut dan direkod dalam Buku Penggunaan Bilik 2.6 Guru Bilik Khas bertanggungjawab menjaga bilik-bilik khas dengan melengkapkan kad inventori dalam fail dan mempamerkan senarai inventori di dalam bilik-bilik khas masing-masing. 3. PUSAT SUMBER SEKOLAH 3.1 Penggunaan PSS dibenarkan pada waktu PdPc dengan syarat guru mata pelajaran membuat tempahan awal penggunaan PSS. 3.2 Semua guru hanya dibenarkan membawa murid ke PSS hanya dengan tujuan pengajaran berfokus (penggunaan bahan bercetak dan bahan bukan bercetak) 3.3 Semua guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton rancangan Astro yang telah dirakamkan oleh guru PSS 3.4 Guru dikehendaki menempah waktu penggunaan lebih awal kerana dikhuatiri bertindan dengan tempahan kelas lain. 3.5 Program NILAM Pusat Sumber sekolah akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa. 3.6 Semua guru bahasa hendaklah menyemak buku Nilam murid pada setiap bulan dan meletakkan semula buku tersebut di rak yang disediakan setelah semakan dibuat. 3.7 Guru perpustakaan dan media (GPM) perlu menyediakan jadual penggunaan PSS bagi Program NILAM. 3.8 Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib membawa murid ke PSS untuk Program NILAM mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Guru Perpustakaan dan Media. 3.9 Semua guru yang membawa murid ke PSS wajib memastikan murid tidak membuat bising, memasukkan kerusi bawah meja selepas digunakan dan meletakkan buku yang telah dibaca di atas troli serta mengikut segala peraturan PSS yang ditetapkan. 3.10 Guru-guru dikehendaki menempah waktu penggunaan PSS dan Bilik Abd Rahman dan Bilik Abd Razak lebih awal bagi mengelakkan pertembungan masa dengan kelas lain. 3.11 Hanya satu kelas sahaja dibenarkan menggunakan PSS pada satu-satu masa. 4. PENGURUSAN KEWANGAN PANITIA 4.1 Ketua panitia perlu menyediakan Anggaran Belanja Mengurus pada bulan Mac 2023/2024 bagi anggaran tahun semasa.. 4.2 Pembelian hanya dibenarkan setelah Nota Minta diluluskan oleh Pengetua. 4.3 Ketua Panitia perlu akur dengan dasar pengurusan kewangan dan pekeliling sedia ada. 4.4 Semua pembelian perlulah dirancang bersama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing 4.5 Ketua Panitia perlu menyediakan Nota Minta, tiga sebut harga, SSM dan mengisi Borang Kajian Pasaran atas segala pembelian yang dilakukan. 4.6 Bahan-bahan dalam bentuk buku, CD, carta atau peta yang dibeli hendaklah diserahkan terlebih dahulu kepada Pusat Sumber Sekolah untuk tujuan perekodan. 4.7 Semua perolehan perlu direkodkan dalam Kad Petak Kew.PS 3.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 41 5. BUKU TEKS 5.1 Semua guru perlu menggunakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 5.2 Guru-guru mata pelajaran tidak digalakkan untuk membenarkan murid-murid meminjam buku teks daripada murid lain. 5.3 Guru mata pelajaran mesti memastikan buku teks murid telah disampul dan ditulis nama. 5.4 Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam bilik darjah. 6. KURSUS 6.1 Guru perlu menghadirkan diri dalam semua kursus yang diarahkan oleh Pengetua. 6.2 Peserta kursus perlu mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru yang berkaitan. 6.3 Satu salinan bahan kursus dan minit curai perlu diserahkan kepada PK dan GKMP berkaitan. 7. KAJIAN TINDAKAN 7.1 Semua guru perlu menyediakan satu kajian tindakan. 7.2 Setiap panitia perlu menghantar satu kajian tindakan yang lengkap kepada Jawatankuasa Kajian Tindakan Sekolah. 8. PENCETAKAN BAHAN BUKAN UJIAN / PEPERIKSAAN 8.1 Salinan bahan-bahan yang kurang daripada 100 salinan mestilah difotostat manakala bilangan bahan bercetak yang melebihi 100 salinan hendaklah di “riso”. 8.2 Bahan yang hendak dicetak mesti diserahkan kepada Pembantu Operasi selewat-lewatnya tiga hari dari tarikh diperlukan. 8.3 Semua guru dilarang menggunakan mesin fotostat dan mesin riso sekolah. 9. KERAHSIAAN DAN KENYATAAN MEDIA 9.1 Guru dan AKP perlu mengamalkan prinsip kerahsiaan terhadap semua maklumat yang dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan. 9.2 Semua guru dan AKP perlu akur kepada pekeliling penjawat awam agar tidak membuat sebarang kenyataan kepada media atau mana-mana pihak. 10. PENJIMATAN BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR 10.1 Semua guru bertanggungjawab memastikan langkah-langkah penjimatan air dan elektrik dilaksanakan pada setiap masa. 10.2 Semua suis lampu di kelas-kelas perlu ditutup selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi kecuali keadaan cuaca yang mendung. 11.PELAWAT 11.1 Semua guru yang berurusan dengan pelawat perlu memastikan pelawat tersebut telah mendapatkan kebenaran dan PAS PELAWAT daripada pihak kawalan keselamatan sekolah. 11.2 Semua guru perlu memastikan ibu bapa dan penjaga berada di ruang menunggu di One Stop Center sekiranya ada sebarang urusan rasmi. 11.3 Semua guru hendaklah peka dengan kehadiran pelawat dan menyapa dengan menggunakan panggilan “Encik / Tuan / Puan” secara bersopan. 12. KEHADIRAN GURU 12.1 Semua guru perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pada 7.20 pagi. 12.2 Semua guru yang hadir ke sekolah perlu thumb print sebaik sahaja sampai ke sekolah dan sewaktu meninggalkan kawasan sekolah. 12.3 Ketepatan masa perlu diberi keutamaan. 12.4 Guru perlu bergerak lima minit (5) awal ke kelas supaya PdPc dapat dilaksanakan tepat pada masanya.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 42 13. KETIDAKHADIRAN GURU 13.1 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab kecemasan perlu memaklumkan kepada Pengetua, PK Pentadbiran dan Guru Kanan Mata Pelajaran selewat-lewatnya pada pukul 7.00 pagi untuk urusan relief. 13.2 Guru-guru yang tidak hadir kerana menghadiri kursus / tugasan rasmi di luar perlu memaklumkan kepada Pengetua dan PK Pentadbiran lebih awal dengan memaklumkan dalam Aplikasi Telegram MK Rasmi. 13.3 Semua guru yang tidak hadir disebabkan menghadiri kursus / tugasan rasmi di luar yang terancang perlu menyediakan modul latihan untuk diberikan kepada murid. Modul Latihan perlu diserahkan kepada GKMP. 13.4 Guru yang cuti sakit perlu menyerahkan sijil cuti sakit ke pejabat sebaik sahaja kembali ke sekolah. 13.5Permohonan cuti rehat khas perlu diisi secara dalam talian dalam aplikasi HRMIS. Guru perlu berbincang dengan Pengetua terlebih dahulu dan memaklumkan kepada PK Pentadbiran. 14. URUSAN DI PEJABAT 14.1 Segala urusan perbincangan profesional boleh dijalankan di ruangan pejabat. 14.2 Sila berhubung dengan Ketua Pembantu Tadbir (KPT) atas sebarang urusan rasmi perkhidmatan. 15. MINIT CURAI 15.1 Guru yang menghadiri mesyuarat / kursus / aktiviti luar sekolah perlu menyediakan dan menyerahkan satu laporan minit curai kepada Pengetua / PK Pentadbiran dan satu salinan lagi untuk simpanan fail sekolah (buku minit curai) di pejabat / pejabat / dashboard sekolah. 16. TELEFON PEJABAT 16.1 Telefon pejabat boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja. 17. TEMPAT LETAK KENDERAAN 17.1Parkir berbumbung disediakan untuk pentadbir dan pengurusan. 17.1 Kenderaan guru dan AKP diletakkan di lot-lot parkir yang disediakan di kawasan sekolah setiap masa termasuk hari Sabtu. 17.2 Petak larangan parkir perlu dikosongkan sepanjang masa untuk urusan kecemasan / kenderaan pelawat. 18. KELUAR MASUK SEMASA WAKTU BEKERJA 18.1 Semua urusan peribadi perlu diuruskan di luar waktu bekerja kecuali kecemasan. Guru dan AKP yang mempunyai urusan rasmi atau peribadi di luar tempat bertugas semasa waktu persekolahan/ bekerja perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua / PK Pentadbiran atau daripada pentadbir yang ada pada masa itu mengikut hierarki jawatan jika ketiadaan Pengetua di sekolah. 18.2 Sekiranya urusan peribadi semasa waktu PdPc, cikgu perlu menguruskan guru ganti yang sukarela untuk menggantikan kelas dan maklumkan kepada Pengetua/PKP 18.3 Urusan atas sebab kecemasan perlu dimaklumkan kepada Pengetua/ PK Pentadbiran segera. 18.4 Sila rujuk Perintah Am 5 Bab G untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan prosedur keluar masuk semasa waktu bekerja. 18.5 Guru / AKP perlu melengkapkan Buku Rekod Pergerakan Guru & Kakitangan Sekolah Malaysia sebelum dan sebaik kembali ke sekolah. 19. BUDAYA MENCATAT 19.1 Guru perlu mengamalkan budaya mencatat semasa menghadiri Mesyuarat / taklimat / bengkel / perhimpunan dalam buku catatan yang dibekalkan. 20. MESYUARAT / TAKLIMAT / BENGKEL 20.1 Guru / AKP wajib hadir mesyuarat atau taklimat yang ditetapkan. 20.2 Guru / AKP perlu memberikan tumpuan dan melibatkan diri secara aktif semasa mesyuarat, taklimat dan bengkel yang dihadiri apabila diperlukan. 20.3 Guru tidak dibenarkan menyemak buku latihan murid mahupun memeriksa kertas ujian / peperiksaan atau berbual-bual kosong / menggunakan telefon bimbit semasa mesyuarat / taklimat dijalankan.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 43 21. PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 21.1 Semua guru perlu memahami dengan mendalam peraturan-peraturan sekolah. 21.2 Semua guru diwajibkan menegur murid yang melanggar disiplin pada setiap masa. 21.3 Semua guru ialah guru disiplin. 21.4 Semua guru hendaklah mahir dalam mengawal kelas (class management). 22. PERGERAKAN MURID 22.1 Semua guru perlu mengawal pergerakan murid-murid semasa kelas sedang berlangsung supaya keberadaan murid di dalam kelas di tahap maksimum. 22.2 Semua guru perlu memastikan murid-murid memakai ‘Pas Keluar’ sekiranya ingin ke tandas atau perlu bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan. 22.3 Waktu pertama, waktu sebelum dan selepas rehat dan waktu terakhir sebelum balik ialah WAKTU BERTENANG dan murid dilarang ke tandas kecuali kecemasan. 23. GURU KELAS DAN PENYELARAS TINGKATAN 23.1 Guru kelas ialah individu yang paling rapat dan juga paling tepat untuk mendisiplinkan murid- murid dalam kelasnya termasuk penampilan diri murid. 23.2 Guru kelas perlu mengetahui semua latar belakang, kemampuan dan permasalahan murid kelas masing- masing.. 23.3 Guru kelas perlu melaporkan masalah murid kepada guru yang berkaitan seperti Guru Disiplin, Guru Kaunseling, PK HEM dan Pengetua. 23.4 Guru kelas diminta kerap berbincang mengenai pembelajaran dan penglibatan murid dalam aktiviti harian di sekolah. 23.5 Guru kelas perlu cakna dengan kehadiran murid. Sekiranya perlu, guru kelas hendaklah menghubungi ibu bapa / penjaga . 23.6 Semua guru kelas perlu menyediakan Jadual Bertugas Kelas agar murid-murid menceriakan, membersihkan dan menyah kuman (sanitasi) kelas setiap pagi dan sebelum pulang seperti yang ditetapkan dalam jadual bertugas harian. 23.7 Gunakan kata-kata yang positif semasa bercakap, bukan menyindir dan bukan kata-kata yang melemahkan semangat dan memalukan murid. 23.8 Guru mata pelajaran waktu terakhir perlu memastikan: i. Bakul sampah telah dikosongkan ii. Kelas telah dibersihkan. iii. Kipas dan lampu ditutup. iv. Menutup pintu dan tingkap v. Bergerak bersama-sama murid mengikut laluan yang ditetapkan. 23.9 Setiap guru kelas WAJIB mengemas kini kehadiran murid dalam sistem eHadir APDM selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari. 23.10 Sekiranya guru kelas tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab mengemas kini kehadiran. 23.11 Guru kelas mestilah menghubungi ibu bapa atau penjaga bagi murid yang tidak hadir lebih daripada 3 hari. Sila maklumkan kepada PK HEM dan kaunselor bagi tujuan lawatan CAKNA. 23.12 Guru kelas hendaklah memastikan kelas sentiasa kondusif untuk PdPc berkonsepkan PAK-21. Papan kenyataan juga perlu mengandungi maklumat yang dikemas kini sepanjang tahun. 23.13 Guru kelas perlu melaporkan sebarang kerosakan di dalam kelas dalam Buku Laporan Kerosakan Bangunan Sekolah. 24. WAKTU BERTUGAS RASMI Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis : 7.20 pagi - 2.30 petang Rabu : 7.20 – 2.45 petang
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 44 25. TUGAS GURU 25.1 Guru akan diberi tugas-tugas Pentadbiran, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. Guru mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 25.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan misalnya menghadiri mesyuarat, urusan rasmi di Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah atau ke sekolah lain, guru hendaklah hadir. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain menggantinya tanpa pengetahuan dan keizinan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka hal tersebut mesti dimaklumkan kepadaPengetua. 26. REKOD MENGAJAR HARIAN ( RPH ) DAN e-REKOD MENGAJAR HARIAN ( e-RPH) 26.1 Setiap guru WAJIB menyediakan Rancangan Mengajar Harian (RPH/e-RPH) setiap hari. 26.2 Semua guru perlu mencetak RPH dan menghantar dalam fail transit mingguan setiap hari Khamis kepada penyemak masing-masing untuk semakan dan ditandatangani oleh Pengetua/ Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing. Fail mingguan ini mengandungi salinan Jadual Waktu guru , Rancangan Mengajar dan Pembelajaran Harian sepanjang minggu tersebut beserta RPH hari Ahad minggu berikutnya. 26.3 Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 26.4 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Harian boleh hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. 26.5 Guru yang gagal / tidak akur dengan penghantaran Rancangan Mengajar Harian setiap minggu akan diberikan teguran lisan / amaran bertulis dan diminta memberikan surat tunjuk sebab. 27. JADUAL WAKTU 27.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan di kelas masing-masing. 27.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 45 B. KURIKULUM 1. Hala Tuju Meningkatkan pencapaian prestasi akademik semua murid 1.1. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 1.1.1 90 % murid tingkatan 1 – 5 menguasai semua mata pelajaran dengan pencapaian minimum TP 4 1.1.2 10 % murid tingkatan 1 – 5 menguasai semua mata pelajaran dengan pencapaian maksimum TP 6. 1.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1.2.1 100 % murid layak mendapat sijil SPM 1.2.2 Gred Purata Sekolah (GPS) semakin kecil berbanding 3 tahun terbaik dalam peperiksaan. 1.2.3 Peratus murid cemerlang meningkat berbanding 3 tahun terbaik. 1.3 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN / UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 1.3.1 100% murid Tingkatan 1 menguasai semua mata pelajaran. 1.3.2 100% murid Tingkatan 2 menguasai semua mata pelajaran 1.3.3 100% murid Tingkatan 3 menguasai semua mata pelajaran. 1.3.4 100% murid Tingkatan 4 menguasai semua mata pelajaran dengan Gred Purata Sekolah lebih baik berbanding PPT 1.4 KERJA KURSUS 1.4.1 Semua Kerja Kursus Mata Pelajaran PT3 dan SPM dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.. 1.4.2 Guru bertanggungjawab membimbing murid untuk melaksanakan Kerja Kursus dengan cemerlang. 2 PROGRAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) - NILAM yang ditambahbaik. 2.1 Penglibatan semua warga sekolah amat digalakkan dalam melaksanakan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum. 2.2 Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan bukan buku yang terdiri daripada pelbagai format dan diperoleh daripada pelbagai sumber. 2.3 NILAM yang ditambah baik merupakan kesinambungan kepada program NILAM yang ter- dahulu dan lebih berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan dibaca dalam NILAM terdahulu. 2.4 Tahap pelaksanaan lebih memberi perhatian kepada kualiti bahan bacaan yang dibaca di samping mengekalkan kuantiti bacaan.
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 46 Jumlah Muka Surat Mata Ganjaran Kod SEKOLAH MENENGAH Min Max (TINGKATAN 1– TINGKATAN 5) 31 60 10 M1.10 61 90 20 M1.20 91 120 30 M1.30 121 150 40 M1.40 151 Lebih daripada 151 50 M1.50 2.5 Pengiktirafan Sekolah Menengah: PENGIKTIRAFAN Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5) 1 BINTANG 120 – 239 2 BINTANG 240 – 359 3 BINTANG 360 – 479 4 BINTANG 480 – 599 5 BINTANG 600 ke atas
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 47 3 MESYUARAT 3.1 Mesyuarat JKKS Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan ketua-ketua panitia perlu menghadiri mesyuarat Kurikulum sekurang-kurangnya 4 kali setahun mengikut standard piawaian Jabatan Pelajaran Johor. 3.2 Mesyuarat Panitia. 3.2.1 Ketua panitia perlu mengendalikan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan minit mesyuarat perlu disiapkan dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh mesyuarat dan difailkan di Fail Induk Panitia dan dimuatnaik dalam Folder Panitia dalam Dashboard Guru SMK Mohd Khalid bersama-sama: a) surat panggilan mesyuarat b) senarai kehadiran dan edaran mesyuarat c) maklum balas mesyuarat 3.2.2 Semua guru mata pelajaran yang terlibat perlu hadir. 3.2.3 Mesyuarat Panitia perlu mengandungi agenda rutin dan agenda pembangunan mata pelajaran. 4 SISTEM FAIL 4.1 Ketua Panitia berperanan menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat-menyurat, laporan dan rekod-rekod yang berkaitan (perkara 3.4.1.4 SPI Bil. 4/1986). 4.2 Fail kurikulum yang perlu diuruskan dan dilengkapkan dari semasa ke semasa ialah a) Fail Induk b) Folder Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP) c) Folder Pentaksiran / Penilaian d) Folder Kecemerlangan 4.3 Fail Induk berada di bawah seliaan Pembantu Operasi dan Fail Panitia di pejabat adalah di bawah tanggungjawab Ketua Panitia . 4.4 Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan fail panitia dan e-folder panitia masing-masing diurus dengan baik dan dikemas kini dari semasa ke semasa. 5 JADUAL WAKTU 5.1 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan di kelas. 5.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 6. GURU GANTI/RELIEF 6.1 Guru yang diberi relief perlu masuk ke kelas dan melaksanakan PdPc. 6.2 Sila rujuk SPI Bil 3/1981
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid TAHUN 2024/2025 48 7 WAKTU PERSEKOLAHAN WAKTU PULANG PELAJAR Tingkatan 1,2 & 3 Jam Ahad, Isnin, Selasa, Khamis 1.50tgh Rabu 2.30tgh Tingkatan 4 (PS & PN) Jam Ahad, Isnin, Khamis 1.50tgh Selasa, Rabu 2.30tgh Tingkatan 4 (AC & ENT) Jam Ahad, Isnin, Selasa, Khamis 1.50tgh Rabu 2.30tgh Tingkatan 5 Jam Ahad, Isnin, Selasa, Khamis 3.30tgh Rabu 2.30tgh ● Guru masa pertama masuk jam 7.20 pagi Bahasa Cina / Bahasa Tamil - Luar Jadual Waktu (LJW) Tingkatan 1,2 dan 3 – Selasa : 2.00 – 4.00 petang Tingkatan 4 dan 5 – Ahad : 2.00 – 4.00 petang Bahasa Jerman – Luar Jadual Waktu (LJW) Tingkatan 4 – Isnin : 2.00 – 4.00 petang Tingkatan 5 – Khamis : 2.00 – 4.00 petang 8 PBS :UJIAN / PEPERIKSAAN 8.1 Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. 8.2 Setiap Panitia perlu menentukan dan melantik penyedia/penggubal Jadual Spesifikasi Item (JSI) untuk setiap tingkatan bagi setiap peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 dan peperiksaan percubaan SPM kecuali Ujian Akhir Sesi Akademik. 8.3 JSI untuk setiap tingkatan perlu ada semakan Ketua Panitia dan GKMP. 9 Kertas Soalan Peperiksaan 9.1 Kertas peperiksaan perlu mempunyai muka surat hadapan seperti yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan SMK Mohd. Khalid. 9.2 Saiz font ialah 12 dan menggunakan jenis “Times New Roman”. 9.3 Kertas peperiksaan perlu disemak oleh Ketua Panitia masing-masing dan disahkan oleh GKMP atau PK Pentadbiran. 9.4 Setiap penggubal soalan perlu menyediakan soalan dan skema jawapan/panduan pemarkahan berdasarkan JSI yang telah ditetapkan. 9.5 Kertas soalan perlu dihantar untuk diperbanyakkan selewat-lewatnya 5 hari bekerja sebelum tarikh peperiksaan.